Download - Apakah Itu Boneka
1.0 Apakah Itu Boneka?
Perkataan boneka yang berasal dari Bahasa Portugis, iaitu “boneca”,
merupakan satu jenis mainan yang dapat berbentuk berbagai-bagai,
terutamnya manusia atau haiwan. Boneka turut boleh didefinasikan sebagai
sebarang benda atau objek yang digreak lakonkan oleh pemain sama ada
secara sentuhan atau arahan yang bertujuan untuk menyampaikan mesej.
Setiap boneka akan mewakilkan satu watak sama ada dalam bentuk
manusia, haiwan dan sebagainya. Antara contoh boneka manusia ialah
boneka Parameswara, Hang Tuah dan Hang Jebat, manakala contoh boneka
haiwan adalah seperti boneka Sang Kancil, Sang Harimau, Si Arnab dan
sebagainya. Pemain boneka akan cuba menghidupkan watak-watak mengikut
perkembangan cerita dengan pertuturan dialog atau aksi pergerakan boneka
tanpa sebarang dialog.
Biasanya, boneka boleh digunakan sebagai alat bantu mengajaran
dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menyampaikan cerita
dengan berkesan serta menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan murid-
murid di sekolah. Sekiranya murid-murid diberikan peluang untuk
menyampaikan cerita dengan kaedah boneka, maka mereka akan dapat lebih
menghayati pengajaran dalam cerita dengan lebih mendalam kerana proses
pembelajaran telah berlaku secara tidak langsung.
Terdapat pelbagai jenis boneka yang kita boleh hasilkan sebagai alat
bantu mengajaran untuk meningkatkan minat murid-murid dalam proses
pembelajaran. Misalnya, boneka sarung tangan yang dikawal dengan jari-jari
yang dimasukkan ke dalam boneka, boneka wayang kulit yang memaparkan
baying-bayang boneka di bahagian belakang skrin putih, boneka tali yang
dikawal dengan tali-tali diikatkan pada bahagian anggota badan boneka dan
lain-lain lagi. Namun, pemilihan boneka haruslah sesuai dengan jenis dan
perkembangan cerita supaya mudah dikawal dan dapat menyampaikan masej
dengan jelas.
2.0 Kebaikan Menggunakan Boneka dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran
Pertama sekali, penggunaan boneka dalam proses pengajaran dan
pembelajaran akan mengeratkan hubungan antara murid-murid kerana
mereka akan dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan. Murid-murid akan
sentiasa berinteraksi antara satu sama lain melalui perbincangan dan
pembahagian watak. Kemahiran interpersonal murid-murid akan berkembang
apabila mereka cuba untuk menyampaikan pendapat mereka serta menerima
pendapat rakan-rakan.
Di samping itu, penggunaan boneka juga dapat memupuk daya
kreativti murid-murid. Perkara tersebut dapat dicapai apabila murid-murid
diberikan tugasan untuk menghasilkan boneka masing-masing mahupun
melalui aktiviti penciptaan sebuah cerita yang baru. Setiap persembahan
boneka mestilah disertakan dengan satu skrip cerita demi menyampaikan
masej seperti nilai-nilai murni. Oleh sedemikian, guru-guru boleh meminta
murid-murid untuk menghasilkan cerita berdasarkan tema yang telah
ditetapkan.
Nilai kerjasama juga dapat juga dapat dipupuk melalui
penggabungjalinan persembahan boneka dengan proses pengajaran dan
pembelajaran. Kebiasaannya, persembahan boneka memerlukan sekurang-
kurangnya dua orang untuk melakukan persembahan. Oleh itu, guru-guru
boleh memberikan tugasan persembahan boneka dalam bentuk aktiviti
kumpulan. Murid-murid akan berkerjasama dan saling membantu antara ahli
kumpulan masing-masing untuk menjayakan persembahan tersebut.
Keseronokan aktiviti P&P dapat ditingkatkan apabila boneka digunakan
untuk mengajar. Murid-murid akan memberikan tumpuan yang lebih kerana
kaedah pengajaran tersebut adalah lebih menarik dan tidak membosankan
jika dibanding dengan aktiviti P&P yang berasaskan teori. Dengan ini, murid-
murid boleh belajar melalui keseronokan dan masej-masej guru dapat
disampaikan dengan jelas kerana murid-murid telah memberikan perhatian
yang sepenuhnya kepada pengajaran guru.
Penggunaan boneka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
sememangnya mendatangkan banyak kebaikan kepada guru dan murid-
murid. Namun begitu, guru harus dapat menguruskan kelas dengan baik
supaya keadaan kelas tidak menjadi huru hara.
3.0 Proses Penghasilan Boneka
Proses penghasilan boneka terdiri daripada beberapa peringkat, iaitu
bermula dengan pemilihan cerita, menulis skrip, membina boneka dan
pentas.
a) Pemilihan cerita
Antara contoh-contoh cerita yang boleh dipilih untuk persembahan
boneka adalah berkaitan dengan binatang, manusia, kehidupan, keadaan
semasa dan sebagainya. Terdapat dua jenis cara yang boleh kita gunakan
dalam pemilihan cerita. Cara yang pertama ialah kita memilih cerita terlebih
dahulu sebelum menulis skrip dan membina boneka berasaskan cerita yang
dipilih. Cara kedua pula merupakan kita akan menggunakan boneka yang
sedia ada dan menjadikan mereka sebagai watak dalam cerita.
Kumpulan saya telah menggunakan cara yang pertama. Terlebih
dahulu, kami telah mencari cerita yang ingin dipersembahkan dan kemudian
barulah kami menghasilkan boneka kami.
b) Menulis skrip
Ayat yang ditulis dalam skrip tidak haruslah begitu panjang dan perlu
bersesuaian dengan tahap murid-murid. Skrip tersebut hanya menjadi satu
garis panduan dan boleh diubahsuai ketika penyampaian cerita. Kumpulan
saya telah memetik skrip cerita kami dari satu buku cerita yang bertajuk
“Pemburu dan Binatang yang Cerdik”.
c) Membina boneka dan pentas
Boneka boleh diperbuat daripada pelbagai bahan seperti stokin, sisa
kain, tuala dan sebagainya. Namun, bahan-bahan yang digunakan haruslah
bersesuaian dengan jenis boneka yang bakal dibina serta tidak akan
mengancam keselamatan murid-murid.
Dalam tugasan kami, kami dikehendaki untuk membina sebuah
boneka tangan yang 3D. Oleh itu, kumpulan saya telah bersepakat untuk
menjahit boneka kami dengan kain serta dimasukkan span atau kapas ke
dalam boneka supaya ia kelihatan seperti 3D. Pentas yang digunakan oleh
kumpulan saya juga mudah sahaja, iaitu kami telah mewarnakan satu keping
papan polystyrene untuk dijadikan latar belakang cerita kami.
Pada mulanya, kami telah menetapkan watak yang akan kami
hasilkan. Boneka yang akan saya bina ialah boneka burung gagak. Selepas
mendapatkan kain, saya telah membuat lakaran di atas kain untuk dipotong
dengan lebih tepat.
Kemudian, saya telah menjahit boneka saya secara berasingan
mengikut bahagian tubuh badan seperti bahagian kepala, cakar, sayap,
badan dan paruh dengan menggunakan mesin jahit. Setelah siap jahit
bahagian-bahagian tersebut, saya telah memasukkan span supaya boneka
saya berkembang dan kelihatan 3D. Selepas itu, barulah saya menjahitkan
kesemua bahagian itu menjadi satu boneka yang lengkap dan menampalkan
satu pasang mata palsu.
4.0 Waktu yang Sesuai untuk Penggunaan Boneka dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran
Boneka boleh digunakan apabila guru mengaplikasikan kaedah
bercerita dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terutamanya bagi cerita
yang mempunyai nilai-nilai murni. Guru-guru boleh memupuk nilai-nilai murni
melalui lakonan boneka dan murid-murida akan belajar serta menghayati
nilai-nilai tersebut melalui keseronokan secara tidak langsung.
Selain itu, boneka juga sesuai digunakan untuk pengajaran dan
pembelajaran dalam pemulihan. Dengan ini, fitrah naluri kanak-kanak yang
suka bermain dapat dipertingkatkan dan seterusnya mereka akan belajar
melalui permainnan.
Boneka juga sesuai digunakan untuk menghilangkan kebosanan dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kelas yang bosan akan menyebabkan
murid-murid tidak dapat menumpukan perhatian mereka dengan sepenuhnya.
Sebagai implikasinya, murid-murid akan kehilangan minat dalam
pembelajaran dan tidak dapat belajar dengan baik. Oleh itu, guru-guru boleh
menggunakan boneka untuk menceriakan lagi suasana pengajaran dan
pembelajaran supaya murid-murid menjadi lebih aktif dan komunikasi dua
hala dapat diwujudkan. Penggunaan boneka dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pada masa yang sesuai akan menghasilkan kesan yang positif
kepada pembelajaran murid-murid.
5.0 Bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan Boneka
Bahan-bahan asas yang digunakan dalam menghasilkan boneka adalah
seperti gunting, kain, jarum dan benang dan lain-lain lagi.
Dalam usaha untuk menghasilkan boneka burung gagak saya, saya
telah menggunakan kain yang berwarna hitam untuk membina bahagian
badan, kepala, ekor dan sayap burung gagak. Manakala untuk bahagian
paruh dan cakar, saya telah memilih kain yang berwarna kuning. Saya telah
menjahit boneka saya dengan mesin jahit supaya hasil boneka saya lebih
kemas dan cantik. Tambahan lagi, saya telah melekatkan satu pasang mata
palsu untuk burung gagak saya.
6.0 Penutup
Aktiviti pengajaran yang menggunakan boneka merupakan satu
kaedah pengajaran yang menarik dan dapat merangsangkan minda murid.
Hal ini sedemikian kerana ia bukan sahaja mendatangkan keseronokan
kepada murid-murid, malah turut memperkembangakan kemahiran lisan,
kemahiran berkomunikasi dan kreativiti murid-murid. Namun begitu, satu
perancangan yang rapi harus dilakukan sebelum digunakan dalam kelas
supaya ia betul-betul relevan dengan isi pembelajaran dan dapat membantu
guru-guru mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan.