artikel pendapat yang menerima wanita sebagai hakim syarie amsyar

33
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM PPPY 1282 KAEDAH PENYELIDIKAN ARTIKEL PENDAPAT YANG MENERIMA WANITA SEBAGAI HAKIM SYARIE DISEDIAKAN UNTUK : PROF. MADYA DR. ZAINI BIN NASOHAH DISEDIAKAN OLEH: AHMAD NUR AMSYAR BIN ZAINAL (A144936) JABATAN SYARIAH FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Upload: angku-anazmy

Post on 26-Dec-2015

346 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

n

TRANSCRIPT

Page 1: Artikel Pendapat Yang Menerima Wanita Sebagai Hakim Syarie Amsyar

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

PPPY 1282KAEDAH PENYELIDIKAN

ARTIKEL

PENDAPAT YANG MENERIMA WANITA SEBAGAI HAKIM SYARIE

DISEDIAKAN UNTUK :

PROF. MADYA DR. ZAINI BIN NASOHAH

DISEDIAKAN OLEH:

AHMAD NUR AMSYAR BIN ZAINAL (A144936)

JABATAN SYARIAH FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Page 2: Artikel Pendapat Yang Menerima Wanita Sebagai Hakim Syarie Amsyar

1.0 Pengenalan

Peranan Hakim Syarie dalam melaksanakan undang-undang Islam dan pentadbirannya

adalah amat penting. Hakim adalah orang yang bertanggungjawab sepenuhnya menjaga

dan mempertahankan kedaulatan undang-undang. Jawatan Hakim/Kadi pernah dipegang

oleh Baginda Rasulullah s.a.w. semasa hayat baginda, dan demikianlah juga dengan

Khulafa’ al Rashidin. Mereka merupakan rujukan terakhir dan bertanggung jawab secara

langsung terhadap kehakiman dan pentadbirannya.

Istilah kehakiman yang dipakai adalah sinonim dengan bahasa arab “al-Qada”. Buku-

buku mengenai “al-Qada” dalam Islam menghuraikan perkataan “qada”, daripada qada-

yaqdi-qada’n memberi berbagai erti seperti mana yang dijelaskan dalam beberapa ayat

diantaranya membawa erti “telah mengerjakan”, “telah selesai2”, “telah perintahkan3” dan

“menghukum”. Ulama fiqh pula memberi beberapa huraian, diantaranya mengikut Ibn al-

Human, qada’ ialah hukum yang mengikat. Ibn Abi al-Damm menghuraikan bermaksud

menyelesaikan pertikaian dengan hukum mengikat yang dikeluarkan dari orang yang

mempunyai bidangkuasa. Mengikut Syarbini al-Khatib ialah menyelesaikan pertikaian antara

dua pihak atau lebih mengikut hukum syarak. Pada umumnya ulama bersetuju bahawa

al-Qada’ atau kehakiman adalah penyelesaian pertikaian diantara pihak-pihak dengan

hukuman yang mengikat. Perkataan lain yang ada kaitan dengan kehakiman iaitu “hakama,

yahkumu, hukman” dalam bahasa kita “hukum”. Perkataan ini juga diulang beberapa kali

dalam al-Quran dan hadith, diantara dalam surah al-Nisa’ ayat 58 yang bermaksud; “dan

apabila kamu menjalankan hukum diantara manusia (Allah menyuruh) kamu menghukum

dengan adil”.

Mengikut al-Zuhri perkataan “hukm” dan “qada” adalah sinonim. Dalam hubungan ini

“hakim” dan “qadli” adalah sama. Boleh disimpulkan bahawa kehakiman Islam ialah

menyelesaikan hukum syarak. Mengikut mazhab Shafie, seorang Muslim yang sememangnya

berkelayakan dan berkemampuan untuk menjalankan tugas hakim atau qadi hendaklah

memohon jawatan tersebut. Seseorang yang merasakan dirinya tidak kurang dibandingkan

dengan orang lain dalam bidang kehakiman boleh menerima jawatan hakim. Sebagai

seorang qadi dia hendaklah berpegang dengan “adab” qadi. Adab bermaksud diantara lain

ialah etiquette dan tatacara. Ia menunjukkan keadaan tingkahlaku dan disiplin minda dan budi

dalam tindakan kehidupan seseorang yang dibentuk dan dilantik dalam sesuatu bidang atau

profesyen. Ini menjurus kepada kualiti yang terpuji dalam diri seseorang dan memandang

Page 3: Artikel Pendapat Yang Menerima Wanita Sebagai Hakim Syarie Amsyar

rendah perangai yang buruk. Secara umum adab qadi adalah etika, disiplin dan tingkahlaku bagi

qadi dalam menjalankan tugas, baik dalam Mahkamah mahupun di luar Mahkamah mengikut

syariat Islam bagi memelihara perlaksanaan jawatan kehakiman dan keputusannya adalah

mengikat.Dalam Islam qadi menghakimi tuntutan dan pertikaian mengikut hukum syarak. Qadi

atau hakim diberi kuasa menjatuhkan hukuman dalam apa juga prosiding kehakiman.

Keputusan hakim adalah muktamad kecuali ada rayuan. Bagaimanapun keputusan

yang dibuat oleh Nabi Muhamad S.A.W adalah muktamad.1

2.0 Konsep Hakim Wanita Menurut Syarak dan Dalil

Islam telah mengenakan syarat-syarat yang ketat untuk seseorang itu boleh dilantik

sebagai Hakim. Tujuannya untuk memastikan orang yang memegang jawatan tersebut

benar-benar berwibawa dan berkelayakan. Walaupun demikian ,ulama berselisih pendapat

dalam soal menentukan bilangan syarat tersebut. Al Ramli,umpamanya, telah memberikan

sepuluh syarat. Muhammad Salam Madkhur pula menyebut enam syarat,sedangkan

Syeikh Muhammad Isa memberikan empat syarat sahaja.

Sungguhpun mereka berselisih pendapat berhubung dengan penentuan bilangan syarat,

pada hakikatnyanya ia melengkapi diantara satu sama lain. Keseluruhan syarat tersebut

adalah disimpulkan seperti berikut:

1. Islam

2. Baligh

3. Berakal

4. Merdeka

5. Lelaki

6. Adil

7. Mujtahid

8. Sempurna Pancaindera

1 Abdul Monir Yaacob, 2001, hlm. 1-3.

Page 4: Artikel Pendapat Yang Menerima Wanita Sebagai Hakim Syarie Amsyar

Tidak dapat dinafikan pada masa ini sukar sekali mendapatkan seorang Hakim

yang menepati semua syarat lantikan. Umumnya hendaklah dilantik orang yang terlayak di

kalangan yang layak dan terbaik dikalangan yang ada, dan jawatan itu hendaklah diisi

kerana darurat atau berkepentingan awam.2

Dalil daripada al-Qur'an

Manusia yang lazimnya hidup bermasyarakat pasti memerlukan paratusan yang kemudian

dikuatkuasakan bagi menjamin kehormatan hidup sesame mereka. Suasana hidup

bermasyarakat juga tidak akan terlepas dari rasa tidak puas hati atau berlaku

pertelingkahan sama ada kecil ataupun besar. Semua ini menuntut penyelesaian dan

penghakiman yang adil berdasarkan hukum serta paratusan yang jelas. Di dalam a-Qir'an

terdapat banyak ayat yang memerintahkan agar membuat penghakiman secara saksama.

