kebebasan bersuara: apa kata orang muda?...ehwal agama, modal insan dan integrasi nasional, beh zeng...

1
ASIONAL N 11 Sinar Harian • SelaSa 4 OgOS 2020 ASIONAL N Oleh HASNIZA HUSSAIN Kebebasan bersuara: Apa kata orang muda? R ata-rata anak muda kini dilihat memahami defi- nisi di sebalik kebebasan bersuara yang diamal- kan di Malaysia. Malah, mereka juga maklum kebebasan bersuara diberikan bukanlah ‘lesen penuh’ untuk mereka bertindak sewe- nang-wenangnya tetapi ia masih dilindungi oleh undang-undang. Kebebasan bersuara tidak boleh digunakan sebagai hak untuk menyebarkan fitnah atau maklumat yang tidak tepat dan mengelirukan. Maksud hak itu sendiri adalah benar dan semua itu perlu dipatuhi, barulah kebebasan itu bermakna. Jika tidak, ia menjadi kebebasan yang merosakkan.” - Pentadbir kejuruteraan, Sazlien Najwa Suprasojo, 26 Definisi kebebasan bersuara amat subjektif kerana ia bermaksud kita bebas memperkatakan apa sahaja termasuk perkara-perkara sensitif. Jika ambil contoh di luar negara, mereka sangat lantang dan bebas menyuarakan pandangan tetapi di Malaysia, ia masih baharu walaupun ramai dalam kalangan anak muda sudah mula menggunakan medium kebebasan bersuara bagi mengutarakan pendapat. Namun, kebimbangan saya apabila kebebasan bersuara disalah guna dan boleh membawa ke arah perkara negatif hingga ada yang menyebarkan perkara tidak sahih serta melahirkan pemikiran yang sangat bahaya dalam kalangan anak muda kita.” - Selebriti, Ernie Zakri, 28 Orang beranggapan kritik secara membuta tuli adalah hak bersuara. Hakikatnya anak muda bersuara tanpa berfikir adalah lebih bahaya. Apa guna laung kebebasan bersuara tetapi masih terpesong dengan berita palsu dan biadab ketika berkarya.” - Kakitangan swasta, Siti Nur Zawani Miscon, 25 Kebebasan bersuara perlu untuk menyampaikan pendapat mengenai isu-isu berkaitan hal ehwal negara. Kebebasan bersuara bagi golongan muda perlu diambil kira kerana mereka adalah pelapis masyarakat akan datang tetapi perlulah bernas dan disalurkan dengan cara yang tepat.” - Pekerja sambilan, Wan Mohd Asyraf Junoh, 30 Saya melihat kebebasan bersuara sebagai satu pengiktirafan hak asasi manusia bagi mengemukakan pandangan, pendapat atau buah fikiran dalam negara yang mengamalkan demokratik. Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan setiap warganegara mempunyai kebebasan bercakap atau bersuara tetapi sebenarnya masih ada batasan tertentu yang perlu dikawal selia dengan munasabah.” - Bekas Ahli Dewan Belia Perak, Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Modal Insan dan Integrasi Nasional, Beh Zeng Kang, 24 Ia adalah kebebasan untuk seseorang itu melontarkan idea atau pandangan mereka mengenai isu-isu tertentu tanpa menyalahi undang-undang. Contohnya, kita boleh buat teguran kepada pelbagai pihak sama ada pemimpin negara, agama atau sesiapa sahaja dengan harapan dapat memperbetul kesilapan atau keadaan yang berlaku. Namun, ia harus disuarakan melalui medium yang betul agar ia benar-benar memberi impak.” - Juruteknik, Izz Munir Mohamad Izam, 24 Kebebasan bersuara memang diamalkan di Malaysia, cuma kebanyakan pendapat atau suara-suara mereka kurang didengari. Namun, sejak kebelakangan ini, wujud perkembangan positif apabila pendapat disuarakan rakyat khususnya golongan muda mula mendapat maklum balas daripada kerajaan. Anak muda juga diingatkan agar tidak menyalahgunakan kebebasan bersuara, patuhi had ditetapkan, elakkan yang berkaitan hate speech dan penghinaan terutama kepada raja dan pemimpin negara,”. - Koordinator pelancongan, Mira Jamaludin, 26 Kebebasan bersuara adalah hak untuk semua rakyat Malaysia memberikan pendapat tetapi perlu mempunyai had. Contohnya, pendapat yang disuarakan itu harus menggunakan bahasa atau kata-kata yang sopan agar ia memberi kesan yang positif kepada semua termasuk negara.” - Kakitangan swasta, Nurul Hidayah Zamri, 28 Ia bermakna masih terdapat perkara yang perlu dijaga, yang boleh dan tidak boleh dilakukan walaupun mereka bebas menyua- rakan pendapat atau idea masing- masing. Lebih penting, usia muda tidak menghalang mereka untuk menja- di lebih matang dengan menyuara- kan pandangan secara bijak mene- rusi medium yang betul. Ikuti pandangan orang muda mengenai makna kebebasan bersuara buat mereka.

Upload: others

Post on 29-Nov-2020

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kebebasan bersuara: Apa kata orang muda?...Ehwal Agama, Modal Insan dan Integrasi Nasional, Beh Zeng Kang, 24 Ia adalah kebebasan untuk seseorang itu melontarkan idea atau pandangan

asionaln 11Sinar Harian • SelaSa 4 OgOS 2020 asionaln

Oleh HASNIZA HUSSAIN

Kebebasan bersuara: Apa kata orang muda?

Rata-rata anak muda kini dilihat memahami defi-nisi di sebalik kebebasan bersuara yang diamal-

kan di Malaysia. Malah, mereka juga maklum kebebasan bersuara diberikan bukanlah ‘lesen penuh’ untuk mereka bertindak sewe-nang-wenangnya tetapi ia masih dilindungi oleh undang-undang.

Kebebasan bersuara tidak boleh digunakan sebagai hak untuk menyebarkan fitnah atau maklumat yang tidak tepat dan mengelirukan. Maksud hak itu sendiri adalah benar dan semua itu perlu dipatuhi, barulah kebebasan itu bermakna. Jika tidak, ia menjadi kebebasan yang merosakkan.” - Pentadbir kejuruteraan, Sazlien Najwa Suprasojo, 26

Definisi kebebasan bersuara amat subjektif kerana ia bermaksud kita bebas memperkatakan apa sahaja termasuk perkara-perkara sensitif. Jika ambil contoh di luar negara, mereka sangat lantang dan bebas menyuarakan pandangan tetapi di Malaysia, ia masih baharu walaupun ramai dalam kalangan anak muda sudah mula menggunakan medium kebebasan bersuara bagi mengutarakan pendapat. Namun, kebimbangan saya apabila kebebasan bersuara disalah guna dan boleh membawa ke arah perkara negatif hingga ada yang menyebarkan perkara tidak sahih serta melahirkan pemikiran yang sangat bahaya dalam kalangan anak muda kita.” - Selebriti, Ernie Zakri, 28

Orang beranggapan kritik secara membuta tuli adalah hak bersuara. Hakikatnya anak muda bersuara tanpa berfikir adalah lebih bahaya. Apa guna laung kebebasan bersuara tetapi masih terpesong dengan berita palsu dan biadab ketika berkarya.”- Kakitangan swasta, Siti Nur Zawani Miscon, 25

Kebebasan bersuara perlu untuk menyampaikan pendapat mengenai isu-isu berkaitan hal ehwal negara. Kebebasan bersuara bagi golongan muda perlu diambil kira kerana mereka adalah pelapis masyarakat akan datang tetapi perlulah bernas dan disalurkan dengan cara yang tepat.”- Pekerja sambilan, Wan Mohd Asyraf Junoh, 30

Saya melihat kebebasan bersuara sebagai satu pengiktirafan hak asasi manusia bagi mengemukakan pandangan, pendapat atau buah fikiran dalam negara yang mengamalkan demokratik. Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan setiap warganegara mempunyai kebebasan bercakap atau bersuara tetapi sebenarnya masih ada batasan tertentu yang perlu dikawal selia dengan munasabah.” - Bekas Ahli Dewan Belia Perak, Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Modal Insan dan Integrasi Nasional, Beh Zeng Kang, 24

Ia adalah kebebasan untuk seseorang itu melontarkan idea atau pandangan mereka mengenai isu-isu tertentu tanpa menyalahi undang-undang. Contohnya, kita boleh buat teguran kepada pelbagai pihak sama ada pemimpin negara, agama atau sesiapa sahaja dengan harapan dapat memperbetul kesilapan atau keadaan yang berlaku. Namun, ia harus disuarakan melalui medium yang betul agar ia benar-benar memberi impak.”- Juruteknik, Izz Munir Mohamad Izam, 24

Kebebasan bersuara memang diamalkan di Malaysia, cuma kebanyakan pendapat atau suara-suara mereka kurang didengari. Namun, sejak kebelakangan ini, wujud perkembangan positif apabila pendapat disuarakan rakyat khususnya golongan muda mula mendapat maklum balas daripada kerajaan. Anak muda juga diingatkan agar tidak menyalahgunakan kebebasan bersuara, patuhi had ditetapkan, elakkan yang berkaitan hate speech dan penghinaan terutama kepada raja dan pemimpin negara,”.- Koordinator pelancongan, Mira Jamaludin, 26

Kebebasan bersuara adalah hak untuk semua rakyat Malaysia memberikan pendapat tetapi perlu mempunyai had. Contohnya, pendapat yang disuarakan itu harus menggunakan bahasa atau kata-kata yang sopan agar ia memberi kesan yang positif kepada semua termasuk negara.”- Kakitangan swasta, Nurul Hidayah Zamri, 28

Ia bermakna masih terdapat perkara yang perlu dijaga, yang boleh dan tidak boleh dilakukan walaupun mereka bebas menyua-rakan pendapat atau idea masing-masing.

Lebih penting, usia muda tidak menghalang mereka untuk menja-di lebih matang dengan menyuara-kan pandangan secara bijak mene-rusi medium yang betul. Ikuti pandangan orang muda mengenai makna kebebasan bersuara buat mereka.