arahan amalan 2005 - terengganusyariah.terengganu.gov.my/files/arahan_amalan_2005.pdf · arahan...

21
Arahan Amalan 2005 Jabatan kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

Upload: others

Post on 03-Feb-2021

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Arahan Amalan 2005 Jabatan kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

  • Kandungan

    Arahan Amalam bilangan

    Tajuk Mukasurat

    1/2005 Penggantungan Pelaksanaan Perintah Sementara Menunggu Rayuan

    2

    2/2005

    Penjelasan Maksud Pegawai Agama Di Dalam Sekyen 47(5) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 Atau Dalam Mana-Mana Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri.

    3

    3/2005

    Garis Panduan Pakaian Pendakwa Syarie dan Peguam Syarie Dalam Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah

    4

    4/2005

    Garis Panduan Pakaian Pendakwa Syarie dan Peguam Syarie Dalam Mahkamah Rendah Syariah

    5

    5/2005

    Garis Panduan Pakaian Hakim Syarie Dalam Mahkamah Rayuan Dan Mahkamah Tinggi Syariah

    6

    6/2005

    Garis Panduan Pakaian Hakim Syarie Dalam Mahkamah Rendah Syariah

    7

    7/2005

    Pindaan Format Pemakaian Iklan Penyampaian Ganti Di Akhbar

    8

    8/ 2005

    Maksud Perkataan Bertindak atau Berkelakuan Tidak Sopan Di Dalam Seksyen 29 Akta / Enakmen Kesalahan JenayahSyariah Negeri-Negeri

    10

    9/2005

    Mahkamah Yang Berbidangkuasa Mendengar Permohonan Mengubah Perintah

    11

    10/2005

    Pengendorsan Perintah Bersaling

    12

    11/2005

    Bidang Kuasa Mahkamah Rendah Syariah Merekodkan Sulh dan Persetujuan Bersama

    14

    12/2005

    Prosedur Menghidupkan Semula Kes Yang Telah Dibuang / Ditolak Sebelum Selesai

    15

    13/2005

    Prosedur Pertukaran Jenis Kes Di Pertengahan Perbicaraan 16

    14/2005

    Tambahan Kod Pendaftaran Kes 18

    15/2005

    Menggugurkan Nafkah ’Iddah , Mut’ah, Nafkah Anak Dan Hadhanah Dalam Perjanjian Persetujuan

    20

    1

  • جباتن آحاآيمن شرعيه مليسيا JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA Aras 2 & 3, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel: 03-8886 4800

    62677 PUTRAJAYA Fax: 03-8889 1627 ________________________________________________________________________ JKSM/100-24/5 Jld. 3( 15 ) 11 Jamadilakhir, 1426H/ 18 Julai, 2005M

    Y.A.A. Ketua-Ketua Hakim Syarie Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri-negeri

    Arahan Amalan No.1 Tahun 2005

    Penggantungan Pelaksanaan Perintah Sementara Menunggu Rayuan

    Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil. 1 Tahun 2005 pada 10hb.-12hb. April 2005 bersamaan 1hb. - 3hb. Rabiulawwal 1426H di Shah Alam, Selangor telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan mengenai Perayu membuat rayuan dengan alasan tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah yang dirayu dalam kes Mal, menurut Hukum Syarak adalah memadai untuk menggantung pelaksanaan perintah, sementara menunggu keputusan rayuan dan rujukan hendaklah dibuat kepada mana-mana kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah yang lebih tinggi kecuali dalam kes-kes nafkah, upah menyusu, tempat tinggal, hadhanah dan serah anak yang belum mumaiyiz kepada ibu.

    Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2005.

    (Datuk Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman) Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

    2

  • عيه مليسياجباتن آحاآيمن شر JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA Aras 2 & 3, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel: 03-8886 4800

    62677 PUTRAJAYA Fax: 03-8889 1627 ________________________________________________________________________ JKSM/100-24/5 Jld. 3( 16 ) 11 Jamadilakhir, 1426H/ 18 Julai, 2005M

    Y.A.A. Ketua-Ketua Hakim Syarie Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri-negeri

    Arahan Amalan No.2 Tahun 2005

    Penjelasan Maksud Pegawai Agama Di Dalam Sekyen 47(5) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984

    Atau Dalam Mana-Mana Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri. Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil. 1 Tahun 2005 pada 10hb. - 12hb. April 2005 bersamaan 1hb. - 3hb.Rabiulawwal 1426H di Shah Alam, Selangor telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan berhubung maksud PEGAWAI AGAMA di dalam seksyen 47(5) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 atau peruntukan yang sama dalam Undang-undang Keluarga Islam negeri adalah mana-mana Penjawat Awam di bawah Skim Pegawai Hal Ehwal Islam atau pegawai yang setaraf dengannya yang bertugas di Jabatan Agama Islam Negeri-negeri / Pejabat Agama Islam Daerah / lain-lain Jabatan yang berkaitan.

    Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2005.

    (Datuk Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman) Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

    3

  • جباتن آحاآيمن شرعيه مليسيا JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA Aras 2 & 3, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel: 03-8886 4800

    62677 PUTRAJAYA Fax: 03-8889 1627 ________________________________________________________________________ JKSM/100-24/5 Jld. 3( 17 ) 11 Jamadilakhir, 1426H/ 18 Julai, 2005M

    Y.A.A. Ketua-Ketua Hakim Syarie Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri-negeri

    Arahan Amalan No.3 Tahun 2005

    Garis Panduan Pakaian Pendakwa Syarie dan Peguam Syarie Dalam Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah

    Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil. 1 Tahun 2005 pada 10hb.-12hb. April 2005 bersamaan 1hb.-3hb. Rabiulawal 1426H di Shah Alam, Selangor telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan pakaian Pendakwa Syarie dan Peguam Syarie dalam Mahkamah yang bertindak sebagai wakil mana-mana pihak, bagi Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah, iaitu berpakaian kemas dan menutup aurat:-

    Lelaki : bersongkok hitam / berserban putih, berjubah khas dan berkot hitam, berkemeja putih, bertali leher gelap dan berseluar panjang hitam atau berbaju melayu hitam dan bersampin hitam serta berkasut hitam.

    Perempuan : berjubah dan berkot hitam, berbaju kurung berwarna gelap/bercorak hitam putih atau berblaus putih dan berkain hitam dan bertudung putih serta berkasut hitam bertutup.

    2. Arahan ini juga meliputi Pegawai Undang-undang dan Pegawai Syariah dari Biro Bantuan Guaman yang hadir ke Mahkamah.

    Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2005.

    (Datuk Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman)

    4

  • Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie n Syariah Malaysia Jabatan Kehakima

    جباتن آحاآيمن شرعيه مليسيا JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA Aras 2 & 3, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel: 03-8886 4800

    62677 PUTRAJAYA Fax: 03-8889 1627 ________________________________________________________________________ JKSM/100-24/5 Jld. 3( 18 ) 11 Jamadilakhir, 1426H/ 18 Julai, 2005M Y.A.A. Ketua-Ketua Hakim Syarie Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri-negeri

    Arahan Amalan No.4 Tahun 2005

    Garis Panduan Pakaian Pendakwa Syarie dan Peguam Syarie Dalam Mahkamah Rendah Syariah

    Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil. 1 Tahun 2005 pada 10hb.-12hb. April 2005 bersamaan 1hb.-3hb. Rabiulawal 1426H di Shah Alam, Selangor telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan pakaian Pendakwa Syarie dan Peguam Syarie dalam Mahkamah yang bertindak sebagai wakil mana-mana pihak, bagi Mahkamah Rendah Syariah, iaitu berpakaian kemas dan menutup aurat:-

    Lelaki : bersongkok hitam/berserban putih, berkot hitam, berkemeja putih, bertali leher gelap dan berseluar panjang hitam atau berbaju

    melayu hitam dan bersampin hitam serta berkasut hitam. Perempuan : berkot hitam, berbaju kurung berwarna gelap/bercorak hitam putih

    atau berblaus putih dan berkain hitam dan bertudung putih serta berkasut hitam bertutup.

    2. Arahan ini juga meliputi Pegawai Undang-undang dan Pegawai Syariah dari Biro Bantuan Guaman yang hadir ke Mahkamah.

    Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2005.