Antaranya firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Shaad ayat 56.3 :

Maksudnya: Wahai Daud, Sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi,

maka jalankanlah hukum di antara manusia Dengan (Hukum syariat) Yang benar (yang

diwahyukan kepadamu); dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu, kerana Yang

demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang Yang

sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab Yang berat pada hari hitungan amal,

disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.

3.0 Pendapat Imam Empat Mazhab

2 Dr. Abdul Al-Karim Zaidan, 2010, hlm. 50-60.3 al-Qur’an., al-Shaad, 38:56.

Page 5: Artikel Pendapat Yang Menerima Wanita Sebagai Hakim Syarie Amsyar

Jumhur ulama iaitu Imam Maliki, Syafie dan Hanbali menolak wanita menjadi hakim

tetapi Imam Hanafi menerimanya. Menurut pendapat Imam Abu Hanifah, wanita boleh

mejadi Hakim dalam kes-kes yang ia boleh menjadi saksi dan tidak boleh dalam kes-kes

yang ia tidak menjadi saksi seperti dalam kes-kes hudud dan qisas. Hukuman yang

dijatuhkan oleh hakim wanita tersebut berdasarkan perlantikan itu adalah sah dan

berkuatkuasa dalam kes-kes selain kes-kes hudud dan qisas jika hukuman itu selaras

dengan kitab Allah dan sunah Rasulullah.4

Pandangan ini berdasarkan kaedah Qiyas iaitu jika wanita diterima menjadi saksi dalam

kes-kes selain Hudud dan Qisas maka dalam kes-kes yang sama wanita juga boleh

menjadi Hakim. Dengan kata lain mereka menyamakan tugas memberi kesaksian dengan

tugas memberi penghakiman. Hujah ini dikukuhkan dengan ayat al-Quran Surah al-

Baqarah: 2825 :

Maksudnya:dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu.

kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua

orang perempuan dari orang-orang Yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika Yang

seorang lupa dari saksi-saksi perempuan Yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh

Yang seorang lagi. dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi

saksi. dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang Yang bertempoh masanya itu,

sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih

membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak

menimbulkan keraguan kamu. kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai Yang kamu

edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya.

4 Muhammad Nur Lubis, 2000, hlm 80 5 al-Qur’an, Al-Baqarah, 2:282.

Page 6: Artikel Pendapat Yang Menerima Wanita Sebagai Hakim Syarie Amsyar

Ayat di atas membolehkan wanita menjadi saksi dalam keadaan tiada saksi lelaki. Bagi

Mazhab Hanafi, ayat al-Quran yang dihujahkan di dalam Surah al-Nisa’ayat 346 hanyalah

dikhususkan dalam kepimpinan rumahtangga sahaja dan bukannya mencakupi hal ehwal

harta, agama dan urusan amar makruf dan nahi mungkar.

Maksudnya: kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal Yang bertanggungjawab

terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki

(dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-

orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.

Manakala hadis yang menyatakan larangan kepada kaum wanita untuk memegang jawatan

pemimpin tertinggi dan bukannya sebagai hakim adalah ditolak oleh mazhab hanafi

keranan ia hanyalah jawapan Rasulullah s.a.w. terhadap persoalan semasa yang

dikemukakan oleh para sahabat mengenai tindakan Raja Parsi yang melantik anak

perempuannya sebagai pengganti baginda.

4.0 Pendapat Ulama-Ulama Lain

Ibn Jarir al-Tabari, mengharuskan wanita menjadi Hakim secara mutlak. Ini bererti dia

boleh membicarakan semua kes termasuk hudud dan qisas. Tabari melihat tujuan

perlantikan hakim ialah untuk melaksanakan keadilan yang mutlak. Oleh yang demikian

jawatan hakim boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang mampu mnyelesaikan

perselisihan antara pihak-pihak yang berbalah. Menurut beliau hadis Abi Bakrah yang

meriwayatkan bahawa sesuatu kaum itu tidak akan berjaya jika urusan mereka diketuai

oleh wanita adalah ditujukan untuk jawatan ketua negara sahaja seperti yang ditentukan

6 al-Qur’an, Al-Nisa’, 4:34.

Page 7: Artikel Pendapat Yang Menerima Wanita Sebagai Hakim Syarie Amsyar

oleh nas hadis itu sendiri dan tidak ada nas yang mengaitkan wanita dengan perjawatan

Hakim. Ibn Hazam juga berpendapat bahawa wanita-wanita harus dilantik menjadi Hakim

kerana keperempuanan seseorang wanita tidak memberi kesan terhadap kemampuannya

memahami hujah dan keterangan dan tidak menghalangnya menyelesaikan perbalahan.

Ibn Hazm menyatakan;, “Harus bahawa perempuan menjadi hakim – Ia juga adalah

pendapat Abu Hanifah – Sesungguhnya diriwayatkan dari Umar bin al-Khattab bahawa

beliau melantik perempuan dari kaumnya untuk mengurus pasar. Ada pihak menyatakan

bahawa Rasulullah SAW ada bersabda: “Kaum itu tidak akan berjaya yang

menyandarkan urusan mereka kepada perempuan”. Kami (Ibn Hazm) berkata,  “Nabi

Muhammad SAW berkata begitu pada urusan umum, iaitu dalam urusan khilafah.”7

Hujah pihak yang membenarkan

Pihak yang membenarkan juga mendatangkan hujah – hujah mereka. Antaranya mereka

kembali kepada kaedah asal, bahawa sesuatu itu adalah harus selama tiada nas yang

melarang. Dan apa yang jelas ialah tiada nas yang melarang perempuan menjadi hakim.

Walaupun ada hadis yang mengatakan sesuatu kaum tidak berjaya jika dilantik perempuan

sebagai orang yang mengurus urusan mereka, hadis ini hanya merujuk kepada kepimpinan

utama seperti khalifah yang tidak relevan pada zaman sekarang lagi. Hujah ini dijawab

dengan mengatakan bahawa tegahan perempuan menjadi hakim adalah merujuk kepada

kelemahan akal ekoran penguasaan emosi mereka. Tambahan pula ada kesukaran

perempuan untuk berhadapan dengan urusan orang bawahan yang pelbagai ketika

mentadbir kerajaan. Masalah-masalah tersebut adalah masalah yang juga akan dihadapi

oleh perempuan yang menjadi hakim. Ekoran itu, secara mendasarnya wujud juga nas

yang melarang dari orang perempuan menjadi hakim secara tidak langsung.8

5.0 Pendapat Ulama Kontemporari

7 H. A. Fuad Said, 2002,hlm 229.8Ahmad Ibrahim, 1997, hlm. 147

Page 8: Artikel Pendapat Yang Menerima Wanita Sebagai Hakim Syarie Amsyar

Pandangan ulama’ semasa iaitu pendapat Dr Yusuf Qardhawi bahawa beliau bersetuju

dengan pandangan Abu Hanifah yang mengharuskan wanita menjadi Hakim dalam

masalah yang mereka boleh menjadi saksi iaitu selain hudud dan qisas.

a) Kupasan Al-Qaradawi tentang hakim wanita

Yusuf Al-Qaradawi ialah antara ulama kontemporari yang menyatakan keizinan

perempuan menjadi hakim. Beliau juga menyatakan fatwa beliau selaras dengan beberapa

fatwa di kalangan ulama yang lain, seperti Syaikh Muhammad Al-Ghazali dan Ibn Hazm.

Beliau berhujah bahawa tiada nas yang qatice dilalah terhadap larangan tersebut. Menurut

beliau, jika wujud pendalilan secara qatice terhadap larangan itu, sudah pasti aliran zahiri

seperti Ibn Hazm menyatakan larangan tersebut.

Beliau juga menjawab larangan yang merujuk kepada hadis bahawa Nabi Muhammad

S.A.W ada bersabda, “Tidak akan berjaya sesuatu kaum yang menyerahkan urusan

mereka kepada perempuan”. Dihujah oleh Al-Qaradawi bahawa hadis ini tidak boleh

dilaksanakan secara mutlak, kerana terdapat ayat Al-Quran yang mempamerkan kejayaan

sesuatu kaum yang diperintah oleh perempuan seperti kisah yang berkait dengan seorang

perempuan di era Nabi Sulaiman yang menguasai sebuah kerajaan di zaman itu.

Firman Allah; “Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti

berikut); * ” `Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku, dan datanglah kamu

kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran ugama Allah). ‘ * “Raja

perempuan itu berkata lagi: “Wahai ketua-ketua kaum, berilah penjelasan kepadaku

mengenai perkara yang aku hadapi ini; aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara

sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya”.* “Mereka menjawab:

Kita adalah orang-orang yang kuat gagah dan amat berani merempuh peperangan; dan

perkara itu (walau bagaimanapun) terserahlah kepadamu; oleh itu fikirkanlah apa yang

engkau hendak perintahkan”  

“Raja perempuan itu berkata: “Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri,

mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina; dan

sedemikian itulah mereka akan lakukan.” * “Dan bahawa aku hendak menghantarkan

hadiah kepada mereka, kemudian aku akan menunggu, apakah balasan yang akan dibawa

Page 9: Artikel Pendapat Yang Menerima Wanita Sebagai Hakim Syarie Amsyar

balik oleh utusan-utusan kita” * “Maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang

mengadap Nabi Sulaiman, berkatalah Nabi Sulaiman (kepadanya): “Tidaklah patut kamu

memberikan kepadaku pemberian harta-benda, kerana apa yang telah diberikan Allah

kepadaku lebih baik dari apa yang telah diberikanNya kepada kamu; (bukan aku yang

memandang kepada pemberian hadiah) bahkan kamulah yang bergembira dengan hanya

kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan

megah)” * “Kembalilah kepada mereka, (jika mereka tidak juga mahu beriman) maka

demi sesungguhnya Kami akan mendatangi mereka dengan angkatan tentera yang mereka

tidak terdaya menentangnya, dan kami akan mengeluarkan mereka dari negeri Saba’

dengan keadaan hina, menjadi orang-orang tawanan.” (Surah al-Naml, ayat 30-37)

Ada hujah yyang mengatakan perempuan kekurangan akal, Al-Qaradawi menyatakan

bahawa kisah raja perempuan menerusi surah al-Naml, ayat 30 sampai 37 bercanggah

dengan pendapat tersebut. Jika perempuan kekurangan akal, bagaimana dia boleh

mentadbir dengan baik? Malahan dalam hadis, terdapat kisah Ummu Salamah dalam

sejarah Sulh al-Hudaibiyyah yang memberikan pandangan bernas kepada Nabi

Muhammad saw untuk selesaikan kekusutan baginda SAW. Bagi menjawab pula dakwaan

bahawa larangan itu tertakluk kepada perempuan yang saksi mereka seramai dua orang

menyamai dengan seorang saksi lelaki, Al-Qaradawi menyatakan bahawa ketidak

selarasan itu bukan hujah untuk melarang perempuan menjadi hakim, kerana maksud

sebenar di sebalik ketetapan itu adalah kerana kesaksian dalam penghakiman memerlukan

keyakinan yang jitu. Apa yang nyata dari pandangan Al-Qaradawi ialah perempuan boleh

menjadi hakim.9

Pandangan daripada Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya juga menyokong fatwa tersebut

kerana menurut beliau tidak ada nas yang qath’i (pasti) melarang pelantikan hakim wanita.

Hatta al-Nawawi, Ibnu Abdul Salam dan al-Sharbini dalam kalangan al-Shafi’iyah

menyatakan bahawa sekiranya pemerintah yang mempunyai kuasa telah melantik wanita

sebagai hakim maka hukuman hakim wanita tersebut boleh dijalankan10.

9 Prof Madya Datin Dr. Siti Zalikhah Md Noor, 2006. Hakim Wanita: Satu Paradoks.10 Tiada Larangan Wanita Jadi Hakim Syarie, Utusan Malaysia, 7 Julai 2010

Page 10: Artikel Pendapat Yang Menerima Wanita Sebagai Hakim Syarie Amsyar

Begitu juga dengan pandangan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin

yang menyokong pelantikan Hakim Syarie wanita dengan hujah bahawa wanita yang

berilmu, berkelayakan dan adil adalah setaraf dengan Hakim Syarie kerana tujuan asas

bagi proses penghakiman adalah keadilan (baca: kemampuan untuk berlaku adil),

bukannya gender! Ini dibuktikan melalui sejarah wanita-wanita terdahulu dalam Islam

seperti Saidatina Aisyah, Ummu Salamah dan Hafsah yang dikenali umum kerana mampu

mengeluarkan fatwa dan bijak membuat keputusan.

Beliau juga menekankan bahawa kaedah penghakiman hari ini juga berbeza

dengan masa lampau. Hakim tidak lagi bergantung kepada ijtihad beliau sepenuhnya,

sebaliknya berasaskan enakmen-enakmen bertulis yang tersedia ada. Apatah lagi,

mahkamah syariah di negara ini bukan untuk mengendalikan kes-kes jenayah berat yang

mana itu berada di bawah mahkamah sivil. Ertinya, tugasan hakim mahkamah syariah di

negara ini tidak seberat mahkamah sivil dan tidak sebeban hakim-hakim zaman dahulu.

Jika bebanan hakim-hakim dahulu adalah antara punca sebahagian sarjana mengharamkan

mereka memegang jawatan tersebut, hal ini tidak wujud dalam konteks mahkamah syariah

negara ini.11 

Dalam kitab Nizhamul Ijtimaei fil Islam (Sistem Pergaulan di dalam Islam), karya

Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani, beliau menekankan bahawa hadis “Sesekali tidak akan

berjaya kaum yang melantik pemimpin mereka daripada kalangan wanita” tidak relevan

dalam isu perlantikan wanita sebagai qadhi kerana hadis tersebut hanya mengandungi

indikasi larangan bagi wanita menjadi pemerintah, (penguasa, pemimpin) dan bukanlah

sebagai hakim (qadhi). Qadhi di dalam Islam terdiri daripada tiga jenis iaitu pertama,

Qadhi Khusumat yang menyelesaikan kes-kes umum melibatkan muamalat dan

uqubat. Kedua, Qadhi Muhtasib/Hisbah yang menyelesaikan kes-kes yang mengancam

11 Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Isu Hakim Wanita, Kita Wajar Terbuka, 2010, http://drmaza.com/home/?p=1186.

Page 11: Artikel Pendapat Yang Menerima Wanita Sebagai Hakim Syarie Amsyar

hak jamaah. Ketiga, Qadhi Mazhalim yang menyelesaikan kes-kes yang melibatkan

persengketan antara rakyat dan pemerintah.

Dalam buku Struktur Negara Khilafah (Ajhizah Ad Daulah al-Khilafah-2006) pada

bab Peradilan terutama 186, Syeikh Taqiyuddin turut menjelaskan syarat-syarat Qadhi,

iaitu : Muslim, baligh, berakal, sihat, adil, faqih (menguasai berbagai pengetahuan tentang

hukum syariah), dan memahami aplikasi hukum terhadap pelbagai fakta. Manakala khusus

bagi Qadhi Mazhalim pula terdapat syarat tambahan, iaitu lelaki dan seorang mujtahid,

sebagaimana Qadhi Qudhat (Ketua Qadhi) kerana tugasnya adalah memutuskan perkara

danpemerintahan.12

Benarkah Mazhab Hanafi membenarkan perlantikan Hakim Wanita Menurut Tuan

Guru Dato’ Haji Salleh Haji Ahmad (bekas pensyarah UM, Ahli Jawatankuasa Fatwa

Selangor dan Fellow Kanan, Kulliyah Undang-Undang UIA) dalam kertas kerjanya

bertajuk Hukum Perlantikan Hakim Syarie Wanita yang dibentangkan di Muzakarah

anjuran Jabatan Mufti Selangor tahun 2006, menyatakan bahawa para mujtahidin telah

ijmak bahawa tidak harus melantik wanita sebagai hakim atau kadi, malah jika pihak

berkuasa bertegas mahu melantik juga hakim dari kaum wanita, maka perlantikan itu

dianggap sebagai berdosa dan wanita yang menerima perlantikan itu juga berdosa kerana

menerima perlantikan yang bertentangan dengan Hukum Syarak.

Bagi Dato Haji Salleh, pandangan yang menyatakan mazhab Hanafi mengharuskan

perlantikan Hakim wanita sebenarnya adalah “SATU SALAH TANGGAPAN” kerana

hakikatnya Mazhab Hanafi juga tidak pernah mengharuskan perlantikan Hakim Wanita.

Punca salah tanggapan ini kerana terdapat satu kenyataan yang dipetik dari kitab al-

Hidayah Syarh Bidayah al-Mubtadi karangan al-Marghinani (1936) jld 3, hal. 107 yang

bermaksud: “Harus penghakiman (qadha’) wanita dalam semua perkara kecuali hudud dan

Qisas sahaja” Menurutnya, apa yang dimaksudkan oleh pengarang kitab ini dengan

perkataan (penghakiman-al-Qadha’) bukanlah bermaksud mengharuskan melantik hakim

wanita secara total kerana perlu dibezakan antara tindakan pemerintah melantik Hakim

12 Dato’ Syeikh Hj Ghazali Abd Rahman, 2006, Kriteria Perlantikan Hakim Syarie Wanita.

Page 12: Artikel Pendapat Yang Menerima Wanita Sebagai Hakim Syarie Amsyar

(al-tauliah wa al-taqlid) dengan perbuatan hakim menjatuhkan hukuman (al-Qadha’).

Justeru, apa yang dimaksudkan dengan kenyataan ini adalah tindakan pemerintah untuk

melantik Hakim wanita tetap dilarang dan berdosa tetapi jika dilantik juga hakim dari

kalangan wanita maka hukuman atau keputusan yang dijatuhkan oleh hakim wanita itu

tetap dikira sah dan lulus pada kes-kes selain Hudud dan Qisas jika menepati al-Quran dan

Sunnah.

Menurut Dato’ Hj Salleh lagi dalam tulisannyai: “Kesimpulannya fuqaha’ dalam

mazhab Hanafi bersatu pendapat dengan mazhab jumhur fuqaha’ tentang hukum haram

melantik wanita sebagai hakim dan berdosa raja atau mana-mana pihak berkuasa yang

melantiknya. Perbezaannya ialah apakah hukuman wanita itu lulus (boleh dikuatkuasakan)

atau tidak? Jumhur Fuqaha’ berpendapat tidak lulus hukumannya sama sekali. Sementara

ulama mazhab Hanafi berpendapat hukuman lulus dengan dua syarat: i. Hukuman itu

hendaklah pada yang lain daripada Hudud dan Qisas; ii. Hukuman itu hendaklah menepati

al-Quran dan al-Sunnah. Perbahasan mengenai kesilapan memetik pandangan dari Mazhab

Hanafi ini juga turut dikupas dengan panjang lebar oleh Dr Muhammad Ra’fat Usman

dalam bukunya al-Nizam al-Qadha’I fi al-Fiqh al-Islami.13

Jika hujah ini diterima, timbul persoalan, apakah hujah yang digunakan oleh

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam melantik Hakim wanita ini tepat kerana mengikut

pandangan ini Mazhab Hanafi sendiri tidak membenarkan perlantikan Hakim wanita.

Realiti Dalam satu kertas kerjanya yang bertajuk Hakim Wanita: Suatu Paradoks, Prof

Madya Datin Dr Siti Zalikhah Md Noor telah menyatakan tentang kedudukan beberapa

Negara Islam yang sudah pun melantik wanita sebagai hakim iaitu Sudan dan Pakistan

yang kedua-duanya berpegang kepada Mazhab Hanafi. Manakala Negara Indonesia juga

telah lama melantik hakim wanita di dalam Pengadilan Agamanya yang menyamai

Mahkamah Syariah di Malaysia. Kajian yang dibuat pada tahun 2004, terdapat lebih ramai

hakim wanita di Pengadilan Agama di seluruh Indonesia walaupun mereka berpegang

13 Dato’ Hj Md Salleh Hj Ahmad, 2006, Hukum Perlantikan Hakim Syarie Wanita.

Page 13: Artikel Pendapat Yang Menerima Wanita Sebagai Hakim Syarie Amsyar

kepada mazhab Syafii. Di Malaysia, para wanita juga telah menjawat jawatan yang

penting dalam institusi kehakiman Negara malah sudah ramai peguam syarie, pegawai

syariah, pendaftar mahkamah syariah juga dilantik dari kalangan kaum wanita. 14

Penulisan ini bukanlah bertujuan untuk mempertikaikan keputusan Jawatankuasa

fatwa kebangsaan, kerana, kita yakin sebelum keputusan membenarkan perlantikan Hakim

Wanita ini dibuat, pihak yang berkenaan seperti para mufti dan Jabatan Kehakiman

Syariah Malaysia (JKSM) sendiri telah beberapa kali mengadakan seminar dan wacana

mengenai isu ini. Apa yang dipaparkan di sini hanyalah beberapa hujah untuk dikongsi

bersama dengan pembaca yang masih ragu-ragu dan keliru dengan situasi yang berlaku.

