apakah itu boneka

8
1.0 Apakah Itu Boneka? Perkataan boneka yang berasal dari Bahasa Portugis, iaitu “boneca”, merupakan satu jenis mainan yang dapat berbentuk berbagai-bagai, terutamnya manusia atau haiwan. Boneka turut boleh didefinasikan sebagai sebarang benda atau objek yang digreak lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan untuk menyampaikan mesej. Setiap boneka akan mewakilkan satu watak sama ada dalam bentuk manusia, haiwan dan sebagainya. Antara contoh boneka manusia ialah boneka Parameswara, Hang Tuah dan Hang Jebat, manakala contoh boneka haiwan adalah seperti boneka Sang Kancil, Sang Harimau, Si Arnab dan sebagainya. Pemain boneka akan cuba menghidupkan watak- watak mengikut perkembangan cerita dengan pertuturan dialog atau aksi pergerakan boneka tanpa sebarang dialog. Biasanya, boneka boleh digunakan sebagai alat bantu mengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menyampaikan cerita dengan berkesan serta menyemai nilai- nilai murni dalam kalangan murid-murid di sekolah. Sekiranya murid-murid diberikan peluang untuk menyampaikan cerita dengan kaedah boneka, maka mereka akan dapat lebih menghayati pengajaran dalam cerita dengan lebih mendalam kerana proses pembelajaran telah berlaku secara tidak langsung. Terdapat pelbagai jenis boneka yang kita boleh hasilkan sebagai alat bantu mengajaran untuk meningkatkan

Upload: tey-pelly

Post on 23-Oct-2015

51 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Apakah Itu Boneka

TRANSCRIPT

Page 1: Apakah Itu Boneka

1.0 Apakah Itu Boneka?

Perkataan boneka yang berasal dari Bahasa Portugis, iaitu “boneca”,

merupakan satu jenis mainan yang dapat berbentuk berbagai-bagai,

terutamnya manusia atau haiwan. Boneka turut boleh didefinasikan sebagai

sebarang benda atau objek yang digreak lakonkan oleh pemain sama ada

secara sentuhan atau arahan yang bertujuan untuk menyampaikan mesej.

Setiap boneka akan mewakilkan satu watak sama ada dalam bentuk

manusia, haiwan dan sebagainya. Antara contoh boneka manusia ialah

boneka Parameswara, Hang Tuah dan Hang Jebat, manakala contoh boneka

haiwan adalah seperti boneka Sang Kancil, Sang Harimau, Si Arnab dan

sebagainya. Pemain boneka akan cuba menghidupkan watak-watak mengikut

perkembangan cerita dengan pertuturan dialog atau aksi pergerakan boneka

tanpa sebarang dialog.

Biasanya, boneka boleh digunakan sebagai alat bantu mengajaran

dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menyampaikan cerita

dengan berkesan serta menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan murid-

murid di sekolah. Sekiranya murid-murid diberikan peluang untuk

menyampaikan cerita dengan kaedah boneka, maka mereka akan dapat lebih

menghayati pengajaran dalam cerita dengan lebih mendalam kerana proses

pembelajaran telah berlaku secara tidak langsung.

Terdapat pelbagai jenis boneka yang kita boleh hasilkan sebagai alat

bantu mengajaran untuk meningkatkan minat murid-murid dalam proses

pembelajaran. Misalnya, boneka sarung tangan yang dikawal dengan jari-jari

yang dimasukkan ke dalam boneka, boneka wayang kulit yang memaparkan

baying-bayang boneka di bahagian belakang skrin putih, boneka tali yang

dikawal dengan tali-tali diikatkan pada bahagian anggota badan boneka dan

lain-lain lagi. Namun, pemilihan boneka haruslah sesuai dengan jenis dan

perkembangan cerita supaya mudah dikawal dan dapat menyampaikan masej

dengan jelas.

