asas keusahawanan

13
KEUSAHAWANAN E-DAGANG DALAM PERSPEKTIF ISLAM ABSTRAK Internet atau perantara komunikasi baru mengurangkan jarak perhubungan fizikal dunia. Dengan kewujudan internet dunia sebenarnya adalah tanpa sempadan. Seseorang individu dapat membeli belah, berhubung, menimba ilmu pengetahuan, mendapatkan maklumat dan bertukar pandangan atau pendapat melalui internet. Pembangunan internet bukan hanya memudahkan kita berkongsi pandangan tetapi, turut memudahkan kita untuk mendapatkan produk- produk atau barangan yang dibeli melalui internet yang akan dihantar terus ke rumah. Ianya dikatanya sebagai era e-dagang dimana sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat, permintaan untuk menguruskan perniagaan atau perdagangan secara elektronik menerusi internet atau e-dagang telah meningkat. Secara meluasnya e-dagang boleh didefinisikan sebagai metodologi moden yang memenuhi keperluan organisasi, perdagangan dan pelanggan untuk mengurangkan kos, memperbaiki mutu perkhidmatan dan mempertingkatkan kadar penghantaran maklumat serta perkhidmatan.

Upload: enno-norhayati-ali

Post on 13-Aug-2015

46 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Asas Keusahawanan

KEUSAHAWANAN E-DAGANG DALAM PERSPEKTIF ISLAM

ABSTRAK

Internet atau perantara komunikasi baru mengurangkan jarak perhubungan fizikal dunia. Dengan

kewujudan internet dunia sebenarnya adalah tanpa sempadan. Seseorang individu dapat membeli

belah, berhubung, menimba ilmu pengetahuan, mendapatkan maklumat dan bertukar pandangan

atau pendapat melalui internet. Pembangunan internet bukan hanya memudahkan kita berkongsi

pandangan tetapi, turut memudahkan kita untuk mendapatkan produk-produk atau barangan yang

dibeli melalui internet yang akan dihantar terus ke rumah. Ianya dikatanya sebagai era e-dagang

dimana sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat, permintaan untuk menguruskan

perniagaan atau perdagangan secara elektronik menerusi internet atau e-dagang telah meningkat.

Secara meluasnya e-dagang boleh didefinisikan sebagai metodologi moden yang memenuhi

keperluan organisasi, perdagangan dan pelanggan untuk mengurangkan kos, memperbaiki mutu

perkhidmatan dan mempertingkatkan kadar penghantaran maklumat serta perkhidmatan. 

Terdapat banyak persidangan dan seminar berkaitan dengan e-dagang diadakan. Namun begitu

hanya segelintirnya sahaja yang menyentuh mengenai keusahawanan e-dagang dalam perspektif

Islam. Oleh yang demikian, dalam tugasan ini akan di bincangkan tentang konsep e-dagang

dalam perspektif Islam.

PENGENALAN

Islam sebuah agama yang syumul (sempurna) merupakan satu cara hidup yang menjadikan

keusahawanan sebagai salah satu daripada cabang ibadat sehingga bersedia mengiktiraf 90 %

Page 2: Asas Keusahawanan

daripada sumber rezeki datangnya daripada hasil aktiviti keusahawanan yang halal. Sejarah

keusahawanan Islam telah bermula sejak kewujudan manusia lagi, dimana Nabi Adam

Alaihiwasallam telah menguasai dua bidang keusahawanan iaitu Habil yang mempelopori bidang

pertanian dan Qabil mempelopori bidang ternakan. Selain daripada itu, terdapat juga bukti-bukti

lain dalam sejarah Islam yang menunjukkan kita bahawa kebanyakkan nabi-nabi yang diutuskan

oleh Allah S.W.T telah menyeburi pelbagai bidang keusahawanan lain seperti pertukangan dan

perniagaan.

