peguam syarie di malaysia : realiti semasa & prospek ke ...€¦ · 1 1 peguam syarie di...

37
1 1 PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA : REALITI SEMASA & PROSPEK KE ARAH PENGGUBALAN AKTA PROFESION GUAMAN SYARIE Oleh : Tuan Musa Bin Awang (P.P.N), 1 ABSTRAK Sesungguhnya Allah memerintahkan agar kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak, dan apabila kamu menghukum sesama menusia maka hukumlah dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.2 PENDAHULUAN Hak mempertahankan diri sudah lama dikenali oleh masyarakat dunia. Pelbagai bangsa sudah menerima amalan guaman melibatkan dalam usaha membentuk pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian. Pada zaman Nabi Musa a.s, di kalangan kaum Yahudi terdapat tokoh-tokoh yang terlibat dengan profesion yang menyamai profesion guaman. Tokoh-tokoh ini bertugas menyelesaikan masalah yang timbul antara individu tanpa menerima apa-apa bayaran. Kedudukan mereka seolah-olah sebahagian daripada anggota kehakiman. 3 Dalam undang-undang Rom, seorang wakil boleh mengambil tempat pihak yang mendakwa atau yang didakwa melantiknya melalui kata-kata simbolik yang diucapkan di hadapan pihak lawan. 4 Cara ini kemudiannya berakhir dengan diganti oleh satu wakil yang dikenali dengan wakil awam atau pendakwaraya. 5 Profesion peguam sebenarnya telah dilaksanakan lebih awal, bukanlah profesion yang dicetuskan oleh Empayar Gestinios sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah ahli undang- undang. 6 Dakwaan tersebut semata-mata berpandukan kepada undang-undang pertama mengenai profesion guaman yang diluluskan oleh Napoleon pada tahun 1810 selepas Revolusi Perancis. Peraturan ini terpakai bagi setiap orang yang mahu menjalankan profesion guaman di negara Perancis hingga ke hari ini. 7 1 Presiden, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Kertas ini dibentangkan pada Seminar Kebangsaan Mahkamah Syariah 2017- 60 Tahun Pasca Kemerdekaan: ‘Menelusuri Cabaran, Melestari Masa Hadapan’ pada 29 Ogos 2017. 2 Al-Quran, Surah An-Nisa’ (4), ayat 58 3 Ahamad Zaghlul, 1318-1900, Al-Muhamat, Mesir ; al-Ma’ruf, hlm. 4 4 Mashhur Hassan Mahmud, 1407H/1987M, Al-Muhamat, Edisi 1, Aman, Jordan : Dar al-Farha’, hlm 37. 5 Ibid. 6 Ibid., hlm. 39. 7 Ibid., hlm. 40.

Upload: others

Post on 04-Dec-2020

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA : REALITI SEMASA & PROSPEK KE ...€¦ · 1 1 peguam syarie di malaysia : realiti semasa & prospek ke arah penggubalan akta profesion guaman syarie oleh

1

1

PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA :

REALITI SEMASA & PROSPEK KE ARAH PENGGUBALAN AKTA

PROFESION GUAMAN SYARIE

Oleh : Tuan Musa Bin Awang (P.P.N),1

ABSTRAK

“Sesungguhnya Allah memerintahkan agar kamu menyampaikan amanah kepada yang

berhak, dan apabila kamu menghukum sesama menusia maka hukumlah dengan adil.

Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya

kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.”2

PENDAHULUAN

Hak mempertahankan diri sudah lama dikenali oleh masyarakat dunia. Pelbagai bangsa sudah

menerima amalan guaman melibatkan dalam usaha membentuk pihak-pihak yang terlibat

dalam pertikaian. Pada zaman Nabi Musa a.s, di kalangan kaum Yahudi terdapat tokoh-tokoh

yang terlibat dengan profesion yang menyamai profesion guaman. Tokoh-tokoh ini bertugas

menyelesaikan masalah yang timbul antara individu tanpa menerima apa-apa bayaran.

Kedudukan mereka seolah-olah sebahagian daripada anggota kehakiman.3

Dalam undang-undang Rom, seorang wakil boleh mengambil tempat pihak yang mendakwa

atau yang didakwa melantiknya melalui kata-kata simbolik yang diucapkan di hadapan pihak

lawan.4 Cara ini kemudiannya berakhir dengan diganti oleh satu wakil yang dikenali dengan

wakil awam atau pendakwaraya.5

Profesion peguam sebenarnya telah dilaksanakan lebih awal, bukanlah profesion yang

dicetuskan oleh Empayar Gestinios sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah ahli undang-

undang.6 Dakwaan tersebut semata-mata berpandukan kepada undang-undang pertama

mengenai profesion guaman yang diluluskan oleh Napoleon pada tahun 1810 selepas Revolusi

Perancis. Peraturan ini terpakai bagi setiap orang yang mahu menjalankan profesion guaman

di negara Perancis hingga ke hari ini.7

1 Presiden, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Kertas ini dibentangkan pada Seminar Kebangsaan Mahkamah

Syariah 2017- 60 Tahun Pasca Kemerdekaan: ‘Menelusuri Cabaran, Melestari Masa Hadapan’ pada 29 Ogos 2017. 2 Al-Quran, Surah An-Nisa’ (4), ayat 58 3 Ahamad Zaghlul, 1318-1900, Al-Muhamat, Mesir ; al-Ma’ruf, hlm. 4 4 Mashhur Hassan Mahmud, 1407H/1987M, Al-Muhamat, Edisi 1, Aman, Jordan : Dar al-Farha’, hlm 37. 5 Ibid. 6 Ibid., hlm. 39. 7 Ibid., hlm. 40.

Page 2: PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA : REALITI SEMASA & PROSPEK KE ...€¦ · 1 1 peguam syarie di malaysia : realiti semasa & prospek ke arah penggubalan akta profesion guaman syarie oleh

2

2

SEJARAH KEPEGUAMAN DALAM ISLAM

Di antara ajaran dalam Islam ialah ‘menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah dari

melakukan kemungkaran’. Secara tersiratnya, ia menjadi panduan kepada seluruh umat Islam

bahawa prinsip pembelaan dan pendakwaan dalam Islam adalah untuk keselamatan dan

kesentosaan umat Islam sejagat. Setiap individu berhak ke atas dirinya untuk berbuat

kebaikan dan mencegah diri daripada melakukan kemungkaran. Juga berhak untuk

menasihati orang lain supaya berbuat perkara yang sama.

Islam memerintahkan penganutnya menyelesaikan masalah atas dasar keadilan. Dalam

proses undang-undang, semua manusia adalah tidak bersalah sehinggalah dibuktikan dia

bersalah. Undang-undang yang dikuatkuasakan adalah berlandaskan prinsip tersebut, dimana

keadilan mengatasi segala perkara Allah s.w.t menegaskan perkara ini di dalam firman-Nya :

Bermaksud : Sesungguhnya Allah memerintahkan agar kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak, dan apabila kamu menghukum sesama menusia maka hukumlah dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.8

Keadilan yang wajib ditegakkan oleh umat Islam meliputi segala aspek dan bidang kehidupan.

Berlaku adil dalam semua tindakan menjadi tuntutan Islam, tanpa mengira perbezaan bangsa,

kebudayaan, warna kulit dan sebagainya. Implikasi daripada prinsip-prinsip tersebut, maka

lahirlah institusi guaman di dalam Islam yang lebih dikenali sebagai Wakalah bi al-Khusumah.

Islam mensyariatkan bahawa seseorang boleh menyerahkan urusannya kepada orang lain

untuk menguruskannya, kerana tidak semua orang mampu menguruskan urusannya secara

bersendirian. Di dalam al-Quran telah menyebutkan ayat tentang kisah penghuni gua al-kahfi9

yang secara jelas tidak melarang seseorang mewakilkan urusannya kepada seseorang yang

lain untuk menguruskannya. Dengan syarat, orang yang diwakilkan itu mestilah seorang yang

layak, berkemampuan dan mempunyai kepakaran.

Jelaslah bahawa sejak zaman permulaan Islam lagi, Allah telah menganjurkan kepada umat-

nya prinsip amalan guaman Islam yang dikenali sebagai Wakalah bi al-Khusumah. Cuma istilah

ini tidak popular di kalangan umat Islam, berbanding perkataan peguam yang digunakan pada

hari ini. Kehadiran Peguam Syarie di Mahkamah Syariah hari ini bukanlah suatu perkara yang

enteng atau remeh, kerana mereka menjalankan tugas atau peranan yang pernah dijalankan

oleh sahabat-sahabat Nabi S.A.W, samada di zaman Rasulullah S.A.W, mahupun di zaman

sahabat Khulafa’ Ar-Raasyidin dan zaman-zaman selepasnya.

8 Al-Quran, Surah An-Nisa’ (4), ayat 58 9 Al-Quran, Surah al-Kahfi (18), ayat 19.

Page 3: PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA : REALITI SEMASA & PROSPEK KE ...€¦ · 1 1 peguam syarie di malaysia : realiti semasa & prospek ke arah penggubalan akta profesion guaman syarie oleh

3

3

Wakil di zaman Rasulullah S.A.W

Terdapat hadith-hadith Rasulullah s.a.w yang menjadi dalil pensyariatan wakil dalam Islam.

Rasulullah pernah melantik wakil-wakil baginda dalam banyak perkara termasuk perkahwinan,

mengutip zakat, jual beli, urusan pemerintahan dan sebagainya.

Jabir bin Abdullah r.a pernah berkata, “suatu ketika aku berhajat untuk keluar ke Khaibar, lalu

aku pergi berjumpa baginda Rasulullah S.A.W. Aku menceritakan tentang hajatku untuk ke

Khaibar kepada baginda. Mendengar demikian, baginda S.A.W telah bersabda. “jika kamu

berjumpa wakilku, maka ambillah daripadanya lima belas gantang (gandum). Jika dia meminta

daripadamu bukti (yang engkau adalah wakilku) maka letakkanlah tanganmu ke atas bahu

sebagai bukti.”10

Baginda s.a.w pernah mengutuskan al-Su’at r.a untuk mengutip zakat. Baginda juga telah

mewakilkan ‘Amru bin Umaiyyah al-Damiri r.a dalam menikahkan Ummu Habibah bin Abu

Sufyan.11 Rasulullah juga telah mewakilkan Abu Rafi’i r.a untuk menerima pernikahan

Maimunah binti al-Harith. Baginda juga melantik pegawai sebagai wakil Baginda untuk

memungut zakat, mengelolakan askar, dan mentadbir negeri serta daerah.12 Baginda juga

melantik ‘Urwah al-Bariqi r.a untuk membeli seekor kambing kibas.

Wakil di zaman Khulafa’ Ar-Raasyidin

Menurut Al-Baihaqi13 dalam sunannya bahawa diriwayatkan, seorang wanita telah datang

kepada Sayidina ‘Umar r.a membuat iqrar melakukan zina, dan meminta Sayidina ‘Umar r.a

menjalankan hukuman rejam. Sayidina ‘Ali r.a telah meneliti kes tersebut, dan didapati

bahawa perempuan tersebut telah diperkosa dan penzinaan berlaku bukanlah dengan

kerelaannya, tetapi semata-mata untuk menyelamatkan dirinya daripada kebuluran. Kejadian

itu berlaku ketika perempuan tersebut terlalu dahaga, dia terjumpa seorang lelaki yang

memiliki susu lalu meminta sedikit susu daripadanya. Lelaki tersebut bersetuju memberikan

susu kepada perempuan itu dengan syarat dia menyerahkan dirinya. Khalifah ‘Umar r.a

setelah mendengar cerita perempuan tersebut, dan setelah mendengar keterangan Sayidina

‘Ali r.a, telah membebaskan perempuan tersebut. Dalam kes ini Sayidina ‘Ali r.a bertindak

sebagai pembela terhadap perempuan tersebut. Beliau berjaya membuktikan bahawa sekali

pun perempuan itu membuat iqrar melakukan zina, tetapi keadaan bagaimana zina itu berlaku

perlu dipertimbangkan.

Dalam suatu kes yang lain, seorang perempuan telah mendakwa seorang pemuda cuba

mencabul kehormatannya dan menjatuhkan maruahnya. Perempuan itu telah membawa bukti

kesan air mani di tubuh dan kainnya. Lalu Khalifah ‘Umar r.a menjatuhkan hukuman

keseksaan (pemenjaraan) kepada pemuda tersebut. Pemuda itu telah merayu kepada Khalifah

‘Umar r.a dan berkata. “Wahai Amir Al-Mu’minin, pastikanlah kebenaran kes saya ini. Demi

10 Al-Syed Al-Imam Muhammad bin Ismail Al-Kahlani (1960), Subul al-Salam, Jil. 3, Mesir : Mustafa al-Babi al-Halabi,a

hlm. 65. 11 Diriwayatkan oleh Abu Daud di dalam Sunannya, Jil. I, hlm. 468. 12 Wahbah al-Zuhaili (Dr.), Fiqh dan Perundangan Islam (terjemahan), Jil. 5, hlm. 150. 13 Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah (t.t), Al-Turuq Al-Hubmiyyah : Matba’ah Al-Madani, hlm. 79.

Page 4: PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA : REALITI SEMASA & PROSPEK KE ...€¦ · 1 1 peguam syarie di malaysia : realiti semasa & prospek ke arah penggubalan akta profesion guaman syarie oleh

4

4

Allah saya tidak melakukannya, sebenarnya dialah yang cuba memperdayakan saya.”

Mendengar keterangan pemuda itu, Khalifah ‘Umar r.a telah meminta pendapat Sayidina ‘Ali

r.a. Sayidina ‘Ali r.a telah memerhatikan kesan cecair yang ada di kain perempuan tersebut,

lalu diambil air mendidih dan disiramnya. Cecair tersebut menjadi beku dan putih. Beliau

mendapati rasanya seperti putih telur. Sayidina ‘Ali r.a mengherdik perempuan tersebut.

Akhirnya perempuan itu mengaku perbuatan tipu dayanya.14 Dalam satu tersebut, Sayidina

‘Ali r.a telah mengemukakan rayuan dan membela seorang lelaki yang telah dihukum bersalah

dan hendak dipenjarakan. Kerana ilmu dan kepakarannya yang luas dalam bidang Syariah

menyebabkan Sayidina ‘Ali r.a dapat membuktikan lelaki tersebut tidak bersalah. Sayidina ‘Ali

r.a bertindak sebagai wakil atau peguam, telah berjaya membantu Hakim dalam menegakkan

keadilan sehingga Hakim bersedia mengkaji semula keputusannya.

Suatu kisah lain di zaman Khalifah Umar al-Khattab r.a, seorang isteri telah datang mengadu

kepada Khalifah Umar, “Wahai Amir al-Mukminin, aku tidak pernah lihat lelaki yang lebih baik

dari suamiku. Dia berjaga sepanjang malam, berpuasa sepanjang siang (walaupun cuaca

panas), dia tidak berbuka puasa.” Umar r.a setelah mendengar kata-kata perempuan itu beliau

berdo’a : “Keampunan kepada Allah kerana perempuan ini mendapat suami seperti itu.”

Mendengar kata-kata Umar r.a, Ka’ab bin Thur al-Azdi yang berada di sisi Umar r.a pada ketika

itu berkata. “Sesungguhnya perempuan itu membuat pengaduan mengenai suaminya, tuan…”

Umar terkejut lalu bertanya kepada perempuan itu, “Benarkah demikian?” Jawab Ka’ab, “Ya”.

Lalu Umar memanggil perempuan tersebut dan berkata, “Tiada apa yang perlu dimalukan.

Katakanlah perkara yang sebenarnya. Sesungguhnya dia (Ka’ab) mengatakan, sebenarnya

kamu ingin membuat pengaduan terhadap suami kamu yang tidak member nafkah batin pada

kamu. Benarkah?” Lalu perempuan itu menjawab, “Benar, wahai Umar.” 15 Daripada kisah di

atas, Ka’ab telah bertindak sebagai wakil atau peguam mewakili peguam tersebut yang malu

untuk menceritakan perkara yang sulit berkenaan dengan dirinya.

Di zaman pemerintahan Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan r.a, ‘Abdullah bin Ja’far r.a menjadi wakil

(peguam) kepada ‘Ali bin Abi Talib r.a dengan Talhah bin ‘Ubaidullah r.a.16 ‘Ali r.a telah

mendakwa Talhah r.a atas perbalahan mengenai sebuah empangan air antara tanah ‘Ali r.a

dan tanah Talhah r.a. Talhah telah mendakwa ‘Ali telah merosakkan tanamannya, dan ‘Ali

menafikannya.

Dalam satu kes lain, ‘Abdullah bin ‘Abbas r.a pernah menjadi peguam kepada Hassan bin

Thabit r.a. Menurut al-Jubairi,17 telah berlaku perselisihan antara Hassan bin Thabit (penyair

terkenal di zaman Nabi s.a.w) dengan seorang lelaki lain. Khalifah ‘Uthman r.a telah

menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Hassan. Lalu Hassan telah pergi berjumpa Ibnu

‘Abbas r.a dan menceritakan perkara tersebut. Kata Ibnu ‘Abbas r.a :- “kebenaran pergi

bersamaku.” Ibnu’ Abbas mewakili Hassan dan berhujah di hadapan ‘Uthman. Lalu ‘Uthman

r.a telah memberikan keputusan baru di mana Hassan telah menang.” Dalam kisah ini

menunjukkan bahawa diharuskan perwakilan walaupun dalam proses rayuan tentang

14 Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, (t.t), Al-Turuq Al-Hubmiyyah : Matba’ah Al-Madani op.cit., hlm. 70. 15 Ahmad Abdul Mun’iem, al-Bahaie (Dr) (1965), Tarikh al-Qada’ fi al Islam, Mesir : Matba’ah Lajnah al-Bayan al-A’rabi,

hlm. 110. 16 Al-Sharkasyi, op.cit., hlm. 3. 17 Al-Jubairi (1955), Nasab Quraisy, Qaherah : Dar al-Ma’arif, hlm. 26.

Page 5: PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA : REALITI SEMASA & PROSPEK KE ...€¦ · 1 1 peguam syarie di malaysia : realiti semasa & prospek ke arah penggubalan akta profesion guaman syarie oleh

5

5

keputusan yang telah dijatuhkan. Menurut Zafir al-Qasimi, kes ini adalah bukti relevan contoh

perwakilan dalam Islam. Walaupun Hassan seorang penyair, tetapi dia tidak mahir berhujah

dalam perbicaraan. Ibnu Abbas sebagai seorang yang faqih dan petah berhujah telah

bertindak sebagai peguam membela Hassan.18

Demikian beberapa contoh peranan sahabat-sahabat Nabi S.A.W bertindak sebagai peguam

dalam membantu Khalifah atau Hakim dalam menghukumkan dengan adil dan sebenar-

benarnya. Peranan ini berterusan sehinggalah ke hari ini. Jika ada pihak atau di kalangan

Peguam Syarie sendiri yang memandang rendah atau enteng terhadap profesion guaman

syarie ini, maka ia adalah suatu pandangan yang negative dan sceptical yang perlu diubah.

Sejarah Peguam Syarie Di Malaysia

Secara umumnya peguam di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu

Peguambela dan Peguamcara ; dan Peguam Syarie. Peguam Syarie pula terbahagi kepada

dua kategori iaitu Peguam Syarie yang bukan Peguambela dan Peguamcara ; dan Peguam

Syarie yang juga Peguambela dan Peguamcara.

Peguambela dan Peguamcara di Malaysia adalah tertakluk kepada Akta Profesion Undang-

Undang 1976 (Akta 166). Manakala di Sabah mereka juga tertakluk kepada Ordinan

Peguambela Sabah dan di Sarawak tertakluk kepada Ordinan Peguambela Sarawak.19

Manakala Peguam Syarie tertakluk kepada Akta atau Enakmen Pentadbiran Agama Islam

negeri-negeri dan juga tertakluk kepada kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan Peguam

Syarie negeri-negeri. Bagi Peguam Syarie yang juga Peguambela dan Peguamcara, mereka

bukan sahaja tertakluk di bawah Akta atau Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri dan

peraturan kecil Peguam Syarie, pada masa sama juga tertakluk di bawah Akta Profesion

Undang-Undang 1976 (Akta 166).

Sejarah profesion guaman di Tanah Melayu bermula sejak abad ke-19, di mana undang-

undang seperti Majallah Ahkam Johor 1331H telah memberi hak kepada siapa yang mendakwa

dan didakwa berwakil kepada sesiapa yang mereka pilih.20

Dalam undang-undang Islam di Tanah Melayu sebelum Merdeka, telah terdapat peruntukan

untuk membenarkan kehadiran peguam di mahkamah syariah. Dalam Enactment No. 3 Of

1952, Administration Of Muslim Law Enactment, Selangor 1952, iaitu antara undang-undang

pentadbiran agama Islam terawal di Tanah Melayu, terdapat peruntukan untuk membenarkan

kehadiran Peguambela dan Peguamcara21 bagi mewakili pihak-pihak yang bertikai di

mahkamah syariah. Seksyen 50 Enactment No. 3 Of 1952, Administration Of Muslim Law

Enactment (Selangor), 1952 yang masih dalam versi Bahasa Inggeris, berbunyi seperti berikut

-

Section 50. Advocates and Solicitors.

18 Zafir al-Qasimi (1978), Nizam al-Hukmi fi al-Shariati wa al-Tarikh al-Islami, Beirut : Dar al-Nafais, hlm. 383. 19 Lihat Seksyen 2, Akta Profesion Undang-Undang 1976 (Akta 166). 20 Artikel 1516. Majalah Ahkam Johor adalah kod undang-undang sivil syariah kerajaan negeri Johor yang dikuatkuasakan

pada 1331H/1913M. 21 Tiada lagi peruntukan khusus kepada Peguam Syarie pada waktu tersebut.

Page 6: PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA : REALITI SEMASA & PROSPEK KE ...€¦ · 1 1 peguam syarie di malaysia : realiti semasa & prospek ke arah penggubalan akta profesion guaman syarie oleh

6

6

(1) Notwithstanding anything contained in any written law, no advocate and solicitor shall have the

right to appear in any Court on behalf of a party to any proceedings if such appearance would

be contrary to the provisions of Muslim law.

(2) Any advocate and solicitor so appearing shall plead in the language of the Court or through an

interpreter provided by him and approved by the Court.

Di Terengganu, Enactment No. 4 Of 1955, Administration Of Muslim Law Enactment,

(Terengganu) 1955 (1374H), juga dalam versi Bahasa Inggeris, Seksyen 30 Enakmen tersebut

berbunyi –

Section 30. Advocates and Solicitors and Pleaders.

(1) Notwithstanding anything contained in any written law, no advocate and solicitor or pleader shall

have the right to appear in any Court on behalf of a party to any proceedings such appearance

would be contrary to the provisions of Muslim Law.

(2) Any advocate and solicitor or pleader so appearing should plead in the language of the Court or

through an interpreter provided by him and approved by the Court.

Manakala Seksyen 31 Enakmen sama berbunyi –

Section 31. Representation by Agent.

Every party to any proceeding shall appear in person in criminal proceedings and in person or by

advocate and solicitor or pleader in civil proceedings.

Peruntukan hampir sama terdapat dalam Enactment No. 5 Of 1956, Administration Of The

Law Of The Religion Of Islam Enactment (Pahang) 1956 22 ; Enactment No. 1 Of 1959,

Melaka Administration Of Muslim Law 23; Enactment No. 9 Of 1962, Kedah Administration

Of Muslim Law Enactment 24 ; Enactment No. 1 Of 1966, Kelantan Shar'iyah Courts And

Muslim Matrimonial Causes Enactment, 1966. 25

Selepas Merdeka, peruntukan yang merujuk khusus kepada “Peguam Shariah” dapat dilihat

dalam undang-undang Islam di Tanah Melayu. Sebagai contoh, Seksyen 51 Enakmen

Pentadbiran Ugama Islam (Perak) 1965 (Enakmen No. 11 Tahun 1965) yang membenarkan

peguam Shari’ah hadir mewakili mana-mana pihak dalam perbicaraan di mahkamah. Seksyen

tersebut berbunyi – (1) Peguam Shar'iah boleh-lah mengambil bahagian dalam mana2 Mahkamah bagi satu pehak dalam

perbicharaan.

(2) Majlis hendak-lah menyediakan daftar nama pada tiap2 tahun bagi orang2 yang di-dapati layak dan

berkemahiran dalam hukum Shara' supaya boleh menjadi pembela dalam Mahkamah yang di-

tubohkan di-bawah Undang2 ini. Orang2 itu akan di-kenali sa-bagai Peguam Shar'iah.

(3) Peguam Shar'iah tidak boleh hadhir dalam mana2 Mahkamah bagi mana2 pehak dalam satu2

perbicharaan melainkan dengan lesen bertulis yang di-keluarkan oleh Majlis dengan menjelaskan

bayaran yang di-tetapkan. Lesen yang demikian hendak-lah di-keluarkan tiap2 tahun dan ditanda

tangani oleh Yang di-Pertua.

Apabila Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-negeri ditambahbaik sejak awal 1980-an,

peruntukan tentang kehadiran Peguam Syarie dalam prosiding di mahkamah syariah telah

juga ditambahbaik dalam undang-undang tersebut, sama waktu dengan penubuhan

Mahkamah Syariah negeri. Peguam Syarie dibenarkan hadir dalam kes di mahkamah syariah,

untuk mewakili pihak plaintif atau defendan dalam kes mal, atau tertuduh dalam kes jenayah

syariah.

22 Section 43 dan 44 23 Section 46 dan 47 24 Section 47 dan 48 25 Section 14.

Page 7: PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA : REALITI SEMASA & PROSPEK KE ...€¦ · 1 1 peguam syarie di malaysia : realiti semasa & prospek ke arah penggubalan akta profesion guaman syarie oleh

7

7

Peruntukan berhubung Peguam Syarie terdapat dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam

Negeri atau Enakmen Mahkamah Syariah Negeri, sebagaimana berikut -

JADUAL 1

Senarai Enakmen/Ordinan/Akta Berhubung Peruntukan Peguam Syarie Mengikut Negeri

NEGERI PERUNTUKAN ENAKMEN/AKTA

Johor Seksyen 80 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Johor) 2003.

Kedah Seksyen 46 Enakmen Mahkamah Syariah (Kedah) 2008.

Kelantan Seksyen 18 Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah (Kelantan) 1982.

Melaka Seksyen 68 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Melaka) 2002.

N.Sembilan Seksyen 80 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003.

Pahang Seksyen 66 Enakmen Undang-Undang Islam (Pahang) 1991. Perak Seksyen 69 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 (Pindaan 2009).

Perlis Seksyen 80 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perlis) 2006. P.Pinang Seksyen 80 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Pulau Pinang) 2004. Sabah Seksyen 32 Enakmen Mahkamah Syariah (Sabah) 2004.

Sarawak Seksyen 28 Ordinan Mahkamah Syariah (Sarawak) 2001.

Selangor Seksyen 80 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003.

T’ganu Seksyen 57 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 2001.

W.P Seksyen 59 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993.

Sumber : Enakmen/Ordinan/Akta yang sedang berkuatkuasa.

Kemudiannya, berdasarkan enakmen ibu tersebut, suatu undang-undang kecil atau peraturan

kecil berhubung Peguam Syarie telah diperkenalkan di hampir keseluruhan negeri-negeri,

kecuali Sabah. Perak merupakan negeri terawal yang mewujudkan undang-undang kecil untuk

Peguam Syarie, iaitu dinamakan Kaedah-kaedah Peguam Syarie (Perak) 1980,26 diikuti oleh

Johor (1982), Terengganu (1987) dan negeri-negeri lain.

Senarai undang-undang kecil Peguam Syarie yang terawal mengikut turutan tahun adalah

sebagaimana berikut –

1. Kaedah-kaedah Peguam Syarie (Perak), 1980.

2. Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Johor), 1982.27

3. Kaedah-Kaedah Peguam Syar’i (Terengganu), 1987.28

4. Peraturan-Peraturan Peguam Syarie (Kedah), 1988.29

5. Kaedah-kaedah Peguam Syarie (Kelantan), 1988.

6. Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Melaka), 1989.

7. Peraturan-Peraturan Peguam Syariah (Pahang) 1990.

8. Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Selangor), 1991.

9. Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Sarawak), 1992.30

10. Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Wilayah Persekutuan), 1993.

26 (Pk. P.U. 28/81) 27 Mula berkuatkuasa pada 20hb. Julai, 1982. 28 Berkuatkuasa pada tarikh sama dengan tarikh mula berkuatkuasa Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986. 29 Mula berkuatkuasa pada 9hb. Mac, 1988. 30 Mula berkuatkuasa pada 1 haribulan September, 1992.

Page 8: PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA : REALITI SEMASA & PROSPEK KE ...€¦ · 1 1 peguam syarie di malaysia : realiti semasa & prospek ke arah penggubalan akta profesion guaman syarie oleh

8

8

11. Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis), 1995.31

12. Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Pulau Pinang), 1997.

13. Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Sembilan), 2011.

Sebahagian kaedah-kaedah ini telah dibatalkan dan digantikan dengan kaedah baru, iaitu –

1. Kaedah-Kaedah Peguam Syariah (Perak) 1980 telah dibatalkan dan digantikan dengan

Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perak) 2003.

2. Kaedah-kaedah Peguam Syarie (Kelantan) 1988 telah digantikan dengan Kaedah-

Kaedah Peguam Syarie (Kelantan) 2000.

3. Peraturan-Peraturan Peguam Syariah (Pahang) 1990 telah dibatalkan dan digantikan

dengan Peraturan-Peraturan Peguam Syarie (Pahang) 1995.

4. Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Selangor 1991 telah dimansuhkan dan digantikan

dengan Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Selangor 2008.

5. Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Sembilan) 2011 telah dibatalkan dan

digantikan dengan Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Negeri Sembilan 2012.

6. Kaedah-Kaedah Peguam Syar’i (Terengganu), 1987 telah dibatalkan dan digantikan

dengan Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Terengganu) 2015.32

7. Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Johor), 1982 telah dibatalkan dan digantikan dengan

Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Johor), 2015.33

8. Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Kedah 1988 telah dimansuhkan dan digantikan dengan

Peraturan-Peraturan Peguam Syarie (Kedah Darul Aman) 2016.34

Negeri Sabah sahaja yang belum mempunyai undang-undang kecil berkaitan peguam syarie.

Walaubagaimanapun, peruntukan umum berhubung Peguam Syarie terdapat dalam Seksyen

32, Enakmen Mahkamah Syariah (Sabah) 2004.

Peraturan-Peraturan Peguam Syarie (Pahang), 1995 pernah dipinda sebanyak 3 kali iaitu pada

tahun 2011, 2013 dan 2015. Manakala Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perak) 2003 pernah

dipinda sekali pada tahun 2015 dengan meminda Kaedah 25 berkenaan keanggotaan

Jawatankuasa Rayuan. Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Selangor, 2008 dan Kaedah-Kaedah

Peguam Syarie (Wilayah Persekutuan), 1993 dalam proses untuk dipinda.35

Terkini, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan Peguam Syarie yang sedang berkuatkuasa

di negeri-negeri adalah sebagaimana berikut :

31 Mula berkuatkuasa mulai 1hb. Jun 1995. 32 Mula berkuatkuasa pada Jun 2015. 33 Berkuatkuasa pada 29 September 2016. 34 Mula berkuatkuasa pada 1 Jun 2016. 35 Penulis terlibat dalam Jawatankuasa Pindaan kaedah-kaedah tersebut.

Page 9: PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA : REALITI SEMASA & PROSPEK KE ...€¦ · 1 1 peguam syarie di malaysia : realiti semasa & prospek ke arah penggubalan akta profesion guaman syarie oleh

9

9

JADUAL 2

Senarai Terkini Kaedah/Peraturan Peguam Syarie Mengikut Negeri

NEGERI KAEDAH/PERATURAN

Johor Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Johor), 2015.

Kedah Peraturan-Peraturan Peguam Syarie (Kedah Darul Aman), 2016.36

Kelantan Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Kelantan), 2000.37

Melaka Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Melaka), 1989.

N.Sembilan Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Sembilan), 2012.38

Pahang Peraturan-Peraturan Peguam Syarie (Pahang), 1995.39

Perak Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perak), 2003.40 (Pindaan 2015)41

Perlis Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis), 1995.

P.Pinang Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Pulau Pinang), 1997.

Sabah tiada

Sarawak Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Sarawak), 1992.

Selangor Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Selangor), 2008.42

T’ganu Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Terengganu), 2015.

W.P Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan), 1993.

Sumber : Enakmen-enakmen dan Kaedah-kaedah yang sedang berkuatkuasa.

REALITI SEMASA PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA

Perbezaan Peruntukan Undang-Undang Berhubung Peguam Syarie

Peruntukan berhubung Peguam Syarie terdapat dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam

Negeri atau dalam Enakmen Mahkamah Syariah Negeri.43 Akan tetapi, peruntukan-peruntukan

tersebut BERBEZA antara satu negeri dengan negeri yang lain dari segi seksyen dan

peruntukan. Senarai Seksyen dan Enakmen di negeri-negeri yang berkaitan Peguam Syarie

adalah sebagaimana di dalam JADUAL 1 yang tersebut di atas.

Sebagai perbandingan perbezaan peruntukan antara negeri-negeri, Penulis mengemukakan

beberapa contoh-contoh peruntukan seperti berikut –

Seksyen 80, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Johor) 2003 memperuntukkan –

36 Menggantikan Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Kedah) 1988. 37 Menggantikan Kaedah-kaedah Peguam Syarie (Kelantan), 1988. 38 Menggantikan Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Sembilan), 2011. 39 Menggantikan Peraturan-Peraturan Peguam Syariah (Pahang), 1990. 40 Menggantikan Kaedah-kaedah Peguam Syarie (Perak), 1980. 41 Pindaan 2015 - Kaedah 2. Pindaan kaedah 25. Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perak) 2003 [Pk.P.U. 17 tahun 2003],

dipinda dalam kaedah 25 dengan menggantikan subkaedah (2) dengan subkaedah yang berikut: -“(2) Jawatankuasa Rayuan

hendaklah terdiri daripada tiga orang anggota yang dilantik oleh Majlis dari kalangan orang yang mempunyai kompeten dan

pengalaman dalam hal undang-undang.” Dibuat 6 Julai 2016 [JKSPk. 600-1/1/5; PU.Pk. 70/2003]. 42 Menggantikan Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Selangor), 1991. 43 Di Kelantan, Kedah, Sabah dan Sarawak, peruntukan berhubung Peguam Syarie terdapat dalam Enakmen/Ordinan

Mahkamah Syariah.

Page 10: PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA : REALITI SEMASA & PROSPEK KE ...€¦ · 1 1 peguam syarie di malaysia : realiti semasa & prospek ke arah penggubalan akta profesion guaman syarie oleh

10

10

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2),(3) dan (4), Majlis boleh menerima mana-mana orang yang

mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Hukum Syarak menjadi Peguam Syarie bagi

mewakili pihak-pihak dalam apa-apa prosiding di dalam Mahkamah Syariah.

(2) Majlis boleh membuat peraturan-peraturan untuk –

(a) mengadakan peruntukan bagi tatacara, kelayakan dan fi bagi penerimaan Peguam Syarie; dan

(b) mengawalselia, mengawal dan mengawasi kelakuan Peguam Syarie.

(3) Walau apa pun subseksyen (1) –

(a) mana-mana anggota dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan; atau

(b) mana-mana orang yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Bantuan Guaman 1971, boleh bertindak

sebagai Peguam Syarie bagi mewakili mana-mana pihak dalam apa-apa prosiding dalam Mahkamah

Syariah jika pihak itu boleh diwakili olehnya dalam Mahkamah Sivil menurut kuasa-kuasa di bawah

Akta Prosiding Kerajaan 1956 [Akta 359] dan Akta Bantuan Guaman 1971 [Akta 26] atau mana-

mana undang-undang bertulis tanpa anggota atau orang itu perlu diterima masuk sebagai

Peguambela dan Peguamcara di bawah Akta itu.

(4) Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), mana-mana orang yang telah diterima menjadi seorang Peguam

Syarie di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di mana-mana Negeri lain di

Malaysia bolehlah diterima sebagai Peguam Syarie bagi Negeri Johor apabila permohonan dibuat

olehnya kepada Majlis dengan menyertakan keterangan yang menunjukkan bahawa dia telah diterima

sebagai Peguam Syarie di Negeri lain itu.

(5) Seseorang yang sebelum saja seksyen ini mula berkuat kuasa telah diterima menjadi seorang Peguam

Syarie di bawah Enakmen terdahulu hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini, disifatkan telah diterima

menjadi seorang Peguam Syarie dan hendaklah berhak hadir di mana-mana Mahkamah Syariah bagi

pihak mana-mana pihak kepada apa-apa prosiding di hadapan Mahkamah Syariah itu.

(6) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, tiada

seorang pun, selain Peguam Syarie atau orang yang disebut dalam subseksyen (3), berhak hadir di

dalam mana-mana Mahkamah Syariah bagi pihak mana-mana pihak kepada apa-apa prosiding di

hadapannya.

Seksyen 28, Ordinan Mahkamah Syariah (Sarawak), 2001 memperuntukkan –

(1) Tertakluk kepada subsekyen (2) dan (3), Ketua Hakim Syar'ie Negeri boleh, apabila dibayar fi yang

ditetapkan, menerima masuk mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi

tentang Undang-Undang Islam dan Enakmen-Enakmen mengenai hal ehwal Islam yang berkuat kuasa

dalam Negeri, menjadi Peguam Syar'ie untuk mewakili pihak-pihak dalam apa-apa prosiding di

hadapan Mahkamah Syariah.

(2) Ketua Hakim Syar' ie boleh membuat kaedah-kaedah untuk-

(a) mengadakan peruntukan bagi prosedur, kelayakan-kelayakan dan fi bagi penerimaan Peguam

Syar'ie; dan

(b) mengawal selia, mengawal dan mengawasi kelakuan Peguam Syar'ie.

(3) Walau apapun subseksyen (1) –

(a) mana-mana anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan; atau

(b) mana-mana orang yang dilantik di bawah Akta Bantuan Guaman 1971 [Akta 26], boleh bertindak

sebagai Peguam Syar'ie bagi mewakili mana-mana pihak dalam apa-apa prosiding dalam

Mahkamah Syariah jika pihak itu boleh diwakili olehnya dalam Mahkamah Sivil menurut kuasa

Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166] atau Ordinan Peguambela Sabah [Bab 2] atau

Ordinan Peguambela Sarawak [Bab 110] tanpa anggota atau orang itu perlu diterima masuk sebagai

Peguambela dan Peguamcara di bawah Akta atau Ordinan-Ordinan itu.

(4) Walau apapun subsekyen (1) dan (2), mana-mana orang yang telah diterima menjadi Peguam Syar'ie di

bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di mana-mana Negeri lain di Malaysia

boleh, apabila dibayar fi yang ditetapkan, hendaklah diterima sebagai Peguam Syar'ie bagi negeri Sabah

apabila permohonan dibuat olehnya dan diluluskan oleh Ketua Hakim Syar'ie Negeri dengan

menyertakan keterangan yang menunjukkan bahawa dia telah diterima sebagai Peguam Syar'ie di

Negeri lain itu.

(5) Seseorang yang, sebelum sahaja Enakmen ini mula berkuat kuasa telah diterima menjadi Peguam

Syar'ie di bawah Enakmen dimansuhkan hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini dan apa-apa kaedah

mengenai Peguam Syar'ie yang dibuat di bawah Enakmen ini, disifatkan telah diterima menjadi Peguam

Syar'ie dan hendaklah berhak hadir di mana-mana Mahkamah Syariah bagi pihak mana-mana pihak

kepada apa-apa prosiding di hadapan Mahkamah Syariah.

(6) Walau apa-apa juga yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, tiada seorang

pun, selain Peguam Syar'ie atau orang yang disebut dalam subseksyen (3), berhak hadir di dalam mana-

Page 11: PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA : REALITI SEMASA & PROSPEK KE ...€¦ · 1 1 peguam syarie di malaysia : realiti semasa & prospek ke arah penggubalan akta profesion guaman syarie oleh

11

11

mana Mahkamah Syariah bagi mewakili mana-mana pihak kepada apa-apa prosiding di hadapan

Mahkamah itu.

Seksyen 59, Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993

memperuntukkan –

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), Majlis boleh menerima mana-mana orang yang mempunyai

pengetahuan yang mencukupi tentang Hukum Syarak menjadi Peguam Syarie bagi mewakili pihak-

pihak dalam apa-apa prosiding di dalam Mahkamah Syariah.

(2) Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, membuat kaedah-kaedah—

(a) untuk mengadakan peruntukan bagi prosedur, kelayakan-kelayakan dan fee-fee bagi penerimaan

Peguam Syarie; dan

(b) untuk mengawalselia, mengawal dan mengawasi kelakuan Peguam Syarie.

(3) Walau apa pun subseksyen (1), Majlis boleh mengecualikan mana-mana anggota Perkhidmatan

Kehakiman dan Perundangan Persekutuan atau mana-mana orang yang dilantik di bawah seksyen 3

Akta Bantuan Guaman 1971 [Akta 26] daripada peruntukan seksyen ini.

(4) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, tiada

seorang pun selain daripada Peguam Syarie atau orang yang dikecualikan di bawah subseksyen (3)

berhak hadir di dalam mana-mana Mahkamah Syariah bagi pihak mana-mana pihak kepada apa-apa

prosiding di hadapannya.

Ulasan & Analisa

Kebanyakan negeri memperuntukkan perkara berhubung Peguam Syarie dalam Enakmen

Pentadbiran Agama Islam, kecuali negeri Kelantan, Kedah, Sabah dan Sarawak yang

memperuntukkannya dalam Enakmen/Ordinan Mahkamah Syariah. Secara umumnya,

Peguam Syarie ialah seseorang yang telah diterima atau diterima masuk atau diberi surat

kuasa atau dilantik sebagai Peguam Syarie menurut peruntukan Enakmen Pentadbiran Agama

Islam atau Enakmen Mahkamah Syariah.

Bersumberkan punca kuasa dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam atau Enakmen/Ordinan

Mahkamah Syariah inilah, negeri-negeri telah mewujudkan Kaedah-Kaedah atau Peraturan-

Peraturan Peguam Syarie Negeri, sebagaimana dalam Jadual 1 tersebut di atas.

Kebanyakan undang-undang negeri memberikan kuasa kepada Majlis untuk menerima atau

menerima masuk mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang

Hukum Syarak menjadi Peguam Syarie, kecuali Kelantan memberikan kuasa tersebut kepada

Qadhi Besar, Sabah dan Sarawak memberikan kuasa tersebut kepada Ketua Hakim Syarie

Negeri.

Undang-undang negeri juga memberikan kuasa kepada Majlis untuk membuat peraturan bagi

mengadakan peruntukan bagi tatacara, kelayakan dan fi bagi penerimaan Peguam Syarie dan

mengawalselia, mengawal dan mengawasi kelakuan Peguam Syarie. Di Sabah dan Sarawak,

kuasa tersebut diberikan kepada Ketua Hakim Syarie negeri.

Satu isu hangat yang pernah timbul berkaitan dengan peruntukan yang menyebutkan “Majlis

boleh menerima mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi

tentang Hukum Syarak menjadi Peguam Syarie…”.

Page 12: PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA : REALITI SEMASA & PROSPEK KE ...€¦ · 1 1 peguam syarie di malaysia : realiti semasa & prospek ke arah penggubalan akta profesion guaman syarie oleh

12

12

Isu tersebut timbul apabila Victoria Jayaseele Martin, 51, yang memperolehi Diploma dalam

Undang-undang dan Amalan Syariah (DSLP) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

(UIAM) pada 2004, telah memohon untuk diterima sebagai Peguam Syarie di Wilayah

Persekutuan. Permohonannya ditolak oleh Jawatankuasa Peguam Syarie pada 9 September

2009 dengan alasan bahawa permohonannya tidak dapat diproses kerana syarat utama

pemohon mesti merupakan seorang Islam.

Victoria kemudiannya memohon semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi tetapi ditolak oleh

mahkamah yang berpendapat MAIWP mempunyai kuasa di bawah undang-undang untuk

menetapkan peraturan menerima Peguam Syarie. Victoria tidak berpuashati dengan

keputusan tersebut dan telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan.

Pada 21 Jun 2013, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Majlis Agama Islam Wilayah

Persekutuan (MAIWP) bertindak di luar batas undang-undang ketika enggan memproses

permohonan Victoria untuk beramal sebagai Peguam Syarie. Panel tiga hakim diketuai oleh

Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin

dan Datuk Aziah Ali sebulat suara memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan

peguam berkenaan. Mahkamah memutuskan bahawa pengisytiharan Perkara 10 Kaedah-

Kaedah Peguam Syarie 1983 mewajibkan mereka yang beragama Islam saja layak memohon

sebagai Peguam Syarie sudah melampaui batasan undang-undang (ultra vires) Akta

Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.

Mereka berpendapat bahawa perkataan ‘mana-mana orang’ yang dinyatakan dalam Seksyen

59 (1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 adalah termasuk

orang yang bukan Islam. Mahkamah berpendapat, jika niat badan perundangan adalah untuk

menghalang orang bukan Islam diterima sebagai Peguam Syarie, maka ia harus dinyatakan

dalam akta itu. Hampir keseluruhan negeri mempunyai peruntukan seperti tersebut, iaitu

menggunakan perkataan ‘mana-mana orang.’44

Isu tersebut telah dirayu dan telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 24 Mac 2016

yang mengubah keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Mahkamah Persekutuan

membangkitkan persoalan bagaimanakah seorang peguam beragama Kristian hendak

melaksanakan tugas sebagai peguam syarie dan membantu Mahkamah Syariah menegakkan

undang-undang syariah, walhal kepercayaannya nyata bercanggah dengan akidah Islam.

Keputusan majoriti 3-2 itu dicapai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif,

Tan Sri Ahmad Maarop dan Datuk Azahar Mohamed manakala keputusan menentang dicapai

oleh Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Zaharah Ibrahim.

44 Lihat Fasal 80, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Johor) 2003 ; Seksyen 46, Enakmen Mahkamah Syariah (Kedah) 2008

; Seksyen 18, Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah (Kelantan) 1982 ; Seksyen 68, Enakmen Pentadbiran Agama Islam

(Melaka) 2002 ; Seksyen 80, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 ; Seksyen 69 Enakmen Pentadbiran

Agama Islam (Perak) 2004 (Pindaan 2009) ; Seksyen 80, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perlis) 2006 ; Seksyen 80,

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Pulau Pinang) 2004 ; Seksyen 32, Enakmen Mahkamah Syariah (Sabah) 2004 ; Seksyen

28, Ordinan Mahkamah Syariah (Sarawak) 2001 ; Seksyen 80 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 ; Seksyen

57, Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 2001 ; Seksyen 59, Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam

(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993.

Page 13: PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA : REALITI SEMASA & PROSPEK KE ...€¦ · 1 1 peguam syarie di malaysia : realiti semasa & prospek ke arah penggubalan akta profesion guaman syarie oleh

13

13

Jika keputusan Mahkamah Persekutuan adalah sebaliknya, sudah tentu maka ia akan memberi

kesan yang besar terhadap peruntukan yang sedia ada serta kesan terhadap profesion

guaman syarie di Negara ini. Keputusan tersebut sepatutnya menjadi iktibar, pengajaran dan

panduan kepada pihak berkuasa negeri untuk membuat penyelarasan dan/atau

penyeragaman terhadap peruntukan tersebut.

Perbezaan Kelayakan Dan Syarat

Untuk Diterima Masuk Sebagai Peguam Syarie

Berdasarkan punca kuasa yang diberikan oleh Enakmen Pentadbiran Agama Islam, Enakmen

Undang-Undang Islam atau Enakmen/Ordinan Mahkamah Syariah, hampir semua negeri telah

mengadakan Kaedah-kaedah atau Peraturan-peraturan berhubung kelayakan, syarat

perlantikan, tatacara penerimaan masuk, kod etika, jawatankuasa perlantikan, dan

sebagainya.

Sebagai perbandingan, Penulis kemukakan beberapa peruntukan dalam Kaedah Peguam

Syarie Negeri berhubung syarat dan kelayakan untuk diterima masuk sebagai seorang Peguam

Syarie, iaitu Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Wilayah Persekutuan (1993), Kaedah-Kaedah

Peguam Syarie Pulau Pinang (1997), dan Peraturan-Peraturan Peguam Syarie Kedah Darul

Aman (2016), sebagaimana berikut :

Kaedah 10, Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan 1993

memperuntukkan –

Seseorang boleh diterima menjadi Peguam Syarie jika dia –

(a)

(i) seorang Islam dan telah lulus peperiksaan akhir yang membawa kepada ijazah sarjana muda Syariah

dari mana-mana universiti atau mana-mana institusi pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan

Malaysia; atau

(ii) seorang Islam yang menjadi anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan Persekutuan; atau

(iii) seorang Islam yang menjadi peguambela atau peguamcara yang didaftarkan di bawah Akta Profesion

Undang-Undang 1976; atau

(iv) telah berkhidmat sebagai Hakim Syarie atau Kathi dengan mana-mana Kerajaan Negeri di Malaysia

selama tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun;

(b) telah mencapai umur dua puluh satu tahun;

(c) berkelakuan baik dan-

(i) tidak pernah disabitkan di Malaysia atau di mana-mana tempat lain atas apa-apa kesalahan jenayah;

(ii) tidak pernah dihukum menjadi seorang bankrap;

(d) seorang Warganegara Malaysia; dan

(e) sebagai seorang Peguambela dan Peguamcara, telah lulus peperiksaan Sijil Peguam Syarie.

Kaedah 9, Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Pulau Pinang 1997 memperuntukkan –

Mana-mana orang yang memenuhi syarat-syarat yang berikut adalah layak untuk dilantik menjadi

Peguam Syarie -

(a) seorang Pegawai Undang-Undang Kerajaan Persekutuan;

(b) seorang Pengamal Undang-Undang yang memiliki sijil yang sah dikeluarkan di bawah Akta

Profesion Undang-Undang, 1976 [Akta 166]; atau

(c) seseorang yang telah mencapai umur 21 tahun; dan

(d) seseorang yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Sarjana Muda Undang-Undang

yang diiktiraf oleh MAINPP dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan

Persekutuan; dan

Page 14: PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA : REALITI SEMASA & PROSPEK KE ...€¦ · 1 1 peguam syarie di malaysia : realiti semasa & prospek ke arah penggubalan akta profesion guaman syarie oleh

14

14

(e)

(i) telah mendapat latihan profesional yang diiktirafkan oleh MAINPP di dalam bidang kehakiman

Islam; atau

(ii) berkemahiran dalam Hukum Syarak; dan

(f) berkelakuan baik, dan-

(i) tidak pernah disabitkan di Malaysia atau di mana-mana tempat lain atas apa-apa kesalahan jenayah

(di bawah mana-mana undang-undang bertulis) yang menjadikannya tidak layak menjadi seorang

Peguam Syarie; atau

(ii) tidak pernah dihukum menjadi seorang bankrap; atau

(iii) tidak pernah didapati bersalah atas apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang dinyatakan dalam

paragraf 33(6)(a), (b), (c), (e), (f), (h), (k) atau (I) Akta Kebankrapan 1967 [Akta 55]; dan

(g) seorang warganegara Malaysia.

Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Peguam Syarie Kedah Darul Aman 2016 memperuntukkan-

(1) Tertakluk kepada subperaturan (4), mana-mana orang yang memenuhi syarat yang berikut adalah

layak untuk menjadi seorang Peguam Syarie:

(a) seorang yang beragama Islam;

(b) seorang warganegara Malaysia;

(c) berkelakuan baik dan tidak pernah disabitkan di Malaysia atau di mana-mana tempat lain atas apa-

apa kesalahan jenayah (di bawah undang-undang bertulis), bukan seorang yang bankrap atau tidak

pernah didapati bersalah atas apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang dinyatakan di dalam

perenggan 33(6)(a), (b), (c), (e), (f), (h), (k) atau (l) Akta Kebankrapan 1967 [Akta 360];

(d) tidak dipecat, hilang kelayakan atau digantung atas kapasitinya sebagai seorang peguam bela dan

peguam cara;

(e) memiliki kelayakan akademik-

(i) Ijazah Sarjana Muda Syariah dari mana-mana Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi

yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan di dalam

subperaturan (2); atau

(ii) seorang peguam bela dan peguam cara dan mempunyai diploma lepasan ijazah dalam bidang

Undang-undang Syariah dan amalan dari mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi

yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan telah menjalani latihan dalam kamar tidak kurang

daripada tiga bulan; dan

(f) telah lulus ujian bertulis atau temu duga atau kedua-duanya sekali sebagaimana yang ditetapkan oleh

Jawatankuasa.

(2) Penerimaan masuk mana-mana pemohon sebagai Peguam Syarie di bawah subperenggan (1)(e)(i)

hendaklah tertakluk kepada syarat berikut:

(a) jika seseorang itu memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah dari mana-mana institusi pengajian tinggi

yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia selain daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, dia

hendaklah juga memiliki-

(i) diploma dalam jurusan undang-undang pentadbiran kehakiman Islam daripada Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia; atau

(ii) mana-mana diploma lepasan ijazah yang setaraf dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia; dan

(iii) telah tamat latihan dalam kamar selama sembilan bulan di mana-mana firma guaman syarie;

dan

(b) jika seseorang itu memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan Ijazah Sarjana Muda Undang-

undang (Syariah) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau setaraf dengannya, dia telah

tamat latihan dalam kamar selama sembilan bulan dari mana-mana firma guaman syarie, dengan

syarat Jawatankuasa boleh, menurut budi bicaranya, mengecualikan seseorang berkelayakan

daripada menjalani sesuatu tempoh latihan dalam kamar atau sebahagian daripadanya apabila

permohonan dibuat kepadanya dengan disokong oleh keterangan yang memuaskan bahawa ada hal

keadaan yang mewajarkan tempoh latihan dalam kamar itu dikecualikan atau dipendekkan.

(3) Latihan dalam kamar hendaklah diselia oleh seorang Peguam Syarie yang sedang dan telah

menjalankan amalan secara aktif di Malaysia bagi tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun sebelum

sahaja latihannya bermula.

(4) Penasihat Undang-Undang Negeri, Peguam Kanan Persekutuan dan Peguam Persekutuan di Pejabat

Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah atau pegawai yang dilantik di bawah Akta Bantuan Guaman

1971 [Akta 26] dan Pegawai Syariah hendaklah disifatkan telah dilantik sebagai Peguam Syarie oleh

Majlis di bawah Peraturan-Peraturan ini dan peraturan 9 adalah tidak terpakai bagi pegawai itu dan,

Page 15: PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA : REALITI SEMASA & PROSPEK KE ...€¦ · 1 1 peguam syarie di malaysia : realiti semasa & prospek ke arah penggubalan akta profesion guaman syarie oleh

15

15

pegawai itu boleh, jika tugas rasmi memerlukan, mewakili mana-mana pihak dalam mana-mana

Mahkamah.

Untuk memudahkan perbincangan dan perbandingan, Penulis telah membuat jadual ringkas

tentang kelayakan dan syarat Peguam Syarie di negeri-negeri sebagaimana di dalam Jadual

3 seperti berikut :

JADUAL 3

Jadual Kelayakan & Syarat Penerimaan Masuk Peguam Syarie

Berdasarkan Kaedah-Kaedah/Peraturan-Peraturan Peguam Syarie Negeri

KELAYAKAN DAN SYARAT

PENERIMAAN MASUK

JOH

OR

KED

AH

K LA

NTAN

MEL

AKA

N . S

MB L N

PAH

ANG

PER

AK

PER

L I S

P . P

NG

SAB

AH

SAR

AWAK

S ‘ N

GOR

T ‘GA

NU

W . P

Beragama Islam √ √ √ - √ √ √ - - - √ √ √

Warganegara Malaysia √ √ √ - √ √ √ √ √ √ √ √ √

Berkelakuan baik dan tidak pernah

disabitkan dengan apa-apa

kesalahan jenayah

√ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √

Bukan seorang bankrap √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ -

Tidak didapati bersalah menurut

Seksyen 33 (6)(a),(b),(c),(e),(f),

(h),(k),(l) Akta Kebankrapan 1967

[Akta 55].

√ √ - - √ - - √ √ - √ √ √

Tidak dipecat, hilang kelayakan

atau digantung (atas kapasiti)

sebagai Peguambela &

Peguamcara

√ √ - - √ - - - - - √ √ -

Ijazah Sarjana Muda Syariah √ √ - - √ √ √ √ - √ √ √ √

Seorang Peguambela &

Peguamcara yang didaftarkan di

bawah Akta Profesion Undang-

Undang 1976

- - √ - - √ √ √ √ √ - - -

Seorang Peguambela &

Peguamcara dan mempunyai

diploma lepasan ijazah dalam

Undang-Undang Syariah dan

Amalan

√ √ - - √ - √ - - - √ √ -

Lulus ujian bertulis atau temuduga

atau kedua-duanya sekali

√ √ - - √ - √ - - - √ √ -

Memiliki Diploma lepasan Ijazah

dalam bidang undang-undang

Syariah

√ √ - - √ - √ - - - √ √ -

Sarjana Muda Undang-Undang &

Sarjana Muda Syariah (LLB.S)

√ √ - - √ - - - √ - √ √ -

Latihan dalam kamar √ √ - - √ - - - - - √ - -

Penasihat Undang-Undang Negeri,

Pegawai Syariah di Pejabat

Penasihat Undang-Undang Negeri

- √ - - - - - √ - - √ √ -

Pegawai yang dilantik bawah Akta

Bantuan Guaman 1971

- √ √ - - - √ - - - √ √ -

Page 16: PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA : REALITI SEMASA & PROSPEK KE ...€¦ · 1 1 peguam syarie di malaysia : realiti semasa & prospek ke arah penggubalan akta profesion guaman syarie oleh

16

16

Anggota perkhidamatan

kehakiman dan perundangan

Persekutuan

- - √ - - - √ √ √ √ √ - √

Umur (18 tahun, 21 tahun) - - √ - - √ √ - √ - - - √

Peguambela dan Peguamcara

telah lulus peperiksaan Sijil

Peguam Syarie

- - √ - - √ - - - - - - √

Jurusan perundangan Islam - - √ - - - - - - - - - -

Tidak melakukan kesalahan

menghina Mahkamah Syariah

- - - √ - - - - - - - - -

Tidak mengemukakan keterangan

palsu dalam Mahkamah Syariah

- - - √ - - - - - - - - -

Pemastautin tetap √ - - - √ - √ - √ - - -

Lulus Peperiksaan Sijil Peguam

Syarie

√ - - - - - - - - √ - - √

Telah berkhidmat sebagai

Qadhi/Kadhi/Pegawai Hal Ehwal

Islam negeri atau

Persekutuan/Hakim Syarie

- - - - - √ √ - - - - - √

Telah dilantik sebagai Peguam

Syarie oleh mana-mana pihak

berkuasa agama Negeri

- - - - - - √ - - - - - -

Telah mendapat latihan

profesional dalam bidang

kehakiman Islam

- - - - - - - √ √ √ - - -

Berkemahiran dalam Hukum

Syarak

- - - - - - - √ √ √ - - -

KELAYAKAN DAN SYARAT

PENERIMAAN MASUK

J

OHOR

K

EDAH

K

LANTAN

M

ELAKA

N

. S MB L N

P

AHANG

P

ERAK

P

ERL I S

P

. P NG

S

ABAH

S

ARAWAK

S

‘ NGOR

T

‘GANU

W

. P

Sumber : Kaedah-kaedah Peguam Syarie di Negeri-negeri

Ulasan & Analisa

Nama statut

Sebahagian besar negeri menamakan undang-undang kecil Peguam Syarie dengan nama

Kaedah-Kaedah Peguam Syarie, kecuali Pahang dan Kedah yang menamakannya sebagai

Peraturan-Peraturan Peguam Syarie. Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Melaka adalah antara

peraturan kecil yang paling lama iaitu tahun 1889. Sebelum ini Kaedah-Kaedah Peguam Syarie

yang paling lama ialah di Johor (1982), tetapi telah berlaku pindaan pada 2015. Negeri Sabah

belum mempunyai peraturan kecil Peguam Syarie. Dalam usaha penyeragaman undang-

undang syariah di negara ini, nama statut adalah perkara utama yang perlu diselaraskan

antara semua negeri supaya tidak lagi berlaku sebarang perbezaan.

Islam

Negeri-negeri yang meletakkan syarat Islam ialah :

Page 17: PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA : REALITI SEMASA & PROSPEK KE ...€¦ · 1 1 peguam syarie di malaysia : realiti semasa & prospek ke arah penggubalan akta profesion guaman syarie oleh

17

17

JADUAL 4

Senarai Negeri Yang Memperuntukkan “Islam” Sebagai Syarat Kelayakan

NEGERI KELAYAKAN ISLAM

Johor √

Kedah √

Kelantan √

Melaka -

N.Sembilan √

Pahang √

Perak √

Perlis -

P.Pinang -

Sabah -

Sarawak -

Selangor √

T’ganu √

W.P √

Sumber : Kaedah-kaedah Peguam Syarie Negeri yang sedang berkuatkuasa.

Negeri Melaka, Perlis, Pulau Pinang dan Sarawak tidak meletakkan syarat Islam bagi Peguam

Syarie. Ini bermaksud, bukan Islam juga boleh memohon sebagai Peguam Syarie di empat

negeri tersebut. Oleh sebab itulah Victoria Jayaseele Martin yang masih tidak berpuashati

dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 24 Mac 2016 telah menulis surat kepada SS

Mufti Negeri Perlis memohon beliau diterima sebagai Peguam Syarie di negeri tersebut.45

Rentetan daripada itu, Persatuan Peguam Syarie Malaysia cawangan Negeri Perlis (PGSMPs)

telah mengadakan kunjungan hormat bersama YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis pada 6

Jun 2017 dan mengemukakan pendirian Persatuan menolak sama sekali sebarang usaha

membenarkan bukan Islam beramal sebagai Peguam Syarie di negeri tersebut atau di mana-

mana negeri sekalipun.

Penulis menggesa negeri-negeri yang tidak meletakkan syarat Islam dalam Kaedah-Kaedah

Peguam Syarie supaya berbuat demikian. Pemerintah mempunyai kuasa eksklusif untuk

membuat peraturan menyekat kehadiran bukan Islam di mahkamah syariah, atas kepentingan

umat Islam, mengelakkan mudarat tertentu atau yang bersifat mendatang.

Pada Disember 2010, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

telah membuat keputusan menolak pelantikan individu bukan Islam sebagai Peguam Syarie.

Keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan ini sepatutnya diraikan dan diiktiraf di

peringkat negeri, dengan memasukkan syarat Islam dalam Kaedah-kaedah Peguam Syarie,

bagi negeri-negeri yang belum berbuat demikian.

45 SS Mufti Perlis adalah salah seorang Ahli Jawatankuasa Peguam Syarie Negeri Perlis selain Ketua Hakim

Syarie sebagai Pengerusi ; Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah sebagai setiausaha ; Pendakwa Syarie; Tuan

Zulmi Bin Sabri (Pengerusi PGSMPs) sebagai wakil Peguam-Peguam Syarie; dan seorang lagi Ahli Majlis yang

berkemahiran dalam Hukum Syarak.

Page 18: PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA : REALITI SEMASA & PROSPEK KE ...€¦ · 1 1 peguam syarie di malaysia : realiti semasa & prospek ke arah penggubalan akta profesion guaman syarie oleh

18

18

Begitu juga dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 24 Mac 2016 yang mengubah

keputusan Mahkamah Rayuan sepatutnya menjadi pencetus kepada pihak berkuasa negeri

untuk membuat pelarasan terhadap peruntukan dan kaedah undang-undang berkaitan syarat

Islam tersebut.

Ijazah Syariah

Dalam Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Kelantan (2000) tidak memperuntukkan secara nyata

bahawa lulusan Syariah boleh diterima masuk sebagai Peguam Syarie. Kaedah 9

memperuntukkan - “Seseorang boleh diterima menjadi peguam Syarie, jika dia

(a) (i) seorang Islam dan mempunyai kelayakan yang ditetapkan di bawah Seksyen 18 (2)

Enakmen. “ Menurut Seksyen 18 (2) Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah (Kelantan)

1982, seseorang itu disifatkan sebagai layak dan berkemahiran di dalam perkara berkenaan

dengan Hukum Syarak untuk memohon sebagai Peguam Syarie, jika dia seorang pemegang

ijazah dalam jurusan perundangan Islam dari mana-mana pusat pengajian tinggi yang diiktiraf

oleh Kerajaan atau seseorang yang pernah berkhidmat sebagai Qadhi bagi suatu tempoh tidak

kurang daripada sepuluh tahun.46

Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Melaka) 1982 juga tidak menyatakan lulusan Syariah boleh

diterima masuk sebagai seorang Peguam Syarie. Seksyen 68 (1) Enakmen Pentadbiran Agama

Islam (Melaka) 2002 hanya menyatakan peruntukan umum bahawa Majlis boleh menerima

mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Hukum Syarak

sebagai Peguam Syarie.

Dalam sub-Seksyen 9 (d), Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Pulau Pinang), seseorang

berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf

oleh Majlis adalah layak dilantik menjadi Peguam Syarie. Perkataan ‘dan’ digunakan dalam

peruntukan tersebut. Ini bermaksud bahawa pemohon yang berkelulusan Sarjana Muda

Syariah masih tidak boleh memohon sebagai Peguam Syarie di Pulau Pinang, kecuali yang

berkelulusan Sarjana Muda Syariah dan Sarjana Muda Undang-Undang atau dikenali sebagai

LLB.S (double degree).47

Maka, menurut kaedah-kaedah ini, secara literalnya lulusan Syariah tidak boleh memohon

sebagai Peguam Syarie di Johor dan Pulau Pinang. Jadi bagaimanakah lulusan Syariah

diterima masuk sebagai Peguam Syarie di negeri-negeri tersebut?

Secara alternatifnya, Pemohon yang berkelulusan Ijazah Syariah masih boleh diterima masuk

sebagai Peguam Syarie di negeri-negeri yang tidak mempunyai peruntukan tersebut, dengan

menggunapakai peruntukan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam, dengan syarat

pemohon tersebut telah pun mempunyai Sijil Peguam Syarie mana-mana negeri lain. Sebagai

contoh, Seksyen 80 (4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Pulau Pinang) 2004

memperuntukkan bahawa –

46 Kaedah 9 (a)(i) Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Kelantan) 2000 dibaca bersama Seksyen 18 (2) Enakmen Pentadbiran

Mahkamah Syariah (Kelantan) 1982. 47 Kursus yang ditawarkan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Page 19: PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA : REALITI SEMASA & PROSPEK KE ...€¦ · 1 1 peguam syarie di malaysia : realiti semasa & prospek ke arah penggubalan akta profesion guaman syarie oleh

19

19

“Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), mana-mana orang yang telah diterima menjadi seorang Peguam

Syarie di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di mana-mana Negeri di

Malaysia hendaklah diterima sebagai Peguam Syarie bagi Negeri Pulau Pinang apabila permohonan

dibuat olehnya kepada Majlis dengan menyertakan keterangan yang menunjukkan bahawa dia telah

diterima sebagai Peguam Syarie di Negeri lain itu.”

Peruntukan ini memberikan kuasa kepada Majlis untuk menerima mana-mana orang yang

telah diterima menjadi seorang Peguam Syarie di mana-mana Negeri di Malaysia, dengan

orang itu mengemukakan permohonan kepada Majlis dan menyertakan bukti (Sijil Peguam

Syarie) yang menunjukkan bahawa dia telah diterima sebagai Peguam Syarie di Negeri lain

itu. Peruntukan yang sama juga terdapat di negeri Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan,

Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, dan Terengganu.48

Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Sarawak, Selangor, Terengganu dan Wilayah

Persekutuan menyebutkan secara jelas bahawa lulusan Sarjana Muda Syariah boleh diterima

sebagai Peguam Syarie.

Kaedah-kaedah Peguam Syarie yang ada tersebut adalah merupakan undang-undang

berkenaan dengan profesion guaman syarie. Adalah menjadi suatu yang agak pelik dan

janggal apabila undang-undang berkaitan profesion kepeguaman syariah, tetapi tiada

peruntukan untuk lulusan Syariah memohon sebagai Peguam Syarie. Maka, adalah wajar bagi

negeri-negeri tiada peruntukan untuk lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah diterima masuk

sebagai Peguam Syarie, segera memasukkan peruntukan demikian.

Peguambela dan Peguamcara

Hampir kesemua Kaedah-kaedah Peguam Syarie Negeri membenarkan Peguambela dan

Peguamcara yang telah didaftarkan di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976 untuk

diterima masuk sebagai Peguam Syarie, kecuali Melaka tidak memperuntukkannya secara

jelas tentang perkara tersebut.49

Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Negeri Johor50, dan Negeri Sembilan51 mensyaratkan seorang

Peguambela dan Peguamcara memiliki Diploma Pentadbiran Kehakiman Islam atau yang

setaraf dengannya.

Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Kedah), 2016 mensyaratkan seorang Peguambela dan

Peguamcara juga disyaratkan mempunyai diploma lepasan ijazah dalam bidang Undang-

undang Syariah dan amalan dari mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi yang

diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan telah menjalani latihan dalam kamar tidak kurang

daripada tiga bulan.52

48 Lihat juga Fasal 80 (4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Johor) 2003 ; Seksyen 46 (4) Enakmen Mahkamah Syariah

(Kedah) 2008 ; Seksyen 68 (4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Melaka) 2002 ; Seksyen 57 (4) Enakmen Pentadbiran

Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 2001. 49 Lihat Kaedah 6, Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Melaka). 50 Kaedah 9 (1) (g) (iii), Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Johor) 2015. 51 Kaedah 9 (1)(g)(iii), Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Sembilan) 2012. 52 Kaedah 9 (1)(e)(ii), Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Kedah) 2016.

Page 20: PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA : REALITI SEMASA & PROSPEK KE ...€¦ · 1 1 peguam syarie di malaysia : realiti semasa & prospek ke arah penggubalan akta profesion guaman syarie oleh

20

20

Di Perak, seorang Peguambela dan Peguamcara juga disyaratkan memiliki Diploma Undang-

Undang Syariah dan Amalan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau setaraf

yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.53

Di Selangor, seorang Peguambela dan Peguamcara bukan sahaja disyaratkan mempunyai

Diploma Lepasan Ijazah dalam bidang undang-undang dan amalan dari universiti yang diiktiraf

kerajaan, malah juga perlu menjalani latihan dalam kamar selama tidak kurang tiga bulan

dengan seorang Peguam Syarie yang aktif beramal selama tempoh tidak kurang tujuh tahun.54

Di Terengganu, seorang Peguambela dan Peguamcara juga disyaratkan mempunyai Diploma

atau Ijazah dalam bidang Undang-Undang atau Undang-Undang Syariah dari mana-mana

Universiti atau Institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, dan telah lulus

ujian bertulis atau temuduga atau kedua-duanya sekali sebagaimana yang ditetapkan oleh

Jawatankuasa. 55

Manakala di Negeri Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak dan Wilayah

Persekutuan, seorang Peguambela dan Peguamcara boleh memohon sebagai Peguam Syarie

walaupun tidak memiliki Diploma lepasan ijazah atau menjalani latihan dalam kamar untuk

tempoh tertentu.

Penulis berpandangan, syarat memiliki Diploma lepasan ijazah bagi Peguambela dan

Peguamcara ini sepatutnya diwajibkan dan diselaraskan ke negeri-negeri lain. Bagi

Peguambela dan Peguamcara yang berhasrat untuk beramal di Mahkamah Syariah, Diploma

lepasan Ijazah tersebut sekurang-kurangnya boleh meningkatkan penguasaan hukum hakam

Syariah, seterusnya dapat mempertingkatkan tahap professional Peguam Syarie. Jika lulusan

Ijazah Syariah pun dikehendaki mempunyai Diploma lanjutan Syariah tersebut, maka apatah

lagi bagi seorang Peguambela dan Peguambela yang tidak belajar tentang syariah di peringkat

sarjana muda.

Diploma Lepasan Ijazah

Di Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor, dan Terengganu, lulusan Ijazah

Sarjana Muda Syariah disyaratkan juga memiliki diploma lepasan ijazah atau Diploma lanjutan

(post graduate diploma) iaitu Diploma Pentadbiran Kehakiman Islam daripada Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia (UIAM), atau Diploma Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam

daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), atau mana-mana diploma lanjutan yang

setaraf daripada mana-mana universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Diploma lanjutan tersebut dikatakan lebih menekankan teori dan amalan merangkumi bidang

feqah dan prosiding di mahkamah syariah, bertujuan meningkatkan penguasaan syariah dan

mempertingkatkan tahap professional Peguam Syarie, terutama bagi lulusan sivil yang bukan

lulusan Syariah.

53 Kaedah 9 (c), Kaedah-Kaedah Peguam Syariah (Perak) 2003. 54 Lihat Kaedah 8 (1)(e)(ii), Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Selangor) 2008. 55 Lihat Kaedah 16 (1)(e)(ii) dan (f), Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Terengganu) 2016.

Page 21: PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA : REALITI SEMASA & PROSPEK KE ...€¦ · 1 1 peguam syarie di malaysia : realiti semasa & prospek ke arah penggubalan akta profesion guaman syarie oleh

21

21

Jika benar itulah tujuan Diploma tersebut diwajibkan, kenapa syarat untuk memiliki Diploma

tersebut tidak dilaksanakan oleh negeri-negeri lain? Setakat ini, hanya lima buah negeri sahaja

menjadikannya sebagai syarat kelayakan dalam Kaedah-kaedah Peguam Syarie.56

Adalah munasabah sekiranya syarat memiliki diploma tersebut diwajibkan kepada lulusan

Syariah atau pengajian Islam dari universiti-universiti luar Negara, kerana silibus

matapelajaran lebih kepada undang-undang di Negara tersebut. Persoalannya, mengapakah

lulusan Syariah dari universiti tempatan juga dibebankan dengan syarat memiliki diploma

lanjutan tersebut sedangkan apa yang dipelajari di peringkat diploma lanjutan tersebut hampir

atau lebih kurang sama dengan apa yang dipelajari di peringkat sarjana muda?

Umur

Negeri Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Sarawak, Selangor dan Terengganu tidak

menyebutkan had umur yang melayakkan seseorang memohon sebagai Peguam Syarie. Johor

dan Kedah mensyaratkan pemohon mestilah berumur lebih 18 tahun. Manakala Kelantan,

Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan mensyaratkan pemohon mestilah

berumur lebih 21 tahun. Had umur ini juga adalah suatu perkara yang tidak sukar untuk

diselaraskan antara semua negeri. Memandangkan kebanyakan negeri mengkehendaki

pemohon hendaklah memiliki ijazah sarjana muda, maka had umur minima 21 tahun adalah

sesuai dengan mengambilkira tempoh pengajian peringkat ijazah sarjana muda di universiti

tempatan.

Berkelakuan baik

Keseluruhan negeri menitiberatkan soal akhlak dan tingkahlaku seorang Peguam Syarie

dengan mensyaratkan seorang Peguam Syarie hendaklah berkelakuan baik ; dan tidak pernah

disabitkan di Malaysia atau di mana-mana tempat lain dengan apa-apa kesalahan jenayah,

samada di Mahkamah Syariah atau di Mahkamah sivil ; dan bukan seorang yang bankrap

(yang belum dilepaskan), atau dihukum menjadi bankrap atau tidak pernah menjadi bankrap

atau tidak pernah didapati bersalah atas apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang berkaitan

dengan Seksyen 33 (6)(a),(b),(c),(e),(f),(h),(k) atau (l) Akta Kebankrapan 1967 [Akta 55].57

Negeri Melaka menambah syarat tiada seorang pun layak diterima masuk dan didaftarkan

sebagai Peguam Syarie jika dia telah melakukan suatu penghinaan terhadap mana-mana

Mahkamah Syariah Negeri Melaka atau telah mengemukakan keterangan palsu dalam

Mahkamah Syariah.58

Kedah59, Negeri Sembilan60 dan Selangor61 menambah syarat orang tersebut tidak pernah

dipecat, hilang kelayakan atau digantung sebagai Peguambela dan Peguamcara.

56 Negeri Sembilan, Perak dan Selangor. 57 Lihat Peraturan 9 (b)(ii), Peraturan-Peraturan Peguam Syarie (Kedah) 1988 ; Kaedah 9 (1)(e), Kaedah-Kaedah Peguam

Syarie (Negeri Sembilan) 2012 ; Seksyen 8 (1)(c)(iii), Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 ; dan Kaedah 9 (f)(iii),

Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Pulau Pinang) 1997. 58 Kaedah 6 (b) dan (c), Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Melaka) 1989. 59 Kaedah 9 (1) (d), Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Kedah) 2016. 60 Kaedah 9 (1)(f), Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Sembilan) 2012. 61 Kaedah 8 (1)(d), Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Selangor) 2008.

Page 22: PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA : REALITI SEMASA & PROSPEK KE ...€¦ · 1 1 peguam syarie di malaysia : realiti semasa & prospek ke arah penggubalan akta profesion guaman syarie oleh

22

22

Kewarganegaraan

Secara umumnya, sebahagian besar Negeri mensyaratkan Peguam Syarie mestilah seorang

warganegara Malaysia. Negeri Pahang dan Sarawak membenarkan seorang pemastautin tetap

memohon sebagai Peguam Syarie.

Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah (double degree)

Di Johor62, Kedah,63 Negeri Sembilan,64 Pulau Pinang65 dan Selangor,66 terdapat peruntukan

tentang lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Ijazah Sarjana Muda Syariah atau

yang setaraf dengannya daripada mana-mana universiti yang diiktiraf oleh kerajaan. Ijazah

ini lebih dikenali sebagai LLB.S, yakni pelajar akan memperolehi dua ijazah sekaligus, iaitu

sivil dan Syariah (double degree).

Di Negeri Sembilan, lulusan dua ijazah ini tidak perlu lagi mempunyai Diploma lepasan Ijazah

sebagaimana disyaratkan kepada lulusan Sarjana Muda Syariah dan Peguambela dan

Peguamcara. Di Selangor, lulusan dua ijazah ini juga tidak perlu mempunyai Diploma lepasan

Ijazah sebagaimana disyaratkan kepada lulusan Sarjana Muda Syariah dan Peguambela dan

Peguamcara, tetapi dikehendaki menjalani latihan dalam kamar selama sembilan (9) bulan di

mana-mana firma guaman Syarie.

Latihan Dalam Kamar

Setakat ini, Johor, Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor sahaja yang memasukkan syarat

latihan dalam kamar kepada pemohon sebagai Peguam Syarie di negeri-negeri tersebut.

Ringkasnya, tempoh latihan dalam kamar di negeri-negeri tersebut adalah sebagaimana

berikut:

JADUAL 5

Negeri-negeri Yang Mensyaratkan Latihan Dalam Kamar

Negeri Kelulusan Tempoh Latihan Dalam Kamar

Syarat Penyelia (Pengalaman)

Negeri Sembilan

Sarjana Muda Syariah 6 bulan 5 tahun

Peguambela & Peguamcara Tiada -

Sarjana Muda Undang-undang dan Syariah (Double Degree)

Tiada -

Selangor Sarjana Muda Syariah 9 bulan 7 tahun

Peguambela & Peguamcara 3 bulan 7 tahun

Sarjana Muda Undang-undang dan Syariah (Double Degree)

9 bulan 7 tahun

Kedah Sarjana Muda Syariah 9 bulan 7 tahun

Peguambela & Peguamcara 3 bulan 7 tahun

Sarjana Muda Undang-undang dan Syariah (Double Degree)

9 bulan 7 tahun

62 Kaedah 9 (1)(g)(ii), Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Johor) 2015. 63 Lihat Kaedah 9 (1) (2) (b), Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Kedah) 2016. 64 Lihat Kaedah 9 (1)(g)(ii), Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Sembilan) 2012. 65 Lihat Kaedah 9 (d), Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Pulau Pinang) 1997. 66 Lihat Kaedah 8 (2)(b), Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Selangor) 2008.

Page 23: PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA : REALITI SEMASA & PROSPEK KE ...€¦ · 1 1 peguam syarie di malaysia : realiti semasa & prospek ke arah penggubalan akta profesion guaman syarie oleh

23

23

Johor Sarjana Muda Syariah 6 bulan 5 tahun

Peguambela & Peguamcara Tiada -

Sarjana Muda Undang-undang dan Syariah (Double Degree)

Tiada -

Sumber : Kaedah-kaedah Peguam Syarie di Negeri-negeri

Di Johor dan Negeri Sembilan, sebelum pemohon diterima masuk sebagai Peguam Syarie,

pemohon hendaklah menjalani latihan dalam kamar (chambering) selama enam bulan di

mana-mana firma guaman syarie, di bawah seliaan seorang Peguam Syarie (master) yang

aktif beramal di mana-mana negeri di Malaysia, bagi tempoh tidak kurang daripada lima tahun.

Syarat latihan dalam kamar ini hanya terpakai kepada lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah

sahaja, tidak kepada lulusan dua Ijazah (double degree) atau Peguambela dan Peguamcara.67

Penulis tidak pasti apakah justifikasi dibezakan antara lulusan Sarjana Muda Syariah dengan

lulusan dua Ijazah atau Peguambela dan Peguamcara dalam menjalani latihan dalam kamar.

Berkemungkinan ia mengambilkira bahawa Peguambela dan Peguamcara telah menjalani

latihan dalam kamar selama sembilan bulan di firma guaman sivil sebelum didaftarkan sebagai

Peguambela dan Peguamcara. Namun perlu ditekankan bahawa latihan dalam kamar sivil

amat berbeza dengan latihan dalam kamar Syariah. Tidak semestinya seseorang pelatih itu

turut mempelajari selok-belok undang-undang Syariah dan prosedur Mahkamah Syariah

semasa dia menjalani latihan dalam kamar sivil.

Manakala di Kedah dan Selangor, samada pemohon dari kalangan yang memiliki Ijazah

Sarjana Muda Syariah ; atau Peguambela dan Peguamcara ; atau memiliki dua Ijazah (double

degree), kesemua mereka perlu menjalani latihan dalam kamar sebelum boleh diterima masuk

sebagai Peguam Syarie. Cuma tempoh latihan sahaja yang berbeza di antara ketiga-tiga

kelayakan itu, iaitu selama sembilan (9) bulan bagi lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah68 ;

dan lulusan Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah (LLB.S)69 serta selama tidak kurang

tiga (3) bulan bagi Peguambela dan Peguamcara70 ;

Walaubagaimanapun, Jawatankuasa Peguam Syarie mempunyai budi bicara untuk

mengecualikan seseorang berkelayakan daripada menjalani sesuatu tempoh latihan dalam

kamar atau memendekkannya, jika permohonan dibuat dengan disokong oleh keterangan

yang memuaskan bahawa wujudnya hal keadaan yang mewajarkan tempoh latihan dalam

kamar itu dikecualikan atau dipendekkan.71

Latihan dalam kamar tersebut hendaklah diselia oleh seorang Peguam Syarie yang sedang

dan telah menjalankan amalan secara aktif di Malaysia bagi tempoh tidak kurang daripada 7

67 Lihat Sub-Kaedah 9 (1) (g) (i), (2) dan (3), Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Sembilan) 2012 dan Sub-Kaedah 9

(1)(g) (i) dan (2) Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Johor) 2015. 68 Lihat Kaedah 8 (2)(a)(iii), Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Selangor) 2008 dan Kaedah 9 (2)(a)(iii), Kaedah-Kaedah

Peguam Syarie (Kedah) 2016. 69 Kaedah 8 (2) (b) (Selangor) ; Kaedah 9 (2)(b) (Kedah). 70 Kaedah 8 (1) (e)(ii) (Selangor) ; Kaedah 9 (1)(e)(ii) (Kedah). 71 Kaedah 8 (2)(b).

Page 24: PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA : REALITI SEMASA & PROSPEK KE ...€¦ · 1 1 peguam syarie di malaysia : realiti semasa & prospek ke arah penggubalan akta profesion guaman syarie oleh

24

24

tahun bagi Kedah dan Selangor manakala tidak kurang 5 tahun bagi negeri Johor dan Kedah,

sebelum latihannya bermula. 72

Bilakah latihan dalam kamar tersebut sepatutnya bermula dan dikira? Adakah

selepas seseorang itu memperolehi Sarjana Muda Syariah atau diterima sebagai Peguambela

dan Peguamcara, dia boleh terus menjalani latihan dalam kamar, atau ia hanya akan dikira

selepas dia memperolehi Diploma lepasan Ijazah tersebut? Dalam Kaedah-Kaedah kedua-dua

negeri tersebut tidak dinyatakan secara jelas.

Apa yang diamalkan hari ini, apabila seorang graduan tamat pengajiannya di universiti dan

memperolehi ijazah sarjana muda atau graduated, mereka akan terus memohon kepada

mana-mana firma untuk menjalankan latihan dalam kamar. Pada masa yang sama, mereka

akan melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Lanjutan di universiti-universiti sekitar

tempat firma mereka menjalankan latihan dalam kamar.

Berdasarkan kefahaman secara literal, peruntukan dalam ketiga-tiga Kaedah tersebut

mengkehendaki latihan dalam kamar tersebut hanya dikira setelah pemohon memiliki Diploma

lepasan Ijazah, kerana telah menjadi syarat bahawa pemohon perlu memiliki Ijazah Sarjana

Muda dan juga Diploma lepasan Ijazah, sebelum boleh diterima sebagai Peguam Syarie. Maka

sepatutnya tempoh latihan dalam kamar hendaklah dikira bermula selepas pemegang Sarjana

Muda Syariah atau Peguambela dan Peguamcara tersebut memiliki Diploma lepasan Ijazah.

Mereka boleh melakukan latihan dalam kamar sebelum atau semasa mengambil pengajian

peringkat Diploma lanjutan, tetapi menurut kehendak undang-undang, tempoh latihan

tersebut hanya dikira selepas tarikh mereka memperolehi Diploma lanjutan tersebut.

Ada pro dan kontra berhubung perkara ini. Sekiranya latihan dalam kamar tersebut diambilkira

dari tarikh pemohon memperolehi Diploma lepasan Ijazah, maka mereka perlu menunggu lagi

satu atau dua tahun sebelum boleh memohon sebagai Peguam Syarie di Selangor dan Negeri

Sembilan. Walaupun secara secara dasarnya syarat ini adalah baik, iaitu untuk memastikan

calon-calon Peguam Syarie benar-benar mahir dan mempunyai berkualiti, tetapi ia akan

menyebabkan seseorang yang berhasrat menceburi profesion guaman syarie terpaksa belajar

dan menunggu lebih enam tahun sebelum layak memohon sebagai Peguam Syarie. Hanya

orang yang benar-benar mempunyai ketahanan jati diri, ketahanan minda dan tough sahaja

yang akan sabar menunggu dan menceburi bidang ini.

Pada 2015, Jawatankuasa Peguam Syarie Negeri Selangor telah membuat ketetapan bagi

memperincikan dan menjelaskan perkara ini, dengan menetapkan bahawa tempoh latihan

dalam kamar tersebut hendaklah dikira selepas tarikh mereka memperolehi Diploma lanjutan

tersebut. 73

Lulus Peperiksaan atau temuduga

Sebahagian negeri seperti Johor, Kelantan, Pahang, dan Wilayah Persekutuan mensyaratkan

pemohon perlu lulus peperiksaan Sijil Peguam Syarie. Negeri Sembilan mensyaratkan telah

72 Kaedah 8 (3). 73 Penulis adalah salah seorang Ahli dalam Jawatankuasa Peguam Syarie Negeri Selangor.

Page 25: PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA : REALITI SEMASA & PROSPEK KE ...€¦ · 1 1 peguam syarie di malaysia : realiti semasa & prospek ke arah penggubalan akta profesion guaman syarie oleh

25

25

lulus ujian bertulis atau temuduga sekiranya difikirkan perlu.74 Kedah, Perak dan Selangor

menyebutkan telah lulus temuduga atau peperiksaan bertulis atau kedua-duanya, mengikut

kehendak keadaan atau sebagaimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa.75

Bagaimana pula hal keadaannya dengan negeri-negeri yang tiada peruntukan tentang syarat

peperiksaan, ujian bertulis atau temuduga dalam Kaedah Peguam Syarie, tetapi mengadakan

atau menjalankan sesi ujian bertulis atau temuduga semasa menerima permohonan

kemasukan Peguam Syarie di Negeri-negeri tersebut? Adakah tindakan ini bertentangan

dengan kehendak Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Negeri?

Daripada analisa yang dibuat terhadap kaedah-kaedah Peguam Syarie negeri-

negeri, dapat disimpulkan bahawa terdapat perbezaan yang amat ketara dari

sudut kelayakan dan syarat penerimaan masuk seorang Peguam Syarie antara

satu negeri dengan negeri yang lain. Seseorang yang berhasrat untuk beramal

sebagai Peguam Syarie perlu membaca empatbelas (14) Kaedah atau Peraturan

yang ada.

Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Selangor dan Terengganu mempunyai syarat

kelayakan akademik yang terkini dan paling ketat berbanding dengan negeri-negeri lain,

kerana kaedah-kaedah ini adalah yang paling terbaharu, iaitu diwartakan pada tahun 2003

(Perak), tahun 2008 (Selangor), tahun 2012 (Negeri Sembilan), tahu 2015 (Terengganu dan

Johor) dan terbaharu 2016 (Kedah). Walaubagaimanapun, masih terdapat perbezaan di

antara Kaedah-Kaedah yang terbaharu tersebut.

Perbezaan Penubuhan, Keanggotaan,

Syarat Lantikan Jawatankuasa Peguam Syarie

Dalam melaksanakan tatacara perlantikan Peguam Syarie, Kaedah-Kaedah Peguam Syarie

atau Peraturan-Peraturan Peguam Syarie Negeri membenarkan penubuhan satu

jawatankuasa yang dianggotai oleh orang-orang tertentu, untuk suatu tempoh tertentu, serta

dengan syarat-syarat tertentu. Secara ringkasnya, nama dan keanggotaan Jawatankuasa

Peguam Syarie negeri-negeri adalah sebagaimana dalam Jadual 6 berikut:

JADUAL 6

Nama dan Keanggotaan Jawatankuasa Peguam Syarie Negeri-Negeri

Negeri/

Ahli

Nama

Jawatankuasa

Pengerusi Ahli Tetap Ahli dilantik Tempoh

lantikan

S/usaha Elaun Jumlah Ahli

Johor Jawatankuasa Peguam Syarie

Penasihat Undang2 Negeri

Ketua Pegawai Eksekutif MAIJ

Mufti atau wakil Ketua Hakim

Syarie Ketua Pendakwa

Syarie

Wakil PGSM

Johor

3 tahun Ketua Penolong Pengarah

UU Syariah

ada 6

74 Kaedah 9 (1)(h), Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Sembilan) 2012. 75 Kaedah 9 (a)(iv), Kaedah-Kaedah Peguam Syariah (Perak), 2003. Lihat juga Kaedah 8 (1)(f), Kaedah-Kaedah Peguam

Syarie (Selangor) 2008.

Page 26: PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA : REALITI SEMASA & PROSPEK KE ...€¦ · 1 1 peguam syarie di malaysia : realiti semasa & prospek ke arah penggubalan akta profesion guaman syarie oleh

26

26

Kedah Jawatankuasa Peguam Syarie

Ketua Hakim Syarie

Penasihat Undang2 Negeri

Setiausaha Majlis Ketua Pendaftar

JKSN Ketua Pendakwa

Syarie

Seorang wakil Peguam Syarie

Seorang yang arif dalam Hukum Syarak

3 tahun Ketua Penolong Pengarah (UUKI)

ada 7

Kelantan Jawatankuasa Kelayakan & Tatatertib

Ketua Hakim Syarie

Pendakwa Syarie 3 orang dilantik Sultan

2 tahun Ketua Pendaftar

ada 5

Melaka X X X X X X X

Negeri Sembilan

Jawatankuasa Peguam Syarie

Ketua Hakim Syarie

Penasihat Undang2 Negeri/wakil

Hakim Mahkamah Rayuan Syariah

Hakim Kanan MTS Ketua Pendakwa

Syarie

Wakil Peguam Syarie

Seorang berkemahiran Hukum Syarak

3 tahun Ketua Pendaftar

ada 7

Pahang Jawatankuasa Peguam Syarie

Pengerusi Penasihat Undang2 Negeri

Ketua Pendakwa Syarie

2 orang dilantik Majlis

3 tahun S/usaha Majlis

ada 5

Perak Jawatankuasa Penerimaan

Peguam Syarie

Ketua Hakim Syarie

Mufti/wakil Penasihat

Undang2 Negeri/wakil

Ketua Bahagian UU Syariah, JAIP

Seorang Peguam Syarie atas syor Ketua Hakim Syarie

2 tahun Ketua Pendaftar

ada 5

Perlis Jawatankuasa Peguam Syarie

Pengerusi dilantik Majlis

Pendakwa Syarie Seorang wakil Peguam Syarie

2 orang Ahli Majlis berkemahiran Hukum Syarak

3 tahun Pendaftar MTS

ada 5

P.Pinang Jawatankuasa Peguam Syarie

Ahli Majlis Ketua Pendakwa Syarie

Penasihat Undang2 Negeri/wakil

2 orang berkemahiran Hukum Syarak

3 tahun Ketua Pendaftar

ada 5

Sarawak Jawatankuasa Peguam Syarie

Hakim MTS

Ketua Pendakwa Syarie

Pendaftar MTS

Seorang Peguam Syarie yang dilantik oleh KHS

2 orang ahli lainberkemahiran Kehakiman Islam/ Hukum Syarak

3 tahun Dilantik dari

kalangan ahli-ahli

ada 6

Selangor Jawatankuasa Peguam Syarie

Ketua Hakim Syarie

Penasihat Undang2 Negeri/wakil

Seorang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM

Seorang Hakim Kanan MTS

Ketua Pendakwa Syarie

Seorang Peguam Syarie

Seorang berkemahiran Hukum Syarak

3 tahun Ketua Pendaftar

ada 7

T’gganu Jawatankuasa Khas Panel

Peguam Syarie

YDP Majlis Penasihat Undang2 Negeri/wakil

Mufti Ketua Hakim

Syarie Ketua Pendakwa

Syarie

Tiada tempoh

Pesuruh-jaya HEA

ada 6

Page 27: PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA : REALITI SEMASA & PROSPEK KE ...€¦ · 1 1 peguam syarie di malaysia : realiti semasa & prospek ke arah penggubalan akta profesion guaman syarie oleh

27

27

Ketua Pendaftar MRyS

Wilayah P’sekutuan

Jawatankuasa Peguam Syarie

Ketua Hakim Syarie

Peguam Negara/wakil

Ketua Pendakwa Syarie

2 orang dilantik oleh Majlis

3 tahun Pendaftar MTS

ada 5

Negeri/

Ahli

Nama

Jawatankuasa

Pengerusi Ahli Tetap Ahli dilantik Tempoh

lantikan

S/usaha Elaun Jumlah Ahli

Sumber : Kaedah-kaedah Peguam Syarie di Negeri-negeri

Ulasan & Analisa

Nama Jawatankuasa

Kebanyakan negeri menamakan jawatankuasa yang menerima kemasukan Peguam Syarie

sebagai “Jawatankuasa Peguam Syarie”. Kelantan menamakan sebagai “Jawatankuasa

Kelayakan & Tatatertib”, Perak menamakan sebagai “Jawatankuasa Penerimaan Peguam

Syarie”, dan Terengganu menamakan sebagai “Jawatankuasa Khas Panel Peguam Syarie”. Di

Melaka, tiada peruntukan khusus berhubung Jawatankuasa Peguam Syarie, keanggotaan dan

syarat lantikan.

Keanggotaan Jawatankuasa

Keanggotaan dan bilangan ahli dalam jawatankuasa adalah berbeza di antara negeri-negeri.

Secara keseluruhannya, Jawatankuasa Peguam Syarie negeri-negeri mempunyai keanggotaan

sekurang-kurangnya 5 orang sehingga 7 orang.

Secara umumnya, Ketua Hakim Syarie akan bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa,

kecuali Johor dipengerusikan oleh Penasihat Undang-Undang Negeri, Pahang tidak

menamakan jawatan Pengerusi jawatankuasa, Perlis Pengerusi dilantik oleh Majlis, di Pulau

Pinang seorang Ahli Majlis sebagai Pengerusi, di Sarawak Hakim Mahkamah Tinggi Syariah

sebagai Pengerusi, dan di Terengganu dipengerusikan oleh Yang Di Pertua Majlis.

Secara umumnya juga, Ketua Pendaftar dilantik sebagai Setiausaha Jawatankuasa, kecuali

Johor dan Kedah Ketua Penolong Pengarah Undang-Undang Syariah sebagai setiausaha. Di

Pahang, setiausaha Jawatankuasa adalah Setiausaha Majlis, di Sarawak setiausaha dilantik

daripada kalangan ahli jawatankuasa, manakala di Terengganu, Pesuruhjaya Hal Ehwal

Agama sebagai setiausaha jawatankuasa.

Negeri Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Selangor dan

Terengganu menjadikan Penasihat Undang-undang Negeri atau wakilnya sebagai anggota

dalam Jawatankuasa Peguam Syarie. Manakala di Wilayah Persekutuan, Peguam Negara atau

wakilnya akan berada dalam jawatankuasa tersebut. Tiada peruntukan berhubung Penasihat

Undang-undang Negeri atau wakilnya sebagai anggota dalam Jawatankuasa Peguam Syarie

di Kelantan, Melaka, Perlis, dan Sarawak.

Negeri Johor, Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak,

Selangor, Terengganu dan Wilayah Persekutuan mewajibkan Ketua Pendakwa Syarie atau

Pendakwa Syarie dalam Jawatankuasa Peguam Syarie. Negeri Perak menamakannya sebagai

Ketua Bahagian Undang-undang Syariah, Jabatan Agama Islam Perak.

Page 28: PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA : REALITI SEMASA & PROSPEK KE ...€¦ · 1 1 peguam syarie di malaysia : realiti semasa & prospek ke arah penggubalan akta profesion guaman syarie oleh

28

28

Negeri Sembilan dan Selangor turut menamakan seorang Hakim Mahkamah Rayuan dan

seorang Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah sebagai ahli Jawatankuasa tersebut.

Peruntukan ini tidak terdapat di negeri-negeri lain. Manakala di Kedah, Setiausaha Majlis

Agama Islam Perlis dinamakan sebagai ahli dalam Jawatankuasa Peguam Syarie. Manakala di

Perak dan Terengganu menamakan Mufti atau wakilnya dalam Jawatankuasa tersebut.

Tempoh lantikan

Kelantan, Perlis dan Sarawak seramai tiga orang ahli Jawatankuasa yang dilantik. Manakala

di Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan adalah

seramai dua orang yang dilantik. Di Perak dan Johor seorang sahaja ahli jawatankuasa yang

dilantik. Secara puratanya, seseorang ahli Jawatankuasa yang dilantik hendaklah memegang

jawatan selama tempoh tiga tahun, dan dia adalah layak dilantik semula selepas tamat

tempoh tiga tahun tersebut. Hanya negeri Kelantan dan Perak yang memperuntukkan tempoh

lantikan selama tempoh dua tahun, tetapi boleh dilantik semula selepas tamat tempoh

tersebut.

