newsletter edisi 11 - 1 hingga 15 julai 2015 - docs.jpa.gov.my · telah menyampaikan perkongsian...

4
1 S ekitar JPA Kupasan Perjalanan Transformasi JPA Edisi 11: 1—15 Julai 2015 MENARIK DI DALAM Majlis Berbuka Puasa JPA 2015 ............................2 Fiesta Aidilfitri PUSPANITA JPA OHHSEM 2015 ............................3 Edaran Bubur Lambuk JPA4U .........................3 Pada 10 Julai 2015, berlangsungnya Perhimpunan Bulanan JPA bagi bulan Julai anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di Auditorium JPA. Perhimpunan pada kali ini bertemakan, ‘Introspeksi Diri, Menzahir Jauhari, Merealisasi Transformasi’, selaras dengan penganjuran pada bulan Ramadhan. Dalam ucapan amanat Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, beliau berpandangan bahawa proses transformasi perlu dilihat dari aspek soft side ”. Soft side yang dimaksudkan merangkumi integriti, akauntabiliti dan komitmen yang hanya mampu dijana melalui introspeksi diri atau muhasabah. Dalam konteks agenda transformasi Perkhidmatan Awam, kita perlu menjalankan introspeksi diri untuk bertanya sama ada kita telah memberi sumbangan dan sokongan yang positif dengan membantu pucuk kepimpinan kita dalam menjayakan transformasi ini. Dalam perhimpunan ini juga, sesi penyampaian senarai nama pegawai yang tidak menjelaskan pinjaman PTPTN juga diadakan. Sesi ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua KSU dan SUK supaya mengarahkan penjawat awam di bawah seliaan masing-masing yang menjadi peminjam PTPTN agar membuat pemotongan gaji bulanan bagi pembayaran balik pinjaman pendidikan tersebut. Perbincangan bersama PTPTN telah dibuat bagi memastikan agar pemotongan ini dibuat secara yang tidak membebankan, namun konsisten. Selain itu, JPA juga telah menyerahkan sumbangan wang tunai sebanyak RM15,055.15 kepada Ustaz Nazrey Johani yang mewakili Maahad Tahfiz Bayu Syahadah yang terletak di Sabah. Ustaz Nazrey Johani turut mendendangkan tiga buah lagu buat warga JPA. PERHIMPUNAN BULANAN JPA BULAN JULAI 2015

Upload: lamcong

Post on 26-Jul-2019

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Newsletter Edisi 11 - 1 hingga 15 Julai 2015 - docs.jpa.gov.my · telah menyampaikan perkongsian bertajuk "Andai Ini Ramadhan Terakhir" di Auditorium JPA, Aras 4, Blok C1 JPA. Dalam

1

Sekitar JPA Kupasan Perjalanan Transformasi JPA Edisi 11: 1—15 Julai 2015

MENARIK DI DALAM

Majlis Berbuka Puasa JPA

2015 ............................2

Fiesta Aidilfitri

PUSPANITA JPA OHHSEM

2015 ............................3

Edaran Bubur Lambuk

JPA4U .........................3

Pada 10 Julai 2015, berlangsungnya Perhimpunan Bulanan JPA bagi bulan Julai anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di Auditorium JPA. Perhimpunan pada kal i ini bertemaka n, ‘Introspeksi Diri, Menzahir Jauhari, Merealisasi Transformasi’, selaras dengan penganjuran pada bulan Ramadhan.

Dalam ucapan amanat Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, beliau berpandangan bahawa proses transformasi perlu dilihat dari aspek “soft side”. “Soft side” yang dimaksudkan merangkumi integriti, akauntabiliti dan komitmen yang hanya mampu dijana melalui introspeksi diri atau muhasabah.

Dalam konteks agenda transformasi Perkhidmatan Awam, kita perlu menjalankan introspeksi diri untuk bertanya sama ada kita telah memberi sumbangan dan sokongan yang positif dengan membantu pucuk kepimpinan kita

dalam menjayakan transformasi ini.