Asas utama keusahawanan dalam Islam adalah ketauhidan keusahawan terhadap pemilikan Allah

S.W.T. Konsep ini mampu membersihkan jiwa dan rohani mereka dengan mengiktiraf dan

mengakui Allah S.W.T adalah pemilik dan pentadbir alam maya ini. Definisi usahawan dan

keusahawanan Islam menurut Sudin Haron (1990-buku) adalah seperti berikut:

Usahawan Muslim

Muslim yang berterusan mencari, mengembeling dan memanfaatkan kurniaan Allah S.W.T

untuk faedah diri sendiri, ummah dan makhluk Allah S.W.T yang lain selari dengan tuntutan

dan arahan yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan Sunnah.

Keusahawan Islam

Proses pencarian, pengembelingan dan permuafakatan kurniaan Allah S.W.T untuk faedah

diri sendiri, ummah dan makhluk Allah S.W.T yang lain sebagaimana yang telah digariskan

di dalam Al-Quran dan Sunnah.

Page 3: Asas Keusahawanan

Kegiatan keusahawanan yang dibangunkan oleh Islam telah berjaya membina satu tamadun yang

tersendiri. Keusahawanan Islam berjaya membangunkan sebuah aktiviti keusahawanan yang

sistematik berlandaskan kepada kekuatan akidah, pembangunan akhlak dan semangat

persaudaraan kemanusiaan sejagat. Tren keusahawaan terkini seperti kemunculan perdagangan

elektronik, juga dikenali sebagai E-dagang atau dalam bahasa Inggerisnya Electronic

Commerce(CE) merupakan satu prospek pintar dan menguntungkan para usahawan. Ini adalah

kerana berdasarkan saiz pertumbuhannya, e-dagang akan menjadi satu bentuk perniagaan yang

utama pada masa hadapan. Dari sudut syariah Islam, Islam menganjurkan beberapa panduan atau

tatacara dalam perniagaan. Kebenaran, keikhlasan, dan kejujuran merupakan nilai etika utama

dalam perniagaan Islam (Norazlina,Fauziah, Siti Hartini, 2004-print). Perusahaan secara

e-dagang juga perlu dilaksanakan dengan mementingkan nilai-nilai etika tersebut agar ianya

tidak tersasar daripada landasan perusahaan Islam yang unggul.

E-DAGANG

Perubahan dalam industri teknologi malumat telah berlaku dengan pantas sejak bermulanya

revolusi perindustrian pada abad ke-19 dahulu. Industri ini dikatakan sebagai sesuatu yang

dinamik kerana ia hanya mengambil masa yang singkat untuk berkembang dan mengubah gaya

hidup individu atau masyarakat. Kesan daripada kemajuan industri tersebut telah mengubah

perdagangan bentuk tradisional iaitu secara bersemuka kepada perdagangan bentuk maya atau

e-dagang.

Malaysia tidak boleh mengabaikan kepentingan perusahaan secara e-dagang kerana terdapat

banyak negara-negara lain yang turut berjinak dalam satu kaedah terbaru berniaga melalui

internet ini. Pengaplikasian perniagaan ini telah bermula di negara-negara barat sejak tahun

Page 4: Asas Keusahawanan

1970-an lagi. Syarikat gergasi antarabangsa terutamanya yang berada di lembah silikon telah

mencatat pulangan berbillion dollar melalui aktiviti perniagaan secara e-dagang ini. Walaupun

e-dagang secara relatifnya adalah sesuatu yang baru di Malaysia, tetapi kerajaan telah

memulakan Multimedia Super Koridor (MSC) di dalam proses membawa negara berhadapan

dengan globalisasi e-dagang. Sejarah E-Dagang bermula dengan penggunaan `electronic data

interchange` (EDI) dalam penghantaran informasi perniagaan. Ini diikuti dengan penerimaan

penggunaan internet secara besar-besaran oleh orang ramai dan juga penubuhan beberapa

website e-dagang dan penubuhan ekonomi baru.

Revolusi internet telah mempengaruhi hampir kesemua aspek di dalam dunia perniagaan. Dalam

ruang masa yang singkat sahaja, penggunaan internet sebagai media untuk melakukan transaksi

dan pelbagai aktiviti perdagangan telah mengambil alih kegiatan ekonomi yang dilaksanakan

secara tradisional.

E-dagang atau perdagangan elektronik merupakan satu alat atau mekanisma yang dapat

membantu dalam menyelesaikan dilema aktiviti perdagangan iaitu kesukaran meluaskan pasaran

dan menaggung kos yang tinggi akibat jarak yang jauh. Ia adalah satu kaedah transaksi

elektronik maya tanpa sempadan jarak atau waktu. Dalam suasana maya, organisasi dapat

menubuhkan pejabat maya yang dapat dikunjungi oleh pelanggan pada bila-bila masa sahaja. Ini

merupakan satu metodoloji perdagangan yang sangat ideal dan mempunyai potensi besar untuk

dikembangkan serta memudahkan kehidupan seharian kita.

Perdangangan elektronik dalam bahasa Inggerisnya `Electronic Commerce` adalah satu sistem

perniagaan dan jual beli yang banyak menggunakan kemudahan teknologi maklumat

terutamanya telekomunikasi yang canggih sehingga dapat melindungi dan memuaskan

Page 5: Asas Keusahawanan

pengguna-penggunanya iaitu yang terdiri daripada penjual, pembeli dan pihak-pihak ketiga

seperti bank, syarikat kewangan dan sebagainya.

Josep (2000) menyatakan e-dagang sebagai amalan menjual beli produk dan perkhidmatan

menerusi Internet, menggunakan teknologi-teknologi seperti jaringan, pertukaran data elektronik,

e-mail, pemindahan dana secara elektronik dan sebagainya. Ia juga boleh didefinisikan sebagai

satu bentuk sistem pembayaran yang mana proses serta komunikasi yang berlaku di antara kedua

belah pihak (penjual dan pembeli) memberi kesan dari sudut ekonomi dan memberi kesan yang

perlu kepada pengeluaran, pengedaran atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan ekonomi

berlandaskan kepada elektronik (Kent W. Colton & Kenneth L. Kraemer. 1980:8).

Menurut (Schneider P., 2003) terma e-dagang membawa maksud aktiviti perdagangan yang

dijalankan menggunakan teknologi transmisi data elektronik (electronic data interchange, EDI)

seperti internet dan laman web.

Transaksi yang dijalankan melalui cara ini sebenarnya banyak membuka peluang kepada para

peniaga serta pelanggan untuk menjalankan perniagaan serta mendapatkan produk yang mereka

ingini dengan lebih cepat serta efektif. Sistem ini juga dilihat sebagai salah satu dari jalan

penyelesaian kepada beberapa masalah yang dihadapi oleh firma-firma perniagaan di masa lalu.

Ianya bukan hanya semata-mata berpengkalan kepada transaksi internet sahaja, tetapi juga

berpengkalan kepada cara komunikasi yang lain seperti melalui telefon, fax dan sebagainya.

Secara umumnya, e-dagang boleh di definisikan sebagai perihal menjalankan perniagaan secara

elektronik termasuklah mengumpul maklumat, berkomunikasi dan berniaga dengan pelanggan

dan pembekal secara elektronik.

Page 6: Asas Keusahawanan

E-DAGANG MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Definisi e-dagang juga boleh disentuh melalui beberapa perspektif seperti perspektif komunikasi,

proses perniagaan, perkhidmatan, talian dan sebagainya. Dari sudut komunikasi, e-dagang adalah

pengantaraan informasi, produk atau perkhidmatan, pembayaran melalui telefon, rangkaian

komputer, atau sebarang perkakasan elektronik yang berfungsi untuk menghantar maklumat

Dari perspektif proses perniagaan, e-dagang berperanan sebagai aplikasi teknologi kea rah

automasi transaksi perniagaan dan aliran kerja. E-dagang dari segi perkhidmatan menjadi suatu

alat untuk menyatakan keinginan firma, pelanggan dan pengurusan untuk memotong

perbelanjaan perkhidmatan dan pada masa yang sama meningkatkan kualiti produk dan

meningkatkan kepantasan penghantaran perkhidmatan. Manakal dari perspektif talian, ia

menyediakan kebolehan untuk membeli dan menjual produk dan informasi di dalam internet.

