apllkasi venir buluh dan potensi dalam … venir buluh dan potensi dalam... · 4. pusat khidmat...

25
APLlKASI VENIR BULUH DAN POTENSI DALAM PENGHASILAN PERABOT MELALUI PROSES ACUAN Abdul Ghafur Bin Abdul Hamid Sarjana Seni 2012

Upload: vuongdang

Post on 12-Mar-2019

270 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

APLlKASI VENIR BULUH DAN POTENSI DALAM PENGHASILAN PERABOT MELALUI PROSES ACUAN

Abdul Ghafur Bin Abdul Hamid

Sarjana Seni 2012

PuS:lf Khiumal Mukiumal AkauCnllh U IVERSITI MALAYSIA SARAW.

APLlKASI VENIR BULUH DAN POTENSI DALAM PENGHASILAN

PERABOT MELALUI PROSES ACUAN.

ABDUL GHAFUR ABDUL HAMID

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Satjana Seni

( Seni Reka Perindustrian )

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK

2011

Projek bertajuk "Aplikasi Venir Buluh dan Potensi Dalam Penghasilan Perabot

Melalui Proses Acuan" telah disediakan oleh Abdul Ghafur Abdul Hamid dan telah

diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk

Ijazah SaIjana Seni ( Seni Reka Perindustrian ).

Diterima untuk diperiksa oleh:

( Prof. Dr. Hj. Khairul Aidil Azlin Abd. Rahman)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif,

Universiti Malaysia Sarawak.

Tarikh: ~~~~~~~~~

PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa tiada bahagian daripada penyelidikan dalam disertasi ini telah

digunakan sebagai bahan sokongan untuk sesuatu ijazah atau kelulusan sarna ada

kepada universiti ini atau institut pengajian tinggi yang lain kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah dijelaskan sumbernya.

Tandatangan .......................... ...... ......... .

Nama Penulis : Abdul Ghafur Abdul Hamid

Tarikh : September 2012

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN

JUDUL: APLIKASI VANIER BULUH DAN POTENSI DALAM PENGHASILAN PERABOT MELALUI PROSES ACUAN.

SESI PENGAJIAN: 2009/2012

Saya ABDUL GHAFUR ABDUL HAMID

Mengaku membenarkan tesis / Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. TesislLaporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak. 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan. 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

salinan tesis / laporan ini sebagai pertukaran bahan antara institusi pengajian tinggi. 5. *Sila tandakan [1]

D SULIT (mengandungi maklumat yang berdaIjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

D

D TERHAD (mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan

Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia

Alamat tetap Kampung Lubuk Paku, 26500 Maran, Pahang.

Tarikh: Tarikh:

•Jika Tesis/Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila Iampirkan surat daripada pihak berkuasa I organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis Ilaporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Penghargaan

Setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia saya, Prof Dr. Hj Khairul Aidil Azlin

Abd Rahman dan Puan Faridah Shaari atas bimbingan dan tunjuk ajar yang dicurahkan selama

proses penyelidikan ini dijalankan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

semua pensyarah di Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif atas sumbangan idea serta pandangan

mereka dalam memantapkan lagi kajian saya.

Terima kasih juga atas keJjasama yang diberikan oleh pihak Sarawak Forestry, iaitu Dr

Alik Duju kerana sudi berkongsi ilmu serta memberi tunjuk ajar dan membenarkan saya

menggunakan fasiliti di Sarawak Forestry. Tidak lupa juga pihak Sabah Forestry dan FRIM

atas tunjuk ajar dan berkongsi maklumat kepada saya.

Akhir sekali, terima kasih juga kepada pihak ZAMALAH Universiti Malaysia

Sarawak kerana menaja pengajian saya dan membolehkan saya melaksanakan kajian ini.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa serta rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan

dan galakan kepada saya. Sekian terima kasih.

I

Abstrak

Buluh merupakan tumbuhan yang mempunyai hubung kait dengan kehidupan serta

kebudayaan manusia terutamanya penduduk di Malaysia. Sumber buluh di Borneo

kebanyakannya terdapat di kawasan hutan yang tidak diterokai seperti Tambunan, Keningau

dan Ranau kira-kira 3200 hektar. Sifat fizikal venir daripada bahagian dalaman buluh adalah

kalis air, nipis serta mudah untuk dibentuk. Proses penghasilan venir daripada buluh

mengunakan kaedah tradisional oleh masyarakat Bidayuh yang dikenali sebagai Berapak

untuk dijadikan sebagai produk kraf yang berukuran antara 12 inci lebar dan 30 inci panjang.

Hasil untuk perkembangan bahan mendapati bahawa venir daripada bahagian dalaman buluh

boleh dijadikan sebagai papan laminasi buluh serta perabot yang berasaskan acuan.

Penyelidikan ini lebih tertumpu pada mengkaji sifat fizikal bahan iaitu Mampatan selari ira,

Lentur statik dan Ricih menggunakan kaedah BS 373: 1957 serta membentukkan bahan

menggunakan kaedah melekatkan venir bersama kertas bagi mendapatkan saiz yang sesuai

untuk dimasukkan ke dalam mesin acuan (Compress Machine). Hasil dapatan menunjukkan

venir daripada buluh dapat dilekatkan bersama kertas serta dibentukkan dengan sempurna

untuk dijadikan sebagai nilai tambah perabot melalui proses acuan. Venir daripada bahagian

dalaman buluh diaplikasikan kepada rekabentuk kerusi kereta dengan menerapkan elemen

kontemporari dan elegan melalui proses validasi terhadap pengguna bagi melihat pandangan

pengguna terhadap reka bentuk baru kerusi kereta daripada buluh. Hasil daripada proses

validasi menunjukkan bahawa reka bentuk kerusi kereta daripada buluh ini memenuhi citarasa

pengguna.

II

Abstract

Q3amboo is a plant that possesses unique yet valuable bonding with life and human culture,

especially among Malaysian communities. Bamboo resources in Borneo could be located in

the proximity ofun explored forest such as in Tambunan, Keningau and Ranau at about 3200

hectares. The veneer's physical properties ofa bamboo are waterproof, thin and easily bent.

The veneer traditional extraction and production process that was pioneered by the Bidayuh

community is known as 'Berapak' and it is applied to create and produce craft products

measured 12 inches wide and 30 inches long. According to literature, veneer can be used as a

laminated bamboo layer and moldedfurnitur, Thefocus ofthis research was to study the

characteristics ofveneer's physical properties via BS 373:1957 method such as Compression

parallel to grain, Static bending and Shear. This method is used to form materials through the

process ofattaching veneer with paper sheet to obtain the appropriate size that can be

inserted into a molding machine. The result confirmed that the bamboo veneer sheet can be

joined together and shaped peifectly to serve as potential value-added molded furniture.

Hence, veneer which was derivedfrom bamboo was applied to a car seat design using

contemporary and elegance elements. From the validation process, the car seat design that is

incorporated with veneer has successfully satisfied the targeted consumers.

III

Pusat Khidmat MakJumat Akademik UNIVERSm MALAYSIA SARAWAK

lSI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

SENARAI RAJAH

SENARAI JADUAL

lsi Kadungan Bab 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1.2 Spesies Buluh di Malaysia 1.3 Venir 1.4 Pemyataan Masalah 1.5 Persoalan Kajian 1.6 Objektif

Bab 2 KAJIAN LEP AS 2.1 Pengenalan 2.2 Sifat Fizikal Pokok Buluh

2.2.1 Sifat Fizikal Buluh Lemang 2.2.2 Sifat Fizikal Buluh Betong 2.2.3 Sifat Fizikal Buluh Beting

2.2.4 Sifat Fizikal Buluh Semantan

2.2.5 Sifat Fizikal Buluh AurlBuluh Minyak

2.2.6 Sifat Fizikal Buluh Galah

2.2.6 Sifat Fizikal Buluh Gading

2.2.7 Rumusan spesies buluh 2.3 Sifat Fizikal Buluh. 2.4 Kegunaan Buluh Dalam Industri

2.4.1 Kegunaan Buluh Dalam Industri Perabot

2.4.2 Kegunaan Buluh Dalam Industri Pertanian

2.5 Proses penghasilan laminasi venir ke dalam acuan

2.5.1 Perabot berasaskan acuan 2.6 Reka Bentuk Kerusi Kereta

2.7 Kerangka teori

2.8 Kesimpulan

MUKASURAT

I

II

III

VI

XI

I 2 6 7 8 8

9 9 12 14 16 18 20 22

24

26 28 29 30 32

33

34 36 38

43

IV

Bab 3 METODOLOGI

3.0 Pengenalan 44 3.1 Kaedah Kualitatif 44 3.2 Kaedah Kuantitatif 46 3.3 Proses Kajian 47 3.4 Kesimpulan 49

Bab 4 EKSPERIMEN DAN PROSES PENGHASILAN BAHAN BARU 4.0 Pengenalan 50 4.1 Pemprosesan Bahan Mentah 51 4.2 Mengkaji sifat fizikal 53

4.2.1 Mengubah Bentuk Bahan 55 4.3 Membentukkan bahan 62 4.4 Menghasilkan bahan barn 72

4.4.1 Proses 74 4.5 Kesimpulan 86

Bab 5 V AUDASI DAN REKABENTUKPRODUK AKHIR 5.0 Pengenalan 87 5.1 Lakaran awal produk 87 5.2 Perkembangan idea 97 5.3 Validasi produk 101 5.4 Validasi produk akhir 106 5.5 Rekabentuk produk akhir 108

Bab 6 KESIMPULAN 112

Rujukan Lampiran

V

Senarai Rajah

No. Rajah Tajuk Muka Surat

Dab 1 1.1 Buluh Betong (Dendrocalamus as per) 4 1.2 Buluh Beting/Poring (Gigantochloa levis) 4 1.3 Buluh Lemang (Schizotachyum brahyladum) 5 1.4 Buluh Gading (Bambusa vulgaris var.striata) 5 1.5 Buluh Galah (Bambusa heterostachya) 5 1.6 Kaedah penghasilan venier kayu. 6

Dab 2

2.1 Struktur batang buluh 10

2.2 Keratan rentas batang buluh gading 11 2.3 Rumpun buluh lemang 11 2.4 Rebung buluh galah 11 2.5 Rumpun buluh lemang 13

2.6 Rumpun buluh lemang kuning 13 2.7 Keratan rentas buluh lemang 13

2.8 Rumpun buluh betong 15 2.9 Keratan rentas buluh betong 15 2.10 Rumpun buluh beting 17 2.11 Keratan rentas buluh beting 17 2.12 Rumpun buluh seman tan 19 2.13 Keratan rentas buluh semantan 19 2.14 Rumpun buluh aur/minyak 21 2.15 Keratan rentas buluh aur/minyak 21 2.15 Rumpun buluh galah 23 2.16 Keratan rentas buluh galah 23 2.17 Rumpun buluh gading 25 2.18 Keratan rentas buluh gading 25 2.19 Perabot daripada buluh 31

VI

2.20 Perabot daripada buluh 31

2.21 Kincir angin 32

2.22 Proses laminasi venir kedalam acuan 33

2.23 LeWchair rekaan Ray dan Charles Eames 35

2.24 Kurv chair rekaan Nienkamper 36

2.25 Kerusi kereta Skydeck rekaan Honda. 37

2.26 Kerusi kereta Prius rekaan Toyota. 37

2.27 Kerusi kereta Vision Ejjicientd Dynamics rekaan BMW. 37

2.28 Kerangka konsep 39

Bab 3

3.1 Proses kajian 47

Bab4

4.1 Proses eksperimen 50

4.2 Proses mengupas buluh menggunakan kaedah manual. 52

4.3 Proses mengukur panjang venir 53

4.4 Proses mengukur kelebaran venir 54

4.5 Proses mengukur ketebalan venir 54

4.6 Proses kompres venir 56

4.7 Papan laminasi daripada buluh 56

4.8 Grafhasil dapatan untuk ujian kekuatan Static Bending 57

4.9 Grafhasil dapatan untuk MOE (Modulus ofelasticity) 58

4.10 Sampel 3 lapisan laminasi buluh 59

4.11 Sampel laminasi buluh daripada venir buluh 59

4.12 Venir yang dimasukkan kedalam acuan 63

4.13 Hasil dapatan daripada eksperimen membentukkan venir secara 63

langsung

4.14 Proses memasukkan venir kedalam mesin mengukus 64

4.15 Venir yang dimasukkan kedalam acuan 65

4.16 Venir yang telah beIjaya dibentukkan 65

4.17 Proses melekatkan kertas bersama venir 66

VII

4.18 Proses kompres venir bersama kertas 67

4.19 Hasil dapatan venir yang digamkan bersama kertas 67

4.20 Hasil dapatan tindak balas gam bersama kertas dan venir 68

4.21 Proses memasukkan venir yang dilekatkan bersama 69

kertas kedalam mesin mengukus

4.22 Proses memasukkan venir kedalam mesin acuan 69

4.23 Venir yang digamkan bersama kertas Glassin serta dibentukkan 70

4.24 Venir yang digamkan bersama kertas Sugar serta dibentukkan 70

4.25 Venir yang digamkan bersama kertas Trasing serta dibentukkan 71

4.26 Venir yang digamkan bersama kertas Tyvex serta dibentukkan 71

4.27 Proses penghasilan laminasi kayu 73

4.28 Kerangka proses menghasilkan bahan baru 74

4.29 Proses memotong venir 75

4.30 Venir yang disusun diatas kepingan pap an 76

4.31 Proses melekatkan maskin tape dibahagian tepi venir 76

4.32 Proses menyapukan gam diatas venir 77

4.33 Proses mekatkan kertas diatas permukaan venir 78

4.34 Proses menggelek 78

4.35 Proses mengapitkan kertas bersama venir 79

4.36 Kepingan papan yang telah diapit menggunakan apit G 80

4.37 Proses membuka kepingan pap an serta venir 80

4.38 Kepingan kertas Tyvex serta venir yang dilekatkan secara melintang 81

4.39 Kepingan kertas Tyvex serta venir yang dilekatkan secara menegak 81

4.40 Proses menyapukan gam untuk dimasukan kedalam mesin acuan 82

4.41 Proses melekatkan dua kepingan venir sebelum dimasukkan 83

kedalam mesin acuan

4.42 Proses memasukkan kepingan venir kedalam mesin acuan 84

4.43 Kepingan venir dimampatkan 84

4.44 Venir daripada bahagian dalaman buluh yang telah siap dibentukkan 85

VIII

Bab5

5.1 Lakaran idea pada bahagian penyandar pada pandangan 89

hadapan.

5.2 Lakaran idea pada bahagian ternpat duduk pada pandangan 90

atas.

5.3 Lakaran idea kerusi kereta yang diaplikasikan kepada 91

rekabentuk dalarnan kereta.

5.4 Lakaran reka bentuk 3 dirnensi kerusi kereta yang diaplikasikan kepada

reka bentuk dalarnan kereta.

5.5 Lakaran figura rnanusia serta rekabentuk kerusi kereta pada pandangan 92

sisi.

5.6 Reka bentuk pelaras pada kerusi kereta. 94

5.7 Reka bentuk tahap rnelaras kerusi kereta 94

5.8 Kaedah untuk rnelaraskan kerusi 95

5.9 Rekabentuk kerusi acuan yang diaplikasikan kepada rekabentuk 96

kerusi kereta.

5.10 Ukuran rekabentuk kerusi kereta pandangan hadapan. 96

5.11 Ukuran rekabentuk kerusi kereta pandangan sisi. 97

5.12 Ujian bentuk tubuh badan rnanusia pada bahagian penyandar 98

5.13 Ujian bentuk tubuh badan rnanusia pada bahagian ternpat duduk 98

5.14 Rekabentuk perkernbangan idea bahagian penyandar 99

5.15 Rekabentuk perkernbangan idea bahagian ternpat duduk 100

5.16 Graf hasil dapatan validasi rekabentuk penyandar kerusi kereta 102

5.17 Graf Analisa Kornponen Prinsipal (PCA) untuk rekabentuk penyandar 103

5.18 Graf hasil dapatan validasi rekabentuk ternpat duduk kerusi kereta 104

5.19 Graf Analisa Kornponen Prinsipal (PCA) untuk rekabentuk ternpat duduk 105

5.20 Rekabentuk akhir kerusi kereta daripada buluh 106

5.21 Graf validasi rekabentuk akhir kerusi kereta daripada buluh 107

5.22 Rekabentuk akhir kerusi kereta daripada buluh pandangan hadapan 108

5.23 Rekabentuk akhir kerusi kereta daripada buluh pandangan sisi 109

IX

5.24 Rekabentuk akhir kerusi kereta daripada buluh pandangan dalaman kereta 110

5.25 Kajian ergonomik pandangan sisi 110

5.26 Kajian ergonomik pandangan belakang III

Bab6

6.1 Lakaran cadangan reka bentuk mesin menghasilkan venir buluh 113

6.2 Papan laminasi daripada venir buluh 114

x

Senarai Jadual

No. Tajuk Muka Jadul Surat

Bab 1 1.1 lenis-jenis buluh di Malaysia serta kegunaannya 3

Dab 2

2.1 Rumusan spesies buluh di Malaysia 26-27

2.2 Kata kunci 38

Dab 4

4.1 Eksperimen membentukkan papan laminasi 55-56

4.2 ladual hasil dapatan untuk ujian kekuatan Lengkungan statik. 57

4.3 ladual hasil dapatan untuk ujian kekuatan mampatan. 60

4.4 ladual hasil dapatan untuk ujian kekuatan Ricih. 61

4.5 MOE spesies kayu dalam kumpulan 7. 61

4.6 Pembentukkan bahan secara langsung. 63

4.7 Pembentukkan bahan melalui proses mengukus. 64-65

4.8 Proses melekatkan venir bersama kertas. 66-68

4.9 Pembentukkan venir yang dilekatkan bersama kertas. 68 -71

XI

BAB 1: PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Buluh sarna ada ditanam atau tumbuh meliar mempunyai hubung kait yang rapat dalam

kehidupan dan kebudayaan penduduk di Asia khususnya dalam kalangan masyrakat luar

Bandar. Buluh pada suatu ketika dahulu dianggapsebagai rumpai, musuh tanaman lain dan

tidak bennanfaat kini sedang mengalami dimensi baru dan dipandang sebagai khazanah

hutan yang berharga kepada pembangunan ekonomi masyarakat dan negara. Selain itu,

penanaman buluh telah dilaksanakan atau diusahakan ke arah penghasilan bahan mentah

dalam konteks skala besar iaitu sektor perladangan. Pengunaan buluh turut menjadi bahan

gubahan utuk ruang dalaman kediaman dan seni bina lanskap. Kini buluh tidak lagi

dipandang hanya sebagai khazanah berharga di hutan malahan buluh juga telah ditanam di

ladang (Kamaruddin, 2009).

Buluh adalah salah satu hadiah alam paling berharga- untuk manusia dan juga merupakan

hasil hutan yang berguna. Potensi buluh boleh dimanfaatkan untuk penduduk luar bandar dan

penduduk bandar. Buluh juga merupakan salah satu hasil hutan yang digunakan oleh manusia

sejak zaman dahulu untuk pelbagai kegunaan seperti membina rumah, pembinaan bumbung,

rakit, perabot dan sebagainya (Kasim, 2006).

Pada tahun 2010, bersempena dengan tahun kreatif dan inovasi, Presiden Pertubuhan

Kreativiti dan Inovasi Malaysia (MACRI). Datuk Ghazi Sheikh Ramli telah mempromosikan

kegunaan buluh secara optimum dalam penghasilan kereta sejajar usaha kerajaan Malaysia

membangunkan teknologi hijau serta menggalakan penyelidik untuk menjalankan kajian

terhadap buluh dan membina prototaip yang dapat dikomersilakan keperingkat antarabangsa

(Kadir, 20 I 0).

Menurut Datuk Ghazi Skeikh Ramli buluh merupakan tumbuhan rumput yang paling cepat

membesar iaitu mengambil masa antara tiga hingga lima tahun sahaja. Selain itu, buluh juga

mempunyai kekuatan yang lebih besar berbanding kayu sekiranya melalui proses pengawetan

yang tepat dan iajuga mampu menjadi lebih kuat berbanding besi (Kadir, 2010).

1.2 Spesies Buluh di Malaysia

Othman, Mohmod, Liese, & Haron (1995) menyatakan buluh tergolong dalam

keluarga rumput 'Gramineae', sarna seperti lalang, jagung dan padi. Buluh kemudiannya

terbentuk dalam kumpulan 'Bambuseae' daripada subkeluarga 'Bambusoideae '.

Tanaman ini boleh didapati di kawasan tertentu seperti kawasan bukit-bukau dari

paras laut hingga ke paras 1000 meter. Buluh dirian asli yang tumbuh di dalam hutan

hidupan meliar setelah kawasan tersebut dibalak. Dengan terbukanya silara pokok asal,

cahaya matahari yang ada menggalakkan buluh tumbuh dengan meluas (Mohamed, 1998).

Malaysia mempunyai lebih kurang 70 spesies buluh, 45 spesies tersebut merupakan

spesies tempatan yang tumbuh secara semulajadi di kawasan hutan asli atau hutan selepas

pembalakan. Hampir semua buluh yang terdapat di kawasan tropika adalah daripada jenis

simpodial iaitu tumbuhan berumpun. Daripada 70 spesies yang terdapat di Malaysia

terdapat 30 spesies di Sabah dan 20 spesies di Sarawak iaitu kira-kira 329 000 hektar ke

seluruhannya (Kamaruddin, 2009).

2

ladual 1.1: lenis-jenis buluh di Malaysia serta kegunaannya (Kamaruddin, 2009).

Nama tempatan Nama sains Kegunaan

Buluh duri Bambusa blumeana Pencungkil gigi, perabot,

I alat muzik.

Buluh galah Bambusa heterostachya ,

I

Galah, bingkai, pencucuk sate.

Buluh minyak Bambusa vulgaris Hiasan, pengcungkil gigi

Buluh gading Bambusa vulgaris var.striata

Hiasan

I'

Buluh betong Dendrocalamus as per Perabot, bahan dalam pembuatan bangunan.

Buluh semantan Gigantochloa scortechinii Kraf tangan, colok.

Buluh beting

I

Gigantochloa levis Sebagai makanan (rebung), penyepit.

Buluh tumpat Gigantochloa ligulata Bingkai, tiang penyokong tanaman sayuran.

Buluh beti Gigantochloa wrayi Kraf tangan, pengcungkil gigi,pencucuk sate.

Buluh semeliang Schizotachyum grande Bingkai

Buluh lemang I

Schizotachyum brahyladum Kraftangan, masakan seperti lemang

Buluh telurlBuluh dinding Schizotachyum zollingeri I

Kraftangan

~

3

Jenis-jenis buluh yang biasa terdapat di Sabah adalah Dendrocalamus asper (Buluh

Betung), 'Gigantochloa levis' (Buluh Poring), 'Dinochloa ', 'Schizostachyum

brachycladum' (Buluh Lemang), dan 'Bambusa vulgaris' (Buluh Temalang). Anggaran

buluh yang terdapat di Sabah kira-kira 37.42 juta batang buluh (6 jutalbatang). Sebahagian

besar spesies buluh terdapat ditepi sungai, hutan dataran rendah serta lereng bukit dan

puncak bukit (Chi a & Tangah, 2006).

Rajah 1.1: Buluh Betong Rajah 1.2: Buluh BetinglPoring

'Dendrocalamus asper' 'Gigantochloa levis '

4

Pu It KWdmllt Maklumat Ak de. ik UNIVE m MALAYSIA S :WAf(

Rajah 1.3: Buluh Lemang Rajah 1.4: Buluh Gading

'Schizotachyum brahyladum ' 'Bambusa vulgaris var.striata'

Rajah 1.5: Buluh Galah (Bambusa heterostachya).

5

1.3 Venir

Venir merupakan lembaran kayu nipis yang dibelah, dikupas atau dihiris daripada log.

Terdapat tiga kaedah yang digunakan utuk menghasilkan venir iaitu Pemotongan secara

putaran, Hirisan menegak dan Hirisan suku.

Hirisan secara putaran adalah kaedah pemotongan venir yang biasa digunakan dalam

industri pembuatan papan lapis. Apabila log berputar melawan pisau tajam venir akan

terkupas daripada log yang sama seperti kaedah menarik kertas daripada rol.

Hirisan menegak adalah kaedah pemotongan venir seperti menghiris kentang. Log

pertama dihiris menjadi heksagon (enam sisi) dan kemudiannya terbahagi kepada dua

bahagian. Setiap bahagian dipanggil 'flitch ', 'Flitch' bergerak turun naik terhadap pisau

dan venir akan terpotong.

Hirisan suku adalah kaedah penghasilan venir yang mahal. Kaedah hirisan suku juga

menggunakan mesin yang sama dengan hirisn menegak Namun dalam penghasilan hirisan

suku, log daripada segi enam ini berpusat ditengah sebelum venir ini dipotong (Feirer, J.

L. 1984).

~ ~ ~. KNIP'E IS STATIONAItY IN ALL PROCES"

l~ ~~ ~

Rajah 1.6: Kaedah penghasilan venir Iwyu. (Feirer, 1984)

6

1.4 Penyataan Masalah

Walaupun terdapat pelbagai produk daripada buluh yang terdapat di pasaran, namun

masih terdapat masalah dari aspek tertentu seperti:

a) Sesetengah komponen kereta terpaksa di import daripada luar negara terutamanya

daripada negara pengeluar kereta terkemuka. Menurut Datuk Ghazi Sheikh Ramli

banyak bahagian penting pada kereta terpaksa diimport dari luar negara, sedangkan

Malaysia mampu tampil dengan kepakaran sendiri melalui sumber-sumber yang

boleh diinovasikan termasuklah buluh (Kadir, 2010).

b) Penghasilan perabot daripada buluh lebih tertumpu daripadajenis buluh yang tebal

dan tua. Menurut Kamaruddin (2009) kebanyakan buluh yang digunakan untuk

menghasilkan barangan terdiri daripada jenis batang buluh yang tidak mudah patah

dan mempunyai daya ketahan yang tinggi dan buluh yang digunakan hendaklah

yang cukup tua. Hal ini membuktikan bahawa buluh yang nipis dan muda tidak

sesuai untuk dijadikan sebagai perabot yang bermutu. Buluh yang biasa digunakan

dalam industri pembuatan perabot adalah buluh betong (Dendrocalamus asper)

kerana sifat fizikalnya yang tebal dan kuat.

c) Kurangnya pengolahan terhadap reka bentuk yang menggunakan bahan daripada

buluh. Menurut Rahman (2011) menyatakan pengusaha industri buluh

mengusahakan industri ini secara kecil-kecilan menggunakan kaedah tradisional

dan reka bentuk perabot daripada buluh lebih tertumpu pada bentuk asal buluh

tersebut.

7

1.5 Persoalan Kajian

Penyelidik telah menyenaraikan beberapa persoalan dalam menjalankan kajian iaitu:

a) Bagaimanakah venir daripada buluh ini dihasilkan?

b) Bagaimanakah sifat fizikal bahan dan kaedah untuk membentukkan bahan?

c) Adakah bahan baru dapat diaplikasikan kepada nilai tambah perabot?

d) Adakah reka bentuk produk baru daripada buluh diterima oleh pengguna?

1.60bjektif

Penyelidikan ini tertumpu kepada menghasilkan bahan baru daripada venir buluh serta

mereka bentuk perabot yang berasaskan acuan. Terdapat beberapa objektif kajian yang

telah dikenal pasti untuk mencapai matlamat kajian iaitu:

a) Mengkaji proses penghasilan venir daripada buluh secara tradisional.

b) Menguji sifat fizikal venir buluh dari segi sifat fizikalnya seperti ketahanan,

lenturan dan tekanan terhadap bahan serta menjalankan ujian membentukan

bah an menggunakan kaedah acuan.

c) Merekabentuk produk baru daripada venir buluh supaya mempunyai fungsi dan

nilai tambah dalam industri penghasilan perabot.

d) Menilai reka bentuk rekaan dengan menjalankan proses validasi terhadap

pengguna menggunakan kaedah perbezaan semantik.

8

BAB 2: SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Didalam bab so rotan kajian, penyelidik menerangkan beberapa tajuk kecil iaitu sifat

fizikal buluh, kegunaan buluh dalam insdustri, papan laminasi buluh serta perabot melalui

proses acuan. Pengkaji menerangkan beberapa kajian yang telah dijalankan sebelum ini untuk

dijadikan sebagai paduan dalam menjalankan kajian

2.2 Morfologi Pokok Buluh.

Kamaruddin, (2009) menyatakan bentuk rumpun buluh tetjadi daripada dua jenis

sistem pertumbuhan iaitu sistem rizom simpodium dan sistem rizom monodium. Jenis

simpodium mempunyai rumpun yang menghasilkan batang buluh yang banyak, rapat dan

berbongol-bongol. Buluh di negara tropika biasanya mempunyai jenis buluh simpodium

manakala di negara beriklim sederhana, buluh terdiri daripada jenis monodium. Bagi jenis

monodium, buluh berbentuk rumpun yang menjalar dan mengeluarkan satu batang buluh

sahaja bagi setiap mata tunas rizom. Selain itu, sesuatu jenis buluh boleh juga dikenal melalui

bentuk rumpun buluh.

9