asal usul bahasa melayu

17
BAB 1 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Upload: fakhzan-munira-aisya-sofiyya

Post on 06-Nov-2015

308 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

tingkatan 6

TRANSCRIPT

  • BAB 1SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

  • CALON SEHARUSNYA DAPAT:menjelaskan asal usul bahasa melayumenerangkan konsep melayumengelompokkan bahasa mengikut rumpun, keluarga, atau subkeluargamenjelaskan hipotesis tentang tempat asal bahasa melayu.

  • 1.1 Asal usul Bahasa Melayu

    1.1.1Konsep Melayu dan istilah Melayu

    DEFINISI AWAL ISTILAH MELAYUIstilah Melayu baru dijumpai daripada kesan sejarah.Melayu merujuk orang dan bahasa,iaitu penduduk peribumi yang mendiami rantau Asia seperti Semenanjung Malaysia,Sabah,Sarawak,Singapura, bahagian selatan Thailand dan Brunei.

  • Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mengirimkan utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.Ada mengatakan Kerajaan Mo-lo-yeu terletak di Semenanjung Tanah Melayu atau di Jambi,Sumatera sempena nama sebatang sungai,iaitu Sungai Melayu

  • BUKTICatatan I-Tsing (pengembara cina,iaitu rahib buddha yang singgah di Sriwijaya pada tahun 672 Masihi semasa dalam perjalanan dari China ke India) menyatakan bahasa Melayu telah digunakan secara meluas di Palembang.Godinho de Erachia,pengembara Portugis menyebut bahawa bahasa Melayu digunakan sebagai lingua franca di Kepulauan Melayu.Kerajaan Melayu Melaka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan di Kepulauan Melayu dan dengan orang asing.

  • Asal usul nenek moyang orang Melayu dari Asia Tengah yang berpindah ke selatan sejak kira-kira 2500 SM. Perpindahan orang Austronesia dalam dua kumpulan,iaitu Melayu-Proto (2500SM).UNESCO (1972) menetapkan istilah Melayu merujuk kepada suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina,Madagaskar.Di Malaysia,istilah Melayu berfungsi sebagai kesatuan bahasa dan bangsa,iaitu bahasa Melayu diwakili oleh bangsa Melayu.

  • 1.1.2 SALASILAH BAHASA MELAYUOrang Melayu dipercayai berasal daripada induk Austronesia yang menuturkan bahasa Autronesia.Para pengkaji telah menggunakan faktor usia untuk menentukan perkembangan bahasa.Pemeringkatan bahasa telah dibahagikan kepada 3 iaitu filum,rumpun dan keluarga.Filum : Kelompok Bahasa induk (5000 tahun ke atas).Rumpun : Kelompok bahasa (2500-5000 tahun).Keluarga : Kelompok bahasa (Kurang 2500 tahun).

  • DEFINISI MELAYU DARI SEGI ETIMOLOGIPendapat Lain : (a) Zuber Osman : Perkataan Melayu berasal daripada perkataan Malaya singkatan perkataan Himalaya.Hima (salji) manakala alaya (tempat).Oleh itu,orang Melayu berasal dari pergunungan Himalaya.(b) Batu Bersurat Bukit Gombak Satu (Sumatera) : Perkataaan Malaya Pura bermaksud Kota Melayu.(c) Jawa Kuno : Mlayu yang bermaksud mengembara. (d) Mohd. Dahlan Mansoer : Nama sebatang sungai iaitu Melayu ada di sebut dalam Sejarah Melayu. (e) Van Der Tuuk : Melayu bermaksud menyeberang, merujuk kepada orang Melayu yang menyeberang atau menukar agama daripada agama Hindu Buddha kepada Islam

  • RAJAH SALASILAH BAHASA

    Filum Bahasa Austrik/Austris Menguasai hampir separuh benua Asia.

    Rumpun Austronesia Bahasa Nusantara (Polinesia,Melanesia,Mikronesia).Rumpun Austroasia Bahasa Khasi (Nicobar,Mon, Khmer dan Munda)Rumpun Cina-Tibet Bahasa Cina, Tibet,Burma, Siam.Cabang Nusantara/IndonesiaCabang Polinesia.(Hawaii, Tonga,Kepulauan Easter). Keluarga Melanesia.(Kepulauan Fiji,Irian, New Guinea). Keluarga Mikronesia. (Kepulauan Marianna,Gilbert).SumateraKalimantanBali-SasakFilipinasubgolongan