Wakil Peguam Syarie

Negeri Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Sarawak dan Selangor sahaja yang

memperuntukkan wakil Peguam Syarie dalam Jawatankuasa tersebut. Di negeri-negeri lain,

tiada peruntukan untuk wakil Peguam Syarie sedangkan Jawatankuasa tersebut adalah

berkenaan dengan Peguam Syarie.

Sepatutnya setiap negeri perlu mengadakan peruntukan tentang sekurang-kurangnya

seorang wakil daripada Peguam Syarie dilibatkan dalam Jawatankuasa tersebut. Sebagai

alternatif, sehingga sehingga Kaedah atau Peraturan tersebut dipinda, perlantikan wakil

Peguam Syarie boleh dibuat menggunakan peruntukan “yang berkemahiran Kehakiman

Islam/Hukum Syarak” atau “dilantik oleh Majlis”.

Ketidakseragaman keanggotaan Jawatankuasa menyebabkan kesukaran kepada pemohon

sebagai Peguam Syarie. Ada sesetengah negeri permohonan kepada pihak mahkamah, ada

yang dimohon di Majlis Agama Islam. Cara permohonan yang berbeza, borang permohonan

yang berbeza, bayaran permohonan yang berbeza, adalah antara reality dan mehnah yang

perlu ditempuhi oleh seseorang yang mahu menceburi profesion sebagai Peguam Syarie.

Page 29: PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA : REALITI SEMASA & PROSPEK KE ...€¦ · 1 1 peguam syarie di malaysia : realiti semasa & prospek ke arah penggubalan akta profesion guaman syarie oleh

29

29

Perbezaan Fee Permohonan, Pendaftaran dan

Sijil Amalan Peguam Syarie

Kadar bayaran bagi Sijil Peguam Syarie Negeri-negeri juga tidak selaras sebagaimana berikut:

JADUAL 7

Jadual Bayaran Fee Permohonan, Pendaftaran & Perbaharui

Sijil Peguam Syarie Mengikut Negeri

NEGERI Fee Permohonan

(RM)

Fee Pendaftaran (RM)

Fee Sijil Amalan/Perbaharui

(RM)

Johor - 30.00 30.00

Kedah - 500.00 250.00

Kelantan 20.00 10.00 250.00

Melaka 50.00 - 100.00

N.Sembilan - 500.00 100.00

Pahang 10.00 100.00 50.00

Perak 10.00 - 100.00

Perlis - - 100.00

P.Pinang - - 100.00

Sabah - - NIL

Sarawak - 100.00 50.00

Selangor - 500.00 100.00

T’ganu 50.00 - 100.00

W.P 10.00 100.00 100.00

Sumber : Kaedah-kaedah Peguam Syarie di Negeri-negeri

Sekiranya seorang Peguam Syarie memiliki empatbelas (14) sijil Peguam Syarie, maka secara

keseluruhannya beliau perlu membayar sebanyak RM1,430.00 setahun.

Akibat daripada ketidakseragaman ini mengakibatkan perbezaan atau tidak keseragaman

dalam aspek kelayakan, permohonan dan penerimaan masuk, bayaran fee serta tatatertib

Peguam Syarie di seluruh negara. Perbezaan ini mengundang beberapa kelemahan dan

masalah sebagaimana yang dikemukakan tersebut di atas. Peguam syarie perlu mendapatkan

Sijil Peguam Syarie di setiap negeri dan mengisi boring permohonan yang berbeza, membayar

fi yang berbeza bagi melayakkan mereka beramal di Mahkamah Syariah negeri tersebut.

Amalan tersebut tidak praktikal dan menyusahkan kerana perlu mendapatkan sijil di setiap

negeri.

Realitinya seorang Peguam Syarie yang sudah berpengalaman bertahun-tahun dengan

Mahkamah Syariah di sesebuah negeri perlu mengisi borang permohonan dan menjalani

temuduga atau ujian semula jika ingin memohon Sijil Peguam Syarie di negeri lain. Terdapat

kes Peguarn Syarie yang telah lama beramal, tetapi gagal dalam peperiksaan tersebut.

Keadaan ini menunjukkan tidak ada unsur pengiktirafan terhadap kelayakan dan pengalaman

Peguam Syarie tersebut di negeri lain. Adalah lebih praktikal jika terdapat satu pengiktirafan

diberikan oleh semua negeri dengan hanya satu sahaja tapisan. Oleh itu, Peguam Syarie yang

sudah lulus dan memiliki Sijil Peguam Syarie layak diiktiraf di negeri-negeri lain. Keadaan ini

amat jauh berbeza dengan peguam sivil, di mana amalan peguam sivil adalah menyeluruh

untuk satu negara.

Page 30: PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA : REALITI SEMASA & PROSPEK KE ...€¦ · 1 1 peguam syarie di malaysia : realiti semasa & prospek ke arah penggubalan akta profesion guaman syarie oleh

30

30

PROSPEK PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA

Peguam Syarie Memainkan Peranan Besar

Suasana di hadapan majlis kehakiman tidak sama bagi semua orang. Ada yang bijak, lancar

dan petah berhujah. Ada yang gugup, kelu, tergamam, gementar dan lain-lain. Menurut Ibnu

Qudir, diharuskan wakil dalam perbalahan sebagai ganti dari kelemahan seseorang untuk

menguruskan kesnya secara sendirian kerana sebab-sebab seperti sakit, tua, cacat dan lain-

lain.76 Jika tidak, sudah tentu akan menyulitkan.

Peguam Syarie berperanan besar untuk mengimbangi antara pihak-pihak yang bertelagah di

hadapan Hakim. Perlu diwujudkan persamaan, terutama apabila salah seorang dari mereka

lebih baik atau lebih pintar dari yang seorang lagi. Malah, Hakim boleh mengarahkan pihak

yang lemah melantik peguam bagi tujuan keseimbangan.

Dalam satu kisah diriwayatkan oleh al-Khusyairi,77 aduan telah dibuat kepada Hakim Ahmad

bin Baqiy oleh dua orang lelaki. Beliau melihat kepada seorang daripadanya dan mendapati

percakapannya baik, dan ditoleh kepada seorang lagi, hakim tidak memahami akan

pertuturannya, tetapi mata orang itu memperlihatkan kebaikan dan kebenaran. Maka ditegur

kepada orang itu – ‘Wahai kamu, sekiranya boleh carikanlah orang lain yang dapat bercakap

bagi pihakmu dan aku dapati kawanmu itu lebih memahami apa yang dicakapkannya.’

Peguam Syarie memainkan peranan penting dalam prosiding Mahkamah samada ianya berada

di pihak yang menuntut (Plaintif) atau pihak yang kena tuntut (Defendan). Peguam Syarie

membantu Mahkamah melicinkan perjalanan perbicaraan, dan seterusnya mempercepatkan

keputusan dibuat. Kejayaan satu-satu kes ataupun sesuatu keputusan adalah bergantung di

atas peranan yang dimainkan oleh Peguam Syarie.

Satu peranan yang amat mengikat Peguam Syarie dalam perbicaraan Syariah peranan dalam

memberi khidmat nasihat agama dan Hukum Syarak kepada anak guamnya, terutama dalam

soal-soal kemusykilan hukum hakam Islam, samada munakahat, muamalat, jinayah dan

sebagainya. Jika nasihat salah yang diberi, maka akan memberi kesan berpanjangan kepada

maqasid Syariyyah, melibatkan agama, hartabenda, nasab keturunan dan sebagainya.

Peguam Syarie juga berperanan memberi khidmat nasihat dan kaunseling kepada anak

guamnya, terutama dalam meredakan tekanan dan soal-soal berkaitan prosiding Mahkamah.

Kadang-kadang perbicaraan mahkamah yang panjang meletakkan anak guam dalam keadaan

tertekan, stres dan sebagainya. Maka mereka boleh memainkan peranan memberikan

kaunseling bagi meredakan tekanan anak guam dengan menasihati supaya bersabar dengan

proses mahkamah.

76 Syamsudin Ahmad, Ibnu Qudir (1970), Nata’iju al-Afkar, Mesir : Syarikah Maktabah wa Ma’ba’ah Mustafa al-Halabi wa

Auladuhu, hlm. 5. 77 Al-Syarkasyi, op.cit., hlm. 8.

Page 31: PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA : REALITI SEMASA & PROSPEK KE ...€¦ · 1 1 peguam syarie di malaysia : realiti semasa & prospek ke arah penggubalan akta profesion guaman syarie oleh

31

31

Peguam Syarie juga berperanan menjadi pendamai dan mencari jalan penyelesaian di luar

Mahkamah di antara dua pihak yang bertikai (sulh). Sekiranya setiap Peguam Syarie faham

peranan dan tugas mereka, maka ia akan memudahkan Mahkamah dan mempercepatkan

penyelesaian sesuatu kes perbicaraan. Secara teori dan praktikalnya, penyelesaian secara sulh

antara kedua belah pihak lebih memuaskan hati pihak-pihak kerana ia dicapai secara

persetujuan bersama dan redha-meredhai antara pihak-pihak.

Seseorang tidak berpuashati dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah, maka Peguam

Syarie boleh mewakilinya untuk membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi, supaya

mendapat keadilan yang sewajarnya. Begitu juga jika seseorang telah disabitkan dengan

sesuatu kesalahan, dan anak guam tidak berpuashati dengan hukuman yang dijatuhkan, maka

Peguam Syarie boleh mewakili anak guamnya untuk membuat rayuan di mahkamah lebih

tinggi, supaya diringankan hukuman,78 dikaji semula atau diketepikan keputusan yang telah

diputuskan. Tugas Peguam Syarie ialah membantu Mahkamah agar dapat menghukum

dengan adil, tepat dan berkesan. Peranan Peguam Syarie dalam proses rayuan adalah lebih

besar berbanding perbicaraan di mahkamah rendah, kerana ia akan melibatkan lebih banyak

tatacara dan proses penghujahan hukum Syarak dan undang-undang.

Peguam Syarie turut berperanan membantu Hakim Syarie berijtihad. Keputusan yang dibuat

di mahkamah sivil tidak sama dengan mahkamah syariah. Di mahkamah sivil, keputusan kes-

kes terdahulu akan mengikat keputusan seorang hakim sedangkan di mahkamah syariah,

keputusan kes terdahulu tidak mengikat. Jadi setiap keputusan adalah ijtihad bagi hakim. Jadi

peranan Peguam Syarie adalah membantu hakim di dalam berijtihad. Maka, sudah tentu

pembantu untuk ijtihad sesuatu hukum, mestilah orang yang juga mahir di dalam hukum itu.

Sebenarnya banyak peranan yang boleh dimainkan oleh Peguam Syarie dalam pengukuhan

dan pemerkasaan institusi guaman syarie di negara ini. Namun peranan ini seakan terbatas

dengan realiti permasalahan sebagaimana yang diutarakan di atas.

Peguam Syarie Adalah Kerjaya Profesional

“Kerja” atau “Pekerjaan” menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (Edisi Keempat) ialah :

1. Usaha (kegiatan, urusan) yg bertujuan utk menghasilkan (menyelesaikan,

menyediakan, dsb) sesuatu.

2. Pekerjaan sesuatu yg diusahakan (dilakukan berterusan) kerana mencari nafkah.

3. (segala) tugas atau urusan (yg telah ditentukan sbg tanggungjawab), kewajipan,

peranan.

4. Sesuatu (apa sahaja) yg dilakukan, perbuatan.

Manakala istilah "Profesional" diambil dari perkataan Inggeris iaitu “Profession” yang

bermaksud pekerjaan atau kerjaya. “Profesional” menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

(Edisi Empat) ialah :

78 Hj. Nadzim Hj. Abdul Rahman, Pendakwaan Dan Pembelaan Di Mahkamah Syariah, Kertas Kerja Seminar Guaman

Syarie Universiti Malaya, pada 19hb. Januari 1991, hlm.24.

Page 32: PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA : REALITI SEMASA & PROSPEK KE ...€¦ · 1 1 peguam syarie di malaysia : realiti semasa & prospek ke arah penggubalan akta profesion guaman syarie oleh

32

32

1. yg berkaitan dgn (bergiat dlm) bidang profesion (spt undang¬-undang, perubatan,

dll.) Contoh: golongan profesional; ahli profesional.

2. berasaskan (memerlukan dsb) kemampuan atau kemahiran yg khusus utk

melaksanakannya, cekap (teratur) dan memperlihatkan kemahiran tertentu.

3. melibatkan pembayaran dilakukan sbg mata pencarian, men¬dapat bayaran.

Contoh: mereka perlu mendapat bimbingan seorang jurulatih tenis profesional.

4. orang yg mengamalkan (kerana pengetahuan, kepakaran, dan kemahiran) sesuatu

bidang profesion; memprofesionalkan menjadikan bersifat atau bertaraf profesional.

Peguam Syarie adalah suatu “pekerjaan profesional” yang berasaskan kepada kemampuan

atau kemahiran yang khusus untuk melaksanakannya, memerlukan kecekapan dan

memperlihatkan kemahiran yang diperlukan dalam bidang yang diceburinya, dan ia

melibatkan pembayaran di mana pekerjaan yang dilakukan secara profesional itu merupakan

mata pencarian dan pekerjaan tetapnya.

Selain memiliki keahlian, juga harus memainkan peranan yang sesuai dengan keahlian yang

dimilikinya tersebut. Seorang profesional tidak seharusnya berhenti mendalami bidang

keahlian yang dimiliki. Seseorang profesional juga harus selalu melakukan inovasi serta

mengembangkan kemampuan yang dimiliki supaya mampu bersaing untuk tetap menjadi

yang terbaik di bidangnya. Dalam ertikata lain, seseorang profesional hendaklah memastikan

bahawa ilmu pengetahuannya terkini dan up to date.

Seseorang profesional, khasnya seorang peguam, di bawah undang-undang sivil, mempunyai

kewajipan berhati-hati dan menggunakan kemahiran (duty of care). Di dalam kes Ross v

Caunters [1979] 3 AER 580, ianya menyatakan bahawa peguam mempunyai kewajipan

berhati-hati dan menggunakan kemahiran (duty of care) terhadap pelanggan mereka dan juga

kepada pihak-pihak ketiga yang telah mengalami kerugian atau kerosakan disebabkan

tindakan mereka.

Kerjaya sebagai seorang Peguam Syarie adalah kerjaya yang profesional, bersandarkan

kriteria-kriteria berikut :

Peguam Syarie bergiat di dalam bidang profesion yang khusus di dalam undang-

undang syarie. Orang-orang selain Peguam Syarie tidak dibenarkan hadir di dalam

sesuatu prosiding Mahkamah Syariah. Seksyen 34 Akta Tatacara Mal Mahkamah

Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 memperuntukkan bahawa seseorang

Peguam Syarie hendaklah dilantik dan berwakalah terlebih dahulu oleh kliennya

menggunakan Borang MS 5, dan borang tersebut hendaklah difailkan, sebelum

Peguam Syarie tersebut boleh mengambil apa-apa tindakan di mahkamah.

Peguam Syarie melalui proses kemasukan sebagai Peguam Syarie, proses tapisan

kelayakan, menduduki ujian bertulis atau temuduga lisan atau kedua-duanya, malah

kelayakannya berdasarkan ijazah undang-undang atau ijazah Syariah ; dan/atau

diploma lanjutan undang-undang Syariah (post-graduated diploma), atau berdasarkan

pengalaman mengendalikan kes-kes Syariah bagi pihak kerajaan. Sesetengah negeri

mensyaratkan Latihan Dalam Kamar (chambering) antara 3 bulan sehingga 9 bulan.

Oleh yang demikian, proses kemasukan Peguam Syarie memerlukan kelayakan atau

Page 33: PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA : REALITI SEMASA & PROSPEK KE ...€¦ · 1 1 peguam syarie di malaysia : realiti semasa & prospek ke arah penggubalan akta profesion guaman syarie oleh

33

33

kemahiran yang khusus yakni undang-undang syariah, bukan diterima masuk secara

sembrono, sewenang-wenang atau sesiapa sahaja boleh menjadi Peguam Syarie, bagi

memastikan peguam syarie tersebut boleh melaksanakannya secara cekap (teratur)

dan dapat memperlihatkan kemahiran tertentu.

Sebelum diterima masuk, seseorang Peguam Syarie dikehendaki menjelaskan bayaran

penerimaan masuk dengan kadar atau jumlah tertentu, sebelum Sijil Amalan Peguam

Syarie dikeluarkan.

Penerimaan masuk seseorang Peguam Syarie akan diisytiharkan oleh seorang Hakim

Mahkamah Tinggi Syariah, dan akan diadakan satu majlis khusus untuk pengisytiharan

tersebut. Setelah diisytiharkan secara, baharulah secara rasmi seseorang itu boleh

digelar sebagai Peguam Syarie.

Peguam Syarie juga mempunyai pakaian rasmi yang khusus berserta jubah yang

khusus yang mempunyai kod warna yang khusus, semasa mereka hadir di hadapan

Mahkamah Syariah.

Peguam Syarie juga dikehendaki membuat pembayaran tahunan untuk

memperbaharui lesennya (sebagaimana peguam mahkamah sivil). Hanya dengan

lesen yang diperbaharui tersebut, mereka dibenarkan hadir dan terlibat di dalam

prosiding kes-kes Syariah untuk tempoh selama setahun, dan perlu diperbaharui

semula pada tahun berikutnya.

Hasil daripada pekerjaan profesional yang dijalankan tersebut, Peguam Syarie

menerima pendapatan, yang dibayar oleh anakguamnya.

Seorang Peguam Syarie juga dikehendaki mendalami bidang keahlian yang dimilikinya

dan harus selalu melakukan inovasi serta mengembangkan kemampuan yang dimiliki

supaya mampu bersaing dan menjadi yang terbaik di bidangnya. Hal ini jelas, kerana

terdapatnya arahan-arahan amalan yang dikeluarkan, dari masa ke semasa oleh

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan juga kes-kes duluan yang diputuskan

oleh Mahkamah Rayuan sepertimana yang tercatat dalam Jurnal Hukum. Persatuan

Peguam Syarie Malaysia (PGSM) sebagai sebuah pertubuhan yang menaungi seluruh

Peguam Syarie terlibat secara langsung untuk memberi pandangan kepada organisasi–

organisasi yang terlibat di dalam undang-undang Syariah seperti Mahkamah Syariah,

JKSM, Majlis Agama Islam negeri dan sebagainya. Malah PGSM kini terlibat secara

langsung dalam Jawatankuasa Arahan Amalan JKSM. Pada masa sama, PGSM yang

sehingga kini mempunyai lapan (8) cawangan negeri yang berdaftar79 sentiasa

mengadakan program-program berkala yang bertujuan memberi pendedahan, latihan,

advokasi skil dan sebagainya, dari semasa ke semasa kepada Peguam Syarie yang

beramal. Malah dalam sesetengah program, ia diwajibkan kepada Peguam Syarie.

Seseorang Peguam Syarie juga terikat dengan bai’ah profesionalnya semasa

kemasukannya sebagai peguam syarie. Seseorang Peguam Syarie boleh dikenakan

tindakan disiplin atau tatatertib oleh Jawatankuasa Peguam Syarie negeri, jika berlaku

perlanggaran etika dan disiplin dalam menjalankan amalan profesionalnya. Arahan

Amalan JKSM Tahun 2002 telah menggariskan peruntukan mengenai etika dan

penampilan para peguam Syarie, yang mengikat mereka.

79 Cawangan Negeri Sembilan (PGSMNS), cawangan Melaka (PGSMM), cawangan Selangor (PGSMS),

cawangan Pulau Pinang (PGSMPP), cawangan Johor (PGSMNJ), cawangan Perlis (PGSMPs), cawangan Kedah

(PGSMK) dan cawangan Wilayah Persekutuan (PGSMWP).

Page 34: PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA : REALITI SEMASA & PROSPEK KE ...€¦ · 1 1 peguam syarie di malaysia : realiti semasa & prospek ke arah penggubalan akta profesion guaman syarie oleh

34

34

Seseorang Peguam Syarie juga terikat dengan kepatuhannya kepada Mahkamah

Syariah, samada di hadapan mahkamah atau di luar mahkamah. Seseorang Peguam

Syarie boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah berdasarkan Seksyen 229

Enakmen Tatacara Mal Mahkamah sesuatu negeri. Kesan daripada tindakan tersebut,

seseorang Peguam Syarie berisiko untuk dikenakan denda dan/atau penjara dan

berisiko untuk digantung lessen amalannya.

Peguam Syarie juga mempunyai kebertanggungjawaban (duty of care) terhadap

kliennya dan juga terhadap pihak ketiga, bukan sahaja dari sudut Hukum Syarak,

malah juga dari sudut undang-undang, untuk mengelakkan klien atau pihak lain

mengalami kerugian atau kerosakan disebabkan tindakan mereka. Peguam Syarie

dikehendaki bersifat amanah, fatanah, siddiq, cekap dan bertindak berdasarkan

hukum Syarak. Sekiranya peguam gagal berbuat sedemikian, mereka boleh dikenakan

tindakan undang-undang yang setimpal dengan kesalahan atau kegagalan mereka.

Maka dengan itu, memandangkan kerjaya sebagai seorang Peguam Syarie adalah bersifat

“Profesional” dalam semua erti perkataan tersebut, maka, suatu akta yang mengawalselia

profesion Peguam Syarie perlu diwujudkan di peringkat persekutuan.

Merealisasikan Akta Profesion Guaman Syarie

Mewujudkan undang-undang atau Akta Profesion Guaman Syarie adalah menjadi matlamat

utama penubuhan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) pada 2001, bertujuan menaik

taraf profesion Peguam Syarie seiring dan sejalan dengan peguam sivil, seterusnya

memperbaiki kelemahan yang wujud, selain menjamin kesinambangunan profesion Peguam

Syarie di Negara ini. Beberapa perbincangan secara formal dan tidak formal telah berlangsung

dan akhirnya membawa kepada perbincangan serius dan formal berkenaan cadangan Akta

Profesion Guaman Syarie (APGS), sebagaimana kronologi berikut -

Beberapa siri mesyuarat telah dihadiri oleh wakil PGSM bersama Jabatan Kemajuan

Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Peguam Negara serta wakil Negeri dan lain-lain,

untuk mencari penyelesaian terbaik dalam memastikan APGS tersebut menjadi

kenyataan, dengan mengambilkira pandangan dari pelbagai pihak termasuk dari

Negeri-negeri.

Dalam mesyuarat yang diadakan pada 4 Mac 2010 di JAKIM, PGSM telah menimbulkan

cadangan supaya menjadikan Rang Undang-undang Akta Guaman Syarie (APGS)

tersebut terpakai ke seluruh Malaysia. Peruntukan Perkara 76 (1) Perlembagaan

Persekutuan telah dibawa ke perhatian mesyuarat, iaitu kuasa Parlimen untuk

membuat undang-undang bagi Negeri-Negeri dalam hal-hal tertentu, yang berbunyi -

(1) Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut

satu persatu dalam Senarai Negeri, tetapi hanya seperti yang berikut sahaja, iaitu:

(a) bagi maksud melaksanakan apa-apa triti, perjanjian atau konvensyen antara

Persekutuan dengan mana-mana negara lain, atau apa-apa keputusan sesuatu

organisasi antarabangsa yang dianggotai oleh Persekutuan ; atau

(b) bagi maksud menggalakkan keseragaman undang-undang antara dua Negeri

atau lebih; atau

Page 35: PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA : REALITI SEMASA & PROSPEK KE ...€¦ · 1 1 peguam syarie di malaysia : realiti semasa & prospek ke arah penggubalan akta profesion guaman syarie oleh

35

35

(c) jika diminta sedemikian oleh Dewan Undangan mana-mana Negeri.

Sehubungan dengan itu, pihak PGSM telah memulakan satu perancangan untuk

menggunapakai peruntukan Perkara 76 (1) Perlembagaan tersebut iaitu dengan

menyebabkan Dewan Undangan Negeri membuat satu permintaan kepada Kerajaan

Persekutuan untuk membuat satu undang-undang yang seragam di seluruh Malaysia

berkenaan guaman Syarie ini.

Selanjutnya, beberapa siri mesyuarat telah diadakan di JAKIM untuk membincangkan

penyediaan satu kertas konsep untuk membawa usul Akta ini kepada Parlimen.

Pada 1 Julai 2011, semasa ucapan merasmikan Persidangan Pegawai Syariah Seluruh

Malaysia Kali Ke-13 dan Konvensyen Peguam Syarie Kali Ke-2 di Hotel Grand Season

Kuala Lumpur, YAB Perdana Menteri telah menekankan keperluan mewujudkan Akta

Profesion Guaman Syarie sepertimana Akta Profesion Undang-undang 1976, dan

memberi jaminan bahawa penggubalan Akta Guaman Syarie akan dibuat secepat

mungkin.

Rentetan daripada itu, pada 27 Julai 2011, satu mesyuarat bersama Y.Bhg Tan Sri

Peguam Negara, Jawatankuasa Syariah Majlis Peguam dan PGSM telah diadakan dan

Tan Sri Peguam Negara telah meminta PGSM sebagai sebuah NGO yang menaungi

semua Peguam Syarie mendapatkan mandat Peguam Syarie untuk Peguam Negara

menyegerakan penggubalan Akta tersebut.

PGSM telah membentuk satu Jawatankuasa Bertindak di peringkat PGSM untuk

mengadakan satu Bengkel bagi membincangkan kertas konsep dan draf awal Akta

Profesion Guaman Syarie dan mendapatkan mandat dari majoriti Peguam Syarie yang

bersetuju suatu Akta di peringkat Persekutuan diujudkan.

Pada Februari hingga Mac 2012, PGSM telah mengumpulkan tandatangan majoriti

Peguam Syarie yang telah bersetuju supaya diujudkan satu undang-undang berkaitan

profesion guaman syarie di peringkat Persekutuan, serta bersetuju memberikan

mandat serta tanggungjawab kepada PGSM untuk menjalankan usaha-usaha ke arah

merealisasikan Akta tersebut sehingga berjaya.

Dengan sokongan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir

bin Baharom, satu Bengkel Draf Akta Profesion Guaman Syarie telah diadakan pada

21-23 Mac 2012, bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi Selangor.

Seramai 75 orang wakil-wakil Peguam Syarie dari seluruh Negara. Susulan itu,

beberapa mesyuarat dan perbincangan telah diadakan dari semasa ke semasa untuk

menyiapkan draf Kertas Konsep dan draf Akta tersebut. Hasilnya, satu draf Akta

Profesion Guaman Syarie (APGS) telah berjaya disiapkan.

Pada Januari 2013, Kertas Konsep dan Draf Akta tersebut telah diserahkan kepada

Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya jabatan berkenaan.

Page 36: PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA : REALITI SEMASA & PROSPEK KE ...€¦ · 1 1 peguam syarie di malaysia : realiti semasa & prospek ke arah penggubalan akta profesion guaman syarie oleh

36

36

Pada 28 Mac 2013, dalam Mesyuarat Komuniti Syariah Jabatan Peguam Negara

Berhubung Dengan Penggubalan Rang Undang-Undang Profesion Guaman Syarie

yang dihadiri oleh penasihat undang-undang negeri, Majlis Agama Islam negeri,

Mahkamah Syariah negeri, ahli-ahli Jawatankuasa Teknikal Sivil dan Syarak JAKIM,

PGSM, Jawatankuasa Syariah Majlis Peguam Malaysia dan lain-lain, antara cadangan

undang-undang yang telah dibincangkan ialah Rang Undang-Undang Profesion

Guaman Syarie yang telah disediakan oleh pihak PGSM.

Pada 18 April 2014, PGSM diminta oleh Jabatan Peguam Negara meminta pihak PGSM

menyediakan pandangan bertulis mengenai asas dan punca kuasa bagi mewujudkan

Rang Undang-undang Profesion Guaman Syarie tersebut, khususnya mengenai

penubuhan Majlis Peguam Syarie Malaysia, Badan Peguam Syarie Malaysia, Lembaga

Kelayakan dan Lembaga Tatatertib, bagi merealisasikan cadangan mewujudkan Akta

Profesion Guaman Syarie (APGS) di peringkat Persekutuan yang terpakai bagi seluruh

negara Malaysia.

Susulan itu, pada 23 hingga 24 Mei 2014, bertempat di Hotel Flamingo, Ampang

Selangor, PGSM telah mengadakan Persidangan Meja Bulat berkenaan cadangan Akta

tersebut, yang dirasmikan telah Y.Bhg Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman, Penasihat

Seksyen Syariah Jabatan Peguam Negara. Persidangan Meja Bulat tersebut telah

dihadiri oleh seramai 40 orang pimpinan persatuan Peguam Syarie negeri-negeri,

wakil-wakil Peguam Syarie negeri-negeri di seluruh Negara termasuk Sabah dan

Sarawak, wakil Jawatankuasa Syariah Majlis Peguam Malaysia serta beberapa orang

peguam syarie senior, bagi mencari asas undang-undang yang mewujudkan punca

kuasa untuk mewujudkan Akta Profesion Peguam Syarie di peringkat Persekutuan.

Sebanyak dua (2) pembentangan telah diadakan iaitu oleh Y.Bhg Profesor Madya Dr

Shamrahayu bin Abd Aziz (UIA) dan Y.Bhg Profesor Emeritus Dr Shad Saleem Faruqi

(UiTM). Hasil daripada pembentangan tersebut, ahli-ahli Persidangan telah

membincangkan dan merumuskan pandangan undang-undang berhubung punca

kuasa berhubung penggubalan rang undang-undang Profesion Guaman Syarie di

peringkat Persekutuan.

Pandangan berhubung punca kuasa untuk menggubal Akta Profesion Guaman Syarie

di peringkat Persekutuan telah dipanjangkan oleh PGSM kepada Peguam Negara pada

18 Ogos 2014.

PGSM telah mendapat jawapan daripada Seksyen Syariah, Jabatan Peguam Negara

yang menyatakan pandangan bahawa Akta Profesion Peguam Syarie boleh

direalisasikan melalui peruntukan Perkara 76 (1), Perlembagaan Persekutuan.

Setelah lebih enam (6) tahun (2011-2017) daripada tarikh janji yang dibuat oleh YAB

Perdana Menteri tersebut, PGSM baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan dengan

mengulangi desakan supaya kerajaan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri untuk

mengotakan janji yang pernah dibuat pada 6 tahun yang lepas iaitu pada 1 Julai 2011.

Page 37: PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA : REALITI SEMASA & PROSPEK KE ...€¦ · 1 1 peguam syarie di malaysia : realiti semasa & prospek ke arah penggubalan akta profesion guaman syarie oleh

37

37

Insha-Allah pada 13 Oktober 2017 akan datang, satu Konvensyen Nasional Peguam

Syarie Malaysia Kali ke-4 akan diadakan bagi menghimpunkan seluruh Peguam Syarie

mengadakan desakan yang holistik kepada kerajaan untuk membentangkan Rang

Undang-Undang Akta Profesion Guaman Syarie di Malaysia.

Penulis mengambil kesempatan ini menggesa agar sidang Dewan Undang Negeri

meluluskan suatu usul di peringkat DUN untuk membuat satu permintaan kepada

Kerajaan Persekutuan berdasarkan Perkara 76 (1) Perlembagaan Persekutuan, agar

membuat satu undang-undang yang seragam di seluruh Malaysia berkenaan guaman

Syarie ini.

Sementara Akta Profesion Guaman Syarie (APGS) direalisasikan, PGSM mengisi ruang

dan masa yang ada dengan usaha menggesa pihak Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)

meminda Kaedah-Kaedah Peguam Syarie yang sedia ada, dengan memasukkan

peruntukan-peruntukan yang terbaharu dan semasa.

Sesetengah pihak mempertikaikan masa yang lama diambil, belum menampakkan Akta

tersebut akan dibentangkan di Parlimen. Perlu ditegaskan bahawa usaha mengadakan sesuatu

undang-undang yang belum ada adalah lebih sukar dan memerlukan lebih banyak masa serta

tenaga, berbanding meminda undang-undang yang telah sedia ada. Tambahan pula, Akta ini

akan melibatkan usaha mengharmonikan bidangkuasa kerajaan persekutuan dan bidangkuasa

kerajaan negeri-negeri, merujuk kepada kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Malaysia,

Jadual Sembilan, Senarai 2, Senarai Negeri yang meletakkan segala hal-hal berkaitan dengan

agama Islam adalah di bawah bidangkuasa negeri masing-masing.

KESIMPULAN

Profesion Peguam Syarie harus terus berkembang sejajar dengan perkembangan

perundangan Islam di Negara ini. Penglibatan dalam profesion ini bukan sahaja dari kalangan

Peguambela dan Peguamcara, tetapi juga lulusan Syariah dari dalam Negara dan luar Negara.

Permasalahan-permasalahan yang ada boleh merencatkan usaha ke arah memprofesionalkan

kerjaya Peguam Syarie di negara ini. Belum lagi diambikira masalah aduan dan etika Peguam

Syarie yang semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Wallahu’alam.

Musa Awang

17 Ogos, 2017

[email protected]