antologi puisi semarak rindu iab · 2021. 7. 30. · andai aku masih boleh bersuara 17 13. tanah...

82

Upload: others

Post on 10-Sep-2021

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

2021
2021
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
DR. SAMSIAH BINTI SI-RAJAB JABATAN KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN BAHASA PUSAT PEMBANGUNAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN
EDITOR
iv Semarak Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia Kompleks Pendidikan Nilai 71760 BANDAR ENSTEK
Tel:06-797 9200 http://iab.moe.edu.my e-mel:[email protected]
Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia Kompleks Pendidikan Nilai 71760 BANDAR ENSTEK
©Hak Cipta Institut Aminuddin Baki 2021 Cetakan Pertama 2021
Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah, Institut Aminuddin Baki terlebih dahulu.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Antologi Puisi : Semarak Rindu IAB 2020 / KOMPILASI OLEH DR. SAMSIAH BINTI SI-RAJAB ; EDITOR Salmah Ismail, Nor Ishsan Ab.Razak. ISBN 978-967-2996-07-1 1. Malay poetry. 2. Poetry. 3. Sajak. 4. Government publications--Malaysia. I. Samsiah Si-Rajab, Dr. II. Salmah Ismail. III. Nor Ishsan Ab. Razak. 899.2313
Pengurus Penerbitan Nor Ishsan binti Ab. Razak
Reka Bentuk dan Reka Letak Halaman Gigawise Network Sdn Bhd (640661-P)
No. 74, Jalan Kapar 27/89, Megah Industrial Park, Seksyen 27 40400 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: +603-5191 1115 • Faks: +603-5191 1004 E-mel: [email protected]
www.gigaprint2u.com
2. Bahasa Jiwa Bangsa Ikatan Perpaduan yang Nyata 2
3. Hilang Kematangan Dalam Kedewasaan 3
4. Merdekakah Kita 4
6. Wahai Anak Merdeka 6
7. Akulah Srikandi 7
8. Indahnya Bahasa 10
11. Kita Unik Segala 15
12. Andai Aku Masih Boleh Bersuara 17
13. Tanah Ini - Kekhalifahan Kita 19
14. Ramadhan Hadirmu Ku Nanti 20
15. Akulah Guru Itu 21
16. Cikgunya Hamba 22
17. Generasi Baharu 23
18. Negara Kita 24
20. Gee…Mekar di Hati Kami 26
21. Kini Tinggal Memori 27
22. Modal Insan Aset Hidup Negara 28
KANDUNGAN
24. Mengapa Aku Dimusnahkan? 31
25. Malaysia Ku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku 33
26. Milik Siapa Ramadan Ini? 35
27. Guru (Kau Sentiasa Hidup) 37
28. Akademi Ramadan 38
31. Merintih Ehsannya 43
32. Semarak Rindu 44
37. Merpati Putih Berlalu Pergi 52
38. Perkasa Merdeka 54
40. Mekar Menyinari Jasa Terperi 56
41. Rindu Bertamu Lagi 58
42. Kembara Sebuah Cita 59
43. Senandika Keutuhan Pasukan 60
44. Di Rumah Sendiri 64
45. Warkah Kepada Aminuddin Baki 66
46. Terima Kasih Tuan 68
vi Semarak Rindu
Penerbitan antologi sajak Semarak Rindu IAB mampu membantu para pensyarah dan kakitangan IAB untuk menghasilkan karya-karya kreatif mereka dalam genre sajak yang banyak membawa pengertian dan makna kehidupan. Tidak sekadar penulisan akademik yang menjadi keutamaan, IAB sentiasa membuka ruang dan memberi peluang kepada semua kakitangan untuk berkarya secara kreatif.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Kepimpinan dan pengurusan Bahasa yang berusaha untuk mengumpul sajak-sajak yang ditulis oleh warga IAB sekaligus menerbitkan buku ini. Usaha murni ini pasti akan membuahkan hasil yang baik kepada semua warga IAB amnya dan kepada semua penulis khasnya. Semoga buku ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh semua penulis dan warga IAB.
Sekian, terima kasih YBHG. DATO’ DR HAJI TAJUDDIN BIN MOHD YUNUS Pengarah Institut Aminuddin Baki
Assalamualaikum w.r.b. dan salam sejahtera.
Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Buku Himpunan sajak karya pensyarah-pensyarah IAB bertajuk Antologi Puisi – Semarak Rindu IAB berjaya diterbitkan. Buku ini diterbitkan sebagai bacaan santai dan boleh dijadikan panduan atau rujukan kepada semua penulis yang ingin menerbitkan penulisan mereka secara kreatif dengan penerbit IAB.
Setitis Tinta
viiSemarak Rindu
Sekali lagi tahniah kepada Jabatan Kepimpinan dan Pengurusan Bahasa kerana berjaya mengumpul sajak-sajak yang telah ditulis oleh pensyarah-pensyarah IAB. Sesungguhnya sebagai seorang pensyarah, kita tidak sekadar berkebolehan untuk menghasilkan karya akademik sahaja tetapi juga mampu untuk menukil ilham dan menyusun kata-kata dalam genre yang berbeza - sajak. Himpunan sajak yang diilhamkan oleh pensyarah yang kebanyakan bersempena dengan sesuatu majlis
maupun pertandingan perlulah disatukan dan dibukukan sebagai hasil penerbitan IAB. Keupayaan dan kebolehan mereka untuk menulis sajak perlulah dihargai di peringkat institusi.
Penulisan sajak boleh merupakan luahan hati dan perasaan tehadap sesuatu situasi atau suasana. Malahan kehebatan mengatur dan menyusun kata-kata dalam sajak merupakan keistimewaan yang dianugerahkan kepada seseorang. Keistimewaan inilah yang perlu kita hargai agar nilai estetika dalam penulisan sajak dalam kalangan pensyarah IAB tidak pupus dan hilang dalam arus keseriusan penulisan akademik.
Usaha Jabatan Kepimpinan dan Pengurusan Bahasa dalam menerbitkan antologi sajak ini amat dibanggakan. Adalah diharapkan jabatan ini tidak sekadar berhenti di sini tetapi terus berusaha untuk menerbitkan pelbagai genre lain dalam kesusasteraan yang boleh membanggakan IAB. Pastinya kita amat bertuah mempunyai pensyarah boleh menulis dalam pelbagai genre dan usaha penerbitan penulisan berkenaan akan mengalakkan lagi bakat penulisan dalam kalangan pensyarah IAB.
Akhir sekali, saya mengharapkan agar ada lagi penerbitan untuk siri- siri yang seterusnya bagi antologi sajak IAB. Penerbitan ini boleh menjadi pemangkin dan permulaan kepada penulisan kreatif terutamanya penulisan sajak kepada semua pensyarah. Malahan ia juga boleh menjadi bahan bacaan sastera bagi semua yang meminati seni penuisan sajak khasnya dan semua yang membaca amya.
Tahniah sekali lagi bagi semua yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung dalam penerbtian antologi sajak IAB. Selamat berkarya kepada semua penulis dan selamat membaca antologi sajak Semarak Rindu IAB.
ABDUL MU’TI BIN AHMAD Ketua Pusat Pusat Pembangunan Kepimpinan Pendidikan
viii Semarak Rindu
Semarak Antologi Puisi
terbabit dalam bidang sastera, aliran perkataan pasti laju membentuk madah bicara. Namun begitu, proses penulisan tidak semudah yang disangka kerana ia memerlukan masa, penghayatan, kematangan dan penelitian yang mendalam. Sajak sebagai suatu bentuk penulisan kreatif tidak terkecuali dari keperluan ini.
Himpunan sajak ini dikumpul dari pelbagai sumber seperti pertandingan bagi acara yang disambut, perayaan-perayaan dan juga pelbagai acara dan majlis. Malahan genre sajak turut menghias majlis-majlis yang diraikan oleh IAB seperti majlis persaraan dan majlis harilahir. Antologi sajak ini dikumpul sejak dari tahun 2011 sehingga 2020. Masih terdapat sajak-sajak yang belum ditemui sepanjang tempoh itu dan pastinya IAB berhasrat untuk menerbitkan siri kedua penerbitan seandainya pengumpulan sajak dapat dibuat pada masa akan datang. Terdapat juga sajak-sajak dalam antologi puisi ini yang telah memenangi pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh pelbagai organisasi. Dengan kata lain, sajak-sajak ini lebih merupakan rakaman-rakaman kenangan penulis sempena beberapa peristiwa.
Kumpulan sajak-sajak ini diterima untuk kompilasi oleh Jabatan Kepimpinan dan Pengurusan Bahasa, Pusat Pembangunan Kepimpinan Pendidikan dari penulis sajak-sajak berkenaan. Pihak jabatan menyampaikan ucapan pengharapan dan terima kasih dengan setulus-tulusnya kepada mereka. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih kepada semua pihak yang turut menjayakan penerbitan antologi puisi ini.
Akhir kata, kami berharap agar antologi puisi ini dapat memberi manfaat kepada pembaca. Semoga generasi seterusnya dapat menghargai dan menjadikan antologi ini sebagai inspirasi untuk terus berkarya secara kreatif.
Dr. Samsiah binti Si-Rajab Ketua Jabatan Jabatan Kepimpinan dan Pengurusan Bahasa Pusat Pembangunan Kepimpinan Pendidikan
Kehidupan yang kita lalui selalunya amat sukar dimengerti. Ada kalanya dalam melalui pelbagai cabaran dan halangan kita bagai diajak untuk bertatih kembali mengimbau pengajaran dan pedoman yang kita dapati dari cabaran dan halangan kehidupan itu. Kadang-kadang dalam saat-saat yang tertentu kita seperti menemui sesuatu yang amat berharga namun ada juga ketika nya kita boleh menjadi lebih keliru. Situasi ini bagai mengajak dan menjemput jari jemari agar dapat laju menari menerapkan perkataan demi perkataan ke dalam bentuk penulisan kreatif. Bagi mereka yang berjiwa seni dan
Seuntai Rasa
BAHASA ITU INDAH, HALUS, TAJAM
Bahasa itu indah dianyam cantik antara bait-bait kata maka mampu melerai makna yang tersirat dalam lembut satu madah mampu merongkai babak memori dalam paparan satu ilusi namun… andai tercalar makna terbeza dalam intonasi tidak senada persepsi bercanggah dalam rentak tidak selaras
Bahasa itu halus Dijalin rapi antara baris-baris kata maka mampu memukau igau yang datang menyapa mampu mencuit pesona pada lenggok alunannya namun… andai pincang terbias rasa mengundang gundah gulana mengusik hati merajuk sepi
Bahasa itu tajam Dalam lirik bidalan erti dan pengertian maka, mampu menghiris sinis dalam diam membawa lara parah yang terluka perih dalam gelisah Namun... andai dijaga Jernih membersih kalbu yang lama pudar Kilau menyinar jiwa yang lama muram
Bahasa itu indah… halus… tajam
dizahir antara tingkah dan wadah mencipta wacana tonggak sejarah bisa goyah hanya dari lidah yang berbicara
Nukilan: Samsiah binti Si-Rajab Tempat Pertama Pertandingan Menulis Sajak sempena Bulan Bahasa Kebangsaan IAB 2017
2 Semarak Rindu
BAHASA JIWA BANGSA IKATAN PERPADUAN YANG NYATA
60 tahun negara telah merdeka Bahasa Kebangsaan menjadi perantara Menyatupadukan rakyat pelbagai bangsa Hidup rukun damai tiada sengketa Negara maju ekonomi dikongsi bersama
Bahasa Melayu ditutur semua Baik melayu, Cina atau India semua satu bahasa Bait-bait kata mudah difahami senang bicara Cepat dipelajari mesra pengguna Yong, Jamri dan Thiya senyum sekata
Terpahat di hati kita satu warga Bicara tiada beza walau pelbagai warna Melodi indah bergema di telinga Lunak didiengari terpikat di sanubari senang di mata Membuah ikatan perpaduan yang nyata Kerana bahasa jiwa bangsa Negara Malaysia berjaya gah dipersada
Nukilan Wan Mimi binti Wan Omar
Tempat Kedua Pertandingan Menulis Sajak Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2017
3Semarak Rindu
HILANG KEMATANGAN DALAM KEDEWASAAN
Dewasa in aku melihat Bangsaku yang kini bukan lagi bangsaku yang dahulu Jika berkata-kata pedih menikam kalbu Jika bercanda membawa petaka akhirnya Apakah masih ada nilai penghormatannya di situ Apakah bangsaku sudah hilang kehalusan budi pekertinya Apakah bangsaku sudah hilang kesantunan bahasanya
Dewasa ini aku melihat Bangsaku yang kini bukan lagi bangsaku yang dahulu Mengguna pakai bahasa yang entah bagaimana Bahasa asing dan rojak mungkin Bukan sesuatu yang aneh jika anak-anak keturunan kita bakal mewarisi bahasa yang bukan kepunyaan kita asalnya, Bukan sesuatu yang aneh jika anak-anak keturunan kita tidak akan mengenal lagi akar umbi bahasa kita yang jitu Apakah mungkin akan terjadi Hilang bahasa lenyaplah bangsa
Dewasa ini aku melihat Bangsa ku yang bukan lagi bangsaku dulu Jika dahulu menjunjung adat warisan Melayu ibarat kata Laksamana Hang Tuah, takkan Melayu hilang di dunia tetapi kini kita seakan bangsa yang hidup tidak berbudi bahasa segala perbuatan dan tutur bicara yang hilang kesantunannya berteraskan budaya asing yang terlalu mencabar kedewasaan kita
Dewasa ini aku melihat bangsaku yang kini bukan lagi bangsaku yang dahulu bangsaku kini sudah hilang jiwanya dalam berbahasa bangsaku yang kini sudah hilang kematangan dalam kedewasaannya apakah mereka tidak melihat sepertimana aku melihat bukahkah jika hilang bahasa maka lenyaplah bangsa jika hilang bangsanya maka tidak akan nada lagi jiwa yang akan mewarisi kekayaan dan kesantunan bahasa kita di bumi Melayu ini Bukankah suatu kerugian buat bangsaku Bukan kah…
Nukilan Asmanurwati binti Ramli
Tempat ketiga Pertandingan Menulis Sajak Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2017
4 Semarak Rindu
MERDEKAKAH KITA
MERDEKAKAH KITA Derap ladam soldadu negara meningkah pikuk Untaian jentera perang menjalar megah membelah lautan manusia kagum Terdengar lagi di gegendang laungan keramat itu Mengulang detik sama tahun berganti tahun Mencecah kini angka enam puluh Mencetus semarak jiwa menyirap meresapi rongga dada
Terkilas pandangku ke sudut itu Lelaki tua seusia peristiwa Menguntum senyum dalam jerih kenangan Bergenang pilu dalam besar jiwanya Kutahu dia bangga atas kebebasan ini Kutahu jasanya bukan biasa-biasa
Tercerap kelihku ke sudut sana Cucunya si tua bersorak ria Merai gembira dalam acuan mereka tanpa rasa di raga Menjalin menyalin budaya sang penjajah Bebas yang serong erti merdeka terpesong.. kosong Dan begitulah mereka hanyut menghilir waktu
Terfana tertanya aku sendiri Masih merdekakah kita Masih bebaskah kita Atau tercengkamkah kembali Dibelenggu dijarah dijajah di era baharu Tanpa sedar Tanpa sedar
Derap kian sayup berlalu pergi Sorakan tetap hingar mengiringi Belit keliru menawar rasa Kuatur langkah meminggir acara Pulang beriringan bersama Persoalan yang tak pernah terungkai
Nukilan Muhammad Rizal bin Abdullah
Pertandingan Menulis Sajak Sempena Bulan Kemerdekaan 2017
5Semarak Rindu
SATU BAHASA PEWARIS MERDEKA
Yong, Jamri dan Thiya Adalah serupa…tiada bezanya Anak nusa, anak bangsa Berwawasan, punya minda terbuka Seharusnya kita bangga Menjadi anak merdeka!
Yong, Jamri dan Thiya Berlagu sama, nada seirama Rupa paras pelbagai warna Namun…intonasi satu suara Gaya bahasa lenggok bunga raya Di manapun kita…desa atau di kota Lafaz kita seirama... MERDEKA!, MERDEKA!, MERDEKA!… Kerana kita sehati sejiwa
Yong, Jamri dan Thiya Hati terusik dek nostalgia lama Cerita nenek moyang di usia muda Dari sejarah, mulut ayah bonda Tanah ini… tumpahnya... darah ninda Berkorban jiwa raga, bergolak dalam bola api Perit luka, terseksa… mereka tetap mara… Demi satu suara, menjana maruah negara Untuk kita… generasi mereka Hidup tenang gembira... harmoni Satu Bahasa pewaris merdeka
Nukilan Wan Mimi binti Wan Omar
Pertandingan Menulis Sajak Sempena Bulan Kemerdekaan 2017
6 Semarak Rindu
WAHAI ANAK MERDEKA
Wahai anak Merdeka, senang lagi selesa… Celik mata serba ada, makan pakai minta sahaja Di darat, laut juga udara, angkuh bangga menikmati dunia
Wahai anak merdeka, senang lagi selesa… Laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka! Hanya sambutan gilang gemiliang dirasa Apakah peperangan1 Dharurat! Juga derita!!! Sejarah Negara yang hanya ditinda dan dibaca
Wahai anak merdeka, senang lagi selesa… Siang malam tiada berbeza, gajet canggih putaran agenda Sampai bila harus mimpi lena, minda dan jiwa dijajah kuasa durjana
Wahai anak merdeka, senang lagi selesa… Ayuh bangkit sedarlah bangsa Ubah hanyut, musnah! hanya tinggal tugu Negara Apakah nikmat ini terus bertahta Jika patriotik sekadar ungkapan manis di bibir sahaja
Wahai anak merdeka, senang lagi selesa… Ayuh segera bangkit hijrahlah bangsaku Apakah sudah tersungkur melarat baru terjaga
Wahai anak merdeka, senang lagi selesa… Sedarlah diri, lihat kelilingmu, di mana kita? Tinggallah si luncai dengan labu-labunya Terima kasih pejuang bangsaku Malaysia Keranamu, kami selesa bahagia terjaga
Wahai anak merdeka, senang lagi selesa… Usah hilang membangun bangsa Malaysia tercinta Kerana kitalah pewaris Negara bangsa merdeka.
Nukilan Rosnah binti Arba’in
Pertandingan Menulis Sajak Sempena Bulan Kemerdekaan 2017
7Semarak Rindu
AKULAH SRIKANDI
Andai mampu ku singkap kembali tabir semalam Berlorek aneka perih, jerih, bersama air mata dan keringat yang mengalir, Bercampur baur tekad, azam serta semangat yang gigih Pasti ada… hati yang bertanya Bagaimana bisa aku sampai di sini Tetap gagah berdiri Ketika ini,… saat ini
Duniaku… penuh cabaran dugaan berliku Menuntut luasnya pengetahuan, tingginya kemahiran utuhnya sebuah pendirian
Lidahku… Mesti petah melontar bait-bait kata agar mampu membangkit semangat, menjana kreativiti mencetus inovasi,
kakiku… tidak memungkinkan aku mengundur walau selangkah ke belakang pasti aku mara ke hadapan
tanganku… mengenggam erat memimpin warga pendidik mendaki tangga jaya
agar tidak jatuh bersama kelopak kekalahan agar tidak sangkut di dahan kehampaan agar tidak gugur bersama bunga kekecewaan. Aku mesti terus mara
8 Semarak Rindu
1980 aku seorang pendidik di daerah sepi nan jauh… Miri Bertahun keiikhlasan baktiku Menitip impi mengharung gelora Generasi ini aku gagaskan ke puncak jaya
Rezekiku… beralas keredhaan dan ketabahan hari demi hari mendidik anak bangsa erti kehidupan.
