aplikasi dan keberkesanan teori pembelajaran

18
Aplikasi dan keberkesanan teori pembelajaran Sememangnya setiap teori pembelajaran mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang efektif, pelbagai implementasi yang boleh dilaksanakan bagi memantapkan keberkesanan pdp didalam bilik darjah. 3.1 Aplikasi dan keberkesanan teori pembelajaran behavioris Keberkesanan teori behavioris dapat dilihat apabila guru telah bersedia menyediakan matlamat, objektif pengajaran dan analisis tugasan yang spesifik, realistik dan boleh dicapai sebelum aktiviti pembelajaran dan pengajaran bermula. Sebagai contoh, guru akan mengajar kemahiran menambah dan menolak sesuai dengan aras murid yang lemah, sederhana dan tinggi. Guru tersebut akan memperincikan tugasan yang telah dirancang dengan membantu murid aras sederhana dan lemah bagi menguasai kemahiran tersebut langkah demi langkah. Manakala murid aras tinggi pula akan diberi latihan tambahan bagi memantapkan lagi kemahiran menambah dan menolak. Hal ini sekaligus dapat membantu guru tersebut bagi mencapai objektif pembelajaran dengan lebih berkesan didalam pengajaran. Selain itu, bagi memastikan bagi pembelajaran akan menjadi lebih efektif, guru yang mengajar step by step, dan mengaplikasikan teknik peneguhan dan hukum kesediaan dengan betul semestinya berupaya meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kita ambil contoh seorang guru yang mengajar kemahiran menulis tulisan jawi. Guru tersebut akan mengajar kemahiran dari sekecil-kecilnya seperti memegang pensel sehinggalah kemahiran yang lebih besar seperti boleh menghasilkan tulisan jawi dengan cantik dan kemas. Kemahiran ini akan dapat dikuasai oleh murid sekiranya guru berjaya mencungkil rasa ingin tahu murid untuk belajar sepertimana yang terdapat dalam hukum kesediaan disamping menggunakan teknik peneguhan yang sesuai sama ada dalam bentuk pujian mahupun ganjaran dalam bentuk hadiah dan sebagainya sebagai menghargai hasil kerja murid. Seterusnya, saya melihat bahawa keberkesanan teori behavioris dapat dilihat apabila seseorang guru dapat mengaplikasikan hukum latihan, hukum kesan/akibat disamping menyediakan amalan disiplin bilik darjah yang kondusif. Saya berikan satu contoh seorang guru yang menyediakan set latihan latih tubi yang banyak untuk muridnya dan memberi ganjaran bagi yang menjawab kesemua soalan dengan betul. Hal ini bermakna, dia telah berupaya mengaplikasikan hukum latihan dan hukum kesan/akibat dengan baik. Tambahan pula, perkara ini dapat dimantapkan lagi apabila suasana bilik darjah menjadi lebih positif dengan adanya peraturan kelas dan juga budaya belajar yang baik dalam kalangan pelajar. 3.2 Aplikasi dan keberkesanan teori pembelajaran kognitif

Upload: syeera95

Post on 22-Dec-2015

114 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

mdkjfnflkz

TRANSCRIPT

Page 1: Aplikasi Dan Keberkesanan Teori Pembelajaran

 Aplikasi dan keberkesanan teori pembelajaran

Sememangnya setiap teori pembelajaran mempunyai kelebihannya yang tersendiri.  Bagi melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran yang efektif, pelbagai implementasi yang boleh dilaksanakan bagi

memantapkan keberkesanan pdp didalam bilik darjah. 

3.1       Aplikasi dan keberkesanan teori pembelajaran behavioris

Keberkesanan teori behavioris dapat dilihat apabila guru telah bersedia menyediakan matlamat, objektif

pengajaran dan analisis tugasan yang spesifik, realistik dan boleh dicapai sebelum aktiviti pembelajaran

dan pengajaran bermula.  Sebagai contoh, guru akan mengajar kemahiran menambah dan menolak

sesuai dengan aras murid yang lemah, sederhana dan tinggi.  Guru tersebut akan memperincikan

tugasan yang telah dirancang dengan membantu murid aras sederhana dan lemah bagi menguasai

kemahiran tersebut langkah demi langkah.  Manakala murid aras tinggi pula akan diberi latihan tambahan

bagi memantapkan lagi kemahiran menambah dan menolak.  Hal ini sekaligus dapat membantu guru

tersebut bagi mencapai objektif pembelajaran dengan lebih berkesan didalam pengajaran.

            Selain itu, bagi memastikan bagi pembelajaran akan menjadi lebih efektif, guru yang

mengajar step by step, dan mengaplikasikan teknik peneguhan dan hukum kesediaan dengan betul

semestinya berupaya meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran.  Kita ambil

contoh seorang guru yang mengajar kemahiran menulis tulisan jawi.  Guru tersebut akan mengajar

kemahiran dari sekecil-kecilnya seperti memegang pensel sehinggalah kemahiran yang lebih besar

seperti boleh menghasilkan tulisan jawi dengan cantik dan kemas.  Kemahiran ini akan dapat dikuasai

oleh murid sekiranya guru berjaya mencungkil rasa ingin tahu murid untuk belajar sepertimana yang

terdapat dalam hukum kesediaan disamping menggunakan teknik peneguhan yang sesuai sama ada

dalam bentuk pujian mahupun ganjaran dalam bentuk hadiah dan sebagainya sebagai menghargai hasil

kerja murid.

            Seterusnya, saya melihat bahawa keberkesanan teori behavioris dapat dilihat apabila seseorang

guru dapat mengaplikasikan hukum latihan, hukum kesan/akibat disamping menyediakan amalan disiplin

bilik darjah yang kondusif.  Saya berikan satu contoh seorang guru yang menyediakan set latihan latih

tubi yang banyak untuk muridnya dan memberi ganjaran bagi yang menjawab kesemua soalan dengan

betul.  Hal ini bermakna, dia telah berupaya mengaplikasikan hukum latihan  dan hukum kesan/akibat

dengan baik.  Tambahan pula, perkara ini dapat dimantapkan lagi apabila suasana bilik darjah menjadi

lebih positif dengan adanya peraturan kelas dan juga budaya belajar yang baik dalam kalangan pelajar.

