apakah itu fertigasi.docx

19
APAKAH ITU FERTIGASI? Fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu fertilization dan irrigation. Penanaman kaedah Fertigasi merupakan pertanian moden yang boleh menjanakan keuntungan kepada usahawan. kaedah tanaman ini adalah yang terbaik dan berdaya maju.Pengurusan yang cekap merupakan aspek paling penting dalam menjamin kejayaan pengeluaran tanaman secara fertigasi. Bakal pengusaha atau usahawan mesti mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cukup sebelum memulakan langkah menanam secara fertigasi. Tambahan pula, ia juga merupakan satu kaedah terkini di mana penggunaan dan pengagihan bahan- bahan mineral dalam pengurusan tanaman dilakukan melalui sistem pengairan yang biasa digunakan untuk pengagihan baja ialah jenis titisan. Sistem pengairan jenis renjis atau lain-lain lebih cenderung untuk pengagihan bahan kimia seperti racun serangga, kulat, semburan hormon dan lain- lain. TUJUAN FERTIGASI Tujuan penanaman secara fertigasi ialah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti oleh penyakit akar seperti penyakit Pythium, Fusarium dan penyakit layu bakteria yang kebanyakannya

Upload: carol

Post on 25-Oct-2015

193 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

fsdfgwfhbsdkhjfygqwefhlbsfuinfljsbdfiublsdavuihqjbvasuvibasljvlbaubkjvls

TRANSCRIPT

Page 1: APAKAH ITU FERTIGASI.docx

APAKAH ITU FERTIGASI?

Fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu fertilization dan irrigation. Penanaman kaedah Fertigasi merupakan pertanian moden yang boleh menjanakan keuntungan kepada usahawan. kaedah tanaman ini adalah yang terbaik dan berdaya maju.Pengurusan yang cekap merupakan aspek paling penting dalam menjamin kejayaan pengeluaran tanaman secara fertigasi. Bakal pengusaha atau usahawan mesti mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cukup sebelum memulakan langkah menanam secara fertigasi.

Tambahan pula, ia juga merupakan satu kaedah terkini di mana penggunaan dan pengagihan bahan-bahan mineral dalam pengurusan tanaman dilakukan melalui sistem pengairan yang biasa digunakan untuk pengagihan baja ialah jenis titisan. Sistem pengairan jenis renjis atau lain-lain lebih cenderung untuk pengagihan bahan kimia seperti racun serangga, kulat, semburan hormon dan lain-lain.

TUJUAN FERTIGASI

Tujuan penanaman secara fertigasi ialah untuk mengelakkan tanaman daripada dijangkiti oleh penyakit akar seperti penyakit Pythium, Fusarium dan penyakit layu bakteria yang kebanyakannya adalah jenis-jenis penyakit bawaan tanah. Penyakit lain yang dianggap merbahaya ialah penyakit hawar pucuk dan Antraknos pada tanaman cili. Bagi membolehkan kaedah ini dilaksanakan, seseorang pengusaha itu mestilah mempunyai rumah tanaman yang lebih dikenali sebagai Struktur Pelindung Tanaman (SPT).

Tempoh untuk semaian di tray antara 2-3 minggu dan lepas tu dipindahkan ke polibeg. Pokok akan membesar di polibeg antara 5-6 bulan. Setelah pokok dipindahkan ke polibeg, penggunaan baja fertigasi AB perlu dimulakan tetapi dengan kadar 1.5 ec pengukuran

Page 2: APAKAH ITU FERTIGASI.docx

baja menggunakan EC Meter. Ia akan mengambil masa lebih kurang 1 bulan untuk mengeluarkan putik bunga pertama di setiap cabang yang terjadi. Untuk membesarkan buah sehingga bertukar merah boleh dijual memerlukan tempoh lebih kurang 3 bulan setelah dipindahkan dari tray ke polibeg. Pada peringkat ini penggunaan baja adalah antara 2.0 ke 2.5 EC. Ini bermakna pada penghujung bulan ke tiga setelah dipindahkan hasil tuaian pertama di cabang permulaan boleh dipetik dan di jual.

