article part 1.docx

19
Bersedia tangani krisis makanan RAJMAH HASAN | 14 Mac 2015 1:05 AM SEDAR atau tidak, turun naik harga makanan seiring perubahan iklim global. Jika kita masih ingat, Malaysia pernah berdepan beberapa krisis bekalan beras sebelum ini. Sebagai nett importer atau pengimport bersih makanan, Malaysia, secara tidak langsung terkesan dengan perubahan cuaca dan bencana alam yang berlaku di beberapa buah negara pengeluar beras utama dunia. Vietnam umpamanya, mengalami masalah serangan parasit sehingga menjejaskan pengeluaran beras dunia, begitu juga Bangladesh telah dilanda banjir teruk manakala China menghadapi masalah cuaca. Pada masa itu, harga beras dunia mencapai paras tertinggi pernah direkodkan iaitu RM3,430 setan pada Mei 2008. Walaupun Malaysia melindungi harga padi dan beras kepada pengeluar dan pengguna, namun krisis itu meningkatkan harga beras tempatan terutama beras berkualiti tinggi. Disebabkan berdepan masalah mendapatkan bekalan beras dalam jangka pendek, maka negara tidak terkecuali mengalami kenaikan purata harga beras tempatan sehingga 21 peratus (%) dan beras import 52%. Itu baharu beras, bagaimana pula dengan makanan lain? Perubahan cuaca sekitar awal 1970-an dan 2008 juga menyaksikan pengeluaran bijirin terutama gandum terjejas di beberapa negara pengeluar seperti Amerika Syarikat, Rusia, Eropah Utara, Australia dan Afrika Barat. Implikasi daripada penawaran bekalan makanan dunia yang terganggu itu menyebabkan harga makanan global meningkat secara mendadak dan rentetan krisis makanan dunia pada 2009 juga menyaksikan lebih sejuta manusia pernah berada dalam keadaan kelaparan di seluruh dunia. Hakikatnya, krisis berkenaan telah menyedarkan Malaysia tentang kepentingan untuk meningkatkan pengeluaran makanan negara sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada import makanan dari luar negara yang terdedah dengan bencana alam dan perubahan cuaca tidak menentu pada masa depan. Pakar bidang ekonomi pertanian dan sumber, Prof. Datuk Dr. Mad Nasir Shamsudin (gambar) membayangkan harga makanan dunia dijangka terus meningkat kerana penawaran akan terencat oleh kekangan input, iklim dan teknologi, kecuali jika negara mengambil langkah pembaharuan untuk meningkatkan produktiviti. Begitupun, beliau yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, hakikat yang berlaku sekarang ialah sektor makanan Malaysia berdepan dengan

Upload: ying-ming-tang

Post on 01-Feb-2016

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: article part 1.docx

Bersedia tangani krisis makananRAJMAH HASAN  |  14 Mac 2015 1:05 AM

SEDAR atau tidak, turun naik harga makanan seiring perubahan iklim global. Jika kita masih ingat, Malaysia pernah berdepan beberapa krisis bekalan beras sebelum ini.Sebagai nett importer atau pengimport bersih makanan, Malaysia, secara tidak langsung terkesan dengan perubahan cuaca dan bencana alam yang berlaku di beberapa buah negara pengeluar beras utama dunia.Vietnam umpamanya, mengalami masalah serangan parasit sehingga menjejaskan pengeluaran beras dunia, begitu juga Bangladesh telah dilanda banjir teruk manakala China menghadapi masalah cuaca.Pada masa itu, harga beras dunia mencapai paras tertinggi pernah direkodkan iaitu RM3,430 setan pada Mei 2008. Walaupun Malaysia melindungi harga padi dan beras kepada pengeluar dan pengguna, namun krisis itu meningkatkan harga beras tempatan terutama beras berkualiti tinggi.Disebabkan berdepan masalah mendapatkan bekalan beras dalam jangka pendek, maka negara tidak terkecuali mengalami kenaikan purata harga beras tempatan sehingga 21 peratus (%) dan beras import 52%. Itu baharu beras, bagaimana pula dengan makanan lain?Perubahan cuaca sekitar awal 1970-an dan 2008 juga menyaksikan pengeluaran bijirin terutama gandum terjejas di beberapa negara pengeluar seperti Amerika Syarikat, Rusia, Eropah Utara, Australia dan Afrika Barat.Implikasi daripada penawaran bekalan makanan dunia yang terganggu itu menyebabkan harga makanan global meningkat secara mendadak dan rentetan krisis makanan dunia pada 2009 juga menyaksikan lebih sejuta manusia pernah berada dalam keadaan kelaparan di seluruh dunia.Hakikatnya, krisis berkenaan telah menyedarkan Malaysia tentang kepentingan untuk meningkatkan pengeluaran makanan negara sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada import makanan dari luar negara yang terdedah dengan bencana alam dan perubahan cuaca tidak menentu pada masa depan.Pakar bidang ekonomi pertanian dan sumber, Prof. Datuk Dr. Mad Nasir Shamsudin (gambar) membayangkan harga makanan dunia dijangka terus meningkat kerana penawaran akan terencat oleh kekangan input, iklim dan teknologi, kecuali jika negara mengambil langkah pembaharuan untuk meningkatkan produktiviti.Begitupun, beliau yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, hakikat yang berlaku sekarang ialah sektor makanan Malaysia berdepan dengan persaingan sektor perladangan khususnya kelapa sawit yang lebih lumayan dan bukan pertanian yang lain.“Sebahagian hakikat Malaysia terpaksa menjadi pengimport bersih makanan ialah kerana sektor makanan tidak dimajukan sebagaimana sektor kelapa sawit. Dari segi pembangunan dan penyelidikan (R&D), pelaburan dan insentif, sektor makanan masih dipinggirkan.“Berbanding Malaysia, negara Thailand mampu menjadi antara pengeluar beras utama kerana sektor makanan mereka maju selain mendapat sokongan syarikat-syarikat besar sebagai pelabur utama,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.Untuk rekod, tahap sara diri beras negara pada 2009 adalah sebanyak 72%, bermaksud Malaysia masih perlu mengimport hampir 30% daripada keperluan dalam negeri. Tahap sara diri tertinggi pernah dicapai adalah 92% iaitu sekitar lewat 1970-an.Berdasarkan Sumber Malaysia (pelbagai tahun), tahap sara diri produk perikanan bagi tahun 2000 adalah 89% manakala pada tahun 2007 (97%); telur (139% / 114%); daging ayam (127.8% / 121%); sayur-sayuran (88.5% / 89%); buah-buahan (91.3% / 105%); daging lembu (22.7% / 25%); daging kambing (6.4% / 9%) dan tenusu (4% / 5%).Mad Nasir berkata, trend menunjukkan peningkatan tahap sara diri komoditi makanan seiring peningkat-an populasi, justeru fokus perlu diberikan untuk membangunkan sektor makanan agar keperluan bekalan makanan negara tidak terjejas disebabkan faktor alam.

Page 2: article part 1.docx

“Kita boleh nampak tahap sara diri sesetengah komoditi makanan sangat kurang dan ini boleh me-risikokan sekuriti makanan (simpanan makanan) pada masa depan lebih-lebih lagi menyaksikan Malaysia tidak terkecuali mengalami kesan-kesan perubahan iklim akibat pemanasan global.“Antara simptom dikesan akibat perubahan iklim menerusi kesan suhu semakin panas di kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands serta cuaca luar biasa menyebabkan kemarau dan jerebu yang menjejaskan penghasilan pertanian,” katanya.Menurut Mad Nasir, jaminan sekuriti makanan yang merujuk kepada kewujudan bekalan makanan dan kemampuan untuk memperolehnya antara syarat penting untuk melayakkan Malaysia mencapai negara maju menjelang 2020.Kelayakan itu merangkumi kesediaan kuantiti makanan mencukupi dan berkualiti dibekalkan melalui pengeluaran domestik atau import; aksesibiliti kepada sumber makanan mencukupi oleh individu; dan kestabilan mendapat makanan walaupun berlaku kejutan pasaran seperti krisis ekonomi dan lain-lain.“Di tahap kebangsaan atau sesuatu negara, sekuriti makanan diterjemahkan sebagai keupayaan untuk memastikan penawaran makanan yang stabil dalam pasaran domestik.“Di tahap perseorangan atau individu pula, hal itu bermakna bahawa setiap individu memiliki bekalan makanan yang bukan sahaja mencukupi tetapi juga memenuhi keperluan pemakanan sihat yang dianggap standard,” jelasnya.Malaysia katanya, tidak boleh lagi berpuas hati dengan tahap sara diri sedia ada, sebaliknya perlu memberi fokus untuk merangka pelan transformasi R&D ke arah pencetusan inovasi hijau dalam sektor makanan khususnya industri padi dan beras.Menurutnya, pada peringkat ini, dasar-dasar yang sedia ada harus dilaksanakan dengan lebih efektif di semua peringkat - bermula dengan agensi kerajaan, perniagaan swasta sehinggalah kepada isi rumah individu.“Perkara utama untuk mengatasi kesan jangka panjang dalam perubahan iklim serta iklim masa depan yang tidak menentu adalah melalui pembangunan lestari yang menekankan aspek pemuliharaan dan penyelesaian yang berguna.“Justeru, setiap daripada kita wajib menjalankan peranan masing-masing agar langkah-langkah proaktif boleh diambil untuk mengurangkan fenomena pemanasan global,” katanya.Paling penting katanya, agenda tersebut perlu disokong dengan pakej pengembangan yang ekstensif dan intensif, pembangunan kemahiran dalam kalangan petani dan penyediaan infrastruktur yang lengkap selain kerjasama melibatkan pelbagai pihak khususnya syarikat berkaitan kerajaan (GLC).“Selain itu, saranan yang boleh dipertimbangkan ialah melaksanakan agenda pembangunan makanan strategik, mewujudkan jaringan keselamatan yang komprehensif serta penggalakan agenda penggunaan lestari bahan makanan,” katanya.Mad Nasir berkata, isu perubahan iklim tidak boleh lagi dilihat sebagai penemuan sains semata-mata kerana hal itu secara tidak langsung mempengaruhi kehidupan manusia dalam jangka masa panjang.“Justeru, perkara ini perlu ditangani secara menyeluruh melibatkan masyarakat, sistem politik dan ekonomi sedia ada,” katanya sambil menekankan beberapa kajian telah membuktikan pelaburan dalam infrastruktur dan R&D mampu memberi pulangan tertinggi kepada pengeluaran makanan dan penurunan kemiskinan.

Page 3: article part 1.docx

Sekuriti makanan dari sudut IslamPANDANGAN IKIM (NORKUMALA AWANG)  |  19 November 2014 1:47 AM

