arkeo kesan

5
1.1 KONSEP TIGA ZAMAN Sistem Tiga Zaman ialah sistem yang mengkategorikan tempoh arkeologi prasejarah yang merujuk kepada zaman Batu, Gangsa dan Besi serta satu sistem inovatif yang berasaskan kepada andaian perkembangan dalam teknologi manusia dari batu kepada gangsa dan seterusnya besi. 1 “Tiga Zaman” adalah istilah yang diperkenalkan oleh seorang Kurator Muzium Negara Denmark di Copenhagen yang bernama Christian Jurgensen Thomsen pada sekitar tahun 1788 hingga 1865 yang mana mentakrifkan zaman manusia prasejarah mengikut kronologi dari zaman Batu diikuti dengan zaman Gangsa kepada zaman Besi. 2 Menurut beliau, zaman kebudayaan manusia terbahagi kepada Zaman Batu iaitu bermula sekitar 2.5 juta SM hingga sekitar 3500 SM, Zaman Gangsa bermula sekitar 3500 SM sehingga 1200 SM dan akhir sekali iaitu Zaman Besi yang bermula sekitar 1200 SM sehingga 500 M. Selepas itu, Jens Jacob Asmusen Worsae menggantikan Thomsen pada tahun 1831 sehingga tahun 1835. Beliau merupakan ahli arkeologis professional terkenal yang pertama yang telah membuat kajian terhadap Sistem Tiga Zaman seterusnya mengesahkan ianya sebagai “The Law Of Association”. “The Law of Association” merupakan andaian yang dibina daripada Sistem Tiga Zaman iaitu objek yang diletakkan di dalam kubur yang juga merupakan sebahagian daripada sistem pengkebumian yang umumnya menunjukkan budaya kebendaan yang wujud ketika pengkebumian dilakukan. Justeru itu, kaedah Sistem Tiga Zaman ini diterima sebagai pembahagian umum terhadap tahap 1 Meaning of Three Ages System dalam http://www.definition-of.net/three+age+system. Diakses Pada 06/04/2015. 2 Hougthn Mifflin Harcourt, The American Heritage Science Dictionary. America: American Heritage Dictionaries.2005. Hlm 628.

Upload: siti-khadijah

Post on 15-Jan-2016

237 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

history

TRANSCRIPT

Page 1: Arkeo kesan

1.1 KONSEP TIGA ZAMAN

Sistem Tiga Zaman ialah sistem yang mengkategorikan tempoh arkeologi prasejarah yang merujuk kepada zaman Batu, Gangsa dan Besi serta satu sistem inovatif yang berasaskan kepada andaian perkembangan dalam teknologi manusia dari batu kepada gangsa dan seterusnya besi.1

“Tiga Zaman” adalah istilah yang diperkenalkan oleh seorang Kurator Muzium Negara Denmark di Copenhagen yang bernama Christian Jurgensen Thomsen pada sekitar tahun 1788 hingga 1865 yang mana mentakrifkan zaman manusia prasejarah mengikut kronologi dari zaman Batu diikuti dengan zaman Gangsa kepada zaman Besi.2 Menurut beliau, zaman kebudayaan manusia terbahagi kepada Zaman Batu iaitu bermula sekitar 2.5 juta SM hingga sekitar 3500 SM, Zaman Gangsa bermula sekitar 3500 SM sehingga 1200 SM dan akhir sekali iaitu Zaman Besi yang bermula sekitar 1200 SM sehingga 500 M.

Selepas itu, Jens Jacob Asmusen Worsae menggantikan Thomsen pada tahun 1831 sehingga tahun 1835. Beliau merupakan ahli arkeologis professional terkenal yang pertama yang telah membuat kajian terhadap Sistem Tiga Zaman seterusnya mengesahkan ianya sebagai “The Law Of Association”. “The Law of Association” merupakan andaian yang dibina daripada Sistem Tiga Zaman iaitu objek yang diletakkan di dalam kubur yang juga merupakan sebahagian daripada sistem pengkebumian yang umumnya menunjukkan budaya kebendaan yang wujud ketika pengkebumian dilakukan. Justeru itu, kaedah Sistem Tiga Zaman ini diterima sebagai pembahagian umum terhadap tahap kebudayaan. Pada tahun 1834 hingga tahun 1913 Sir John Lubbock membahagikan Zaman Batu kepada Period Paleolitik dan Period Neolitik. Pada akhir abad ke 19, Period Mesolitik telah dikenal-pasti.

Peranan sebenar tiga zaman ini atau pun dikenali sebagai “the Three Ages” adalah untuk membahagikan zaman manusia.

1 Meaning of Three Ages System dalam http://www.definition-of.net/three+age+system. Diakses

Pada 06/04/2015.

2 Hougthn Mifflin Harcourt, The American Heritage Science Dictionary. America: American Heritage

Dictionaries.2005. Hlm 628.

Page 2: Arkeo kesan

2.1 KRONOLOGI TIGA ZAMAN

2.1.1ZAMAN BATU

Manusia pada zaman ini menjadikan batu sebagai alat utama mereka untuk membuat atau mencipta alat peralatan yang digunakan bagi kelangsungan hidup.

Zaman Batu merangkumi penerapan teknologi pertama yang meluas dalam evolusi manusia dan Zaman ini berakhir dengan perkembangan pertanian, pembela-jinakan sebilangan haiwan dan peleburan bijih tembaga untuk menghasilkan logam.

Zaman Batu diistilahkan sebagai prasejarah kerana manusia masih belum memulakan penulisan.

2.1.2ZAMAN GANGSA

Zaman Gangsa ialah zaman prasejarah semasa manusia membuat alat-alat daripada sejenis logam yang dipanggil Gangsa. Gangsa ialah pancalogam bersama dengan sedikit timah. Di sesetengah kawasan, wujud Zaman Tembaga ataupun zaman yang telah mendahului Zaman Gangsa.

Zaman Gangsa tidak terjadi pada masa yang sama di seluruh dunia kerana kelompok manusia yang berbeza memulakan penggunaan gangsa pada masa-masa yang berbeza. Di Eropah barat, Zaman Gangsa berlangsung sejak 2000 SM hingga 800 SM di Timur Tengah Zaman Gangsa bermula seribu tahun lebih dahulu.

Penduduk pada zaman ini mula menggunakan peralatan yang dibuat daripada gangsa disebabkan alat-alat gangsa ini adalah lebih tahan lasak daripada alat-alat yang diperbuat daripada batu. Kemudian, apabila alat-alat besi menjadi popular Zaman Gangsa berakhir dan Zaman Besi bermula.

2.1.3ZAMAN BESI

Dalam bidang arkeologi, Zaman Besi ialah tingkat perkembangan mana-mana masyarakat yang menggunakan alat-alat besi seperti perkakas dan senjata secara ketara. Zaman Besi merupakan zaman utama yang terakhir selepas Zaman Gangsa dalam Sistem Tiga Zaman yang mengelaskan masyarakat-masyarakat prasejarah.

Zaman Besi berhubungan dengan suatu tahap di mana produksi besi adalah salah satu bentuk paling rumit dalam kerja logam. Kekerasan besi, titik lebur yang tinggi dan sumber bijih besi yang melimpah, membuatkan besi menjadi pilihan. Malah, besi adalah lebih murah daripada gangsa. Ini mempengaruhi pemilihan besi sebagai logam yang paling umum digunakan.

Page 3: Arkeo kesan

3.1 SUMBANGAN TIGA ZAMAN KEPADA DISIPLIN ARKEOLOGI

Sistem Tiga Zaman membolehkan ahli arkeologi dapat membezakan aspek kehidupan, budaya serta kemajuan peralatan masyarakat dalam ketiga-tiga zaman tersebut dan memahami keadaan manusia pada masa zaman prasejarah.

Ahli arkeologi mampu untuk mengklasifikasikan jenis-jenis artifak yang ditemui dan mengenal pasti usia artifak-artifak prasejarah berdasarkan kepada Sistem Tiga Zaman iaitu Zaman Batu diikuti dengan Zaman Gangsa dan digantikan dengan Zaman Besi.

Pengkajian terhadap zaman prasejarah menjadi lebih mudah, teratur dan sistematik hasil daripada kewujudan Sistem Tiga Zaman. Ini kerana ahli arkeologi dapat menyusun artifak prasejarah mengikut jenis artifak yang ditemui. Misalnya, artifak batu disusun dalam kajian manusia zaman batu dan begitu juga kepada penemuan artifak jenis gangsa dan logam yang mana wujud pada zaman gangsa dan zaman logam. Hal ini, sekaligus dapat menentukan usia artifak mengikut Sistem Tiga Zaman iaitu artifak jenis batu adalah sekitar 2.5 juta SM hingga 3500 SM dan seterusnya bagi jenis artifak gangsa dan besi.

Selain itu juga, dapat dikenalpasti tahap perkembangan manusia meliputi ruang waktu yang bersifat kronologi berdasarkan bahan peralatan utama mereka. Iaitu tinggalan artifak tiga zaman tersebut.

Sistem Tiga Zaman ini dapat dijadikan panduan asas kepada ahli-ahli arkeologi dalam melaksanakan penyelidikan terhadap tahap kebudayaan manusia.

4.1 KESIMPULAN

Secara kesimpulanya, kewujudan sistem tiga zaman ini secara langsung lebih memudahkan lagi penerokaan ataupun penyelidikan mengenai kegiatan kehidupan manusia pada masa lampau iaitu zaman prasejarah. Selain itu, dari aspek disiplin arkeologi tiga zaman ini telah memudahkan para ahli arkeologis untuk mengklasifikasikan setiap kajian mengenai budaya, artifak dan manusia. oleh itu, sistem tiga zaman telah digunakan secara berterusan sehingga kini dalam disiplin arkeologi.

Page 4: Arkeo kesan

5.1 RUJUKAN

Baszley Bee B. Basrah Bee. 2009. Pengantar Arkeologi. Kota Kinabalu : Universiti

Malaysia Sabah.

Hougthn Mifflin Harcourt. 2005. The American Heritage Science Dictionary. America:

American Heritage Dictionaries.

Mark Q.S and Robert M Yohe II. 2003. Archaeology: The Science of the Human Past.

United State:Omegatype Typography.

Meaning of Three Ages System dalam: http://www.definitionof.net/three+age+system.Diakses Pada 06/04/2015.

Michael Chazan. 2011. World Prehistory and Archaeology. Upper Saddle River. H.J :

Pretice Hall.

Zaman Batu dalam:http://www.scribd.com/doc/19730033/Zaman-Batu. Diakses pada 06/04/2015.