apakah penggunaan kalkulator dan komputer

Upload: heenisha-lachemykanden

Post on 10-Oct-2015

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

cdhjbc

TRANSCRIPT

Apakah Penggunaan Kalkulator dan Komputer (teknologi) Dapat Menggantikan Peranan Guru Matematik Di Dalam Bilik Darjah? Setujukah, anda dengan persoalan di atas. Ulaskan pendapat anda.Pada pendapat kami Kalkulator dan Komputer (teknologi) dapat menggantikan peranan Guru Matematik di dalam bilik darjah. Ini kerana, Matematik ialah satu bidang pengetahuan yang sentiasa berubah dari segi kandungan, kegunaan dan cara mempelajarinya Bagi ahli matematik, matematik adalah satu bahasa yang unik di mana ia melibatkan komunikasi dan konsep-konsep melalui simbol. Menurut Inder (1982), Mathematics is a language-a way of describing, recording in mathematical sentences and interpretating the symbols used to relationship. Perubahan sistem pendidikan di negara ini selepas kemerdekaan merupakan hasil daripada segala proses yang bertitik tolak daripada perancangan program-program kerajaan pada masa itu untuk melaksanakan berbagai peruntukan dan peraturan yang termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1957 dan Akta Pelajaran 1961. Dasar-dasar pendidikan negara sentiasa dikaji semula dan kurikulum pendidikan sentiasa dikemaskinikan bagi meningkatkan mutu pendidikan untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran alaf baru ini. Oleh yang demikian, tidak dapat ditolak hakikat bahawa dari semasa ke semasa aspek matlamat dan peranan pendidikan negara telah disesuaikan dengan matlamat dan keperluan rancangan negara. Dalam hal ini, matlamat pembangunan pendidikan sentiasa diberikan penekanan yang wajar. Prosesnya telah merangkumi pelbagai aspek pembangunan dalam program pendidikan berasaskan kepada dasar-dasar umum dan khusus yang diputuskan dari semasa ke semasa. Pelajar yang mahir dalam matematik biasanya dikaitkan dengan kebolehan mereka memahami sesuatu konsep, teorem, keupayaan menguasai kemahiran-kemahiran tertentu serta kebolehan menyelesaikan masalah dengan menggunakan strategi-strategi heuristik yang tertentu. Mengapakah ramai pelajar tidak mampu mengaplikasikan kemahiran dan konsep matematik yang telah dipelajari ? Kenapa matematik dikatakan sukar? Matematik dianggap sukar kerana pada dasarnya ia adalah berbentuk hiraki. Pemahaman tentang satu konsep adalah perlu untuk mempelajari suatu konsep yang lain. Kegagalan pelajar untuk memahami sesuatu konsep asas boleh menjejaskan pembelajaran matematiknya. Apakah kriteria yang digunakan oleh seorang pelajar dalam mempelajari matematik? Bagi seorang pelajar, mendapat maklumat dalam matematik adalah satu prosedur yang sukar kerana ia melibatkan cara memikir dan membuat. Tiga aktiviti utama yang terlibat dalam matematik adalah penerokaan/penyiasatan, penyelesaian masalah dan pembuktian.Penggunaan Teknologi yang canggih dalam apa jua bidang pekerjaan sentiasa ditunggu-tunggu oleh masyarakat yang perihatin tentang keperluan dan kepentingan teknologi. Usaha yang menyeluruh perlu digerakkan dari peringkat awal untuk membuat anjakan pradigma masyarakat terhadap penggunaan teknologi. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum matematik di sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap teknologi dari peringkat awal lagi. Sesuai dengan konsep Sekolah Bestari, kebanyakan sekolah mula dibekalkan dengan pelbagai teknologi untuk digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.Dalam pendidikan matematik , keupayaan kalkulator dan komputer (teknologi maklumat) dapat membantu menyelesaikan banyak masalah pendidikan matematik. Penggunaan teknologi komputer juga dapat menaikkan minat pelajar terhadap matematik dan dapat mengubah persepsi pelajar bahawa matematik merupakan subjek yang susah, membosankan dan melibatkan pengiraan sahaja atau dalam perkataan lain menggunakan kertas dan pensil sahaja. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik menjadi lebih bermakna melalui komputer. Peralatan canggih ini bukan sahaja memudahkan penyampaian konsep matematik tetapi dapat membuktikan dengan jelas konjektur-konjektur yang timbul dalam tajuk-tajuk yang diajar.Penggunaan komputer dalam pengajaran matematik dapat memperkembangkan dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Penggunaan komputer dalam pengajaran matematik bukan sahaja memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah ia boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Dalam pendidikan matematik, komputer melibatkan beberapa penggunaan aplikasi seperti hamparan elektronik, multimedia, internet dan Geometer's Sketchpad (GSP). Geometer's Sketchpad, contohnya, digunakan untuk mengajar topik geometri. Melaluinya ,pelajar boleh meneroka pembelajaran matematik dengan lebih berkesan. Pelajar berminat untuk membuat penerokaan alam lain yang lain yang baru ditemui. Mereka akan memperolehi suasana pembelajaran yang baru dan maklumat serta informasi yang terkini. Di samping itu ia juga dapat menggalakkan mereka belajar secara berkumpulan dan menyemai semangat belajar yang agresif serta lebih berfikiran kritikal.Selain menggunakan komputer, kalkulator Grafik juga merupakan salah satu lagi bahan yang boleh diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran seperti yang hangatdiperbincangkan di masa kini. Kalkulator harus digunakan bersama-sama dengan program pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Penggunaan kalkulator dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat memberi kebebasan kepada pelajar bermain dengan nombor yang lebih besar. Tanggapan yang menyatakan bahawa kalkulator menjadikan pelajar malas mengira harus ditolak kerana tanpa pengetahuan asas matematik pelajar tidak dapat menggunakan kalkulator dengan berkesan. Kalkulator sangat berguna untuk membantu pelajar meneroka cara matematik dan membuat kesimpulan.Dalam melaksanakan tugas pengajaran guru harus berusaha untuk meningkatkan keberkesanannya. Pengajaran yang berkesan menghasilkan pembelajaran yang diharapkan. Pembelajaran yang baik berlaku apabila pelajar melibatkan diri dengan seseorang itu biasanya akan lebih mengingati sesuatu hasil daripada perbuatan atau pengelamannya sendiri. Di sinilah pentingnya peranan teknologi dalam pendidikan matematik hari ini. Penyertaan aktif murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran membantu mereka belajar. Untuk membolehkan pembelajaran berlaku dengan berkesan guru haruslah menyediakan atau memilih teknologi yang bersesuaian dengan keupayaan pelajar. Di samping itu, teknologi juga haruslah selaras dengan aktiviti pembelajaran serta dapat mencapai objektif pengajaran.Untuk membina persikataran yang sesuai untuk pengintegrasian, pendekatan pengajaran dan pembelajaran haruslah berpusatkan pelajar di mana guru berperanan sebagai fasilitator. Matlamat utama penggunaan teknologi adalah bukan untuk pelajar menggunakan teknologi semata-mata tetapi proses untuk melibatkan pelajar dalam pembelajaran yang lebih bermakna. Apabila seseorang guru belajar untuk menggunakan teknologi dalam bilik kelas, mereka akan menjadi model proses pembelajaran kepada pelajar. Dalam masa yang sama guru akan menimba sesuatu yang baru hasil daripada memerhatikan pelajar belajar. Pemindahan tugas sebagai seorang pendidik ("teaching role") dari guru kepada pelajar berlaku secara tidak disedari apabila teknologi (penggunaan komputer contohnya) digunakan dalam kelas.Penggunaan teknologi ini tidak bermakna ia telah mengambil alih tugas dan peranan seseorang guru sehingga penafsiran perguruan sebagai tidak relevan lagi. Tidak pula ia sekadar sebagai alat untuk membantu guru matematik untuk mengajar yang biasa dilakukan setakat ini.Teknologi akan diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran apabila ia digunakan untuk melibatkan pelajar belajar secara bernas bukan hanya semata-mata pelajar dan guru menggunakan teknologi. Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya teknologi seperti internet khususnya dapat digunakan dengan lebih berkesan dengan pendekatan pengajaran pembelajaran yang berlainan daripada apa yang diamalkan secara tradisional hari ini. Pengintegrasian teknologi akan lebih berkesan apabila pembelajaran lebih berpusatkan kepada pelajar seperti persekitaran pembelajaran yang aktif, konstruktif, kolaboratif, bermatlamat, berwacana, berkonteks dan refelektif.Justeru guru dan pentadbir sekolah haruslah memahami halangan-halangan yang mungkin dihadapi dalam pengintegrasian teknologi ini. Mereka haruslah bersedia untuk menangani perubahan yang bakal timbul daripada pengintegrasian ini seperti halangan masa, latihan guru, sumber dan sokongan. Oleh itu guru perlu menyesuaikan diri kepada alat teknologi pengajaran yang baru seperti komputer dan kalkulator ini. Guru juga perlu mengubah keadah mengajar yang diamalkan sebelum ini untuk disesuaikan dengan teknologi yang digunakan. Maka guru-guru perlu mengambil kira perkara-perkara ini dalam usaha mengintegrasikan teknologi ini agar lebih berkesan seperti tidak terlalu berfokus kepada teknologi dan kurang kepada matematik, tidak menggunakan teknologi secara eksklusif, tidak menggunakan teknologi untuk melakukan lebih daripada yang diminta dalam matematik, tidak terlalu bergantung kepada sejenis teknologi sahaja.Jelasnya, teknologi ini tidak akan merubah peranan guru sebaliknya guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka khususnya dalam bidang IT ini. Ketrampilan dan keperibadian mereka yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikatan utama. Teknologi ini sebenarnya mampu mengurangkan beban tugas guru dan murid. Para guru haruslah bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu, perancangan aktiviti yang kemas dan teratur amatlah penting supaya murid-murid dapat menggunakan teknologi ini secara optimum dan maksimum. Semua aplikasi tersebut boleh digunakan selagi sumber maklumat atau sebagai bahan bantu yang diaplikasikan terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran.