asal usul bahasa melayu

Upload: tangtyyling

Post on 08-Jul-2015

1.859 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Melayu? bangsa Melayu? bahasa Melayu? salasilah bahasa Melayu?

Melayu? definisi istilah MELAYUtinjauan dari sudut etimologi - kajian asal usul - sejarah sesuatu perkataan sehingga kini, asal usul bahasa Melayu masih kabur perlukan kajian berterusan secara lebih mendalam

Istilah awal dikaitkan dengan kerajaan dan kawasan malaikurram atau malayakolam (perkataan Sanskrit), iaitu Tanjung Kuantan (M.Ptolemy) dalam kitab Hindu purba zaman Gautama Buddha, Purana, wujud istilah Malaya dvipa, sebuah tempat bernama Pulau Sumatera.

pada zaman Dinasti Tang 644 645 M wujud istilah Mo-lo-yu atau Mo-lo-yue sebuah kerajaan di Jambi di dalam daerah Palembang utusan persembahkan hasil pertanian kepada raja China berdasarkan catatan rahib Buddha (I-Tsing) dari Canton ke India dalam tahun 675 M Jambi ialah jajahan takluk Sriwijaya bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran bahasa Sanskrit dan agama Buddha bahasa Melayu jadi bahasa rasmi Sriwijaya

dalam kerajaan Sriwijaya, bentuk bahasa Melayu dikenali sebagai bahasa Melayu Kuno atau Kun-lun (merujuk kepada hamba abdi di China) atau bangsa yang tinggal di Pulau Kundur perkataan Melayu juga tertulis di belakang sebuah patung yang dijumpai di Padang Rocore, Sumatera Selatan pada 1286 M

dalam buku Sejarah Melayu, bukti Melayu dikaitkan dengan Sungai Melayu di Palembang ada kajian menunjukkan perkataan Melayu dipinjam daripada bahasa Jawa kuno, iaitu mlayu (mengembara) orang Melayu berpindah dari Yunan ke kawasan selatan wujud perkataan Malayapura (Kota Melayu atau Kerajaan Melayu) pada Batu Bersurat Bukit Gombak Satu di Sumatera Barat

rumusan oleh Abdullah Jumain bahawa istilah Melayu bermula di Jambi yang kemudiannya berkembang pada zaman kerajaan Sriwijaya perkembangan tersebut menjadi semakin meluas pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dalam pentadbiran dan adat istiadat

Bangsa Melayu Bahasa Melayu menurut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 153, istilah Melayu merujuk kepada seseorang yang dapat menuturkan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda, mengamalkan adat istiadat Melayu dan menganut agama Islam dengan tertubuhnya kerajaan Melayu Melaka kira-kira 1400 M, konsep kerajaan atau kawasan telah berubah kepada orang di dalam daerah dan penggunaan bahasa nenek moyang orang Melayu berasal dari Asia Tengah dikenali Melayu-Deutro dan Melayu-Proto Melayu ialah penduduk asal di Nusantara

pada abad ke-17, istilah Melayu digunakan secara lebih meluas yang mencakupi suku bangsa serumpun di Nusantara pada tahun 1972, UNESCO memberikan pengertian terhadap istilah Melayu yang merujuk kepada suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar

bangsa Melayu tinggal di seluruh kawasan Semenanjung Malaysia, pantai barat Sabah (termasuk berdekatan Brunei), Sarawak (Bahagian Pertama dan Kuching), Brunei, Singapura, sepanjang pantai Kalimantan Barat, Selatan dan Timur, pantai timur Sumatera, kepulauan Melayu Riau, Bangka, Banda, Belitung, Natuna dan Lingga, selatan Thailand, terutamanya di Pattani, selatan Filipina serta gugusan Pulau Sulu dan Palawan, Champa di selatan Indo-China dan kawasan-kawasan penghijrahan bangsa Melayu seperti di Madagaskar, Sri Lanka dan Afrika Selatan

