aplikasi psikologi sosial dalam kehidupan

Upload: marinah-yasin

Post on 14-Apr-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 APLIKASI PSIKOLOGI SOSIAL DALAM KEHIDUPAN

    1/4

    S T U 2 4 2 : P S I K O L O G I S O S I A L | 1

    BAHAGIAN PERTAMA- DESKRIPSI RANGKAIAN SOSIAL

    Mereka yang amat penting dalam kehidupan saya ialah ibu bapa saya. Ibu bapa sangatpenting dalam kehidupan saya kerana mereka telah banyak berkorban serta mendidik saya

    sehingga saya dewasa dan menjadi seorang insan yang berjaya. Mereka sentiasa memastikan

    segalanya sempurna untuk saya dari segi pendidikan, pakaian, tempat perlindungan,

    makanan, dan sebagainya. Hal ini telah menyebabkan saya berasa amat dihargai dan

    disayangi sepenuh hati. Mereka merupakan ibu bapa yang sangat memahami sikap saya.

    Mereka juga sentiasa memberi dorongan serta galakkan kepada saya untuk melakukan

    perkara yang baik. Mereka juga merupakan ibu bapa yang sangat bertanggungjawab. Mereka

    akan sentiasa memastikan saya mendapat yang terbaik dalam apa jua yang saya lakukan.

    Selain itu, mereka yang penting dan sering muncul dalam kehidupan harian saya ialah

    kawan-kawan. Kawan-kawan juga penting kerana dengan adanya mereka hidup akan menjadi

    ceria. Hal ini kerana pelbagai gelagat dan perwatakan yang akan dapat kita lihat. Melalui

    mereka juga saya mendapat banyak pengalaman dan pengajaran yang berguna dalam

    kehidupan.

    BAHAGIAN KEDUA- APLIKASI PSIKOLOGI SOSIAL

    Ibu saya seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Manakala, bapa saya sudah pencen

    tetapi bapa saya menolong ibu saya di rumah. Ibu saya sangat suka memasak. Jadi saya akan

    sentiasa memerhatikan ibu ketika memasak. Saya akan perhatikan bahan-bahan yang ibu saya

    masak. Saya juga akan membantu ibu saya memasak supaya saya dapat mengetahui cara-cara

    memasak dengan betul. Pendekatan ini ialah pembelajaran melalui pemerhatian iaitu satu

    bentuk pembelajaran asas di mana saya mempelajari sikap atau tingkahlaku baru dengan

    memerhati ibu saya. Selain itu, kebanyakkan kesukaan ibu bapa saya dengan saya adalah

    sama. Ibu bapa saya minat untuk membeli-belah. Jadi saya akan mengajak ibu bapa saya

    untuk pergi membeli-belah. Kami akan selalu pergi membeli-belah pada hujung minggu.

    Apabila kami pergi membeli-belah, ibu bapa akan sentiasa membelanja saya. Ibu bapa saya

    akan membelikan apa sahaja yang saya inginkan. Hal ini kerana bagi ibu bapa saya dengan

    cara begitu akan membuatkan saya sentiasa bersemangat untuk berjaya. Oleh sebab itu,

  • 7/27/2019 APLIKASI PSIKOLOGI SOSIAL DALAM KEHIDUPAN

    2/4

    S T U 2 4 2 : P S I K O L O G I S O S I A L | 2

    mereka membelikan apa sahaja yang saya inginkan. Pendekatan yang digunakan ini ialah

    saya menggunakan pendekatan pelaziman instrumental. Pelaziman instrumental ialah satu

    bentuk pembelajaran asas di mana tindakbalas yang membawa kepada ganjaran atau

    pengelakkan dari hukuman diperkukuhkan. Seterusnya, ibu bapa saya suka mendengar laguklasik. Hari-hari saya mendengar lagu klasik. Hakikatnya, saya tidak suka mendengar lagu-

    lagu klasik. Saya lebih suka lagu-lagu balada. Namun, disebabkan hari-hari saya mendengar

    lagu klasik saya menjadi suka dan boleh menghafal lagu klasik tersebut dengan mudah.

    Kadang-kala saya bernyanyi bersama ibu bapa saya lagu klasik. Ini merupakan pelaziman

    subliminal dimana kesan pendedahan menyebabkan saya menjadi positif dengan hanya

    mendedahkan lagu klasik tersebut berulang kali. Sikap yang terbentuk ini akan berterusan

    walaupun antidiskriminasi ditekankan. Saya juga akan memastikan ibu bapa saya akan

    menjadi suka mendengar lagu balada dan boleh menyanyi lagu balada tersebut. Oleh itu, saya

    akan menutup seketika lagu klasik dan mendedahkan mereka dengan memasang lagu balada

    melalui telefon bimbit saya. Kadang-kala ibu bapa saya marah kerana saya menutup lagu

    klasik mereka tetapi pada masa yang sama mereka akan mendengar lagu balada walaupun

    sebentar. Lama-kelamaan ibu bapa saya boleh menerima dan kami akan menyanyi lagu

    balada dan klasik bersama-sama. Di samping itu, untuk mengeratkan hubungan rapat dengan

    ibu bapa, saya perlu menerapkan sikap suka membantu ibu bapa saya dan memahami

    perasaan mereka. Ini terdapat dalam konsep empati. Empati disini bermaksud saya merasai

    apa yang ibu bapa saya rasakan walaupun tidak tepat. Sudah menjadi kebiasaan, kadang-kala

    kita bersikap tidak peduli dengan percakapan ibu bapa dan berasa malas untuk menolong ibu

    bapa terutama apabila dalam keletihan. Walaubagaimanapun, empati akan mendorong saya

    untuk membantu ibu bapa saya dalam apa jua keadaan. Saya tidak mahu hubungan rapat

    dengan ibu bapa saya menjadi renggang. Hal ini kerana ibu bapa saya merupakan anugerah

    yang tidak ternilai diberikan kepada saya. Tanpa ibu bapa di dunia ini tiadalah saya di muka

    bumi ini.