(Kalakata and Whinston 1997, 3)

Selain daripada tiga perspektif di atas, e-dagang juga boleh dikaji dari sudut Islam. Dari

perspektif Islam, transaksi kewangan atau apa jua aktiviti yang dilakukan dalam muamalah Islam

yang menggunakan teknologi seperti e-dagang mempunyai maksud yang sama dengan apa yang

Page 7: Asas Keusahawanan

difahami dari perspektif konvensional yang lain. Tetapi e-dagang dari segi Islam perlulah

dijalankan dalam kerangka yang dibenarkan oleh prinsip-prinsip atau syariah Islam.

E-dagang secara Islam mempunyai dua matlamat yang utama iaitu, memaksimumkan falah

(kedamaian dan kesejateraan dunia akhirat) dan keuntungan. Untuk memperolehi keuntungan

yang maksimum, sesebuah syarikat atau organisasi perlu melaksanakan urusan perniagaan atau

perkhidmatannya menurut shariah (undang-undang Islam) iaitu larangan riba, samar, maisir dan

penjualan produk-produk yang terlarang menurut Islam.

Perniagaan secara islam boleh didefinisikan sebagai suatu organisasi perniagaan yang

menjalankan operasi perniagaannya secara Islam iaitu berlandaskan kepada hukum atau

peraturan syariah. Syariah adalah satu konsep hukum di dalam Islam yang membenar atau

menegah sesuatu perbuatan daripada dilakukan. Hukum syariah dilaksanakan berdasarkan

sumber hukum yang tercatat di dalam al-Qur'an dan Hadis.

Fakta ini akan diperkuatkan oleh ijma' dan syura. Pembinaan hukum ataupun undang-undang di

dalam Islam padakebiasaannya dibuat oleh syura. Syariah ataupun Perundangan Islam yang

diputuskan daripada proses ijtihad itu dipanggil ijmak dan diiktiraf sebagai sumber hukum yang

ketiga sesudah al-Qur'an dan al-Sunnah. Konsep syarak yang digunapakai di sini ialah syarak

dari segi muamalat yang khusus menjurus kepada perniagaan yang dibenarkan atau diharamkan

daripada diamalkan oleh orang-orang Islam.

Perniagaan secara Islam tidak boleh mengandungi unsur-unsur seperti berikut :

Berkonsepkan riba

Perniagaan berbentuk perjudian

Page 8: Asas Keusahawanan

Penghasilan, pengeluaran dan penjualan barangan yang dikategorikan sebagai barangan

haram menurut Islam seperti arak, khinzir dan makanan tidak halal yang lain

Perniagaan yang mempunyai unsur-unsur Gharar (keraguan) seperti perniagaan insurans

konvensional

FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN PERNIAGAAN E-DAGANG SECARA ISLAM

Islam adalah agama syumul yakni sempurna. Prinsip-prinsip yang ada di dalam Islam sesuai dan

tidak pernah ketinggalan zaman meskipun apa yang dinyatakan hanyalah berbentuk

prinsip-prinsip serta kaedah-kaedah yang ringkas sahaja. Islam juga bukanlah sesuatu yang rigid

dan tidak berkembang. Prinsip-prinsip yang ada di dalam Islam boleh disesuaikan dan

dipadankan mengikut keperluan semasa. Undang-undang Islam sentiasa berkembang selari

dengan perkembangan ilmu dan teknologi.

Berniaga secara Islam yang meminumkan keuntungan merupakan ciri unggul yang ada pada

perniagaan Islam yang menyebabkan ramai yang memilih urus niaga secara Islam. Urus niaga

Islam turut menerima keuntungan yang maksimum, tetapi ia masih mengambil kira kebajikan

masyarakat dan negara.

Page 9: Asas Keusahawanan

Sobri Solomon (1992), Perniagaan Menurut Pandangan Islam. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam,

Jabatan Perdana Menteri