apa makna tayammum

Download Apa makna tayammum

If you can't read please download the document

Upload: zaim-zanol

Post on 25-Jun-2015

1.144 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Apa makna tayammum? Tayammum bermaksud menyapu debu tanah yang bersih ke muka dan dua tangan sebagai ganti wudhuk dan mandi wajib ketika ketiadaan air atau tidak mampu menggunakan air kerana sakit, terlalu sejuk atau sebagainya.[1] Keharusan tayammum telah sabit dengan al-Quran, as-Sunnah dan Ijmak ulamak. Firman Allah di dalam al-Quran (bermaksud); Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu menyentuh (atau mensetubuhi) perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk atau untuk mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah itu. (al-Maidah: 6). Bila diharuskan tayammum? Secara dasarnya, ada dua sebab yang mengharuskan tayamumm; 1. Kerana keputusan air; sama air tidak ada langsung atau ada sedikit dan tidak cukup untuk mengambil wudhuk. 2. Kerana tidak mampu menggunakan air Apakah dalil keharusan bertayammum apabila keputusan air? Dalil keharusan bertayammum kerana keputusan air ialah hadis dari Said bin Abdurrahman bin Abza yang meriwayatkan dari bapanya yang menceritakan; Seorang lelaki datang berjumpa Umar r.a. dan bertanya; Aku telah berjunub dan aku tidak menemui air (untuk mandi). Umar menjawab; Janganlah kamu mengerjakan solat (hingga kamu menemui air). Namun Ammar bin Yasir r.a. (yang ada bersama Umar ketika itu) berkata kepada Umar; Tidakkah engkau ingat ketika kita sama-sama dalam satu musafir di mana kita berdua telah berjunub dan kita tidak menemui air (untuk mandi). Adapun kamu, maka kamu memilih untuk tidak menunaikan solat. Adapun aku, maka aku telah berguling di atas tanah (untuk bertayammum) dan kemudian aku menunaikan solat. Apabila diceritakan kepada Nabi s.a.w., maka baginda berkata (kepada Ammar); Sesungguhnya memadai kamu menepuk dua tapak tangan kamu ke tanah, kemudian kamu hembusnya (untuk menipiskan sedikit debu di tapak tangan itu) dan seterusnya kamu sapukan debu ke muka dan ke dua tangan kamu (hingga pergelangannya).[2]

Apakah dalil keharusan bertayammum kerana tidak mampu menggunakan air? Dalilnya ialah hadis dari Amru bin al-As r.a. yang menceritakan; Semasa dalam peperangan Zatus-Salasil, aku telah bermimpi (hingga keluar mani) pada malam yang bersangatan sejuk, lalu aku bimbang jika aku mandi mungkin akan membawa kebinasaan kepadaku. Maka aku pun bertayammum dan kemudian aku menunaikan solat Subuh bersama sahabat-sahabatku (tentera-tentera Islam). Apabila kami tiba di Madinah (setelah selesai perang), mereka mengadu kepada Rasulullah s.a.w. tentang apa yang telah aku lakukan (yakni bertayammum). Maka Rasulullah bertanya kepadaku; Wahai Amru! Apakah kamu menunaikan solat bersama sahabat-sahabatmu sedangkan kamu berjunub?. Lalu aku menjawab; Aku teringat firman Allah; Dan janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu. (an-Nisa; 29). Maka kerana ayat itu aku pun bertayammum dan kemudian mengerjakan solat. Mendengar peneranganku, Rasulullah s.a.w. ketawa dan baginda tidak berkata apaapa.[3] Imam ad-Daruqutni menceritakan bahawa Saidina Ali ditanya berkenaan seorang lelaki yang berada dalam musafir, lalu ia ditimpa junub sedang air yang ada padanya hanya sedikit di mana ia bimbang jika air itu digunakan untuk mandi wajib menyebabkan ia kehausan. Jawab Saidina Ali; Hendaklah ia bertayammum. Imam Ahmad pernah menceritakan; Beberapa orang sahabat bertayammum dan mereka menyimpan air untuk minuman mereka.[4] Apakah contoh-contoh keadaan yang mengharuskan tayammum kerana tidak mampu menggunakan air? 1. Tidak mampu menggunakan air kerana sakit, atau bimbang bertambah sakit, atau bimbang lambat sembuh. Hal tersebut diketahui dengan pengalaman atau makluman dari doktor. 2. Air yang ada diperlukan (untuk minum dan sebagainya) pada ketika itu atau akan datang. 3. Terdapat sangkaan yang kuat dalam dirinya bahawa akan ditimpa sakit jika ia menggunakan air. 4. Takut kepada musuh yang menghalangnya dari mendapat air sama ada musuh itu

manusia atau binatang buas. 5. Air diperlukan untuk minuman haiwan yang bersamanya seperti kudanya atau sebagainya. 6. Air diperlukan untuk menguli tepung, untuk memasak dan sebagainya. 7. Air diperlukan untuk membasuh najis yang tidak dimaafkan (yakni mesti dibersihkan). 8. Bimbang kepada sejuk yang bersangatan jika musim sejuk luar biasa. Apakah syarat-syarat sah tayammum? Untuk sahnya tayammum, para ulamak telah menggariskan syarat-syarat berikut;[5] Pertama; Hendaklah orang yang bertayammum mempunyai keuzuran yang menghalangnya dari menggunakan air iaitu kerana keputusan air atau tidak mampu menggunakan air. Kedua; Berusaha mencari air terlebih dahulu jika tayammum dilakukan kerana keputusan air. Ketiga; Hendak lah tayammum itu dengan menggunakan tanah yang bersih Keempat; Hendaklah bertayammum setelah masuk waktu Syarat pertama telahpun kita huraikan tadi iaitu tatkala memperkatakan tentang bilakah harus kita bertayammum. Untuk berikutnya kita huraikan syarat-syarat selebihnya iaitu yang bersangkutan dengan kewajipan mencari air, bahan tayammum (iaitu tanah menurut jumhur ulamak) dan waktu dilakukan tayammum. Apa maksud mencari air? Seseorang yang ingin bertayammum kerana ketiadaan air, wajib ia berusaha mencari air terlebih dahulu di kawasan sekitarnya. Jika air tiada di rumah, hendaklah ia pergi ke masjid umpamanya atau ke rumah berdekatan moga-moga menemui air. Jangan sematamata tiada air di rumah, lalu ia pun bertayammum. Setelah pasti benar-benar tidak ada air, barulah bertayammum. Mencari air itu wajib diulangi setiap kali hendak bertayammum.[6] Tidak cukup dengan pencarian ketika kali pertama bertayammum

sahaja. Bagaimana jika ada air, namun tidak mencukupi untuk bersuci, adakah digunakan air baru tayammum atau terus tayammum? Ada dua pandangan ulamak bagi masalah ini;[7] Pandangan pertama; wajib digunakan air yang ada itu, kemudian barulah bertayammum bagi anggota yang tidak dapat dicuci dengan air. Pandangan ini merupakan mazhab Imam Ahmad dan Imam Syafiie (dalam qaul jadidnya). Pandangan kedua; hendaklah terus bertayammum dan tinggalkan air itu. Pandanagn ini adalah pandangan jumhur ulamak yang terdiri dari al-Hasan, az-Zuhri, Hammad, Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Syafiie (dalam qaul qadimnya), Ibnu al-Munzir dan al-Muzanie (murid Imam Syafiie). Kalau seseorang itu lupa bahawa dalam kenderaannya ada air atau ia lupa ada menyimpan air di satu tempat, lalu ia pun bertayammum dan mengerjakan solat; bagaimana hukumnya? Ada dua pandangan ulamak bagi masalah ini; Pertama; menurut Imam Syafiie dan Imam Ahmad; tidak dipakai tayammum itu, yakni solatnya wajib diulangi semua setelah mengambil wudhuk dengan air tersebut. Hujjah mereka ialah; thoharah dengan air adalah perintah yang wajib. Ia tidak gugur sematamata kerana lupa. Kedua; menurut Imam Abu Hanifah; dipakai tayammum itu, yakni solatnya sah kerana lupa adanya air membawa ia kepada tidak dapat menggunakan air, maka halnya sama seperti orang yang ketiadaan air. Adakah tayammum hanya harus dengan tanah sahaja? Bolehkah bertayammum dengan selain tanah? Ada beberapa pandangan ulamak dalam masalah bahan yang harus digunakan untuk bertayammum; Pertama; jumhur ulamak (mazhab Imam Syafiie, Imam Ahmad, Ishaq, Abu Yusuf dan Daud az-Dzahiri) mensyaratkan tayammum hendaklah dengan tanah, tidak harus dengan

pasir, batu, kapur dan sebagainya yang tidak dikategorikan sebagai tanah. Dan disyaratkan tanah itu pula hendaklah berdebu (yakni dapat melekat pada tangan bila ditepuk) dan bersih. Kedua; Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula berpendapat; tidak khusus kepada tanah sahaja. Harus tayammum dengan segala yang ada di atas permukaan bumi; tidak hanya tanah, tetapi juga pasir, kapur, batu dan seumpamanya. Malah menurut Imam Malik; harus tayammum dengan salji dan setiap yang melapisi permukaan bumi. Imam Malik dan Imam Abu Hanifah juga tidak mensyaratkan bahan-bahan untuk bertayammum itu berdebu. Oleh itu, pada pandangan mereka; harus bertayammum di atas batu yang tidak ada debu atau di atas tanah licin yang tidak ada debu yang melekat di tangan apabila ditepuk di atasnya. Adakah harus bertayammum dengan menepuk di dinding, di atas permaidani, di pakaian, di belakang binatang kenderaan atau sebagainya? Ada dua pandangan ulamak; Pertama; mengikut pandangan mazhab Syafiie dan Ahmad; harus jika di atas tempattempat yang ditepuk itu ada terdapat debu yang dapat melekat di tangan sebagaimana yang disyaratkan tadi. Jika tidak terdapat debu padanya, tidak harus tayammum. Kedua; mengikut Imam Malik; tidak harus melakukan tayammum dengan menepuk ke atas debu yang terdapat di atas pakaian, permaidani dan sebagainya itu. Menurut beliau, tayammum hendaklah dengan menepuk terus ke atas bumi. Adakah harus bertayammum dengan tanah bernajis? Tidak harus kerana tayammum wajib dengan tanah atau bahan yang bersih kerana Allah menyebutkan di dalam ayat (shaid yang bersih). Begitu juga, Nabi s.a.w. juga bersabda; Shaid (tanah) yang bersih adalah alat bersuci bagi seorang muslim jika ia tidak mendapati air sekalipun selama sepuluh tahun. Jika ia telah menemui air, hendaklah ia menyapu air (yakni membasuh) badannya. Demikian itu lebih baik baginya.[8] Menurut Abu Hamid; hukum tersebut telah disepakati oleh sekelian ulamak.[9] Adakah disyaratkan masuk waktu sahnya tayammum?

Ada dua pandangan ulamak; Pertama; jumhur ulamak (terdiri dari mazhab Imam Malik, Syafiie, Ahmad dan lain-lain) berpandangan; tidak sah tayammum melainkan setelah masuk waktu solat sama ada tayammum kerana keputusan air atau kerana tidak mampu menggunakan air. Maksud masuk waktu ialah tiba waktu yang mengharuskan suatu solat itu dilakukan. Disyaratkan masuk waktu kerana tayammum adalah toharah darurat seperti mana toharah wanita yang istihadhah di mana kedua-duanya tidak menghilangkan hadas, akan tetapi dilakukan hanya untuk mengharuskan solat sahaja. Maka sebagaimana wanita yang istihadhah tidak harus mengambil wudhuk melainkan setelah masuk waktu, begitu juga orang yang ingin melakukan tayammum juga tidak harus melakukannya melainkan setelah masuk waktu solat. Kedua; Imam Abu Hanifah berpandangan; tayammum tidak terikat dengan waktu, yakni harus melakukan tayammum sekalipun belum masuk waktu. Beliau mengkiaskannya dengan wudhuk dan toharah-toharah yang lain (mandi, menyapu khuf, menghilangkan najis). Sebagaimana wudhuk harus dilakukan sebelum masuk waktu solat, maka tayammum juga sedemikian kerana ia disyariatkan sebagai ganti kepada keduaduanya.[10] Apakah syarat tayammum bagi orang sakit atau luka? Tidak semua jenis sakit atau luka mengharuskan tayammum. Sakit atau luka yang mengharuskan tayammum ialah sakit atau luka yang penggunaan air ditakuti akan menyebabkan at-talaf (kematian atau kemusnahan anggota) atau mendatangkan mudarat pada badan. Ia merangkumi;[11] 1. Akan menyebabkan kematian atau kerosakan pada aggota ( ); lumpuh dan sebagainya. 2. Penggunaan air menimbulkan penyakit yang membawa kematian atau kerosakan anggota. 3. Menyebabkan sakit bertambah teruk atau penyakit semakin melarat. 4. Menyebabkan lambat sembuh 5. Menyebabkan kesakitan yang tidak tertanggung. 6. Menimbulkan kecacatan dan kejelikan yang ketara pada badan; seperti kulit menjadi hitam atau sebagainya. Kesan-kesan yang dibimbangi tersebut dari penggunaan air hendaklah disahkan oleh pengalaman sendiri atau berdasarkan makluman dari doktor yang mahir. Menurut mazhab

Syafiie; doctor itu hendaklah muslim dan adil (tidak fasiq). Tidak diterima pengakuan atau pengesahan dari doctor kafir atau fasiq.[12] Namun menurut mazhab Imam Malik; harus memakai pandangan atau makluman dari doktor kafir jika tidak ada doktor muslim.[13] Apakah syarat tayammum bagi orang yang kesejukan? Syaratnya ialah tidak ada sebarang ikhtiar lagi yang dapat dilakuka bagi menggunakan air. Jika mampu berikhtiar sama ada dengan memanaskan air atau sebagainya, wajiblah dilakukan ikhtiar itu. Jika tidak mampu, barulah diharuskan tayammum.[14] Sejauhmanakah ibadah yang harus dilakukan dengan tayammum? Tayammum mengharuskan apa yang diharuskan dengan wudhuk dan mandi.[15] Seorang yang bertayammum harus mengerjakan solat fardhu, solat sunat, sujud tilawah, sujud syukur, membawa mushaf, membaca al-Quran dan beriktikaf. Hukum ini telah disepakati oleh ulamak.[16] Namun para Fuqahak berikhtilaf dalam menentukan bilangan solat fardhu yang harus dikerjakan dinisbahkan kepada satu tayammum yang dilakukan. Di sana ada tiga pandangan; [17] Pandangan pertama; tayammum sama seperti wudhuk iaitu tidak terikat dengan bilangan solat. Selagi tayammum tidak batal iaitu dengan menjumpai air atau dengan berlakunya hadas-, maka harus untuk melakukan dengan tayammum itu seberapa banyak solat yang dikehendaki sama ada fardhu atau sunat dan tanpa mengira waktu. Pandangan ini merupakan pendapat Said bin al-Musayyab, al-Hasan, az-Zuhri, as-Tsauri, Imam Abu Hanifah, al-Muzani dan ar-Ruyani. Pandangan kedua; Jumhur ulamak yang terdiri dari Saidina Ali, Ibnu Umar, Ibnu Abbas, as-Syabi, an-Nakhaie, Qatadah, Yahya al-Ansari, Rabiah, Malik, Syafiie, al-Laits, Ishaq

dan Imam Ahmad. Mereka berpendapat; satu tayammum hanya untuk satu solat fardhu atau satu ibadah wajib sahaja. Oleh demikian, tidak harus menjamakkan dua solat dengan satu tayammum atau melakukan dua tawaf atau melakukan satu solat fardhu dengan satu tawaf fardhu, menghimpunkan dua solat nazar atau antara satu solat fardhu dengan satu solat nazar. Hendaklah diperbaharui tayammum untuk setiap solat fardhu yang hendak dilakukan setelah dipastikan tidak air terlebih dahulu. Adapun solat sunat, harus dilakukan seberapa banyak yang dikehendaki. Pandangan ketiga; Imam Abu Tsur dan fuqahak mazhab Hanbali.[18] Mereka berpandangan; Tayammum terikat dengan waktu di mana satu tayammum hanya bagi satu waktu solat fardhu sahaja. Seorang yang bertayammum boleh melakukan apa sahaja solat yang dikehendaki sama ada solat fardhu dalam waktu, solat fardhu yang luput, menjamakkan dua solat dan seberapa banyak solat sunat yang diingini selama belum masuk waktu lain. Apabila masuk waktu lain, batallah tayammum dan wajib diulangi semula tayammum bagi mengharuskan solat kembali. Kedaaannya menyamai seorang wanita istihadhah atau orang-orang lainnya yang melakukan toharah darurat.[19] Apakah anggota-anggota tayammum? Berdasarkan ayat al-Quran tadi dan hadis-hadis Nabi s.a.w. (sebahagiannya telah kita sebutkan tadi), anggota tayammum hanya dua sahaja (sama ada tayammum bagi menggantikan wudhuk atau bagi menggantikan mandi) iaitu; 1. Muka 2. Dua tangan Mengenai muka tidak ada khilaf di kalangan ulamak bahawa keseluruhan kawasan muka yang wajib dibasuh ketika mengambil wudhuk, maka ketika tayammum kawasan muka tersebut wajib diratai dengan debu. Adapun tangan, maka para ulamak berbeza pandangan tentang kawasan yang wajib disapui debu; Pertama; mengikut jumhur atau majoriti ulamak iaitu Saidina Ali, Ibnu Umar, al-Hasan al-Basri, as-Syabi, Salim bin Abdullah, Imam Malik, al-Laits, Imam Abu Hanifah dan Syafiie; kawasan tangan yang wajib disapui debu adalah sama sebagaimana yang wajib dibasuh ketika mengambil wudhuk iaitu bermula dari hujung jari hinggalah ke siku.[20] Mereka berdalilkan antaranya- sabda Nabi s.a.w.; Tayammum itu dua kali tepukan,

sekali untuk disapu ke muka dan sekali untuk di sapu ke kedua tangan hingga ke siku.[21] Kedua; sekumpulan ulamak yang terdiri dari Atho, Makhul, al-Auzaie, Imam Ahmad, Ishaq, Imam Syafiie (mengikut qaul qadimnya sebagaimana diceritakan oleh Abu Tsur)[22] dan disokong oleh Ibnu al-Munzir berpandangan; kawasan tangan yang wajib disapui debu ketika tayammum hanyalah sampai ke pergelangan tangan sahaja.[23] Mereka berdalilkan hadis kisah Ammar (yang telah kita kemukakan tadi) di mana Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya; Sesungguhnya memadai kamu menepuk dua tapak tangan kamu ke tanah, kemudian kamu hembusnya (untuk menipiskan sedikit debu di tapak tangan itu) dan seterusnya kamu sapukan debu ke muka dan ke dua tangan kamu (hingga pergelangannya).[24] Adapun hadis yang dijadikan hujjah oleh jumhur tadi ia adalah dhaif. Sebenarnya ia hanyalah pandangan Ibnu Umar, bukan sabda Nabi s.a.w.. Menurut Imam Nawawi; pandangan kedua di atas adalah kuat dari segi dalilnya dan lebih hampir kepada kehendak as-Sunnah.[25] Berapakah bilangan tepukan yang wajib semasa melakukan tayammum? Rentetan dari khilaf di atas, berlaku pula khilaf dalam menentukan berapakah bilangan tepukan ke tanah yang mesti dilakukan oleh orang yang melakukan tayammum? Mengikut jumhur ulamak tadi; tayammum wajib dengan sekurang-kurangnya dua kali tepukan ke tanah; satu tepukan untuk disapu ke muka dan satu tepukan lagi untuk disapu kepada dua tangan hingga ke siku. Jika dua kali tepukan itu mencukupi untuk menyapu keseluruhan kawasan muka dan tangan (hingga ke siku), tidak perlu lagi ditambah. Jika tidak, wajiblah tepukan itu ditambah hingga debu meratai seluruh kawasan yang wajib disapu itu.[26] Adapun pandangan kedua di atas (Atho, Makhul, al-Auzaie, Imam Ahmad, Ishaq dan disokong oleh Ibnu al-Munzir), mereka menegaskan; yang wajib ialah sekali tepukan sahaja untuk kedua-dua anggota tayammum iaitu muka dan dua tangan hingga

pergelangannya.[27] Bilakah batalnya tayammum? 1. Tayammum adalah bersuci gantian bagi wudhuk. Apabila berlaku kepada orang yang bertayammum perkara-perkara yang boleh membatalkan wudhuk sebagaimana yang telah kita jelaskan dalam tajuk yang lalu (contohnya, ia telah terkentut atau tersentuh kemaluan atau sebagainya), maka batallah tayammumnya. Kesimpulannya, perkaraperkara yang membatalkan wudhuk juga akan membawa kepada batalnya tayammum. 2. Bagi orang yang bertayammum kerana ketiadaan air, tayammumnya batal apabila telah bertemu air. Sebaik bertemu air, dengan sendiri tayammumnya terbatal. Apabila hendak solat semula, wajib ia mengambil wudhuk, yakni tidak cukup dengan tayammumnya tadi sekalipun ia tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan tayammumnya. Jika ia bertayammum tadi kerana ganti mandi wajib, hendaklah ia mandi wajib sebelum mengerjakan solat berikutnya. 3. Jika seorang bertayammum, kemudian belum sempat mengerjakan solat ia telah menemui air, tidak harus ia menunaikan solat dengan tayammum itu, akan tetapi hendaklah mengambil wudhuk, kemudian baru tunaikan solat. Ini kerana tayammumnya dengan sendiri terbatal dengan kerana bertemu air sekalipun belum sempat mengerjakan solat. Jika air ditemui semasa sedang solat (seperti ada orang memberitahunya semasa sedang solat itu), jika ia ingin meneruskan solatnya diharuskan dan solatnya sah. Namun sebaik-baiknya ialah ia menghentikan solatnya, kemudian mengambil wudhuk dan melakukan semula solat. Jika air ditemui setelah selesai solat, sah lah solat yang ditunaikan sebelum bertemu air itu dan tidak perlu diulangi semula sekalipun waktu masih ada. 4. Jika bertayammum kerana keuzuran (seperti sakit, sejuk keterlaluan dan sebagainya), tayammum dikira terbatal sebaik sahaja hilang keuzuran. Contohnya; jika seseorang bertayammum kerana sakit, maka sebaik ia sembuh dari sakit, batallah tayammumnya. Nota Kaki [1] Lihat takrif Tayammum di dalam; Al-Mughni, 1/180. [2] Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim.

[3]Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Daruqutni. Lihat hadis ini dalam Nailul-Autar. [4] As-Solah Ala Mazahib al-Arbaah, hlm. 91. [5] Al-Mughni, 1/182-184, al-Majmu, 2/269. [6] At-Tahzib, Imam al-Baghawi, 1/375. [7] Al-Majmu, 2/294-295, al-Mughni, 1/183. [8] Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abu Zar r.a.. Kata beliau; hadis ini hasan soheh. Dalam riwayat yang lain, lafaz hadis berbunyi; . Shaid yang baik adalah wudhuk seorang muslim ketika ia tidak menemui air sekalipun sepuluh tahun. Jika ia telah menemui air, hendaklah ia bertakwa kepada Allah dan sapulah kulitnya dengan air (yakni ratakanlah anggota wudhuknya dengan air). Demikian itu lebih baik baginya. (Riwayat al-Bazzar dari Abu Hurairah r.a.. Menurut Imam Ibnu Hajar; perawi-perawi hadis ini adalah soheh. Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 5154). Sabda Nabi s.a.w.; demikian itu lebih baik baginya, bermaksud; bersuci dengan air itu lebih baik baginya dari segi keberkatan dan pahala. (Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 5154). [9] Al-Majmu, 2/248. [10] Al-Mughni, 1/182, al-Majmu, 2/272. [11] Al-Mughni, 1/195, at-Tahzib, 413-414, Tafsir Ibnu Kathir, 1/550 (Surah an-Nisa, ayat 43). [12] At-Tahzib, 1/414. [13] As-Solah Ala Mazahib al-Arbaah, hlm. 90.

[14] Al-Mughni, 1/197. [15] At-Tahzib, 1/396. [16] At-Tahzib, 1/402. [17] Al-Mughni, 1/198-199, al-Majmu, 2/317-318, at-Tahzib, 1/396-402. [18] Pandangan yang masyhur dalam mazhab Hanbali berbeza dengan pandangan yang dinaqalkan dari Imam Ahmad. Lihat; al-Majmu, 2/318. [19] Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, 1/413, al-Mughni, 1/198. Pandangan Abu Tsur; lihat dalam al-Mughni, 1/199 dan al-Majmu, 2/318. [20] Al-Majmu, 2/242, al-Mughni, 1/189. [21]Riwayat Imam al-Hakim dan at-Thabrani dari Ibnu Umar r.a.. [22] Al-Majmu, 2/241. [23] Al-Majmuk, 2/242. [24] Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim. [25] Al-Majmu, 2/242. [26] Al-Majmu, 2/241-242, al-Mugnni, 1/187. [27] Al-Majmu, 2/242, al-Mughni, 1/187.http://fiqh-am.blogspot.com/2008/06/bersuci-tayammum.html

Bab 1 : Taharah / Bersuci 1. Definisi : i) Dari segi bahasa : Suci dan bersih ii) Dari segi istilah syarak : Suci dan bersih daripada najis atau hadas. 2. Taharah ialah anak kunci dan syarat sah salat. 3. Hukum taharah ialah WAJIB di atas tiap-tiap mukallaf lelaki dan perempuan. 4. Dalil naqli tentang suruhan bersuci adalah sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Anfal, ayat 11 yang bermaksud : " Dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan daripada langit untuk mensucikan kamu dengannya... " Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud : " Agama islam itu diasaskan di atas kebersihan " 5. Tujuan taharah ialah bagi membolehkan seseorang itu menunaikan solat dan ibadah-ibadah yang lain. 6. Hikmah disuruh melakukan taharah ialah kerana semua ibadah khusus yang kita lakukan itu adalah perbuatan mengadap dan menyembah Allah Ta'ala. Oleh itu untuk melakukannya, maka wajiblah berada di dalam keadaan suci sebagai mengagungkan kebesaran Allah s.w.t. . 7. Faedah melakukan taharah ialah supaya badan menjadi bersih, sihat dan terjauh daripada penyakit serta mendatangkan kegembiraan kepada orang yang melaksanakannya. 8. Syarat wajib taharah ialah : y y y y y y y y y Islam Berakal Baligh Masuk waktu ( Untuk mendirikan solat fardhu ). Tidak lupa Tidak dipaksa Berhenti darah haid dan nifas Ada air atau debu tanah yang suci. Berdaya melakukannya mengikut kemampuan.

9. Taharah adalah sebagai bukti bahawa Islam amat mementingkan kebersihan dan kesucian. 10. Ahli fiqh bersepakat mengatakan harus bersuci dengan air yang suci (mutlaq) sebagaimana firman Allah:

025.048

Maksudnya : "Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa khabar gembira dekat sebelum kedatangan rahmatNya (hujan); dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih " 11. Selain itu, harus menggunakan kertas atau batu ketika beristinja' dan tanah atau debu tanah sebagai ganti air bagi mengharuskan solat yang dikenali sebagai tayammum. 12. Jelasnya, alatalat untuk bersuci itu ialah: y Air mutlaq, iaitu air semata-mata tanpa disertakan dengan sesuatu tambahan atau sesuatu sifat. Air mutlaq ini terbahagi kepada beberapa bahagian: o Air yang turun daripada langit. Ia terbahagi kepada tiga, iaitu air hujan, air salji yang menjadi cair dan air embun. o Air yang terbit daripada bumi. Ia terbahagi kepada empat, iaitu air yang terbit daripada mata air, air perigi, air sungai dan air laut. Tanah, boleh menyucikan jika tidak digunakan untuk sesuatu fardhu dan tidak bercampur dengan sesuatu. Firman Allah:

y

004.043

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula menghampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan berjunub), terkecuali sekadar berlalu sahaja, hingga kamu mandi. Dan jika kamu sakit atau dalam bermusafir atau kembali dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun. (Surah Al-Nisa, 4:43) 3. Samak, iaitu membuang bahan-bahan lebihan yang melekat pada kulit dan yang merosakkannya sekira-kira jika direndam atau dibasuh dengan air sesudah disamak, maka kulit itu tetap tidak busuk atau rosak. 4. Takhallul, iaitu arak bertukar menjadi cuka tanpa dimasukkan sesuatu bahan ke dalamnya. Rujukan Kitab : 1) Kitab Mattlaal Badrain oleh Syeikh Muhammad bin Daud Al-Fatani 2) Ringkasan Ibadah oleh Ibnu Rahmat . 3) Kitab Minhajul Muslim oleh Abu Bakar Jabir Al-Jazairi . 4) Fiqh Syafii oleh Hj.Idris Ahmad S.H. PENGERTIAN TAYAMMUM

y

y

Tayammum ialah menyampaikan atau menyapu debu tanah ke muka dan kedua-dua tangan dengan syarat yang tertentu. Tayammum dilakukan bagi menggantikan wudhu atau mandi wajib (junub, haidh dan nifas), ketika ketiadaan air atau uzur menggunakan air, dan ia adalah suatu rukhsah atau keringanan yang diberikan oleh syara kepada manusia. Disyariatkan tayammum berdasarkan firman Allah subhanahu wataala:

005.006

Maksudnya: Dan jika kamu junub (berhadath besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam musafir, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwudhu dan mandi), maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah debu yang bersih. (Surah Al-Maidah, 5:6) y Semua ibadah atau amalan taat yang perlu kepada bersuci (taharah) seperti sembahyang, menyentuh mushaf, membaca Al-Quran, sujud tilawah dan beritikaf di dalam masjid adalah boleh bersuci dengan tayammum sebagai ganti wudhu dan mandi, kerana amalan yang diharuskan taharah dengan air adalah diharuskan juga dengan tayammum.

SEBAB YANG MEMBOLEHKAN TAYAMMUM 1. Ketiadaan air yang mencukupi untuk wudhu atau mandi. 2. Air yang ada hanya mencukupi untuk keperluan minuman binatang yang dihalalkan, sekalipun keperluan itu pada masa akan datang. 3. Sakit yang jika terkena air boleh mengancam nyawa atau anggota badan atau melambatkan sembuh. SYARAT TAYAMMUM 1. Menggunakan debu tanah yang suci, tidak mustamal, tidak bercampur benda lain. 2. Menyapu muka dan dua tangan dengan dua kali pindah. 3. Hilang najis terlebih dahulu. 4. Masuk waktu sembahyang.

5. Bertayammum bagi setiap ibadat fardhu. 6. Ada keuzuran seperti sakit atau ketiadaan air.

ANGGOTA TAYAMMUM 1. Muka. 2. Dua belah tangan hingga siku.

RUKUN TAYAMMUM 1. Berniat ketika menyapu debu tanah ke muka. Niat tayammum adalah seperti berikut:

Maksudnya: Sahaja aku bertayammum bagi mengharuskan solat kerana Allah Ta`ala. 2. Menyapu muka. 3. Menyapu kedua-dua belah tangan. 4. Tertib.

SUNAT TAYAMMUM

1. Membaca basmalah iaitu lafaz 2. Mendahulukan menyapu tangan kanan dari yang kiri dan memulakan bahagian atas dari bahagian bawah ketika menyapu muka. 3. Berturut-turut di antara menyapu muka dan menyapu tangan.

PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMMUM 1. Berlaku sesuatu daripada perkara-perkara yang membatalkan wudhu. 2. Melihat air atau mendapat air sekiranya bertayammum kerana ketiadaan air. 3. Murtad iaitu keluar dari agama Islam.

http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/ibadat/home.htm

TayammumDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, gelintarSebahagian daripada siri

Fiqh Islam(suatu disiplin kajian Islam) Bidang-bidangy y y y y y

Ekonomi Politik Perkahwinan Jenayat Ibadah Kebersihan o Taharah Bersugi Wuduk Mandi Mandi wajib Tayammum Istinjak Najis Samak o Makanan Sumber bahan Alkohol Arak Ketenteraan

y

Kotak ini: papar bincang sunting

Tayammum ialah menyapu debu kemuka dan kedua tangan sampai ke siku, menggunakan debu yang suci dengan beberapa syarat. Tayammum adalah sebagai ganti dari wuduk atau mandi. Tayammum di segi syarak adalah menggunakan tanah yang bersih dan suci seperti debu atau pasir bagi menyapu muka dan tangan untuk mengangkat hadas dengan persyaratan syarak sebagai pengganti wuduk atau mandi wajib (mandi junub).

Dengan tayammum seseorang hanya boleh mengerjakan satu ibadah yang fardu saja dan ditambah dengan ibadah yang sunat-sunat.

Isi kandungan[sorok]y y y y y y y

1 Dalil 2 Syarat-syarat tayammum 3 Fardu (rukun) Tayammum 4 Panduan Bertayammum 5 Sunat Tayammum 6 Yang Membatalkan Tayammum 7 Kes-kes Tertentu berkenaan Tayammum o 7.1 Bila Tayammum Dan Wuduk Boleh Digabungkan o 7.2 Bersolat Dengan Bertayammum Dan Kemudian Mendapati Air

[sunting] DalilTayammum disyariatkan berdasarkan Al Quran dan sunah. Allah SWT berfirman, "[43] Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun." (An-Nisa: 43). "[6] Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, iaitu: Sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur." (Al-Maaidah: 6) Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tanah adalah wudu seorang muslim jika tidak mendapatkan air kendati selama sepuluh tahun." (HR An-Nasai dan Ibnu Hibban).

Rasulullah s.a.w. juga bersabda, "Seluruh tanah di bumi dijadikan sebagai tempat sujud dan bersuci bagiku dan umatku. Maka, di mana saja waktu salat menghampiri seseorang dari umatku, tanah dapat menyucikannya." (HR Ahmad).

[sunting] Syarat-syarat tayammum1. 2. 3. 4. 5. Sudah masuk waktu. Tidak mendapat air setelah berusaha mencari. Dengan debu yang suci. Berhalangan menggunakan air disebabkan sakit. Suci dari najis.

[sunting] Fardu (rukun) TayammumRukun tayammum ada empat:1. Niat, dengan lafaz Sengaja aku bertayammum untuk membolehkan mengerjakan solat karena Allah Ta ala . 2. Mengusap muka dan dua telapak tangan sampai ke siku cukup sekali dengan debu yang suci 3. Meratakan debu yang suci itu pada seluruh anggota tayammum, iaitu muka dan kedua tangan 4. Tertib melakukannya.

[sunting] Panduan Bertayammum1. 2. 3. 4. Meletakkan dua belah tangan di atas debu untuk disapukan ke muka. Menyapu muka dengan debu, dua kali Menyapu kedua belah tangan sampai ke sikut dengan debu Mentertibkan rukun.

Anggota tayammum adalah muka dan dua tangan (hingga ke siku) sahaja. Kaki tidak termasuk sebagai anggota tayammum.

[sunting] Sunat Tayammum1. 2. 3. 4. Membaca bismillah Menipiskan debu Mendahulukan yang kanan dari yang kiri Tertib

[sunting] Yang Membatalkan Tayammum1. Setiap yang membatalkan wuduk 2. Ada air (melihat air sebelum solat) kecuali kerana sakit 3. Murtad

[sunting] Kes-kes Tertentu berkenaan Tayammum[sunting] Bila Tayammum Dan Wuduk Boleh DigabungkanAda ketikanya bila Tayammum dan wuduk boleh digabungkan untuk menyempurnakan pembersihan seseorang daripada hadas kecil. Umpamanya, seorang Muslim itu mengalami mudarat (seperti tangan disimen kerana patah) ataupun mempunyai tempat luka yang tidak boleh terkena air, dan sekiranya terkena air boleh menambahkan lagi mudarat, orang tersebut dibolehkan menyucikan bahagian dirinya yang sihat secara wuduk biasa. Bahagian wuduknya yang tidak boleh terkena air tadi boleh dibersihkan dengan cara tayammum sahaja. Sekiranya bahagian kaki tidak boleh terkena air, wuduk bahagian itu juga digantikan dengan tayammum (di muka dan dua tangan).

[sunting] Bersolat Dengan Bertayammum Dan Kemudian Mendapati AirApabila seseorang itu memulakan solatnya setelah bertayammum dan di pertengahan dia mengerjakan solatnya, tiba-tiba bekalan ataupun sumber air kembali pulih, dia boleh meneruskan dan menghabiskan solatnya tanpa memberhentikan solatnya. Solat itu sah dan dia tidak perlu mengulangi solat tersebut. Sekiranya seseorang itu menunaikan solat dengan hanya bertayammum kerana ketiadaan air, dan selepas itu meneruskan perjalanannya dan kemudiannya berjumpa air, solat yang ditunaikannya tadi dengan bertayammum tidak perlu diulangi lagi. Hal ini berdasarkan hadis dari Abu Sa'id AlKhudri dia berkata, Ada dua orang laki-laki keluar dalam suatu safar (perjalanan). Kemudian tiba waktu solat sedang tidak ada air bersama keduanya. Lalu keduanya bertayammum dengan tanah yang suci sekaligus solat. Tak lama kemudian, keduanya menjumpai air, maka seorang mengulangi wuduk dan solatnya, sedangkan seorang lainnya tidak mengulangi. Keduanya kemudian datang kepada Rasulullah S.A.W. serta menceritakan halnya, lantas sabda Nabi kepada yang tidak mengulangi solat, "Engkau telah mengikut sunnah dan solat sudah cukup." Sedangkan sabda beliau kepada yang mengulangi solat, "Engkau mendapatkan dua pahala."http://ms.wikipedia.org/wiki/Tayammum

Solat Bagi Orang Yang Tidak Berwudhu dan Bertayammum Disebabkan KeuzuranWritten by abdul kadir Wednesday, 09 January 2008

Penulis kitab Zaad al-Mustaqni berkata: Atau ketiadaan air dan tanah, hendaklah dia solat dan tidak perlu mengulangi solat tersebut. Syarah dari al-Syeikh Dr. Muhammad Mukhtar al-Syanqiti: Sebahagian ulama berkata: (Dalam keadaan di atas) hendaklah dia solat dan mengulangi solatnya, sebahagian yang lain berkata: dia tidak perlu solat dan tidak perlu ulangi solatnya, sebahagian yang lain pula berkata: Dia solat dan tidak perlu ulangi solatnya, sebahagian yang lain berkata: Dia qadhakan solatnya dan tidak perlu solat (ketika itu). Persoalan ini dinamakan sebagai Masalah Faqid al-Tohurain - orang yang kehilangan dua cara bersuci. Sebagai contoh: seorang yang dikurung di dalam satu bilik dan kedua-dua tangan dan kakinya diikat, dia tidak mampu untuk berwudhu dan bertayammum. Persoalan ini dinamakan masaalah orang yang hilang dua cara bersuci, samaada secara hakikat seperti seseorang berada ditempat yang tidak ada air dan tanah, contohnya di dalam kapal terbang dan tidak ada di dalamnya apaapa yang boleh dibuat tayammum iaitu tidak ada sesuatu dari jenis permukaan bumi, sedangkan waktu solat semangkin sempit, dimana jika dia menunggu hingga kapal terbang mendarat, waktu solat akan habis.

Maka pendapat yang pertama: Dia tidak perlu solat, sebaliknya dia perlu menunggu sehingga memperolehi air atau memungkinkan dia menggunakan air dan dia ulangi solat yang tidak dikerjakannya itu. Ini kerana solat mestilah dilakukan dalam keadaan berwudhu atau bertayammum, inilah dalil mereka, mereka berkata: Dia tidak perlu solat, sebaliknya perlu ulangi waktu yang dia tinggalkan itu sahaja. Walaupun keadaan itu berterusan sehingga beberapa hari atau beberapa minggu atau beberapa bulan, kerana Allah mengarahkan solat dalam samaada keadaan berwudhu atau mandi atau bertayammum, sebaliknya dia tidak boleh berwudhu, tidak mandi dan tidak tayammum, maka orang sebegini tidak sah untuk dia solat dan tidak boleh diminta menunaikan solat di dalam waktunya kerana dia (ketika itu) bukan orang yang dituntut (mukallaf) menunaikan solat, lalau dilewatkan hukum (kewajian solat) ke atasnya sehingga dia mampu menggunakan (air atau tayammum) atau sehingga ada (air atau tanah utk bersuci). Inilah pendapat yang pertama, iaitu dia tidak perlu solat dan hanya perlu ulang. Pendapat yang kedua: Dia hendaklah solat (ketika itu) dan tidak perlu mengulangi solatnya. Ulama yang berpendapat sebegini melihat kepada keumuman syariat dan keringanannya, contohnya firman Allah swt: (maksudnya) Maka bertakwalah kepada Allah dengan kadar kemampuan kamu. (al-Taghabun:16), Allah tidak membebankan seseorang melainkan sekadar kemampuannya. (al-Baqarah:286), dan firman Allah: Allah tidak menghendaki untuk menjadikan ke atas kamu kesusahan. (al-Maidah:6), para ulama ini berkata: Orang yang tidak boleh berwudhu dan bertayammum, tetapi waktu solat sudah masuk, ini bermakna sasaran suruhan telah diarahkan kepadanya dengan kesepakatan, dia dituntut menunaikan solat, bukan wudhu, mandi dan bukan juga tayammum, sebaliknya kemampuan dia menunaikan solat. Golongan ulama ini membahagi-bahagikan perkara yang disuruh. (Maka orang yang berada dalam permasaalahan di atas) dia tidak mendapati bahan untuk bersuci, akan tetapi dia berkemampuan menunaikan solat, maka kita suruh dia menunaikan solat, kerana dia sebahagian dari perkara yang diarahkan (oleh Allah). Disamping ada kemampuannya menunaikan solat dan

gugur daripadanya kewajipan berwudhu, mandi atau tayammum disebabkan tidak mampu berwudhu, mandi atau bertayammum. Ini pendapat yang kedua. Pendapat yang pertama: orang sebegini tidak perlu solat, dia hanya perlu ulangi solat/qadha, dan pendapat yang kedua sebaliknya, dia solat dan tidak perlu ulangi solat. Pendapat yang ketiga pula: Dia tidak perlu solat dan tidak perlu ulanginya. Ini bermakna solat telah gugur daripadanya. Ini kerana solat berdasarkan dalil-dalil syara tidak dibenarkan melainkan dalam keadaan suci, [(al-Hadith): Allah tidak akan menerima solat seseorang daripada kamu, apabila dia berhadath sehinggalah dia berwudhu.], orang yang tidak boleh bersuci bukanlah seorang yang berwudhu, tidak juga dihukum berwudhu, maka dia tidak dituntut menunaikan solat, kemudian gugur juga kewajipan mengulangi solat itu, ini kerana ulangi solat, syaratnya dia termasuk mukallaf menunaikan solat (perkara yang asal), apabila datang waktu solat (perkara yang asal) dan ketika itu dia bukan mukallaf menunaikan solat, maka gugur juga kewajipan mengulanginya. Pendapat yang ketiga, dia tidak perlu solat dan tidak perlu ulanginya. Pendapat yang keempat: Dia perlu solat dan perlu ulangi solat tersebut. Pendapat ini bertentangan dengan pendapat yang ketiga. Pendapat yang keempat yang mengatakan wajib solat kerana dia mampu menunaikan solat, hanyasanya gugur darinya bersuci kerana ketidakmampuan melakukannya, tetapi kekal kewajipan menunaikan solat dan dia dituntut melakukannya, dan dia dituntut untuk mengulangi solat itu kerana apabila dia mendapati air maka gugurlah keringanan ke atasnya dan wajib pula dia mengulanginya. Dan pandangan yang lebih kuat ialah dia perlu solat ketika itu (ketika ketiadaan air dan tanah) dan tidak perl ulanginya, berdasarkan hadith yang thabit di dalam al-Bukhari ketikamana Rasulullah saw keluar ke salah satu peperangan yang disertai baginda - dikatakan peperangan itu adalah peperangan al-Maraisi ( ) - lalu baginda berhenti di Zaat al-Jaish ( ?) - selepas al-Baidha yang berada selepas Miqat Dzi al-Hulaifah ( ? ?? ) dari arah Makkah - Aisyah telah kehilangan rantainya, lalu baginda meminta sebahagian sahabat mencarinya, dalam keadaan mereka ketiadaan air. Peristiwa ini berlaku sebelum disyariatkan tayammum. kemudian masuk waktu solat, lalu mereka solat dalam keadaan begitu. Kemudian mereka mendatangi Nabi saw selepas habis waktu solat tersebut, dan baginda tidak mengarahkan mereka mengulanginya dan baginda membenarkan perbuatan mereka. Bentuk pendalilan dari hadith ini, mereka tidak boleh berwudhu dan bertayammum - kerana tayammum belum di syariatkan ketika itu - maka pengakuan Nabi saw terhadap solat mereka tanpa bersuci dan baginda tidak mengarahkan mengulanginya selepas keluar waktu, menunjukkan sesiapa yang tidak boleh berwudhu dan tayammum tidak diwajibkan mengulangi solat sebaliknya dia hanya perlu solat pada waktunya. Berdasarkan ini, kalaulah seseorang diikat atau digari atau tangannya terputus, dia tidak boleh bertayammum dan wudhu, maka dia tidak perlu berwudhu, dia hendaklah solat dalam keadaannya itu, dan dia tidak perlu mengulangi solatnya itu.http://al-qayyim.net/index.php?option=com_content&task=view&id=310&Itemid=2

Apa makna tayammum?. Tayammum bermaksud menyapu debu tanah yang bersih ke muka dan dua tangan sebagai ganti wudhuk dan mandi wajib ketika ketiadaan air atau tidak mampu menggunakan air kerana sakit, terlalu sejuk atau sebagainya.[1] Keharusan tayammum telah sabit dengan al-Quran, as-Sunnah dan Ijmak ulamak. Firman Allah di dalam al-Quran (bermaksud); . Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu menyentuh (atau mensetubuhi) perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk atau untuk mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah itu. (al-Maidah: 6). .

Bila diharuskan tayammum?. Secara dasarnya, ada dua sebab yang mengharuskan tayamumm; . 1. Kerana keputusan air; sama air tidak ada langsung atau ada sedikit dan tidak cukup untuk mengambil wudhuk. . 2. Kerana tidak mampu menggunakan air .

Apakah dalil keharusan bertayammum apabila keputusan air?. Dalil keharusan bertayammum kerana keputusan air ialah hadis dari Said bin Abdurrahman bin Abza yang meriwayatkan dari bapanya yang menceritakan; Seorang lelaki datang berjumpa Umar r.a. dan bertanya; Aku telah berjunub dan aku tidak menemui air (untuk mandi). Umar menjawab; Janganlah kamu mengerjakan solat (hingga kamu menemui air). Namun Ammar bin Yasir r.a. (yang ada bersama Umar ketika itu) berkata kepada Umar; Tidakkah engkau ingat ketika kita sama-sama dalam satu musafir di mana kita berdua telah berjunub dan kita tidak menemui air (untuk mandi). Adapun kamu, maka kamu memilih untuk tidak menunaikan solat. Adapun aku, maka aku telah berguling di atas tanah (untuk bertayammum) dan kemudian aku menunaikan solat. Apabila diceritakan kepada Nabi s.a.w., maka baginda berkata (kepada Ammar); Sesungguhnya memadai kamu menepuk dua tapak tangan kamu ke tanah, kemudian kamu hembusnya (untuk menipiskan sedikit debu di

tapak tangan itu) dan seterusnya kamu sapukan debu ke muka dan ke dua tangan kamu (hingga pergelangannya).[2] .

Apakah dalil keharusan bertayammum kerana tidak mampu menggunakan air?. Dalilnya ialah hadis dari Amru bin al-As r.a. yang menceritakan; Semasa dalam peperangan Zatus-Salasil, aku telah bermimpi (hingga keluar mani) pada malam yang bersangatan sejuk, lalu aku bimbang jika aku mandi mungkin akan membawa kebinasaan kepadaku. Maka aku pun bertayammum dan kemudian aku menunaikan solat Subuh bersama sahabat-sahabatku (tentera-tentera Islam). Apabila kami tiba di Madinah (setelah selesai perang), mereka mengadu kepada Rasulullah s.a.w. tentang apa yang telah aku lakukan (yakni bertayammum). Maka Rasulullah bertanya kepadaku; Wahai Amru! Apakah kamu menunaikan solat bersama sahabat-sahabatmu sedangkan kamu berjunub?. Lalu aku menjawab; Aku teringat firman Allah; Dan janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu. (an-Nisa; 29).Maka kerana ayat itu aku pun bertayammum dan kemudian mengerjakan solat. Mendengar peneranganku, Rasulullah s.a.w. ketawa dan baginda tidak berkata apa-apa.[3] . Imam ad-Daruqutni menceritakan bahawa Saidina Ali ditanya berkenaan seorang lelaki yang berada dalam musafir, lalu ia ditimpa junub sedang air yang ada padanya hanya sedikit di mana ia bimbang jika air itu digunakan untuk mandi wajib menyebabkan ia kehausan. Jawab Saidina Ali; Hendaklah ia bertayammum. Imam Ahmad pernah menceritakan; Beberapa orang sahabat bertayammum dan mereka menyimpan air untuk minuman mereka.[4] . [1] Lihat takrif Tayammum di dalam; Al-Mughni, 1/180. [2] Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim.

[3]Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Daruqutni. Lihat hadis ini dalam Nailul-Autar. [4] As-Solah Ala Mazahib al-Arbaah, hlm. 91.http://subiharon.blogspot.com/2010/08/keharusan-bertayammum.htmlKONSEP TAYAMMUM MENURUT PERSPEKTIF HUKUM Oleh: Mohd Rawizal bin Mohd Nawi B.A Syariah Islamiah Pendahuluan Dalam bab ini, penulis akan mengemukakan definisi-definisi tayammum menurut perspektif hukum serta konsepkonsep yang berkaitan dengan tayammum dari semua aspek. Dalam bab ini juga, huraian yang terperinci dinyatakan dalam setiap fakta berdasarkan kepada pandangan dari semua Ulama'' mazhab berserta dengan qaul yang paling rajih agar setiap kenyataan dapat dikemukakan dengan lebih jelas. Walaupun begitu, terdapat juga sesetengah fakta yang hanya ditumpukan kepada mazhab yang utama iaitu mazhab Syafi'ie dan Jumhur Ulama'. Definisi Tayammum Tayammum dari segi bahasa ialah firman Allah S.W.T: (Al-Baqarah: 267) (sengaja). (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984: 560) Pengertian ini diambil dari

Maksudnya: " Dan janganlah kamu 'sengaja' memilih buruk daripadanya, lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat. " Dengan pengertian ini juga, penyair berkata: Maksudnya: " Aku 'menyengaja' kepada kamu jika tidak aku dapati orang yang mempunyai akal fikiran. Dan barangsiapa tidak mendapati air bertayammumlah dengan tanah." Manakala dari segi istilah Syara', tayammum bermaksud 'menyengaja' atau menghendaki pada tanah untuk menyapu muka dan dua tangan dengan niat yang mengharuskan solat. (Al-Syeikh Hassan Ayub. 1422H/2002 : 61) Di dalam Kamus Istilah Fiqh pula mendefinisikan tayammum iaitu menyapukan debu atau tanah ke wajah dan kedua tangan hingga kedua siku dengan beberapa syarat, yang berfungsi sebagai pengganti wudhuk atau mandi sebagai rukhsah (kemudahan) bagi mereka yang berhalangan atau tidak dapat menggunakan air. (M. Abd. Mujieb, Mabruri Tholhah, Syafi'iyah Am. 1997: 382-383) Tayammum dari segi istilah Syara' juga telah diberikan pelbagai pentakrifan oleh para Fuqaha' dengan istilah yang seakan-akan hampir maksudnya. Imam Hanafi mentakrifkan tayammum iaitu menyapu muka dan kedua-dua tangan dengan tanah yang bersih. Berkata Imam Malik pula tayammum bererti bersuci menggunakan tanah atau debu yang meliputi dengan menyapu muka dan kedua-dua tangan dengan niat. Manakala Imam Syafi'e pula mentakrifkan tayammum iaitu menyampaikan atau menyapukan tanah kepada muka dan dua tangan sebagai ganti kepada wudu' atau mandi janabah atau seumpamanya dengan syarat-syarat yang tertentu. Mengikut pendapat Abu Hanifah pula tayammum ialah menyapu muka dan dua tangan dengan tanah yang bersih di atas jalan yang tertentu. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 560-561) Dalam terminologi fiqh tayammum diertikan dengan menyampaikan tanah ke muka dan dua tangan sebagai ganti daripada wudhu dan mandi dengan syarat-syarat yang tertentu. Tayammum merupakan spesifik umat Islam yang disyari'atkan pada peperangan Bani Mustaliq tahun keenam hijrah. Ketika itu Aisyah kehilangan kalungnya, lalu Rasulullah S.A.W mengutus orang mencarinya, kemudian waktu solat datang sedangkan air tidak ada, maka

turunlah ayat tayammum. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 79) Ini berdasarkan hadis: (Riwayat al-Bukhari, (b) 332: 200) Maksudnya: " Dari Aisyah bahawasanya ia meminjam kalung dari Asma', lalu kalung itu hilang. Kemudian Rasulullah S.A.W mengutus seseorang (untuk mencarinya), akhirnya kalung tadi dapat ditemukan. Lalu waktu solat tiba dan tidak ada air di sana. Mereka solat (tanpa wudu') dan memberitahukan kepada Rasulullah S.A.W. Maka Allah menurunkan ayat-ayat tayammum". Usaid bin Hudhair berkata kepada Aisyah: " Semoga Allah melimpahkan pahala kebaikan bagimu. Demi Allah, apabila sesuatu hal terjadi padamu padahal engkau tidak menyukainya, Allah menjadikan hal itu mengandung kebaikan bagimu dan bagimu kaum muslimin." Dalil pensyariatan tayammum Tayammum disyari'atkan berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah serta Ijma'. Firman Allah S.W.T: (An-Nisa': 43) Maksudnya: " Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayammumlah kamu dengan tanah yang baik (suci): Sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun." Berdasarkan hadis Abu 'Umamah al-Bahili, bahawa Nabi S.A.W bersabda: (Riwayat Ahmad, (b) 22133: 313) Maksudnya: "Seluruh bumi dijadikan bagiku dan bagi umatku sebagai masjid dan alat bersuci. Maka di mana pun seseorang dari umatku harus mengerjakan solat, di situ pulalah terdapat alat untuk bersuci." Dari 'Imran Ibn Hussain r.a berkata: (Riwayat al-Bukhari, (b) 348: 161-162) Maksudnya: " Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah melihat seorang lelaki mengasingkan diri, tidak bersembahyang bersama dengan satu kaum. Melihat itu, Rasulullah S.A.W bertanya: 'Wahai fulan apakah yang menghalang kamu bersembahyang bersama-sama dengan kaum itu?' Orang itu menjawab: 'Saya sedang janabah dan tidak mendapat air'. Mendengar perkara itu, Rasulullah S.A.W. bersabda: 'Gunakanlah tanah (bertayammum); sesungguhnya itu adalah cukup bagi engkau." Manakala dalil Ijma' pula mengharuskan tayammum berdasarkan kesepakatan seluruh umat Islam (Dr. Wahbah alZuhaili. 1984 : 562) Ibadat yang harus dikerjakan dengan bertayammum Bersuci dengan bertayammum mengharuskan baginya tiga martabat ibadah yang berikut: Pertama : Solat-solat fardhu dan tawaf fardhu serta khutbah solat jumaat. Kedua : Solat-solat sunat dan tawaf sunat serta solat jenazah. Ketiga : Sujud Tilawah dan sujud Syukur, menyentuh musyhaf dan membaca al-Quran bagi orang berjunub. Maka sesiapa yang berniat salah satu daripada martabat yang pertama, harus baginya mengerjakan ibadat yang satu itu dan harus juga baginya mengerjakan semua ibadat dalam martabat yang kedua dan ketiga. Sesiapa yang berniat salah satu ibadat daripada martabat yang kedua, harus baginya mengerjakan semua martabat itu dan semua ibadat martabat ketiga tetapi tidak diharuskan samasekali baginya mengerjakan daripada martabat yang pertama. Manakala sesiapa yang berniat untuk salah satu ibadat martabat ketiga, harus untuknya mengerjakan semua ibadat dalam martabat ketiga tetapi tidak harus samasekali mengerjakan ibadat dalam martabat kedua dan ketiga. (AlSyeikh, Dr. Abd. Fattah Hussin. 1411H/1991: 229) Hadas yang dibolehkan bertayammum Diharuskan bertayammum sebagai ganti wudu' bagi seseorang yang berhadas kecil, mandi junub bagi seseorang yang berhadas besar samada disebabkan janabah, haid dan nifas atau ketika ketiadaan air serta tidak mampu

menggunakan air dengan apa jua sebab sekalipun. Ini berpandukan kepada dalil-dalil al-Quran dan juga Hadis Nabi S.A.W sepertimana berikut:

i. Bertayammum Daripada Hadas Kecil: Firman Allah S.W.T: (Al-Maidah: 6) Maksudnya: " Jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau sudah buang air atau kamu menyentuh perempuan, kemudian kamu tiada memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang suci, maka sapulah mukamu dan kedua belah tanganmu dengan tanah itu." Abu Sa'id al-Khudri r.a berkata: (Riwayat Abu Daud, (b) 338: 241) Maksudnya: " Dua orang lelaki telah keluar untuk bermusafir, kebetulan ketika datangnya waktu sembahyang mereka tidak mendapati air, lalu bertayammumlah kedua-duanya dengan tanah yang baik dan bersembahyang. Kemudian keduaduanya mendapati air, sedangkan waktu belum habis. Maka salah seorang mereka telah mengulangi sembahyangnya dan seorang lagi tidak mengulangi. Kemudian mereka berjumpa Rasulullah S.A.W. lalu menerangkan keadaan yang demikian. Setelah itu Rasul bertanya kepada yang tidak mengulangi sembahyangnya: ' Pekerjaan engkau sesuai dengan Sunnah dan sembahyang engkau mencukupi'. Kepada yang berwudhu dan mengulangi pula baginda berkata: ' Engkau memperoleh dua pahala'." ii. Bertayammum Daripada Hadas Besar: Firman Allah S.W.T dalam surah an-Nisa': (An-Nisa': 43) Maksudnya: " Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengerjakan sembahyang ketika kamu sedang mabuk, kecuali jika kamu telah mengetahui apa-apa yang kamu katakan dan jangan pula sedang junub (sudah bercampur dengan isterimu), kecuali melalui jalan (tempat sembahyang), sehingga kamu mandi lebih dahulu. Kalau kamu sakit atau dalam perjalanan atau datang salah seorang diantara kamu dari tempat buang air atau kamu menyentuh perempuan, sedang kamu tidak memperoleh air, maka hendaklah kamu bertayammum" Kemudian, dalil hadis tentang janabah: (Riwayat al-Bukhari, (b) 344: 210) Maksudnya: " Dari 'Imran bin Hussain al-Khuza'iy bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W. melihat seorang lelaki yang menyendiri, sedang dia sendiri tidak ikut mengerjakan solat bersama-sama satu kaum. Baginda bertanya kepadanya: 'Apakah yang menghalangi kamu untuk ikut bersembahyang bersama-sama kaum itu?' Kemudian orang tadi menjawab: ' Wahai Rasulullah, saya sedang junub dan tidak ada air.' Baginda lalu bersabda: " Lakukanlah tayammum dengan tanah yang bersih dan itu sudah cukup bagimu. " Sebab-sebab Yang Mengharuskan Tayammum Para pakar fiqh telah menetapkan beberapa keadaan yang menyebabkan seseorang boleh bertayammum sebagai berikut: 1) Ketiadaan air: Para Fuqaha' menetapkan ketiadaan air sebagai salah satu penyebab diharuskan bertayammum. Hal ini ditetapkan berdasarkan firman Allah: (An-Nisa': 43) Maksudnya: " lalu tidak kamu peroleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (suci)". Ketiadaan air hendaklah dikira setelah dilakukan pencarian dan menyakini tiadanya air yang membolehkannya untuk bertayammum. Selain itu, termasuk juga ke dalam pengertian ini ada air dalam jumlah yang sedikit yang tidak cukup

untuk wudu' atau mandi, dan ada air tetapi harganya melebihi harga pasaran sehingga sulit membelinya. Termasuk juga, adanya air tetapi berada di tempat yang cukup jauh dan untuk mencarinya mengalami kesulitan. Menurut Imam Syafi'ie air yang sedikit yang tidak memadai untuk berwudu' atau mandi wajib dipergunakan untuk berwudu' atau mandi, kemudian diiringi dengan tayammum pada bahagian anggota wudu' atau badan yang belum terkena air. Abu Hurairah r.a berkata, bersabda Rasulullah S.A.W: (Riwayat Muslim (b) 6113: 1035-1036 ) Maksudnya: " Apabila aku menegah kamu dari sesuatu urusan, jauhilah ia, dan apabila aku memerintahkan kamu sesuatu urusan, maka kerjakanlah seberapa yang kamu sanggupi". Tayammum tidak boleh dilakukan bila ada air yang dapat dibeli dengan harga pasaran. Maka wajib membelinya sekiranya harta itu tidak diperlukan untuk menjelaskan hutang atau menanggung belanja musafir sekalipun memberi nafkah kepada binatang yang dihormati dan sebagainya. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 572) Begitu juga halnya bila ada orang yang berbaik hati untuk memberi air. Di samping itu bila seseorang dalam perjalanan lupa bahawa dia membawa air, lantas dia bertayammum, kemudian dia ingat setelah lewat waktu solat, maka menurut pendapat sebahagian golongan Syafi'iyyah, Abu Yusuf dan Malikiyyah solatnya diqadha', kerana dia telah memperoleh air. Menurut Abu Hanifah dan Muhammad bin Hasan dia tidak wajib mengqadha', kerana orang tersebut dianggap tidak memperoleh air. Tetapi kalau dia sedang dalam keadaan solat, lalu mengingat bahawa air ada, maka Ulama' sepakat untuk membatalkan solat dan mengulanginya dengan wudu'. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 80-81) Menurut golongan Syafi'iyah orang muqim (yang tidak sedang dalam perjalanan) yang bertayammum kerana ketiadaan air wajib mengqadha' solatnya bila air sudah ada, kerana tayammum bukan merupakan rukhsah bagi yang bermuqim. Begitu juga orang yang melakukan perjalanan maksiat, kerana mereka tidak termasuk orang mendapat rukhsah. Yang mendapat rukhsah tayammum adalah orang yang melakukan perjalanan mubah, sunat atau wajib. Bagi Ulama'' lain dan pendapat yang lebih kuat dari golongan Hanabilah solatnya tidak mesti diulang. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 81) 2) Keuzuran untuk menggunakan air: Termasuk ke dalam pengertian ini orang yang dipenjara dalam rumah tahanan yang terletak di pinggir sungai, dan dia tidak memperoleh izin keluar mendapatkan air untuk wudu'. Demikian halnya orang yang diikat dipinggir kali dan orang yang tidak berani keluar rumah mengambil air kerana menurut biasa ada bahaya yang mengancam jiwanya. Demikian juga orang yang khawatir diganggu oleh binatang buas atau oleh musuh di tempat yang terdapatnya air, (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 117-118) ataupun khuatir ditinggalkan oleh teman-temannya dalam suatu perjalanan. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 137) Terhadap orang yang berada dalam keadaan tersebut dibolehkan tayammum, meskipun air ada disekitarnya. 3) Dalam keadaan sakit atau luka: Orang sakit bila khawatir memakai air dapat melakukan tayammum untuk mengangkatkan hadas. Kekhawatiran itu ada 3 kemungkinan, iaitu: i. Seandainya dia berwudhuk dalam keadaan sakit seperti itu, khawatir akan kehilangan nyawanya atau anggota tubuhnya atau kehilangan manfaat dari bahagian anggota tubuhnya. Boleh disamakan dengan hal tersebut, iaitu manakala ia mempunyai penyakit yang tidak mengkhawatirkan tetapi dia takut menggunakan air yang boleh membahayakan penyakitnya. Orang seperti ini juga diperbolehkan bertayammum menurut mazhab yang kuat. Ibnu 'Abbas r.a. berkata, bersabda Rasulullah S.A.W: (Riwayat al-Daruqutni, (b) 666 : 413) Maksudnya: " Apabila seseorang lelaki beroleh luka di dalam peperangan atau beroleh luka-luka bisul, lalu berjunub, maka ia takut mati jika mandi, hendaklah ia bertayammum". ii. Khawatir sakitnya akan bertambah, meskipun tidak mempengaruhi masa sembuhnya. Atau khawatir lambat sembuhnya, meskipun sakitnya tidak bertambah. Atau khawatir sakitnya semakin parah, iaitu sakit yang terus menerus hingga membuatkan badannya kurus. Atau khawatir akan menimbulkan cacat yang buruk, seperti kulit badan menjadi hitam, seperti anggota bahagian wajah dan lain-lain. Dalam semua masalah ini ada khilaf yang banyak di kalangan para Ulama'. Qaul yang rajih, membolehkan

tayammum. Yang dibuat alasan untuk cacat yang buruk, iaitu dapat membuat kelainan pada bentuk anggota badan dan cacatnya (membekas) seumur hidup. iii. Orang yang khawatir mendapat cacat sedikit, seperti ada bekas bintik-bintik atau ada sedikit warna hitam, atau khawatir mendapat cacat yang buruk pada selain anggota yang kelihatan (ketika bekerja); atau orang itu mempunyai penyakit yang dia sendiri tidak takut akan mendapatkan sesuatu yang dikhawatirkan di belakang hari jika menggunakan air, walaupun ketika itu ia merasa kesakitan, seperti ada lukanya atau kedinginan atau kepanasan. Tidak boleh bertayammum kerana sakit-sakit yang seperti ini tanpa ada khilaf. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 113-114) Hal-hal seperti ini diketahui dengan kebiasaan atau melalui nasihat dari doktor yang pakar sekalipun bukan muslim, demikian menurut pendapat golongan Malikiyyah dan Syafi'iyyah. Tetapi bagi golongan Hanafiyyah dan Hanabilah doktornya di syaratkan seorang muslim. (Dr. A. Rahman Ringota, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 82) 4) Memerlukan air: Seseorang yang memiliki air dalam jumlah yang mencukupi sekadar untuk wudu' atau mandi, tetapi dia sangat memerlukannya untuk keperluan lain yang akan menyelamatkan jiwanya dari kemudaratan, maka ketika itu ia dibolehkan bertayammum, meskipun dia memiliki air. Keperluan tersebut adalah keperluan yang tinggi, bilamana tidak ada air dapat menimbulkan kebinasaan atau kesulitan, seperti kehausan yang diderita baik oleh manusia mahupun oleh binatang ternak dan keperluan lainnya. Termasuk juga ke dalamnya keperluan untuk minuman anjing pemburu atau penjaga kebun. Lain halnya untuk keperluan orang kafir harbi dan anjing yang tidak dibolehkan Syara' memeliharanya. Menurut Hanabilah (keperluan ini tidak menghalangi untuk memakai air). Sebagai contoh dalam keadaan ini seandainya terdapat seorang lelaki meninggal dunia. Orang tersebut mempunyai air tetapi teman-temannya banyak yang kehausan. Maka teman-temannya itu boleh minum air itu dan mentayammumkan mayat itu sebagai ganti memandikannya. Dan teman-teman yang ikut minum itu wajib membayar harga air yang diminumnya dan hasilnya dimasukkan pada harta warisan. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 118) Bentuk-bentuk keperluan lain menurut pakar fiqh Syafi'iyyah adalah seperti keperluan untuk memasak, untuk dimasak, dan untuk menghilangkan najis yang tidak dimaafkan yang melekat di badan. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 82) Jika najis terdapat di pakaian, hendaklah air itu digunakan untuk berwudu' dan solat dalam keadaan tidak menutup aurat jika tidak ada penutup (yang suci) lain, dan solat tersebut tidak perlu diulangi. 5) Khawatir kehilangan harta jika mencari air: Menurut Malikiyah orang yang sanggup memakai air dan yakin bahawa air akan diperoleh jika dicari, tetapi timbul kekhawatiran akan kehilangan harta jika pencarian dilakukan, dibolehkan tayammum. Tidak dibezakan apakah orang tersebut dalam perjalanan atau bermuqim, tidak dibezakan juga kekhawatiran terhadap harta sendiri atau milik orang lain yang berada di tangannya. Menurut selain Malikiyyah kekhawatiran terhadap musuh, pencuri atau kebakaran membolehkan tayammum lebih dahulu tanpa mencari air. Kekhawatiran itu boleh terjadi atas diri sendiri, harta, keamanan atau kekhawatiran terhadap orang berhutang yang hartanya sedang dalam keadaan yang berkuasa. 6) Keadaan sangat dingin: Dari 'Amru bin 'Ash r.a berkata: (Riwayat Abu Daud, (b) 334: 238) Maksudnya: " Pernah aku bermimpi (sehingga junub) pada suatu malam yang dingin ketika peperangan Zatus Salasil, jika aku mandi maka aku khawatir binasa (mati), sebab itu aku bertayammum, kemudian mengerjakan solat subuh bersama sahabat-sahabatku (sebagai imam). Setelah para sahabatku menuturkan hal yang menimpaku itu kepada nabi S.A.W, maka beliau bersabda: ' Wahai 'Amr, apakah kamu mengerjakan solat bersama para sahabatmu dalam keadaan junub?' Maka aku sampaikan kepada beliau, alasanku yang membuat aku tidak mandi, dan aku menjawab: Saya ketahui Allah berfirman: " Dan janganlah kamu bunuh diri, sesungguhnya Allah Maha Menyayangimu ". Maka Rasulullah S.A.W. tertawa tidak bersabda sesuatu pun." Berdasarkan hadis ini terdapat iqrar atau persetujuan dari Nabi, dan iqrar adalah hujjah (suatu dalil) kerana Nabi tidak akan menyetujui sesuatu yang salah. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 139) Maka, jika seseorang khawatir akan berbahaya menggunakan air kerana terlalu dingin dan air tersebut tidak dapat di panaskan, dibolehkan

tayammum. Golongan Hanafiyyah mensyaratkan boleh tayammum jika khawatir membawa kematian atau lenyapnya sebahagian anggota badan. Hal ini hanya boleh dilakukan oleh orang yang junub dan tidak dapat memanaskan air. Sedangkan bagi orang yang berhadas kecil menurut Hanafiyah tidak boleh bertayammum dengan alasan sangat dingin. Sebagaimana golongan Hanafiyyah, golongan Malikiyyah juga mengaitkan kebolehan tayammum ini dengan keadaan yang dikhawatirkan membawa kematian. Sedangkan dari golongan Syafi'iyyah dan Hanabilah membolehkan bertayammum dengan alasan dingin jika sulit memanaskan air atau panasan air tidak memberikan manfaat (pengaruh). Orang yang bertayammum kerana dingin ini menurut Syafi'iyyah mesti mengqadha' solatnya sama halnya dengan tayammum kerana sakit. Ini berbeza dengan golongan Malikiyyah dan Hanafiyyah yang mengatakan solat tidak mesti diqadha'. 7) Tiada alat untuk mengambil air: Tayammum dibolehkan bagi orang yang sanggup memakai air tetapi tidak boleh mendapatkannya. Misalnya ada air pada suatu tempat yang hanya didapatkan dengan alat-alat tertentu, sementara alat itu tidak ada padanya, seperti ketiadaan timba pengambil air dari sumur yang dalam, jika terus diusahakan waktu akan habis. Orang yang solat dengan bertayammum dalam keadaan begini tidak wajib mengqadha' solatnya menurut mazhab yang kuat. (AlHusaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 113) Menurut pandangan golongan Hanabilah, bila seseorang tidak memiliki alat, dia diharuskan menanyanya dari orang lain supaya air boleh didapatkan. Kerana suatu yang menyempurnakan yang wajib hukumnya juga wajib. Dalam hal ini mencari alat adalah wajib. 8) Khawatir Kehabisan Waktu Solat: Kalangan Syafi'iyyah tidak membolehkan bertayammum kerana takut akan habis waktu solat jika dia mengambil air untuk berwudu', kerana tayammum ini dilakukan bersamaan dengan adanya air. Lain halnya bagi orang yang musafir, dia tidak mesti mencari air terlebih dahulu jika khawatir akan habis waktu solat dan dalam keadaan itu dia dibolehkan tayammum. Golongan Hanabilah juga tidak membolehkan bertayammum dengan alasan takut habis waktu solat, baik untuk solat jenazah, solat 'id mahupun untuk solat lima waktu. Seperti golongan Syafi'iyyah, mereka juga mengecualikan orang yang sedang musafir yang mengetahui adanya air di tempat yang dekat, akan tetapi jika pemergiannya mencari air itu akan menghabiskan waktu solat dibolehkan bertayammum dan solat yang dilakukan dengan tayammum tersebut tidak diulang. Berbeza pula dengan golongan di atas, golongan Hanafiyyah tidak membolehkan bertayammum tanpa harus mencari air lebih dahulu, kerana takut habis waktu solat kecuali dalam beberapa hal. Pertama, kerana takut habis waktu solat jenazah atau solat 'id kerana berjemaah adalah syarat sah kedua solat tersebut. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 139) Kedua, kerana khawatir akan habis waktu solat gerhana (kusuf dan khusuf) dan berbagai solat sunat yang mengikut solat fardhu. Tidak sah tayammum apabila takut habis waktu solat Juma'at, solat wajib lima waktu dan solat witir. Fuqaha' dari golongan Malikiyyah membolehkan tayammum kerana khawatir habis waktu solat fardhu bila sulit mencari air, kerana memelihara pelaksanaan solat pada waktunya lebih utama dari mencari kesempurnaan taharah dengan air. (Dr. A. Rahman Ringota, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 80-84) Rukun-Rukun Tayammum 1. Niat: Rukun-rukun tayammum yang pertama ialah niat. Sabda Rasulullah S.A.W melalui hadis yang sahih: (Riwayat alBukhari, (b) 1: 1) Maksudnya: " Sesungguhnya setiap amal atau ibadat itu hendaklah dikerjakan dengan niat".

Tayammum termasuk dalam kategori amal ibadat sebagaimana solat dan wudu' juga, iaitu wajib dikerjakan dengan berniat. Berniat untuk bertayammum merupakan rukun mengikut kesepakatan Ulama' yang empat, manakala menurut golongan Hanafiyyah dan sebahagian Hanabilah, ianya merupakan syarat. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 582) Beza antara syarat dan rukun ialah syarat itu mendahului perbuatan dengan jarak waktu yang sedikit, sedangkan rukun tidak sah dilakukan sebelum sesuatu perbuatan tetapi ia termasuk perbuatan itu sendiri. (ArRahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 134) Ini bermakna, seseorang yang hendak tayammum itu wajib berniat untuk membolehkan solat, dan tidak memadai berniat melenyapkan hadas, kerana hadas seseorang tersebut tidak terangkat kerana tayammum. Ini berdasarkan hadis Nabi S.A.W. kepada 'Amru bin al-'Ash yang sedang berjunub, kerana 'Amru bin al-'Ash bertayammum dan solat bersama-sama sahabatnya, lalu Nabi S.A.W. bertanya: (Riwayat Abu Daud, (b) 334: 238 ) Maksudnya: " Wahai 'Amru, Kenapakah engkau solat bersama-sama para sahabat engkau, padahal engkau sedang berjunub?" Dan hadis sebagaimana yang di kemukakan dari pendapat Malikiyyah dan Syafi'iyyah: (Riwayat Abu Daud, (b) 314: 206-207) Maksudnya: "Wahai Abu Zarr, sesungguhnya tanah yang baik adalah suci selama tidak ada air, sekalipun dengan sepuluh tahun. Apabila engkau mendapati air maka sentuhkanlah air itu ke kulit engkau. Sesungguhnya hal itu lebih baik bagi engkau". Kesimpulan yang dapat diambil dari hadis Nabi S.A.W tersebut memberi fahaman yang jelas bahawa tayammum itu hanya untuk membolehkan solat, bukan untuk melenyapkan hadas. Oleh itu dalam masalah ini, jika seseorang tersebut tayammum berniat untuk membolehkan solat maka termasuk di bawah niatnya itu empat ahwal (kelakuan): i. Berniat untuk membolehkan solat fardhu dan solat sunat kedua-duanya sekali. Maka boleh ke atas seseorang mengerjakan kedua-dua solat tersebut (solat fardhu dan solat sunat). Dan boleh juga bagi orang solat sunat sebelum solat fardhu dan sesudahnya di dalam waktu dan di luarnya. ii. Berniat untuk membolehkan solat fardhu, samada solat lima waktu atau solat nazar. Maka boleh mereka menunaikan solat-solat fardhu tersebut, kerana mereka berniat dengan niat fardhu. Dalam masalah ini pendapat yang kuat boleh juga mereka menunaikan solat sunat sebelum solat fardhu atau sesudahnya, kerana hal-hal yang sunat mengikut perkara yang fardhu. iii. Berniat hanya untuk membolehkan solat sunat, tidak berniat untuk membolehkan solat fardhu. Dalam masalah ini, pendapat yang kuat tidak boleh tayammum tersebut digunakan untuk solat fardhu, kerana niat sunat itu tidak termasuk di dalam niat fardhu. Contohnya, jika seseorang itu berniat untuk memegang musyhaf, atau orang junub berniat untuk i'tikaf, maka hukumnya sama dengan niat sunat dan tidak boleh mengerjakan fardhu menurut mazhab yang kuat. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 123) iv. Berniat untuk membolehkan solat sahaja, tanpa menentukan solat sunat atau sembahyang fardhu. Mereka yang berniat seperti itu sebagai orang yang berniat untuk membolehkan solat sunat. Maka dalam masalah ini, tidak boleh digunakan tayammum itu untuk solat fardhu, tetapi hanya boleh tayammum tersebut untuk solat sunat sahaja.(Abu Muhammad. t.th: 187) 2. Menyapu ke muka dan dua tangan: Para pakar fiqh sepakat menetapkan menyapu muka dan tangan sebagai rukun tayammum, berdasarkan firman Allah: (Al-Maidah: 6) Maksudnya: " Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (suci), sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu". Kesimpulan yang dapat diambil dari ayat tersebut memberi fahaman yang jelas, iaitu seseorang yang bertayammum wajib meratakan muka dan kedua-dua tangan mereka dengan tanah yang berdebu hingga sampai ke siku sebagaimana orang yang berwudu' wajib meratakan muka dan tangan mereka dengan air hingga sampai ke siku. (Abu Muhammad. t.th: 188) 3. Tertib (berurutan):

Menertibkan fardhu atau rukun adalah wajib menurut golongan Syafi'iyyah dan Hanabilah. Jadi wajib mendahulukan muka daripada kedua tangan. Namun, golongan Hanabilah mengkhaskan tertib pada hadas kecil. Sedangkan pada hadas besar tidak diperlukan tertib. Kewajipan tertib pada tayammum untuk hadas kecil dilakukan berdasarkan taharah dengan air (wudu'). Bilamana pada wudu' ditertibkan, maka demikian juga halnya pada tayammum. Golongan Hanafiyyah dan Malikiyyah menertibkan rukun, dalam hal ini muka dan kedua tangan, hukumnya sunat. (Dr. A. Rahman Ringota, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 87) Syarat-syarat Tayammum 1) Keuzuran menggunakan air: Di antara syarat-syarat tayammum yang pertama ialah uzur menggunakan air di sebabkan sakit atau musafir. (Abu Muhammad. t.th: 191) Allah S.W.T berfirman: (Al-Maidah: 6) Maksudnya: " Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayammumlah kamu dengan tanah yang baik (suci)." Wujudnya penghalang yang membolehkannya untuk bertayammum adalah disebabkan salah satu dari hal-hal yang berikut: i. Takut kehilangan nyawa. ii. Takut cedera pada anggota yang sakit. iii. Takut terkena penyakit. iv. Takut kehilangan manfaat anggota seperti menjadi lemah, cacat atau parut yang buruk pada anggota yang biasa nampak. 2) Masuk waktu solat: Syarat sah tayammum hendaklah sesudah masuk waktu solat dengan yakinnya samada solat fardhu atau sunat. Tayammum tidak sah bagi orang yang syak masuk waktu solat. (Hj. Osman b. Jantan. 1983: 58) Ini berdasarkan firman Allah S.W.T: (Al-Maidah: 6) Maksudnya: " Jika kamu hendak berdiri untuk solat, basuhlah mukamu" Dalam ayat ini, berdiri untuk solat itu tentunya setelah masuk waktu solat. Wudu' dikecualikan dari masalah ini kerana terdapat dalil yang lain. Sedangkan tayammum masih tetap kerana memandang zahirnya ayat. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 115) Dan Nabi telah bersabda: (Riwayat al-Bukhari (b), 335: 58) Maksudnya: " Dijadikan bumi untukku tempat solat dan suci (tanahnya untuk tayammum). Maka sesiapa daripada umatku yang mendapat solat (berada pada waktu solat) maka hendaklah ia solat." Hadis Baginda Rasul S.A.W. tersebut merupakan dalil wajib tayammum dan solat itu ialah apabila tidak ada air setelah masuk waktu solat. (Abu Muhammad. t.th: 191) Selain daripada alasan tersebut, tayammum juga merupakan bersuci yang dharurat. Sebelum masuk waktu solat tidak terdapat dharurat. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 116) Adapun menurut Ulama' mazhab Hanafi adalah terkecuali daripada hal ini yang menyatakan sah bertayammum sebelum masuk waktu solat. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 134) Ulama' Jumhur juga menyatakan tidak sah tayammum kecuali setelah masuk waktu solat fardhu mahupun solat sunat yang tertentu atau berwaktu seperti sunat-sunat rawatib. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 565) 3) Mencari air: Antara syarat diharuskan bertayammum ialah mencari air setelah masuk waktu solat. Allah S.W.T. berfirman: (AnNisa': 43) Maksudnya: " Maka tidak kamu mendapat air (untuk berwudu' dan mandi junub) maka hendaklah kamu bertayammum."

Ayat tersebut menyuruh kita bertayammum ketika tidak ada air untuk berwudu' dan mandi junub, kerana air itu tidak akan ada kecuali dengan dicari. (Abu Muhammad. t.th: 191) Oleh itu wajib bagi orang yang hendak tayammum tersebut mencari air terlebih dahulu, samada dengan usahanya sendiri atau bantuan orang lain, atau bertanya-tanya dari teman-temannya. Mencari air ini hendaklah dengan memerhati dan mencari air dari bekal perjalanan, pergi melihat-lihat di sekelilingnya dan walaupun dengan cara membelinya apabila air itu lebih dari keperluannya dan dengan harga pasaran. Jika diyakini bahawa air tidak ada atau tempatnya jauh, maka tidak wajib mencarinya. (Hj. Osman b. Jantan. 1983: 59) Mengenai batas jauh yang tidak mewajibkan mencari air itu terdapat perbezaan pendapat di kalangan imam mazhab. Ukuran jauh menurut golongan Hanafiyyah adalah bila mencapai satu mil, sekitar 1848 meter atau 4000 hasta atau lebih. Menurut golongan Malikiyyah mencapai dua mil. Golongan Syafi'iyyah memperinci kebolehan tayammum yang disebabkan ketiadaan air seperti berikut: i. Jika seseorang telah yakin bahawa air tidak ada di sekitarnya dia boleh bertayammum tanpa dituntut untuk mencarinya. ii. Jika meragukan atau mempunyai persangkaan berat terhadap adanya air, maka dia mesti memeriksa rumahnya dan rumah temannya terlebih dahulu secara berulang-ulang yang jarak minima 400 hasta atau 184.8 meter. Sebab tayammum itu bersuci yang dharurat, sedangkan dharurat tidak mungkin terjadi bila kemungkinan untuk bersuci dengan air masih ada. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 112) Kalau memang ternyata tidak ditemukan adanya ada air barulah dia boleh bertayammum. iii. Sebaliknya jika seseorang meyakini ada air, maka dia mesti mencarinya sampai menempuh jarak 6000 langkah. Mencari air tidak dituntut jika diyakini pada jalan yang ditempuh itu tidak ada keamanan atau ada halangan. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 571-572) 4) Terhalang menggunakan air: Syarat yang keempat tayammum iaitu terhalang menggunakan air, seperti seseorang yang mendapat air, dan ia tidak boleh menggunakan air itu kerana sakit atau takut berpisah dengan rakannya yang bersama dalam perjalanan yang akan membahayakan dirinya, (Abu Muhammad. t.th: 191-192) atau ia memerlukan air itu kerana dahaganya, manusia atau haiwan yang muhtaram (yang dihormati nyawanya), samada keperluan itu pada ketika itu ataupun pada masa akan datang. Wujudnya penghalang yang membolehkannya untuk bertayammum adalah disebabkan juga khawatir akan keselamatan dirinya dari bahaya seperti gangguan binatang buas atau musuh, dan seterusnya takutkan harta bendanya dicuri orang atau perompak. (Hj. Osman b. Jantan. 1983: 59). 5) Tanah yang suci: Tidak sah tayammum seseorang kecuali dengan menggunakan debu (tanah) yang suci, murni, belum pernah digunakan, (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 118-119) dan tidak terkena najis. Ini berpandukan firman Allah S.W.T: (Al-Maidah: 6) Maksudnya: " Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih)." Menurut golongan Malikiyyah adanya tanah yang suci merupakan rukun, sedangkan bagi Ulama' yang lainnya merupakan syarat. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 87) Para ahli bahasa sepakat bahawa 'sha'id' dalam ayat tersebut ialah permukaan bumi, baik yang berupa tanah berdebu atau bukan, (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 141) berdasarkan hadis Abu 'Umamah bahawasanya bersabda Rasulullah S.A.W: (Riwayat Ahmad, (b) 22133: 313) Maksudnya: "Seluruh bumi dijadikan bagiku dan bagi umatku sebagai masjid dan alat bersuci." Maka pengertian sha'id atau tanah di sini menurut Malikiyyah yang bersependapat juga oleh Hanafiyyah adalah bahagian bumi yang naik atau yang muncul ke permukaan yang disebut juga tanah atau debu. Termasuk ke dalamnya tanah, pasir, batu kerikil dan kapur (untuk mengapur rumah) yang belum dibakar dengan api. Semua yang termasuk pengertian ini boleh digunakan untuk bertayammum menurut Malikiyyah dan Hanafiyyah. Selain itu, boleh juga bertayammum dengan barang-barang galian, selain emas, perak dan permata atau mutiara, selama belum dipindahkan dari tempatnya. Begitu juga dengan salji yang membeku, baik yang berada di laut mahupun di bumi.

Menurut golongan Syafi'iyyah dan Hanabilah, tayammum mesti di lakukan dengan tanah yang suci dan berdebu yang dapat menempel di tangan. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 87-88) Hal ini berdasarkan hadis dari Huzaifah, bahawa Nabi S.A.W bersabda: (Riwayat Muslim, (b) 121: 210-211) Maksudnya: " Seluruh bumi itu dijadikan masjid bagi kami, dan 'tanahnya' dijadikan tanah yang boleh mensucikan jika kami tidak menemukan air." Di sini Rasulullah S.A.W. mengalihkan pembicaraan dari bumi lalu menyebutkan tanah yang mengkhususkan sifat suci yang mensucikan terhadap tanah. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 120) Kemudian, disyaratkan juga tanah yang digunakan untuk bertayammum itu hendaklah memenuhi ciri-ciri berikut: i. Harus bagi tanah itu tidak keluar dari keadaan semulajadinya kepada keadaan lain yang dapat mencegah dari dikatakannya sebagai "tanah". Seandainya tanah itu dibakar sampai menjadi abu, atau menjadi tembikar yang telah ditumbuk halus, maka tidak boleh digunakan untuk tayammum. ii. Bertayammum dengan menggunakan pasir sekiranya pasir itu kasar yang apabila dilemparkan tidak mengeluarkan debu, maka tidak boleh digunakan untuk bertayammum. Jika pasir itu halus maka boleh menggunakannya untuk bertayammum. Justeru, sekiranya tanah yang dicampur dengan pasir yang halus, tidak sah tayammumnya. Akan tetapi jika seseorang memukulkan tangannya ke kain, kantung atau permaidani, lalu melekat di tangannya debu, maka dia boleh bertayammum dengan debu tersebut. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 88) iii. Tanah yang digunakan untuk bertayammum itu harus suci berdasarkan firman Allah S.W.T dan sabda Rasulullah S.A.W mengenai tanah yang suci. Ini adalah kerana air yang bernajis tidak boleh digunakan untuk bersuci, maka demikian juga tanah yang menggantikan air wudu' atau janabah tidak boleh digunakan untuk bertayammum. iv. Disyaratkan juga tanah yang digunakan untuk tayammum harus tanah yang murni iaitu tanah yang tidak dicampur dengan tepung atau lain sebagainya walaupun sedikit tanpa ada khilaf di kalangan Fuqaha'. v. Tanah yang digunakan untuk tayammum itu tidak boleh yang musta'mal (yang telah digunakan) sebagaimana air yang musta'mal. Yang dimaksudkan dengan musta'mal pada tanah ialah yang menempel pada anggota badan atau yang sudah menyentuh badan. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 120-121) Sunat-Sunat Tayammum Para Ulama' Fiqh berbeza-beza pandangan dalam menetapkan sunat-sunat tayammum. Ada yang dipandang sunat bagi satu mazhab, tetapi dipandang wajib oleh yang lain atau sebaliknya. Tayammum mempunyai beberapa perkara sunat sebagaimana berikut: i. Membaca Basmalah. Tetapi menurut Ulama' Hanabilah, membaca Basmalah itu hukumnya wajib, jika ditinggalkan dengan sengaja batallah tayammum, dan kewajipan ini menjadi gugur jika lupa atau memang kerana tidak tahu sedangkan tayammum itu seperti wudu'. Hal itu berdasarkan sabda Rasulullah: (Riwayat at-Tirmizi, (b) 25: 114) Maksudnya: " Tiada wudu' bagi orang yang tidak menyebutkan nama Allah atasnya". ii. Bersiwak atau menggosok gigi, iaitu di antara membaca Basmalah dengan memindahkan tanah ke anggota tayammum, (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 206) berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi S.A.W. bersabda: (Riwayat Muslim, (b) 23: 138) Maksudnya: " Jikalau tidak khawatir akan memberatkan umatku, nescaya kuperintahkan mereka menggosok gigi setiap kali hendak berwudu'." iii. Mendahulukan menyapu bahagian atas muka lalu meluncurkan ke bawah dagu. iv. Memukulkan bahagian dalam telapak tangan ke tanah yang akan dipakai tayammum. Hanya saja Ulama' Maliki menyatakan bahawa pukulan pertama adalah rukun manakala pukulan kedua untuk disapu ke tangan hingga siku adalah sunat (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 90). Hal itu berdasarkan hadis 'Ammar di dalamnya disebutkan: (Riwayat ad-Daruqutni, (b) 671: 416) Maksudnya: " Nabi memukulkan kedua telapak tangannya ke tanah".

Dan Menurut riwayat ad-Daruqutni, nabi S.A.W. bersabda: (Riwayat ad-Daruqutni, (b) 690: 191-192) Maksudnya: " Sesungguhnya cukuplah bagimu memukulkan kedua telapak tanganmu ke tanah ". v. Merenggangkan jari-jemari di saat ditepukkan ke tanah, agar debu dapat masuk ke celah-celah jari. vi. Meneguhkan tangan atau meniupnya agar tanah yang melekat di tangan menjadi tipis. Hal ini berdasarkan pada hadis 'Ammar yang lalu. Dalam hadis itu disebutkan: (Riwayat Ahmad, (b) 18294: 362) Maksudnya: " Dan Nabi meniup kedua tangannya..". vii. Menanggalkan cincin dalam pukulan pertama, sedang dalam pukulan kedua hukumnya fardhu. Tetapi menurut Ulama' Hanafiyyah, cukup menggerakkannya atau menggeser-geserkannya. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 143) Ini berbeza dengan berwudu' kerana tanah tidak boleh sampai ke bawah jari yang bercincin itu. (Al-Husaini, Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. Muhammad. 1414H/1993: 127) viii. Tertib, yakni memulai dengan menyapu muka lebih dulu sebelum menyapu tangan adalah sunat menurut golongan Hanafiyyah dan Malikiyyah. Sedangkan menurut golongan Syafi'iyyah dan Hanabilah, tertib ini adalah fardhu. Hal itu berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W.: (Riwayat Muslim, (b) 2950: 513-514) . Maksudnya: " Mulailah dengan apa yang dimulai Allah". ix. Tayamun, yakni mendahulukan menyapu tangan kanan sebelum tangan kiri, berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W.: (Riwayat Muslim, (b) 2185: 378) Maksudnya: " Mereka memulakan dengan tangan kanan". Dan demikian Sabda Baginda Rasul S.A.W. riwayat Aishah r.a: (Riwayat al-Bukhari, (b) 168: 502) Maksudnya: " Baginda Rasul S.A.W. suka pada perkara-perkara yang sebelah kanan ketika memakai kasut, bersikat, bersuci dan semua pekerjaannya." x. Mencelah-celahi anak jari sesudah menyapu dua tangan. (Abu Muhammad. t.th: 193) Demikian juga menyelanyelai janggut menurut Ulama' Hanafiyyah. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 145) xi. Menggosokkan-gosokkan (al-dulk) tangan kepada anggota tayammum seperti dalam wudu', dan tidak mengangkat tangan dari anggota tayammum sebelum sempurna menyapu anggota tayammum tersebut. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 602) xii. Muwalat, yakni berturut-turut sehingga antara menyapu muka dengan kedua tangan tidak terpisah lama atau tidak terpisah oleh sesuatu apa pun di antara fardhu-fardhu tayammum. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 145) Malikiyyah dan Hanabilah memandang bahawa berturut-turut itu merupakan rukun atau wajib tayammum. Namun, Hanabilah lebih mengkhaskan pada hadas kecil seperti halnya dengan hukum tertib. Selain kewajipan berkesinambungan dalam menyapu anggota tayammum, Malikiyyah mewajibkan adanya kesinambungan antara tayammum dengan pelaksanaan solat dan ibadah lain dimana tayammum itu diuntukkan padanya. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 87) xiii. Membaca doa yang dianjurkan di saat membasuh muka dan tangan dalam berwudu'. Doa itu dibacanya pula ketika menyapu muka dan tangannya dalam bertayammum. Demikian pula disunatkan membaca doa sesudah selesai tayammum dengan doa sesudah berwudu', seperti membaca dua kalimah Syahadah dan sebagainya. xiv. Menghadap kiblat ketika bertayammum. xv. Disunatkan melebihi menyapu dari batas siku. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 90) xvi. Mengiringi tayammum dengan solat dua rakaat dikiaskan pada wudu'. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 602) Perkara-perkara sunat tersebut di antaranya ada yang sunnah dan ada pula yang mandub atau anjuran. Barang siapa melakukannya mendapat pahala atas perbuatannya itu tetapi yang tidak mengerjakannya pun tidaklah berdosa dan tayammumnya tetap dipandang sah. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 144-146) Perkara-perkara Yang Membatalkan Tayammum

1) Perkara yang membatalkan wudu': Tayammum terbatal oleh segala apa yang membatalkan wudu' dan mandi kerana tayammum adalah gantian kepada keduanya. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 604) Jika bertayammum seseorang yang sudah dianggap sah kerana memenuhi syarat-syaratnya, lalu dia berhadas, maka batallah tayammumnya. Ini adalah kerana tayammum itu bersuci yang dapat menyenangkannya melakukan solat, jadi tayammum itu terbatal dengan sebab berhadas sebagaimana yang berlaku pada wudu'. Batalnya ini tidak dibezakan antara tayammum dengan sebab ketiadaan air atau tayammum ketika ada air seperti tayammum bagi orang yang sakit. (Imam Taqiyudddin Abu Bakar b. Muhammad al-Husaini.1993: 128) Sungguhpun begitu, jika seseorang itu bertayammum kerana berhadas besar kemudian terbatal tayammumnya tidak akan mengembalikannya kepada hadas besar, akan tetapi dia hanya dianggap orang yang berhadas kecil. Maka harus baginya membaca al-Quran, masuk ke masjid dan diam di dalamnya. (Al-Juzairi, Abdul Rahman. 1411H/1990: 165) Akan tetapi wajib baginya mandi apabila sudah ada air atau bila telah hilang sebab uzur yang membolehkannya tayammum. Dalam pada itu, golongan Malikiyyah mengatakan, jika orang yang bertayammum dari janabah itu berhadas kecil, maka batallah tayammumnya dari hadas kecil dan hadas besar sekaligus. Disebabkan itu, haramlah bagi orang itu melakukan segala apa yang haram dilakukan oleh orang yang junub sehingga ia mengulangi tayammumnya lagi. (Ar-Rahbawi, 'Abdul Qadir. 1994: 148) 2) Hilangnya kesulitan yang mengharuskan tayammum: Di antara yang membatalkan tayammum ialah hilangnya kesulitan atau keuzuran yang menjadi penyebab boleh bertayammum seperti beredarnya musuh atau binatang buas, hilangnya kesakitan dan kesejukan, adanya alat yang boleh menyampaikan pada air dan terlepas dari tahanan atau penjara yang tidak terdapat air padanya. Ini kerana apa yang mengharuskan tayammum kerana uzur akan membatalkan tayammum itu kerana hilangnya keuzuran. (Dr. Wahbah al-Zuhaili. 1984 : 604) 3) Melihat air dan sanggup memakai air: Sekiranya seseorang bertayammum kerana tidak ada air, kemudian mereka melihat air seumpama turun hujan sebelum mereka solat maka batallah tayammum tersebut. (Abu Muhammad. t.th: 196) Ini berdasarkan hadis Abu Zarr r.a: (Riwayat Abu Daud, (b) 313: 205-206) Maksudnya: " Tanah yang baik itu alat bersuci bagi orang Islam, sekalipun tidak engkau perolehi air sepuluh tahun lamanya. Maka jika engkau telah mendapat air, hendaklah engkau sentuhkan air itu ke kulit engkau, kerana yang demikian itu lebih baik bagi engkau. " Dalam hal ini telah berkata Nafi': (Al-Siddieqy, Prof. Dr. T.M. Hasbi. 1980: 561) " Ibnu 'Umar telah bertayammum di tempat yang jauhnya dari Madinah kira-kira satu atau dua batu sahaja dan bersolat Asar. Kemudian tibalah beliau ke Madinah sedangkan hari masih terang, beliau tidak mengulangi lagi solat Asarnya itu." Melihat air atau sanggup memakai air yang memadai walaupun satu kali menurut golongan Hanafiyyah manakala menurut golongan Malikiyyah dan Hanabilah asal melihat atau menemukan air walaupun tidak memadai untuk wudu' atau mandi sudah membatalkan tayammum. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 91) Maka, apabila seseorang itu melihat atau mendapatkan air sesudah bertayammum tetapi masih belum solat wajiblah atasnya berwudu' untuk bersolat menurut pendapat para Fuqaha'. (Al-Siddieqy, Prof. Dr. T.M. Hasbi. 1980: 560) Jika seseorang bertayammum kerana sakit atau seumpamanya, bukan kerana ketiadaan air lalu melihat air tidaklah batal tayammumnya. (Hj. Osman b. Jantan. 1983: 63) 4) Habis waktu solat: Hanabilah telah memberi tambahan dalam perkara yang membatalkan tayammum iaitu habis waktu solat, kerana tayammum dilakukan untuk solat. (Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung. 1999: 91) Maka terbatal tayammum itu secara mutlak samada disebabkan hadas besar, atau terdapat najis dibadannya melainkan solat jumaat yang tidak membatalkan tayammum apabila habis waktu. (Al-Juzairi, Abdul Rahman. 1411H/1990: 165-166)

5) Murtad (riddah): Orang yang murtad atau keluar dari agama Islam membatalkan tayammumnya menurut golongan Syafi'iyyah. Ini adalah kerana tayammum itu untuk membolehkan solat, dan keharusan solat dengan tayammum itu tidak ada lagi disebabkan riddah. Masalah ini berlainan dengan masa