aq beriman kepada rasul
TRANSCRIPT
BERIMAN KEPADA RASUL
UNIT 1: KETAATAN KEPADA RASUL
Perkara Nabi RasulPengertian
dari
segi bahasa
Orang yang membawa berita ghaib Utusan kepada sesuatu tempat
Pengertian
dari
segi ist ilah
Lelaki yang dipilih oleh Allah, dikurniakan
wahyu kepadanya untuk amalan diirnya
sendiri, tetapi tidak diperintahkan
menyampaikan risalah kepada orang lain
Lelaki yang dipilih oleh Allah, dikurniakan wahyu
kepadanya untuk amalan diirnya sendiri, dan
diperintahkan menyampaikan risalah kepada
orang lainBilangan Ramai tetapi tidak dapat dipastikan Yang wajib diketahui seramai 25 orang
Kitab/suhuf Sebahagian menerima suhuf Sebahagian menerima suhuf dan kitabtugas -Tidak ditugaskan menyampaikan wahyu
Allah
-Tidak ditentukan umat yang dipimpin
-Ditugaskan menyampaikan wahyu Allah
-Ditentukan umat yang dipimpin
1
Maksud beriman kepada Rasul
Rukun iman keempat
Setiap muslim wajib beriman kpd 25 orang rasul yg disebut dlm al-Quran. Mereka yg
mengingkari salah seorang Rasul tersebut terbatal imannya.
Setiap rasul adalah nabi tetapi bukan semua nabi itu rasul
Setiap orang yg beriman wajib mentaati segala perintah Rasul kerana ketaatan kepada Rasul
adalah ketaatan kepada Allah swt. Sebaliknya orang yg ingkari perintah Rasul bererti
mengingkari perintah Allah swt
Ketaatan yg mutlak wajib diberi kpd Rasul kerana baginda pembawa ajaran islam yg lengkap &
sempurna
Umat islam wajib merujuk semua urusan kehidupan kpd Al-Quran & al-Sunnah
Wajib mencintai Rasul melebihi segala-galanya
Wajib menghayati sirah Rasulullah saw dan rasul sebelumnya dengan menjadikan mereka sebagai
contoh teladan
Ketaatan kepada
Rasul;
Galeri i lmu:
Menurut setengah ulama’;
1. Bilangan semua Nabi ialah seramai 124,000 orang dan bilangan Rasul ialah 313 orang2. Antara Nabi yang tidak tercatat nama mereka di dalam al-Quran ialah Nabi Syis, Yusya’ b Nun dan
Nabi Khidzir a.s3. Rasulullah tidak meninggalkan wang ringgit kepada kita tetapi baginda meninggalkan dua panduan
iaitu al-Quran dan al-Hadis
2
Tugas-tugas Rasul Menjadi teladan
kepada umat manusia dalam segenap lapangan hidup
Mengajar manusia cara beribadat dan menjalani kehidupan berlandaskan syariat Allah swt
Membimbing manusia mengenal Allah dan membersihkan hati daripada perkara syirik
Menyampaikan wahyu Allah swt
Rasul sebagai pemimpin
Dalam rumah tangga
Dalam Masyarakat
Dalam sebuah negara
- Suami yang bertanggungjawab- Bapa yang pengasih-Anak yang mengenang jasa ibubapa- Menjadi contoh terbaik dalam pendidikan anak- anak
-Memimpin negara Madinah dengan adil dan saksama-Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar-Mewujudkan kesetabilan politik
-Memimpin dan menyatukan kabilah-kabilah yang bertelagah-Menjalinkan hubungan baik dengan jiran dan menjaga hak-hak mereka-Bersama para sahabat membina masjid Nabawi
Latihan :
Unit 1
A. Isi Tempat kosong
Pengertian Nabi dan Rasul
1. Pengertian Nabi: Seorang lelaki pilihan Allah yang diberikan____________ untuk_________sahaja.
2. Pengertian Rasul: Seorang lelaki pilihan Allah yang diberi_____________untuk dirinya dan
____________disampaikan kepada orang lain.
3. Rasul dan nabi ialah manusia biasa yang diutuskan Allah untuk __________ajaranNya kepada
umat manusia.
