apa faedah jika kita bersikap asertif

4
Apa faedah jika kita bersikap ASERTIF..? Membina kemahiran berkomunikasi dengan lebih baik menggalakkan keyakinan diri sendiri meningkatkan penghargaan kendiri membantu diri untuk memperolehi penghormatan dari orang lain. memperbaiki kemahiran dalam membuat keputusan. Mesti kalian nak tahu bagaimana untuk membina kemahiran ASERTIF... Kemahiran asertif bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.Kadang- kadang,ia terhalang dengan perasaan rendah diri,segan dan bersikap tidak kisah terhadap sesuatu.Contohnya,situasi yang beratur di depan kaunter tiket bas,tiba-tiba ada orang yang cuba memotong barisan anda..Anda mungkin tergamam dan tidak tahu apa yang sepatutnya harus dilakukan...Mungkin anda membiarkan sahaja keadaan itu berlaku,bagi mengelakkan masalah timbul dengan orang berkenaan atau macammana....? tepuk dada tnya hati ye... Tips untuk cuba bertegas diri... cubaan berterus-terang,jujur dan terbuka terhadap perasaan,pendapat dan kehendak anda,dengan permohonan yang munasabah dengan cara yang terus dan jujur.Hasilnya anda akan merasa berpuas hati dan gembira dengan perasaan yang telah diluahkan tanpa rasa kesal atau teragak-agak.Contohnya: "saya mewakili pengawal lain,untuk mendapatkan hak bayaran tuntutan perjalanan kami selama sebulan yang masih belum dibayar oleh pihak tuan.." Jangan biarkan kawan anda mendesak anda untuk menerima tingkah laku,nilai,atau ideanya sebagai tingkah laku,nilai atau idea anda.Biarkan mereka belajar untuk memahami fikiran anda serta perasaan serta kehendak anda.

Upload: muhammad-asyraf

Post on 09-Nov-2015

25 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Asertif, dapat digunakan oleh guru untuk panduan pengajaran bagi topik pendidikan kesihatan

TRANSCRIPT

Apa faedah jika kita bersikap ASERTIF..? Membina kemahiran berkomunikasi dengan lebih baik menggalakkan keyakinan diri sendiri meningkatkan penghargaan kendiri membantu diri untuk memperolehi penghormatan dari orang lain. memperbaiki kemahiran dalam membuat keputusan.Mesti kalian nak tahu bagaimana untuk membina kemahiran ASERTIF...

Kemahiran asertif bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.Kadang-kadang,ia terhalang dengan perasaan rendah diri,segan dan bersikap tidak kisah terhadap sesuatu.Contohnya,situasi yang beratur di depan kaunter tiket bas,tiba-tiba ada orang yang cuba memotong barisan anda..Anda mungkin tergamam dan tidak tahu apa yang sepatutnya harus dilakukan...Mungkin anda membiarkan sahaja keadaan itu berlaku,bagi mengelakkan masalah timbul dengan orang berkenaan atau macammana....? tepuk dada tnya hati ye...

Tips untuk cuba bertegas diri... cubaan berterus-terang,jujur dan terbuka terhadap perasaan,pendapat dan kehendak anda,dengan permohonan yang munasabah dengan cara yang terus dan jujur.Hasilnya anda akan merasa berpuas hati dan gembira dengan perasaan yang telah diluahkan tanpa rasa kesal atau teragak-agak.Contohnya: "saya mewakili pengawal lain,untuk mendapatkan hak bayaran tuntutan perjalanan kami selama sebulan yang masih belum dibayar oleh pihak tuan.." Jangan biarkan kawan anda mendesak anda untuk menerima tingkah laku,nilai,atau ideanya sebagai tingkah laku,nilai atau idea anda.Biarkan mereka belajar untuk memahami fikiran anda serta perasaan serta kehendak anda. Jadilah seorang yang jujur bila memberi atau menerima pujian.Jangan sesekali memandang rendah pada kepada pujian yang yang diperolehi dan jangan pula menganggap setiap pujian yang diperolehi harus dibalas semula. Belajarlah untuk tidak menyatakan sesuatu yang tidak munasabah.Gunakan perkataan "TIDAK" sekiranya perlu dengan menjelaskan sebab anda membantah atau tidak bersetuju dengan perkara tersebut. Elakkan menyoal "kenapa".Soalan "kenapa" ini membenarkan pendengar untuk cuba mempertahankan diri.Hal ini kerana pendengar biasanya tidak akan selesa dengan kita dan rasa terancam dengan soalan tersebut. Kenalpasti dan hormati hak orang lain seperti kawan,rakan sekerja,rakan sebilik atau rakan sekelas anda.Contohnya,sekiranya anda bersedih dan kecewa dengan sikap mereka,gunakanlah perkataan 'saya' atau 'kita' untuk meluahkan perasaan anda berhubung dengan perkara tersebut daripada kita terus menggunakan perkataan "engkau" atau menunding jari menyalahkan mereka. Apabila berkomunikasi dengan orang lain,gunakanlah nada suara dan gerakan badan yang bersesuaian dengan keadaan. akhir sekali,sentiasa minta maklum bals daripada orang lain."tinggalkan barang yang menimbulkan keraguan engkau dan ambil yang tidak meragukan.Sesungguhnya kejujuran,membuatkan hati rasa tenteram dan dusta membuat hati ragu-ragu." ( hadis shahih)