Dalam perhimpunan ini juga, sesi penyampaian senarai nama pegawai yang tidak menjelaskan pinjaman PTPTN juga diadakan. S e s i i n i b e r t u j u a n u n t u k memaklumkan kepada semua KSU dan SUK supaya mengarahkan penjawat awam di bawah seliaan masing-masing yang menjadi peminjam PTPTN agar membuat pemotongan gaji bulanan bagi pembayaran balik pinjaman pendidikan tersebut. Perbincangan bersama PTPTN telah dibuat bagi memastikan agar pemotongan ini d i b u a t s e c a r a y a n g t i d a k membebankan, namun konsisten.

Selain itu, JPA juga telah menyerahkan sumbangan wang tunai sebanyak RM15,055.15 kepada Ustaz Nazrey Johani yang mewakili Maahad Tahfiz Bayu Syahadah yang terletak di Sabah. Ustaz N a z r e y J o h a n i t u r u t mendendangkan tiga buah lagu buat warga JPA.

PERHIMPUNAN BULANAN JPA BULAN JULAI 2015

Page 2: Newsletter Edisi 11 - 1 hingga 15 Julai 2015 - docs.jpa.gov.my · telah menyampaikan perkongsian bertajuk "Andai Ini Ramadhan Terakhir" di Auditorium JPA, Aras 4, Blok C1 JPA. Dalam

2

SESI TAKLIMAT KPPA BERSAMA PEGAWAI-PEGAWAI JPA

DAN TAKLIMAT PTPTN

Pada 6 Julai 2015 telah diadakan Sesi Taklimat KPPA bersama Pegawai-pegawai JPA dan Taklimat PTPTN. Sesi ini diadakan bertujuan untuk menyediakan platform interaksi antara pegawai-pegawai JPA dengan pihak PTPTN mengenai kaedah terbaik membuat semakan dan seterusnya mengatur pelan pembayaran pinjaman yang sesuai dan mengikut kemampuan masing-masing. Jumlah pegawai JPA yang terlibat adalah seramai 480 orang. Seramai 136 adalah pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang mana 14 orang merupakan Peminjam Tegar dan 122 orang Peminjam yang membuat bayaran sekali sekala. Manakala, Kumpulan Pelaksana adalah seramai 344 orang dengan pecahan 74 orang Peminjam Tegar dan 270 orang Peminjam yang membuat bayaran sekali sekala.

MAJLIS BERBUKA PUASA JPA 2015

Pada 6 Julai 2015 berlangsung Majlis Berbuka Puasa JPA 2015 di Dewan Mezzanine dan Kafeteria Blok C1, JPA. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan ukhwah di kalangan para Pengurusan Tertinggi JPA dengan warga JPA dan menyemarakkan semangat kebersamaan warga JPA dalam bulan Ramadhan. Sebelum berbuka puasa, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah memberikan sumbangan wang tunai sebanyak RM150 dan hamper raya kepada 33 orang warga JPA yang mengalami sakit kronik dan mereka yang kurang upaya (OKU).

PROGRAM PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI JPA TAHUN 2015

Pada 7 Julai 2015, telah diadakan Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2015 Siri yang seterusnya dengan menjemput Ustaz Mohammad Hafiz bin Abdul Kadir (Naib Juara Imam Muda Musim Ke-3). Ustaz Hafiz telah menyampaikan perkongsian bertajuk "Andai Ini Ramadhan Terakhir" di Auditorium JPA, Aras 4, Blok C1 JPA. Dalam ceramah beliau, Ustaz Hafiz berkongsi beberapa teknik dan tips untuk mengoptimumkan ibadah yang boleh dilakukan dalam 10 malam terakhir Ramadhan.

Dalam ucapan Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, beliau mengingatkan peminjam-peminjam yang terdiri daripada penjawat awam supaya membayar balik pinjaman PTPTN seperti yang dijadualkan. Pihak JPA juga akan sentiasa memainkan peranan untuk menjadi pemudah cara antara peminjam dan pihak PTPTN.

SESI PENERANGAN RANCANGAN MALAYSIA KE-11

Pada 9 Julai 2015 telah berlangsung Sesi Penerangan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar (BPPD) di Auditorium JPA, Aras 4, Blok C1. Sesi ini diadakan bagi menerangkan dengan lebih lanjut peranan JPA dalam merealisasikan RMK-11 selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri. Fokus utama JPA ialah Bab 9: Mentransformasi Perkhidmatan Awam untuk Produktiviti di mana terdapat Lima Bidang Fokus. Dalam Lima Bidang Fokus, terdapat tiga yang menjadi keutamaan JPA iaitu Mempertingkatkan Penyampaian Perkhidmatan, Merasionalisasikan Institut Sektor Awam dan Memperkukuh Pengurusan Bakat.

Page 3: Newsletter Edisi 11 - 1 hingga 15 Julai 2015 - docs.jpa.gov.my · telah menyampaikan perkongsian bertajuk "Andai Ini Ramadhan Terakhir" di Auditorium JPA, Aras 4, Blok C1 JPA. Dalam

3

EDARAN BUBUR LAMBUK JPA4U

Pada 8 Julai 2015, bersempena bulan Ramadhan 1436H, buat julung kalinya Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) dengan kerjasama JPA4U telah menganjurkan Program Agihan Bubur Lambuk bertempat di Dataran Putra, Putrajaya. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengagihkan sepuluh kawah bubur lambuk Kampung Baru yang merupakan juadah istimewa dan popular di kalangan rakyat Malaysia khususnya warga kota kerana menggunakan resipi turun temurun campuran ramuan herba dan rempah ratus sejak 50 tahun lalu. Seramai hampir 50 orang sukarelawan terdiri daripada ahli PPTD dari pelbagai Kementerian dan Jabatan telah bersama-sama menjayakan program ini. Para sukarelawan telah bergotong-royong mengambil kawah bubur lambuk dari Kampung Baru dan proses pembungkusan telah dilaksanakan bermula jam 2.00 petang. Program ini telah memberikan impak positif kepada para sukarelawan dengan melaksanakan aktiviti amal serta mendekatkan diri mereka dengan masyarakat di bulan yang mulia ini. Program tamat pada jam 6.00 petang dengan agihan kepada penerima yang hadir ke lokasi dan beberapa pejabat Kerajaan yang berhampiran seperti Hospital Putrajaya, Hospital Serdang, Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya dan Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan.

FIESTA AIDILFITRI PUSPANITA JPA OHHSEM 2015

Pada 8 Julai 2015 berlangsung Program Fiesta Aidilfitri 2015 yang merupakan program anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Ohhsem Network. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat usahawan dalam kalangan ahli PUSPANITA JPA dengan memberi peluang perniagaan dan sumber pendapatan kepada ahli PUSPANITA JPA sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Sehubungan itu, gerai-gerai jualan disertai oleh ahli PUSPANITA JPA, Kelab JPA, Agensi-agensi Kerajaan dan Kumpulan Artis dari Ohhsem Network. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung yang hadir antaranya Demonstrasi Solekan dan Hijab, Preview Pelancaran Buku “Ada Iman, Baru Syok, Ada Fight” oleh Adam Corrie dan Tazkirah Ramadhan. Terdapat sebanyak 40 gerai jualan ala ‘bazaar’ yang menjual pelbagai barangan persiapan raya seperti gerai Jualan Biskut Raya, Jualan Pakaian, Jualan Kosmetik dan Gerai Selebriti. Pihak PUSPANITA JPA berharap dengan adanya program seperti ini, ia dapat membantu memudahkan persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi warga Putrajaya umumnya serta warga Perkhidmatan Awam khususnya dalam menyambut Aidilfitri tahun ini.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PUSPANITA JPA

Pada 13 Julai 2015, telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran PUSPANITA JPA di Surau JPA, Aras 5, Blok C1. Seramai 15 orang pegawai wanita mewakili setiap Bahagian di JPA menyelesaikan bacaan Al-Quran dalam Majlis ini sambil dibimbing oleh Puan Hazwani bt Mohd Nor, dari JAKIM. Puan Sri Asmahan Ismail, Pengerusi PUSPANITA JPA turut hadir bersama-sama Exco yang lain. Di penghujung majlis, Puan Sri Asmahan Ismail menyerahkan sumbangan kepada semua yang terlibat menjayakan Majlis ini.