    (Datuk Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman)

    5

  • Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie n Syariah Malaysia Jabatan Kehakima

    جباتن آحاآيمن شرعيه مليسيا JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA Aras 2 & 3, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel: 03-8886 4800

    62677 PUTRAJAYA Fax: 03-8889 1627 ________________________________________________________________________ JKSM/100-24/5 Jld. 3( 19 ) 11 Jamadilakhir, 1426H/ 18 Julai, 2005M Y.A.A. Ketua-Ketua Hakim Syarie Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri-negeri

    Arahan Amalan No.5 Tahun 2005

    Garis Panduan Pakaian Hakim Syarie Dalam Mahkamah Rayuan Dan Mahkamah Tinggi Syariah

    Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil. 1 Tahun 2005 pada 10hb.-12hb. April 2005 bersamaan 1hb.-3hb. Rabiulawal 1426H di Shah Alam, Selangor telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan pakaian Hakim Syarie dalam Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Syariah, iaitu berpakaian kemas dan sopan, bersongkok hitam, berjubah, berbaju melayu hitam dan bersampin hitam atau berkot hitam, berkemeja putih, bertali leher gelap dan berseluar panjang hitam serta berkasut hitam.

    Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2005.

    (Datuk Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman) Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

    6

  • جباتن آحاآيمن شرعيه مليسيا JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA Aras 2 & 3, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel: 03-8886 4800

    62677 PUTRAJAYA Fax: 03-8889 1627 ________________________________________________________________________ JKSM/100-24/5 Jld. 3( 20 ) 11 Jamadilakhir, 1426H/ 18 Julai, 2005M

    Y.A.A. Ketua-Ketua Hakim Syarie Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri-negeri

    Arahan Amalan No.6 Tahun 2005

    Garis Panduan Pakaian Hakim Syarie Dalam Mahkamah Rendah Syariah

    Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil. 1 Tahun 2005 pada 10hb.-12hb. April 2005 bersamaan 1hb.-3hb. Rabiulawal 1426H di Shah Alam, Selangor telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan pakaian Hakim Syarie dalam Mahkamah Rendah Syariah, iaitu berpakaian kemas dan sopan, bersongkok hitam, berbaju melayu hitam dan bersampin hitam dan / atau berkot hitam, berkemeja putih, bertali leher gelap dan berseluar panjang hitam serta berkasut hitam.

    Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2005.

    (Datuk Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman) Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

    7

  • جباتن آحاآيمن شرعيه مليسيا JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA Aras 2 & 3, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel: 03-8886 4800

    62677 PUTRAJAYA Fax: 03-8889 1627 ________________________________________________________________________ JKSM/100-24/5 Jld. 3( 21 ) 11 Jamadilakhir, 1426H/ 18 Julai, 2005M

    Y.A.A. Ketua-Ketua Hakim Syarie Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri-negeri

    Arahan Amalan No.7 Tahun 2005

    Pindaan Format Pemakaian Iklan Penyampaian Ganti Di Akhbar

    Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil. 1 Tahun 2005 pada 10hb.-12hb. April 2005 bersamaan 1hb.-3hb. Rabiulawal 1426H di Shah Alam, Selangor telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan perubahan format pemakaian iklan Penyampaian ganti di dalam akhbar-akhbar tempatan hendaklah mengikut fotmat pemakaian iklan penyampaian Ganti seperti di dalam lampiran bagi tujuan penyelarasan dan penyeragaman.

    2. Format pemakaian iklan Penyampaian Ganti seperti di dalam lampiran Arahan Amalan No. 3 tahun 2003 adalah dibatalkan. Arahan Amalan ini berkuatkuasa serta merta.

    (Datuk Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman) Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

    8

  • Arahan Amalan No. 7 Tahun 2005 ( Lampiran )

    3 cm

    Dalam Mahkamah Tinggi/Rendah Syariah.....

    Kes Mal No.....

    Di Antara:

    Plaintif….

    Dengan:

    Defendan….

    Kepada (Nama) No. K.P ______________

    AMBIL. PERHATIAN bahawa kamu diminta

    hadir ke Mahkamah Tinggi/Rendah

    Syariah..................pada..............jam..........bicara

    tuntutan......................oleh Plaintif.

    Hadir/tidak , keputusan dibuat.

    Bertarikh......

    tiada had

    9

  • جباتن آحاآيمن شرعيه مليسيا JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA Aras 2 & 3, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel: 03-8886 4800

    62677 PUTRAJAYA Fax: 03-8889 1627 ________________________________________________________________________ JKSM/100-24/5 Jld. 3( 22 ) 11 Jamadilakhir, 1426H/ 18 Julai, 2005M

    Y.A.A. Ketua-Ketua Hakim Syarie Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri-negeri

    Arahan Amalan No. 8 Tahun 2005

    Maksud Perkataan Bertindak atau Berkelakuan Tidak Sopan Di Dalam Seksyen 29 Akta / Enakmen Kesalahan Jenayah