Model Pertama : Model Reuven Bar-On (EQ-i)

Reuvon Bar-On merupakan seorang ahli psikologi yang mengkaji bidang Kecerdasan Emosi. Beliau telah membentuk Model Inventori Kompetensi Kecerdasan Emosi. Kaedah pengukuran yang digunakan untuk menilai individu kerana kebergantungan serta kesahihan sesuatu keputusan yang diperolehi. Kaedah ini bermatlamat mengenal pasti kemahiran bukan kognitif seseorang sehingga menentukan kejayaan dalam bidang-bidang dalam hidup mereka.

Selain itu, tujuan utama kaedah ini adalah untuk menilai kualiti peribadi seseorang individu itu lebih bijak mengawal emosi dari orang lain. Kaedah ini biasa digunakan bagi proses pemilihan pekerja (selection) dan pembangunan kerjaya. ReuvenBar-On telah menyebutkan definisi kepada Kecerdasan Emosi ialah sebagai serangkaian kemampuan, kompetensi, dan kecekapan bukan kognitif, yang mempengaruhi kemampuan seseorang untuk berhasil mengatasi tuntutan dan tekanan lingkungan. Melalui definisi yang telah diberikan Reuven bar-On , dapatlah disimpulkan bahawa kecerdasan emosi merupakan kemampuan-kemampuan yang merangkumi pada aspek pengendalian diri, kemampuan untuk memotivasi diri sendiri dan kemampuan untuk mencari pemecahan masalah sebagai sebahagian daripada dirinya.

Menurut Bar-On juga, terdapat 5 domain Kecerdasan Emosi, iaitu :

Intrapersonal

Terdapat 5 domain kecerdasan emosi yang telah dinyatakan iaitu Intrapersonal, Interpersonal, Pengurusan tekanan, Penyesuaian, dan Mood Am. Domain pertama ialah Intrapersonal. Intrapersonal bermaksud kemampuan untuk mengenal dan mengendalikan diri sendiri. Kemahiran intrapersonal merupakan satu kemahiran mengawal perasaan dalam diri seseorang iaitu dapat membawa diri dalam berbagai suasana dan ketika, tidak panik dan tidak gelabah sewaktu mengalami krisis.

Di dalam Intrapersonal terdapat beberapa subdomain yang perlu diketahui iaitu :

a. Penjagaan diri : Penjagaan diri ialah kebolehan untuk sedar, faham, menerima dan menghormati diri sendiri.b. Kesedaran emosi : Kesedaran emosi ialah kebolehan mengenalpasti dan memahami emosi diri.c. Asertif : Asertif bermaksud kebolehan menyatakan perasaan, kepercayaan, pemikiran dan mempertahankan hak diri secara aman.d. Berdikari : Berdikari bermaksud kebolehan melakukan sesuatu tanpa diperintah dan boleh mengawal pemikiran dan tindakan tanpa terpengaruh dengan emosi.e. Peningkatan diri : Peningkatan diri ialah kebolehan mengetahui potensi diri sendiri dan melakukan sesuatu yang disukai.Interpersonal

Domain kedua ialah Interpersonal EQ ialah kemampuan untuk bergaul, dan berinteraksi dengan orang lain. Interpersonal yang dihuraikan di sini ialah terdiri daripada tiga subdomain iaitu :1. Assersi : Assersi didefinisikan sebagai kebolehan untuk menyampaikan secara jujur dan jelas perasaan dan pemikiran diri kepada orang lain dalam satu komunikasi yang selesa, berterus terang, dan bersesuaian.2. Pengurusan kemarahan : Pengurusan Kemarahan ialah kebolehan untuk menunjukkan kemarahan dengan membina dalam perhubungan intrapersonal dan interpersonal.3. Pengurusan kebimbangan : Pengurusan Kebimbangan ialah kebolehan untuk mengurus kebimbangan diri (ketakutan) dan dapat menyampaikan perasaan ini kepada orang lain dengan berkesan.