Page 2: Apakah Itu Boneka

2.0 Kebaikan Menggunakan Boneka dalam Proses Pengajaran dan

Pembelajaran

Pertama sekali, penggunaan boneka dalam proses pengajaran dan

pembelajaran akan mengeratkan hubungan antara murid-murid kerana

mereka akan dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan. Murid-murid akan

sentiasa berinteraksi antara satu sama lain melalui perbincangan dan

pembahagian watak. Kemahiran interpersonal murid-murid akan berkembang

apabila mereka cuba untuk menyampaikan pendapat mereka serta menerima

pendapat rakan-rakan.

Di samping itu, penggunaan boneka juga dapat memupuk daya

kreativti murid-murid. Perkara tersebut dapat dicapai apabila murid-murid

diberikan tugasan untuk menghasilkan boneka masing-masing mahupun

melalui aktiviti penciptaan sebuah cerita yang baru. Setiap persembahan

boneka mestilah disertakan dengan satu skrip cerita demi menyampaikan

masej seperti nilai-nilai murni. Oleh sedemikian, guru-guru boleh meminta

murid-murid untuk menghasilkan cerita berdasarkan tema yang telah

ditetapkan.

Nilai kerjasama juga dapat juga dapat dipupuk melalui

penggabungjalinan persembahan boneka dengan proses pengajaran dan

pembelajaran. Kebiasaannya, persembahan boneka memerlukan sekurang-

kurangnya dua orang untuk melakukan persembahan. Oleh itu, guru-guru

boleh memberikan tugasan persembahan boneka dalam bentuk aktiviti

kumpulan. Murid-murid akan berkerjasama dan saling membantu antara ahli

kumpulan masing-masing untuk menjayakan persembahan tersebut.

Keseronokan aktiviti P&P dapat ditingkatkan apabila boneka digunakan

untuk mengajar. Murid-murid akan memberikan tumpuan yang lebih kerana

kaedah pengajaran tersebut adalah lebih menarik dan tidak membosankan

jika dibanding dengan aktiviti P&P yang berasaskan teori. Dengan ini, murid-

murid boleh belajar melalui keseronokan dan masej-masej guru dapat

disampaikan dengan jelas kerana murid-murid telah memberikan perhatian

yang sepenuhnya kepada pengajaran guru.

Page 3: Apakah Itu Boneka

Penggunaan boneka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

sememangnya mendatangkan banyak kebaikan kepada guru dan murid-

murid. Namun begitu, guru harus dapat menguruskan kelas dengan baik

supaya keadaan kelas tidak menjadi huru hara.

3.0 Proses Penghasilan Boneka

Proses penghasilan boneka terdiri daripada beberapa peringkat, iaitu

bermula dengan pemilihan cerita, menulis skrip, membina boneka dan

pentas.

a) Pemilihan cerita

Antara contoh-contoh cerita yang boleh dipilih untuk persembahan

boneka adalah berkaitan dengan binatang, manusia, kehidupan, keadaan

semasa dan sebagainya. Terdapat dua jenis cara yang boleh kita gunakan

dalam pemilihan cerita. Cara yang pertama ialah kita memilih cerita terlebih

dahulu sebelum menulis skrip dan membina boneka berasaskan cerita yang

dipilih. Cara kedua pula merupakan kita akan menggunakan boneka yang

sedia ada dan menjadikan mereka sebagai watak dalam cerita.

Kumpulan saya telah menggunakan cara yang pertama. Terlebih

dahulu, kami telah mencari cerita yang ingin dipersembahkan dan kemudian

barulah kami menghasilkan boneka kami.

b) Menulis skrip

Ayat yang ditulis dalam skrip tidak haruslah begitu panjang dan perlu

bersesuaian dengan tahap murid-murid. Skrip tersebut hanya menjadi satu

garis panduan dan boleh diubahsuai ketika penyampaian cerita. Kumpulan

saya telah memetik skrip cerita kami dari satu buku cerita yang bertajuk

“Pemburu dan Binatang yang Cerdik”.

c) Membina boneka dan pentas

Page 4: Apakah Itu Boneka

Boneka boleh diperbuat daripada pelbagai bahan seperti stokin, sisa

kain, tuala dan sebagainya. Namun, bahan-bahan yang digunakan haruslah

bersesuaian dengan jenis boneka yang bakal dibina serta tidak akan

mengancam keselamatan murid-murid.