3.2       Aplikasi dan keberkesanan teori pembelajaran kognitif

Seterusnya kita beralih kepada teori pembelajaran kognitif yang mana sememangnya lebih menekankan

kepada proses mental seperti penyelesaian masalah, ingatan dan bahasa.  Jadi, sejauh manakah kita

melihat teori ini sebagai suatu teori yang berkesan yang boleh digunakan di dalam aktiviti pembelajaran

dan pengajaran dalam bilik darjah?

            Berkesannya teori ini dapat dilihat sekiranya seseorang guru berupaya mempersembahkan

sesuatu maklumat umum tentang sesuatu topik sebelum masuk kepada maklumat yang lebih khusus. 

Hal ini sangat perlu supaya murid boleh mengenal sesuatu konsep di dalam sesuatu topik.  Sebagai

contoh, murid perlu memahami konsep jenis haiwan yang hidup di darat dan air sebelum mengenal

Page 2: Aplikasi Dan Keberkesanan Teori Pembelajaran

haiwan tersebut sama ada berdarah panas atau sejuk.  Bagi mengukuhkan kefahaman murid, guru boleh

mengaitkan pengetahuan sedia ada murid disamping mengimbas kembali topik pembelajaran yang

lepas.  Hal ini penting bagi memastikan murid tersebut tidak tersalah dari segi konsep.  Dalam hal ini,

guru perlulah membantu pelajar yang tidak ada pengetahuan terdahulu kerana ianya sangat berkait rapat

dengan pelajaran yang baharu.

            Pada masa yang sama, guru kenalah bertindak sebagai pemudah cara kepada murid-murid untuk

belajar.  Dalam hal ini guru tidak perlulah memberi tunjuk ajar seratus peratus.  Cukuplah sekadar

menunjukkan jalan kepada mereka.  Contohnya, guru perlulah menyediakan segala alat, bahan dan

sebagainya bagi membantu murid memahami konsep jisim dan berat sama ada ditunjukkan dalam

bentuk gambar, simulasi, lakonan dan sebagainya.  Hal ini penting bagi memastikan mereka benar-benar

boleh membezakan kedua-dua konsep tersebut.  Oleh itu, penggunaan bahan maujud sangat diperlukan

bagi memudahkan penyampaian pengajaran guru di dalam mengajar murid.

            Selanjutnya, teori ini jelas membawa kepada keberkesanan dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran apabila seseorang guru dapat mengintegrasikan maklumat baru yang dipelajari oleh murid,

melalui perbandingan antara idea baru dengan idea lama.  Sebagai contoh, murid telah belajar mengenai

konsep rumah, iaitu ada bilik, tandas dan sebagainya.  Kemudian murid telah belajar mengenai

pangsapuri.  Konsep rumah tidak perlu diubah walaupun murid tidak pernah melihat pangsapuri. 

Walaubagaimanapun, apabila guru memperkenalkan rumah igloo, konsep rumah perlu diubah kerana

rumah juga boleh diperbuat daripada ais, tidak semestinya rumah diperbuat daripada simen dan kayu

sahaja.  Jelaslah bahawa, jika guru berupaya memperkenalkan dan membantu murid membuat

perbezaan dalam sesuatu konsep, hal ini dapat memastikan keberkesanan murid untuk mempelajari

sesuatu topik yang bakal diajar pada masa akan datang.

3.3       Aplikasi dan keberkesanan teori pembelajaran konstruktivis

Berbeza dengan teori yang sebelum ini, teori pembelajaran konstruktivis ini mempunyai kelainannya yang

tersendiri.  Pastinya ia membawa kepada suatu bentuk pendekatan yang berbeza dalam memantapkan

lagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.  Namun sejauh manakah keberkesanannya?

            Teori pembelajaran konstruktivis akan menjadi lebih berkesan sekiranya seseorang guru

berupaya memilih pelajar yang sudah menguasai sesuatu kemahiran dalam sesuatu topik untuk

mengajar rakannya yang lain.  Contoh yang boleh diketengahkan disini ialah guru akan memilih beberapa

orang pelajar yang sudah memahami dan menguasai topik pecahan dalam matematik kepada beberapa

kumpulan untuk membimbing murid yang masih belum menguasai topik pecahan.  Pendekatan ini

sebenarnya sangat membantu guru bagi mengukuhkan kemhiran murid.  Hal ini kerana, sesetengah

murid mungkin malu atau takut untuk bertanya dengan guru sekiranya mereka tidak faham.  Sebaliknya,

mereka akan lebih selesa apabila bertanya dengan rakan mereka sendiri.  Justeru, cara ini boleh

dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah mengikut kesesuaian murid.

            Bukan itu sahaja, keberkesanan teori ini boleh dilihat sekiranya guru menggalakkan pelajar

melaksanakan tugasan secara berkumpulan.  Hal ini bagi meluaskan pemikiran mereka disamping

menggalakkan perbincangan supaya mereka dapat berkongsi pendapat dan idea yang pelbagai. 

Misalnya, guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kemudian menyuruh mereka mencari

maklumat mengenai tempat bersejarah di Malaysia.  Perkara ini bukan sahaja menggalakan interaksi

sesama mereka.  Malah, perkara ini akan menyebabkan mereka sentiasa berbincang berhubung dengan

Page 3: Aplikasi Dan Keberkesanan Teori Pembelajaran

tugasan yang telah diberikan kepada mereka.  Maka, disinilah keberkesanan teori ini dapat dilihat apabila

guru tersebut berupaya menjayakannya.

            Berikutan itu, jika seseorang guru dapat melaksanakan strategi pengajaran yang pelbagai seperti

mengadakan debat antara kumpulan dan sebagainya, sebenarnya ia merupakan suatu usaha baik yang

boleh dinilai sebagai sesuatu yang berkesan di dalam teori konstruktivis.  Sebagai contoh, guru

memberikan pelbagai isu semasa sebagai topik perbincangan untuk dibahaskan didalam setiap

kumpulan.  Hal ini dapat menggalakan murid untuk terlibat secara aktif bagi mengemukakan pandangan 

masing-masing.  Malah, mereka turut belajar untuk mentafsir maklumat yang mereka terima dan

membuat pertimbangan melalui perbincangan sesama mereka.  Jelaslah disini bahawa sememanya

aktiviti seperti ini boleh membantu guru dalam aktiviti pengajaran di dalam bilik darjah.

           

3.4       Aplikasi dan keberkesanan teori pembelajaran sosial

Teori pembelajaran sosial yang dipelopori oleh Albert Bandura turut membawa kepada keberkesanannya

dari segi pelbagai bentuk terutamanya dari segi sosial.  Pembelajaran melalui pemerhatian pastinya

membawa impak yang positif dalam bilik darjah.  Namun, sejauh manakah teori ini boleh diaplikasikan

didalam bilik darjah?

            Aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas akan menjadi lebih berkesan sekiranya

seseorang guru tersebut menggalakkan pembelajaran melalui pemerhatian dan peniruan.  Contohnya,

guru telah menjadikan seorang murid tahun enam yang aktif dalam kegiatan kokurikulum dan cemerlang

dalam akademik sebagai model untuk dicontohi oleh para pelajarnya.  Perkara ini sebenarnya dapat

memberi impak yang positif kepada mereka untuk lebih bermotivasi untuk melibatkan diri secara aktif

dalam kegiatan kokurikulum dan turut sama tidak lupa menyeimbangkan kecemerlangan dalam

pelajaran.  Namun, guru tersebut perlu juga untuk menerangkan tingkah laku yang kurang sesuai atau

tidak boleh diikuti, supaya murid tidak meniru sesuatu tingkah laku yang boleh membawa kepada

perlakuan yang negatif, melanggar undang-undang dan sebagainya.

            Selain itu juga, penggunaan model sebenar seperti mana yang digalakkan dalam teori

pembelajaran sosial adalah sangat membantu di dalam keberkesanan aktiviti modeling di dalam kelas. 

Sebagai contoh, guru boleh membawa tukang kayu ke bengkel kemahiran hidup untuk menunjukkan cara

menggergaji kayu dengan betul.  Pembelajaran pastinya akan menjadi lebih efektif kerana murid akan

memerhatikan pengalaman secara langsung dan berupaya meniru kemahiran yang ditunjukkan oleh

tukang kayu tadi.  Hal ini bukan sahaja memudahkan pengajaran di dalam bengkel tersebut.  Malah,

pembelajaran akan menjadi lebih seronok dan pastinya dengan suasana yang sedemikian akan

menimbulkan minat murid untuk belajar dengan lebih berkesan.

            Tambahan pula, satu kebiasaan guru yang memang wajar dipuji apabila seseorang guru

mempamerkan hasil kerja murid yang mendapat gred A dibelakang kelas didalam memastikan aktiviti

modeling boleh berlaku didalam kelas.  Sebagai contoh, hasil kerja murid yang mendapat A terutamanya

dalam subjek pendidikan seni dipaparkan dibelakang kelas.  Dalam hal ini, murid-murid lain yang belum

membuat hasil kerja yang cantik pasti akan lebih teransang untuk turut sama membuat hasil kerja yang

terbaik supaya hasil kerja mereka boleh dipamerkan.  Hal ini semestinya akan mewujudkan pembelajaran

yang lebih berkesan kerana setiap murid akan berlumba-lumba dan berusaha kearah menghasilkan

setiap tugasan dengan bersungguh-sungguh.  Semestinya keberkesanan aktiviti modeling ini dapat dilihat

menerusi peranan guru yang melaksanakan aktiviti seperti ini didalam kelas.

Page 4: Aplikasi Dan Keberkesanan Teori Pembelajaran

3.5       Aplikasi dan keberkesanan Teori pembelajaran humanis

Teori pembelajaran Humanis turut memainkan peranan yang penting di dalam memastikan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah menjadi lebih berkesan.  Pendekatan humanis yang

dilihat sebagai kuasa ketiga dalam bidang psikologi adalah sangat sangat menarik untuk diaplikasikan

oleh guru. Namun, sejauh manakah keberkesanannya?

            Seorang guru yang dapat mengesan keadaan dan situasi murid-muridnya yang mempunyai

pelbagai keperluan yang harus dipenuhi adalah bertepatan dengan teori humanis bagi menjadikan

pembelajaran menjadi lebih efektif.  Sebagai contoh, ada pelajar yang belum bersarapan atau mengantuk

didalam kelas.  Apabila guru boleh menghidu situasi murid yang sebegini, guru tersebut perlu memberi

ruang untuk murid makan dan juga memberi masa untuk murid yang mengantuk untuk tidur sekejap.  Hal

ini bukan sahaja akan meningkatkan mood untuk murid belajar.  Malah, ia akan menjadikan murid lebih

menumpukan kepada aktiviti pembelajaran yang berlangsung didalam kelas.

            Disamping itu, guru perlulah mengajar dengan berfokuskan kepada pelajar, bukannya mengajar

subjek yang diajar semata-mata.  Dalam hal ini, keperluan pelajar haruslah diutamakan.  Jika hal ini

dilakukan, pastinya proses pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.  Guru bertanggungjawab supaya

memberikan kefahaman kepada pelajar sebaik mungkin.  Sebagai contoh, guru sains mengajar

mengenai planet di alam semesta.  Guru harus mengenalkan murid kepada planet supaya murid tahu,

bukannya menyampaikan apa yang guru tahu mengenai planet sehingga murid tidak faham apa yang

diajar oleh guru.  Perkara ini haruslah disedari oleh semua guru supaya murid boleh menerima

pengajaran guru dan seterusnya supaya keberkesanan murid untuk belajar topik yang akan datang akan

menjadi lebih mudah.

            Akhir sekali, teori humanis dapat dilihat keberkesanannya melalui tindakan guru yang sentiasa

menjadi contoh teladan yang baik kepada muridnya.  Sebagai contoh, setiap pagi akan ada kelas yang

bertugas untuk memungut sampah.  Guru yang bertugas untuk memantau para pelajar boleh

menunjukkan contoh yang baik dengan turut sama bersama para pelajar memungut sampah.  Hal ini

bukan sahaja menimbulkan rasa percaya pelajar terhadap guru.  Malah, ianya dapat memupuk tabiat

suka menjaga kebersihan dalam kalangan pelajar dan guru.  Haruslah diingatkan bahawa, seorang guru

bukanlah mengajar akademik dan kokurikulum sahaja.  Guru juga turut sama bertanggungjawab

membentuk sahsiah, akhlak dan peribadi pelajar agar boleh berketrampilan mulia di dalam kehidupan

seharian.

KELEMAHAN TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME1. Teknik peneguhan hanya sesuai diaplikasikan kepada pengajaran tetapi tidak kepada masalah pengajaran. Teori ini hanya tertumpu kepada tingkah laku yang boleh dilihat sahaja tanpa mempedulikan yang terselindung, seperti aktiviti mental.

Page 5: Aplikasi Dan Keberkesanan Teori Pembelajaran

2. Teori ini gagal dipraktikkan dalam aplikasi latihan ketenteraan, seperti mengesan masalah utama bagi mengenal pasti bahan yang perlu diajar.

3. Teori Behaviorisme hanya relevan dengan tingkah laku yang dilihat dan menyediakan istilah-istilah yang tidak berguna semasa menentukan objektif  untuk pembelajaran.  Ada kalanya, objektif tingkah laku tidak dapat menentukan tingkah laku yang hendak diajar dan seterusnya menyebabkan pengajar keliru dan tidak pasti sama ada dia harus memberikan tumpuan terhadap ujian ataupun kepada objektif pembelajaran.

4. Tidak ada langkah yang boleh diikuti untuk melaksanakan teori ini.  Secara praktisnya, seseorang pendidik behavioris perlu bersandar pada pengajaran konvensional untuk mereka bentuk dan menjalankan langkah-langkah mengikut urutan.

STRENGTH (Kekuatan Teori Behaviorisme) Kelebihan yang pertama yang kami perolehi melalui teori ini adalah teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka. Sebagai contoh kanak-kanak tadika memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripada orang di persekitarannya terutamanya guru-guru mereka kerana mereka mudah mengikuti apa yang diajar dan disuruh selain suka meniru perlakuan orang di sekelilingnya. Selain itu, mereka juga suka dengan bentuk-bentuk penghargaan yang diberi kepadanya seperti pujian dan melalui bentuk penghargaan tersebut ianya dapat membangkitkan semangat ingin belajar dalam diri mereka. Kelebihan yang kedua adalah guru tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memberi penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada murid-murid. Hal ini kerana murid-murid akan dibiasakan belajar dengan sendiri kecuali sekiranya murid menghadapi sesuatu masalah dan memerlukan penjelasan yang lebih daripada guru. Dalam hal ini guru perlu memberikan penerangan dengan jelas. Selain daripada itu, teori ini juga menekankan kemahiran lisan berbanding kemahiran membaca dan menulis. Melalui aspek kemahiran lisan yang ditekankan dapat memberikan kelebihan kepada murid kerana aspek lisan iaitu mendengar dan bertutur penting dalam situasi harian murid. Boleh dikatakan bahawa kemahiran ini adalah kemahiran terkerap yang digunakan manusia untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

WEAKNESS (Kelemahan Teori Behaviorisme) Dari segi kelemahan pula, penerapan teori behavioris yang kurang tepat dalam sesuatu situasi pembelajaran boleh mangakibatkan berlakunya proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalam keadaan sehala dimana ianya berpusatkan kepada guru sahaja. Guru hanya mengajar dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar oleh guru mereka tanpa memberi sebarang maklum balas. Malah dalam teori pembelajaran ini murid berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan dipandang sebagai cara belajar yang efektif. Penggunaan hukuman merupakan salah satu cara untuk guru mendisiplinkan murid dan hal ini akan mendatangkan akibat buruk kepada murid. Kelemahan yang kedua ialah proses pembelajaran dikatakan kurang memberikan gerak balas yang bebas bagi pelajar untuk berinteraksi serta untuk mengembangkan idea. Hal ini kerana sistem pembelajaran tersebut lebih tertumpu kepada rangsangan dan gerak balas yang ditunjukkan. Sekiranya tiada rangsangan maka tindak balas tidak akan berlaku. Sebagai contoh, guru akan memberi rangsangan yang berupa hadiah dan dari situ barulah murid akan memberikan jawapan yang dikehendaki oleh guru. Sekiranya perkara ini berlaku secara berterusan dikhuatiri murid akan terlalu bergantung terhadap rangsangan dari luar

Page 6: Aplikasi Dan Keberkesanan Teori Pembelajaran

sedangkan murid harus memiliki rangsangan dari dalam diri mereka sendiri sebagai satu cara pembelajaran. Kelemahan yang ketiga menurut teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks. Hal ini kerana mereka belajar mengikut urutan kurikulum yang sangat ketat sehinggakan buku teks merupakan buku wajib dalam pembelajaran mereka malah mereka juga perlu dikehendaki memahami dan mempersembahkan kembali isi pembelajaran di dalam buku teks tersebut dengan baik. Hal ini boleh mendatangkan kesan buruk kepada pelajar kerana ilmu pengetahuan yang mereka peroleh tidak begitu berkembangan dengan hanya tertumpu kepada satu buah buku sahaja. OPPORTUNITY( Peluang Teori Behaviorisme ) Berdasarkan teori ini, guru adalah model bagi murid dalam berbahasa. Guru perlulah menggunakan bahasa yang betul daripada segenap aspek seperti aspek sebutan, nada, jeda dan intonasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan murid mempelajari bahasa dengan betul dan berkesan. Sekiranya guru dapat mengambil peluang ini iaitu peluang menggunakan bahasa dengan baik semasa pengajaran dan pembelajaran,murid secara sendirinya akan terbiasa dengan cara berbahasa yang betul. Selain itu, guru perlulah mengamalkan pengajaran yang seimbang iaitu dengan mengurangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru tetapi sebaliknya lebih banyak mempraktikkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dan aktiviti. Melalui teknik ini, murid akan dapat mengembangkan idea dan pendapat mereka. Murid juga akan mempunyai tahap keyakinan yang lebih tinggi. Teori ini juga sangat mementingkan latih tubi yang intensif. Melalui latih tubi yang kerap dan intensif yang dijalankan oleh murid terhadap murid, kebiasaan dan kecekapan murid dalam berbahasa dapat dipertingkatkan. Selain itu juga, berdasarkan teori ini murid akan berasa termotivasi melalui ransangan yang diberikan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila murid melakukan perkara yang betul dan baik, guru digalakkan untuk memberikan ganjaran dan pujian atas pencapaian atau tingkahlaku murid. Perkara-perkara ini secara tidak langsung dapat menaikkan semangat dan motivasi murid untuk terus belajar. THREAT(Ancaman Teori Behaviorisme) Di dalam teori ini terdapat beberapa ancaman yang dapat dikenalpasti. Antaranya ialah pembelajaran individu dipengaruhi oleh sejauh mana baiknya sistem saraf seseorang. Sekiranya seseorang individu baik sistem sarafnya maka mudah untuk mereka menguasai gerak balas tertentu melalui rangsangan terlazim dan rangsangan tidak terlazim. Namun sekiranya seseorang itu mempunyai masalah dalam sistem sarafnya maka individu tersebut akan memperoleh kesukaran di dalam pembelajarannya. Ancaman yang seterusnya adalah merujuk kepada pembelajaran yang berpusatkan guru boleh mendatangkan kesan negatif kepada murid. Hal ini kerana murid akan berasa diri mereka tidak begitu penting sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan kerana mereka tidak dapat berkongsi idea dan pendapat bersama rakan-rakan dan juga guru. Sebagai contoh guru hanya akan mengajar dan murid hanya perlu menerima apa yang diajar oleh guru sebagai tindak balas hasil daripada rangsangan yang guru tunjukkan. Dan hasilnya murid tidak dapat mengembangkan idea dari dalam fikiran mereka sendiri dan hanya bergantung kepada guru semata-mata. Selain itu, ancaman bagi teori ini ialah ganjaran. Teori ini terlalu menekankan aspek ganjaran yang perlu diberikan guru kepada murid sekiranya murid dapat melakukan sesuatu perkara dengan baik. Hal ini dapat menjadikan murid melakukan sesuatu bukan atas dasar ingin memperbaiki pencapaian dan menambah pengetahuan, sebaliknya disebabkan oleh ganjaran semata-mata.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Page 7: Aplikasi Dan Keberkesanan Teori Pembelajaran

APLIKASI MODEL PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURA DI DALAM BILIK DARJAH.

Guru sebagai Role Model dan Model Simbolik.

Guru hendaklah memastikan dia mempunyai tingkah laku dan berpewatakan positif supaya pelajar dapat menirunya. Segala tindakan yang ditunjukkan oleh guru hendaklah yang boleh dicontohi oleh pelajarnya.

Modifikasi Tingkah Laku.

Guru boleh menunjukkan teladan yang baik seperti bersopan santun dan tidak meninggikan suara di dalam bilik darjah. Sekiranya guru ingin mengubah tingkah laku murid yang kurang menyenangkan kepada yang boleh diterima, guru hendaklah menunjukkan kepada mereka contoh yang terbaik.

Peniruan Tidak Langsung.

Oleh kerana pengaruh media massa dan internet begitu luas terhadap pelajar daripada model lansung, guru boleh menasihati mereka tentang jenis program yang harus dipilih dan yang harus ditolak.

Contoh dan hasil kerja yang baik.Guru perlu tunjukkan kepada pelajar dalam kalangan rakan-rakan mereka siapa yang menunjukkan contoh sebagai pelajar yang baik dari segi hasilan kerja mereka. Pelajar boleh belajar daripada rakan-rakan dan meniru idea-idea yang berkualiti yang terdapat dalam kerja-kerja mereka.

Permainan dan simulasi.

Guru boleh mengajar nilai dan peranan watak-watak yang penting melalui situasi main peranan dan simulasi. Pelajar dapat meniru tingkah positif. Situasi dalam main peranan dan simulasi perlu diaplikasikan dalam situasi sebenar.

Rakan Sebaya sebagai Model.

Guru boleh menggunakan pelajar-pelajar yang popular atau yang berjaya untuk menunjukkan tingkah laku model dalam kelas.Menunjukkan contoh yang baik bagi sikap, kepercayaan dan kebiasaan yang ingin ditanamkan oleh guru dalam diri pelajar.Guru hendaklah bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih saying.Guru hendaklah berkongsi perasaan, idea dan fikiran dengan pelajar.

Page 8: Aplikasi Dan Keberkesanan Teori Pembelajaran

KELEBIHAN TEORI

Teori Bandura lebih lengkap dibandingkan teori belajar sebelumnya karena ia menekankan bahawa lingkungan dan perilaku seseorang dihubungkan melalui sistem kognitif orang tersebut. Bandura memandang tingkah laku manusia bukan semata-mata refleks atas stimulus (S-R bond), melainkan juga akibat reaksi yang timbul akibat interaksi antara lingkungan dengan skema kognitif manusia itu sendiri.Pendekatan teori belajar sosial lebih ditekankan pada perlunya conditioning(pembiasaan merespon) dan imitation (peniruan). Selain itu pendekatan belajar sosial menekankan pentingnya penelitian empiris dalam mempelajari perkembangan kanak-kanak. Penelitian ini berfokus pada proses yang menjelaskan perkembangan kanak-kanak, faktor sosial dan kognitif.

KELEMAHAN/KRITIKAN TEORI ALBERT BANDURA

Teori pembelajaran sosial Albert Bandura sangat sesuai jika diklsaifikasikan dalam teori behavioristik. Ini kerana, teknik pemodelan albert bandura adalah mengenai peniruan tingkah laku dan adakalanya cara peniruan tersebut memerlukan pengulangan dalam mendalami sesuatu yang ditiru.Selain itu juga, jika manusia belajar atau membentuk tingkahlakunya dengan hanya melalui peniruan (modeling), sudah pasti terdapat sesetengah individu yang menggunakan teknik peniruan ini juga akan meniru tingkah laku yang negatif termasuklah perlakuan yang tidak diterima dalam masyarakat.

Ciri-Ciri Penting Mazhab Kognitif Dan Penggunaannya Dalam Kelas.Menurut Kamarudin Hj. Husin (1993), terdapat beberapa ciri-ciri penting yang dapat dikutip daripada setiap mazhab untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah. Antaranya ialah :

1) Pembelajaran merupakan satu proses mental

Melalui prinsip ini, pembelajaran adalah dianggap sebagai satu proses pemikiran. Dalam proses pembelajaran, kanak-kanak sering berfikir, menyelesaikan masalah dan menggunakan akal fikiran mereka melalui kaedah peninjauan secara terperinci. Prinsip ini menekankan kepentingan berfikir. Dalam hal ini, pembelajaran di bilik –bilik darjah harus dipergiat untuk membolehkan kanak-kanak berfikir dengan sempurna. Mereka harus disogokkan dengan pengalaman atau keadaan-keadaan tertentu untuk menghasilkan gerak balas tertentu juga. Mereka perlu diberi berfikir, menganalisis serta menilai data-data atau rangsangan-rangsangan yang diperoleh daripada dunia luar sebelum mereka mampu berinteraksi terhadapnya. Prinsip ini member perhatian berat kepada kebolehan intelektual, membina persepsi, ingatan, sensasi dan proses-proses lain yang terlibat dengan aktiviti mental.

2) Perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku secara berperingkat-peringkat.

Prinsip ini menekankan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku secara berperingkat-

Page 9: Aplikasi Dan Keberkesanan Teori Pembelajaran

peringkat. Peringkat yang lebih awal adalah lebih mustahak dan utama. Peringkat awal ini menjadi asas kepada perkembangan kognitif yang selanjutnya.

Dalam hal pembelajaran, guru harus menyedari hakikat bahawa perkembangan diri kanak-kanak sebenarnya tidak serupa. Oleh yang demikian, kanak-kanak harus dilayan mengikut keperluan psikologi mereka yang sebenar. Semua perancangan yang melibatkan aktiviti, kandungan, pemilihan bahan, strategi pengajaran dan sebagainya harus sesuai dengan perkembangan diri kanak-kanak ketika itu. Guru harus memikirkan tentang tahap kemampuan berfikir, pembinaan konsep-konsep, keperluan mewujudkan suasana konkrit daya ingatan dan sebagainya yang sebenarnya sentiasa terlibat dalam proses pembelajaran. Menurut prinsip ini, mengajarkan seseorang kanak-kanak tentang sesuatu yang belum sampai masanya akan memakan masa yang panjang daripada mengajar seseoarang kanak-kanak tentang sesuatu yang bersesuain dengan kemampuannnya. Ini bermaksud bahawa faktor kemampuan dan kematangan dalam pembelajaran adalah penting. Biasanya kanak-kanak tersebut mempunyai motivasi yang lebih tinggi untuk belajar.

Pembelajaran harus berasakan minat, umur, kecenderungan, keupayaan mental, emosi dan sosial murid. Kandungan perlu diperingkat-peringkatkan, disusunatur dan disampaikan mengikut keperluan. Keadaan ini perlu mengambil kira prinsip-prinsip pembelajaran yang lain melibatkan pergerakan daripada yang mudah kepada yang lebih kompleks, daripada yang di dalam pengalaman kepada yang di luar pengalaman, daripada yang dekat kepada yang jauh, daripada yang konkrit kepada yang abstark dan sebagainya.

3) Pembelajaran adalah satu keseluruhan.

Hal ini sebenarnya, melibatkan persepsi. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, keseluruhan adalah lebih penting daripada bahagian-bahagian yang menjadikannya. Ini kerana daripada keseluruhan, kita dapat melihat makna sebenar dan pertalian atau hubungan antara bahagian-bahagiannya.

Prinsip ini cuba mengetengahkan proses pengamatan dan pembinaan konsep yang bererti yang hanya dapat dilakukan melalui keseluruhan yang bermakna. Menurut prinsip ini, keseluruhan adalah penting untuk mendapatkan makna atau fungsi yang tepat. Dalam hal pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, seandainya kita hanya berpeluang melihat bahagian-bahagiannya, dan tidak keseluruhannya maka kita tidak dapat menghasilkan satu makna yang menyeluruh. Ini akan menyebabkan pembelajaran dianggap tidak bererti dan tidak sempurna. Dalam hal ini, hukum-hukum pembelajaran yang disarankan oleh mazhab kognitif seperti Hukum Kedekatan, Hukum Keserupaan, Hukum Kesinambungan dan Hukum Tutupan adalah mustahak diberi perhatian untuk membolehkan murid-murid membina konsep-konsep secara berkesan dan menjalani pembelajaran yang lebih bermakna.

4) Pembelajaran adalah proses cuba jaya.

Dalam kehidupan kita, sering kali kita berhadapan dengan pelbagai masalah. Dalam hal ini, kita cuba menyelesaikannya melalui pelbagai cara yang kita fikirkan terbaik. Biasanya, tiada masalah yang dapat diselesaikan tanpa percubaan-percubaan mengatasinya terlebih dahulu.

Dalam hal pembelajaran, proses ini kerap berlaku dan diamalkan di bilik-bilik darjah, malah ia merupakan cara yang paling digemari oleh murid-murid. Melaluinya, murid-murid berpeluang mengetengahkan pendapat dan menggunakan idea sendiri untuk mengatasi sebarang masalah. Dalam kesukaran menyelesaikan masalah itu, tiba-tiba celik akal akan terhasil. Pengalaman-pengalaman itulah yang merupakan pembelajaran bagi mereka.

Page 10: Aplikasi Dan Keberkesanan Teori Pembelajaran

5) Pembelajaran adalah juga satu penyiasatan.

Pembelajaran mengikut pendapat mazhab ini bukan sahaja melibatkan proses cuba jaya tetapi juga pada peringkat yang lebih tinggi melibatkan kajian-kajian, penyiasatan dan penerokaan. Dalam hal ini murid-murid biasanya meneliti, memerhati, menganalisis, membuat perbandingan, mengesan dan sebagainya.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelbagai cara boleh digunakan untuk membolehkan penyiasatan dilakukan. Guru boleh menggunakan teknik penemuan, inkuiri, teknik menyelesaikan masalah, teknik lawatan dan sebagainya. Murid-murid boleh juga mengadakan sesi-sesi perbincangan, membentangkan laporan dan lain-lain yang difikirkan perlu. Situasi ini member mereka peluang bertukar-tukar pandangan, mengetangahkan penemuan, menilai kerja-kerja sendiri dan sebagainya.

6) Pembelajaran mementingkan pengalaman dan kesediaan belajar.

Menurut prinsip ini, semua pembelajaran harus mengambil kira pengalaman dan pengetahuan sedia ada dan kesediaan belajar murid-murid. Biasanya, pembelajaran yang bertitik tolak daripada kedua-dua elemen ini memudahkan guru-guru merancang, iaitu menyediakan bahan dan milih strategi pengajaran yang sesuai. Di samping itu, murid-murid juga berpeluang mengikuti pembelajaran yang lebih bermakna yang telah disediakan mengikut tahap kemampuan intektual dan pengalaman mereka.

ANALISIS TEORI KONSTRUKTIVISME: TEKNIK SWOTSetiap teori mempunyai kekuatan (strength), kelemahan (weakness), peluang (opportunity) dan ancaman (threats). Oleh itu, melalui teknik SWOT, teori ini dapat dianalisis mengenai keberkesanannya dalam sesi pembelajaran.

          Analisis SWOT merupakan singkatan bahasa Inggeris daripada strenghts, weakness, opportunities, dan threats adalah kaedah perancangan strategik yang digunakan untuk menilai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman dalam suatu projek. Teknik ini dibuat oleh Albert Humphrey yang mengetuai projek penyelidikan di Universiti Stanford pada dekad 1960-an dan 1970-an dengan menggunakan data dari syarikat-syarikat Fortune 500.

         Teknik SWOT telah digunakan bagi menganalisis Teori Pembelajaran Konstruktivis. Antara Strength atau kelebihan kaedah pengajaran konstruktivisme, pertama adalah, guru merupakan penolong, pemudahcara dan perancang. Guru hanya berperanan menyampaikan teori pengajaran dan menghubungkait dengan pengalaman murid untuk pemahaman. Guru memilih idea yang terdekat dengan prinsip yang hendak diajar kepada murid. Ini bermakna, pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran. Mereka melibatkan diri secara langsung dengan penyelesaian masalah yang dilaksanakan dalam kelas. Kelebihan kedua yang terdapat di dalam teori ini ialah nilai koperatif dan kolaboratif diterapkan di dalam diri murid-murid. Murid diminta bekerjasama dalam kumpulan untuk memberikan hipotesis mereka sendiri berkaitan dengan sesuatu topik pelajaran yang dipelajari (boleh menentukan miskonsepsi). Kaedah ini adalah sangat bagus kerana boleh memotivasikan pelajar, membimbing, dan menggalakkan pelajar melibatkan secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, teori konstruktivisme ini juga tidak menggunakan kaedah atau teknik tradisional seperti, syarahan,

Page 11: Aplikasi Dan Keberkesanan Teori Pembelajaran

menghafal dan mengingat. Murid mendapat ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman yang dibina di dalam minda mereka bukannya yang wujud luar daripada minda mereka. Aktiviti yang dilaksanakan dan alat bantu mengajar yang menarik serta pelbagai juga akan membuatkan murid mudah faham dan berasa lebih seronok ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Keempat, peningkatan penguasaan teknik lisan dan bukan lisan dalam diri murid-murid. Dalam teori ini, guru hanya membentangkan teori dan pelajar akan mengadaptasinya sendiri berdasarkan pengalaman sendiri. Manakala aktiviti dalam kelas memperkukuhkan lagi pemahaman murid tersebut. Hal ini bermakna, guru dan murid menggunakan kaedah timbal balik, di mana penggunaan serta penguasaan teknik lisan dan bukan lisan diaplikasikan.

            Selain daripada kelebihan, kaedah pengajaran konstruktivisme turut mempunyai kelemahannya atau Weakness yang tersendiri. Antara kelemahan yang dapat dikesan adalah, menjadi penghalang kepada kefahaman konsep dalam pembelajaran kerana tidak selaras dengan pandangan saintifik. Oleh yang demikian ia menimbulkan kesusahan kepada murid untuk mengasimilasikan dan menyusun idea saintifik baru. Menurut Mok Soon Sang (2006), kelemahan seterusnya adalah, ketidaksediaan murid untuk merancang strategi, berfikir dan menilai sendiri teori pengajaran berdasarkan pengalaman sendiri. Tidak semua murid mempunyai pengalaman yang sama atau menepati apa yang akan diajar oleh guru. Masalah ini, kadang kala menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak berkesan. Guru sedar bahawa idea-idea sedia perlu diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik oleh murid. Perkara inilah yang kadang-kadang tidak difahami oleh murid. Tambahan pula, murid terpaksa mengenalpasti idea-idea alternatif dan memeriksa secara kritis idea-idea sedia ada sebelum mereka memahaminya.

          Cara mengatasi kekurangan dalam teori konsruktivis iiatu peluang atauopportunity ialah melalui peranan murid dan guru. Murid perlu mengambil insiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu kemudian secara individu murid akan menbuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu. Mereka perlu bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan berusaha untuk menyelesaikan masalah. Selain itu, murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka.Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka.Jika murid itu berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain,murid tersebut dapat membina proses pengetahuan yang mereka faham. Di samping itu, murid perlu mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan. Bagi mengatasi kelompongan teori ini, murid perlu menggunakan data dan bahan-bahan fizikal,manipulatif atau interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan. Hal ini bagi mengalakkan murid untuk membina pengetahuan

Seterusnya, peranan guru sebagai agen menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka. Guru perlu bertindak menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid. Pendidik perlu membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka melalui mentafsir pembelajaran melalui aktiviti harian dikelas, bukan hanya dalam bentuk ujian bertulis. Guru perlu juga menggalakkan murid membuat tugasan dan berbentuk penyelesaian,menganalisis, meramal,meneroka dan membuat hipotesis serta menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka disamping menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan menggalakkan menyoal murid yang lain. Akhir sekali, guru perlu memberi masa yang secukupnya kepada murid untuk mebuat perkaitan antara idea-idea yang telah dijana bagi mengalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan. tertentu.

Page 12: Aplikasi Dan Keberkesanan Teori Pembelajaran

         Teori ini memperlihatkan beberapa ancaman atau threat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah melalui cabaran guru konstruktivisme iaitu guru merasakan mereka tidak mengajar. Ini kerana pembelajaran konstruktivis menekankan pembelajaran berpusatkan murid iaitu murid aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

        Selain itu, amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivis dianggap tidak realistik. Ini kerana kurikulum yang dibina melihatkan peranan murid dan guru saling memberikan maklum balas dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.Guru juga merasakan penerangan mereka tidak penting lagi. Oleh itu, guru hanya bertindak sebagai agen pemerhati yang hanya akan membantu apabila murid memerlukan sokongan bantuan daripada pihak lain dalam mebina konsep-konsep baru. Di samping itu,kawalan kelas agak merosot. Hal ini kerana semua murid bergerak secara aktif dalam membina pengetahuan mereka sendiri. Pergerakan murid menyebabkan suasanakelas dalam kawalan tidak terkawal. Seterusnya, guru yang sedang menukar cara pengajaran kepada pendekatan konstruktivisme memerlukan sokongan profesionalisme serta pengukuhan keyakinan daripada pihak sekolah

2.5 Implikasi Teori Humanistik Ke Atas Proses Pengajaran dan Pembelajaran 

Imlplikasi Teori Pembelajaran Humanistik ialah dapat membentuk suasana bilik darjah yang kondusif dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar mereka merasa seronok, gembira dan harmonis dan selamat untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Selain daripada itu, guru dapat memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka sentiasa bersungguh-sungguh dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 

Guru perlu merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan pelajar dengan tujuan meningkatkan keyakinan mereka, dan seterusnya meningkatkan peluang memenuhi keperluan penyuburan mereka iaitu kesempurnaan kendiri, memperoleh ilmu pengetahuan, menikmati dan menghasilkan karya atau ciptaan estetik yang bermutu tinggi. Nilai motivasi diri murid juga perlu dipupuk melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri, menerima diri, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial, dan seterusnya menentukan aktualisasi kendiri, iaitu arah hidup dan masa depan sendiri mengikut perkembangan potensinya yang tertinggi.

Sebagai pembimbing ataupun fasilitator, guru hendaklah membantu pelajar mengambil bahagian dalam kerja kumpulan terutama pembelajaran koperatif dengan tujuan membina kemahiran sisial dan afektif. Mengimbangkan komponen intelek dan emosi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru hendaklah menjadi role model dan menunjukkan contoh yang baik bagi sikap, kepercayaan dan kebiasaan yang ingin ditanamkan oleh guru dalam diri pelajar. Guru hendaklah bersifat penyayang untuk memenuhi keprluan kasih sayang. Guru hendaklah berkongsi perasaan, idea dan fikiran dengan pelajar

Page 13: Aplikasi Dan Keberkesanan Teori Pembelajaran

2.3 Pembelajaran Menurut Teori Humanisme 

Pendidikan humanisme sangat mementingkan adanya rasa kebebasan dan tanggung jawab. Teori ini mempunyai tujuan pendidikan iaitu memanusiakan manusia agar manusia mampu mengaktualisasi diri sebaik-baiknya. Aliran humanistik tidak mempunyai teori belajar khusus, tetapi hanya bersifat ekletik, yang bermaksud menggunakan teori yang sesuai (kognitif) asalkan tujuan pembelajaran tercapai. Peranan pendidik dalam pendekatan humanisme adalah sebagai fasilitator ataupun pembimbing, yang berperanan: 

a) Menciptakan iklim belajar. 

b) Memenui kebutuhan belajar peserta didik. 

c) Membantu mengungkapkan emosi peserta didik. 

d) Membantu belajar peserta didik. 

Bentuk pembelajaran melalui pendekatan humanisme adalah bahawa murid dituntut untuk selalu memotivasi diri. Untuk mencapai ke arah itu kegiatan belajar hendaknya mendorong murid-murid untuk belajar cara-cara belajar dan menilai belajarnya sendiri. Program pembelajaran yang diterapkan dalam pendekatan humanisme umumnya menggunakan kegiatan terbuka di mana murid-murid harus mendapatkan informasi, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan menghasilkan kejayaan sendiri. Dalam pendidikan humanisme, murid-murid tidak memiliki tempat duduk yang tetap seperti pendidikan konvensional. Murid-murid dapat belajar secara kendiri atau belajar secara berkumpulan. 

     Kelebihan dan kekurangan teori Humanistika.    Kelebihan:  Dapat melatih individu dalam pembentukan kepribadian, hati nurani, perubahan sikap dan mengembangkan kemampuan dalam mengaktualisasikan potensi diri.b.    Kekurangan: Manusia cenderung bersikap individual, keberhasilan sulit didapatkan karena tidak ada pendukung dari lingkungan.