2005, Gabungan Bintulu, jajahan pendidikan yang dahaga bimbingan dan sokongan menuntut pembaharuan Aku bingkas bangun untuk khidmat berterusan membina jambatan ilmu Menatap wajah pendidik
Akulah pemberi paling setia itu
Akulah pemilik tiap akar ilmu itu
Akulah pelita dan lampu segala
Buat manusia sebelum menjadi dewasa Kerana aku tahu itu adalah kewajipan
19 Ogos 2014, Bumi kenyalang jadi taruhan kewibawaanku Setinggi mana kenyalang bisa terbang Menggalas ikrar pendidikan Merempuh badai dari arus global yang datang bertentangan hidup ku… dilingkari lautan ilmu berombak ganas Aku perlu tabah dan cekal Garang menerjah gelombang Sarawak … tidak mungkin ketinggalan
9Semarak Rindu
Detik berganti detik, Masa berlalu deras… pantas 10 April 2015, Aku bersimpuh anggun di atas persada agung Premier Centre menjadi realiti Kepimpinanku dianyam profesionalisme disulam kompetensi bertaraf tinggi Menguji akauntabiliti dan integriti Menjunjung kredibiliti
Di sini… Institut Aminuddin Baki Wadah pembinaan negara bangsa Kepimpinan pendidikan - Berpaksi jati diri
Di persada ini… Wacana amanat agung pembentuk generasi menempa sejarah
Hari ini… 3 Mac 2016 aku masih bisa berdiri utuh Mendepani kemelut dunia yang gelora kental menghadapi segala kemungkinan Kerana… Aku masih berjiwa pendidik Rohku masih seorang guru
Seluas mana pun pandanganku Sejauhmana pun kembara ku Sekuat mana pun launganku Aku sedar ….aku tahu Aku masih tetap bisa Tegar berdiri …. bagai srikandi
Nukilan Samsiah binti Si-Rajab
Sempena Majlis Persaraan Pn. Hjh Serina binti Sauni Pengarah IAB 2017
10 Semarak Rindu
INDAHNYA BAHASA
Salam Sejahtera Butiran bicara dicanang warga Lontaran doanya dibuka Santunnya bahasa Dalam makna terungkai sasarnya Apa khabar? Tanya hati meruntun jiwa Penuh harapan tentang waktu terlepas Agar jaya mengharungi petaka Waktu berlalu yang ditagih Terungkap kisah silamnya zaman
Semoga maju jaya Bicara penaik semangat Menambah motivasi jiwa merdeka Menjadi pembakar nafas Menjadi pembuluh hidup Menjadi pengalir darah pahlawan
Selamat jalan Bahasa dipupuk di bibir Menyerlahkan sopannya biasa Agar bahasa menjadi luar biasa Kebiasaan yang menjadi budaya Budaya yang menjadi tiang nusa
Moga bertemu lagi Di waktu muka yang belum pasti Dirangkum bahasa meresap di jiwa Tanpa rasa curiga di hati Bahasa ditutur mengikat budi Seperti kendi kuriknya Seperti saga merahnya Seperti bahasa puitisnya Seperti warga punya identitinya Bukan omongan kosong pembuka sandiwara
11Semarak Rindu
Terima kasih Budi empunya dibalas mesra Lambang pemegang pecinta bahasa Digenggam tidak lebur Direndam tidak lenjun Dijemur tidak kontang Dipasak teguh kejap
Nukilan Kamaruzaman bin Moidunny
Tempat Pertama Pertandingan Menulis Sajak Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan IAB 2014
12 Semarak Rindu
AKSARA BAHASAKU MEGAH BANGSAKU
Aksara demi aksara bergabung agar membentuk makna sebuah jiwa bangsa dalam melakar sejarah manusia menjadi bait-bait puisi indah mengalun merdu menusuk jiwa nan gundah tatkala semua orang seakan-akan berpaling daripadanya
Apabila helaian demi helaian warkah usang itu aku buka satu demi satu memori silam menerjah kota fikiran betapa dahulunya bangsaku lunak dalam peradaban masyhur di persada jajahan Melayu hanya kerana bahasamu bangsamu menjadi jitu hingga negaramu megah tanpa seteru
Aksara bahasaku Walau kini menerima tamu daripada serata dunia menyatu membentuk kata yang dimengertikan maknanya bisa berdiri sama tinggi duduk sama rendah berlunjur melepas lelah terpasak kukuh agar tidak ampuh memperkasakan dan mamperindahkan bahasamu
Aksara bahasaku megah bangsaku usah gentar pada modennya dia usah pilu pada coretan-coretan sembilu pena tetaplah kau di situ dan teruslah berjalan walau langkahmu sesekali tumbang walau tarimu seakan-akan sumbang namun bagiku di jiwa tua ini tidak akan sekali-kali goyah dalam menyantunkan bahasamu malah banggaku kerana bahasamu adalah nadiku yang berdegup setiap kali aku melantunkan kata demi kata
13Semarak Rindu
Aksara bahasaku megah bangsaku antara pantun-pantunmu antara syair-syairmu antara sajak-sajakmu antara gurindam dan selokamu ada cerita yang ditempa menjadi amalan ada teguran yang bersulam nasihat moyang ada hitam dan putih mencorak lukisan kehidupan maka … usahlah kau menutup pintumu yang satu itu kerana mereka di atas sana mahu memberi salam untuk meminangmu dan menyantunimu agar terus megah di persada dunia.
Nukilan Siti Monazairin binti Jelani
Pertandingan menulis sajak sempena Bulan Bahasa Kebangsaan IAB 2014
14 Semarak Rindu
SELAMAT TAHUN BAHARU 2014
2013 ... Telah ku katakan Jangan kau pergi Meninggalkan noda dan dosa Tanpa taubat nasuha Meninggalkan bala bencana Derita seantero dunia Aku ... aku yang akan terima Tinggalanmu yang porak-poranda Adakah aku mampu Menebus kesilapanmu Membaiki segala
2014 ... Aku harus pergi 365 hari begitu singkat Apa boleh ku buat Manusia yang haloba ... dahaga Tiada rasa cinta sesama insan Kepada alam dan ... kepada pencipta Namun mengapa kau tangisi Bukankah banyak gemilang dan jaya Ku hulurkan padamu ... tanpa meminta apa-apa Gemilangku gemilangmu jua Berjanjilah ... pastikanlah Hidup lebih indah ... bahagia Agar kau dikenang berabad lamanya
Nukilan Abd.Rahman bin Mohid (Pensyarah IAB 2005 – 2014)
Sempena Kehadiran Tahun Baharu 2014
15Semarak Rindu
KITA UNIK SEGALA
Kita unik segala Dunia kaget tertanya-tanya Bagaimana kita boleh bersama Ratusan etnik bangsa berbeda Warna kulit tidak serupa Loghat dialek tidak sama Budaya lain berbagai cara Wajah ikut acuan rupa Bumi luas bertabur merata Namun berpadu teguh sekata
Azimat agung terpahat di dada Wasiat raja di hari merdeka Bahasa Melayu Bahasa Negara Semua setuju janji setia Paksi komunikasi paksi rasmi Dewan Rakyat Dewan Negara Pengamal utama
Semua bertutur hubungan antara Walau kekok tak fasih bicara Papan tanda iklan merata Digantung dipakai seluruh negara Di timur di barat selatan utara Mengguna bahasa yang sama Majlis rasmi senada seirama Petah bicara bahasa serupa
Sabah Sarawak Iban, Dusun, Kadazan, Bidayuh, Jawa Melayu, Cina, India Melafaz kata bahasa yang sama Bersatu berpadu tanpa ragu Bangga dengan bahasa Negara
Ayuh... Pertahankan bahasa Negara Martabatkan ia di gagasan bangsa Jangan dirobek jangan dihina Biar putih tulang jangan putih mata Demi sumpah mahkota setia Di awal merdeka muafakat bersama
16 Semarak Rindu
Dahulukan... Utamakan... Alat komunikasi utama Pengantar pendidikan dibida Bahasa ilmu bahasa maklumat Kekal ia menjadi keramat
Rosak ia hancur Negara Perpaduan berkecai berkecamuk bangsa Martabatkan ia di dada nusa Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara.
Nukilan Ustaz Kamal Ariffin Mad Jaih AbiIab Usrotu
Johan Pertandingan Menulis Sajak Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2016
17Semarak Rindu
ANDAI AKU MASIH BOLEH BERSUARA
Andai aku masih boleh bersuara Dan ruang masih ada Akan ingin sekali aku katakan
Pengembaraanku, Tidak sekadar hanya satu perjalanan yang hambar Yang membisu pada persengketaan Yang menyepi pada kebenaran Lantaran itu kau sahabat, perlu tahu Suara lantangku kerap menerjah Hati-hati yang gelisah resah mencari setulus resolusi Malahan… Kau juga tahu Bisikan sapaku perlu diaju berani Kerana persoalan dalam setiap persimpangan Perlu kukuh mempertahan maruah Yang menguji keimanan dan takwa
Sahabat, Andai aku masih boleh bersuara Dan ruang masih ada Akan ingin sekali aku katakan
Pengorbanan ku Tidak langsung mengharapkan sekelumit pengiktirafan Namun, Aku ingin sekali merasa dan mengecapi percikan kasih dalam pengertian yang sekadar cuma Mengapa aku singgah sementara di sini Sehingga kini.
Tenang aku sekadar cuma mengharapkan Agar diri ini dikenali dan disedari, Seumpama insan yang sepertimu jua Berjuang untuk nusa dan bangsa Dan ada kalanya Tergelincir dari landasan perjuanganku tanpa sengaja Kesabaran dan kesungguhanku yang tertaut, terlerai, ada ketikanya Terburai merungkai simpulan kental yang lama kupertahankan
18 Semarak Rindu
Sahabat, Andai aku masih boleh bersuara Dan ruang masih ada Akan ingin sekali aku katakan
Perjuanganku Perlu diteruskan waima apapun halangan dan cabaran yang ditempuhi Kutinggalkan buat kamu semangat perjuangan yang harus digenggam tanpa gusar akan perih tirisannya itu adalah keindahan sebuah pengembaraan ianya tiada ada kesudahan
Namun begitu sahabat Andai aku masih boleh bersuara Dan ruang masih ada
Aku ingin engkau tahu Terlalu banyak tawa ria Terhimpun di sepanjang perjalanan ini Yang akan ku bawa bersama
Dan Sahabat Kita tidak perlu menyimpan duka
Nukilan Samsiah binti SI-Rajab
19Semarak Rindu
TANAH INI - KEKHALIFAHAN KITA
Kita sedar… landasan kehidupan ini tidak pernah lurus. Jauh sekali tanpa ada rintangan yang menghalang, Jauh sekali tanpa ada dinding yang menghadang, Jauh sekali tanpa ada masa yang pastinya tidak akan pulang.
Lantaran itu.. Kita perlu, tanah yang kita pijak ini, tidak tandus tidak pupus, Kita rindu, tanah yang kita pijak ini, tidak disambar terik mentari yang panas membakar hangus, Kita mahu, tanah yang kita pijak ini, nyaman dengan siraman kasih yang kudus, Agar landasan laluan kehidupan kita kukuh silaturahim dengan Nya, Agar landasan laluan hayat kita tidak dibadai getaran gerhana yang derita.
Jika pun disiram kegersangan dan kepanasan Tanah yang kita pijak ini, tidak akan bisa gegar tenggelam dalam kealpaan Kerana dipaut kasih dan sayang, ukhwah yang berpanjangan
Bagai dituntut… Tanah ini, Tempat bertapak ilmuan sarjana Tempat berlindung penuntut bijaksana Tempat berteduh rakyat yang setia meneman Tempat bernaung insan yang gigih mencari keredhaan
Walhal, Kita sedia tahu dan memahami Tidak mudah untuk menuntut pengertian Walau diterjah dengan pelbagai hujah yang munasabah Agar kita mampu gagah menjunjung hadis dan nas Al Quran tanah ini, perlu terus dihuni penuh amanah, penuh rahmah sentiasa diberkati dan disyukuri
Alhamdullillah, Tanah yang kita pijak ini, milik ummah sejahtera Yang tiada leka Mencari kekhalifahannya di dunia
Nukilan Samsiah binti Si-Rajab
20 Semarak Rindu
RAMADHAN HADIRMU KU NANTI
Ramadhan dan Malam Al-Qadr ...Ramadhan Engkau hadir lagi persis seorang kekasih membawa haruman kasturi mewangi dalam rasa iman untuk yang menginsafi Ramadhan tuntutan Ar-Rahman
…Ramadhan Engkau datang lagi bagaikan ribut pasir padang Sahara menghambur debu-debu keperitan membahang rasa segala sukar untuk yang mengengkari Ramadhan perintah Al-Jabbar
…Ramadhan Apapun hadirmu Aku tetap mengharapkan malam yang satu Malam puncak Malam Al-Qadr Malam penuh rahmat Malam penuh keampunan …………
Ya Rabb… berikanlah aku peluang menghidupkan malam ini satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan
Nukilan Dr. Abang Hut bin Abang Engkeh 10 Ogos 2010 29 Syaaban 14
Sempena Kehadiran Bulan Ramadhan 2010
21Semarak Rindu
Akulah guru itu, dituntut segala tahap kesabaran, ketabahan, tawadhu’, empati, dimohon setia, tenang, berdedikasi, dijamin gelaran suci kekal abadi, dipaksa berani, berantakan hujah melindungi diri demi memartabatkan profesion keguruan
Akulah guru itu
Antara pertarungan pedih dan sedih, memilih untuk sembunyikan perasaan. Di sebalik jerih penat dan lelah, memilih untuk menawar senyuman. Mencari barokah dalam kembara proses menterjemah visi dan misi Pendidikan. Cekal meneroka wahana kesarjanaan - online, google meet, google classroom, you tube, zoom.
Akulah jua insan yang terkadang rapuh namun tega memburu ilmu, ku jejaki pendeta agung mempertahankan kompetensi kendiri, mengembleng arus pemikiran positif dalam kemelut gundah kemahiran yang ada, waktu dan tenaga dijana keras membelah badai kemelut Revolusi 4.0 dan Pendidikan Abad ke-21. Aku perlu mampu merealisasi trend masa hadapan yang sentiasa kabur, peka dengan yang bakal pergi menghilang sepi dan gah menghadapi yang datang menjengah cuma, berupaya untuk navigasi dengan perubahan dan inovasi, berkebolehan untuk mengurus kuasa dan mempertahankan delegasi.
Namun akulah itu yang sentiasa sedar, muridku harus komited melangkah berani, sebagai waris penjenang FPK.
Akulah guru itu, yang juga bersedia menerima autonomi mereka. Suatu waktu nanti, dalam suka dan bangga di hati, dalam bisikan maupun laungan kuat. mereka mengaku,
Akulah guru itu
Penyertaan Sempena Pertandingan menulis sajak Hari Guru Kebangsaan 2020
22 Semarak Rindu
CIKGUNYA HAMBA
Asalnya dipaksa bunda Walau telah melepasi usia Mulakan langkah tidak ceria Dalam paksa ada rela Lalu di MPPM segalanya bermula
Hati mula memaut rasa Menimba ilmu mendidik Bahasa Pen itu untuk pena Pencil itu pensel jua Lalu kenapa pula Pemadam menjadi eraser Dan pembaris dipanggil ruler
Sembilan purnama di aras rendah Tambah sepuluh di tahap menengah Campur tolak tambah cuti sarjana Dua puluh tiga tahun dipanggil teacher
Tidak terlintas di benak hamba Institut Aminuddin Baki mengamit mesra Rezeki tidak disangka-sangka Seperti yang disuratkan Allah Ta’ala Sepanjang masa ilmu ditimba Berkongsi pengetahuan dan pengalaman jua Seiring peserta hampir seusia
Kini masanya hampir tiba Hari dihitung jam berbicara Tiga puluh satu tahun usia dibelanja In Shaa Allah cukup untuk di kira Semuga bakti yang dicurahkan diganjari pahala
Sebelum masa hamba bersara Hamba halalkan ilmu milik pencipta Hamba mohon kemaafan jua Atas khilaf sesama manusia Titipkan doa buat hamba Dikala rindu mengusik jiwa Menjelma tiba…
Nukilan rasa hamba Marina Abas IAB2020
23Semarak Rindu
GENERASI BAHARU
Mari kita bina generasi baharu Generasi berilmu Generasi tahan gelodak dan cabar Generasi yang mengenal TUHAN dan ASAL Generasi yang berkata benar Generasi yang berani gagal dan berani mencuba Generasi yang berhemah Generasi yang tidak pernah mengalah Generasi yang beriringan dengan perkembangan dunianya Generasi yang hidup bersama-sama
Kerana Masa depan dunia ini untuk mereka bukan lagi untuk kita mengapa mesti kita wariskan rasa dendam dan kesumat rasa benci bergejolak rasa marah yang tak pernah reda seperti yang sentiasa kita bawa dalam fikir dan jiwa kita
sama-sama kita bangunkan satu generasi yang hebat yang dikenang sepanjang hayat GENERASI BERILMU DUNIA AKHIRAT
Nukilan Dr. Redzuan bin Jantan Senawang Perdana
24 Semarak Rindu
NEGARA KITA
Negara ku yang ku cinta Keunikan mu… buat ku gila Hati bergelora... bagai ombak di pantai Melihat keindahanmu di persada
Negaraku... negara dia Tanah tumpahnya Ali Lahirnya Muthu… dan Ah Lee Aku Melayu dia lain bangsa
Uniknya negara kita Pelbagai warna bangsa Banyaknya perayaan di suatu masa Hidup aman dan sentosa Susah senang diharungi bersama
Kita tiada beza… Dia dengan caranya Aku dengan impian mewarna Kami teguh bersatu... Kami ibarat isi dengan kuku Kami kasih mengasihi... kami bantu membantu... kerana kami satu Malaysia sehati sejiwa
Nukilan Wan Mimi binti Wan Omar
25Semarak Rindu
PERGINYA TUAN DEMI PERTIWI
11 April 2016 hari bahagia Saat dinanti warga IAB Pemimpin berwibawa meneraju kita Menyusuri liku-liku sungai transformasi Memperkasa IAB dalam era teknologi
Bulan demi bulan takwim ditempuhi Amanat tuan bermain di telinga kami Bagai anak manja disusui Demi mencapi misi dikecapi Agar IAB muncul bak mentari
18 Oktober 2017 saat mendebarkan hati 1-Tahun, 6-bulan, 7-hari, kita berlari Memanjat tiang gagasan visi Takwim belum habis dijelajahi Sedih melambai tuan pergi Namun apakan daya kami redhai Hanya kenangan tinggal di mimpi
Perginya tuan demi pertiwi Misi besar KPM sedang menanti Menumpang gembira kami di sini Segala budi tuan kami ingati Maafkan kami yang nakal tidak terperi Mengusik tuan mencabar sanubari Tegarnya tuan melayan kondisi Rezeki menanti tuan yang berbudi pekerti Tahniah... tuan mantan Pengarah IAB Timbalan Pengarah Pendidikan Malaysia yang kini Selamat maju jaya bisikan hati kami Intai-intailah kami di bawah ini Semoga PPPM bukan lagi misteri Agar IAB mekar di taman pertiwi
Nukilan Wan Mimi binti Wan Omar
Sempena Majlis Lambaian Budi Tautan Hati majlis persaraan Y.Brs Dr. Haji Zainal Aalam bin Hassan, Pengarah IAB (11.04.2016 - 18.10.2017)
26 Semarak Rindu
GEE…MEKAR DI HATI KAMI
21 Disember 2017 hari ini Club Goft Kota Serimas jadi saksi Pertemuan kita PPT di sini Istimewa buat teman dirai Bukannya titik henti Tapi... permulaan yang dinanti Setiap kita… pasti lalui Bukan mimpi nyata terjadi Hari ini Kak Gee… Esok lusa kita alami
Gee… gelaran diberi Orangnya lembut tapi tegas sekali Suara manja semulajadi Rakan taulan senang didampingi Ilmu dimiliki mudah diberi Tidak lokek pemurah hati
Gee… Kerja diterima semua menjadi Pandangan dan idea dikongsi Visi, Misi IAB tegarnya di hati Keguruan sebati dalam diri Menunjuk ajar pemimpin sekolah - hingga kini Ada sahaja kerja juga aktiviti Cutinya banyak masih berbaki Persaraan ini masanya untuk manjakan diri
Lihat… wajahnya tersenyum berseri-seri Lesung pipit kanan dan kiri Maafkan kami andai tersalah mencuit hati Majlis ini persembahan daripada kami Semoga lekat kenangan kita di sini Menjadi nostalgia indah di memori
Gee... Terima kasih daripada kami Harapan dapat berjumpa lagi Ya… nostalgia ini yang pasti Gelak tawanya dirindui… Bakti dan budi yang ditaburi Mekar di hati kami
Nukilan Wan Mimi Bt. Wan Omar
Sempena persaraan Nor Zilah binti Abdullah pada 8 Disember 2017
27Semarak Rindu
KINI TINGGAL MEMORI
Shamsul Bahri…mengikut jejak Kak Gee Meninggalkan kita bersilat mengejar misi Datang dan balik kerja bermotosikal tinggi Aduhai kenapa cepat nak pergi? Gelak ketawa belum kering gusi Banyak simpulan belum dimengerti Penyelesaian algorithma pening kepala kami
Motosikal letak di pintu besi Naik ke bilik lupa tanggal topi Dalam kepala SKT menanti Mengharapkan INSYST berfungsi Pakar membangun Aplikasi Perginya sukar menemukan pengganti Algoritma INSYST banyaknya teka teki
Mulut nakal, namun hati berbudi Buat bising memecah sunyi Stres bekerja dapat dikurangi Membentuk suasana harmoni Sejahtera ditempat kerja diperolehi Kini,.. tinggal sebagai memori Jauh dimata…namun dekat dihati kami Terima kasih Shamsul Bahri Selamat bersara manja disamping isteri
Nukilan Wan Mimi bin Wan Omar
Sempena persaraan En. Shamsul Bahri
28 Semarak Rindu
MODAL INSAN ASET HIDUP NEGARA
Kita berbeza tetapi satu suara Nada melodi pelbagai seirama Bertugas di kota maupun desa Bekerja di premis atau ruang terbuka Mencurah idea atau tenaga Tetap bersama sehati sejiwa Kita aset hidup ibu pertiwi Yang unik punya identiti Individu yang mampu berdikari Mahir dibidang yang diceburi Generasi pelapis yang diwarisi Turun temurun hingga kini Anak desa turun ke kota Anak kota sebaliknya Membawa bekal didada Nilai murni semat dijiwa Pesan guru ingat tidak dilupa Modal insan nadi ekonomi negara Usaha giat untuk berjaya Kita harta negara Tidak ternilai harganya Ikatan ukhwah dijana bersama Lahirnya bangsa Malaysia Hidup rukun aman sejahtera 60 tahun telah merdeka 5 tahun sekali pilihanraya 9 Mei hari mengundi calon anda Buatlah keputusan bijaksana Kita Aset Hidup Negara Modal Insan bernyawa Melebihi emas dan permata Setiap tahun disambut mesra Mei 2018 sangat istimewa 1 Mei Hari Pekerja 12 Mei Hari Jururawat pula 13 Mei Hari Ibu tercinta 16 Mei Hari Guru pendidik warga Dirai pada bulan yang sama Mei bulan Lima
Nukilan Wan Mimi binti Wan Omar
Sempena …9 Mei 2018
MAMPUKAH DI RAMADAN INI
Mampukah di Ramadan ini Ku tutupi telinga ini Dendangan irama hampir melupai Lalai alpa mengingati Mampukah di Ramadan ini Dirobek telinga kebal dengan melodi Sudah sebati mendarahi Aku Yang Tersakiti Bahgiamu Deritaku idola diri Keduanya terkepung disanubari Mampukah buang jauh ke lautan api Ayat-ayat pedoman sebagai pengganti
Mampukah di Ramadan ini Tutupi mata jernih ini Panahannya tidak henti Dedahan putih gebu berseri Jelingan kenyitan bererti Senyuman menguntum memberi Goyangan tubuh melalui Terpahat dikehidupan hari Mampukah butakan hati Ayat –ayat kebaikan ganti pancari
Mampukah di Ramadan ini Kunci mulut bicara Berbicara kosong tanpa makna Kata nista kisah manusia Kumat kamit ayat dusta Omongan tanpa hala Mampukah matikan segala Zikir, tasbih tahmid dibibir bertahta Pengawal utama mulut mulia
Mampukah di Ramadan ini Ku tetapkan minda Dari fikir dunia sementara Hanya wang pangkat berharta Mampukah nyahkan semua Fikir kebesarannya pembalasannya di otak bernyala Kekal bersemadi di minda bahagia
30 Semarak Rindu
Mampukah di Ramadan ini Ku kempiskan nafsu selera Bertandang ke Bazar agenda utama Meredah asap ikan bakar Ayam pusing sentiasa berlegar Minuman berperisa nampak segar Aneka kueh dan kentang putar Murtabak siap ada ditebar Lauk pauk air liur menggecar Menambah rasa lapar Semuanya dibeli tanpa sabar Nak baham semua semasa iftar Mampukah ia disingkirkan Bersederhana ikut kemampuan Ikut Sunnah junjungan Lepas iftar dapat kekuatan Bukan longlai lemah kekenyangan Terawih hanya dalam igauan
Nukilan Ustaz Kamal Ariffin bin Mat Jais Sempena kehadiran bulan Ramadhan 2019
31Semarak Rindu
MENGAPA AKU DI MUSNAHKAN?
Inilah rupaku Mulanya hasilan tangan keras kasar Digantung, digayut di tempat dimerata Dimana saja. Di istana, di hotel penginapan, dirumah maupun diladang, di hutan belantara Aku pasrah dengan rupaku yang tidak seindah rupa gadis sunti Namun aku tetap bermakna dan bererti Aku bersedia menerima siapa saja Raja maupun rakyat jelata, samseng maupun alim Aku menerima dengan rela Semua hidup selesa Nyenyak tidur berdengkur dan berbagai nada dan irama Aku tak pernah pertikaikan kamu siapa? Apa bangsa kamu dan agama kamu Lelehan bau busuk dan masam mencuka tetap aku layani Sekian lama aku menghambakan diri kepada semua Aku bentengi musuh durjana Nyamuk dan drakulla sentiasa mencari peluang Ingin memasuki ku untuk mencari rezeki dari penghuni ku yang tersedia Namun ada juga insan yang berusaha menjaga imej ku sebagai pelindung maya Mereka cari dan cari musuh durjana Mereka kelilingi dalam ku demi menjaga imejku Mereka musnahkan musuh durjana yang memasuki ku. Sekian lama aku menjadi pelindung Hampir 55 tahun aku berbakti Wajahku dihias, di andam demikian rupa Walaupun wajah berupa beza Namun tugas aku tetap setia
Generasi baru sudah lupa Datuk nenek moyang mereka aku jaga Mereka dilahirkan dan dibesarkan dalam aku Tergamak katakan aku sudah tidak perlu Aku ingin dilemparkan malah ingin dirobek Dek kerana sedikit kealpaan membiarkan musuh durjana bermaharajalela didalam ku Terus…. Ubat dan racun berasap sebagai pengganti Mereka tidak sedar itu racun boleh membunuh tanpa ketika
32 Semarak Rindu
Keterlaluan!!!!!! Kita bakar dan kita bukan generasi aku Kita generasi racun dan asap berbisa Aku tidak dikenang jasa 55 tahun aku berjaga Mereka hidup selesa Pembangunan rohani dan jasmani dan segala Keselamatan dan keamanan yang amat berharga Keselesaan dan kebahgiaan didakapi bersama Jasa siapa?
Fikirkan generasi ku Mengapa racun dan asap diutama Malah aku kelambu lama mengapa dilupa
Memang tak mengenang jasa . Hidup selesa Riang ria, rumah besar mewah gagah Makan besar, penuh nikmat syurga dunia Kereta menjalar dijalan raya Bangunan tinggi melangit mencakar cakerawala Hiburan menggila Semuanya ada Hebat dan tersohor seantero dunia
Kerana siapa?
Akulah kelambu yang setia Sudah dilupa . Memang tak mengenang jasa .
Nukilan Ustaz Kamal Ariffin bin Mat Jaih Sempena 2012
33Semarak Rindu
Walau hebatnya ujian melanda Walau hebatnya serangan menduga Walau hebatnya konspirasi direncana Walau hebatnya serangan menggila Serangan budaya serangan minda Serangan fizikal kudrat kuasa Kau tetap berdaulat utuh dipeta dunia
Musuh durjana Luar dalam berpakat bersama Ingin meruntuh mencabar daulat perkasa Konfrontasi Indonesia Bunuhan kaum 13 Mei derita Tentera Merah Jepun memaksa Merudum ekonomi dunia Ancaman sesat minda dan agama Segalanya ditangani pemimpin bijaksana
Gilanya Sulu sudah berlalu Gilanya kongsi gelap gangster meluntur layu Gilanya konspirasi upahan musuh sudah dihidu Gilanya pakatan hancurkanmu semakin lesu
Malaysiaku Berdaulat Namamu mengharum wangi didunia sejagat Segala bidang acara kau hebat Segala agenda kehadapan kau rapat
Ideamu tingkahmu Jadi ikutan dunia alam Berbagai bermacam mengikat kuat Dek toleransi dan muafakat
Disini tumpah darahku Mengalir semangat jati bangga denganmu Disini tumpah darahku Mengenggam semangat berkobar mempertahankan daulatmu
34 Semarak Rindu
Aku rela Membanting tulang empat kerat Aku rela Membasahi bumi dengan keringat Aku rela Pecahkan minda merencana keramat Aku rela Gugur syahid demimu kekal berdaulat
Nukilan Ustaz Kamal Ariffin bin Mat Jaih
35Semarak Rindu
MILIK SIAPA RAMADAN INI?
Ku gagahi jua Bicara tentang cinta Cinta terhadapmu (Ramadan) Kini… Kau dihadapanku Ungkapanmu… Peluklah aku . ..Aku milikmu Aku serahkan tubuhku untukmu Penuhilah serakahmu terhadapku Namun… Aku gadis bidadari suci Syaratnya maha tinggi
Sebelum kau kucupiku Basahi bibirmu dengan zikir dan tasbih Sebelum kau pelukiku Sasakan tubuhmu dengan gerakkan solatmu Sebelum kau temukan dahimu Tandakan dahimu dengan kesan sujudmu Sebelum kau sentuhiku Sucikan tanganmu dengan wudukmu Sebelum kau khayalkanku Kuduskan mindamu dengan fikrah islamimu Sebelum kau bicara denganku Istiqomahkan lidahmu dengan tahmid dan takbir Sebelum kau menjelingiku Tajamkan matamu dengan renungan Al Qurán Sebelum kau ungkap kata cintamu Ungkapilah dengan hadith Rasulmu
Aku tak sudi !!!!!!!
Bibir basah fitnah nista Borak kosong tanpa kerja Al Qurán hanya hiasan cuma Tak baca tak jadi petua Solat sunat pun berkira Bersedekah pun dihadapan kamera Canang sana heboh segala Asyik tidur …lemah berbicara Asyik meludah ke tanah melata Beritau aku puasa
36 Semarak Rindu
Muzik gila melodi pelupa Masih di gendang telinga Perangai lama Tetap kekal selamanya
Jam 2 mula bicara Apa juadah apa nak makan untuk berbuka Hampir lupa kita puasa Dihadapan TV habis segala
Jam 6 mula bercanda Ke Bazar nak lantak semua Semua enak semua berselera Beli tanpa berkira Bila berbuka pandang saja.
Rupanya hujan ditengahari Sangkakan jimat Rupanya joli
TAK MALU KE ! KAU BUKAN MILIK KU
Nukilan Ustaz Kamal Ariffin bin Mat Jaih Sempena RAMADHAN
37Semarak Rindu
GURU (KAU SENTIASA HIDUP)
Sentuh pandangmu ilmu Ucap bicaramu ilmu Tegur nasihatmu ilmu Ganas bengismu ilmu Gaya pakaimu ilmu Hayun langkahmu ilmu Imej dirimu ilmu Segala padamu ilmu
Guruku Kau menjadi ikutan Padamu ilmu dan teladan Setiap kata dan ucapan Setiap amal dan perbuatan Menjadi ikutan sepanjang zaman
Kau sudah pergi Hancur berkecai jasad diri Namun ilmu mu sudah sebati Dipertahan warisan jati diri Sanggup korban diri Demi ilmu yang amat berbakti
Kau sudah tiada Ilmumu segar sepanjang masa Kau tidak berbicara Ilmu bicaramu tetap membara Dibibir murid mu petah berkata Didewan rakyat, dipentas dunia
Kau sentiasa hidup Kerna ilmu mu sentiasa dipaut Generasi berzaman turut menyahut Syurga firdaus sedia menyambut
Selamat hari guru Al fatihah buat semua guru ku sesungguhnya kau tetap hidup kerana ilmumu sentiasa hidup
Nukilan Ustaz Kamal Ariffin bin Mat Jaih Sempena Hari Guru 2014
38 Semarak Rindu
AKADEMI RAMADAN
Kau unik berbeda Bukan fantasia tapi sebenarnya Kau akademi agung mulia Turun daripada yang esa Kau terbuka seluasnya syurga Kau terbuka untuk sesiapa saja Syarat mutlak islam, berkuasa waras fikiran serta niat untuk kerjakannya Patuhi syarat pencipta
Sepurnama lamanya Tiada gangguan syaitan durjana Kuduskan hati sentiasa Mengabdi kepada syarat dan adab pencipta Kau tiada pengetua Kau tiada saringan dan sms peminat utama Kau tiada masa diajar dan dipaksa Kau tidak dikurung di kamar fantasia Kau bebas … Kamarmu rumah pencipta Beriktikaf, bermunajat dan berzikir kepada yang esa Iramamu al Qur ‘an Melodimu alunan tasbih yang takdis Gayamu gerak solat mukhlis Pakaianmu akhlak sistematis
Katamu ibadat Senyummu ibadat Panahan matamu ibadat Bualanmu ibadat Tidurmu ibadat Fikirmu ibadat Jalanmu ibadat Langkahmu ibadat Lecturemu ibadat Tulismu ibadat Nyanyianmu ibadat Semuanya bersyarat Betul, tepat dan ikut syariat
39Semarak Rindu
Awal akademimu rahmat Semua dilaku mendapat berkat Jangan keluar daripada akademi makrifat Akademi ramadan yang mencetak masyarakat Masyarakat bahgia dunia akhirat
Pertengahan akademimu keampunan Kudus persis bayi dilahirkan Tuhan tawar kemaafan Hidupkan akademimu jangan persiakan
Penghujung akademimu kebebasan Dahsyatnya neraka tak sanggup dibayangkan Mengapa dipenghujung semakin dijarakkan Akademimu tidak serancak dipermulaan Alunan aidilfitri, kueh raya diutamakan
Alangkah malang akademi ramadan Tak semua mampu bertahan Iblis syaitan masih dipenjarakan Nafsu bermaharajalela menjadi tuan
Ya allah masukkan kami ke akademi ramadan Syurga idaman menjadi kegilaan Realisasikan berpaksikan amalan. Semoga kita semua memasuki akademi ramadan Niat puasa : “sahaja aku puasa besok hari bulan Ramadan sekaliannya kerana Allah Taala.”
Jangan lupa bersahur kerana Rasulullah bersabda “Bersahurlah kerana sahur itu berkat.”
Nukilan Ustaz Kamal Ariffin bin Mat Jaih Sempena kehadiran bulan Ramadhan 2019
40 Semarak Rindu
PENILAIAN BUAT GURU
Oh Guru… Betapa sukarnya dibicara Betapa sukarnya dineraca Betapa sukarnya …. Luluh hancur berkecai otak minda … Takhta mana singgahsana persada Kau lebih mulia antara termulia Tanpa kau jahil segenap alam maya Tanpa kau dunia porak peranda Tanpa kau kehidupan kosong belaka Tanpa kau maya menjadi bengong, benak dan tolol segala
Oh Guru….
Kau hambakan segenap detik dan ketika Mendidik anak bangsa dan nusa tercinta Tanpa pilih tanpa beda Semuanya dididik ikhlas sejernih mutiara
Oh Guru…
Kau tak kan biarkan mereka meraba Kau tak kan biarkan mereka melanun durjana Kau tak kan biarkan mereka merempit melata Kau tak kan biarkan mereka mensyaitan celaka Kau tak kan biarkan mereka tanpa hala Kau tak kan biarkan mereka dibenakki musuh negara
Oh Guru…. Kau pahatkan azam memanusiakan manusia Kau pahatkan azam mencetak akhlak mulia Kau pahatkan azam membentuk waris negara
Oh Guru…
Ku tak mampu membalas jasamu segala Ku tak mampu menjiwai pengorbananmu setinggi syurga Ku tak mampu menandingimu semua perkara. Hanya tuhan bisa mengatur balasan cuma Setimpal jasamu nan berharga .
Nukilan Ustaz Kamal Ariffin bin Mat Jaih
41Semarak Rindu
KINI TINGGAL MEMORI
2009 tahun pertama yang gembira Perut IAB Genting Highlands Haji terokai Salam perkenalan daripadanya Insan kecil molek dari Chukai Cukup terkenal di kalangan warga.
Bekas guru yang berdedikasi Garangnya haji Ditakuti murid tetapi disayangi Warden SMT Kuantan yang disegani Didik anak murid pandai bawa diri Ke mana pergi punya jati diri
Mukanya kelakar berwajah ceria Murah senyuman mudah digauli Sangat tegas namun lembut bicara Lawak jenakanya tak kering gusi Baru berjumpa seperti kenal lama
Meneraju BAKIP sebagai pengerusi Pelbagai aktiviti kelab menjadi nyata Naikkan imej dan sejahtera organisasi Berkongsi ilmu tak kira rupa bangsa Niat satu demi kemajuan ibu pertiwi
2014 Haji turun ke induk di Nilai Tiada beza prinsipnya tetap sama Rakan taulan senang damping Sepuluh tahun di IAB tidak terasa Banyak kenangan indah mencuit hati
Sebagai AJK Kelab Kebajikan dan Rekreasi Haji cenderong menjana Ekonomi Dana kelab terkumpul mencukupi Untuk ahli kelab bersama menikmati Pelbagai faedah dan juga aktiviti
42 Semarak Rindu
2 Januari 2018 tidak diduga Berita bala bagai mimpi Ada yang menitis air mata WhasApp ditepis sukar dipercayai Baharu semalam berjumpa Pagi ini, haji yusuf telah pergi
Perginya beliau tidak kembali Wajahnya terbayang di mata Gelak ketawa dirasai, dirindui Kata nasihat bermain di telinga Nostalgia arwah segar di sanubari Kenangan indah bersamanya Kini tinggal memori
Nukilan Wan Mimi binti Wan Omar Nostalgia buat Allahyarham Tn. Haji Yusof bin Ali
43Semarak Rindu
MERINTIH EHSANNYA
22 Disember 2017… aku terpaku Mata merneong keluar jendela Memori ku memutar kisah lalu Potret demi potret muncul di minda Tanpa ku sedari, manik jernih turunnya laju Mengapa dikenang yang tiada
Januari 2018 semakin menghampiri Yang pergi tetap tak kembali Yang hilang sukar ditemui Tidak akan sama jika berganti Kasih sayangnya hanya dikenangi
Tahun 2018 bakal m enjelma Alhamdullillah… aku masih bernyawa Syukurku panjatkan doa kepadaNya Tak pasti samada esok lusa ku masih ada Tegar di sini meniti usia semakin manja
Ya Allah … aku tak lupa Setiap hari aku ingat belaian mesranya Aku bagai mimpi di alam nyata Aku rindu kepada mereka Insan teristimewa Yang mengajar aku tentang dunia Manusia itu sama tiada beza Yang beza adalah ilmu dan amalan sahaja
Doa ku panjatkan buat ayah dan bonda Kesalku tiada ruang membalas jasa Bagaimanalah mereka di alam sana? Ya Allah… yang Esa Sepuluh jari ku susun meminta Ampunilah dosa dosa mereka Kasihanilah ayah dan bonda Berderai mutiara jatuh di atas riba Diriku adalah hamba yang hina Merayu dan merintih ehsanNya
Nukilan Wan Mimi binti Wan Omar
44 Semarak Rindu
Selaut pandang Saujana merentas pilu Melangit biru Menghijau banjaran titiwangsa bakal menyusup
Bumi nilai melambai-lambai Gerak tari dalam terik mentari Tiada lagi dingin bayu genting Alahai hati Terimalah ketentuan ini Merintih tiada erti Tugasan itu tanggungjawab Patut dipikul walau dibumi asing
Asingkah diri dengan angin baru Membahang jiwa Tiada lagi angin sepoi menyapa Segar udara mengiring diri
Rindu terus membara Sesekali bayu genting menyapa Riuh rendah dalam samar damai udara dingin
Angin mantap di sini dengan dunia tersendiri Menggalas tugas demi dunia pendidikan Niat diri kerana Allah Susah payah menjadi mudah Angin garang menjadi dingin Reda sudah rintihan hati Semarak rindu IAB tetap dihati
Nor Ishsan Ab.Razak Genting Highlands 2014
45Semarak Rindu
MURABI
Layakkah aku Memikul amanah-Mu Meskipun telah disuratkan dan dinobatkan aku akan menghuni dunia intelek berdepan dengan cabaran dan dugaan semoga jiwaku tidak akan jemu untuk aku bertemankan kitab ilmu
Layakkah aku, Untuk tidak aku mendambakan anugerah Untuk aku menghiasi jiwaku dengan bunga keikhlasan Untuk aku gilapkan permata yang kelabu Untuk aku jernihkan air yang keruh Untuk aku jadikan realiti daripada fantasi Biarpun daripada pahitnya hempedu Akan aku gantikan dengan manisnya madu
Layakkah aku, Menimba syurga ilmu dari sungai derita Menghasilkan senyuman daripada tangisan Menggali khazanah dari telaga budi Memberi santapan untuk sama-sama merasai kenikmatan Lantas mengunyah kesakitan Serta menghadam kesusahan
Mampukah aku, Melahirkan jutawan Melahirkan negarawan Melahirkan olahragawan Melahirkan seniman Melahirkan macam-macam Yang meletakkan ihsan dan syariah di hadapan Agar tidak tersesat dalam hutan ciptaan
MURABI … itukah yang kucari
46 Semarak Rindu
IAB INSTITUSI UNGGUL
Kata orang-orang lama Andai merpati jinak di tangan hendak ditangkap terlepas lari Maka, jemari yang bertaut perlulah kuat genggamannya Jika terkilas ikan di air dan tahu jantan betinanya maka jala ditebar perlu betul halanya
IAB bukan satu institusi yang biasa biasa Ia sebuah gedung pemikiran Ia membentuk raut wajah unggul dan anggun watak kepimpinan pendidikan IAB tidak sekadar gah disebut-sebut Realitinya ia lebih dari itu Nadinya berdenyut pantas seiring perubahan globalisasi Darahnya mengalir deras sepantas pacuan inspirasi dan idealisme pendidikan Uratnya sekeras besi menangkis tohmahan dan rintangan perubahan Namun hatinya lembut, selembut sepoi angin yang membisikkan santun dan budi seorang pendidik Dan niatnya jelas - pembangunan insaniah sejagat yang perlu kita kecapi bersama nanti
Hakikatnya jelas nyata dari dulu lagi Mereka yang menerajui IAB Juga menjadi tampuk sistem pendidikan negara Menjadi teras rujukan pada lantangnya satu suara pelbagai bicara
Maka Tidak mungkin kita masih leka dalam bentuk acuan generasi masa hadapan Tidak mungkin kita masih kabur mencari arah haluan dalam mencipta sejarah kepimpinan pendidikan
47Semarak Rindu
Maka demikian itu benarlah sehingga kini IAB kekal sebagai satu institusi unggul dalam tanggungjawab yang kekal dipikul merintis jalan-jalan kehebatan sehingga ke akhir hayatnya
Nukilan Samsiah binti Si-Rajab Sempena persaraan Tan Sri Dr.Khair bin Mohamad Yusof, Mantan TKPPM pada 30 November 2020 di Kota Serimas Golf & Country Club, Nilai, Negeri Sembilan Deklamasi oleh Mistirine binti Radin
48 Semarak Rindu
BICARA MUTIARA ILMU
Beradab menitip kalam itu petanda mulia bahasa Bersopan melontar kata itu petanda halus pekerti Berhemah menyusun bicara itu petanda mulus budi Bermadah menyampai hasrat tariannya bersopan molek Menyusun kalam menyata niat lenggoknya bersantun anggun
Perkasa bahasa menghiasi laman nurani Rapi teliti rantaian kalimah ujar pertemuan Tertib terurus untaian hujah laras cendekiawan Tegap mantap bait bicara mutiara ilmu jiwa bangsa Kemas tersimpan khazanah temurun khazanah warisan
Perkasa waja bait berkait bahasa nusa Santun kalam penyatu jiwa damai seluruh Halus pekerti mewarna cantik jiwa bangsa Bahasa pertiwi madah ilmu wadah tersurat Mekar semesta mewangi indah mutiara ilmu
Kekal utuh kata berhemah ucap nan beradab Tegap sasa kalam bersopan kata nan santun Kalam ini kita lestari jangan nanti ditelan zaman Indah mulus mutiara ilmu kita pelihara jangan sampai terabai Cantik madah bahasa warisan kita pelihara zaman berzaman
Pewaris bahasa Hargai kalungan mutiara bahasa sejagat Teliti cermat kalam ilmu tinggalan berhemat Hayati murni bicara hasrat warisan berhikmat Sanjung julang bahasa penyatu jiwa penyatu hasrat
Kita tentu tahu murni bahasa upaya menjentik minda Kita pasti ingat lentur bahasa upaya melentur pekerti Kita pasti tak lupa halus bahasa upaya memujuk kalbu Kita jangan tak tahu indah bahasa upaya menjalin ukhuwah Kita sangat tahu pernah ketika bahasa menyuntik semangat pejuang
49Semarak Rindu
Mutiara ilmu ini kita pelihara kita jaga Mutiara ilmu ini kita lestari kita pagari Mutiara ilmu ini kita angkat kita julang Mutiara ilmu penyantun budi penyatu jiwa bangsa
Dr. Rosnani Kaman (Arnina A’in) Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara
Tempat Pertama Pertandingan Menulis Sajak Sempena Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Tahun 2020 (7 Oktober 2020/ 19 Safar 1442 H) Alyssa- Jitra
50 Semarak Rindu
BAHASA JIWA BANGSA
Bahasa …… lingua franca telah wujud berkurun lamanya sebagai pusaka bangsa gapai gemilang tika pemerintahan Kerajaan Melaka menelusuri ke serata nusantara
Bahasa warisan tak mungkin lut dek panahan mentari zaman tak mungkin lenyap dek cengkaman, tikaman tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan
Bahasa ibunda mekar elok laksana bunga kembang di jambangan beralun halus seperti dihembus sang bayu aromamu harum mewangi bak mawar berduri berbicara lembut bagai sutera baldu berlagu merdu umpama kicauan unggas di rimba mengundang seribu satu emosi dan perasaan dalam bait-bait puisi juga lirik lagu sarat dengan corak kosa penuh makna
Bahasa kebangsaan warisan bangsa bagai isi dengan kuku sentiasa tersemat dalam jiwa sentiasa terpahat dalam sanubari
Ayuh kita bersama semarakkan perjuangan bahasa kita lakarkan sejarah ke pentas antarabangsa menjadikan tonggak negara lambang keterjalinan bangsa
51Semarak Rindu
Andai wujud bahasa kedua, ketiga jangan alpa bahasa kebanggaan kita jangan lupa warisan nenek moyang kita hormatilah bahasa kita cintailah bahasa kita sayangilah bahasa kita kenapa? mengapa? sebabnya inilah … … … Bahasa jiwa bangsa
Shafizah binti Saidin Pembantu Perpustakaan Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Tempat kedua Pertandingan Mencipta Sajak Sempena Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan 2020
52 Semarak Rindu
MERPATI PUTIH BERLALU PERGI
Tika menyapa alam ku lihat suria tersedu maya berhiba sendu senja berlari ke langit malam resah kala menebarkan sayap bintang teresak bulan menangis desa ini bakal dipenjara virus neraca tiada lagi bernilai lantas merpati putih berlalu pergi
Kelmarin daratan merajuk pantai jua menghakis diri nyiur berhenti melambai ombak beralun lesu melingkar di teluk lara gempita seluruh buana mendengar berita hama telah mara bermukim bermaharajalela
Pergilah merpati putih kau lelah mengutip marah dan pedih cela selagi langit keakuan diliputi gelap pekat jangan kau pulang biar sungai bermadu biar laut bersakar daerah ini biarkan saja haus selagi dedalu material tidak diragut akarnya hama akan terus bersultan di sini
53Semarak Rindu
Merpati putih jika kau pulang nanti racunkan musuh perosak sumur bungkuslah perit luka semalam tanam kembali benih insani suntiklah vaksin budi tenunkan bahasa pengikat pertiwi sebelum kami ke darul abadi
Zaharul Arifin bin Md Zin Tingkat 5 Selatan Bandar Enstek, Nilai. 9 Oktober 2020 Tempat Ketiga Pertandingan Menulis Sajak Sempena Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Tahun 2020
54 Semarak Rindu
PERKASA MERDEKA
Pewaris merdeka Teliti luhur budi untaian bicara bonda Hayati suci abadi rantaian amanat pejuang bangsa Hargai murni wangi kalungan bunga pahlawan nusa Sanjung julang muafakat erat damai merdeka
Pewaris bangsa Kita nikmati hasil jerih payah nan luhur Kita warisi mahsul penat lelah nan tulus Bakti pejuang di abai jangan Lelah pahlawan di lupa tiada Siramkan titis hujan kedamaian Sulamkan benang emas perpaduan Jalinkan temali ukhuwah berzaman
Pewaris nusa Ingat beringat pesan berpesan Pengkhianat pembelot wajahnya tak kelihatan Penjajah petualang derapnya tak kedengaran Cermat kita menyusun langkah menuju masa depan Kita pagari damai merdeka Kita sirami aman sentosa Kita penentu kilauan sejahtera
Kita ibarat berteduh di pohon nan subur Pohon ini kita tongkat jangan sampai rebah Rimbun ini kita baja jangan sampai luruh Subur ini kita siram jangan sampai kontang Cantum ini kita pertahan jangan sampai berderai Perkasa merdeka perkasa selamanya Perkasa Merdeka Malaysia Prihatin
Dr. Rosnani Kaman (Arnina A’in) Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara
Johan Pertandingan Menulis Sajak Sempena Sempena Ulang Tahun Kemerdekaan ke-63 Tahun 2020 (30 Ogos 2020/11 Muharam 1442 H) Alyssa - Jitra
55Semarak Rindu
SEMERBAK WANGI JASAMU
Semerbak wangi jasamu guru Curahan ilmu selautan jasa Jasa nan tulus ikhlas dan mulus Jasa nan agung kusanjung kujunjung
Kita mula mengenal huruf dan abjad Kita mula belajar tatacara melontar kata Kita mula mengenal tata santun mengujarkan bahasa Kita mula mengira menulis melakar apa sahaja Kita mula mengadun warna-warni di kanvas kehidupan Kita mula mencorakkan aneka keindahan Kita akhirnya menggapai kejayaan Kita akhirnya menggenggam idaman Kita akhirnya melestari kehidupan
Untukmu guru Sewangi kasturi lautan kasih kupersembahkan Untuk mu guru Semerbak harum tautan sayang hormat berpanjangan Untuk mu guru Segunung bungkalan doa sejahtera ke akhir zaman
Untuk mu guru Kami masih anak didikmu yang dulu Kami masih anak didikmu yang dahagakan ilmu Kami masih anak didikmu yang menyanjung jasamu
Semerbak wangi jasamu Abadi dinubari sejati dikenangi Melewati usia hari ke hari Melangkaui masa tahun ke tahun Selagi nadi menyambung hayat Selagi kudrat mengiring jasad Selagi mentari menerang siang Selagi bulan menemani malam.
Johan Pertandingan Menulis Sajak Sempena Sambutan Hari Guru Tahun 2017 Sajak untuk Cikgu Dr. Rosnani Kaman (Arnina A’in) Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands (14 Mei 2017) Seri Pagi- Genting Highlands
56 Semarak Rindu
MEKAR MENYINARI JASA TERPERI
Salam kami salam junjungan kasih Budimu tuan dikenang disanjung Baktimu tuan diingat dijunjung Pekertimu tuan semarak berzaman Mekar menyinari jasa terperi
Salam kami salam terima kasih Tiada terbalas budi dan bakti Tiada ternilai jasa dan amanat Tiada terucap kalam penghargaan Curah keringat teguh diingat
Salam kami salam kemaafan Tingkah laku jika tercuit rasa Bicara lalu jika menyentuh hati Lirik pandang andai menyakit mata Menyusun jari maaf dipinta
Salam kami salam perpisahan Jangan nanti kami dilupa Sedih hati mengenang tuan Jangan nanti tak ingat kami Sayu minda mencari kenangan
Melentur hati menyusun jari Terkasar bahasa maaf dipinta Tercalar hati redakan kami Terguris rasa bukan sengaja Terlanjur santun mohon diampun
Jasamu tuan dari Sarawak Jasamu tuan semerbak mewangi Disanjung budi setulus hati Dikenang bakti seikhlas nubari Tetap nan mekar dalam ingatan.
57Semarak Rindu
Dr. Rosnani Kaman (Arnina A’in) Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara
Sajak dideklamasi Sempena Majlis Persaraan Y.Bhg. Dato’ Suliaman@ Sulaiman bin Wak Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan) (5 September 2019 / 5 Muharam 1441 H) Asrama Eksekutif - Genting Highlands
58 Semarak Rindu
RINDU BERTAMU LAGI
Saat itu, jari jemari ku menari-nari tanpa irama dan lagu Pastinya santapan indah untukmu siap menanti Lauk pauk sudah tersedia… Menu santai untuk dijamah.. Sebiji kek siap tertulis.. Kalimah indah tanpa suara Selamat hari lahir ibu.. Untuk dirimu…… saban tahun.. saban waktu… Tak pernah alpa untukku rungkai.. Namun… baru kusedar… tiada lagi igauan indah itu… Semuanya hanya mimpi bayangan… Rindu datang lagi.. Pabila terpandang ruang jendela Terimbas kenangan lalu.. bebelan mesra menggamit jiwa Kini semuanya sudah tiada.. Andai waktu bisaku putar Kanku pintal mesra bebelan berbisa… Kanku dakap mesra dirimu tanpa lepas Andai perpisahan bukan jodohnya pertemuan Kanku hidup penuh kebahagiaan…. Andai muda tak ketemu tua Kanku ukir raut wajahmu persis bidadari jelita Andai hidup bukan akhirannya kematian Pastinya kita kan bersama di pelusuk alam…. Namun … Semuanya… andai…andai….andai…… Lumrahnya alam…..hakikat sebuah kehidupan.. Waktu kan terus berputar Adat bertemu kan berpisah Muda pastinya tua… Hanya rindu …memori indah…yang mampu bertahan Ku tahu… Dirimu hanyalah pinjaman Pergimu telah dijanjikan Yang tinggal hanya kenangan.. Ikatan rindu yang tiada ketepian.. Rindunya aku padamu Pergimu takkan kembali lagi. Damailah engkau di sana ibu Syurga hakiki menantimu ….. Maaf kupinta darimu ibu.. andai aku pendosa buatmu Ibu…
Maznah binti Abdullah Jabatan Kepimpinan dan Pengurusan Bahasa (JKPBA) Buat Ibu yang telah dijemput Ilahi.
59Semarak Rindu
KEMBARA SEBUAH CITA
Kembara ini Ku mulai dengan langkah nekad, Walau bersendiri Di arena baru suasana tiada pasti Ragam jiwa meragui diri Pelbagai soalan bermain di minda Mampukah aku cuba bertahan?
Ku susun rapi langkah kecil ini Demi mencapai impian dan wawasan Walau arus bertingkah Semangat ku garap gagah Berkat iringan doa dan sokongan yang tercinta Syukur, aku masih bertahan!
Semakin laju derap langkahku ini Terkadang ada tersakiti Sentiasa berpesan diri Sematkan ikhlas di sanubari Pasakkan nawaitu teguh dihati Meyakini sesungguhnya hijrah itu perlu Melakar lukisan indah di dunia baharu.
Langkah ini kukemaskan penuh waja Satu persatu kutemui mutiara tak tertanding nilainya Kini ku cakna Pelangi itu berlainan warna Mencetus harmoni, menghiasi kanvas alam Seperti kita menyimpul ikatan Sejahtera rakan dan taulan Tersemat utuh kekal berzaman.
Aku akan terus melangkah Walau ranjau meniti jalan Walau duri menjadi halangan Nekad kembaraku ini hanyalah satu Melakar jaya menggilap permata malap berharga Di puncak tertinggi cita kerjaya.
Fauziah binti Ismail Jabatan Kepimpinan dan Pengurusan Bahasa (JKPBA) Sempena Permulaan Kerjaya Baharu di IAB Induk, Bandar Enstek.
60 Semarak Rindu
Kata Kunci Bil. Ceritera “Kena Patuhi Etika” 1. Kursus yang dirangka
Kena patuhi etika 2. Kita berkumpul bersemuka
Kena patuhi etika 3. Saya karang senandika
Kena patuhi etika 4. Untuk merakam cereka
Kena patuhi etika 5. Sekadar suka-suka
Kena patuhi etika 6. Ada gelagat mereka
Kena patuhi etika 7. Menjadi bahan jenaka
Kena patuhi etika 8. Bukan cerita yang direka
Kena patuhi etika 9. Semua hebat belaka
Kena patuhi etika 10. Jangan ada yang terluka
Kena patuhi etika
Kata Kunci Bil. Ceritera “Tak Terfikir Kita” 1. Nak khabarkan berita
Tak terfikir kita 2. Gelangang aktiviti kita
Tak terfikir kita 3. Peralatan lengkap melata
Tak terfikir kita 4. Tempat melatih kita
Tak terfikir kita 5. Pusat koko tercipta
Tak terfikir kita 6. Berada di depan mata
Tak terfikir kita 7. Satu antara sejuta
Tak terfikir kita 8. Masyhur serata-rata
Tak terfikir kita 9. Sedia apa dipinta
Tak terfikir kita 10. Tapi belum diwarta
Tak terfikir kita
SENANDIKA KEUTUHAN PASUKAN
61Semarak Rindu
Kata Kunci Bil. Ceritera “Menegakkan Tiang Bendera” 1. Aktiviti dalam acara
Menegakkan tiang bendera 2. Semacam kena dera
Menegakkan tiang bendera 3. Semangat tetap membara
Menegakkan tiang bendera 4. Panas macam bara
Menegakkan tiang bendera 5. Fokus hendaklah segera
Menegakkan tiang bendera 6. Sikap bekerjasama tertera
Menegakkan tiang bendera 7. Ada nak tunjuk terror
Menegakkan tiang bendera 8. Cuba pelbagai cara
Menegakkan tiang bendera 9. Ketua kurang berbicara
Menegakkan tiang bendera 10. Awal bermula huru-hara
Menegakkan tiang bendera
Kata Kunci Bil. Ceritera “Mendaki Gunung Jerai” 1. Tak dapat nak hurai
Mendaki Gunung Jerai 2. Peluh menitik berderai
Mendaki Gunung Jerai 3. Taka ada sebuah gerai
Mendaki Gunung Jerai 4. Urat perut nak terburai
Mendaki Gunung Jerai 5. Kumpulan tidak bercerai
Mendaki Gunung Jerai 6. Kekusutan fikiran terlerai
Mendaki Gunung Jerai 7. Siapa pun boleh try
Mendaki Gunung Jerai 8. Kokok berderai-derai
Mendaki Gunung Jerai 9. Balik buat minit curia
Mendaki Gunung Jerai 10. Mulut jangan murai
Mendaki Gunung Jerai
62 Semarak Rindu
Kata Kunci Bil. Ceritera “Keletihan masih Terasa” 1. Aktiviti lasak sentiasa
Keletihan masih terasa 2. Berlarutan esok lusa
Keletihan masih terasa 3. Kami tak putus asa
Keletihan masih terasa 4. Sesi memasak biasa
Keletihan masih terasa 5. Aktiviti air luar biasa
Keletihan masih terasa 6. Apa pun jangan tergesa-gesa
Keletihan masih terasa 7. Berserah kepada yang esa
Keletihan masih terasa 8. Datang bukan nak selesa
Keletihan masih terasa 9. Pasukan nak perkasa
Keletihan masih terasa 10. Waspada setiap masa
Keletihan masih terasa
Kata Kunci Bil. Ceritera “Demi Membina Pasukan” 1. Semua tenaga diperlukan
Demi membina pasukan 2. Setiap peranan dimainkan
Demi membina pasukan 3. Pangkat darjat ditinggalkan
Demi membina pasukan 4. Kerja sepasukan dibudayakan
Demi membina pasukan 5. Segala kepakaran dicurahkan
Demi membina pasukan 6. Buah fikiran disatukan
Demi membina pasukan 7. Kesegeraan tindakan
disepadukan Demi membina pasukan
9. Ruang dan peluang diperluaskan Demi membina pasukan
10. Suri teladan diaplikasikan Demi membina pasukan
63Semarak Rindu
Kata Kunci Bil. Ceritera “Adakan Kursus Lagi” 1. Harapan tak berbelah bagi
Adakan kursus lagi 2. Bergerak awal-awal pagi
Adakan kursus lagi 3. Peruntukan kena tinggi
Adakan kursus lagi 4. Yang tak hadir rugi
Adakan kursus lagi 5. Bernafas dah ikut gigi
Adakan kursus lagi 6. Mantapkan pelbagai segi
Adakan kursus lagi 7. Kurangkan ego tinggi
Adakan kursus lagi 8. Hajat nak datang lagi
Adakan kursus lagi 9. Kita berpisah sat lagi
Adakan kursus lagi 10. Sehingga berjumpa lagi
Adakan kursus lagi
Abdullah Hassan Sempena Bengkel Pembinan Pasukan IAB - 2018 IAB Cawangan Utara Residen IABCU
64 Semarak Rindu
DI RUMAH SENDIRI
Watak kita dicipta Perwatakan kita disusun Menjadi epilog cerita yang dijadikan kronologi mimpi yang ngeri Meskipun babak-babak itu disusun dan ditulis oleh bangsa sendiri yang disambut gembira oleh si lupa diri
Melayu itu bijaksana Melayu itu cukup berbahasa Itulah klausa kata rakaman Usman Awang Melayu juga Mengajar kita bersopan Mengajar kita bersantun
Namun, Adakah ini yang kita mahu Apabila mahligai kita diceroboh Apabila tanah kita diteroka Apabila laman kita dirosakkan Apabila maruah kita diinjak-injak
Apakah tiada lagi Tiupan seruling bahagia Apakah tiada lagi kicauan gembira daripada beburung riang Apakah tiada lagi rebusan ubi di gelegar petang Apakah tiada lagi aroma haruman kopi Di anjung muafakat Menyantuni tetangga Tanpa mengira warna bangsa Apakah tiada lagi Jati diri sendiri Apakah tiada lagi Alur budaya disantuni
65Semarak Rindu
Semoga ada jawapan nanti Semoga tidak akan berakhir khazanah bangsa Yang disemai sejak berabad lama Yang dibaja setiap ketika Semoga dapat dituai sampai bila-bila Semoga bercambah subur muafakat di jiwa Agar kita kekal Menjadi tuan yang dihargai Di rumah yang kita bina sendiri
Dr. Wan Zaliha binti Wan Othman IAB Induk, Enstek, Negeri Sembila
66 Semarak Rindu
Kepangkuan Aminuddin Baki Ku mulakan warkah ini dengan salam keramat salam perjuangan kerana engkau adalah pejuang Engkau pejuang bangsa, pejuang terbilang, pejuang ternama Engkau perjuangkan Pendidikan pribumi Engkau perjuangkan kedaulatan bahasa bonda Sayangnya engkau dipanggil pulang dalam usia muda
Aminuddin Baki pejuang ternama Sebut saja namamu, gah seantero dunia Namamu tercatat dimana-mana Semaklah dalam catatan di UNESCO lihatlah dalam pangkalan data di ISESCO namamu terpahat di situ Tanyalah kepada Linda Lambert tanyalah kepada Ann Kilcher tanyalah kepada Micheal Fullan tanyalah kepada para akademia dari King College, atau tanya saja kepada kepala-kepala sekolah dari Medan Mereka kenal nama ini nama pejuang ternama Aminuddin Baki tidak pernah terpisah dari arus perdana perjuangan meletakkan pendidikan negera ke taraf dunia
Aminuddin Baki pejuang bangsa Perjuangan kita sebenarnya tidak pernah selesai, dan tidak akan selesai, kerana perjuangan adalah pengisian kepada zaman yang berubah Justeru engkau usah khuatir meski engkau telah pergi meninggalkan kami perjuanganmu tidak terhenti di sini! Percayalah pejuang terbilang kamilah anak watan yang meneruskan perjuanganmu memperkasa pendidikan di tanah ini Di dada ini Kami sematkan semangat perjuanganmu yang kental, teguh dan padu Tidak akan luntur sampai bila-bila Percayalah pejuang bangsa akan kami lahirkan di sini lebih ramai pejuang pendidikan setaraf perjuanganmu
67Semarak Rindu
Aminuddin Baki pejuang yang telah pergi Itulah semangat perjuangan kami yang sentiasa mekar membara Namun hakikat perjuangan mesti ada cabaran Begitulah perjuangan ini Kami dicabar oleh kelemahan peribadi Sifat-sifat mazmumah menguasai diri Ada dalam kalangan kami tidak mahu berubah, masih ditakuk lama, kerjanya tidak seberapa Ada dalam kalangan kami bijak mencari helah, beralasan menolak amanah Ada dalam kalangan kami meski ilmunya hanya setitik air di lautan, tetapi mendabik dada yang benar hanya dia, salah orang dicari sentiasa Ada dalam kalangan kami pemburu pangkat dan kuasa, cantas sahaja setiap halangan yang ada Ada dalam kalangan kami tak sedar diri, duduknya di bawah tetapi suaranya melangit tinggi Ada dalam kalangan kami dalam sejuk pendingin hawa masih mengipas orang di atas untuk sedikit keperluan peribadi
Aminuddin Baki Warkahku berhenti di sini Apapun yang telah kucoretkan adalah cetusan rasa bangga dan kecewa Bangganya aku kerana dapat meneruskan perjuangan mu demi martabat pendidikan tanah ini Kecewanya aku kerana dalam perjuangan yang suci ini masih ada dalam kalangan kami yang menjadi racun berbisa
Nukilan YBrs. Dr. Abang Hut bin Abang Engkeh Sempena Jubli Perak IAB di IAB Genting Highlands pada tahun 2009 Sempena kunjungan YBrs. Dr. Khair bin Mohamad Yusof (Pengarah IAB) ke Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara pada 11 Disember 2008
68 Semarak Rindu
TERIMA KASIH TUAN
Terima kasih tuan Terima kasih kerana menghantar aku pulang Ke tanah tumpah darah ku nun jauh di seberang Meskipun berbelah bahagi aku Antara kekal di sini atau melangkah pergi Namun naluriku berkata; ”Pulanglah! Telah lama engkau di sini, di sana ramai yang menanti jasa dan baktimu menyirami bumi”
Terima kasih tuan Terima kasih kerana melepaskan aku pergi Iringi keberangkatan ku dengan doa dan harapan Agar kepulanganku seperti sirih pulang ke gagang, Seperti pinang pulang ke tampok Serasi aku, serasi jiwaku
Terima kasih tuan Terima kasih kerana melepaskan aku berangkat Sedar aku hebatnya cabaran mendatang Berat rasanya amanah yang kupegang Tidak aku berjanji, khuatir tidak tertunaikan Tidak aku menyusun harapan, takut nanti tidak kesampaian Tapi, tunggulah Bersaksikan puncak Santubong lagenda negeri Akanku julang perjuangan IAB melahirkan pemimpin pendidikan berkualiti
Terima kasih tuan Kerana menghantar aku pulang
Nukilan YBrs. Dr. Abang Hut bin Abang Engkeh Sempena kunjungan YBrs. Dr. Khair bin Mohamad Yusof (Pengarah IAB) ke Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara pada 11 Disember 2008
Terima kasih atas segalanya
Semarak Rindu Antologi Puisi