    Ketika saya mendapat keputusan masuk ke Universiti Sains Malaysia (USM) saya

    berasa begitu seronok kerana dapat memyambung pelajaran saya ke peringkat Ijazah Sarjana

    Muda. Namun, pada masa yang sama juga saya berasa takut jika tidak mendapat kawan-

    kawan yang boleh memahami saya. Setelah saya berada di USM pada hari pertama saya tidak

    mengenali mana-mana individu termasuk rakan sebilik saya. Saya yakin rakan sebilik saya

    akan sampai bersama keluarganya. Oleh itu, saya menggunakan teknik Heuristik. Heuristik

    ialah cara mudah dan cepat untuk membuat keputusan. Apabila rakan sebilik saya tiba

  • 7/27/2019 APLIKASI PSIKOLOGI SOSIAL DALAM KEHIDUPAN

    3/4

    S T U 2 4 2 : P S I K O L O G I S O S I A L | 3

    bersama keluarganya, saya tersenyum dan bersalaman dengan keluarga tersebut. Hari

    interaksi selama seminggu saya akan sentiasa tersenyum bila melihat atau berjumpa kawan-

    kawan. Ini merupakan cara yang mudah untuk saya memulakan mencari kawan baru.

    Seterusnya, pada hari pertama menghadiri kuliah iaitu sebelum kuliah bermula sayamemperkenalkan diri saya dengan mereka yang duduk disebelah saya. Saya akan berinteraksi

    dengan mereka dan bertanyakan seperti nama, berasal dari mana, dan umur mereka. Ini

    merupakan saya menggunakan teknik taktik penyampaian diri. Taktik penyampaian atau

    promosi diri ialah kita boleh cuba menunjukkan diri sebagai mempunyai karekterisitik yang

    positif. Dalam promosi ini kita cuba untuk menonjolkan atribut positif tentang diri. Selain itu,

    saya menggunakan teori perspektif verifikasi diri iaitu proses bagaimana kita memastikan

    orang lain bersetuju dengan pandangan kita mengenai diri kita. Saya memberitahu bahawa

    saya pandai dalam bab mengira seperti subjek Statisktik tapi kurang pandai dalam bab

    membuat ayat seperti subjek Bahasa Malaysia. Kawan saya bersetuju dengan saya bahawa

    mengira lagi senang daripada membuat ayat. Sebagai kawan yang baik saya harus menjadi

    seorang yang sentiasa merendah diri dan beringrasiasi dengan kawan-kawan saya. Ingrasiasi

    ialah hormati pandangan mereka, puji mereka, dan tunjukkan yang saya suka akan pandangan

    mereka. Hal ini penting bagi saya untuk memastikan kawan-kawan saya selesa berkawan

    dengan saya. Saya akan sentiasa menunjukkan minat untuk mendengar segala pandangan

    kawan-kawan saya tentang diri saya atau apa-apa sahaja yang ingin mereka katakan. Saya

    juga akan memuji kawan-kawan saya apabila mereka melakukan perkara yang baik atau

    mendapat keputusan yang baik. Saya juga sentiasa merendahkan diri dalam setiap situasi. Di

    samping itu, saya sentiasa akan memastikan saya memakai pakaian yang bersih, kemas dan

    wangi untuk ke kuliah. Ini menunjukkan saya menggunakan teknik mengurus impresi.

    Teknik mengurus diri ini merupakan strategi untuk meningkatkan diri. Menurut Sharp &

    Getz, 1996; Wayne & Liden, 1995 menyatakan bahawa mereka yang mengurus impresi

    dengan baik akan mendapat kelebihan dalam pelbagai situasi. Oleh itu, dengan cara ini saya

    akan dapat meningkatkan keyakinan diri saya untuk berhadapan dengan kawan-kawan.

    Kawan-kawan juga suka berkawan dengan saya disebabkan sikap saya yang suka menjaga

    kebersihan diri dan berpakaian kemas. Di Malaysia rakyatnya berbilang bangsa,agama,dan

    budaya. Begitu juga di USM, jadi saya harus mengelakkan berlakunya sikap prejudis,

    streotaip negatif, dan diskriminasi dalam diri saya. Oleh sebab itu, saya berkawan dengan

    semua orang tanpa mengira bangsa, agama, dan budaya mereka. Saya akan sentiasa mencuba

    mengambil tahu dan bertanya tentang adat budaya kawan-kawan yang berlainan bangsa

  • 7/27/2019 APLIKASI PSIKOLOGI SOSIAL DALAM KEHIDUPAN

    4/4

    S T U 2 4 2 : P S I K O L O G I S O S I A L | 4

    dengan saya. Hal ini kerana saya dapat mempelajari dan menghormati adat budaya mereka.

    Perkara sebegini menyebabkan saya mempunyai ramai kawan.

    Kesimpulannya, setiap perkara yang berlaku mempunyai makna yang tersendiri. Saya

    berharap dengan menggunakan teori dan konsep dalam psikologi sosial dapat membantu saya

    dalam menjalani kehidupan yang penuh bermakna dan bererti.