    Syariah Negeri-Negeri

    Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil. 1 Tahun 2005 pada 10-12hb April 2005 bersamaan 1-3 Rabiulawal 1426H di Shah Alam, Selangor telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan maksud perkataan ”bertindak atau berkelakuan tidak sopan” di bawah Seksyen 29 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 atau dalam mana-mana Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-Negeri, adalah apa-apa perbuatan yang dilakukan oleh mana-mana orang di mana-mana tempat awam termasuklah:-

    (i) bercumbu-cumbuan;

    (ii) berpeluk-pelukan;

    (iii) pertuturan atau isyarat lucah atau berpakaian yang mengghairahkan; atau

    (iv) lain-lain perbuatan yang tidak sopan yang bertentangan dengan Hukum

    Syarak.

    Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2005.

    (Datuk Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman) Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

    10

  • جباتن آحاآيمن شرعيه مليسيا JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA Aras 2 & 3, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel: 03-8886 4800

    62677 PUTRAJAYA Fax: 03-8889 1627 ________________________________________________________________________ JKSM/100-24/5 Jld. 3( 23 ) 11 Jamadilakhir, 1426H/ 18 Julai, 2005M

    Y.A.A. Ketua-Ketua Hakim Syarie Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri-negeri

    Arahan Amalan No.9 Tahun 2005

    Mahkamah Yang Berbidangkuasa Mendengar Permohonan Mengubah Perintah

    Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil. 1 Tahun 2005 pada 10hb.-12hb. April 2005 bersamaan 1hb.-3hb. Rabiulawal 1426H di Shah Alam, Selangor telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan bahawa Mahkamah yang berbidangkuasa mendengar Permohonan Mengubah Perintah adalah Mahkamah yang telah mengeluarkan perintah tersebut.

    Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos .2005.

    (Datuk Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman) Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

    11

  • جباتن آحاآيمن شرعيه مليسيا JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA Aras 2 & 3, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel: 03-8886 4800

    62677 PUTRAJAYA Fax: 03-8889 1627 ________________________________________________________________________ JKSM/100-24/5 Jld. 3( 24 ) 11 Jamadilakhir, 1426H/ 18 Julai, 2005M

    Y.A.A. Ketua-Ketua Hakim Syarie Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri-negeri

    Arahan Amalan No.10 Tahun 2005

    Pengendorsan Perintah Bersaling

    Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil.. 1 Tahun 2005 pada 10hb.-12hb. April 2005 bersamaan 1hb.-3hb. Rabiulawal 1426H di Shah Alam, Selangor telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan prosedur pengendorsan perintah bersaling adalah seperti berikut:

    (i) Perintah bersaling tidak boleh terlaksana di negeri-negeri yang belum mewartakan Akta/Enakmen/Ordinan yang berkaitan;

    (ii) Permohonan untuk mengendorskan perintah bersaling hendaklah dikemukakan oleh Pemohon ke Mahkamah yang mengeluarkan perintah tersebut;

    (iii) Setelah menerima permohonan, Mahkamah yang mengeluarkan perintah hendaklah menyampaikan Perintah tersebut kepada Mahkamah yang berkompeten di mana seseorang yang dimaksudkan dalam perintah tersebut berada atau dipercayai berada untuk tujuan pengendorsan;

    (iv) Mahkamah yang menerima perintah tersebut, boleh mengendorskannya dan berbidangkuasa menyampai dan melaksanakannya seolah-olah perintah tersebut dikeluarkan oleh Mahkamah itu sendiri.

    Huraian : Perintah termasuklah saman, waran, dan penghakiman.

    12

  • Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2005.

    (Datuk Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman) Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

    13

  • جباتن آحاآيمن شرعيه مليسيا JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA Aras 2 & 3, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel: 03-8886 4800

    62677 PUTRAJAYA Fax: 03-8889 1627 ________________________________________________________________________ JKSM/100-24/5 Jld. 3( 25 ) 11 Jamadilakhir, 1426H/ 18 Julai, 2005M

    Y.A.A. Ketua-Ketua Hakim Syarie Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri-negeri

    Arahan Amalan No.11 Tahun 2005

    Bidang Kuasa Mahkamah Rendah Syariah Merekodkan Sulh dan Persetujuan Bersama

    Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil. 1 Tahun 2005 pada 10hb.-12hb. April 2005 bersamaan 1hb.-3hb. Rabiulawal 1426H di Shah Alam, Selangor telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan bahawa Mahkamah Rendah Syariah hendaklah merekodkan apa-apa terma Persetujuan Bersama dan / atau Sulh tetapi tidak boleh mengendorskan dalam kes-kes yang mana bidangkuasanya adalah termasuk di dalam bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah.

    Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2005.

    (Datuk Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman) Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

    14

  • جباتن آحاآيمن شرعيه مليسيا JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA Aras 2 & 3, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel: 03-8886 4800

    62677 PUTRAJAYA Fax: 03-8889 1627 ________________________________________________________________________ JKSM/100-24/5 Jld. 3( 26 ) 11 Jamadilakhir, 1426H/ 18 Julai, 2005M Y.A.A. Ketua-Ketua Hakim Syarie Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri-negeri

    Arahan Amalan No.12 Tahun 2005

    Prosedur Menghidupkan Semula Kes Yang Telah Dibuang / Ditolak Sebelum Selesai

    Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil. 1 Tahun 2005 pada 10hb.-12hb. April 2005 bersamaan 1hb.-3hb. Rabiulawal 1426H di Shah Alam, Selangor telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan mengenai prosedur menghidupkan semula kes yang telah dibuang atau ditolak sebelum selesai iaitu seperti berikut:-

    (i) Pemohon hendaklah mengemukakan Permohonan untuk menghidupkan semula kes berserta afidavit sokongan;

    (ii) Mahkamah dalam hal ini hendaklah memberikan nombor dan kod kes

    yang baru kepada kes yang dihidupkan semula itu pada fail kes yang sama.

    2. Tajuk Arahan Amalan No.15 Tahun 2002 dipinda kepada ”Menghidupkan Semula Kes” .

    Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2005.

    (Datuk Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman) Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

    15

  • جباتن آحاآيمن شرعيه مليسيا JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA Aras 2 & 3, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel: 03-8886 4800

    62677 PUTRAJAYA Fax: 03-8889 1627 ________________________________________________________________________ JKSM/100-24/5 Jld. 3( 27 ) 11 Jamadilakhir, 1426H/ 18 Julai, 2005M

    Y.A.A. Ketua-Ketua Hakim Syarie Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri-negeri

    Arahan Amalan No.13 Tahun 2005

    Prosedur Pertukaran Jenis Kes Di Pertengahan Perbicaraan

    Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil. 1 Tahun 2005 pada 10hb.-12hb. April 2005 bersamaan 1hb.-3hb. Rabiulawal 1426H di Shah Alam, Selangor telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan berhubung prosedur pertukaran jenis kes di pertengahan perbicaraan adalah seperti berikut:-

    (i) Pemohon atau wakil hendaklah mengemukakan permohonan samada secara lisan atau bertulis tertakluk kepada prosedur/tatacara yang sedang berkuatkuasa di Mahkamah Syariah;

    (ii) Mahkamah hendaklah mengekalkan fail asal kes tersebut namun kod kes hendaklah ditukar mengikut jenis kes yang dimaksudkan;

    (iii) Permohonan atau Saman yang telah ditukar itu hendaklah disampaikan kepada pihak-pihak seperti yang dikehendaki oleh undang-undang yang sedang berkuatkuasa di Mahkamah Syariah seolah-olah Permohonan atau Saman itu baru dimulakan;

    (iv) Bagi pertukaran jenis kes dengan persetujuan kedua-dua belah pihak dan/atau wakilnya hendaklah memenuhi semua kehendak undang-undang dan peraturan yang sedang berkuatkuasa di Mahkamah Syariah.

    16

  • (v) Dalam hal ini, rujukan bolehlah dibuat kepada Bahagian X -Pindaan Akta/Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri-Negeri.

    Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2005.

    (Datuk Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman) Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

    17

  • سياجباتن آحاآيمن شرعيه ملي JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA Aras 2 & 3, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel: 03-8886 4800

    62677 PUTRAJAYA Fax: 03-8889 1627 ________________________________________________________________________ JKSM/100-24/5 Jld. 3( 28 ) 11 Jamadilakhir, 1426H/ 18 Julai, 2005M

    Y.A.A. Ketua-Ketua Hakim Syarie Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri-negeri

    ArahanAmalan No.14 Tahun 2005

    Tambahan Kod Pendaftaran Kes

    Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil. 1 Tahun 2005 pada 10hb.-12hb. April 2005 bersamaan 1hb.-3hb. Rabiulawal 1426H di Shah Alam, Selangor telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan mengenai penambahan dan pindaan kod kes seperti mana yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Ketua Hakim Syarie kali ke 33 seperti berikut:

    1. Tambahan Kod Kes Mal: 066-Permohonan Perubahan Perintah Harta Pusaka

    067-Tuntutan Ila’

    068-Tuntutan Zihar

    069-Tuntutan Li’an

    070-Permohonan Menghidupkan Semula Kes

    071-Perlantikan Pentadbir Harta

    2. Pindaan Kod Kes Mal: 031-Permohonan Penjaga Diri/Harta/Anak Yatim (asalnya “permohonan penjaga anak yatim”)

    049-Tuntutan Gantirugi Perkahwinan/Hutang Perkahwinan ( asalnya ” Tuntutan Gantirugi Perkahwinan’)

    18

  • 2. Arahan Amalan No. 1 Tahun 2000 Kod Pendaftaran Kes, juga adalah berkaitan.

    Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2005.

    (Datuk Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman) Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

    19

  • جباتن آحاآيمن شرعيه مليسيا JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA Aras 2 & 3, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel: 03-8886 4800

    62677 PUTRAJAYA Fax: 03-8889 1627 ________________________________________________________________________ JKSM/100-24/5 Jld. 3( 29 ) 11 Jamadilakhir, 1426H/ 18 Julai, 2005M

    Y.A.A. Ketua-Ketua Hakim Syarie Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri-negeri

    Arahan Amalan No.15 Tahun 2005

    Menggugurkan Nafkah ’Iddah , Mut’ah, Nafkah Anak Dan Hadhanah Dalam Perjanjian Persetujuan

    Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil.. 1 Tahun 2005 pada 10hb.-12hb. April 2005 bersamaan 1hb.-3hb. Rabiulawal 1426H di Shah Alam, Selangor telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan bahawa perjanjian-perjanjian persetujuan bersama atau perjanjian semasa Majlis Sulh tidak boleh menggugurkan hak-hak isteri yang belum disabitkan melalui talaq iaitu nafkah iddah dan mut’ah, dan hak anak iaitu hadhanah dan nafkah anak.

    Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos, 2005.

    (Datuk Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman) Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia [email protected] -rakan digital anda

    20

    Arahan Amalan No.1 Tahun 2005 Penggantungan Pelaksanaan Perintah Sementara Menunggu RayuanArahan Amalan No.2 Tahun 2005 Penjelasan Maksud Pegawai Agama Di Dalam Sekyen 47(5) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 Atau Dalam Mana-Mana Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri.Arahan Amalan No.3 Tahun 2005 Garis Panduan Pakaian Pendakwa Syarie dan Peguam Syarie Dalam Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Tinggi SyariahArahan Amalan No.4 Tahun 2005 Garis Panduan Pakaian Pendakwa Syarie dan Peguam Syarie Dalam Mahkamah Rendah SyariahArahan Amalan No.5 Tahun 2005 Garis Panduan Pakaian Hakim Syarie Dalam Mahkamah Rayuan Dan Mahkamah Tinggi SyariahArahan Amalan No.6 Tahun 2005 Garis Panduan Pakaian Hakim Syarie Dalam Mahkamah Rendah SyariahArahan Amalan No.7 Tahun 2005 Pindaan Format Pemakaian Iklan Penyampaian Ganti Di AkhbarArahan Amalan No. 7 Tahun 2005 ( Lampiran )

    Arahan Amalan No. 8 Tahun 2005 Maksud Perkataan Bertindak atau Berkelakuan Tidak Sopan Di Dalam Seksyen 29 Akta / Enakmen KesalahanArahan Amalan No.9 Tahun 2005 Mahkamah Yang Berbidangkuasa Mendengar Permohonan Mengubah PerintahArahan Amalan No.10 Tahun 2005 Pengendorsan Perintah BersalingArahan Amalan No.11 Tahun 2005 Bidang Kuasa Mahkamah Rendah Syariah Merekodkan Sulh dan Persetujuan BersamaArahan Amalan No.12 Tahun 2005 Prosedur Menghidupkan Semula Kes Yang Telah Dibuang / Ditolak Sebelum SelesaiArahan Amalan No.13 Tahun 2005 Prosedur Pertukaran Jenis Kes Di Pertengahan PerbicaraanArahanAmalan No.14 Tahun 2005 Tambahan Kod Pendaftaran KesArahan Amalan No.15 Tahun 2005 Menggugurkan Nafkah ’Iddah , Mut’ah, Nafkah Anak Dan Hadhanah Dalam Perjanjian Persetujuan