SALAH satu keperluan asas manusia yang tidak boleh dipertikaikan lagi adalah makanan. Dalam Islam makanan bukan sekadar berkisar kepada halal dan haram. Tetapi ia juga meliputi soal perlindungan dan mengurus tadbir makanan dalam sesebuah masyarakat dan negara.Dalam Islam juga, perbahasan mengenai makanan begitu meluas merangkumi soal sekuriti makanan atau jaminan bekalan makanan, pemakanan seimbang dan juga soal keselamatan dan kebersihan.Hanya barangkali isu-isu sebegini kurang menjadi fokus masyarakat lantaran lebih tertumpu kepada isu halal dan haram. Walau bagaimanapun, sekuriti makanan adalah aspek yang tidak boleh dipandang ringan lebih-lebih lagi bagi masyarakat pengguna kerana kesannya kepada kehidupan semasa amat signifikan.Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia (FAO), sekuriti makanan ditakrifkan sebagai akses bagi penduduk terhadap makanan yang mencukupi untuk kehidupan sihat dan aktif. Selain itu, makanan perlu selamat bagi memenuhi keperluan dan pemilihan makanan manusia. Walau bagaimanapun, dalam Islam, elemen halal dan tayyib tidak boleh dipinggirkan. Justeru, penekanan syariah terhadap unsur halal dan tayyib makanan juga perlu diambil kira dalam definisi sekuriti makanan menerusi konteks Islam.Malahan aspek kuasa untuk mendapatkan makanan daripada pendapatan yang diperoleh serta penglibatan masyarakat dalam aktiviti sekuriti makanan seperti menyalurkan bantuan makanan dan menjadi pengeluar makanan perlu dititikberatkan khususnya umat Islam.Maka, ia adalah tanggungjawab pemerintah sesebuah negara untuk memenuhi keperluan asas masyarakat khususnya aspek makanan. Secara tuntasnya, menjadi amanah penting bagi pemimpin negara untuk memastikan sekuriti bekalan makanan terjamin dengan menggubal dasar atau polisi agar krisis ini dapat dielakkan.Sejarah membuktikan bagaimana kebijaksanaan Nabi Yusuf mentadbir urus bekalan makanan sebelum dan selama tempoh musim kemelesetan yang melanda Mesir sedangkan seluruh negara yang berdekatan dengannya mengalami krisis sekuriti makanan yang kritikal. Islam sebenarnya menyediakan wahana yang jelas untuk menjamin sekuriti makanan melalui mekanisme agihan yang unggul.Konsep pelaksanaan dalam merealisasikan mekanisme itu memerlukan kebijaksanaan pentadbir untuk meningkatkan keberkesanannya. Ini kerana janji Allah kepada hamba-Nya amat benar, bertepatan dengan firman-Nya dalam surah Quraisy ayat 4 yang bermaksud; “Yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan dari ketakutan.”Kekurangan bekalan makanan boleh menyebabkan krisis makanan. Kebanyakan negara termasuk negara Islam berhadapan dengan isu getir ini. Ini kerana krisis itu akan dan telah melibatkan makanan ruji populasi di dunia ini. Antara kesannya boleh menyebabkan harga makanan naik.Ketidakupayaan mendapatkan makanan sama ada dalam jangka masa panjang atau sebaliknya berkait rapat dengan pendapatan individu atau isi rumah. Ini bermakna kemiskinan menyebabkan seseorang itu kurang upaya untuk membeli makanan seimbang dari segi zatnya, kebersihan dan keselamatannya. Justeru, ia juga akan memberi kesan kepada kualiti kehidupan masyarakat khususnya umat Islam.Ketiadaan sekuriti makanan juga boleh mengakibatkan kebuluran. Adakalanya ia disebabkan harga makanan tidak stabil. Faktor tidak mampu membeli makanan akan menjejaskan pembangunan ekonomi, sosial, dan politik negara.Oleh itu, penting sekali perancangan ke arah sekuriti makanan menjadi agenda utama negara. Peranan proaktif dalam dimensi lebih luas perlu digembleng khususnya daripada pemerintah dan pelbagai pihak termasuk pengguna dengan tidak meminggirkan nilai dan ajaran Islam dalam sekuriti makanan.PENULIS ialah Pegawai Penyelidik Kanan di Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Page 4: article part 1.docx

Kekalkan hutan, pulih iklimFRIM mahu orang ramai terus hargai hutan untuk kekal sihat20 April 2015 12:39 PM

Fungsi hutan sememangnya sangat penting dan telah diketahui ramai dalam kalangan masyarakat hari ini.Membekalkan oksigen, penyimpan karbon utama, pembekal sumber air yang bersih, tumbuhan herba, biodiversiti flora dan fauna serta pelbagai lagi.Namun, entah di mana silapnya, hutan terus dieksploitasi secara rakus kerana sifat tamak haloba segelintir daripada kita yang mementingkan diri.Menyedari masyarakat perlu terus disedarkan tentang peri pentingnya hutan dikekalkan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah meraikan sambutan Hari Hutan Antarabangsa (IDF) 2015 Peringkat FRIM bersama masyarakat baru baru ini.Ketua pengarahnya, Datuk Dr. Abd. Latif Mohmod berkata, pengekalan hutan adalah amat penting bagi mengurangkan kesan perubahan iklim.“Hutan memberi kita oksigen, air, kekayaan, serta menyejukkan persekitaran kita.“Jika hutan kita tidak sihat, maka kita semua akan menjadi tidak sihat. Hargai dan jagalah khazanah kita ini,” ujarnya pada majlis tersebut di Kepong, Selangor baru-baru ini.Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Alam Sekitar) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Datuk Dr. Abdul Rahim Nik, bagi mewakili timbalan menterinya, Datuk Seri Dr. James Dawos Mamit.Dalam ucapan yang dibacakan oleh Dr. Abdul Rahim, Dr. James Dawos berkata, tema peringkat antarabangsa sambutan IDF 2015 ini bertepatan untuk memberi penekanan terhadap hubung kait hutan dengan perubahan iklim.Malah katanya, keperluan mendapatkan sokongan yang padu daripada semua pihak dalam melaksanakan aktiviti dan program yang menjurus ke arah perubahan positif kepada alam sekitar.Beliau berkata, kementerian berharap agar agenda tersebut dapat diterjemahkan dalam perlaksanaan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) yang akan bermula pada tahun hadapan.“Kita sedia maklum tentang kepentingan hutan berupaya untuk menyerap lebih 25 peratus karbon dioksida di atmosfera.“Malah, turut diakui di peringkat antarabangsa bahawa pengurangan pelepasan karbon dioksida melalui sektorperhutanan adalah lebih kos efektif berbanding sektor-sektor lain,” katanya.FRIM menyimpan kira-kira 120,000 tan karbon yang kebanyakannya disumbang oleh pokok dan tumbuhan yang terdapat di sekitar kawasan tersebut.“Simpanan karbon ini sedikit sebanyak menyumbang kepada kestabilan alam sekitar terutama dalam menangani isu pembebasan gas rumah hijau serta fenomena perubahan iklim semasa.“Selain itu, FRIM juga bekerjasama dengan pelbagai agensi dari dalam dan luar negara dalam menjalankan penyelidikan berhubung impak perubahan iklim terhadap ekosistem hutan termasuk hidupan liar, serta membantu pembentukan pelan tindakan mitigasi terhadap perubahan iklim yang diterajui oleh NRE,” katanya.Sehingga kini, FRIM merupakan satu-satunya institusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) hutan tropika menyumbang kepada komitmen tersebut menerusi pemeliharaan hutan buatan manusia di kampus FRIM serta pemuliharaan kawasan terosot di seluruh negara melalui aktiviti penanaman pokok.Hutan FRIM kini merupakan salah satu model penghutanan semula yang berjaya serta digazetkan sebagai Tapak Warisan Semula Jadi Negara dan Warisan Kebangsaan.

Page 5: article part 1.docx

Kehijauan kampus FRIM juga membuktikan bahawa tidak terlambat untuk menghijaukan semula kawasan terosot melalui penanaman pokok.Pada progam tersebut seramai 300 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat telah melibatkan diri dalam acara menanam pokok dan menyertai aktiviti lain seperti pertandingan kolaj serta mewarna, amazing race dan pembersihan sungai.Sebanyak 200 anak pokok tualang (Koompassia excelsa) dan buluh madu (Gigantochloa albociliata) yang disediakan oleh FRIM telah ditanam.Lebih istimewa, sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2015 pada tahun ini adalah bersamaan dengan ulang tahun ke-30 penubuhan institut tersebut.Pada majlis yang sama, FRIM turut melancarkan setem khas dengan keluaran terhad yang dikeluarkan sempena Hari Ulang Tahun ke-30 FRIM dan buku terbitan baru yang bertajuk, Tropical Forest Fruits, Seeds, Seedlings and Trees hasil tulisan bekas Timbalan Ketua Pengarah FRIM dari tahun 1986 hingga 1990, Dr. Francis Ng.

Jangan pandang remeh perubahan iklim - PMSAIFULIZAM MOHAMAD  |  25 Februari 2015 6:05 PM

PUTRAJAYA 25 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, fenomena perubahan iklim dan pemanasan global tidak boleh di pandang remeh kerana disebabkan faktor itu negara berhadapan musim kemarau melampau hingga mengalami krisis air di beberapa buah negeri pada awal dan pertengahan tahun lalu.Beliau berkata, disebabkan fenomena itu juga telah berlaku hujan lebat yang berterusan pada hujung tahun lalu hingga membawa kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa akibat banjir.“Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan juga telah merekodkan taburan hujan yang tinggi iaitu 1,295 milimeter bagi tempoh 21 hingga 23 Disember 2014 yang bersamaan dengan taburan hujan untuk 64 hari.“Malah Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut mengesahkan bencana banjir terburuk dan tanah runtuh yang berlaku ketika ini ada kaitannya dengan kegiatan pembukaan tanah untuk pertanian dan pembangunan serta penerokaan tanah haram,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Page 6: article part 1.docx

Tegas di gelanggang hak asasi manusiaAZRIL MOHD. AMIN  |  19 Disember 2014 1:05 AM

PUSAT Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centre for Human Rights Research and Advocacy) atau ringkasnya Centhra yang didaftarkan secara rasmi pada 25 Julai 2014 adalah bukti permuafakatan pertubuhan Islam bukan kerajaan (NGI) susulan selesainya giliran Malaysia membuat penerimaan akhir di pusingan kedua Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Geneva, Switzerland pada Mac lalu.Sejak awal penubuhannya, Centhra meneruskan perbincangan dengan penyelaras pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Geneva bagi melatih lebih ramai aktivis NGI dalam pelbagai pengkhususan berkaitan hak asasi manusia. Selain itu, Centhra mengadakan siri perbincangan strategik dengan NGO/NGI yang berpengalaman bagi mendapatkan gambaran usaha-usaha yang boleh dijalankan sekiranya timbul isu berkenaan tuntutan beberapa bentuk hak asasi manusia yang bertentangan dengan kedudukan Islam sebagai agama negara, sebagaimana ditetapkan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.Centhra juga mengadakan dialog dengan pertubuhan hak asasi manusia terpilih di Geneva berke-naan polemik Islam dan hak asasi manusia bagi menjernihkan salah tanggapan yang timbul berkenaan kedudukan Islam dan hubungannya dengan hak asasi manusia khususnya dalam konteks Malaysia.Sehubungan itu, dari 17 hingga 21 November lalu, tujuh orang delegasi Centhra menyertai Sesi Latihan Kefahaman Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Budaya (ESB) di Geneva Academy of International Humanitarian Law Human Rights.Delegasi Centhra yang diketuai penulis, terdiri daripada Pengarah Penyelidikan Centhra, Dr. Amran Muhammad, Pengerusi Yayasan Nassar, Nasharudin Mat Isa, Sekretariat Ulama-Umara, Mohd. Gunawan Che Abdul, Naib Yang Dipertua Yadim, Dr. Yusri Mohamad, Timbalan Presiden ISMA, Aminuddin Yahya serta Felo Kanan Centhra, Abdullah Abdul Hamid.Sesi latihan tersebut berjaya mencapai objektif memperoleh kefahaman menyeluruh mengenai Hak-hak ESB, di samping menekuni strategi menerapkan prinsip-prinsip sesuai di dalam kegiatan advokasi hak-hak asasi manusia yang akan dilaksanakan Centhra. Menerusi pendedahan dan pengalaman daripada sesi tersebut, delegasi Centhra kini berupaya mengenal pasti kandungan Hak-Hak ESB, khususnya mengenai kesihatan, perumahan, pendidikan, makanan, air dan pekerjaan.Delegasi itu juga kini mengetahui secara jelas mekanisme-mekanisme Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai mandat yang diberikan untuk melindungi dan menggalakkan Hak-hak ESB (termasuklah Jawatankuasa PBB mengenai Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Budaya, Protokol Opsyenal kepada Kovenan Antarabangsa Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Budaya, Majlis Hak Asasi Manusia PBB dan Prosedur Khas PBB).Paling signifikan, para delegasi berkesempatan mengemas kini pengetahuan mengenai pelbagai mekanisme sedia ada dalam negara dan wilayah serantau ke arah pelaksanaan Hak-hak ESB dengan penekanan peranan mahkamah dan tribunal.