Salasilah Bahasa Melayu beberapa kajian telah dilakukan oleh ahli arkeologi dan linguistik untuk memperoleh kepastian tentang asal usul penutur bahasa Melayu terdapat dua teori asal usul, iaitu kawasan Asia Tengah dan Nusantara

kawasan ASIA TENGAH berdasarkan teori ini, orang Melayu berasal dari selatan China atau Yunan atau Burma melalui dua kelompok perpindahan dari utara ke selatan, iaitu Melayu Proto (P. Sarasin dan F. Sarasin) dan Melayu Deutro diperkuat oleh kajian Von Heine Geldern pada tahun 1932 ini dibuktikan dengan terjumpanya beliungbeliung batu bersegi panjang di Sungai Hwang Ho, Sungai Yangtze, Sungai Salween, Sungai Irrawady dan Sungai Brahmaputra. Bentuk beliung-beliung sama seperti yang dijumpai di Nusantara

J. R. Logan, pengkaji budaya dan adat resam berpendapat wujud persamaan antara adat resam orang Melayu dengan kaum Naga di Assam, Burma yang disokong oleh G. K. Nieman dan R. M. Clark Hendrik Casper Kern mendapati bahasa Melayu mempunyai persamaan dengan bahasa Filipina, Madagaskar dan Taiwan Van Der Tuck (1916), H. Kern (1965) dan J. L. Brandes (1884) yang mengkaji fonetik bahasabahasa Austronesia mendapati ada persejajaran bunyi dalam kelompok bahasa di Nusantara

kawasan NUSANTARA orang Melayu tidak datang dari luar, tetapi memang sedia ada di Nusantara buktinya ialah bahasa Melayu mempunyai kekerabatan dengan bahasa Polinesia, Melanesia dan Mikronesia persamaan dari segi bentuk kata dan struktur bahasa (William Marsden) C. A. Mees juga mendapati bahasa dari rumpun Austronesia mempunyai banyak persamaan dari segi tatabahasa, sistem imbuhan dan susunan tatabahasa

John Crawfurd mendapati tanah asal orang Melayu adalah di Sumatera dan Jawa berasaskan perkembangan kebudayaan yang sangat menonjol berbanding kawasan-kawasan lain di Nusantara pencairan glasier menyebabkan beberapa wilayah terpisah yang menyebabkan perpindahan kelompok masyarakat dari satu daratan ke satu daratan buktinya ialah pemisahan Pentas Sunda (Nusantara) dengan Pentas Sahul (Australia dan New Guinea)

bukti daripada kajian tengkorak tengkorak Pithecanthropus Mojokerta di Nusantara berusia 670 000 tahun; tengkorak Pithecanthropus Trinil berusia 600 000 tahun BERBANDING tengkorak Sinanthropus Pekinensis (Manusia Peking) hanya berusia kira-kira 550 000 tahun

SEKIAN dan TERIMA KASIH

Y

Y

Y

PD

F T ra n sf o

rm

Y

PD

F T ra n sf o

rm

er

er

ABB

ABB

y

bu

bu C lic k he re tow

yw.A B B Y Y.c

2.0

2.0

C

lic

k

he

reom

to

w

w.

A B B Y Y.c

om

w

w

ASAL USUL BAHASA MELAYU Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal-usul penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal-usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur. Akan tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno. Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara. Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masehi Kira-kira dalam tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan orangorang Melayu-Proto seperti orang-orang Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan pedalaman. Justeru itu, Melayu-Deutro ini merupakan masyarakat Melayu yang ada pada masa kini.

Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasabahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada rumpun bahasa Austronesia, rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa TibetCina. BAHASA BAHASA AUSTRIS

BAHASA-BAHASA AUSTRO-ASIA

BAHASA-BAHASA TIBET-CINA

BAHASA-BAHASA AUSTRONESIA

Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat kelompok yang lebih kecil : 1. Bahasa-bahasa Kepulauan Melayu atau Bahasa Nusantara. Contoh : bahasa Melayu, Aceh, Jawa, Sunda, Dayak, Tagalog, Solo, Roto, Sika dan lain-lain. 2. Bahasa-bahasa Polinesia Contoh : bahasa Hawaii, Tonga, Maori, Haiti

Y

Y

Y

PD

F T ra n sf o

rm

Y

PD

F T ra n sf o

rm

er

er

ABB

ABB

y

bu

bu C lic k he re tow

yw.A B B Y Y.c

2.0

2.0

C

lic

k

he

reom

to

w

w.