Dalam tugasan kami, kami dikehendaki untuk membina sebuah

boneka tangan yang 3D. Oleh itu, kumpulan saya telah bersepakat untuk

menjahit boneka kami dengan kain serta dimasukkan span atau kapas ke

dalam boneka supaya ia kelihatan seperti 3D. Pentas yang digunakan oleh

kumpulan saya juga mudah sahaja, iaitu kami telah mewarnakan satu keping

papan polystyrene untuk dijadikan latar belakang cerita kami.

Pada mulanya, kami telah menetapkan watak yang akan kami

hasilkan. Boneka yang akan saya bina ialah boneka burung gagak. Selepas

mendapatkan kain, saya telah membuat lakaran di atas kain untuk dipotong

dengan lebih tepat.

Kemudian, saya telah menjahit boneka saya secara berasingan

mengikut bahagian tubuh badan seperti bahagian kepala, cakar, sayap,

badan dan paruh dengan menggunakan mesin jahit. Setelah siap jahit

bahagian-bahagian tersebut, saya telah memasukkan span supaya boneka

saya berkembang dan kelihatan 3D. Selepas itu, barulah saya menjahitkan

kesemua bahagian itu menjadi satu boneka yang lengkap dan menampalkan

satu pasang mata palsu.

4.0 Waktu yang Sesuai untuk Penggunaan Boneka dalam Proses

Pengajaran dan Pembelajaran

Boneka boleh digunakan apabila guru mengaplikasikan kaedah

bercerita dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terutamanya bagi cerita

yang mempunyai nilai-nilai murni. Guru-guru boleh memupuk nilai-nilai murni

melalui lakonan boneka dan murid-murida akan belajar serta menghayati

nilai-nilai tersebut melalui keseronokan secara tidak langsung.

Selain itu, boneka juga sesuai digunakan untuk pengajaran dan

pembelajaran dalam pemulihan. Dengan ini, fitrah naluri kanak-kanak yang

Page 5: Apakah Itu Boneka

suka bermain dapat dipertingkatkan dan seterusnya mereka akan belajar

melalui permainnan.

Boneka juga sesuai digunakan untuk menghilangkan kebosanan dalam

aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kelas yang bosan akan menyebabkan

murid-murid tidak dapat menumpukan perhatian mereka dengan sepenuhnya.

Sebagai implikasinya, murid-murid akan kehilangan minat dalam

pembelajaran dan tidak dapat belajar dengan baik. Oleh itu, guru-guru boleh

menggunakan boneka untuk menceriakan lagi suasana pengajaran dan

pembelajaran supaya murid-murid menjadi lebih aktif dan komunikasi dua

hala dapat diwujudkan. Penggunaan boneka dalam proses pengajaran dan

pembelajaran pada masa yang sesuai akan menghasilkan kesan yang positif

kepada pembelajaran murid-murid.

5.0 Bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan Boneka

Bahan-bahan asas yang digunakan dalam menghasilkan boneka adalah

seperti gunting, kain, jarum dan benang dan lain-lain lagi.

Dalam usaha untuk menghasilkan boneka burung gagak saya, saya

telah menggunakan kain yang berwarna hitam untuk membina bahagian

badan, kepala, ekor dan sayap burung gagak. Manakala untuk bahagian

paruh dan cakar, saya telah memilih kain yang berwarna kuning. Saya telah

menjahit boneka saya dengan mesin jahit supaya hasil boneka saya lebih

kemas dan cantik. Tambahan lagi, saya telah melekatkan satu pasang mata

palsu untuk burung gagak saya.

6.0 Penutup

Aktiviti pengajaran yang menggunakan boneka merupakan satu

kaedah pengajaran yang menarik dan dapat merangsangkan minda murid.

Hal ini sedemikian kerana ia bukan sahaja mendatangkan keseronokan

kepada murid-murid, malah turut memperkembangakan kemahiran lisan,

kemahiran berkomunikasi dan kreativiti murid-murid. Namun begitu, satu

Page 6: Apakah Itu Boneka

perancangan yang rapi harus dilakukan sebelum digunakan dalam kelas

supaya ia betul-betul relevan dengan isi pembelajaran dan dapat membantu

guru-guru mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan.