antologi

18
Harga Remaja Antologi Teks Komponen Sastera (Komsas) Tingkatan 4

Upload: siti-norhuda-abdullah

Post on 01-Jul-2015

122 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Antologi

Harga

Remaja

Antologi Teks Komponen Sastera (Komsas) Tingkatan 4

Page 2: Antologi

Pelayaran yang Penuh

Peristiwa

Antologi Teks Komponen Sastera (Komsas) Tingkatan 4

Pengantara Si Penglipur Lara:

Page 3: Antologi

Pelayaran yang Penuh Peristiwa

Antologi Teks Komponen Sastera (Komsas) Tingkatan 4

Page 4: Antologi

TEMA

Pelayaran Awang Sulung Merah Muda yang menempuh pelbagai peristiwa, iaitu

pelayaran pulang ke Semarang Tanah Jawa bersama dengan Tuan Puteri Dayang Seri

Jawa

Antologi Teks Komponen Sastera (Komsas) Tingkatan 4

Page 5: Antologi

Antologi Teks Komponen Sastera (Komsas) Tingkatan 4

I. Keistimewaan luar biasa yang dimiliki oleh Awang Sulung Merah Muda.

II. Percintaan yang tidak mengenal paras rupa.

III. Pembohongan yang bertujuan untuk mendapat ganjaran dan pujian.

IV. Tindakan raja yang terburu-buru membuat keputusan tanpa membuat menyelidik kebenarannya.

Persoalan…

Page 6: Antologi

“Watak dan Perwatakan”

Antologi Teks Komponen Sastera (Komsas) Tingkatan 4

Awang Sulung Merah MudaAwang Sulung Merah Muda

Tuan Puteri Dayang Seri JawaTuan Puteri Dayang Seri Jawa

JurumudiJurumudi

Page 7: Antologi

~Anak Tuanku Si Helang Laut~Menyamar sebagai budak comot dan hitam.~Pemuda yang kacak~Petah bercakap dan pandai berpantun~Gagah dan memiliki kesetiaaan~Bijak mengetahui nama-nama pulau~Berjaya mengalahkan serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah~Dikahwinkan dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa selepas berjaya menyelamatkan kapal pelayaran baginda daripada serangan lanun.

Antologi Teks Komponen Sastera (Komsas) Tingkatan 4

Awang Sulung Merah Muda

Page 8: Antologi

Antologi Teks Komponen Sastera (Komsas) Tingkatan 4

Tuan Puteri Dayang

Seri Jawa

Anak Tuanku Nakhoda Tua

Amat mencintai Awang Sulung

Melayan Awang Sulung dengan

baik ketika Awang sulung

menyamar sebagai budak

comot.

Page 9: Antologi

“Beta tidak beritahukan pelayaran beta pada kalian kerana beta menemani Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kembali ke negerinya. Lagipun beta telah berhutang kepadanya sebanyak dua puluh lapan rial batu dan emas

sejangka tiga untuk melangsaikan hutang beta pada kepada Datuk Batin Alam.”

“Ampun Tuanku, janganlah Tuanku dukacita dengan hutang itu. Sekiranya Tuanku hendak kembali ke Bandar Mengkalih, biarlah patik isikan geliung ini penuh sarat dengan rial batu dan emas.”

Mendengar percakapan itu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak tersabar lagi lalu menyampuk, “Wahai tuan-tuan sekalian, adakah patut orang yang serupa ini berhutang rial kepada patik? Sebenarnya dagang yang hina

inilah yang telah menjadi tawanannya. Dia seorang pahlawan yang handal.”

“Kalau begitu,” kata Awang Sulung pula, “memanglah benar kata adinda, kerana kakanda telah menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah yang hendak merampas kakanda daripada tangan adinda dan sekarang hutang

pun sudah berbayar, piutang pun sudah diterima, maka memohonlah kakanda kembali ke Bandar Mengkalih.”

(Dipetik daripada ‘Pelayaran yang Penuh Peristiwa’ dalam antalogi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka).

SOALAN 1: SIAPAKAH “ADINDA” DALAM PETIKAN DI ATAS? SOALAN 2: NYATAKAN 3 ALASAN AWANG SULUNG INGIN KEMBALI KE BANDAR MENGKALIH.

Jawapan

Antologi Teks Komponen Sastera (Komsas) Tingkatan 4

Page 10: Antologi

JAWAPAN

• Tuan Puteri Dayang Seri Jawa• i-Awang Sulung ingin kembali ke Bandar Mengkalih

kerana dia telah berjaya menewaskan lanun-lanun yang menyerang geliung yang dinaikinya.

• ii-hutangnya sebanyak dua puluh lapan rial batu dan emas sejangka tiga kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa telah dilangsaikan oleh lanun-lanun apabila lanun-lanun tersebut mengisikan rial batu dan emas ke dalam geliung.

• iii-Awang Sulung juga telah berjaya menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah, oleh itu hutangnya dianggap sudah berbayar.

Page 11: Antologi

JURUMUDI

Dengki kepada Awang Sulung>Mengaku bahawa dialah yang telah menyelamatkan kapal pelayaran daripada amukan Tuan Puteri Dayang Nuramah

>Malu dan melarikan diri apabila Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dikahwinkan dengan Awang Sulung.

Antologi Teks Komponen Sastera (Komsas) Tingkatan 4

Page 12: Antologi

LATAR MASYARAKAT

Antologi Teks Komponen Sastera (Komsas) Tingkatan 4

i. Masyarakat feudal yang diamalkan dalam kalangan masyarakat pelaut

ii. Masyarakat Lanuniii. Masyarakat anak raja yang mempunyai

kesaktianiv. Masyarakat Pedagang

Page 13: Antologi

PLOTAntologi Teks Komponen Sastera (Komsas) Tingkatan 4

Konflik…Jurumudi dengki terhadap

Awang Sulung yang dicintai oleh Tuan Puteri Dayang Seri

Jawa

Klimaks…Tuanku Nakhoda Tua

menitahkan Mualim Cik Mas menikahkan puterinya

dengan jurumudi. Tuan Puteri lalu menceritakan hal

sebenar kepada ayahandanya.

Permulaan Cerita..Diperkenalkan dengan

pelayaran Awang Sulung. Awang Sulung menyamar sebagai budak yang coot

dan hitam

Perumitan…Kapal yang dinaiki melalui

Pulau Salah Nama lalu bertembung dengan lanun.

Jurumudi menipu bahawa dia yang menyelamatkan kapal

tersebut.

Peleraian…Awang Sulung dikahwinkan dengan Tuan Puteri Dayang

Seri Jawa. Pelayaran diteruskan hingga ke Negeri

Pati Talak Terengganu.

Page 14: Antologi

Nilai(a) Kasih sayang. Contohnya, kasih sayang Tuan Puteri Dayang

Seri Jawa terhadap Awang Sulung.(b) Menepati janji. Sebagai contoh, Tuanku Nakhoda Tua

mengotakan janjinya iaitu mengahwinkan puterinya dengan Awang Sulung yang telah menyelamatkan kapal baginda

daripada dirampas oleh lanun.(c) Ketabahan. Awang Sulung tabah mengharungi pelayaran dari

Negeri Bandar Mengkalih ke Semarang Tanah Jawa.(d) Taat. Contoh, lanun-lanun itu tidak menyerang kapal setelah

mendapati raja mereka, Awang Sulung berada di atas kapal tersebut.

Antologi Teks Komponen Sastera (Komsas) Tingkatan 4

Page 15: Antologi

~PENGAJARAN~

Antologi Teks Komponen Sastera (Komsas) Tingkatan 4

(i) Kita janganlah menghina orang lain.

(ii)Janganlah kita menilai seseorang hanyalah berdasarkan paras rupa

(iii)Kita hendaklah menghargai kepandain orang lain dan kenang jasa-jasanya.

(iv)Kita hendaklah bercakap benar.

(v)Kita hendaklah berani mengakui kesalahan diri kita

(i) Kita janganlah menghina orang lain.

(ii)Janganlah kita menilai seseorang hanyalah berdasarkan paras rupa

(iii)Kita hendaklah menghargai kepandain orang lain dan kenang jasa-jasanya.

(iv)Kita hendaklah bercakap benar.

(v)Kita hendaklah berani mengakui kesalahan diri kita

Page 16: Antologi

Ketika Awang Sulung berpantun itu, sekali lagi rakyat Negeri Pati Talak menjadi hairan kerana terlihatkan gigi Awang Sulung yang cantik bercahaya-cahaya bagai kilat sembur-menyembur itu.

Sungguhpun dalam hatinya mahu mengatakan bahawa putera ini mungkin anak saudaranya, tetapi hatinya masih merasa ragu-ragu sebab takut tersalah orang kelak malu di tengah khalayak ramai.

“Sila anakanda ke balairung seri.”

“Baiklah, ayahanda. Tetapi anakanda hendak ke gelanggang sabung terlebih dahulu.” Di gelanggang, disuruhnya Bujang Selamat bertanyakan tentang adat bergelanggang. Jawab penghulu

gelanggang.”Bermain di sini beradat juga, encik.” “Bolehkah menyeru tuah ayam di dalam gelanggang?” Tanya Bujang Selamat lagi.

“Semuanya boleh, encik. Yang tidak boleh hanya mencabut keris di pinggang, membuang tengkolok di kepala, menyingsing lengan dan menyerukan anak lelaki.”

(Dipetik daripada cerita “Pelayaran yang Penuh Peristiwa” dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

SOALAN 1: BERIKAN MAKSUD RANGKAI KATA ADAT BERGELANGGANGSOALAN 2: BERDASARKAN PETIKAN, MENGAPAKAH RAKYAT NEGERI PATI TALAK TERENGGANU TERKEJUT

MELIHAT AWANG SULUNG?Jawapan

Antologi Teks Komponen Sastera (Komsas) Tingkatan 4

Page 17: Antologi

JAWAPAN

• peraturan pertandingan• kerana gigi Awang Sulung

yang cantik bercahaya-cahaya bagai kilat sembur-menyembur

Page 18: Antologi

SEKIAN SAHAJA UNTUK KALI INI.

SEMOGA BERJAYA ….“Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu

seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.”-( Hamka).

Antologi Teks Komponen Sastera (Komsas) Tingkatan 4