A B B Y Y.c

om

w

w

3. Bahasa-bahasa Melanesia Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, Irian and Kepulaun Caledonia 4. Bahasa-bahasa Mikronesia Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert.

Bahasa-Bahasa Austronesia

Bahasa-Bahasa Nusantara

Bahasa-bahasa Polinesia

Bahasa-Bahasa Melanesia

Bahasa-Bahasa Mikronesia

Bahasa Melayu tergolong dalam cabang Bahasa-bahasa Nusantara yang mempunyai bahasa yang paling banyak, iaitu kira-kira 200 hingga 300 bahasa. Bentuk Bahasa Melayu yang dituturkan di Kepulauan Melayu pada zaman dahulu dikenali sebagai Bahasa Melayu Kuno dan jauh berbeza dengan Bahasa Melayu yang moden. Bentuk Bahasa Melayu Kuno hanya dapat dilihat melalui kesan tinggalan sejarah seperti batu-batu bersurat. Batu-batu bersurat yang menggunakan Bahasa Melayu dipercayai ditulis bermula pada akhir abad ke-7. Sebanyak empat batu bersurat telah dijumpai yang mempunyai tarikh tersebut : 1. 2. 3. 4. Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M) - Palembang Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M) Palembang Batu Bersurat Kota Kapor (686 M) Pulau Bangka, Palembang Batu Bersurat Karang Brahi (686 M) Palembang

Berpandukan isinya, penulisan di batu bersurat tersebut dibuat atas arahan raja Srivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai empayar meliputi Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran kerajaan Srivijaya, sekaligus meluaskan penyebaran Bahasa Melayu ke tanah jajahan takluknya . Walaupun bahasa pada batu bersurat itu masih berbahasa Sanskrit, akan tetapi masih terdapat pengaruh Bahasa Melayu Kuno di dalamnya. Istilah Melayu timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada tahun 644 dan 645 Masehi. Tulisan ini menyebut mengenai orang Mo-Lo-Yue yang mengirimkan utusan ke Negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi keada Raja China. Letaknya kerajaan Mo-Lo-Yue ini tidak dapat dipastikan dengan tegas. Ada yang mencatatkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Jambi, Sumatera. Selain daripada empat batu bersurat yang disebutkan tadi, terdapat juga bahan-bahan lain yang dihasilkan dalam zaman kerajaan Srivijaya pada abad ke-7 hingga ke-13 Masehi. :

Y

Y

Y

PD

F T ra n sf o

rm

Y

PD

F T ra n sf o

rm

er

er

ABB

ABB

y

bu

bu C lic k he re tow

yw.A B B Y Y.c

2.0

2.0

C

lic

k

he

reom

to

w

w.

A B B Y Y.c

om

w

w

1. Batu Bersurat Gandasuli (832 M) Gandasuli, Jawa Tengah 2. Sebuah batu bersurat yang dijumpai di Bangkahulu bertarikh 1000 Masehi. 3. Sebuah patung gangsa yang dijumpai di Padang Lawas, Tapanuli bertarikh 1029 M dengan tulisan pada kaki alasnya 4. Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M dengan catatan perkataan Malaya atau Melayu pada bahagian belakangnya. Bahasa Melayu (Abad ke-13 hingga 18 Masehi) Pada zaman ini tiga buah batu bersurat yang menunjukkan perkembangan Bahasa Melayu telah dijumpai : 1. Batu Bersurat Pagar Ruyong, Minangkabau (1356 M) ditulis dalam tulisan India dan memperlihatkan pengaruh Bahasa Sanskrit. 2. Batu Nisan di Minye Tujuh, Acheh (1380 M) juga ditulis dalam tulisan India dengan beberapa perkataan Arab 3. Batu Bersurat Terengganu dijumpai di Sungai Teresat, Kuala Berang Terengganu. Tarikh sebenar tidak dapat dipastikan, tetapi ia dipercayai ditulis antara tahun 1303 M hingga 1387 M. Ia ditulis dalam tulisan Jawi. Abad ke 13 adalah waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini. Ini telah mempengaruhi bangsa dan bahasa di sini, terutamanya bangsa dan bahasa Melayu. Pengaruh India sedikit demi sedikit mula digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab. Zaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu di rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi lingua franca para pedagang. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam Sejarah Melayu oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya. Kedatangan orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melaka ke tangan Portugis pada tahun1511 masehi tidak menamatkan pengaruh Bahasa Melayu. Ramai di antara mereka yang menjalankan penyelidikan dan menyimpan catatan mengenai bahasa dan kesusasteraan Melayu. Beberapa contoh usaha mereka ialah : 1. Pigafetta, seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya bersama Magellan, telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada tahun 1521. Ia merupakan daftar kata daripada bahasa yang dituturkan oleh orangorang di pelabuhan itu dengan lebih 400 patah perkataan dan adalah daftar kata Melayu-Eropah yang tertua. Kedudukan Pulau Tidore yang terletak jauh daripada tempat asal Bahasa Melayu menggambarkan betapa luasnya Bahasa Melayu tersebar.

Y

Y

Y

PD

F T ra n sf o

rm

Y

PD

F T ra n sf o

rm

er

er

ABB

ABB

y

bu

bu C lic k he re tow

yw.A B B Y Y.c

2.0

2.0

C

lic

k

he

reom

to

w

w.

A B B Y Y.c

om

w

w

2. Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah Portugis. Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur. 3. Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah bangsa Belanda yang banyak menulis menganai wilayah Kepulauan Melayu, telah menggambarkan kepentingan Bahasa Melayu seperti berikut : Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang. Satu bukti tentang tingginya martabat Bahasa Melayu dan luas penggunaanya di wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-rja di Kepulauan Melayu. Antaranya ialah : 1. Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601) 2. Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602) 3. Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612) Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan Bodelein, London Dalam abad ke-17, terdapat banyak usaha oleh sarjana-sarjana Eropah untuk menyusun kamus dan daftar kata, yang kemudiannya diteruskan kepada bidang morfologi, sintaksis dan fonologi. Tokoh-tokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan. Kebanyakan usaha mereka berkisar tentang agama dan sastera. Palembang dan Acheh telah menggantikan telah menggantikan Melaka sebagai pust keintelektualan Melayu. Antara tokoh-tokoh di Acheh ialah : 1. 2. 3. 4. Sheikh Nuruddin Al-Raniri (Bustanul Salatin) Shamsuddin Al-Sumaterani (Mirat Al-Mukmin) Abdul Rauf Singkel (Mirat Al-Tullab) Hamzah Fansuri (Syair Perahu)

Di Palembang pula terdapat Abdul Samad Al-Falambani dengan kitab Hikayat AlSalakin. Selain daripada Acheh dan Palembang, beberapa tokoh juga timbul di tempat-tempat lain. Di Brunei, Pengiran Syahbandar Muhammad Salleh (Pengiran Indera Muda) telah menghasilkan Syair Rakis, manakala di Banjarmasin pula terkenal dengan Arshad AlBanjari dengan kitab Sabil Al-Muhtadin. Sheikh Mohd Ismail Daud Al-Fatani di Pattani pula menghasilkan Matlaal Badrain dan Furu Al-Masail.

Y

Y

Y

PD

F T ra n sf o

rm

Y

PD

F T ra n sf o

rm

er

er

ABB

ABB

y

bu

bu C lic k he re tow

yw.A B B Y Y.c

2.0

2.0

C

lic

k

he

reom

to

w

w.

A B B Y Y.c

om

w

w

Bahasa Melayu (Abad ke-19 dan 20 Masehi) Kemuncak kegiatan alam persuratan Melayu melalui Bahasa Melayu dan tulisan Jawi adalah di Penyengat, sebuah pulau di Kepulauan Riau yang menjadi sebahagian daripada Kerajaan Johor-Riau. Di sinilah dari abad ke 19 hingga awal abad ke 20, tertumpunya kegiatan keintelektualan Melayu-Islam dan perkembangan Bahasa Melayu selanjutnya. Banyak karya serta kitab diterbitkan di pulau ini, seperti kitab Al-Hakim oleh Tajuddin Abdul Fadzil Ahmad ibn Abdul Karim (1863 M) dan Sabil Al-Hidayat oleh Sayyed Aluwi Baaluwi (1899 M) Tetapi hasil penulisan yang terkenal dan terpenting dalam dunia persuratan Melayu ialah karya Raja Ali Haji, iaitu Bustan Al-Katibin (1857 M), Pengetahuan Bahasa (1859 M), Salasilah Melayu dan Bugis (1865 M) dan Tuhfat Al-Nafis (1865 M). Pada masa itu juga di Johor terdapat beberapa hasil penulisan seperti Hikayat Negeri Johor dan Kitab Pemimpin Johor. Kerajaan Melayu Johor-Riau terus menjadi pusat pengembangan Bahasa Melayu sehingga ia menjadi bahasa persatuan di seluruh Nusantara. Sebelum Inggeris bertapak di Semenanjung Tanah Melayu, Bahasa Melayu menjadi satu-satunya bahasa perantaraan bagi penduduk negara ini. Ia digunakan sebagai bahasa pentadbiran di semua pusat pemerintahan dan menjadi bahasa pengantar di institusi pendidikan yang ada pada ketika itu seperti pusat pengajian Islam dan kelas agama. Perhubungan antara rakyat juga menggunakan Bahasa Melayu, termasuk di pusat-pusat perniagaan seperti Melaka, Pulau Pinang dan Singapura yang sebahagian besar penduduknya terdiri daripada orang Melayu. Pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, khususnya ketika sebelum berlaku Perang Dunia Kedua, Bahasa Melayu terus digunakan untuk tujuan urusan rasmi di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pegawaipegawai Inggeris yang bertugas di Negeri-Negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu dan mesti lulus dalam peperiksaan Bahasa Melayu sebelum disahkan dalam jawatan. Sebahagian daripada pegawai-pegawai itu terus menaruh minat yang tinggi terhadap Bahasa Melayu, sehingga dikenali sebagai sarjana Bahasa Melayu. Antaranya ialah R.O. Winstedt, J.R. Wilkinson, C.C. Brown, W.E. Maxwell, W. Marsden, W.G. Shellabear dan J. Crawford. Hanya selepas Perang Dunia Kedua kedudukan serta peranan Bahasa Melayu mula terancam. Pegawai-pegawai Inggeris baru yang jahil terhadap Bahasa Melayu membawa tekanan kepada kehidupan rakyat di negara ini, menerusi nilai-nilai baru yang diperkenalkan. Orang-orang Inggeris menjadi tuan dan segala yang bersangkutan dengan cara hidup mereka diberi nilaian yang tinggi termasuk bahasa mereka. Ini diperkukuhkan dengan dasar menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem persekolahan. Dalam keadaan Bahasa Melayu menerima tekanan, kesusasteraan Melayu terus dihasilkan, bukan oleh cendiakawan berpendidikan barat tetapi cerdik pandai lulusan sekolah Melayu atau Arab.

Y

Y

Y

PD

F T ra n sf o

rm

Y

PD

F T ra n sf o

rm

er

er

ABB

ABB

y

bu

bu C lic k he re tow

yw.A B B Y Y.c

2.0

2.0

C

lic

k

he

reom

to

w

w.

A B B Y Y.c

om

w

w

Kemerosotan Bahasa Melayu tidak berterusan. Pada awal abad ke-20, semangat kebangsaan bergema dan orang-orang Melayu mula mengorak langkah untuk memperjuangkan bahasa ibunda mereka. Wartawan, sasterawan, budayawan, guruguru Melayu dan ahli-ahli politik berganding bahu memperjuangkan cita-cita ini. Akhbar dan majalah menjadi saluran utama untuk menyuarakan hasrat ini. Perjuangan Bahasa Melayu digerakkan serentak dengan perjuangan politik membebaskan tanah air daripada penjajahan. Akhirnya kejayaan tercapai dengan termaktubnya Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, yang menyebut bahawa Bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen. Dengan perakuan ini, maka bermulalah era baru bagi Bahasa Melayu, satu bahasa yang pernah menjadi lingua franca bagi seluruh Kepulauan Melayu. Laman Asal : http://faculty.unitarklj1.edu.my/ALD0063/week/ASAL%20USUL%20BAHASA%20MELAY U.doc

PENGAJAR:TANGTYYLING EMEL:[email protected]

Kawasan Asia Tengah

Kawasan Nusantara

Menurut hipotesis ini, orang Melayu dikatakan berpindah dari utara ke selatan.Mereka dikatakan berasal dari selatan China.

Tempat-tempat yang diketengahkan oleh para penyelidikdaerah Yunan di selatan China, Assam di Burma, dan Campa di selatan Indo-China.

Penghijrahan mereka dipercayai berlaku dalam dua kumpulan, iaitu

Melayu Proto

Kumpulan Melayu Proto dipercayai berhijrah ke Nusantara kira-kira pada tahun 2500 SM. Peradaban orang Melayu Proto ini dikatakan lebih maju daripada orang Negrito yang sudah sedia ada di Nusantara. Orang Melayu Proto dikatakan hidup berpindah-randah. Namun demikian, mereka pandai membuat alat bercucuk tanam, barangan pecah-belah, dan alat perhiasan. Zaman mereka ini dikenali sebagai Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru.

Hipotesis penghijrahan kumpulan Melayu Proto ini mula-mula dikemukakan oleh P. Sarasin dan F. Sarasin pada tahun 1892.

Hipotesis ini dikemudiannya diperkukuh oleh R.H. Gelden (seorang ahli prasejarah dan profesor di Institut Pengajian Asia, Iran) pada tahun 1932.

Melalui kajian yang dibuatnya terhadap beliung-beliung batu bersegi panjang. Geldern mendapati bahawa kapak-kapak yang dibuat daripada batu yang terdapat di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Sungai Irrawadi, Sungai Salween, Sungai Yangtze, dan Sungai Hwang Ho itu turut ditemukan di beberapa tempat lain di kawasan Nusantara.

Melayu Deutro

Penghijrahan Kumpulan Melayu Deutro pula dikatakan berlaku kira-kira pada tahun 1500SM. Kumpulan ini dipercayai datang dari daerah Yunan di selatan China. Mereka memiliki tamadun yang lebih maju daripada Kumpulan Melayu Proto. Zaman mereka dikenal sebagai Zaman Logam. Mereka membuat alat pemburuan dan pertanian daripada besi. Selain itu, Melayu Deutro pandai dalam bidang pelayaran dan astronomi. Mereka hidup di tepi pantai dan kemudiannya bersebaran hampir keseluruhan Kepulauan Melayu.

Kedatangan Melayu Deutro menyebabkan Melayu Proto berpindah ke kawasan pedalaman, iaitu di kawasan hutan dan pergunungan. Hal ini sesuai dengan mereka yang suka berpindahrandah. Kumpulan Melayu Proto inilah yang menjadi nenek moyang kepada suku orang Asli seperti Semang, Jakun, Senoi, dan sebagainya. Kumpulan Melayu Deutro hidup di kawasan di persisiran pantai dan sebagai nelayan. Sebahagian mereka membina petempatan yang berhampiran dengan sungai dan lembah yang subur. Mereka menjalankan kerja pertanian dan memburu binatang. Orang Melayu Deutro pandai bermasyarakat. Mereka berlayar ke pulau-pulau di seluruh Kepulauan Melayu. Akhirnya, berkembang menjadi bangsa Melayu dan bangsa Indonesia yang ada sekarang.

J.R. Logan yang membuat kajian berdasarkan adat resam suku bangsa Asia.Beliau mendapati bahawa wujud persamaan antara adat resam kaum Melayu dengan adat resam kaum Naga di Assam di daerah Burma(Myanmar). Persamaan yang wujud ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu mempunyai hubungan dengan bahasa di Asia Tengah.

Ahli-ahli budaya lain, seperti G.K Nieman dan R.M. Clark juga membuat kajian tentang adat resam dan menghasilkan kesimpulan bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu.

Hipotesis pertama ini turut disokong oleh dua orang sarjana Melayu, iaitu Asmah Haji Omar dari Malaysia dan Slametmuljana dari Indonesia.

Asmah Haji Omar berpendapat bahawa penghijrahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara tidak berlaku sekali gus dan mereka tidak melalui laluan yang sama.

Menurut beliau ada yang melalui daratan melintasi Tanah Semenanjung Malaysia, ada yang melalui Lautan Hindi dan ada yang pula melintasi Lautan China Selatan.

Slametmurjana pula membuat penyelidikannya berdasarkan perbandingan bahasaberpendapat bahawa bahasa Austronesia yang di dalamnya termasuk bahasa Melayu adalah dari daratan Asia.

Walau bagaimanapun, hipotesis pertama ini menimbulkan pelbagai keraguan.Salah satunya berkaitan dengan tarikh berlakunya penghijrahan.

Tarikh penghijrahan Melayu Proto dengan Melayu Deutro adalah bertentangan dengan kajian arkeologi yang menunjukkan manusia moden (Homo sapiens) telah wujud di Kepulauan Melayu sejak 35 000 tahun yang lalu.

Malah, kalau diteliti dari warna kulit, bangsa Melayu yang berkulit coklat tinggal di Thailand Selatan, Malaysia, Brunei, Indonesia, Filipina Selatan Singapura, memang berbeza daripada bangsa di Asia Tengah, baik bangsa Cina di sebelah timur mahupun bangsa India di sebelah barat yang berkulit cerah.

Mereka bukan sahaja berbeza dari warna kulit, bentuk dan anggota badan tetapi juga dari segi bahasa dan kebudayaan.

Selain itu, bukti beliung batu yang dikemukakan oleh Geldern juga meragukan.Artifak ini bukan sahaja ditemui di Timur Tengah dan Nusantara, tetapi juga di Amerika dan Eopah. Artifak ini sebenarnya ada pada mana-mana masyarakat primitif di seluruh dunia. Apatah lagi secara kebetulan Geldern membuat kajiannya bermula dari Asia Tengah ke Nusantara. Sekiranya beliau memulakan kajian dari Nusantara ke Asia Tengah, mungkin beliau akan menghasilkan kesimpulan bahawa bangsa Asia Tengah itu berasal dari Nusantara.

Seterusnya kajian bahasa juga tidak menyokong hipotesis bahawa bahasa Melayu berasal daripada bahasa di Asia Tengah.

Kajian bahasa menunjukkan bahawa bahasa Melayu berasal daripada rumpun Austronesia, bukan daripada rumpun ChinaTibet yang melahirkan bahasa China, Tibet, Siam, Miao, Yiu, dan Burma.

Hipotesis ini menolak pendapat bahawa bangsa Melayu berasal dari kawasan Asia Tengah.beberapa tempat asal bahasa Astronesia, iaitu rumpun yang menurunkan bahasa Melayu.

Sumatera, Jawa, Melanesia, New Guinea, dan Filipina. Para pengkaji mengemukakan beberapa bukti yang menjelaskan dakwaan mereka. Bukti pertama dapat dilihat daripada segi kajian bahasa di kawasan selatan Asia. Hasil daripada penyelidikan perbandingan bahasa yang dilakukan oleh beberapa orang pengkaji bahasa menunjukkan bahawa bahasa-bahasa di Nusantara memang mempunyai hubungan kekerabatan, iaitu induk kepada bahasa-bahasa tersebut ialah bahasa Astronesia. Kajian C.A.Mess mendapati bahawa bahasa-bahasa daripada rumpun Astronesia mempunyai persamaan yang banyak daripada segi :

perkataan, sistem imbuhan dan susunan tatabahasa. mata, telinga, dan lima

Penutur bahasa daripada rumpun bahasa Austronesia ini dipercayai berpusat di persisiran pantai yang strategik di Kepulauan Melayu. Dari situlah mereka membawa bahasa tersebut ke barat hingga ke Madagaskar di Lautan Hindi dan ke timur hingga ke Pulau Easter di Lautan Pasifik.

Kajian Williams Marsden menunjukkan bahawa bahasa Melayu serumpun dengan bahasa Mekanesia, Melanesia, dan Polinesia yang kesemuanya daripada induk bahasa Austronesia.

Kekerabatan bahasa seperti ini tidak ditemukan dalam bahasabahasa di Asia Tengah. Oleh hal yang demikian, asal nenek moyang bagi bahasa Melayu bukan dari Asia Tengah.

Berdasarkan kekerabatan bahasa, Isidore Dyen berpendapat bahawa orang Melayu mungkin berasal dari Formosa, New Guinea, atau Melanesia. Gorys Keraf dalam buku Linguistik Bandingan Historis pula menyatakan bahawa nenek moyang bahasa Melayu sudah sedia ada di Kepulauan Melayu dan mereka menggunakan bahasa keluarga Nusantara.

Menurut beliau, negeri asal nenek moyang bangsa Austronesia iailah Indonesia dan Filipina.

Seterusnya, kajian kebudayaan juga dapat membuktikan bahawa asal usul bahasa Melayu adalah dari kawasan Nusantara.

Sehubungan dengan itu, seorang sarjana Inggeris bernama John Crawfurd membuat kajian perbandingan bahasa yang terdapat di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Hasil daripada kajian beliau menunjukkan bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki tahap kebudayaan yang tinggi pada abad kesembilan belas.

Menurut Crawfurd, untuk mencapai tahap kebudayaan yang menonjol itu, kedua-dua budaya itu tentu telah mengalami perkembangan beberapa abad sebelum itu. Berasaskan anggapan ini, beliau membuat kesimpulan tempat asal asal orang Melayu di Sumatera dan Jawa. Dengan kata lain, bahasa Melayu di Sumateradalam bahasa Jawa (di pulau Jawa) merupakan bahasa induk kepada bahasa-bahasa serumpun yang tersebar di Kepulauan Melayu.

Hipotesis kedua ini juga disokong oleh kajian arkeologi kerana penemuan fosil-fosil di Nusantara menunjukkan bahawa manusia telah lama mendiami Kepulauan Melayu.

Sebagai buktinya, fosil manusia yang ditemukan menunjukkan bahawa manusia Jawa telah wujud di Pulau Jawa sejak dua juta tahun yang lalu. Selanjutnya, kajian terhadap tengkorak manusia menunjukkan usia tengkorak manusia yang ditemukan di Nusantara lebih tua daripada tengkorak yangditemukan di Asia Tengah. Hal ini terbukti, Mojokerta dan Pithecanthropus Trinil yang masing-masing berusia kira-kira 670,000 tahun dan 600,000 tahun berbanding dengan Sinanthropus Pekinensis (Manusia Peking) yang ditemukan di China hanya berusia kirakira 550 000 tahun. Daripada bukti kajian purba, dapat disimpulkan bahawa nenek moyang bangsa Austronesia dan Melayu bukan berasal dari Asia Tengah kerana manusia awal telah lama ada di Nusantara.

Bukti lain yang menunjukkan bahawa orang Melayu merupakan penduduk asal di Nusantara juga dapat diselidiki dari sudut Geografi.

Dari zaman Pilosen hingga Zaman Pleistosen, Nusantara dan Australia dikatakan terdiri daripada dua buah daratan luas yang telah telah dihuni manusia. Daratan Nusantara dikenali sebagai Pentas Sunda manakala Daratan Australia dinamai Pentas Sahul. Kedua-dua daratan yang besar ini kemudian berpecah kepada pulau-pulau yang besar dan kecil sebagai akibat pencairan glasier. Pencairan glasier menyebabkan Pentas Sunda dan Pentas Sahul ditenggelami air dan beberapa daratan yang tinggi menjadi pulau, sama ada pulau yang besar atau kecil. Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Pulau Kalimantan, dan pulaupulau lain di Indonesia manakala Pentas Sahul berpecah kepada benua Australia dan New Guinea. Pemisahan antara satu daratan lain ini menyebabkan manusia yang tinggal di situ berpindah dari satu daratan ke satu daratan yang lain. Dapat disimpulkan bahawa perpindahan manusia yang berlaku bukan dari Asia Tengah ke Nusantara tetapi penduduk asal di Nusantara berpindah disebabkan proses geografi. Justeru, orang Melayu pada asalnya memang penduduk di Nusantara, bukan berhijrah dari Asia Tengah.