Pandangan Dato’ Haji Salleh, walaupun mungkin tidak diterima pakai ketika ini, namun

kajian mengenainya harus diteruskan kerana ia telah memberi dimensi baru dalam isu ini

disokong dengan hujah yang mantap. Apa pun, terserahlah kepada ulil amri untuk

menentukan pendapat mana yang sesuai dilaksanakan ketika ini.15

Walaupun begitu, apa yang pasti, ulil amri juga mempunyai kuasa untuk menerima

pakai pandangan yang lain di masa-masa akan datang jika didapati perlantikan hakim

wanita ini ia bersesuaian dan tidak mendatangkan masalah. Namun begitu amatlah tidak

wajar sama sekali bagi sesetengah orang yang mensifatkan perlantikan Hakim Wanita di

Mahkamah Syariah merupakan satu kejayaan kepada perjuangan memartabatkan kaum

wanita di Negara ini. Perlantikan seseorang hakim adalah berdasarkan kriteria yang sangat

ketat serta mengikut keperluan. Ia bukan kerana perjuangan kaum wanita dan bukan juga

kerana untuk memartabatkan wanita tetapi ia kerana adanya nas-nas dan pandangan yang

jelas bersumberkan al-Quran dan Sunnah.

6.0 Perkara Isu Semasa Yang Mendesak Keperluan Ini

Awal Julai ini, isu pelantikan dua Hakim Syariah wanita pertama negara, Suraya Ramli,

31 dan Rafidah Abdul Razak, 39, mendapat perhatian masyarakat umum serta menjadi

topik perbincangan hangat di media massa. Isu ini dianggap sebagai lembaran sejarah baru

14 Prof Madya Datin Dr. Siti Zalikhah Md Noor, 2006,Hakim Wanita: Satu Paradoks.15 Dato’ Hj Md Salleh Hj Ahmad, 2006, Hukum Perlantikan Hakim Syarie Wanita .

Page 14: Artikel Pendapat Yang Menerima Wanita Sebagai Hakim Syarie Amsyar

sistem kehakiman negara. Bermula 1 Ogos ini, Suraya akan berkhidmat di Mahkamah

Syariah Putrajaya dan Rafidah akan berkhidmat di Mahkamah Syariah Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur. Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pelantikan

kedua-dua hakim wanita itu sebagai Hakim Syarie wanita pertama bertujuan untuk

mempertingkatkan keadilan dalam kes berkaitan kekeluargaan, hak-hak wanita, dan

keperluan semasa.16

Isu ini telah mendapat maklum balas positif daripada pelbagai pihak, termasuklah

dalam kalangan persatuan peguam, menteri, mufti, malahan (seperti dijangkakan) pejuang

feminis liberal negara, Sister In Islam (SIS). Isu ini juga bukanlah pertama kali

dibangkitkan di negara ini. Sekitar November 2007, Datuk Seri Shahidan Kassim yang

ketika itu merupakan Menteri Besar Perlis pernah mengumumkan untuk melantik seorang

Hakim Syarie wanita berusia 24 tahun, sekaligus menjadi wanita pertama berada di posisi

tersebut. Walau bagaimanapun, keputusan tersebut dipertikaikan oleh Persatuan Peguam

Syarie Malaysia (PGSM) kerana meragui kredibiliti calon yang tidak memenuhi kriteria

dan kurang berpengalaman.17

Berikutan pelantikan dua hakim syarie wanita pertama tersebut, Menteri Pembangunan

Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengeluarkan usul

agar setiap kerajaan negeri perlu melantik wanita sebagai Hakim Syarie wanita selaras

dengan tindakan kerajaan Persekutuan. Beliau juga berharap kedua-dua hakim wanita

mahkamah syariah yang dilantik baru-baru ini dapat diberikan tanggungjawab yang

sepatutnya dan “tidak hanya terbatas kepada satu atau dua perkara sahaja”. 18

a) Mengapa Perlantikan Hakim Syarie Wanita Diperlukan?

Berdasarkan beberapa pandangan yang diterima berkaitan isu ini, antara beberapa sebab

perlantikan Hakim Syarie wanita diperlukan ialah:

16 Dua Hakim Syarie Wanita Pertama Temui Perdana Menteri, mStar, 27 Julai 201017 Persatuan Peguam Syarie (PGSM) pertikai Perlis lantik Hakim Wanita, 15 November 2007, Blog rasmi PGSM.18 Hakim Wanita Perlu Dilantik Di Semua Negeri, mStar, 16 Julai 2010.

Page 15: Artikel Pendapat Yang Menerima Wanita Sebagai Hakim Syarie Amsyar

Pertama. Peningkatan kes-kes di mahkamah syariah, termasuklah lambakan kes-kes

tertangguh yang masih dalam proses perbicaraan. Hal ini diakui sendiri oleh Hakim

Mahkamah Rayuan Syariah, Datuk Md. Yusof Che Teh yang turut hadir dalam sidang

akhbar berkenaan isu ini. Beliau menjelaskan, hakim wanita dilantik berdasarkan

keperluan semasa memandangkan kes Mahkamah Syariah semakin meningkat.

“Apabila kes Mahkamah Syariah banyak, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

melihat ada keperluan atau keadaan darurat untuk melantik Hakim Syarie

wanita,” katanya. Hal ini turut dibuktikan berdasarkan rekod statistik yang menunjukkan

tentang status sesuatu kes bagi tahun-tahun tertentu dari mahkamah syariah. Salah satu

status yang dikenal pasti ialah kes-kes tertangguh. Kajian di Mahkamah Syariah Kota

Baharu Kelantan menunjukkan bagi tahun 1999 terdapat 1,288 kes talak dan tebus talak,

459 kes taklik dan 18 kes fasakh yang tertangguh. Manakala pada tahun 2000 pula

sebanyak 1,375 bagi kes talak dan tebus talak, 668 kes taklik dan 25 kes fasakh yang

tertangguh. 19 

Pada pertengahan 1990an, Mahkamah Syariah telah dikritik kerana melibatkan

penangguhan kes yang agak lama di Mahkamah Syariah. Kes yang mendapat liputan

akhbar adalah kes Aida Melly Tan Mutalib yang melibatkan kes kekeluargaan iaitu

perceraian dan nusyuz. Kes beliau bukan sahaja mendapat perhatian akhbar harian dan

majalah bulanan namun juga mendapat perhatian pertubuhan-pertubuhan wanita yang

membela kes Aida Melly kerana dikatakan teraniaya akibat daripada kelemahan

pentadbiran Mahkamah Syariah terutama apabila berlaku kelewatan dalam penyelesaian

kesnya sehingga 8 tahun.

Begitu juga dengan kes yang melibatkan penghakiman kes yang lain iaitu kes

Abdul Hanif lawan Rabiah, Y.A.A Hakim Dato’ Sheikh Ghazali memberi penghakiman

mahkamah dengan menyebut: “Ini adalah kes yang sangat sedih di mana isteri (yang

selepas ini dinamakan sebagai responden) mencuba mendapatkan perceraian daripada

suaminya (selepas ini dinamakan sebagai perayu), dari Februari 1989 akan tetapi

19 “Lewat Selesai Kes…Bebankan Wanita”, Utusan Malaysia, 17 Jun 2002

Page 16: Artikel Pendapat Yang Menerima Wanita Sebagai Hakim Syarie Amsyar

sayangnya kesnya telah dilengahkan dan dilambatkan dan sekarang sungguhpun sudah

lebih dari tujuh tahun kemudian dia belum lagi mendapat perceraian itu”.20

Kes ini telah menunjukkan bahawa penangguhan perbicaraan adalah disebabkan

bukan sahaja kerana ketidakhadiran pihak-pihak yang terlibat dalam kes tersebut tetapi

juga kerana ketidakhadiran peguam-peguam Syarie yang mewakili mereka ke

mahkamah. Oleh itu tempoh antara tarikh sebutan dan perbicaraan kadangkala

mengambil masa hampir dua tahun. Tempoh ini boleh dianggap sebagai tidak

munasabah apatah lagi fakta kes menunjukkan bahawa isteri memohon perceraian atas

alasan suami dianiaya.

Dalam satu artikel jurnal bertajuk “Penangguhan Kes Di Mahkamah Syariah:

Cabaran Dan Penyelesaian” 21 sebuah kajian yang dijalankan bagi mendapatkan

persepsi dan pengalaman wanita dalam prosiding Mahkamah Syariah mendapati

bahawa, kebanyakan rungutan kaum wanita tentang penangguhan kes mereka adalah

melibatkan kes-kes perceraian. Umpamanya dalam laporan yang dibentangkan dalam

satu Bengkel pada 13-14 November 1999, mereka menyenaraikan pandangan wanita

tersebut antara lainnya;

a) Proses perbicaraan panjang dan banyak penangguhan adalah tidak berpatutan dan

membuang masa isteri.

b) Proses yang panjang dan lambat, adakala ditangguhkan kerana suami tidak hadir,

peguam tidak hadir dan pentadbiran yang tidak cekap.

c) Penyelesaian kes mengambil masa yang lama

d) Tuntutan mengambil masa yang agak lama untuk selesai, dan walaupun kes

perceraian selesai, soal wang dan harta belum selesai.

e) Beban membuktikan (burden of proof) sesuatu tuntutan perceraian secara taklik dan

fasakh adalah berat. Sehingga ada yang beranggapan bahawa untuk membuktikan

20 “Lewat Selesai Kes…Bebankan Wanita”, Utusan Malaysia, 17 Jun 200221 “Penangguhan Kes Di Mahkamah Syariah: Cabaran Dan Penyelesaian”Jurnal Syariah, Jil. 17, Bil. 1 (2009) 1-30

Page 17: Artikel Pendapat Yang Menerima Wanita Sebagai Hakim Syarie Amsyar

bahawa suami telah melanggar mana-mana peruntukan yang berkaitan adalah seolah-

olah seperti pembuktian dalam kes-kes jenayah. 22

Hal-hal di atas adalah sangat berkaitan dengan kredibiliti mahkamah syariah

sendiri dalam menyelesaikan masalah-masalah terkait dengan bidang kuasa mereka.

Penyelesaian tuntasnya bukanlah dengan semata-mata meningkatkan bilangan Hakim

Syarie tetapi memastikan prosedur-prosedur mahkamah dipatuhi oleh semua pihak, lebih-

lebih lagi pihak guaman sendiri. Oleh itu, tidak hairanlah pada tahun 1996, sebuah akhbar

harian berbahasa Inggeris dalam lidah pengarangnya telah membuat satu kenyataan yang

begitu sinis terhadap Mahkamah Syariah dan mengkritik kredibiliti Institusi tersebut

dalam melaksanakan Undang-Undang Islam di Malaysia. Kenyataan dalam lidah

pengarang tersebut bukan sahaja menggambarkan Mahkamah Syariah berada pada

kedudukan kelas kedua berbanding dengan Mahkamah Sivil tetapi juga meletakkan

kedudukan Syariah di Malaysia lebih rendah berbanding dengan undang-undang Sivil

yang berasaskan prinsip common law.

Kenyataan-kenyataan seperti “The Syariah’s secondary status in the nation’s main

corpus of law” dan juga imej Mahkamah Syariah sebagai “The kangaroo tribunal of

peeping toms and probate officials” dinyatakan pada 23 Julai 1996 dalam akhbar New

Straits Times telah memberi satu tamparan hebat kepada mereka yang terlibat dalam dunia

kehakiman dan guaman Islam di Malaysia. Kenyataan tersebut mengkritik mahkamah

syariah kerana tidak mempunyai peraturan yang teratur dan tidak mengamalkan prinsip

keadilan. Mahkamah Syariah juga sebuah mahkamah yang hanya membicarakan kes-kes

khalwat di mana pihak-pihak tertentu menggunakan pendekatan mengintip dan mengintai

bagi mendakwa mereka di Mahkamah Syariah. Inilah imej Mahkamah Syariah yang

dipaparkan oleh akhbar tersebut.23 

Kedua. Ada pandangan yang menyatakan bahawa Hakim Syarie wanita adalah

lebih sesuai membicarakan kes-kes berkaitan wanita kerana mereka lebih sensitif dan

22 Raihanah Abdullah (1997), “Alasan Membubarkan Perkahwinan Melalui Fasakh”, Jurnal Syariah, 5(1): 5123 “Imej Mahkamah Syariah di Malaysia”, Utusan Malaysia 30 Julai 1996.

Page 18: Artikel Pendapat Yang Menerima Wanita Sebagai Hakim Syarie Amsyar

memahami berbanding dengan hakim lelaki. Ratna Osman, Koordinator Sisters in Islam

dalam kenyataanya kepada pihak BBC yang turut dimuatkan dalam laman web rasmi

pergerakan tersebut menyebutkan bahawa pihak mereka menyokong penuh tindakan

kerajaan yang secara tidak langsung menggunakan idea (baca: pelantikan Hakim Syarie

wanita) yang diperjuangkan oleh Sisters in Islam sejak awal tahun 1990-an. Tambahnya

lagi, idea tersebut perlu diperjuangkan untuk mengelakkan ketidakadilan kepada golongan

wanita apabila kes-kes mereka diadili oleh hakim lelaki yang cenderung tidak memahami

realiti wanita dan bias kepada golongan lelaki.24 

Kenyataan Ratna ini sebenarnya bercanggah dengan pandangan yang dikeluarkan

sendiri oleh kedua-dua hakim wanita tersebut. Bagi mereka, tidak wujud sebarang

perbezaan di antara Hakim Syarie lelaki mahupun Hakim Syarie wanita. Kedua-duanya

merujuk kepada hukum syara’ dan fakta kes yang sama. Rafidah turut menolak tanggapan

bahawa Hakim Syarie lelaki sering berpihak kepada golongan lelaki.

“Pada pendapat peribadi saya, Hakim Syarie lelaki tidak berpihak kepada

golongan lelaki. Mereka menghakimi kes berdasarkan undang-undang dan fakta kes.

Apabila kami (wanita) dilantik sebagai hakim dan mengadili kes yang sama peruntukan

undang-undang dan fakta kes adalah sama. Jadi tidak ada beza sama ada hakim itu lelaki

atau wanita kerana kedua-duanya bergantung kepada undang-undang hukum syarak dan

fakta kes. Sebagai Hakim Syarie wanita apa yang saya akan bawa dalam penghakiman

adalah sama dan tidak akan berbeza dengan Hakim Syarie lelaki,”katanya.25

7.0 Akta Atau Enakmen Negeri Yang Membenarkan

Perlantikan kedua-dua Hakim Syarie wanita ini disandarkan kepada keputusan Majlis

Fatwa Kebangsaan sebelum ini yang menyatakan harus bagi wanita Islam untuk menjadi

hakim di Mahkamah Syariah dengan syarat memiliki kebolehan, kewibawaan, kelayakan

dan pengalaman luas tetapi tidak pula mengadili kes-kes hudud dan qisas. 26

24 BBC Indonesia – “Hakim Wanita Di Malaysia”. Sumber: Laman web rasmi Sisters in Islam25 Kuasa Hakim Syarie Wanita, Utusan Malaysia, 16 Julai 201026 Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 6 April 2006.

Page 19: Artikel Pendapat Yang Menerima Wanita Sebagai Hakim Syarie Amsyar

Walau bagaimanapun, Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mempunyai ‘kuasa’ untuk

memaksa negeri-negeri menerima fatwa yang dikeluarkannya kerana seperti yang

diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, urusan hal ehwal mengenai undang-

undang Islam adalah terletak secara eksklusif di tangan kerajaan-kerajaan negeri. Setiap

negeri mempunyai Jawatankuasa Fatwa masing-masing dan fatwa yang dikeluarkan

setelah diwartakan hanya berkuat kuasa di negeri berkenaan sahaja. Ini termasuk dalam

persoalan pelantikan wanita Islam sebagai hakim di Mahkamah Syariah. Kebanyakkan

negeri masih lagi belum menerima fatwa hakim wanita dilantik sebagai hakim syarie

kecuali Kedah, Kelantan, Sarawak namun tidak diwartakan tetapi Wilayah Persekutuan

telah mewartakan dan melantik dua orang hakim syarie wanita. Negeri-negeri lain tidak

membincangkan hasil Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai perkara ini.

Perbincangan mengenai pelantikan wanita Islam sebagai hakim di Mahkamah

Syariah sekali lagi hangat diperbahaskan. Dalam resolusi Seminar Wanita Muslim Meniti

Perubahan (Muslim Women in the Midst of Change) anjuran Forum Profesional Malaysia

(MPF) baru-baru ini, ada saranan agar keputusan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang

mengharuskan wanita Islam menjadi hakim di Mahkamah Syariah hendaklah dilaksanakan

dengan segera. Pandangan ini diutarakan oleh Dekan Kuliyyah Ahmad Ibrahim, Universiti

Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof. Dr. Zaleha Kamaruddin, dan turut disokong

oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, dan Pengarah Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid. Majlis Fatwa Kebangsaan

memutuskan harus wanita Islam menjadi hakim di Mahkamah Syariah dengan syarat

memiliki kebolehan, kewibawaan, kelayakan dan pengalaman luas dan tidak pula

mengadili kes-kes hudud dan qisas (keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 6 April 2006).

Sebenarnya, Malaysia agak ketinggalan dalam hal ini walaupun kita jauh ke

hadapan dalam sistem kewangan dan perbankan Islam. Malaysia yang dianggap oleh

dunia Islam sebagai negara contoh tidak menunjukkan ‘teladan’ yang baik dalam

pelantikan wanita Islam sebagai hakim di Mahkamah Syariah. Negara-negara Islam jiran

Page 20: Artikel Pendapat Yang Menerima Wanita Sebagai Hakim Syarie Amsyar

seperti Indonesia dan Brunei telah pun melaksanakan ketetapan ini. Ia juga telah

dilaksanakan di negara-negara Islam lain seperti Mesir, Maghribi, Sudan dan Pakistan.

Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mempunyai ‘kuasa’ untuk memaksa negeri-negeri

menerima fatwa yang dikeluarkannya kerana seperti yang diperuntukkan dalam

Perlembagaan Persekutuan, urusan hal ehwal mengenai undang-undang Islam adalah

terletak secara eksklusif di tangan kerajaan-kerajaan negeri. Setiap negeri mempunyai

Jawatankuasa Fatwa masing-masing dan fatwa yang dikeluarkan setelah diwartakan hanya

berkuat kuasa di negeri berkenaan sahaja. Ini termasuk dalam persoalan pelantikan wanita

Islam sebagai hakim di Mahkamah Syariah.

Pandangan-pandangan yang mengharuskan wanita dilantik sebagai hakim turut

dikongsi oleh Ibn Hazm Al-Zahiriyyah, Ibn Al-Qayyim dan beberapa ulama kontemporari

seperti Syeikh Dr. Yusof Al-Qardhawi, Syeikh Rashid Al-Ganushi, Allahyarham Dr. Zaki

Badawi dan lain-lain. Menurut Prof. Madya Dr. Siti Zalikhah Md. Nor, Jabatan Syariah,

UKM, terdapat banyak rasional dalam mengharuskan pelantikan wanita sebagai hakim,

antaranya:

1. Memandangkan kes-kes yang terlibat di Mahkamah Syariah hanya dalam kategori

mal dan kesalahan ta’zir;

2. Hakim sekarang tidak memerlukan ijtihad yang berat seperti dahulu;

3. Majoriti pelanggan Mahkamah Syariah terdiri daripada wanita;

4. Kehadiran wanita di mahkamah tidak mengaibkan golongan lelaki; dan

5. Terdapat wanita yang dilantik sebagai peguam.

Dalam muzakarah pakar yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Selangor tahun lalu

(16 November 2006), para hadirin telah melihat hujah-hujah yang dikemukakan oleh para

pembentang. Ada yang menyokong supaya wanita dilantik sebagai hakim di Mahkamah

Syariah dan ada yang menentang. Datuk Md. Salleh Md.@ Ahmad, (UIAM) tidak

bersetuju dengan pelantikan wanita sebagai hakim melihat kepada hujah-hujah yang

dikemukakan di atas. Datuk Syeikh Ghazali Abdul Rahman (JKSM) pula nampaknya

Page 21: Artikel Pendapat Yang Menerima Wanita Sebagai Hakim Syarie Amsyar

berhati-hati dalam membuat keputusan, manakala Dr. Siti Zalikhah menyokong penuh

pandangan yang mengharuskan pelantikan wanita sebagai hakim di Mahkamah Syariah.

Pandangan majoriti yang menyatakan terdapat ijmak ulama bahawa wanita tidak

boleh dilantik sebagai hakim sebenarnya tidak tepat. Ini kerana pada pengamatan penulis,

pandangan yang menyatakan haram adalah pendapat jumhur. Pandangan minoriti

termasuk daripada mazhab Hanafi, Ibn Jarir Al-Tabari, Ibn Hazm dan Ibn Qayyim serta

ulama kontemporari seperti Syeikh Dr. Yusof Al-Qardhawi dan Rashid Al-Ghanushi tidak

boleh ditolak begitu sahaja.

Pelantikan wanita sebagai hakim di Mahkamah Syariah tidak bertentangan dengan

hukum syarak. Ini lebih-lebih lagi melihat kedudukan bidang kuasa dan peruntukan terhad

yang diberikan kepada Mahkamah Syariah yang tidak boleh menjatuhkan hukuman hudud

dan qisas.Mengambil pendekatan golongan minoriti bukanlah suatu yang asing dan pelik

dalam Fiqh. Tambahan pula, walaupun pandangan mazhab Syafi’i merupakan pandangan

dominan di Malaysia, terdapat beberapa amalan yang diambil daripada mazhab Hanafi

seperti pembayaran zakat fitrah dengan menggunakan wang menggantikan beras setelah

mengambil kira faktor maslahah dan peredaran zaman.27

8.0 Kesimpulan

Satu hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah alasan yang diberikan oleh ulama’ tadi ialah

untuk menguatkan pendapat mereka supaya bernilai dan munasabah. Namun saya

berpendapat keadaan yang wujud pada hari ini, seperti Mahkamah Syariah tidak ada

membicarakan kes-kes hudud dan qisas serta Hakim-Hakim lelaki yang kini dilantik tidak

bertaraf Mujtahid hanya Muqallid mengikut muqalladnya (Kadi Darurat). Manakala segala

hukuman yang ditentu telah diperuntukkan dalam Undang-Undang Jenayah serata

27 Mohamed Azam Mohamed Adi, Rasional Lantik Hakim Syarie Wanita, Utusan Malaysia 7 September 2007.

Page 22: Artikel Pendapat Yang Menerima Wanita Sebagai Hakim Syarie Amsyar

bidangkuasa dan perlaksanaannya telah ditentukan dalam Undang-Undang Pentadbiran,

Tatacara Mal dan Jenayah serta Undang-Undang Keluarga.

Begitu juga keperluan masyarakat Islam masa kini adalah asas kepada pemilihan

pendapat ulama yang mungkin dapat kita terima dan amalkan. Manakala

pemerintah/kerajaan atas kapasiti melaksanakan urusan pentadbiran negaranya boleh

menerima atau mengambil mana-mana pendapat untuk maslahah ammah atau kepentingan

awam dan demi melaksanakan keadilan. Mengambil pendekatan golongan minoriti

bukanlah satu yang asing dan pelik dalam ilmu fiqh. Secara umummya walaupun

pemakaian Mazhab Syafie adala pandangan yang dominan di Malaysia, ada juga beberapa

amalan dipakai mengambil kira pandangan Mazhab Hanafi. Antaranya pembayaran zakat

fitrah menggunakan wang menggantikan beras seperti yang disyaratkan Mazhab Syafei.

Pemakaian kepada pandangan monoriti ini berlaku setelah mengambil kira maslahah serta

peredaran zaman.

Pendapat Mazhab Abu Hanifah atau pendapat kedua yang senderhana mungkin

boleh membantu kita menyelesaikan soal perlantikan wanita sebagai Hakim dewasa ini.

Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia pada 6 April 2006 telah memutuskan

bahawa wanita harus menjadi Hakim Syarie, selari dengan pendapat Imam Abu Hanifah

tersebut. Di negara Sudan, Yemen, Maghribi telah melantik Hakim wanita dan kini di

Malaysia dua orang wanita telahpun dilantik menjadi Hakim.

Bibliografi

Al-Qur’an, Al-Baqarah, 2:282.

Al-Qur’an, Al-Nisa’, 4:34.

Al-Qur’an., As-Shaad, 38:56.

Abd Al-Karim Zaidan. 2010. Sistem Kehakiman Islam. Terj. Mohd. Saleh bin Ahmad.

Selangor : Pustaka Haji Abdul Majid.

Page 23: Artikel Pendapat Yang Menerima Wanita Sebagai Hakim Syarie Amsyar

Abdul Munir Yaacob. 2001. Sistem Kehakiman Islam. Kuala Lumpur : Institut Kefahaman

Islam Malaysia (IKIM).

Ahmad Ibrahim. 1997. Al-Ahkam Jilid 5: Penghakiman dan Kepeguaman.Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dua Hakim Syarie Wanita Pertama Temui Perdana Menteri. mStar. 27 Julai 2010.

Ghazali Abd Rahman. 2006. Kriteria Perlantikan Hakim Syarie Wanita. Kertas Kerja

Muzakarah Pakar Pelantikan Hakim Syarie Wanita, Shah Alam: Dewan Undangan

Negeri Selangor, 16 November 2006.

H. A. Fuad Said. 2002. Ketatanegaraan Menurut Syari’at Islam. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Hakim Wanita Perlu Dilantik Di Semua Negeri. mStar. 16 Julai 2010.

Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 6 April 2006. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-

kebangsaan/hukum-melantik-wanita-sebagai-hakim-syarie.

Kuasa Hakim Syarie Wanita. Utusan Malaysia. 16 Julai 2010.

Imej Mahkamah Syariah di Malaysia. Utusan Malaysia. 30 Julai 1996.

Lewat Selesai Kes…Bebankan Wanita. Utusan Malaysia. 17 Jun 2002

Md Salleh Hj Ahmad. 2006. Hukum Perlantikan Hakim Syarie Wanita. Kertas Kerja

Muzakarah Pakar Pelantikan Hakim Syarie Wanita, Shah Alam: Dewan Undangan

Negeri Selangor, 16 November 2006.

Mohd Asri Zainul Abidin. 2010. Isu Hakim Wanita, Kita Wajar Terbuka.

http://drmaza.com/home/?p=1186.

Mohamed Azam Mohamed Adi. Rasional Lantik Hakim Syarie Wanita. Utusan Malaysia

7 September 2007.

Muhammad Nur Lubis. 2000. Hukum dan Persoalan Wanita dilantik sebagai Ketua

Negara, Hakim atau Menteri. Kuala Lumpur : Al-Hidayah Publishers.

Page 24: Artikel Pendapat Yang Menerima Wanita Sebagai Hakim Syarie Amsyar

Penangguhan Kes Di Mahkamah Syariah: Cabaran Dan Penyelesaian. 2009. Jurnal

Syariah, Jil. 17, Bil. 1 (2009) 1-30.

Persatuan Peguam Syarie (PGSM) pertikai Perlis lantik Hakim Wanita, 15 November

2007, Blog rasmi PGSM.

Raihanah Abdullah. 1997. Alasan Membubarkan Perkahwinan Melalui Fasakh. Jurnal

Syariah, 5(1): 51.

Siti Zalikhah Md Noor. 2006. Hakim Wanita: Satu Paradoks . Kertas Kerja Muzakarah

Pakar Pelantikan Hakim Syarie Wanita, Shah Alam: Dewan Undangan Negeri

Selangor, 16 November 2006.

Tiada Larangan Wanita Jadi Hakim Syarie. Utusan Malaysia. 7 Julai 2010.