apa yang menarik - · pdf fileganda sejak 10 tahun lepas. ... ringkas dan tepat untuk soalan...

20
[email protected] | 03-76104766 @hartabumi.my ANALISIS | BERITA | STRATEGI | HARTANAH HOT 12 OGOS-25 OGOS 2017 Edisi : #11 CERITA-NAH! [email protected] | 03-76104766 | www.hartabumi.com @hartabumi.my APA YANG MENARIK DI PUCHONG? Kisah Pelabur MRT Untuk AirBnb - Lukman Awaluddin Isu menarik: Hotspot Hartanah Lakeside Residence @ Puchong Fokus Kawasan Selayang

Upload: dangkhanh

Post on 02-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: APA YANG MENARIK -   · PDF fileganda sejak 10 tahun lepas. ... ringkas dan tepat untuk soalan tersebut. Sebab matlamat, ... Petaling Jaya, Seri Kembangan. Bil 1 Harga (RM) 2 4 5

[email protected] | 03-76104766 @hartabumi.my

ANALISIS | BERITA | STRATEGI | HARTANAH HOT 12 OGOS-25 OGOS 2017Edisi : #11

CERITA-NAH!

[email protected] | 03-76104766 | www.hartabumi.com @hartabumi.my

APA YANG MENARIKD I P U C H O N G ?

Kisah Pelabur

MRT Untuk AirBnb- Lukman Awaluddin

Isu menarik:

Hotspot HartanahLakeside Residence @ Puchong

Fokus KawasanSelayang

Page 2: APA YANG MENARIK -   · PDF fileganda sejak 10 tahun lepas. ... ringkas dan tepat untuk soalan tersebut. Sebab matlamat, ... Petaling Jaya, Seri Kembangan. Bil 1 Harga (RM) 2 4 5

12 OGOS - 25 OGOS 2017HB 01

Ketua EditorRADZI TAJUDDIN

EditorNADZRI SAZALI

PenyumbangGILAHARTANAH

LUKMAN AWALUDDIN

KreatifAMIRUL NIDZAM

NASRUDDIN SAMUNI

Maklum [email protected]

Maklum balasJika anda ada sebarang komen atau cadangan, sila email kami :

[email protected] sedia mendengar pandangan anda

Penerbit:

REKAYASA BUMI SDN BHD (11167537-X)D-12-05, Empire DamansaraJalan PJU 8/8, Damansara Perdana, 47800, PJ SelangorTel : 03 – 76104766

Hak cipta terpelihara. Semua artikel yang diterbitkan tetap menjadi hak milik REKAYASA BUMI SDN BHD (11167537-X)

Buletin hartabumi.my di-terbitkan setiap Jumaat pertama dan ketiga setiap bulan dan diedarkan secara atas talian di portal:

www.hartabumi.com/buletin Berita HartanahBerita terkini yang ringkas danpadat mengenai hartanah.

4

Selayang

Tahukah anda Selayang adalah sebuah kawasan matang yang pesat membangun?

Fokus Kawasan13-15

Hartanah-hartanah berpotensi di kawasan Gombak & Ampang

Senarai Hartanah16

Tips AirBnb

Perkara yang wajib anda tahu berkenaan AirBnb

Strategi Hartanah19

Lakeside Residence @ PuchongHartanah Hot9-11

Review hartanah baru dankawasan idaman untuk tinggal.

Jom tambah ilmu hartanah anda. Ketahui‘booster-booster’ menarik dan projek-pro-jek baru/akan datang di Bandar Puchong.

Isu Muka Depan5-7

Apa yang menarik di Puchong ?(Untuk hartanah)

Page 3: APA YANG MENARIK -   · PDF fileganda sejak 10 tahun lepas. ... ringkas dan tepat untuk soalan tersebut. Sebab matlamat, ... Petaling Jaya, Seri Kembangan. Bil 1 Harga (RM) 2 4 5
Page 4: APA YANG MENARIK -   · PDF fileganda sejak 10 tahun lepas. ... ringkas dan tepat untuk soalan tersebut. Sebab matlamat, ... Petaling Jaya, Seri Kembangan. Bil 1 Harga (RM) 2 4 5

KUALA LUMPUR: Usaha Bank Negara Malaysia menerusi langkah-langkah garis panduan pembiayaan bertanggungjawab bagi sektor hartanah akan dapat menangani isu-isu pengagihan saksama di mana pembeli kali pertama tidak akan mengalami masalah mendapatkan pinjaman, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Wira Othman Aziz.

“Saya ingin menasihatkan penilai, pentaksir dan ejen hartanah berdaftar bahawa langkah Bank Negara itu perlu dilihat secara positif kerana kebimban-gan anda terhadap kesannya agak tidak berasas. Tujuan sebenar dan hasrat

Menurutnya, kenaikan harga hartanah pada asasnya disebabkan oleh peningka-tan pendapatan dan pembelian dengan banyak oleh penduduk tempatan, serta warga asing yang mempunyai kuasa beli.

“Justeru, kerajaan menggalakkan dan memerlukan lebih ramai profesional hartanah seperti penilai, pengurus hartan-ah dan ejen hartanah yang akan memban-tu dalam menguruskan dengan baik sumber bertanah, kerana persekitaran dinamik yang sentiasa berubah-ubah hari ini memerlukan perkhidmatan komited daripada profesionalnya,” katanya.

Sumber dari BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK) yang beroperasi sepenuhnya mulai Isnin (24 Julai 2017) bakal merancakkan lagi aktiviti ekonomi di sepan-jang jajaran 51 kilometer itu.

Pengarah Pusat Perancangan dan Pemban-gunan Inovatif (CIPD) Universiti Teknologi Malaysia Prof Dr Amran Hamzah berkata ini berikutan trend masa kini yang mahukan kepelbagaian kemudahan di kawasan yang ada pengangkutan awam efisien.

"Perhubungan jaringan yang baik telah menarik minat pemaju hartanah untuk membangunkan pelbagai projek termasuk pusat beli-belah, perumahan dan ruang pejabat.

Beliau berkata kewujudan laluan MRT itu juga mampu menarik pasaran yang lebih besar, sekaligus merancakkan lagi aktiviti ekonomi dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

Sumber dari BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pasaran hartanah Malaysia menjadi tumpuan ramai pelabur China yang berminat, dan kebanyakan mereka amat positif untuk menjalankan perniagaan di negara ini, demikian menurut agensi perunding hartanah global berpangkalan di London, Knight Frank LLP. Ketua Penyelidikan Asia Pasifik, Nicho-las Holt berkata, 2017 menjadi antara tempoh yang sibuk bagi agensi itu memandangkan banyak pelabur China berunding secara aktif dengan pihaknya.pengangkutan awam efisien.

"Terdapat banyak pengilang dari China, serta sektor lain yang bertapak di Malaysia, dan kebanyakannya sangat positif untuk menjalankan perniagaan di negara ini," katanya

Hasil dapatan menunjukkan jumlah transak-si pelaburan warga China mengikut rekod pelaburan rentas sempadan negara itu, menyaksikan aktiviti itu meningkat 26 kali ganda sejak 10 tahun lepas.

Sumber dari BERITA HARIAN

BERITA HARTANAH MINGGU INILangkah-langkah BNM akan bantuselesaikan isu pembeli rumah pertama

MRT rancakkan lagi pembangunan ekonomiSungai Buloh-Kajang

Pasaran hartanah Malaysia tumpuan pelabur China

HB 04Berita Hartanah 12 OGOS - 25 OGOS 2017

Page 5: APA YANG MENARIK -   · PDF fileganda sejak 10 tahun lepas. ... ringkas dan tepat untuk soalan tersebut. Sebab matlamat, ... Petaling Jaya, Seri Kembangan. Bil 1 Harga (RM) 2 4 5

Kebanyakan pelabur hartanah yang seasoned dan kental mesti tahu. Apabila pasaran hartanah sedang perlahan, itu adalah petanda waktu yang terbaik untuk membeli.

Namun, dengan banyak rumah yang dijual dalam pasaran sekarang, di kawasan mana yang patut kita tengok dan beri perhatian? Tidak ada jawapan yang ringkas dan tepat untuk soalan tersebut. Sebab matlamat, kebolehan, dan keperlu-an setiap orang, tak sama.

Oleh itu, Tok nak kongsikan dengan korang semua apa yang Tok nampak dekat kawasan Puchong. Mungkin kawasan ni bakal jadi lebih gempak pada masa akan datang?

Dulu lain, sekarang lain?

APA YANG MENARIKDI PUCHONG (Untuk Hartanah)?

Kalau kita tanya ‘orang lama’ tentang kawasan Puchong, mereka pasti akan cakap macam ni:

“PUCHONG TU DULU, KAWASAN MELOMBONG TIN DAN BIJI TIMAH SEWAKTU 60-AN.”

Tapi, itu dulu. Sekarang, Puchong sudah menjadi lebih maju dan padat dengan populasi.

Untuk pengetahuan, Puchong mempun-yai populasi melebihi 400,000 orang penduduk. Dengan keluasan seluas 51.71km2, kadar kependudukan di Puchong boleh dikira padat. Apa maknan-ya fakta ini?

Ini bermaksud terdapat permintaan yang tinggi untuk hartanah di Puchong.

Seperti biasa, kita melihat kepada soalan ‘kenapa’?

Apa yang popular sangat pasal Puchong ni?

Pertama sekali, Puchong dilengkapi dengan pengangkutan awam dengan sangat molek. Kalau anda kira ada 8 semuanya stesen LRT yang ada dalam Puchong tadi. Bermula dari :

Diolah dari Gila Hartanah (www.gilahartanah.com)

Tesco Extra Puchong,IOI Mall Puchong,Kompleks Puchong Perdana,Giant Bandar Puteri Mall,AEON Big Puchong Utama,24 sekolah rendah,13 sekolah menengah, dan3 pusat pengajian tinggi berdekatan.

Isu Muka DepanHB 0512 OGOS - 25 OGOS 2017

Page 6: APA YANG MENARIK -   · PDF fileganda sejak 10 tahun lepas. ... ringkas dan tepat untuk soalan tersebut. Sebab matlamat, ... Petaling Jaya, Seri Kembangan. Bil 1 Harga (RM) 2 4 5

HB 06

Dah banyak kemudahan asas. Cukup senang nak hidup dekat sini

Disamping itu, Puchong juga menjadi pilihan mereka yang bekerja di Putrajaya dan Cyberjaya oleh kerana lokasi Puchong dengan kedua-dua tempat tersebut.

Sesetengah orang, lebih-lebih lagi orang-orang muda lebih suka hidup dekat tempat yang lively daripada tempat yang kosong dan bosan. Sebenarnya bukan orang muda sahaja, mereka yang bekeluarga juga lebih gemar kawasan yang meriah dengan kemudahan dan fasiliti. Untuk itu, Puchong mempunyai pelbagai pilihan untuk rumah sewa yang lebih berpatutan. Antaranya :

Yang bestnya lagi, jika dibandingkan dengan kawasan matang yang lain seperti Subang Jaya dan Petaling Jaya, Puchong mempun-yai lebih banyak rumah mampu-milik. Maksudnya, populasi di sini lebih ramai dan akan lebih ramai yang akan ke sini kerana kewujudan rumah mampu milik.

Sambungan lebuhraya terbaik

Antara faktor utama punca kepada pemban-gunan pesat kawasan Puchong adalah pembinaan LDP (Lebuhraya Damansara – Puchong), dengan akses ke New Klang Valley Expressway (NKVE) dan South Klang Valley Expressway (SKVE).

Selain tu, bila Equine Park dah selesai dibina dekat bandar jiran (Seri Kembangan), jika anda hendak ke Puchong sudah menjadi lebih mudah. Hanya beberapa minit perjala-nan sahaja dengan melalui MEX (Maju Expressway).

Dan jika anda nak ke hospital pula, senang sahaja. Ini berikutan di sini terdapat:

Tesco Extra Puchong,Avenue Puchong,IOI Mall Puchong,Kompleks Puchong Perdana,Giant Bandar Puteri Mall,AEON Big Puchong Utama,24 sekolah rendah,13 sekolah menengah, dan3 pusat pengajian tinggi berdekatan.

Columbia Asia Hospital Puchong (yang dibuka selama 24 jam),KPMC Puchong Specialist Center, danHospital Serdang (yang bertempat di Kajang).

12 OGOS - 25 OGOS 2017

Page 7: APA YANG MENARIK -   · PDF fileganda sejak 10 tahun lepas. ... ringkas dan tepat untuk soalan tersebut. Sebab matlamat, ... Petaling Jaya, Seri Kembangan. Bil 1 Harga (RM) 2 4 5

HB 9HB 1026 MEI - 9 JUN 2017

HB 07

Kawasan apa yang dekat dengan Puchong?

Mungkin ramai yang dah rasa boring (atau malas) nak ke pusat bandar untuk berjalan-jalan.Jika anda tinggal di Puchong, ianya tidak menjadi masalah kerana kawasan ini cukup dekat dengan 3 kawasan hot untuk melepak, ataupun membeli-belah, tanpa perlu pun ke pusat bandar.

Antara kawasan kejiranan yang dekat dengan Puchong adalah :

Kalau nak ke Subang Jaya, anda boleh gunakan lebuhraya LDP (Lebuhraya Daman-sara – Puchong), yang mengambil masa 13 minit perjalanan. Anda juga boleh mengguna-kan Lebuhraya Shah Alam, yang hanya mengambil masa 16 minit perjalanan.

Ini bergantung jugak ya. Kalau masa peak hour, memang tak dapat tempoh masa ini. Tapi dengan maklumat macam ni, lebih senang anda ingin merancang perjalanan ke sana.

Kalau nak ke Petaling Jaya pula, anda akan mengambil masa 21 minit melalui Lebuhraya Damansara – Puchong (sejauh 15.2 KM).

Dan untuk ke Seri Kembangan pula, ia hanya ambil masa selama kurang setengah jam (27 minit), dengan gunakan LDP, Lebuhraya Shah Alam, serta LDP dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan.

Menarik bukan? Tak banyak kawasan yang mempunyai jaringan lebuhraya yang sebegini.

Prestasi Harga Rumah di Puchong

Tadi kita menceritakan mengenai apa yang menarik di Puchong. Bagaimana pula dengan harga rumah di kawasan ini?

Mari kita teliti beberapa fakta berikut.

Pertama- jadual projek perumahan yang sedia ada. Kita boleh melihat harga pasaran.

Seterusnya, sila bandingkan dengan projek-projel perumahan baru di Puchong dan lihat harganya.

Dari sini anda boleh menilai sendiri sama ada projek baru ini ‘underprice’ atau ‘overprice’.

Yang ketiga (yang paling seksi), adalah prestasi harga rumah teres di Puchong dari 2014 hingga 2017.

PERBANDINGAN HARGA RUMAH TERES DI KAWASANPUCHONG TAHUN 2014 - 2017 MENGIKUT KELUASAN

470,000 500,000 580,000 488,000

685,000 745,000790,000 798,000

860,000880,000

1,035,000

830,000

0

500,000

1,000,000

1,500,000

2,000,000

2,500,000

3,000,000

2014 2015 2016 2017

Ha

rg

a (R

M)

Tahun

>800 kps >1000 kps >2000 kps

Subang Jaya,Petaling Jaya,Seri Kembangan.

Bil

1

Harga (RM)

2

4

5

Pemaju

Symphony Life Berhad

Dari 703,000 - 1,142,000Le Pavillion

Skyz Residence

Union Suites

O’Hako

2017

Kondominium

Dupleks, SoHo/Studio

Pangsapuri Servis

3 Sunway Geo Residences 2 Pangsapuri Servis

Dari 750,000 - 990,000

Dari 650,000

Dari 502,900 - 1,449,570

Dari 492,398 - 683,041Marimo Land Sdn Bhd

Sunway Bhd

Pangsapuri Servis, Lot Kedai, Pejabat

IOI Properties Group Berhad

Pilihan Megah Sdn Bhd

5 PROJEK BARU DI PUCHONG

Nama Projek Jenis Projek Saiz (sf)

Dari 983 - 1,650

Dari 1,162 - 1,657

Dari 650 - 1,055

Dari 463 - 1,445

Dari 815 - 1,002

Harga/saiz (RM/sf)

Dari 715.16 - 692.12

Dari 645.44 - 597.47

Dari 1,000

Dari 1086.18 - 1003.16

Dari 604.17 - 681.68

Tahun dijangka

Siap

2019

2018

2018

2020

2019

5 PROJEK SEDIA ADA DI PUCHONG

Bil

1

Harga (RM)

2

4

5

Pemaju

Villamas Group of Companies

Dari 260,000 - 888,000Zen Residence

Sierra Residency

Zefer Hill Residence

Lagoon Perdana

2017

Kondominium

Kondominium

Apartment

3 Koi Tropika Pangsapuri Servis

Dari 261,000 - 480,000

Dari 200,000 - 550,000

Dari 560,000

Dari 105,705 - 365,000Talam Transform Berhad

Utararia Development Sdn Bhd

KondominiumSentral City (M) Sdn Bhd

Pembinaan Sierra Mal Sdn Bhd

Nama Projek Jenis Projek Saiz (sf)

Dari 1,178 - 1,493

Dari 907 - 1,008

Dari 846 - 1,188

Dari 1,356 - 2,139

Dari 852 - 992

Harga/saiz (RM/sf)

Dari 220.71 - 594.78

Dari 287.76 - 476.19

Dari 236.41 - 462.96

Dari 412.98

Dari 124.07 - 367.94

Tahun Siap

2011

2009

2006

2015

NA

12 OGOS - 25 OGOS 2017

Page 8: APA YANG MENARIK -   · PDF fileganda sejak 10 tahun lepas. ... ringkas dan tepat untuk soalan tersebut. Sebab matlamat, ... Petaling Jaya, Seri Kembangan. Bil 1 Harga (RM) 2 4 5

1

Product Name Lakeside Residences, Puchong

Address Lakeside Residences, Puchong Sales Gallery, Lot 35449, Jalan Perindustrian Puchong, 47100, Puchong, Selangor

Phase 7 (Alia)

Type 2-Storey Terrace House

Total No. of Units 66 units

Land Area 22’ x 70’ / 22’ x 75’

Built Up Area 1,975 sqft – 2,025 sqft (3+1 bedrooms)

Selling Price RM885,100 onwards (launch price)

Launch Date Jan 2017

Completion Date 24 Month From SPA Date

Tenure Leasehold 99 Years (Expiring 15 June 2088)

Accessibility LDP, KESAS, Bukit Jalil Highway (Puchong-Sungai Besi) and North-South Highways

Product Features / Key Selling Points

1. Strategic Location

2. Guarded Community

3. Clubhouse

Lakeside Residences Phase 7 (Alia)

L A K E S I D E R E S I D E N C E

T h e M a g i c O f L a k e s i d e L i v i n g

DARI RM885, 100For enquiries, please call1800 88 9000 or 03 8063 7799

www.glomac.com.my

Page 9: APA YANG MENARIK -   · PDF fileganda sejak 10 tahun lepas. ... ringkas dan tepat untuk soalan tersebut. Sebab matlamat, ... Petaling Jaya, Seri Kembangan. Bil 1 Harga (RM) 2 4 5

HB 17HB 09 Hartanah Hot

Nama: Lakeside Residences @ Bandar Metro Puchong

Alamat: Bandar Metro Puchong, Selangor

Pemaju: Glomac Berhad

Jenis: Teres 2 TingkatPegangan Tanah: Leasehold

Keluasan: 1975 - 2025 kaki persegi Bilik Tidur: 4Bilik Air: 3

Harga PasaranRM885,100Diskaun: 7% Bumiputera Rebat: 9%

Kemudahan24-hour securityMulti-purpose courtPar course exercise stationJogging tracksBBQ areaPicnic lawnGazebosReflexology pathLake front piazzaSwimming poolGymnasium

LAKESIDE RESIDENCEPUCHONG

12 OGOS - 25 OGOS 2017

Page 10: APA YANG MENARIK -   · PDF fileganda sejak 10 tahun lepas. ... ringkas dan tepat untuk soalan tersebut. Sebab matlamat, ... Petaling Jaya, Seri Kembangan. Bil 1 Harga (RM) 2 4 5

HB 17HB 10

Selain itu, terdapat juga fasiliti lain yang memudahkan bakal penghuni seperti :

Lakeside Residence mempunyai jaringan dan akses kepada pelbagai lebuhraya seperti :

Secara mudahnya, mereka yang menetap di sini begitu mudah dan cepat untuk ke 3 lokasi hot yang berdekatan dengan Puchong – Subang Jaya, Petaling Jaya, dan juga Seri Kembangan.

Selalu bila kita bercakap tentang hartanah, ramai yang terfikir mengenai pelaburan. Memang sepatutnya begitu. Namun pelabu-ran ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk.

Ada pelaburan berkisar soal wang ringgit. Dan ada juga pelaburan yang ,emdatangkan manfaat seperti kesihatan, kesejahteraan dan macam-macam lagi.

Senang cerita, beli rumah ini boleh jadi tujuan-nya bukan sekadar ‘return on investment’ (ROI) atau ‘yield’ semata-semata.

Kita juga membeli rumah untuk tujuan ‘settle down’, persaraan atau memang mahu tinggal di kawasan tersebut atas pelbagai sebab.

Puchong sememangnya sebuah kawasan yang telah matang atau sudah pesat memba-ngun. Di sini, terdapat pelbagai kemudahan seperti LRT 2, pusat beli belah dan jaringan lebuhraya yang lengkap.

(Sila ke Isu Muka Depan Untuk Baca 3 Benda Win di Puchong)

Disebabkan kawasan ini sudah matang dan padat, permintaan terhadap hartanah juga tinggi. Walaubagaimanapun, kebanyakan produk hartanag yang ada di sini adalah jenis kediaman bertingkat tinggi seperti kondomini-um dan itu pun dijual pada harga melebihi setengah juta.

Jika tujuan mencari hartanah adalah untuk pelaburan dalam konteks taraf hidup yang tinggi, projek Glomac- Alia, Lakeside Residence merupakan jawapannya. Mengapa?

Ini merupakan pembangunan premium landed terbaru di bandar Puchong yang mana mempamerkan kelebihan seperti rumah yang dekat dengan tasik, kemuda-han aksesibiliti yang meluas, dan pelbagai keselesaan hidup yang lain.

Lebih penting, ia dijual pada harga yang amat berpatutan.

Tahukah anda bahawa Lakeside Residence mempunyai tasik yang boleh diakses yang menjadikannya bersesuaian bagi tujuan aktiviti bersukan dan beriadah? Bayangkan pada waktu petang anda boleh membawa seisi keluarga untuk beriadah di sini di samping menggunakan kemudahan bertaraf ‘club house’ mewah.

Menjadikan Lakeside Residence ini lebih menarik adalah pembinaan taman privasi (private park) seluas 7 ekar dan lengkap dengan gated and guarded. Jadinya, anda dah tak payah risau tentang faktor keselamatan keluarga korang sewaktu tengah bekerja.

RUMAH PALING BESTNAK DUDUK DI PUCHONG

Bagaimana di Puchong?

Keselamatan dan Kemudahan

Aksesibiliti yang cukup mudah

Mana Yang Best di Puchong?

Multi-purpose court (gelang-gang pelbagai guna)Trek joggingStesen senaman (par course exercise station)Tapak BBQTapak berkelahGazeboLaluan refleksologiLake front piazzadan lain-lain.

LDPKESASBukit Jalil Highway (Puchong – Sungai Besi)Lebuhraya Utara – Selatan.

12 OGOS - 25 OGOS 2017

Page 11: APA YANG MENARIK -   · PDF fileganda sejak 10 tahun lepas. ... ringkas dan tepat untuk soalan tersebut. Sebab matlamat, ... Petaling Jaya, Seri Kembangan. Bil 1 Harga (RM) 2 4 5

HB 18

Puchong mempunyai beberapa kolej dan universiti. Antaranya adalah:

Ini menjadikan kawasan ini amat sesuai sekiranya anak-anak anda mahu sambung belajar di sekitar kawasan kediaman.

Untuk pergi ke pusat beli belah yang pula, anda mempunyai akses kepada beberapa mall ini:

Bagi anda yang kaki golf, ada 3 golf courses yang ada berdekatan Lakeside Residences. Antaranya :

Kalau nak pilih tempat untuk tinggal bersama keluarga tersayang, ini akan jadi perkara utama yang anda akan tengok dulu sebelum membeli rumah. Lakeside Residences ni memang dekat dengan :

Jika semuanya begitu menarik, berapakah harganya? Dan apa pakej pembelian yang ditawarkan Glomac?

Mungkin ramai lagi tak tau pasal tawaran menarik yang Glomac buat ni. Kini, anda boleh dapat tawaran seperti :

Jadi, berapa banyak yang korang kena bayar bila beli kediaman ini sekarang? Sila rujuk di kotak di bawah.

Anda juga tak payah nak tanggung kos guaman untuk SPA dan juga loan rumah tau. Semua ni ditanggung beres oleh pihak pemaju sendiri. Duti setem pun, tak payah bayar jugak. Best, kan?

Tawaran dan peluang ini hanya terbuka kepada 14 unit je lagi. Bermakna, siapa cepat, dia dapat. Jangan tunggu lagi, jemput isi borang kat bawah ni laju-laju. Jangan bazirkan peluang keemasan ini.

SILA KLIK SINI

untuk melihat senarai penuh hartanah ini

(Hanya diDesktop)https://goo.gl/gYVfkA

Bagaimana denganUniversiti Mall?

Hospital Sangat Dekat

Apa Pakej TawaranYang Ada?

Ada Lagi Berita Baik!

Berita Buruk!

Columbia Asia Hospital (5KM) KPMC Puchong (5.8KM) Sunway Medical Centre (8KM)

Harga jualan = RM885,100,Tolak 7% diskaun Bumi = RM885,100 X 7% = RM61,957

Harga jualan – rebat =RM885,100 – 9% (RM79,595) =RM805,441

Harga jualan baru – diskaun Bumi = RM805,441 – RM61,957 =

Harga yang korang kena bayar hanya = RM743,484

Banyak yang anda boleh jimatkan. Lebih RM100,000 tu!

Tesco Puchong (5KM),IOI Mall (5KM),Giant Bukit Puteri (5KM),IOI Boulevard (6KM),Setia Walk (6KM),Sunway Pyramid Shopping Mall (9KM),Giant USJ (10KM).

Booking fee = RM5,000,9% rebat (untuk tempoh waktu terhad sahaja), dan7% diskaun Bumi

Kelab Golf Kinrara (10KM)Bukit Jalil Gold & Country Resort (13KM)

Binary University College (6KM)Sunway University (9KM)Taylor’s University Lakeside Campus (10KM)Taylor’s International School (10KM)

HB 1112 OGOS - 25 OGOS 2017

Page 12: APA YANG MENARIK -   · PDF fileganda sejak 10 tahun lepas. ... ringkas dan tepat untuk soalan tersebut. Sebab matlamat, ... Petaling Jaya, Seri Kembangan. Bil 1 Harga (RM) 2 4 5
Page 13: APA YANG MENARIK -   · PDF fileganda sejak 10 tahun lepas. ... ringkas dan tepat untuk soalan tersebut. Sebab matlamat, ... Petaling Jaya, Seri Kembangan. Bil 1 Harga (RM) 2 4 5

Selayang yang begitu sinonim dengan tagline Selayangku Sayang kini sedang menjalani pembangunan yang pesat dan salah satu projek terbesar di kawasan ini adalah Paragon @ KL Northgate di Selayang Hill.

Projek yang dikenali sebagai Selayang Springs sebelum ini, dibangunkan oleh KL Northgate Sdn Bhd. Projek ini telah terbengkalai sejak tahun 2014 dibawah pengurusan Barisan Tenaga Perancang (M) Sdn Bhd, anak syarikat Masa Group of Companies.

Barisan Tenaga telah melancarkan projek itu pada tahun 2009 dan menurut pelan induk asal, pembangunan ini terdiri daripada empat menara kediaman dengan 1,160 unit kondominium dan komponen komersial.

Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM600 juta itu, projek ini dijangka siap tahun ini. Semasa projek itu terbengkalai pada tahun 2014, projek ini telah siap hampir 65 peratus.

Hasil penelitian semula pelan induk, Paragon @ KL Northgate akan mempun-yai lima menara kediaman, sebuah hotel empat bintang, hab komersial dan taman tema air tertutup.

Hab komersial akan meliputi bangunan Paragon Mall yang mempunyai enam tingkat dengan kawasan lantai seluas 1.8 juta kaki persegi, dan 54 unit kedai pejabat dan kedai-kedai runcit 3 ½ tingkat dan 4½ tingkat.

Anggaran GDV bagi pembangunan semula ini adalah RM3.6 bilion tetapi ia mungkin bertambah pada tahun-tahun akan datang kerana KL Northgate akan melabur dalam landskap untuk meningkatkan nilai kawasan itu.

Menurut penilai hartanah, tapak seluas 7.3 hektar itu sudah pun bernilai antara RM250 juta ke RM300 juta. Nilai hartanah ini semak-in meningkat kerana terdapat banyak pembangunan yang sedang berlaku di Selayang.

Bina Puri Holdings Bhd selaku pemaju terawal di Selayang membangunkan bandar Bukit Idaman yang kebanyakannya terdiri daripada kondominium.

Antara pembangunan baru yang sedang rancak berjalan adalah Eco Sky oleh Eco World Development Sdn Bhd dan Lakeville Residence @ Taman Wahyu oleh Mah Sing Group Bhd. Sementara itu, di sebelah Paragon @ KL Northgate terletaknya Selayang hotspring, yang telah ditemui lebih daripada empat dekad yang lalu.

KL Northgate merancang untuk memban-gunkan semula kawasan air panas itu dan pelaburan untuk membangunkan semula kawasan air panas ini bernilai RM6 juta ke RM7 juta. Kawasan air panas ini akan diberi nafas baru dengan landskap yang indah, laluan pejalan kaki, peningkatan kawalan keselamatan dan kedai-kedai makanan dan minuman dengan harapan ia akan menjadi tarikan pelancongan baru di Selayang. Tarikan ini telah wujud berkurun-kurun lamanya tetapi tidak mendapat sambutan kerana ia tidak dijaga dengan baik.

Pembinaan The Paragon @ KL Northgate akan disambung pada suku keempat tahun ini. Ini selepas anak syarikat milik penuh Anzo Holdings Bhd, Harvest Court Construction Sdn Bhd mengumumkan penerimaan surat hasrat KL Northgate untuk projek tersebut. Harvest Court dijangka akan menerima surat anugerah kontrak bernilai RM1.2 bilion itu pada Julai atau Ogos.

Harvest Court akan bekerjasama dengan MCC Overseas (M) Sdn Bhd, untuk membangunkan keseluruhan projek Paragon @ KL Northgate itu dengan pembiayaan sepenuhnya dari MCC.

FOKUS KAWASAN : SELAYANG

Rakan Kongsi Projek

Fokus KawasanHB 1312 OGOS - 25 OGOS 2017

Page 14: APA YANG MENARIK -   · PDF fileganda sejak 10 tahun lepas. ... ringkas dan tepat untuk soalan tersebut. Sebab matlamat, ... Petaling Jaya, Seri Kembangan. Bil 1 Harga (RM) 2 4 5

Prospek Yang Cerah

Kemudahan dan Akses

Perancangan rapi untuk Paragon @ KL Northgate dilakukan supaya apabila orang pergi ke sana, mereka boleh menghabiskan seharian di taman tema dan pusat membe-li-belah, selain menikmati kedai-kedai makanan dan minuman.

Buat masa ini, kawasan utara Kuala Lumpur hanya mempunyai dua pusat membeli belah iaitu Selayang Capitol Complex dan Selayang Mall yang telah beroperasi lebih dari 20 tahun. Selayang Capitol adalah pusat beli belah berstrata dengan kawasan yang boleh disewa (NLA) daripada 320,000 kaki persegi, manakala Selayang Mall mempunyai NLA daripada 380,032 kaki persegi. Ini bermakna, Paragon @ KL Northgate bakal memenuhi permintaan penduduk.

Selayang tidak mempunyai banyak daya tarikan kecuali Institut Penyelidikan Perhutan-an Malaysia (FRIM), Batu Caves dan Templer Park yang terletak di kawasan bersebelahan; iaitu Rawang. Kemudahan-kemudahan lain termasuk Hospital Selayang, perpustakaan awam, fakulti perubatan Universiti Teknologi Mara, Universiti Islam Antarabangsa Malay-sia dan Kolej Komuniti Selayang.