Tuaian boleh dilakukan antara 2-3 kali seminggu bagi setiap pokok bergantung kepada permintaan pelanggan di cabang seterusnya. Tuaian boleh dilakukan sehingga pokok berusia 6 bulan di dalam polibeg. Ini bermakna 3 minggu semaian, 3 bulan tanam dan 3 bulan tuai dan jual hasil. Pendapatan hanya boleh diperolehi pada peringkat 3 bulan cili besar boleh dijual.

KAEDAH FERTIGASI

Dua asas utama fertigasi iaitu baja (dalam bentuk larutan) dan sistem pengairan. Bekas tanaman dan jenis media adalah altenatif mengatasi masalah penanaman. Media bukan tanah (soiless culture) seperti pasir, arang dan habuk sabut digunakan bertujuan mengatasi masalah kesesuaian atau penyakit tanah. Media diisi di dalam bekas seperti polibeg atau pasu bersaiz tertentu untuk memenuhi keperluan zon perakaran tanaman yang optima sesuai sesuatu tanaman.

Fertigasi dipraktikkan sebagai satu kaeadah altenatif. Penerimaan dan penggunaan kaedah ini masih rendah pada masa sekarang tetapi akan menjadi suatu kaedah yang amat diperlukan pada masa akan datang. Untuk mendapat faedah yang optima daripada kaedah ini, biasanya semua langkahawal diambil perhatian termasuk sifat mediayang baik dan sesuai unutk jenis-jenis tanaman. Jenis dan bekas tanaman dan formulasi baja (nutrien) yang seimbang. Bekas tanaman yang digunakan dan diletakkan tanpa mencecah tanah

Page 3: APAKAH ITU FERTIGASI.docx

adalah sebagai langkah pencegahan merebaknya patogen daripada tanah.

Dalam situasi begini media tanaman bukan tanah tidak mengandungi nutrien yang seimbang atau mencukupi untuk keperluan pertumbuhan pokok. Kaedah ini juga boleh dipanggil hidroponik beraggregat atau hidroponik titisan. Oleh itu, prestasi tanaman sangat dipengaruhi oleh kualiti nutrien (keseimbangan, kepekatan, pH, kualiti) mutu air dan input yang dibekalkan.

Secara ringkasnya, kaedah penanaman secara fertigasi adalah kaedah moden yang praktikal, mengikut amalan pertanian baik (GAP), sentiasa di dalam kawalan menuju ke arah ‘precision farming’. Ini sangat penting dalam transformasi teknologi pertanian tinggi.

KELEBIHAN KAEDAH FERTIGASI

Kaedah penanaman secara fertigasi ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Antara kelebihan yang dikenalpasti dalam menggunakan kaedah penanaman ini adalah seperti pemberian nutrien yang lengkap dan effisien mengikut jumlah nutrien yang diperlukan oleh sesuatu tanaman dan merupakan kaedah yang dikenalpasti sebagai kaedah alternatif bagi mengatasi tanah kurang subur, perumah penyakit dan perosak.

Selain itu, kaedah fertigasi ini dapat mengelakkan tanaman daripada serangan penyakit akar seperti Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang kebiasaanya menyerang tanaman di atas tanah dan turut menjadi media tumbesaran tanaman dan persekitaran yang menjamin kebersihan dan menghidari daripada penyakit. Kaedah penanaman fertigasi ini turut

Page 4: APAKAH ITU FERTIGASI.docx

meningkatkan hasilan perunit kawasan dengan kepadatan yang maksimum di samping tidak mempunyai kos merumpai serta meningkatkan kualiti tanaman, rasa dan tekstur yang lebih baik, ketahanan penyimpanan yang lebih lama dan selamat untuk dimakan. Penanaman secara fertigasi ini turut sesuai diamalkan oleh para pengusaha kerana kos operasi seperti penggunaan air, baja dan tenaga buruh dapat dikurangkan.

KAEDAH FERTIGASI AUTOPOT

Fertigasi Aautopot bermaksud: "Kaedah terkini, iaitu apabila baja lengkap dalam bentuk nutrien diagihkan ke dalam bentuk larutan nutrien diagihkan ke pot tanaman melalui sistem pengairan (titisan)". Teknologi penanaman fertigasi menggunakan kaedah autopot adalah merupakan satu inovasi baru dalam bidang pertanian moden di Malaysia. Kaedah autopot adalah sistem yang membekalkan nutrien kepada tumbuhan dengan tepat mengikut keperluan secara automatik. Ia banyak digunakan di negara maju seperti di Australia dan di Eropah menggantikan kaedah fertigasi “drip to waste system” yang menggunakan habuk kelapa. Keperluan paras air atau larutan nutrient dikawal oleh smart valve. Pokok ditanam dalam polibeg yang mengandungi serpihan batu-batan dan polibeg ini diletak dalam autopot.

Autopot dibuat daripada High Density Poliethelin (HDPE) dan jangka hayatnya tahan selama lebih kurang 5-10 tahun. Tanaman yang paling sesuai dan ekonomik ditanam adalah tanaman jenis Rock Melon,Chili, Dan Tomato kerana seiring dengan keadaan harga pasaranya yang agak tinggi dan permintaan yang mantap sepanjang tahun. Timun jepun, Terung, Kacang Bendi, Kacang Panjang, Peria, Petola dan bunga-bungaan juga boleh ditanam menggunakan kaedah ini.

Kaedah ini diperkenalkan untuk mengatasi beberapa masalah dan limitasi yang terdapat dalam projek fertigasi. Kaedah ini

Page 5: APAKAH ITU FERTIGASI.docx

menggunakan konsep hidroponik yang mesra alam dan berupaya menghasilkan pengeluaran yang seragam dan berkualiti.

Tanaman yang paling sesuai dan ekonomik ditanam adalah rock melon, cili dan tomato kerana seiring keadaan harga pasarannya yang agak tinggi dan permintaan yang mantap sepanjang tahun. Tanaman lain seperti timun jepun, terung, kacang bendi, kacang panjang, peria, petola dan bunga-bungaan juga boleh ditanam menggunakan kaedah ini.

CIRI-CIRI PENANAMAN FERTIGASI

1. Sumber Air yang Berkualiti dan Mencukupi

Sumber air adalah elemen yang utama dalam setiap kegiatan pertanian. Kawasan atau tapak perlu mempunyai sumber air yang berkualiti dan mencukupi untuk dibekalkan kepada tanaman.

Sumber air tidak terhad kepada air sungai atau tasik semata-mata tetapi merangkumi sumber-sumber bekalan air dari pihak pengurusan air negeri, telaga dan telaga tiub (tube well) yang diperolehi dari dalam tanah.

Apa yang penting adalah kualiti air yang kita gunakan dan disesuaikan dengan kuantiti air diperlukan oleh tanaman. pH air perlu berada dalam keadaan beralkali (pH 6.5 - 7.5), bebas dari kotoran dan pencemaran bahan-bahan kimia yang menurunkan kualiti air tersebut.

Klorin yang berlebihan juga perlu dielakkan untuk memelihara akar pokok daripada rosak. Bagi yang menggunakan air berklorin tinggi, pendedahan kepada cahaya matahari selama 24 jam dapat mengurangkan jumlah kandungan klorin apabila ia terpeluap ke udara.

Air yang terlalu berasid boleh dirawat menggunakan Natrium Hidroksida atau menggunakan asid hidroklorik sekiranya air terlalu

Page 6: APAKAH ITU FERTIGASI.docx

beralkali. Perlu dipastikan juga akan kandungan garam yang tinggi disekitar 50 bsj akan mempengaruhi pengambilan kalsium dan boron menjadi toksid dalam air masin.

2. Mendapat Pendedahan Maksimum Kepada Cahaya Matahari dan Suhu Yang Maksimum.

Kawasan tanaman perlu mempunyai pendedahan cahaya matahari yang maksimum untuk dibekalkan kepada tanaman bagi menjalankan proses fotosintesis (proses membuat makanan). Elakkan daripada kawasan yang mempunyai bayang-bayang pokok atau bangunan di sekitar kawasan dan secara ringkasnya, kawasan mesti betul-betul lapang.

Pendedahan kepada cahaya matahari ini akan meningkatkan paras glukosa dalam daun yang amat diperlukan untuk menjadikan akar dan batang pokok menjadi sihat dan tegap serta menghasilkan buah yang berkualiti tinggi.

Tanaman memerlukan sehingga 6 - 8 jam sehari kepada pendedahan cahaya matahari dan setiap polibeg perlu disusun berorientasikan arah Utara - Selatan.

3. Kawasan Yang Mudah Diratakan

Kawasan tanaman perlu diratakan sebaik mungkin untuk melancarkan sistem pengairan terutamanya di kawasan berbukit. Aspek ini amat penting dan perlu diberi perhatian agar pembaziran dan kegagalan sistem pengairan dapat dielakkan.

Kawasan tanah berbukit perlu diratakan dengan kaedah 'cut and fill' dan ada sesetangah pengusaha di tanah tinggi Cameron Highlands menggunakan jentera pemampat untuk mendapatkan kawasan yang

Page 7: APAKAH ITU FERTIGASI.docx

betul-betul rata dan padat. Namun kecerunan perlu dikurangkan untuk mengelakkan tanah runtuh disamping mengadakan sistem saliran air yang baik untuk mengelakkan banjir di dalam kawasan tanaman.

4. Bukan Kawasan Laluan Angin Kencang

Pastikan kawasan tanaman bukan laluan agin kencang bagi mengelakkan pokok tumbang dan yang lebih teruk, menyebabkan kemusnahan kepada RPH yang dibina.

Sekiranya tidak mempunyai pilihan, pastikan struktur yang hendak dibina dan sistem 'trailis' kukuh dengan mengambil kira risiko yang bakal ditanggung.

5. Mempunyai Bekalan Elektrik

Elektrik atau tenaga ini diperlukan untuk menghidupkan pam yang digunakan dalam sistem ini. Terdapat pelbagai alternatif untuk mengatasi masalah bekalan elektrik di kawasan-kawasan terpencil seperti menggunakan generator, pam berkuasa diesel atau petrol serta tarikan graviti.

Namun sekiranya kawasan tanaman mempunyai akses yang mudah untuk bekalan elektrik, aspek ini perlulah diutamakan untuk mengurangkan kos pengeluaran kelak. Ini kerana penggunaan generator dan pam akan meningkatkan kos pembelian minyak diesel atau petrol dan dalam situasi sekarang di mana harga bahan api ini semakin meningkat, adalah lebih baik jika kawasan tanaman itu mempunyai kuasa elektrik dari TNB atau pun mendapat kuasa dari sumber-sumber yang boleh diperbaharui seperti tenaga solar.

Page 8: APAKAH ITU FERTIGASI.docx

6. Berhampiran Dengan Kawasan Kediaman

Bukanlah bermakna kawasan tanaman perlu berada di dalam kawasan kediaman. ini adalah agak mustahil dilakukan sekiranya tinggal di kawasan bandar atau pun di apartment.

Apa yang ditekankan disini adalah jarak antara kawasan kediaman dengan kawasan tanaman berada dalam lingkungan 45 minit perjalanan agar proses pemantauan dapat dilakukan dengan berkesan dan sekiranya mempunyai apa-apa masalah berkaitan tanaman, 'troubleshooting' dapat dilakukan dengan segera.

7. Infrastruktur yang Baik

Kawasan tanaman perlu mempunyai kemudahan infrastruktur yang baik termasuk pagar, jalan penghubung, saliran dan kemudahan asas yang lain agar proses penjagaan dan kebajikan terutamanya para pekerja dapat dijaga dengan baik.

Ini adalah ciri-ciri yang perlu diambil perhatian untuk melaksanakan sistem tanaman fertigasi. Memang agak memakan kos yang tinggi terutamanya dalam aspek penyediaan tapak dan infrastruktur tetapi sekiranya aspek ini dijalankan dengan sempurna, para pengusaha tidak akan menghadapi masalah-masalah yang sukar pada masa yang akan datang. Jika dibandingkan dengan sistem konvensional, kerja-erja penyediaan tapak fertigasi ini agak memakan masa yang panjang namun sekiranya dilihat daripada hasilnya kelak, amatlah berbaloi-baloi.

KESIMPULAN

Secara ringkasnya kaedah penanaman secara fertigasi adalah kaedah moden yang praktikal, mengikut amalan pertanian yang baik,

Page 9: APAKAH ITU FERTIGASI.docx

sentiasa di dalam kawalan menuju kea rah ‘precision farming’. Ini sangat penting dalam trasformasi teknologi pertanian masakini bagi membantu pengeluaran berterusan dan mendapatkan hasil yang berkualiti tinggi.

Pada masa ini, defisit negara dalam imbangan perdagangan makanan ialah sebanyak RM4.3 bilion. Justeru itu, industri pertanian perlu kepada transformasi untuk menjadikan sektor ini benilai tinggi seperti juga industri di sektor pembinaan dan pembuatan serta perkhidmatan yang lebih moden, dinamik dan berdaya saing.

Dalam usaha meningkatkan tahap dan proses pengeluaran daripada yang bergantung berat kepada tenaga buruh kepada berintensifkan modal, teknologi dan berasaskan ilmu pengetahuan, program pemindahan teknologi dan cara tanaman yang baru bagi meningkat produktiviti perlu dilaksanakan. Ini termasuk program inkubator dan belia tani bagi melahirkan usahawan tani, sistem ternakan ayam secara tertutup (closed house system) dan program fertigasi tanaman pertanian ini.

Tanaman Hidroponik

TANAMAN HIDROPONIK

Page 10: APAKAH ITU FERTIGASI.docx

Hidroponik (latin; hydro = air; ponos = kerja) adalah suatu kaedah bercucuk tanam tanpa

menggunakan media tanah, melainkan dengan menggunakan larutan mineral bernutrisi atau

bahan-bahan lain yang mengandungi unsur hara seperti sabut kelapa, serat mineral, pasir,

pecahan batu bata, serbuk kayu , dan lain-lain sebagai pengganti media tanah.

Tanaman hidroponik boleh dilakukan secara kecil-kecilan di rumah sebagai suatu hobi ataupun

secara besar-besaran dengan tujuan komersial.

Beberapa kelebihan tanaman dengan sistem hidroponik ini antara lain:

- Mesra alam kerana tidak menggunakan racun perosak atau ubat perosak yang boleh

merosakkan tanah, menggunakan air hanya 1/20 daripada tanaman biasa, dan

mengurangkan CO2 kerana tidak perlu menggunakan kenderaan atau mesin.

- Tanaman ini tidak merosakkan tanah kerana tidak menggunakan media tanah dan juga

tidak memerlukan tempat yang luas.

- Bisa memeriksa akar tanaman secara berkala untuk memastikan pertumbuhannya

- Pemakaian air lebih cekap kerana menyiram air tidak perlu dilakukan setiap hari sebab

media larutan mineral yang dipergunakan selalu tertampung di dalam bekas yang

dipakai

- Hasil tanaman boleh dimakan secara keseluruhan termasuk akar kerana terbebas dari

kotoran dan perosak

- Lebih hemat kerana tidak perlu menyiramkan air setiap hari, tidak memerlukan tanah

yang banyak, media tanaman boleh dibuat secara bertingkat

- Pertumbuhan tanaman lebih cepat dan kualiti hasil tanaman dapat terjaga

- Bisa menghemat pemakaian pupuk tanaman

- Tidak perlu banyak tenaga kerja

- Persekitaran kerja lebih bersih

- Tidak ada masalah perosak dan penyakit tanaman yang disebabkan oleh bakteria, kulat

dan cacing nematod yang banyak terdapat dalam tanah

- Dapat tanam di mana saja walaupun di garaj dan tanah yang berbatu

- Dapat ditanam kapan saja kerana tidak mengenal musim

Beberapa tanaman yang sering ditanam secara hidroponik, adalah sayur-sayuran seperti

bak choy, brokoli, sawi, kailan, bayam, kangkung, tomato, bawang, bahkan strowbery,

dll. Tanaman demikian sering menjadi pilihan utama kaum vegan / vegetarian yang sangat

memperhatikan proses suatu tanaman apakah terdapat pembunuhan makhluk hidup,

tercampur unsur kimia, pemuliharaan alam sekitar dan usaha penghijauan.

Teknik Hidroponik

Page 11: APAKAH ITU FERTIGASI.docx

Terdapat dua teknik utama dalam cara bercucuk tanam hidroponik. Yang pertama

menggunakan larutan dan satunya menggunakan media. Kaedah yang menggunakan larutan

tidak memerlukan media keras untuk pertumbuhan akar, hanya cukup dengan larutan mineral

bernutrisi. Contoh cara dalam teknik penyelesaian yang umum dipakai adalah teknik larutan

statik dan teknik larutan alir. Sedangkan untuk teknik media adalah bergantung dari jenis

media yang dipergunakan, boleh berupa sabut kelapa, serat mineral, pasir, pecahan batu bata,

serbuk kayu, dan lain-lain sebagai pengganti media tanah.

Terlepas dari teknik yang diterapkan, kebanyakan tempat talangan hidroponik diperbuat

daripada plastik, tapi bahan lain juga boleh dipakai termasuk tab konkrit, kaca, baja, kayu dan

bahan solid lain. Tempat perlindungan harus dijauhkan dari cahaya guna mencegah

pertumbuhan lumur di dalam air bernutrisi yang telah diisi.

Berikut uraian beberapa teknik hidroponik yang sering dipakai.

Teknik Larutan StatikTeknik ini telah lama dikenal, yaitu sejak pertengahan abad ke-15 oleh bangsa Aztec.Dalam

teknik ini, tanaman disemai pada media tertentu boleh berupa ember plastik, baskom, tab

simen, atau tangki. Larutan biasanya dialirkan secara pelan-pelan atau tidak perlu

dialirkan. Jika tidak dialirkan, maka ketinggian larutan dijaga serendah mungkin sehingga akar

tanaman berada di atas larutan, dan dengan demikian tanaman akan cukup memperoleh

oksigen. Terdapat lubang untuk setiap tanaman. Tempat tab boleh disesuaikan dengan

pertumbuhan tanaman. Tab yang tembus pandang boleh ditutup dengan aluminium foil, kertas

pembungkus makanan, plastik hitam atau bahan-bahan lain untuk mengelakkan cahaya

sehingga dapat mengelakkan tumbuhnya lumur di dalam bak. Untuk menghasilkan gelembung

oksigen dalam larutan, boleh menggunakan pam akuarium. Larutan boleh diganti secara

teratur, misalnya setiap minggu, atau apabila larutan turun di bawah ketinggian tertentu boleh

diisi kembali dengan air atau larutan bernurtrisi yang baru.

Teknik Larutan AlirIni adalah suatu cara bertanam hidroponik yang dilakukan dengan mengalirkan terus menerus

larutan nutrisi dari tangki besar melewati akar tanaman. Teknik ini lebih mudah untuk tetapan

kerana suhu dan larutan bernutrisi dapat diatur dari tangki besar yang boleh dipakai untuk

ribuan tanaman. Salah satu teknik yang banyak dipakai dalam cara Teknik Larutan Alir ini

adalah teknik lapisan nutrisi ( nutrient film technique ) atau dikenali sebagai NFT, teknik ini

menggunakan parit buatan yang terbuat dari lempengan logam tipis anti karat, dan tanaman

disemai di parit tersebut. Sekitar saluran parit tersebut dialirkan air mineral bernutrisi

sehingga sekitar tanaman akan terbentuk lapisan tipis yang dipakai sebagai makanan

tanaman. Parit yang dibuat dengan aliran air yang sangat tipis lapisannya sehingga cukup

Page 12: APAKAH ITU FERTIGASI.docx

melewati akar dan menimbulkan lapisan nutrisi disekitar akar dan terdapat oksigen yang

cukup untuk tanaman.

Teknik Agregat MediaTeknik ini menggunakan media tanam berupa kerikil, pasir, arang sekam, batu bata, dan

media lain yang disetrilkan terlebih dahulu sebelum dipergunakan untuk mencegah adanya

bakteria di media. Pemberian nutrisi dilakukan dengan teknik mengairi media tersebut dengan

paip dari air larutan bernutrisi yang ditampung dalam tangki atau tong besar.

Beberapa Faktor Penting yang Harus Diperhatikan- Larutan Pemakanan, harus memperhatikan jumlah dan unsur pH yang sesuai. Unsur pH

berkisar 5.5 sehingga 7.5. Larutan nutrisi ini mengandungi kepekatan N, P, K, Ca, Mg, S, dalam

jumlah yang besar, sedangkan unsur Fe, Mn, Zn, Cu, B, Mo, dan Cl dalam jumlah yang

kecil. Larutan hara dibuat dengan cara membubarkan garam baja dalam air. Pelbagai garam

jenis baja boleh digunakan untuk larutan hara, pilihan biasanya atas harga dan kelarutan

garam baja tersebut.

- Media Tanam, antara lain terdiri dari batu bata, pasir, kerikil, arang sekam, span, batu apung,

dll.

- Air, harus diperhatikan kualiti air yang dipergunakan, tahap kemasinan tidak melebihi 2500

ppm dan nilai EC tidak lebih dari 6.0 mmhos / cm. Air tidak boleh mengandungi terlalu banyak

unsur logal berat.

- Oksigen, memegang peranan penting dalam hidroponik. Kekurangan oksigen akan

menyebabkan dinding sel sukar untuk ditembusi, sehingga tanaman akan kekurangan

air. Dengan demikian tanaman akan cepat layu kerana larutan tidak mengandungi

oksigen. Pemberian oksigen ke dalam larutan dapat melalui gelembung udara seperti pam air

buih yang dipakai akuarium, penggantian larutan nutrisi secara rutin, membersihkan atau

mencabut akar tanaman yang terlalu panjang, dan memberikan lubang ventilasi pada tempat

penanaman.

Prospek Usaha Tanaman HidroponikBercakap tentang usaha dalam bidang hidroponik tidak terlepas dari jasa Bp. Bob Sadino yang

boleh dianggap sebagai orang pertama yang memperkenalkan sistem bercucuk tanam sayur

hidroponik di Indonesia. Sayur-sayuran hidroponik mulai diperkenalkan oleh Bob Sadino di

pasar raya KemChick pada sekitar tahun 90-an.Sekarang, sayur hydroponik boleh dibeli di

beberapa pasar raya terkenal. Harga sayur hidroponik dipasang dengan 4 hingga 5 kali lebih

mahal daripada harga sayur biasa di pasaran tradisional. Namun, kerana sayuran hidroponik

terbebas dari pemakaian racun perosak, proses tanam hingga tuaian yang berhigenitas tinggi,

Page 13: APAKAH ITU FERTIGASI.docx

lebih segar, dan packaging yang lebih baik, sehingga sayuran hidroponik yang dijual di

beberapa pasar raya selalu cepat terjual habis.

Dengan semakin meningkatnya kesedaran masyarakat akan gerakan vegan / vegetarian

dalam mengatasi permasalahan pemanasan global, tentunya permintaan sayuran dan buah-

buahan yang berasal dari proses yang mesra alam akan menjadi permintaan utama dalam

senarai penggunaan mereka.

Kerana terbatasnya persediaan, dan makin tingginya permintaan sayuran jenis hidroponik ini

sehingga peluang perniagaan yang mesra alam ini cukup baik untuk digeluti oleh para

pengusaha dalam skala yang besar, termasuk peluang eksport ke pasaran negara jiran yang

permintaannya sangat tinggi, seperti Singapura dan Malaysia.

Dari beberapa rujukan yang diperolehi, kos pelaburan untuk penanaman hidroponik secara

komersial dengan skala kecil untuk luas tanah kira-kira 100 m2 sekitar Rp 150 juta untuk

pembuatan tab tanaman, bak penampung air, paip saluran air, media, cecair larutan, dan bibit

tanaman. Pulangan pelaburannya sekitar Rp 500 juta hingga Rp 750 juta per tahun. Suatu

peluang usaha yang pantas untuk digeluti!

sumber: Rahsia Pemanasan Global, Penyelesaian dan Peluang Perniagaan

Nota: Di rumah, saya cuba memanfaatkan air yang berasal dari kolam ikan koi yang

ditarik dengan menggunakan pam air ke tanaman hydroponik yang saya rancang

dengan menggunakan talang air dan kemudian disalurkan kembali ke kolam air

tersebut. Benih sayur-sayuran yang telah disemai (dengan menggunakan pasir

malang, dan hanya benih kangkung dan bayam) selama 2 - 3 minggu, sudah boleh

dipindahkan ke talang hydroponik, dan dalam masa 3 minggu sudah boleh

dituai.Saya sama sekali tidak menggunakan air nutrisi, dan hanya semata-mata

memanfaatkan air kolam ikan koi dengan tambahan pasir malang di dalam talang

air.

Cara membuatnya:

1. Talang air dipotong dengan saiz 1 meter

2. Pralon untuk mengalirkan air dari kolam ke masing-masing talang dengan

menggunakan pam air kolam yang dialirkan masuk dari sisi talang depan atas dan

keluar dari ujung bawah talang sisi lain

3. Gabus stereoform yang dipotong bersaiz talang air dan dilubangi dengan saiz

gelas mini plastik agar-agar jely.

4. Beli satu bungkus makanan snak agar-agar jely di pasar raya, dan selepas

dimakan isinya, plastiknya boleh dimanfaatkan dengan menggunting sampai ke

hujung (dibelah satu sisi) sehingga boleh menjepit sayuran yang akan ditanam.

Page 14: APAKAH ITU FERTIGASI.docx

5. kapas saringan ikan digunting saiz kecil utk membungkus bahagian atas akar

sayuran

6. masukkan sayur-sayuran yang telah dibungkus kapas saringan ke gelas plastik

agar-agar jely dan letakkan di lubang-lubang gabus talang yang dialiri air kolam tsb

7. Untuk mencegah ulat dan serangga atau perosak lain, boleh ditutup dengan

menggunakan jala halus.

Gambar-gambar di bawah ini adalah amalan Hidroponik di rumah dengan

memanfaatkan peredaran air dari kolam ikan koi. Wadah yang dipergunakan cukup

mudah, dan hanya menggunakan media pasir malang sebagai media tanam.

peralatan: wadah semai dgn pasir malang; pakai mangkok mini plastik bekas agar2, dan buih bekas saringan ikan

cara membungkus akar dgn busa bekas saringan ikan dan ditempatkan di mangkok mini bekas agar2/jely snack

saringan air dari kolam masuk ke wadah tanaman hidroponik yg lebih tinggi dari kolam

air setelah melalui akar tanaman masuk kembali ke dalam peredaran di bahagian kotak penapis

Page 15: APAKAH ITU FERTIGASI.docx

kangkung, bayam dan kacang merah sesuai utk tanaman hidroponik

tuaian kacang panjang, boleh dituai 3 minggu selepas ditanam

kacang panjang hidroponik yg telah siap utk dituai, rasanya manis dan sesuai utk lalapan