  • BAHASA MELAYU MEMPUNYAI :-4 PERINGKATBAHASA MELAYUPURBABahasa Melayu moden(berasal)Bahasa Melayu Klasik(berasal)Bahasa Melayu IndukPENDAPATASMAH HAJI OMAR

    Kesimpulannya, BahasaMelayu moden berasalDaripada Bahasa MelayuPurba yang di tuturkan Oleh Kelompok MelayuDeutro.BAHASA MELAYUMODENBAHASA MELAYUKLASIKBAHASA MELAYUKUNO

  • 1.1.3 : HIPOTESIS TEMPAT ASAL BAHASA MELAYUKAWASAN ASIATENGAHOrang Melayu berasal dari kawasan Selatan China(Yunan),Assam (Burma),Champa (Selatan China).Perpindahan berlaku dalam 2 kumpulan.Kumpulan pertama sampai ke kawasan Nusantara dinamakan Melayu-Proto.Kumpulan kedua sampai ke kawasan Nusantara dinamakan Melayu-Deutro.

  • MELAYU PROTO Berhijrah ke Nusantara (2500 tahun SM) Hidup berpindah randah,pandai Membuat alat Bercucuk tanam, alat perhiasan. Di kenali sebagai Zaman Neolitik. Dikemukakan oleh P. Sarasin dan F. Sarasin dan diperkukuhkan oleh R.H. Geldern. Melalui kajian Geldern terhadap beliung batu bersegi panjang,didapati kapak yang diperbuat daripada batu terdapat di beberapa kawasan Antaranya di sekitar Hulu Sungai Brahma Putra dan Sungai Irrawadi. Kesimpulannya, beliung batu tersebut telah dibawa oleh Orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.

  • Berhijrah ke Nusantara (1500 tahun SM). Datang dari Daerah Yunan (Selatan China). Dikenali sebagai Zaman Logam. Membuat alat perburuan dan Pertanian daripada besi. Juga pandai dalam bidang Astronomi dan Pelayaran. Hidup di tepi pantai dan kemudian bersebar di Kepulauan Melayu. Kumpulan ini menyebabkan Melayu Proto berpindah ke kawasan Pedalaman (hutan dan pergunungan). Menetap di kawasan Persisiran Pantai dan hidup sebagai Nelayan. Pandai bermasyarakat :- Berlayar ke Pulau-pulau di seluruh Kepulauan Melayu dan akhirnya Berkembang menjadi Bangsa Melayu dan Bangsa Indonesia yang sekarang. J.R. Logan membuat kajian berdasarkan adat resam suku bangsa di Asia. Berpendapat bahawa wujud persamaan antara adat resam Kaum Melayu dengan adat resam Kaum Naga di Assam (Burma). G.K. Nieman dan R.M. Clark membuat kesimpulan bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang Bangsa Melayu. Ia turut disokong oleh Sarjana Melayu :- Asmah Haji Omar (Malaysia) : Penghijrahan Orang Melayu tidak berlaku sekali gus dan tidak melalui jalan yang sama. Slamet Muljana (Indonesia) : Bahasa Austronesia yang didalamnya Termasuk Bahasa Melayu dari Daratan Asia. MELAYU DEUTRO

  • KAWASAN NUSANTARATerdapat teori mengatakan penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan Austronesia.Pengkaji mengemukakan beberapa tempat asal bahasa Austronesia beserta dengan buktinya :- (Sumatera,Jawa,Formosa,Melanesia,New Guinea, Filipina)Melalui kajian bahasa (Selatan Asia) menunjukkan bahawa bahasa-bahasa di Nusantara memang mempunyai hubungan kekerabatan (induknya ialah bahasa Austronesia). C.A. Mees berpendapat bahawa bahasa-bahasa daripada Rumpun Austronesia mempunyai persamaan dari segi perkataan,sistem imbuhan, dan susunan tatabahasa.

  • TEORI AWALTeori Von Heine-Geldern orang Melayu dan bahasa Melayu berhubung rapat dengan orang Mon-Khmer (Kemboja).Teori Hendrik Kern orang Melayu berasal dari Tanah Tinggi Yunan melalui gelombang pertama dan kedua.

    TEORI TERBAHARUTempat asal orang Melayu-Pulau Borneo dan dari sini merebak dalam dua kumpulan besarcmelalui tiga arah iaitu: (a) Barat (arah ke Sumatera Utara) (b) Timur Laut (arah ke Kepulauan Filipina dan Taiwan,ke Sulawesi dan Kalimantan Timur) (c) Barat Daya (Sumatera Selatan dan Jawa Barat)

  • Sekian,terima kasih.TAMAT