Tujuan Allah mengutuskan Rasul
1. Untuk________manusia ke jalan yang benar
2. Membaiki akidah manusia kepada jalan yang________oleh Allah swt
3. Membaiki akhlak manusia kepada akhlak yang ________
4. Menyusun kehidupan manusia ke arah kehidupan yang________dan tersusun
Latihan Esei
1.1 Unit 1
1. Nyatakan pengertian nabi dan rasul?
2. Jelaskan hukum mengingkari sebahagian rasul
3. Mengapakah manusia memerlukan rasul sebagai pemimpin?
4. Jelaskan tiga tugas rasul?
5. Terangkan tiga sebab manusia memerlukan bimbingan rasul
6. Rasul pembawa rahmat dan kebahagiaan kepada manusia.
Bincangkan implikasi masyarakat Islam tidak beriman kepada rasul.
3
UNIT 2 : Rasul yang wajib diketahui
Nama rasul yang wajib diketahui ;
4
Kepentingan beriman kepada RasulSetiap muslim wajib mempercayai
kesemua 25 orang rasul. Umat Islam tidak boleh beriman kepada sebahagian rasul,
Kerana semua rasul membawa rislaah tauhid yang satu dan saling melengkapi sejak nabi Adam a.s hinga Nabi Muhammad saw berdasarkan ; Surah al-Baqarah ayat 285;
1. Adam
2. Idris
3. N uh
6. Ibrahim
7. Lut 4. Hud 5. Saleh
8.Ismail9. Ishak 14.Syuaib
12.Ayub 10.Yaakub
13. Zulkifli 21. Yunus 17.Daud 11. Yusuf
22. Zakaria
18. Sulaiman
24. Isa
20. Ilyasa’
16. Harun
15. Musa
25. Muhammad
23. Yahya
19. Ilyas
Maksudnya;
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".
Sejarah Rengkas 25 orang Rasul
Bi
l
Nama Rasul Sejarah rengkas
1 Nabi Adam - Nabi dan manusia pertama di bumi. Dicipta dari tanah.Asal keturunan semua manusia- Isterinya HAWA dicipta dari tulang rusuk baginda- Mulanya baginda tinggal di syurga kemudian Allah menurunkannya ke bumi
2 Nabi Idris - Diutuskan kepada penduduk penduduk negeri Babylu [Iraq]- Menerima 30 suhuf utk disampaikan kepada umatnya keturunan Qabil- Org pertama yg pandai menulis, membaca, mengetahui ilmu falak dan
mahir jahit menjahit
3 Nabi Nuh - Keturunan ke10 Nabi Adam dan di utuskan ke Arminia- Baginda berdakwah siang & malam tetapi umatnya ingkar termasuk isteri dan - Anak lelaki baginda.- Allah membinasakan mereka dgn banjir besar. - Org beriman naik bahtera baginda dan selamat- Gelaran baginda ‘Najiyallah”
4 Nabi Hud - Berketurunan “Sam b Nuh”. Diutuskan kepada kaum ‘Ad yg tinggal di utara Hadralmaut di Yaman. Mereka menyembah berhala- Terkenal dgn golongan yang bertubuh besar, tenaga yg sangat kuat, kaya raya dan mahir membina benteng yg kukuh- Mereka mempersendakan seruan Allah - Allah membinasakan mereka dgn angin yg kencang yg sangat sejuk sehingga meresap ketulang sum-sum sehingga 8 hari 7 malam terus menerus
5 Nabi Soleh - Berketurunan Sam b Nuh dari generasi ke 6. Kaumnya Thamud [tinggal di tempat antara Hijaz{Arab Saudi} dan Syam {Syria, Tenggara Jordon}]
- Mereka kufur kepada Allah dgn menyembah berhala dan takbur- Allah memusnahkan mereka dengan pekikan suara yang sangat kuat dari
langit dan gempa bumi yang amat dahsyat.
6 Nabi Ibrahim - Berketurunan Sam b Nuh. Dilahirkan di Mausul [Iraq] semasa pemerintahan Raja Namrud [kufur dan zalim]
- Sebahagian kaumnya menyembah berhala dan menentang dakwahnya- Baginda bijak berfikir. Gelarannya “Khalilullah”.
7 Nabi Lut - Anak saudara Nabi Ibrahim. Diutuskan kepada penduduk Negeri Sadum {sekarang Laut Mati di Jordon}
- Penduduk derhaka kepada Allah swt dan buruk budi pekerti seperti; merompak, menganiya dan mengamalkan liwat/homosex
- Allah memusnahkan mereka dengan menebalikkan negeri mereka dan menurunkan hujan batu yg membinasakan mereka
8 Nabi Ismail - Putera Nabi Ibrahim dgn isterinya Hajar. Org terawal mendiami Mekah dan diperintahkan mendirikan Kaabah. Nabi Ismail bantu ayahnya- Keturunan yg terdiri dari Qabilah Arab dan lahir Nabi Muhammad saw- Beliau digelar “Zabihu Allah” .
9 Nabi Ishak - Putera Nabi Ibrahim dgn isterinya Sarah, adik sebapa dgn Nabi Ismail- Lahir para nabi dari kalangan Bani Israel- Dimaqamkan di Hibrun, Pelastin.
5
Bi
l
Nama Rasul Sejarah rengkas
10 Nabi Ya’kub - Putera Nabi Ishak, dikenali sebagai Israel yg bermaksud “Hamba Allah”- Diutuskan kpd penduduk Kan’an, Pelastin. Ada 12 org anak lelaki, Nabi Yusof
anak baginda. Lahir keturunan Bani Israel. - Dimaqamkan di Hibrun bersebelahan maqam bapanya Nabi Ishak.
11 Nabi Yusuf - Putera kesayangan Nabi Yaakub kerana berakhlak mulia; terlalu sabar dan tabah menghadapi cabaran hidup, pemaaf, penyayang dan menghormati kedua ibubapanya.
- Sangat kacak pandai mentadbir mimpi bijaksana sehingga dilantyik sebagai menteri yg menjaga perbendaharaan di Mesir
12 Nabi Ayub - Keturunan Nabi Ishak. Mempunyai harta dan anak yang ramai.- Amat bertaqwa dan suka membantu fakir miskin dan anak yatim.- Allah uji baginda dgn kemusnahan harta, kematian anak dan mengidap penyakit
berat bertahun-tahun.- Baginda sabar dan iman yg teguh menempuh musibah- Akhirnya Allah menyembuhkan penyakitnya dan mengembalikan kehidupan
seperti sebelumnya
13 Nabi Zulkifli - Putera Nabi Ayub. Nabi dan Raja kpd penduduk Damsyik dan sekitarnya- Nama asalnya “Bassyar” dan dinamakan Zulkifli kerana banyak berpuasa pd
siang hari dan beribadat pd waktu malam.- Seorang yg penyabar dan bijak mengatur waktu ketika menjadi raja.
14 Nabi Syu’aib - Berketurunan Nabi Lut. Diutuskan ke negeri Madyan di Jordon- Kaumnya mengamalkan sikap mengurangkan timbangan & sukatan dlm urusan
jual beli- Larangan baginda tidak dihiraukan. - Allah membinasakan dgn gempa bumi dan petir yg sangat dahsyat.
15 NabiMusa - Berketurunan Nabi Yaakub, putera Imran dan bersaudara dgn Nabi Harun
- Gelaran baginda ialah “Kalimullah”- Dpt bercakap dgn Allah di Bukit Thuur Sina. Baginda diberi kitab Taurat- Dilahirkan di Mesir semasa pemerintahan Firaun yg zalim dan dakwa
dirinya Tuhan- Firaun perintah tenteranya membunuh semua bayi lelaki, keturunan Bani
Israel- Terselamat dan dipelihara di istana oleh Asiah isteri Firaun- Beliau berdakwah kpd Firaun, Firaun enggan. - Allah memusnahkan Firaun bersama tenteranya mati lemas
tenggelam dlm Laut merah.-
16 NabiHarun - Saudara Nabi Musa, Fasih berbicara- Teman berdakwah bersama-sama Nabi Musa dan membantu dlm
menyampaikan risalah tauhid kpd Bani Israel dan penduduk Mesir
17 Nabi Daud - Berketurunan Nabi Ishak- Memiliki suara yhg merdu, boleh melembutkan besi dgn tangan utk buat
baji perang.- Walaupun raja tetapi bekerja sendiri utk memenuhi keperluan hidup- Kuat beribadat seperti berpuasa berselang hari sepanjang tahun- Raja yg adil lagi bijaksana dan telah membina kota Baitul Maqdis
bersama puteranya Nabi Sulaiman. Wafat di situ.
6
Bi
l
Nama Rasul Sejarah rengkas
18 Nabi Sulaiman - Putera Nabi Daud. Rasul dan raja yg bijaksana- Memahami bahasa binatang, boleh memerintah jin dan angin- Berjaya mengislamkan Ratu Balqis dan berkahwin dgnnya.
19 Nabi Ilyas - Berketurunan Nabi Harun. Diutuskan kpd Bani Israel yg ketika itu sembah berhala yg bernama Ba’li
- Menolak dakwah Nabi Ilyas dan berusaha membunuhnya.- Allah memusnahkan mereka dgn menurunkan bala; kemarau selama tiga
tahun.
20 Nabi Ilyasa’ - Anak angkat Nabi Ilyas. Diutuskan kpd Bani Israel- Berjaya menyeru umatnya kembali menyembah Allah, kaumnya hidup dlm
keadaan aman damai, - Kaumnya kufur selepas kewafatan Nabi Iilyasa’- Allah memusnahkan mereka dgn bala; melenyapkan kesenangan yg
dinikmati.21 Nabi Yunus - Diutuskan kpd kaum yg menyembah berhala Daninawa di Iraq.
- Apabila mereka enggan menerima dakwah, Nabi Yunus meninggalkannya dan menumpang sebuah kapal
- Kapal menghadapi ombak besar dan ribut taufan yg boleh menenggelamkan.- Setelah diundi sebanyak 3 kali, baginda terpilih utk dibuang ke laut- Baginda ditelan dgn ikan NUN [paus]- Baginda sentiasa bertasbih dan beristighfar sehingga Allah mengeluarkannya dari
perut ikan itu.- Baginda pulang kpd kaum yang telah beriman kerana insaf & takut akan azab
Allah swt.
22 Nabi Zakaria - Berketurunan Nabi Sulaiman yg diutuskan kpd Bani Israel di Pelastin. - Sentiasa berdoa agar dikurniakan zuriat walaupun umur baginda 100 tahun dan
isterinya mandul. Akhirnay Allah mengurniakan beliau dgn anak lelaki yg dinamakan Yahya “hidup”
- Beliau juga membesarkan Maryam, ibu Nabi Isa.
23 Nabi Yahya - Putera Nabi Zakaria. Dikurniakan ilmu yg luas sejakmkecil lagi dan memeliharanya drp maksiat
- Seorg nabi yg bertaqwa, berbudi bahasa, rajin berbakti kpd ibubapa dan tidak sombong.
- Baginda dan ayahnya mati syahid kerana menegakkan hukum Allah.- Mereka dibunuh kerana menghalang raja dari mengahwini anak tirinya sendiri.
24 Nabi Isa - Putera Maryam bte Imran. Dgn kuasa Allah Malaikat Jibrel meniupkan roh suci ke dalam rahim Maryam. Lahir Nabi Isa tanpa ayah. Diutuskan kpd Bani Israel dan diberi kitab Injil
- Keistimewaan baginda; boleh bercakap semasa bayi. - Hanya segelintir umatnya yg beriman dgn gelaran “Al-Hawariun”- Kaumnya yg enggan berusaha membunuh Nabi Isa.- Allah menyelamatkan baginda dgn mengangkatnya ke langit dan akan
diturunkan kembali ke bumi utk menegakkan kebenaran Islam
25 Nabi Muhammad saw
- Junjungan Nabi Muhammad b Abdullah b Abdul Mutalib dari keturunan Nabi Ismail.
- Dilahirkan di Kota Mekah. Sejak remaja terkenal dgn sifatnya yg jujur dan digelar ‘al-Amin”
- Ketika berusia 40 tahun dilantik sebagai rasul kepada seluruh alam dan
7
Bi
l
Nama Rasul Sejarah rengkas
diwahyukan Kitab al-Quran.- Penghulu sekelian rasul [Saidul Mursalin] dan Nabi terakhir [Khatimul Anbiya’]- Menanggung pelbagai dugaan ketika berdakwah dari kaum Quraisy- Nabi Muhammad berjaya membuat perubahan besar dalam sejarah bangsa Arab
dan umat manusia seluruhnya. - Wafat di Kota Madinah al-Munawwarah.
8
Dalil al-Quran
RASUL ULUL AZMIMaksud Bahasa: Mereka yg cekal hati, kuat keazaman
Maksud Istilah: Mereka yg cekal hati, kuat keazaman dan amat sabar ketika menempuh pelbagai rintangan serta kesusahan dlm menempuh agama Islam
Maksudnya(Jika demikian akibat orang-orang kafir yang menentangmu wahai Muhammad) maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul "Ulil-Azmi" (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu); dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu).
Contoh kecekalan Rasul-rasul Ulul
Azmi
Ibrahim
Nuh
Musa
Isa
Muhammad
-Diuji dgn perintah menyembelih puteranya Ismail-Tabah menghadapi kaumnya sehingga dicampak kedalam api
-Sabar menyeru kaumnya supaya beriman selama 950 tahun- Hanya beberapa orang shj yg beriman yg selebihnya menolak
- Bertemu Firaun dan pembesarnya dgn tabah & cekal- Menyeru mereka beriman walaupun menyedari risiko dibunuh
- Tabah menghadapi ancaman bunuh kaumnya- Dikhinati oleh sahabat qaribnya Yahuza al-Asghar Yuti
- Sabar menghadapi tentangan & ancaman bunuh kaumnya - Tabah menghadapi ujian ketika berhijrah ke Madinah
CIRI RASUL ULUIL AZMI
Memiliki sifat yang cekal dan
tabah Paling banyak menaggung pelbagai ujian dalam perjuangan
Latihan
Unit 2
Rasul Ulul Azmi
i. Rasul Ulul Azmi ialah golongan rasul yang banyak menghadapi ____________ketika mentebarkan
agama Allah swt
ii. Nabi dan Rasul yang digelar Ulul Azmi ialah nabi_________a.s, Nabi_______A.S., Nabi Musa, Nabi
Isa A.S. dan
Esei
1. Ceritakan sejarah rengkas nabi-nabi berikut;
i. Nabi Idris
ii. Nabi Sulaiman
iii. Nabi Yaakub
2. Apakah yang dimaksudkan dengan Ulul Azmi?
3. Senaraikan nabi-nabi Ulul Azmi
4. Mengapakah mereka digelar sedemikian
5. Senarai dua rasul yang digelar Ulul Azmi serta cabaran yang mereka hadapi
6. Terangkan tiga contoh kesabaran dan kecekalan hati yang ditunjukkan oleh rasul-rasul Ulul Azmi
7. Apakah perbezaan antara rasul Ulul Azmi dengan rasul yang bukan Ulul Azmi
8. Ceritakan dengan rengkas pengorbanan Nabi Nuh a.s ketika berdakwah kepada kaumnya
9. Nabi Muhammad telah melakukan perubahan besar terhadap tamadun dan peradaban manusia.
Kemukakan du contoh perubahan yang telah dilakukan oleh baginda
9
Memiliki sifat yang cekal dan
tabah
Sabar dan mempunyai keazaman yg kuat ketika
berdepan dgn musuh
Cekal dala perjuangan
menegakkan agama Islam
UNIT 3: SIFAT-SIFAT RASUL
10
SIFAT WAJIB BAGI RASUL
SIDDIQ [BENAR] - Rasul mempunyai sifat benar dlm perkataan dan perbuatan kerana mereka diutuskan utk menyampaikan kebenaran. Firman Allah swtFirman Allah swt; Ali Imran ayat 161;
Maksudnya;Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu (disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang), dan sesiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), ia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya).
AMANAH [JUJUR] - Rasul mempunyai sifat jujur dan bertanggungjawab dalam menjalalamkan tugas dakwah agar manusia memperhambakan diri kepada Allah; Firman Allah swt; As-Syuara ayat 143;
Maksudnya;"Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
TABLIGH [MENYAMPAIKAN] - Rasul bertugas menyampaikan segala perintah Allah swt dan risalah Islam kepada semua lapisan amsyarakat. Mereka tetap melaksankan tugas ini walaupun berhadapan dgn tentangan hebat dari musuh Firman Allah swt; al-Maidah ayat 99;
Maksudnya;Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada Rasulullah selain daripada menyampaikan (perintah-perintah Allah) sahaja; dan Allah sentiasa mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.
FATANAH [BIJAKSANA] - Sifat bijaksana yang dimiliki oleh Rasul membolehkan mereka menyusun strategi dakwah dgn berkesandisamping dpt mematahkan hujjah org musyrikin Firman Allah swt; An-Nahl ayat 125;
Maksudnya;Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik…..
Firman Allah swt ayat an-Nahl ayat 36;
Maksudnya;
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut".
11
KEPENTINGAN MENCONTOHI SIFAT WAJIB PARA RASUL
2.Dapat melaksanakan tanggungjawab dgn berkesan
1.Kita akan menjadi seorang yg jujur dlm setiap tindakan
KEPENTINGAN MENCONTOHI SIFAT AMANAH
KEPENTINGAN MENCONTOHI SIFAT TABLIGH
1. Berusaha untuk mencontohi sifat wajib para rasul dalam kehidupan kita;Contohnya; Bila bercakap, bercakaplah dgn benar dan tidak berdusta. Semua org akan suka dan percaya kita.2. Beroleh kecemerlangan dunia akhirat
KEPENTINGAN MENCONTOHI SIFAT SIDDIQ
12
SIFAT MUSTAHIL BAGI RASUL
1.Nasihat-menasihati ke arah kebaikan
2.Saling bekerjasama dlm melakukan sesuatu pekerjaan
3.Maksiat dan kemungkaran dpt dicegah dgn berkesan
KEPENTINGAN MENCONTOHI SIFAT FATANAH
2.Berfikir secara kritis dan kreatif
1. Rajin berusaha
Kegagalan dunia dan akhiratAKIBAT TIDAK
MENCONTOHI SIFAT WAJIB RASUL
KAZZAB [DUSTA]-Rasul tidak berdusta-Semua perkara yg dissampaikan adalah benar-Allah tidak akan melantiknya sebagai rasul jika ia pendusta.-Umat Islam tidak akan mengetahui kebenaran ajaran Islam
KHIANAT [PECAH AMANAH]-Rasul tidak khianat terhadap amanah dan tanggungjawab yg diberikan-Islam dpt berkembang pesat keseluruh dunia- Allah tidak akan melantiknya sebagai rasul jika ia khianat.- Allah tidak menyuruh hambanya mempercayai mereka
KITMANUN [MENYEMBUNYIKAN]-Rasul tidak menyembunyikan perkara yg diperintahkan kepadanya-Semua disampaikan dgn penuh ikhlas - Kita dapat mengetahui isi andungan al-Quran dan syariat Islamiah
Unit 3 Latihan
1. Senaraikan tiga sifat yang wajib dan mustahil bagi rasul
2. Carta/MINDA
1.Benar 1._____________ 1.Sifat yang ada pada manusia
2.___________ 2. Pecah Amanah biasa yang tidak _____________ 3.____________ 3.__________________ kerasulannya4. Bijaksana 4.__________________
Soalan esei
1. Nyatakan empat sifat wajib bagi rasul
13
SIFAT HARUS BAGI RASUL
BALADAH [BODOH]-Rasul tidak bodoh-Sekiranya mereka bodoh sudah tentu mereka tidak dpt melaksanakan amnahyg berat dgn cemerlang
BASYARIYATUN [SIFAT YANG ADA PADA MANUSIA BIASA]
Rasul manusia biasaMereka mempunyai sifat yang dimiliki oleh manusia seperti makan, minum, tidur, berjalan beristeri,, penat, sakit yang tidak menjejaskan martabat nubuwatun [kenabian]Mereka menanggung kesusahan Tiada sifat yg boleh menjatuhkan martabat mereka sebagai seorang rasul seperti gila dsbnya
Sifat-sifat Rasul
Sifat Wajib Sifat Mustahil
Sifat Harus
2. Apakah perbezaan antara sifat harus bagi rasul dan manusia biasa
3. Tuliskan dalil naqli yang menunjukkan rasul bersifat menyampaikan
4. Huraikan dua kepentingan bersifat denagn sifat-sifat wajib rasul
5. Sebagai murid, bagaimana anda dapat mencontohi sifat terpuji para rasul?
UNIT 4: KESAN BERIMAN KEPADA RASUL
14
Kepentingan mencontohi para RasulPara rasul manusia pilihanMereka membawa perkara yg hakMereka menjadi mosel dan contoh terbaikMereka menjelaskan yang hak dan batilBukti keyakinan kita kepada Allah swtDapat melaksanakan syariat Allah swt
Sabda Rasulullah saw;Tidak sempurna iman seseorg sehingga aku lebih dicintai daripada anak-anaknya, bapanya dan semua manusia
-Riwayat Bukhari
AKIBAT MENOLAK SUNNAH RASUL
Individu;-Hidup dlm kesesatan-Jauh dari rahmat dan hidayah Allah- Mendapat balasan siksa apai neraka
Keluarga dan masyarakat ;-Kehidupan keluarga dan masyarkat porak peranda-Berlaku perpecahan dan perbalahan-Kemungkaran berleluasa
Negara:- Negara huru hara kerana perebutan kuasa-Tidak membangun-Perkembangan ilmu akan sia- sia
Sunnah Rasulullah saw:Perkataan, perbuaatn dan
pengakuan Rasululah saw yg berkaitan dgn Islam
Sunnah sumber kedua syariat Islamiah selepas al-Quran
- Menolak Sunnah Rasulullah saw dianggap murtad
Hukum menolak sunnah Rasulullah saw;
Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya danbaginya azab seksa yang amat menghinakan
.
15
Kesan beriman kepada Rasul
Mendapat hidyah utk kembali ke jalan Allah swt
Meningkatkan ketaatan kepada Allah swt
Mencintai Rasul lebih dr mencintai diri & keluarga
Memiliki akhlak mulia yg boleh dicontohi
Mendapat kebahagian dunia dan akhirat
individu
Mengambil berat pendidikan fardhu ain dan fardhu kifayah
Membina keluarga bahagia menjamin keharmonian rumahtangga
Anggota keluarga yg kuar beribadat seperti solat berjemaah
Ibu bapa membesarkan anak-anak dgn penuh kasih sayang
keluarga
Mengutamakan perpaduan dan persaudaraan serta saling hormat menghotmati
Patuh dan taat kepada Allah swt, rasul dan para pemimpin
Menggalakkan aktiviti keilmuan dikalangan anggota masyarakat
Masyarakat
Anak yg soleh, taat kpd ibubapa dan tidak menderhaka
Memelihara anggota keluarga dari dosa dan azab
Berusaha membenteras gejala sosial dlm masyarakat
Unit 4 Latihan
Kesan beriman kepada Rasul
1. Nyatakan dua sebab rasul dipilih dari kalangan lelaki
2. Terangkan tiga cara menyayangi dan mencintai Rasulullah saw
3. Jelaskan hukum mengingkari sebahagian rasul
4. Nyatakan tiga ganjaran Allah kepada orang yang taat kepada ajaran nabi dan rasul?
7. Rasul pembawa rahmat dan kebahagiaan kepada umat manusia.
Bincangkan tiga implikasi masyarakat Islam yang tidak beriman kepada rasul.
8. Nyatakan tiga kepentingan mencontohi para rasul
9. Kemukakan tiga kesan beriman kepada rasul terhadap individu dan keluarga
10. Huraikan tiga kesan beriman kepada rasul terhadap masyarakat
11. Golongan yang menolak sunnah Rasulullah saw ialah golongan sesat. Kemukakan dua contoh
kesesatan golongan ini seperti yang berlaku dalam masyarakat kini.
16
Memastikan sumber ekonomi bebas dari sumber haram spt riba ,judi
Dipimpin para pemimpin yg cekap, bersih, amanah, adil & bertanggungjawab
Membina tamadun Islam berasaskan wahyu
Menegakkan hukum dan perundangan Islam
Negara
Melaksanakan tanggungjawab dakwah
UNIT 5:’USMATUL RASUL
Maksudnya: Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.
17
MAKSUD ‘USMATUL RASUL[MAKSUM]
DALIL
Rasul terpelihara daripad melakukan maksiat , dosa dan perkara yang boleh mecemarkan kemuliaan, ketaatan dan kemampuan mereka
dalam menyampaikan wahyu Allah swt
Mafhumnya: i. Nabi dan Rasul mendapat bimbingan wahyu. Mereka tidak bercaakap mengikit hawa nafsu. Mereka adalah tepat dan benar2. Rasul dan Nabi terpilih disis Allah3. Diutuskan menjadi contoh teladan kepada manusia4. Terpelihara melakukan perkara yg bercanggah
HIKMAT RASUL ULUIL AZMI Menjadi contoh teladan kpd manusia dlm semua aspek kehidupan
Meyakinkan manusia tentang kebenaran risalah
yg dibawa
Menjamin kewibawaan para nabi dan
rasul
18
Memelihara kemuliaan & keaslian wahyu daripada perubahan& penyelewengan
Meyakinkan manusia tentang kebenaran risalah
yg dibawa
RASUL DILANTIK DARI KALANGAN
MANUSIA
Memudahkan manusia menerima ajaran Islam
Bersesuaian dgn manusia yg mempunyai sifat cekal, sabar & gigih
Menjadi contoh dlm melaksanakan suruhan Allah swt dan meninggalkan larangannya
Sebagai ujian Allah kpd manusia sama ada membenarkan rasul atau mendustakannya
MAKSUD MU’JIZAT RASUL[MUKJIZAT]
Perkaar luar biasa yg dikurniakan Allah kpd Nabi dan Rasul. Bertujuan utk membuktikan kebenaran kenabian dan kerasulan mereka serta kesahihan risalah yg d-bawa disamping
melemahkan musuh-musuh Allah swt
Tidak berlaku pd manusia biasaTidak boleh dipelajari/ditandingi
Antara perkara yg berlaku pd manusia Karamah:
Perkara luar biasa kpd manusia yg diguanakn oleh Allah swt kpd hamba Allah yg soleh
Contoh kumpulan sashabul Kahfi Irhas:Perkara luar biasa kpd manusia yg bakal dilantik menjadi rasul utk menarik
perhatian orang ra,ai Seperti nabi Isa boleh bercakap semasa kecil
Ma’unahPerkara luar biasa yg dikurniakan oleh Allah kpd manusia yg beriman sebgai pertolongan Allah swtContoh: seseorang yang terselamat daripada bahaya maut
19
Ist idraj:Perkara luar biasa kpd manusia yg ingkar perintah Allah; org fasik & kafirContoh: Allah beri nikmat yg melimpah-limpah, Allah tangguh pembelasannya.Mereka lupa daratan, sombong & menyangka berada di pihak yg benar
Sihir:-Perkara luar biasa yg berlaku pd sesiapa shj yg mempelajarinya-Dorongan hawa nafsu utk melakukan kejahatan-Berlaku dgn bantuan jin dan syaitan-Boleh ditandingi dan dikalahkanContoh : Pukau atau santau Jenis mukjizat
Ma’nawiMu’jizat yg diketahwi keluar bisaannya dgn akal fikiran Contohnya: al-Quran hanya boleh dirasai kehibatannya setelah dipelajari dan dikajissecara mendalam.
HissiMu’jizat yg dpat dilihat & dirasa dgn
pancaindera. Contohnya mu’jizat Nabi Muhammad memperbanyakkan makanan yg
sedikit
Tujuan Allah mengurniakan mukjizat
Menjawab soalan & menyahut cabaran
Meyakinkan umat Islam sendiri
Membenarkan kenabian dan kerasulan nabi & rasul
Membuktikan kebenaran risalah yg dibawa Memuliakan rasul
dan menolong mereka
Melemahkan musuh Menunjukkan kekuasaan Allah swt
Meyakinkan org kafir akan kebenaran islam
Contoh mu’jizat para rasul;Nabi Ibrahim tidak hangus dibakar apiUnta nabi Saleh keluar dari batuTongkat nabi Musa jadi ularNabi Sulaiman boleh memerintah anginNabi Yunus terselamat dari perut ikan nun’Nabi Isa boleh menyembuhkan penyait sopak dan butaNabi Muhamad saw naik kelangit dalam peristiwa iisra’mikraj
Latihan
Unit 5 Ismatul Rasul
1. Jelaskan pengertian Ma’sum/ Ismatul Rasul
2. Tuliskan dalil naqli mengenai Ismatul Rasul
3. Mengapa para nabi dan rasul perlu bersifat maksum
4. Jelaskan dua keistimewaan sifat maksum para rasul
5. Nyatakan dua sebab rasul dipilih dari kalangan manusia ?
6. Al-Quran adalah mukjizat teragung nabi Muhamad saw. Huraikan kenyataan beserta contoh bagi
membuktikan kebenaran
7. Apakah dua pengajaran yang dapat diambil daripada sifat maksum rasul?
8. Apakah maksud mukjizat?
9. Nyatakan dua hikmat Allah swt mengurniakan mukjizat kepada rasul
10. Apakah maksud irhas?
11. Nyatakan mukjizat yang dikurniakan kepada rasul berikut;
i. Nabi Isa
- _____________________________________________
- _____________________________________________
ii. Nabi Sulaiman
- _____________________________________________
- _____________________________________________
iii. Nabi Daud
- _____________________________________________
- _____________________________________________
iv. Nabi Musa
- _____________________________________________
20
- _____________________________________________
v. Nabi Nuh
- _____________________________________________
- _____________________________________________
B.
21
Mukjizat Nabi Muhammad saw
iv. Matahari_________seketika
perjalanannya semasa baginda
menunjuk_____________kearahnya
iv. Matahari_________seketika
perjalanannya semasa baginda
menunjuk_____________kearahnya
i. Diturunkan kitab__________yang merupakan mukjizat terbesar
i. Diturunkan kitab__________yang merupakan mukjizat terbesar
iii._____________________hingga dapat digunakan untuk berwuduk
iii._____________________hingga dapat digunakan untuk berwuduk
iv.__________________________________________________iv.__________________________________________________
ii.______________________________________________ii.______________________________________________
22
22
22
22