Page 4: Newsletter Edisi 11 - 1 hingga 15 Julai 2015 - docs.jpa.gov.my · telah menyampaikan perkongsian bertajuk "Andai Ini Ramadhan Terakhir" di Auditorium JPA, Aras 4, Blok C1 JPA. Dalam

4

Seterusnya pada 30 Jun 2015, Dr. Ahmad Jailani mengadakan lawatan kerja ke Kaunter One Government

Kerajaan Negeri Sarawak di UTC Sarawak. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi melihat pelaksanaan amalan multi-tasking yg diguna pakai oleh Kerajaan Negeri. Projek amalan multi-tasking ini melibatkan 14 buah Kerajaan Negeri.

Dr. Ahmad Jailani juga sempat singgah ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sarawak untuk melihat khidmat pengoperasian yang mereka sampaikan kepada pelanggan. Dr. Ahmad Jailani menyampaikan hasrat Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang mahu melihat inter-relation iaitu kerjasama antara agensi antara JIM dan Jabatan Pendaftaran di UTC di bawah program 1Serve.

1Malaysia Customer Service of Civil Servants atau 1Serve merupakan satu lagi inisiatif transformasi yang digagaskan Kerajaan melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bertujuan untuk meningkatkan tahap kepuasan pelanggan dan sistem penyampaian petugas barisan hadapan (front liners) di Sektor Awam menerusi jaringan kolaboratif strategik dengan agensi swasta khususnya dalam bidang latihan dan perkongsian amalan-amalan terbaik (best practices).

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah diberi

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Sumbangan Berita: Warga JPA | Penerbitan: Pasukan Komunikasi | Percetakan: Unit Dokumentasi, JPA

Blok C1-C3, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 W.P. Putrajaya, Malaysia | Telefon: 603 8000 8000

JELAJAH CSR KEMBARA AMAL PERAK PPTD & JPA4U

Kelab JPA dengan kerjasama Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) Malaysia telah mengadakan Kembara JPA4U: Kembara Amal Darul Ridzuan 2015 pada 3 sehingga 5 Julai 2015.

Program ini turut melibatkan kolaborasi strategik bersama Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak serta Jabatan/Agensi Kerajaan. Jelajah Kembara ini bergerak menggunakan kenderaan pacuan empat roda selama tiga hari dua malam dan mensasarkan kumpulan pesara Kerajaan yang memerlukan, golongan miskin, orang kelainan upaya, mualaf dan rumah-rumah kebajikan (rumah orang-orang tua dan anak-anak yatim) di 10 buah daerah dalam Negeri Perak Darul Ridzuan.

Seramai 20 orang warga JPA telah turut serta dalam Jelajah Kembara ini yang diterajui oleh Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi).

Penganjuran dan kerjasama program yang merentasi persatuan dan agensi sememangnya menepati inisiatif transformasi yang digagaskan oleh Kerajaan melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

SESI BERSALAM RAYA KPPA 2015

Sempena menyambut kedatangan Syawal, warga JPA dari semua Bahagian telah mengambil kesempatan untuk bertemu, berbual dan bersalaman dengan Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) di pejabat beliau di Aras 13, Blok C1, JPA pada 13, 14 dan 15 Julai 2015. Peluang yang berharga ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan ukhwah antara warga JPA dengan Tan Sri KPPA, di samping mengukuhkan kepercayaan dan sokongan warga JPA terhadap kepimpinan Tan Sri KPPA dalam menerajui transformasi Perkhidmatan Awam.