Anzo dan MCC telah menandatangani satu perjanjian usaha sama untuk projek itu yang akan mengambil masa kira-kira enam tahun untuk dibangunkan sepenuhnya. Fasa 1 akan terdiri daripada kerja-kerja tanah, pembinaan Paragon Mall dan tempat letak kereta. Tempoh pembinaan juga dijangka mengambil kira-kira tiga tahun.

Paragon Mall akan menjadi pusat membe-li-belah terbesar di utara Kuala Lumpur apabila ia siap kelak. Walaupun sentimen pengguna sekarang agak lemah dan pusat membeli belah secara umumnya bergelut untuk bertahan di pasaran, KL Northgate yakin dengan prospeknya. Ini kerana kawasan sekitar pembangunan mempunyai kawasan tadahan hampir tiga juta penduduk dan majoriti adalah dari golongan berpendapatan sederhana tinggi.

Paragon Mall bukanlah sekadar pusat membeli belah biasa. Ia mempunyai campu-ran penyewa yang akan memenuhi setiap segmen pasaran. Bersebelahan dengannya adalah sebuah taman tema air tertutup yang akan memberikan kelainan kepada pengun-jungnya. Bakal penyewa utama di Paragon Mall juga merupakan jenama-jenama yang kukuh di pasaran antaranya Sogo, Parkson, Golden Screen Cinemas (GSC), dan kedai konsep HomePro.

Elemen paling penting bagi pusat membe-li-belah ini adalah taman permainan realiti maya terbesar di negara ini dengan keluasan 120,000 kaki persegi. Pemaju telah melabur kira-kira RM100 juta untuk melancarkan program realiti maya ini dan berhasrat membawa hiburan keluarga ke tahap yang baru.

Selain itu, Selayang StarCity Mall, sebuah pembangunan bersepadu yang mengg-abungkan aktiviti riadah dan pusat hiburan komersial juga sedang dalam fasa pembi-naan. Projek yang dibangunkan oleh Sierra Delima Development, anak syarikat Leadmont Development Sdn Bhd, dijadual-kan dibuka tahun ini. Pusat membeli-belah tujuh tingkat ini menawarkan empat tingkat ruangan runcit yang merangkumi kawasan seluas 550,000 kaki persegi dan akan mene-mpatkan lebih daripada 230 buah kedai. Penyewa utamanya adalah the Store Corp Bhd’s, Pacific department store, AEON Co (M) Bhd, MaxValue Supermarket dan GSC.

Selayang StarCity Mall adalah sebahagian daripada projek RM1.6 bilion Selayang StarCity yang merangkumi suite berjenama terkenal dan suite perkhidmatan bertaraf empat bintang yang diuruskan oleh rangkaian Holiday Villa.

HB 1412 OGOS - 25 OGOS 2017

Page 15: APA YANG MENARIK -   · PDF fileganda sejak 10 tahun lepas. ... ringkas dan tepat untuk soalan tersebut. Sebab matlamat, ... Petaling Jaya, Seri Kembangan. Bil 1 Harga (RM) 2 4 5

Kajian Projek Kereta ApiJaringan jalan raya ke Selayang telah meningkat sejak tahun 2011 dengan wujudn-ya lebuhraya KL-Kuala Selangor yang meliputi dari utara Templer Park ke bandar Assam Jawa di Kuala Selangor. Lebuh raya itu telah memberi manfaat kepada beberapa projek perumahan dan perindustrian di Selangor. Ia menyediakan akses mudah ke Lebuhraya Damansara-Pu-chong (LDP), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE) dan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2). Ia juga menyediakan sambungan kepada rangkaian jalan utama yang memba-wa kepada Lebuhraya Pantai Timur, Lebuhraya Utara Selatan dan pada masa akan datang, Lebuhraya Pantai Barat.

Mass Rapid Transit (MRT) Corp Sdn Bhd sedang mengkaji kemungkinan membina satu hubungan rel antara pusat bandar dan Bandar Baru Selayang kerana terdapat permintaan yang tinggi untuk pengangkutan awam.

Min Consult telah dilantik oleh MRT Corp untuk menjalankan kajian untuk menentukan sama ada idea membina MRT atau transit aliran ringan boleh dilaksanakan. Ia juga akan menentukan penjajaran yang terbaik untuk pelan kereta api yang dicadangkan itu, yang dikenali sebagai Link Selayang.

Kajian itu kemudian akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Difahamkan bahawa projek kereta api itu akan bermula dari Jinjang ke Bandar Baru Selayang dengan jarak kira-kira 10km. Pada tahun 2013, MRT Corp menimbangkan semula cadangan untuk membina laluan ketiga MRT yang dikenali sebagai ‘Circle Line’ (kerana ia berpusing disekitar bandar Kuala Lumpur) untuk memasukkan Selayang dan Putrajaya sebagai salah satu stesennya.

HB 1512 OGOS - 25 OGOS 2017

Page 16: APA YANG MENARIK -   · PDF fileganda sejak 10 tahun lepas. ... ringkas dan tepat untuk soalan tersebut. Sebab matlamat, ... Petaling Jaya, Seri Kembangan. Bil 1 Harga (RM) 2 4 5

SENARAI HARTANAHGOMBAK & AMPANGD I W W W . H A R T A B U M I . C O M

Clarita TowerHarga Asal Bermula MYR712,500Diskaun Bumiputera 5%Jenis Kediaman Service Apartment Saiz Binaan 1,905 sq ft

Setia Sky SeputehHarga Asal MYR3,439,650Diskaun Bumiputera 7%Jenis Kediaman KondominiumSaiz Binaan 2,300 - 3,000 sq ft

Setia Sky SeputehHarga Asal MYR3,439,650Diskaun Bumiputera 7%Jenis Kediaman KondominiumSaiz Binaan 2,300 - 3,000 sq ft

Setia Sky SeputehHarga Asal MYR3,439,650Diskaun Bumiputera 7%Jenis Kediaman KondominiumSaiz Binaan 2,300 - 3,000 sq ft

THE HAUTE, GURNEYHarga Asal MYR530,000Diskaun Bumiputera 7%Jenis Kediaman KondominiumSaiz Binaan 1,003 sq ft

Verge32Harga Asal Bermula MYR2,100,000Diskaun Bumiputera 7%Jenis Kediaman Semi-DSaiz Binaan 3375 - 5183 sq ft

Senarai Hartanah

SILA KLIK SINI

untuk melihat senarai penuh hartanah ini

(Hanya diDesktop)https://goo.gl/rS6EDM

HB 1612 OGOS - 25 OGOS 2017

Page 17: APA YANG MENARIK -   · PDF fileganda sejak 10 tahun lepas. ... ringkas dan tepat untuk soalan tersebut. Sebab matlamat, ... Petaling Jaya, Seri Kembangan. Bil 1 Harga (RM) 2 4 5

1

Product Name Lakeside Residences, Puchong

Address Lakeside Residences, Puchong Sales Gallery, Lot 35449, Jalan Perindustrian Puchong, 47100, Puchong, Selangor

Phase 7 (Alia)

Type 2-Storey Terrace House

Total No. of Units 66 units

Land Area 22’ x 70’ / 22’ x 75’

Built Up Area 1,975 sqft – 2,025 sqft (3+1 bedrooms)

Selling Price RM885,100 onwards (launch price)

Launch Date Jan 2017

Completion Date 24 Month From SPA Date

Tenure Leasehold 99 Years (Expiring 15 June 2088)

Accessibility LDP, KESAS, Bukit Jalil Highway (Puchong-Sungai Besi) and North-South Highways

Product Features / Key Selling Points

1. Strategic Location

2. Guarded Community

3. Clubhouse

Lakeside Residences Phase 7 (Alia)

Kisah Pelabur

Lukman AwaluddinRangkaian Rumah Inap24 tahun

Bermula secara lean-startup pada 2016 daripada 1 unit sehingga mempu-nyai lebih 40 unit rumah inap di Kuala Lumpur, Damansara dan Kota Kinaba-lu. Terbaru, beliau dan pasukan dalam proses melebarkan sayap ‘Elvara 2ndHome’ ke Guanghzhou, China.

HB 17

Kekuatan utama aplikasi Airbnb adalah dengan mempunyai fungsi review selepas pelanggan selesai menginap di rumah inap kita. Sebagai seorang host, penting untuk kami dapatkan review 5 bintang dari semua tetamu kami. 5 bintang tadi yang bakal menaikkan keyakinan lebih ramai prospek untuk menempah bilik daripada kami.

Saya suka dengan pendekatan reverse engineering untuk buat kajian lengkap sebelum kami mengambil keputusan untuk membuka rumah inap di satu-satu lokasi. Caranya, kami akan gunakan faktor yang diambil kira dalam review tadi untuk dijadikan kayu ukur dan penanda aras unit baru yang kami akan buka.

Ada 4 elemen penting untuk menjadi penye-dia rumah inap (homestay); bagi saya, saya namakan 4 elemen ini sebagai ‘rukun’ rumah inap.

1. Komunikasi2. Kemudahan3. Kebersihan4. Lokasi

1. Jarak dengan pusat bandar2. Kemudahan pengangkutan awam yang disediakan3. Kawasan yang damai

Komunikasi adalah bagaimana kita berinter-aksi dengan tetamu, matriks utama dalam komunikasi ini adalah bagaimana kita membantu tetamu dengan pengetahuan kita, bagaimana cara berbahasa kita dan kecepatan kita untuk membalas setiap pertanyaan.

Begitu juga dengan kemudahan dan kebersi-han, airbnb mengambil berat dengan fasiliti yang kita sediakan dan tahap kebersihan rumah kita.

Penilaian lokasi ini pula berdasarkan pada beberapa faktor.

Namun begitu, ketiga-tiga rukun tadi bersifat boleh diubah dan boleh dinaik taraf. Dengan erti kata lain, kita boleh belajar seiring melakukan bisnes rumah inap, perlahan-la-han untuk meningkatkan taraf servis kita.

Jika cara komunikasi kurang friendly, boleh dipelajari. Jika kemudahan dalam rumah tidak memadai, boleh dibeli dan disediakan. Jika kebersihan tidak mencapai standard, kita boleh tingkatkan atau serahkan kepada pakar untuk melakukan tugas tersebut.

Reverse Engineering

‘Rukun’ Rumah Inap

Faktor Lokasi

Kemudahan MRT

LOKASI LOKASI LOKASI

MRT UNTUK AIRBNB

Untuk memahami keperluan prospek tetamu kita, cara paling mudah adalah dengan meletakkan diri kita sebagai seorang pelancong; seorang yang mahu kesana-kemari tanpa kenderaan sendiri.

Oleh sebab itu lah kawasan bandar dan kawasan yang dekat dengan kemudahan pengangkutan awam lebih mesra kepada pelancong.

Walaubagaimanapun, tidak dinafikan ada segmen pelanggan yang lebih sukakan tempat yang damai dan tenang walaupun jauh dari bandar dan kemudahan awam.

Kemudahan MRT yang baru saja dirasmi-kan ini tidak dinafikan membantu menaik-kan nilai hartanah di kawasan sekeliling. Antara faktor adalah memudahkan hartanah tersebut untuk digunakan sebagai rumah inap.

Mengikut pengalaman saya dalam bisnes rumah inap, permintaan untuk unit rumah yang mempunyai fasiliti pengangkutan awam jauh lebih tinggi berbanding hartanah yang tidak mempunyai kemudahan ini.

Berbeza pula dengan lokasi, sekali anda tersalah pilih lokasi, tiada apa yang anda boleh buat untuk menaik taraf perkhidmatan anda ke aras standard.

Sebab itu lah, setiap kali saya dalam proses memilih unit untuk dijadikan bisnes rumah inap, saya akan mengambil masa paling lama dalam meneliti lokasi hartanah tersebut. Sekali tersalah pilih, tak boleh diundur!

Perlu diingat, customer experience dinilai dari pengalaman tetamu anda daripada langkah pertama beliau melihat listing, kepada pering-kat perbualan sebelum check-in seterusnya ke hari beliau menginap di rumah kita sehing-galah akhirnya beliau memulangkan kunci semula kepada kita.

Kekurangan dari pihak kita walau dari satu peringkat pun, akan menjatuhkan kepuasan pelanggan. Overall customer experience bukan dinilai dari pengiraan purata setiap peringkat, tetapi daripada nilai terendah daripada peringkat-peringkat tersebut.

Ini bermakna, walau bagaimana bagus dan cepat pun anda melayan pertanyaan tetamu, atau berapa banyak pun fasiliti yang anda sediakan, meski bersih bagaimana pun rumah anda, jika lokasi tidak strategik, kepua-san pelanggan secara keseluruhannya akan jatuh juga.

12 OGOS - 25 OGOS 2017

Page 18: APA YANG MENARIK -   · PDF fileganda sejak 10 tahun lepas. ... ringkas dan tepat untuk soalan tersebut. Sebab matlamat, ... Petaling Jaya, Seri Kembangan. Bil 1 Harga (RM) 2 4 5

12 OGOS - 25 OGOS 2017HB 18

Rumah inap kami di Mercu Summer Suite Kuala Lumpur contohnya, mempunyai selling point jarak jalan kaki (walking distance) dengan kemudahan Monorel Bukit Nanas. Permintaan untuk rumah inap ini jauh lebih tinggi daripada unit kami di Damansara yang tidak mempunyai apa-apa kemudahan pengangkutan awam.

Dengan permintaan ini lah, kami boleh mengenakan premium lebih tinggi untuk unit-unit rumah inap kami di hartanah tersebut. Selain itu, kami mampu mengeka-lkan kadar penghunian (occupancy rate) lebih 25 malam sebulan.

Perjalanan ke pusat bandar Kuala Lumpur yang dahulunya hanya boleh diakses meng-gunakan kereta dan sistem bas yang kurang efisyen, kini hanya 40 minit dan beberapa ringgit menggunakan kemudahan MRT.

Dari Stesen Kuala Lumpur, prospek tetamu rumah inap anda boleh ke KLCC hatta mengambil KTM ke Batu Caves untuk melihat tarikan pelancong di sana.

Maka soalan baru yang timbul, apakah hartanah yang bakal menikmati kemudahan MRT ini? Berapa jarak hartanah tersebut ke stesen MRT atau stesen bas tadi yang boleh diklasifikasikan sebagai walking distance?

Jawapannya agak subjektif. Melalui pengalaman kami yang sudah mengendali-kan tetamu dari pelbagai negara, kami mendapati jarak jalan kaki yang normal bagi setiap negara adalah berbeza.

MRT Sungai Buloh sememangnya mendekatkan jarak Sungai Buloh ke Kuala Lumpur. Kawasan yang sebelumnya ini mempunyai kebolehcapaian rendah kini dibantu oleh jaringan infrastruktur MRT.

Warganegara negara-negara Timur Tengah merasakan 10 minit adalah maksimum untuk berjalan, manakala untuk orang eropah, berjalan 30 minit adalah sesuatu yang normal.

Bagi saya, saya hadkan hartanah yang dalam lingkungan jarak 15minit berjalan kaki dari stesen MRT atau stesen bas perantara. Ini lebih mudah diterima oleh pengunjung dari setiap negara.

MRT sememangnya membantu industri rumah inap di kawasan sekitar stesennya. Jika anda berniat untuk melabur dalam hartanah dan menjadikan hartanah tadi untuk bisnes rumah inap, mungkin anda perlu teliti hartanah di sekeliling MRT Sungai Buloh ini.

Oleh: Lukman Awaluddin(Guesthouse Operator)

MRT Sungai Buloh

Walking Distance?Kesimpulan

Page 19: APA YANG MENARIK -   · PDF fileganda sejak 10 tahun lepas. ... ringkas dan tepat untuk soalan tersebut. Sebab matlamat, ... Petaling Jaya, Seri Kembangan. Bil 1 Harga (RM) 2 4 5

TIPS Airbnb

1

Runding sewa serendahmungkin dengan pemilik

Dapatkan unityang ‘fully furnished’

Pemandangan dari unit kena menarik

Banyak tarikanpelancongan

Akses kepada pengangkutanawam dan uber/grab

Tingkat tinggi

Dapatkan tempatparkir percuma

Belanja duit untukjadikan unit lebih menarik

Pemasaran yangsuperb !

2 3

6 5 4

7 8 9

HB 19 Strategi12 OGOS - 25 OGOS 2017

Page 20: APA YANG MENARIK -   · PDF fileganda sejak 10 tahun lepas. ... ringkas dan tepat untuk soalan tersebut. Sebab matlamat, ... Petaling Jaya, Seri Kembangan. Bil 1 Harga (RM) 2 4 5

HB 13 24 MAR - 7 APR 2017BULETIN HARTANAH TERBAIK.

Analisis Kawasan. Berita Gempak.Strategi Pelaburan. Hartanah Hot

BULETIN HARTANAH TERBAIK.Analisis. Berita. Strategi. Review

www.hartabumi.comhartabumi.my

Hot Spot Har tanahHB 18

Kawasan ini juga dikelilingi Kota Damansara di bahagian Utara, Taman Tun Dr Ismail di Timur, Subang Jaya di Selatan, dan Kayangan Heights di sebelah Barat. Ia juga terletak di antara Kelab Golf Negara Saujana dan Kelab Golf Negara Tropicana.

Ara Damansara dihubungkan oleh lebuhraya persekutuan, NKVE dan persimpangan Subang Jaya-Kelana Jaya. Ia sekali gus menghubungkan pemandu ke bahagian lain di Lembah Klang. Dengan lokasinya yang strategik dan akses yang mudah, kawasan ini bersedia untuk berkembang menjadi sebuah bandar berprestij yang mengamalkan gaya hidup berkomuniti. Akses ke bandar itu juga melalui lebuhraya Lapangan Terbang Subang dan persimpangan pertukaran Subang-Kelana.

Akses kedua adalah melalui terowong NKVE melalui kondominium Crimson ke Lebuhraya Damansara Puchong (LDP). Persiaran Tropicana pula menghubungkan bahagian timur Ara Damansara ke jalan masuk baru yang akan melalui Damansara Idaman.

Kejiranan ini mempunyai potensi yang tinggi di Petaling Jaya. Ini adalah kerana lokasinya yang strategik terletak di tengah-tengah beberapa lokasi utama seperti Bandar Utama, Tropicana, Sunway, Glenmarie, dan Kota Damansara. Stesen LRT baru sambungan dari laluan LRT Kelana Jaya yang mula beroperasi di Ara Damansara pada 30 Jun 2016 pula pasti memberi kemudahan tambahan kepada masyarakat.

Semua orang tahu tentang Damansara. Tapi bila Ara Damansara disebutkan, pasti ramai terpinga-pinga apa yang istimewanya kawasan itu. Pembaca jangan tak tahu, pasaran semasa di Ara Damansara dikatakan merupakan pasaran pembeli. Jika lokasi adalah faktor utama pembelian anda, maka Ara Damansara adalah salah satu kawasan terbaik di Lembah Klang yang mempunyai segala-galanya. Selain kemudahan akses dan rangkaian jalan raya yang besar, kawasan ini juga menawarkan beberapa permbangunan baru.

Kemudahan akses dan rangkaian jalan raya

Ara Damansara mula dibangunkan pada tahun 1999 oleh Sime Pilmoor Development Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik Sime UEP Development Sdn Bhd. Kawasan itu dijangka menempatkan kira-kira 4000 unit hartanah pelbagai jenis sebaik sahaja ia siap.

Ia adalah sebuah bandar 739 ekar (2.99km) yang berada di sepanjang lebuhraya Lapangan Terbang Subang di Petaling Jaya. Kawasannya begitu strategik kerana terletak di utara dan barat lebuhraya NKVE, lebuhraya EAST Lapangan Terbang Subang dan selatan

FOKUS KAWASANARA DAMANSARA

21 FEB - 3 MAR 2017 2 MINGGU

DITERBITKAN

SEKALI

Dapatkan secara PERCUMA di:

www.facebook.com/hartabumi.my