apakah maksud mesyuarat dan mini mesyuarat pj

Upload: sopana-kalaichelvam

Post on 04-Jun-2018

273 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Apakah Maksud Mesyuarat Dan Mini Mesyuarat pj

    1/7

    SOPANA KALAICHELVAM

    APAKAH MAKSUD MESYUARAT?

    Membawa makna berhimpun, berkumpul untuk berbincang bagi mencapai kata

    sepakat untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

    Kamus Dewan mentakrifkan mesyuarat sebagai, Perundingan (untuk

    membincangkan sesuatu, atau mencapai sesuatu keputusan).

    Secara amnya, mesyuarat itu ialah satu perhimpunan yang diadakan untuk

    mendapatkan buah fikiran daripada pelbagai golongan atau kumpulan bagi

    mendapatkan satu keputusan.

    Kepentingan Mesyuarat

    Menjelaskan hal hal yang tidak jelas.

    Pengagihan tugas

    Menilai dan mengawal aktiviti

    Menyelesaikan banyak masalah rumit

    Mencari sokongan dan kerjasama sesame ahli

    Mendapatkan mandat

    Menyebarkan maklumat

    Merancang strategi

    Mengetahui kekuatan dan kelemahan

    JENIS-JENIS MESYUARAT

    Mesyuarat Agung Tahunan

    Merupakan mesyuarat utama dalam siri mesyuarat sesebuah pertubuhan/

    persatuan/ perkumpulan kerana ia melibatkan semua anggota yang berdaftar.

    perlu diadakan mengikut peruntukan undang-undang negara di bawah aktaPendaftar Pertubuhan bagi semua persatuan/pertubuhan/perkumpulan yang

    diwujudkan diluar sekolah.

    Namun begitu persatuan di sekolah/institut pengajian tinggi juga perlu

    mengadakan mesyuarat agung tahunan yang akan dihadiri oleh semua ahli.

    Melalui mesyuarat agung ini, setiap anggota berpeluang berbincang secara

  • 8/13/2019 Apakah Maksud Mesyuarat Dan Mini Mesyuarat pj

    2/7

    SOPANA KALAICHELVAM

    menyeluruh segala usul dan cadangan yang dikemukan.Mengikut undang-

    undang tubuh, notis bagi mesyuarat agung hendaklah disampaikan kepada

    semua ahli dalam masa 14 hari sebelum mesyuarat diadakan.

    Kuorom mesyuarat ditentukan oleh setiap persatuan, biasanya1/3 atau

    daripada ahli mesti hadir untuk membolehkan mesyuarat agung dilaksanakan.

    Agenda tetap yang biasa bagi mesyuarat agung ialah

    (i) Aluan Pengerusi.

    (ii) Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung lalu.

    (iii) Membentangkan dan meluluskan Penyata Kewangan.

    (iv) Memilih dan melantik Ahli Jawatankuasa baru.

    (v)Membincangkan usul dan cadangan.

    (vi) Ucapan penangguhan

    (vii)Hal-hal lain.

    Mesyuarat Agung Tergempar / Luar Biasa

    Diadakan secara tergempar apabila sesuatu isu timbul dan tidak dapat

    dilaksanakan atau diselesaikan di peringkat jawatankuasa.

    Agenda yang dibincangkan biasanya hanyalah yang ditentukan atas cadanganahli atau mengikut peraturan tertentu.

    Mesyuarat ini kadang-kadang dikenali sebagai Mesyuarat Agung Khas.

    Mesyuarat Jawatankuasa Kerja/Induk

    Dalam perjalanan sesebuah pertubuhan, mesyuarat Jawatankuasa Kerja amat

    penting sebagai nadi persatuan atau pertubuhan kerana melalui mesyuarat inilah

    segala perancangan dan strategi pelaksanaan setiap projek dibahaskan,

    diperinci untuk dilaksanakan.

    Melalui mesyuarat inilah Jawatankuasa Kecil yang bersesuaian dengan corak

    projek ditubuhkan.

  • 8/13/2019 Apakah Maksud Mesyuarat Dan Mini Mesyuarat pj

    3/7

    SOPANA KALAICHELVAM

    Agenda ditentukan oleh pengerusi yang dilantik melalui perbincangan dengan

    semua ahli jawatankuasa lain.

    Kekerapan mesyuarat ini amatbergantung kepada keperluan. Lagi banyak projek

    yang hendak dilaksanakan, lagi kerap jawatankuasa ini bersidang.

    Notis untuk mesyuarat ini disampaikan oleh setiausaha,biasanya satu minggu

    daripada tarikh mesyuarat.

    Kuorom mesyuaratbiasanya 1/3 daripada jumlah semua ahli jawatankuasa.

    Agenda am untuk mesyuarat jawatankuasa kerja ialah

    (i) Ucapan Pengerusi.

    (ii) Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Lalu

    (iii) Perkara Berbangkit.

    (iv) Agenda-agenda yang Ditentukan/Laporan Aktiviti.

    Hal-hal Lain.

    Mesyuarat Jawatankuasa Kecil

    Mesyuarat Jawatankuasa Kecil ialah mesyuarat yang paling bawah.

    Jawatankuasa ini sudah diberikan satu atau dua tugas tertentu untuk

    dilaksanakan, misalnya Jawatankuasa Makanan, Jawatankuasa Persiapan,

    Jawatankuasa Buku Cenderamata, Jawatankuasa Penjurucaraan, JawatankuasaSambutan dan sebagainya.

    Agendanya berbincang cara hendak melaksanakan tugas yang diberikan kepada

    jawatankuasa tersebut termasuk jumlah kewangan yang diperlukan untuk

    dibentangkan dalam Jawatankuasa Kerja yang akan dilaksanakan dalam tempoh

    masa terdekat.

    Dalam Jawatankuasa Kecil,semua orang akan menjalankan tugas walaupun di

    kalangan anggota terdapat pengerusi dan setiausaha yang bertugas

    menyelaraskan Jawatankuasa berkenaan.

  • 8/13/2019 Apakah Maksud Mesyuarat Dan Mini Mesyuarat pj

    4/7

    SOPANA KALAICHELVAM

    Mesyuarat Jawatankuasa Adhoc/Sementara

    Dikendalikan secara tidak berjadual.

    Biasanya mesyuarat ini dilaksanakan di awal penubuhan sesuatu persatuan,

    yakni sebelum tertubuhnya jawatankuasa tetap yang akan mengendalikan

    perjalanan persatuan seperti mendaftarkannya dan sebagainya.

    Mesyuarat ini bertujuan melantik Jawatankuasa Kecil untuk mengendalikan

    tugas-tugas yang juga dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan.

    TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA

    Pengerusi

    bertugas untuk mengendalikan mesyuarat dengan berwibawa dan

    berketrampilan.

    Biasanya ia mengalu-alukan kehadiran anggota,memperkenalkan ahli baru,

    mengucapkan terima kasih kepada ahli lama yang tidak terlantik lagi kerana jasa

    masing-masing.

    Pengerusi juga akan dengan ringkas menyatakan pengalamannya berhubung

    dengan perjalanan persatuan selepas mesyuarat yang lepas.

    mengemukakan perkara-pekara yang hendak dibincangkan (agenda) denganringkas dan jelas. Selain itu, ia harus menjadi perantara yang baik,mengawal

    perjalanan mesyuarat dengan cara menjadi pendengar yang baik dan tidak pula

    berpihak kepada mana-mana anggota.

    Setiausaha

    Setiausaha persatuan/pertubuhan, sesuai dengan gelaran jawatannya setiadan

    usaha, hendaklah harus setia kepada persatuan dan berusaha untuk

    menggerakkan jentera pentadbiran persatuan.

    ia hendaklah bekerjasama dengan pengerusi.

    mengedar surat jemputan mesyuarat, menyediakan minit mesyuarat terdahulu

    untuk diedarkan sebelum mesyuarat, menyediakan agenda dan tempat

    mesyuarat, menyediakan segala peralatan mesyuarat yang diperlukan,

  • 8/13/2019 Apakah Maksud Mesyuarat Dan Mini Mesyuarat pj

    5/7

    SOPANA KALAICHELVAM

    mengedar borang kehadiran, mencatat dan menyiapkan minit mesyuarat dengan

    baik dan segera serta mengedarkan minit mesyuarat tersebut dengan kadar

    segera kepada setiap anggota yang terlibat.

    Ahli Jawatankuasa

    bertanggung jawab untuk memberikanbuah fikiran yang bernas untuk

    memajukan pertubuhan atau untuk menjayakan projek.

  • 8/13/2019 Apakah Maksud Mesyuarat Dan Mini Mesyuarat pj

    6/7

    SOPANA KALAICHELVAM

    MINIT MESYUARAT

    Minit mesyuarat ialah hal atau perkara yang telah dibincangkan dalam sesuatu

    mesyuarat dan persetujuan telah dicapai terhadap perbincangan tersebut.

    Ini bermakna catatan minit mesyuarat amat penting bagi membolehkan

    tindakan dapat dilaksanakan oleh pihak-pihak berkenaan dengan berkesan.

    Minit mesyuarat menjadi panduan pelaksanaan kepada yang terlibat.

    Tanpa penulisan minit yang baik dan sempurna, pelaksanaan tidak akan

    sempurna.

    KAEDAH MENULIS MINIT MESYUARAT

    Bilangan, Tarikh dan Tempat Mesyuarat

    Bilangan mesyuarat biasanya ditulis di atas sekali, contohnya

    MinitMesyuarat Jawatankuasa Perancangan Akademik (JKPA) yang ke-89 Bil.06/2000

    Atau Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Projek Pelajar Cemerlang, Negara

    Gemilang yang ke-3 Bil3/2000.

    Tarikh, Masa dan Tempat ditulis dengan cara diindent danlangkau dua baris selepas

    bilangan minit mesyuarat.

    Senarai Kehadiran

    Dalam bahagian ini, semua nama anggota mesyuarat dicatatkan di bawahtajuk kecil

    Hadir, Tidak Hadir dengan Kenyataan dan Tidak Hadir, Tanpa Kenyataan. Biasanya

    nama Pengerusi dicatatkan paling atas danSetiausaha paling bawah.

    Agenda Mesyuarat serta Catatan

    Dalam bahagian ini, agenda mesyuarat ditulis sebagai kepala tajuk diikuti

    dengan catatan isi penting yang dinyatakan atau dibincangkan.

    Biasanya catatan pada bahagian ini dibahagikan kepada dua ruangan, satu

    untuk catatan perbincangan yang dibuat dan satu lagi ruangan untuk ditulis

  • 8/13/2019 Apakah Maksud Mesyuarat Dan Mini Mesyuarat pj

    7/7

    SOPANA KALAICHELVAM

    siapakah pihak yang akan bertindak melaksanakan keputusan yang telah

    dicapai.

    Dalam bahagian Aluan Pengerusi, biasanya dicatat makluman yang disampaikan

    oleh pengerusi majlis berhubung dengan ruang litup

    pertubuhan/persatuan/projek yang dilaksanakan.

    Dalam bahagian Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat lalu biasanya

    dicatatkan Mesyuarat bersetuju mengesahkan minit mesyuarat tersebut dengan

    pindaan berikut (jika terdapat pindaan, pindaan tersebutdicatatkan di bahagian

    bawahnya satu persatu).

    Dalam bahagian Perkara Berbangkit dicatatkan segala keputusan mengenai hal-

    hal yang dibangkitkan bersangkutan dengan kandungan minit mesyuarat lalu.

    Dalam bahagian Agenda, biasanya ayat yang digunakan untuk catatan minit

    ialah

    (a) Mesyuarat mengambil maklum. diikuti dengan pecahankecil

    perkara-perkara yang dibincangi oleh anggota mesyuarat dan

    (b)Mesyuarat bersetuju diikuti oleh pecahan persetujuan yang dicapai

    berdasarkan perkara-perkara yang dibincangkan.

    (b) Pada bahagian sebelahkanan (biasanya dalam ruangan kecil yang

    disediakan) ditulis pihak yang akan bertanggungjawab terhadappelaksanaan keputusan yang dicapai pada para.

    Dalam bahagian Hal-Hal Lain, dicatatkan segala perbincangan dan keputusan

    yang dicapai berhubungan dengan hal-hal lain yang dikemukakan oleh anggota

    yang tidak berkaitan dengan agenda tetapi berkaitan dengan kepentingan

    persatuan/pertubuhan/perjalanan projek secara keseluruhan.Dalam bahagian

    Penutup, biasanya dicatatkan tarikh mesyuarat ditangguhkan dan ucapan terima

    kasih kepada pengerusi.

    Tandatangan Penyedia Minit

    Pada bahagian ini, setiausaha atau penolong setiausaha akan menurunkan

    tandatangannya sebagai pengesahan pertanggungjawab terhadap kandungan

    minit mesyuarat.