Page 7: article part 1.docx

Hak-hak ESB yang termaktub di bawah Perjanjian Antarabangsa Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Budaya (ICESR) adalah salah satu daripada tiga instrumen utama yang membentuk Undang-undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa, selain Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 dan Perjanjian Antarabangsa Hak-hak Sivil dan Politik (ICCPR). Kedua-dua ICCPR dan ICESR menjadi sebahagian undang-undang antarabangsa pada 1976.Sebagai sumber undang-undang antarabangsa yang utama bagi hak-hak ESB, perjanjian ini mengiktiraf dan melindungi hak untuk bekerja dengan adil dan berfaedah bagi keadaan kerja (Fasal 6 dan 7), hak menyertai kesatuan sekerja dan mengambil tindakan buruh secara kolektif (Fasal 8), hak mendapat keselamatan sosial (Fasal 9), hak untuk perlindungan keluarga termasuk untuk ibu dan kanak-kanak, (Fasal 10), hak kepada standard yang mencukupi sara hidup termasuk hak untuk makanan dan hak untuk perumahan (Fasal 11), hak untuk kesihatan (Fasal 12), hak untuk pendidikan (Fasal 13) dan juga hak untuk mengambil bahagian dalam kehidupan budaya dan hak untuk manfaat sains dan budaya (Fasal 15).Sebagai sebahagian usaha memperkukuh penglibatan Centhra di Geneva, para delegasi telah mengenal pasti peranan masyarakat sivil, institusi hak asasi manusia nasional, aktor-aktor bukan kerajaan (NGO) berkaitan Hak-Hak ESB, di samping mendapat pendedahan tentang isu-isu khusus Hak-hak ESB seperti isu konflik bersenjata, isu gender, isu krisis ekonomi dan seumpamanya menerusi sesi pertukaran pendapat dan simulasi yang dijalankan.Menerusi sesi-sesi tersebut, para delegasi berpeluang mengetahui dan menghuraikan dengan berkesan perlanggaran dan permasalahan dalam merealisasikan secara progresif Hak-hak ESB, kemudiannya menyediakan penyelesaiannya dalam perancangan advokasi di samping menyusun strategi memanfaatkan mekanisme Hak-hak ESB di bawah PBB.Selain objektif yang dinyatakan, tiga nilai tambah utama diperoleh delegasi Centhra, iaitu:* Memperoleh pengalaman hasil gabungan dinamik antara kuliah-kuliah interaktif dan tugasan-tugasan sebenar lagi praktikal mengenai situasi-situasi dalam negara terpilih dipermudah cara oleh pakar-pakar yang berpengalaman dalam Hak-hak ESB di peringkat PBB dan akar-umbi masyarakat,* Membincangkan isu-isu sebenar mengenai Hak-hak ESB dalam rangkaian jaringan pengamal advokasi hak asasi manusia, para profesional yang terlibat secara langsung dalam pelbagai bidang hak asasi manusia termasuklah Ahli Badan Perjanjian Hak Asasi Manusia PBB dan* Mengikuti perbahasan sebenar sidang Hak-hak ESB di sesi biasa yang dijalankan Jawatankuasa ESB, Majlis Hak Asasi Manusia PBB.Program latihan tersebut dihadiri para peserta antarabangsa daripada pelbagai latar belakang termasuk para pengamal advokasi hak asasi manusia berpengalaman, petugas-petugas NGO berkaitan hak asasi manusia, staf dari institusi-institusi hak asasi manusia nasional dan agensi-agensi PBB serta pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa di samping ahli-ahli akademik dari universiti yang terlibat dalam isu-isu hak asasi manusia.Sesi latihan telah diisi oleh para tenaga pengajar yang berkepakaran dan berpengalaman dalam kalangan ahli akademik dan pengamal hak asasi manusia profesional termasuk dari Geneva Academy of International Humanitarian Law and Human Rights, University of Oxford, Office of the United Nations High Commissioner of Human Rights, International Federation of Human Rights, World Health Organization, UNAIDS, European Court of Human Rights, dan International Commission of Jurists.Centhra memeterai jaringan perhubungan dengan Geneva Academy of International Humanitarian Law Human Rights kerana institusi tersebut antara yang terkenal di peringkat antarabangsa dalam bidang hak asasi manusia dan bernaung di bawah Universiti Geneva. Usaha

Page 8: article part 1.docx

memperkasa jaringan perhubungan dengan para peserta lain dari pelbagai organisasi antarabangsa bagi berkongsi pengalaman dalam bidang hak asasi manusia juga telah dapat diwujudkan. Kelebihan ini bakal membantu Centhra memulakan siri latihan kepada pelbagai agensi kerajaan, NGO dan pihak-pihak lain bagi menerangkan dan menjelaskan kepada mereka tentang Hak-hak ESB khususnya dalam konteks Malaysia.Sebagai perancangan jangka panjang, Centhra akan meneruskan inisiatif kajian ilmiah tentang Hak-hak ESB dari pandangan Islam dan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. Menjadi hasrat Centhra untuk mengemukakan satu pendekatan alternatif bagi beberapa aspek yang lebih sesuai untuk negara Islam dalam menanggapi Hak-hak ESB.Kesemua tindakan tersebut amat membantu usaha Centhra memperbaiki penglibatan dan sumbangan terhadap proses UPR Malaysia dan usaha memberikan input untuk draf Pelan Tindakan hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP) yang sedang diusahakan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri. Ini bertepatan hasrat Centhra untuk menawarkan pendekatan dan model alternatif Hak-hak ESB terlebih dahulu kepada negara-negara Islam sebelum dikembangkan ke negara-negara PBB secara keseluruhannya, bagi menjawab beberapa permasalahan kontemporari yang melingkari hak-hak tersebut.PENULIS ialah peguam dan KetuaEksekutif Centhra.

Agama dipinggir dalam hak asasi manusiaAZRIL MOHD.AMIN  |  05 Mac 2015 12:44 AM

PADA 24 Februari lalu, Sidang Kemuncak Geneva Mengenai Hak Asasi Manusia dan Demokrasi telah dianjurkan pertubuhan UN Watch bersama kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hak asasi manusia dunia. Sidang kemuncak itu mengumpulkan kira-kira 500 pejuang dan mangsa hak asasi manusia, aktivis, diplomat serta pemimpin pelajar untuk memberikan perhatian mengenai pencabulan hak asasi manusia yang mendesak di seluruh dunia.Sidang Kemuncak kali ke-7 itu antara lain cuba memberikan fokus dan penekanan utama terhadap situasi hak asasi manusia berikut: isu cabaran autoritarian, kezaliman Boko Haram dan kumpulan militan Negara Islam (IS), isu murtad dan hukuman mati di Pakistan, memerangi rejim yang menindas di Korea Utara, pembaharuan dalam rejim komunis dan masa depan demokrasi liberal.Sidang kemuncak seumpama itu saban tahun diadakan sebelum bermulanya sesi tahunan Majlis Hak Asasi Manusia (HRC), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Pada tahun ini, sesi HRC kali ke-28 berlangsung pada 2 Mac hingga 27 Mac.Penulis bersama beberapa delegasi Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra) menghadiri sidang ini sebagai sebahagian usaha penyelidikan dan pemantauan isu-isu hak asasi manusia yang giat dijalankan organisasi ini.Seperti dijangka, sidang itu terus didominasi NGO-NGO liberal-sekular yang mengasaskan perjuangan mereka pada tuntutan hak asasi manusia tanpa pedoman agama dan membuat tuntutan tanpa batas dalam pelbagai aspek hak asasi manusia.Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Liberal International, Markus Loning, yang juga bekas Naib Presiden Parti ALDE dari Jerman telah menyampaikan ucaptama pada sidang kemuncak itu dan antara lain menegaskan: “Masyarakat sivil adalah mengenai usaha membawa isu-isu ke meja dan mengingatkan kerajaan tugas mereka untuk melindungi hak-hak asasi manusia setiap rakyat mereka. Kami berada di sini untuk mengingatkan mereka tugas ini”. Beliau juga bercakap mengenai kebebasan bersuara dan keperluan hak tersebut untuk mengekalkan kerajaan yang bertanggungjawab.

Page 9: article part 1.docx

Pada sidang itu, Anugerah Keberanian 2015 diberikan kepada Raif Badawi kerana keberaniannya mempromosi dan mempertahankan nilai-nilai liberal yang mengakibatkan beliau dihukum 10 tahun penjara dan 1,000 sebatan di Arab Saudi. Anugerah Hak Wanita pula dikurniakan kepada Masih Alinejad, seorang wartawan bebas yang memperjuangkan kebebasan bersuara di Iran.Beliau memuat naik di halaman Facebooknya yang menunjukkan gambar-gambar wanita Iran tanpa bertudung dengan mesej peribadi daripada mereka. Bagi beliau, laman Facebook bukan sekadar bantahan terhadap kawalan kerajaan ke atas golongan wanita tetapi menjadi satu cara untuk menguatkan suara wanita dan untuk menerokai isu-isu kebebasan dan hak asasi manusia yang lebih luas di Iran.Kecenderungan corak perbahasan yang menguasai sidang itu jelas menunjukkan tuntutan-tuntutan kebebasan mutlak NGO-NGO tersebut walaupun mereka maklum kebebasan bersuara yang bertanggungjawab adalah sangat perlu dalam menjamin keharmonian masyarakat di dalam sesebuah negara. Pada hakikatnya, peranan aktivis seperti Raif Badawi dan Masih Alinijad tidak sepatutnya dijadikan kayu ukur mutlak mengukur standard kebebasan bersuara.Setiap masyarakat mempunyai nilai-nilai tersendiri dan prinsip-prinsip keagamaan yang menjadi penentu yang mengehadkan tindakan bersuara agar berada di dalam ruang lingkup yang bertanggungjawab. Adalah menyedihkan hal ini tidak dibahaskan secara mendalam oleh perwakilan di sidang itu.Begitu juga berhubung isu kebebasan beragama, penulis gusar apabila terdapat poster kempen yang ditampal di dewan plenari sidang itu dengan kata-kata “1.3 billion Muslims do not have freedom to change religion” (1.3 bilion orang Islam tidak mempunyai kebebasan menukar agama).Kata-kata tersebut lebih menzahirkan sikap berat sebelah serta ketidakadilan gerakan hak asasi manusia yang sering menyerang Islam atas nama kebebasan beragama.Kerangka pemikiran liberal-sekular yang mengaburi pemikiran serta sikap prejudis masyarakat NGO ternyata merupakan asas utama mengapa peranan agama diketepikan dari ruang lingkup perjuangan hak asasi manusia.Bahkan, tindakan seumpama itu menggambarkan kejahilan masyarakat NGO terhadap pendirian Islam dalam isu kebebasan beragama dan penghormatan yang diberikan kepada penganut-penganut agama lain. Aspek ini tidak diketengahkan di sidang berkenaan.Walau bagaimanapun penulis bersyukur apabila dapat bertemu dengan delegasi Rohingya ke sidang kemuncak itu, termasuk - Mohamad Ibrahim, Ketua Setiausaha ERC dan Osman Johar, Ahli Majlis dan Lobi Kumpulan Antarabangsa ERC.Pertemuan dan usaha melobi mereka dengan kerajaan dan wakil-wakil NGO antarabangsa untuk mengutarakan isu penganiayaan umat Islam Rohingya ternyata memberi kesan apabila pihak penganjur berjanji untuk menganjurkan suatu persidangan khusus mengenai nasib Rohingya pada tahun hadapan.Penulis juga dimaklumkan bahawa wakil ERC telah bertemu dengan TYT Slimane Chikh, Perwakilan Tetap Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke PBB dan Dina Madani, dari Jabatan Minoriti Muslim, OIC yang memberi jaminan tentang peningkatan kesungguhan di pihak OIC bagi mencari jalan penyelesaian isu minoriti Muslim di Myanmar. Dalam hal ini, Centhra mendesak peranan yang lebih proaktif oleh Suruhanjaya Tetap Bebas Hak Asasi Manusia OIC (IPHRC) untuk membuat tindakan susulan terhadap jaminan tersebut.Cabaran berterusan berkaitan tuntutan-tuntutan kebebasan yang kontroversi tersebut kini sudah pun melanda Malaysia. Di masa depan, pertubuhan-pertubuhan Islam bukan kerajaan perlu menjadikan sidang kemuncak itu lebih bermakna bagi memastikan ruang lingkup perbahasannya dibuat dengan adil melalui penyertaan berterusan dan artikulasi berkesan mengenai pendirian Malaysia.Contohnya, ruang manipulasi tidak sepatutnya diizinkan untuk menyerang Islam dengan mengabsahkan stereotaip terhadap Islam (seperti isu Boko Haram dan IS) dan menuntut kebebasan bersuara.Kebebasan beragama tanpa batas yang mengizinkan tindakan murtad umat Islam juga tidak boleh dibiarkan. Usaha dan strategi bijaksana perlu dirangka bagi meletakkan fungsi agama sebagai panduan membentuk kerangka hak asasi manusia yang lebih bertanggungjawab di masa hadapan, selain membincangkan permasalahan sebenar situasi hak asasi manusia yang melanda dunia.PENULIS ialah seorang peguam dan Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra)

Page 10: article part 1.docx

Syria mula musnahkan tapak penghasilan senjata kimia21 Januari 2015 12:20 AM

DAMSYIK 20 Jan. – Syria mula memusnahkan sisa tapak penghasilan senjata kimia, walaupun mengalami masalah cuaca buruk dan kekurangan logistik, lapor Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW), hari ini.Menurut jurucakap OPCW, Peter Sawczak, operasi memusnahkan tapak itu lewat sebulan daripada jadual berpunca daripada syarikat kontraktor terlibat dalam proses tersebut menarik diri.Kerajaan Syria sebelum ini berkata, tugas memusnahkan 12 tapak dan terowong yang digunakan untuk menghasilkan senjata kimia sepatutnya bermula pada November lalu.Tetap satu daripada dua syarikat tempatan yang ditugaskan untuk memusnahkan terowong tersebut terpaksa menunggu lama penghantaran bahan letupan dan peralatan lain, menyebabkan proses tersebut tertangguh.Sumber yang rapat dengan OPCW melaporkan, proses memusnahkan bermula di bahagian terowong, tetapi masalah salji tebal melambatkan jadual.“Damsyik menetapkan sasaran untuk memusnahkan satu terowong setiap bulan,” tambah sumber itu.Julai lalu, OPCW yang ditugaskan untuk memantau proses memusnahkan tapak penghasilan senjata kimia di Syria, memberi masa selama 60 hari kepada kerajaan Syria untuk berbuat demikian.Damsyik sebelum ini mematuhi perjanjian untuk menghentikan operasi penghasilan senjata kimia pada Oktober 2013, tetapi masih perlu memusnahkan lokasi pembuatan bahan berbahaya itu.Sebanyak 1,300 tan metrik bahan senjata kimia telah dikeluarkan di Syria dan kebanyakannya dimusnahkan di luar negara oleh tentera Amerika Syarikat (AS). – AFP

Tentera Iraq tawan gudang simpanan senjata kimia03 Disember 2014 1:04 AM

THE HAGUE 2 Dis. – Tentera Iraq berjaya merampas kawalan ke atas sebuah kompleks simpanan senjata kimia yang dibina semasa pemerintahan Presiden, Saddam Hussien, daripada kumpulan militan Negara Islam (IS).Timbalan Menteri Luar Iraq, Mohammad Jawad al-Doraky memberitahu perwakilan pada persidangan senjata kimia di sini bahawa IS berjaya merampas kawasan tersebut dalam satu serangan pada Jun lalu, namun tidak berjaya menawan gedung simpanan senjata kimia di Kompleks Muthanna tersebut.Beliau berkata, tentera Iraq kini berjaya mengundurkan IS dari kawasan berkenaan di mana terletak dua gudang yang menyimpan bahan kimia dan roket serta peralatan lama di situ.“Bagaimanapun, satu kemudahan yang dibina dengan bantuan dana dari Amerika Syarikat (AS) untuk memusnahkan bahan kimia berkenaan, telah diceroboh,’’ katanya pada persidangan Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) di sini, semalam.

Page 11: article part 1.docx

Katanya, kawasan utara Baghdad juga tidak selamat setelah dipasang dengan periuk api, menyebabkan rancangan untuk memusnahkan senjata dan bahan kimia pada tahun ini terpaksa ditangguhkan. Beliau berkata, jurutera tentera kini dalam proses memindah periuk api dan bahan letupan di sekitar kawasan tersebut.“Tentera Iraq telah menemui kompleks Muthanna dan jalan menuju ke lokasi itu,’’ katanya.Sementara itu, kira-kira 16 pengawal sempadan terbunuh apabila IS menyerang pos di al-Walid berdekatan sempadan Syria, pagi semalam.Timbalan Ketua wilayah Anbar berkata, 16 pengawal sempadan termasuk seorang kapten dan empat orang lagi cedera dalam serangan pada kira-kira pukul 6 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia).Bagaimanapun, kumpulan militan itu gagal merampas kawalan ke atas pos sempadan tersebut. – AFP

Hala tuju teknologi nanoPenerimaan produk masih rendah, pelaburan sedikitOLEH LAUPA JUNUS [email protected]  |  12 Januari 2015 2:22 PM

Prof. Datuk Dr. Halimaton Hamdan banyak memenangi anugerah dalam penyelidikan teknologi nano tetapi beliau masih belum berpuas hati. Kenapa? Ikuti luahan beliau.Penerimaan dan komitmen industri dan masyarakat terhadap produk penyelidikan teknologi nano untuk penggunaan yang menyeluruh masih ketinggalan berbanding dengan sasaran negara untuk menjadi negara maju dalam masa terdekat. Pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan hasil produk tempatan sangat sedikit.Apakah bidang kepakaran Datuk dan terangkan serba sedikit maksudnya.Saya seorang ahli kimia dan menjurus dalam kimia fizik. Bidang kepakaran saya ialah bahan nanostruktur berasaskan silika seperti zeolite, bahan mesoliang dan aerogel.Penyelidikan saya merangkumi sintesis dan pencirian bahan melalui proses hijau menggunakan sumber bahan buangan dan menerokai penggunaan bahan nano yang dihasilkan sebagai mangkin dalam industri minyak dan gas, bahan komposit, penebat dan penjerap dalam industri pembinaan, makanan, pencuci dan pemulihan air.Berapa ramai agaknya jumlah kepakaran yang kita ada?Bilangan kepakaran tempatan dalam pelbagai bidang nanoteknologi yang merentas sektor sentiasa meningkat. Buat masa ini kita ada sekitar 500 pakar dalam penyelidikan teknologi nano melebihi 1,000 saintis.Apakah perkara paling membanggakan dan paling mengecewakan Datuk sejak penglibatan dalam penyelidikan bidang ini?Melalui ilmu sains (kimia dan fizik) dan penyelidikan, saya dapat menyelesaikan masalah kitaran semula bahan buangan untuk menghasilkan bahan termaju melalui proses teknologi nano yang hijau dan penggunaannya dapat memberikan impak kepada rakyat dan ekonomi negara dalam jangka masa panjang.Penerimaan dan komitmen industri dan masyarakat terhadap produk penyelidikan teknologi nano untuk penggunaan yang menyeluruh masih ketinggalan berbanding dengan sasaran negara untuk menjadi negara maju dalam masa terdekat. Pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan hasil produk tempatan sangat sedikit.Apakah penyelidikan pernah dijalankan setakat ini?Penyelidikan merangkumi menghasilkan bahan nano yang merupakan mangkin, penebat, penjerap dan sistem penghantar drug ubat-ubatan dalam industri minyak dan gas, tenaga boleh ubah, automotif, makanan, perubatan dan air.

Page 12: article part 1.docx

Bolehkan dijelaskan kepentingan dan kegunaan bidang ini.Bidang ini sangat meluas kepentingan dan kegunaan dalam kehidupan masyarakat. teknologi nano telah terbukti mampu meningkatkan ekonomi negara melalui impak penggunaannya dalam sektor bahan gunaan harian, pembinaan, tenaga, pertanian, pengangkutan dan perubatan.Apakah Datuk berpuas hati dengan perkembangan teknologi tersebut.Secara global, perkembangan teknologi ini sangat pesat dan mengeluarkan banyak hasil yang positif. Ilmu dalam bidang ini juga telah banyak meningkat yang terbukti daripada peningkatan mendadak dalam penerbitan jurnal dan penyelidikan.Malaysia masih perlu meningkatkan sokongan dan penghayatan bidang ini.Bagaimana cara mengembangkan lagi bidang tersebut dan siapa yang perlu memainkan peranan.Pembuat polisi dan institusi berkenaan seperti kementerian, direktorat, persatuan dan penyedia kewangan harus meletakkan bidang ini sebagai bidang utama dalam perancangan ekonomi.Saintis dan penyelidik membantu mengajar masyarakat tentang kepentingan bidang sains dalam kehidupan harian. Ilmu bidang ini hanya boleh berkembang melalui pendidikan sains yang dipupuk di sekolah.Satu Konsortium Penyelidikan Sains Nanoteknologi Global (NanoMITe) telah dibentuk yang melibatkan lima universiti penyelidikan negara dan institusi pengajian tinggi terkemuka Amerika Syarikat yang menjalankan penyelidikan teknologi nano dalam lima program iaitu tenaga, perubatan, pertanian, sistem dan peranti serta persekitaran.Umur: 58 tahunAlamat: UTM Razak School of Engineering and Advanced Technology, Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.Jawatan: Ahli majlis Akademi Sains Malaysia (ASM) dan Presiden Persatuan Nanoteknologi Malaysia, Pengarah Gelanggang Kencana Sdn. Bhd. dan NanoCommerce Sdn. Bhd. Jawatankuasa Pemilih Malaysia Toray Science Foundation, Ahli Majlis Penyelidikan Sains Negara, Panel Pemilih Tokoh Anugerah Akademik Negara.Bidang kepakaran:Zeolites dan teknologi bahan berstruktur nano.Akademik: Doktor falsafah (Kimia Fizik) dari Universitif Cambridge (United Kingdom)Penyelidikan: Sebanyak 26 penyelidikan telah dijayakan, menghasilkan lebih 100 penerbitan dan 22 paten.Anugerah: Anugerah Merdeka Sains Teknologi dan Kesihatan 2009Penyelidikan Semasa: Menerokai hibrid generasi baharu, mangkin heterogen kiral, bifungsi berfungsi, sistem penghantar ubat-ubatan, bahan nanostruktur, nanofiber and aerogel yang memfokus kepada peningkatan kecekapan dalam penghasilan tenaga hijau dan pembuatan bahan kimia nano.

Teknologi Pengolahan Air jadi NanoPenulis: Elfa | Editor: Reza Perdana Jumat, 29 Mei 2015 | 18:38

Analisadaily - Sering mendengar nano spray? Dimana air yang diolah menjadi sebuah nano untuk kecantikan kulit. Nano Spray berbasis teknologi yang mampu memecah molekul air cluster menjadi sebuah nano agar dengan mudah dan cepat diserap oleh tubuh kita.

Air yang menjadi ringan dihasilkan dari sebuah alat yang berbahan titanium danstainless steel. Dari bahan keduanya, nano masih terdiri dari bubuk batu alam seperti Tourmaline, Germanium dan Jade yang mengandung dan memancarkan Far Infrared Ray (FIR) permanen.

Pengolahan nano awalnya dilakukan di Jepang dengan menggunakan teknologi terbaru dan paling terkemuka. Proses transformasi, dilaporkan Smn Global Bd, berupa penghancuran batu primer

Page 13: article part 1.docx

menjadi bubuk nano dan kemudian pengolahan bubuk ini menjadi keramik menggunakan teknologi nano yang tidak merusak energi FIR.

Partikel keramik kemudian diproses dan digabungkan dengan stainless steel. Kombinasi kedua bahan ini kemudian digabungkan lagi dengan Titanium untuk menghasilkan nano. FIR akan mengaktifkan molekul air dan mineral dalam air. Secara otomatis, air akan terurai menjadi cluster lebih halus.

Tidak hanya air, teknologi dari nano spray mampu membuat minyak esensial memiliki fungsi yang sama untuk kecantikan kulit karena dibuat dengan 18-8 stainless steel, diproses oleh far infrared catalyst dari emisivitas stabil.