antara mampu dan jabata

8
MAJLIS MENANDATANGANI PERUNDINGAN PROJEK 1GOVERNMENT FINANCIAL AND MANAGEMENT ACCOUNTING SYSTEM (1GFMAS) ANTARA MAMPU DAN JABATAN AKAUNTAN NEGARA (JANM) 1 Majlis Menandatangani Perundingan Projek 1Government Financial and Management Accounting System (1GFMAS) antara MAMPU dan Jabatan Akauntan Negara (JANM) telah diadakan pada 4 Mac 2016 di Jabatan Akauntan Negara, Kompleks Kementerian Kewangan. MAMPU bersetuju untuk berkolaborasi dengan JANM bagi membantu JANM dalam menangani masalah kelewatan pelaksanaan Projek 1GFMAS yang dihadapi dan kolaborasi ini bermula dari Januari 2016 sehingga Disember 2016. Pelaksanaan 1GFMAS secara menyeluruh dijangka akan bermula pada 1 Januari 2017. Projek Pembangunan 1GFMAS merupakan projek yang sedang dilaksanakan oleh JANM bertujuan mempertingkatkan sistem pengurusan kewangan dan perakaunan kerajaan sedia ada kepada perakaunan akruan dan tunai supaya pengurusan fiskal dapat dilaksanakan secara lebih berhemah, tepat dan telus. Matlamat perundingan Projek 1GFMAS antara MAMPU dan JANM adalah untuk membantu JANM dalam menjayakan pembangunan Projek 1GFMAS supaya ianya dapat dilaksanakan dengan lancar dalam tempoh yang telah ditetapkan. Penglibatan dan peranan MAMPU yang diketuai oleh Bahagian Perundingan ICT dalam kolaborasi ini ialah memberikan khidmat perundingan berkaitan keperluan dan rekabentuk sistem 1GFMAS, pengujian sistem 1GFMAS, integrasi 1GFMAS, pengurusan keselamatan maklumat serta pemantauan dan penamatan projek. Manakala penglibatan dan peranan JANM dalam kolaborasi ini adalah seperti berikut: (i) menyedia subject matter expert sepanjang tempoh projek; (ii) menyemak dokumentasi keperluan dan reka bentuk sistem 1GFMAS yang disediakan oleh pihak pembekal; (iii) menyemak dokumentasi pengujian sistem yang disediakan oleh pihak pembekal; (iv) melaksana pengujian sistem yang dibangunkan oleh pihak pembekal; (v) memastikan perancangan dan pelaksanaan sistem 1GFMAS mengikut masa yang ditetapkan; dan (vi) menyedia pelaporan projek 1GFMAS. CITRA MAMPU EDISI 03 MAC 2016

Upload: truongthuan

Post on 12-Jan-2017

237 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: antara mampu dan jabata

MAJLIS MENANDATANGANI PERUNDINGAN PROJEK 1GOVERNMENT FINANCIAL AND MANAGEMENT ACCOUNTING

SYSTEM (1GFMAS) ANTARA MAMPU DAN JABATAN AKAUNTAN NEGARA (JANM)

1

Majlis Menandatangani Perundingan Projek 1Government Financial and Management Accounting System (1GFMAS) antara MAMPU dan Jabatan Akauntan Negara (JANM) telah diadakan pada 4 Mac 2016 di Jabatan Akauntan Negara, Kompleks Kementerian Kewangan. MAMPU bersetuju untuk berkolaborasi dengan JANM bagi membantu JANM dalam menangani masalah kelewatan pelaksanaan Projek 1GFMAS yang dihadapi dan kolaborasi ini bermula dari Januari 2016 sehingga Disember 2016. Pelaksanaan 1GFMAS secara menyeluruh dijangka akan bermula pada 1 Januari 2017.

Projek Pembangunan 1GFMAS merupakan projek yang sedang dilaksanakan oleh JANM bertujuan mempertingkatkan sistem pengurusan kewangan dan perakaunan kerajaan sedia ada kepada perakaunan akruan dan tunai supaya pengurusan fiskal dapat dilaksanakan secara lebih berhemah, tepat dan telus. Matlamat perundingan Projek 1GFMAS antara MAMPU dan JANM adalah untuk membantu JANM dalam menjayakan pembangunan Projek 1GFMAS supaya ianya dapat dilaksanakan dengan lancar dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Penglibatan dan peranan MAMPU yang diketuai oleh Bahagian Perundingan ICT dalam kolaborasi ini ialah memberikan khidmat perundingan berkaitan keperluan dan rekabentuk sistem 1GFMAS, pengujian sistem 1GFMAS, integrasi 1GFMAS, pengurusan keselamatan maklumat serta pemantauan dan penamatan projek. Manakala penglibatan dan peranan JANM dalam kolaborasi ini adalah seperti berikut:

(i) menyedia subject matter expert sepanjang tempoh projek;(ii) menyemak dokumentasi keperluan dan reka bentuk sistem 1GFMAS yang disediakan oleh pihak pembekal;(iii) menyemak dokumentasi pengujian sistem yang disediakan oleh pihak pembekal;(iv) melaksana pengujian sistem yang dibangunkan oleh pihak pembekal; (v) memastikan perancangan dan pelaksanaan sistem 1GFMAS mengikut masa yang ditetapkan; dan(vi) menyedia pelaporan projek 1GFMAS.

CITRA MAMPU EDISI 03 MAC 2016

Page 2: antara mampu dan jabata

2

Oleh : Anizah NordinBahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur

BENGKEL ARCHITECTURE VISIONING PROJEK PEMBANGUNAN ENTERPRISE ARCHITECTURE (EA) SEKTOR AWAM (1GOVEA) FASA 1

Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT, MAMPU telah menganjurkan Bengkel Architecture Visioning Projek Pembangunan Enterprise Architecture (EA) Sektor Awam (1GovEA) Fasa 1 pada 10 Mac 2016 (Khamis), bertempat di Bilik Serbaguna, Aras 3, Blok B1, Kompleks Jabatan Perdana Menteri.

Tujuan bengkel ini adalah untuk mengesahkan tadbir urus Projek 1GovEA adalah merangkumi peranan dan tugas pegawai yang terlibat dalam projek 1GovEA Fasa 1 dan Pelan Latihan. Selain itu, ia bertujuan untuk mendapatkan input dan maklum balas daripada peserta bengkel untuk menghasilkan Architecture Vision bagi Projek 1GovEA.

Bengkel ini dirasmikan oleh YBrs. Dr Suhazimah Dzazali, Timbalan Ketua Pengarah (ICT) dan dihadiri oleh seramai 30 orang peserta. Peserta bengkel terdiri daripada Perunding ICT, Pengarah Bahagian, wakil dari setiap bahagian di MAMPU, wakil daripada kementerian/ agensi (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU). Bengkel telah dikendalikan oleh Syarikat ATD Solution Sdn Bhd, iaitu syarikat yang telah dilantik untuk melaksanakan Projek 1GovEA. Syarikat ATD Solution Sdn Bhd diketuai oleh Encik Hasan Ganny bin Hanif, selaku Perunding dan turut dibantu oleh Pejabat Pengurusan Projek (PMO) dan Pejabat Pengurusan Perubahan (CMO) 1GovEA, MAMPU semasa sesi bengkel.

Semasa bengkel, peserta telah diterangkan mengenai peranan dan tugas mereka dalam Projek 1GovEA serta intipati pelaksanaan projek. Peserta bengkel telah dibahagikan kepada lima kumpulan bagi menghasilkan visi arkitektur dan mengenal pasti peluang dalam mewujudkan perkhidmatan merentas agensi. Peserta bengkel juga telah diminta untuk membuat penilaian kendiri terhadap kemahiran EA. Berdasarkan maklum balas oleh peserta bengkel, didapati peserta ingin memahami EA dengan lebih jelas berdasarkan pengalaman organisasi lain yang telah berjaya melaksanakan EA.

Page 3: antara mampu dan jabata

Oleh : Koguladas A/L KamalanathanBahagian Perundingan Pengurusan 1

3

PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN ORGANISASI BERPRESTASI TINGGI[HIGH PERFORMANCE ORGANISATION, (HPO)]

Mesyuarat dan Bengkel Percambahan Fikiran Pembangunan Garis Panduan Organisasi Berprestasi Tinggi Sektor Awam [High Performance Organisation, (HPO)] telah diadakan pada 14 dan 15 Mac 2016 bertempat di Bilik Persidangan Aras 2 dan Bilik Serbaguna 1 Aras 3, Blok B1, Jabatan Perdana Menteri.

Mesyuarat dan bengkel ini dibahagikan kepada dua sesi yang mana sesi pertama adalah sesi perkongsian ilmu dan pengalaman oleh Price Waterhouse Coopers (PwC), PETRONAS dan Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA), Universiti Sains Malaysia. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim bin Seman, Ketua Pengarah MAMPU. Manakala sesi kedua merupakan sesi bengkel percambahan fikiran yang dikendalikan oleh PIPPA.

Mesyuarat dan bengkel ini merupakan sesi libat urus / engagement di antara sektor awam, swasta dan institusi pengajian tinggi yang bertujuan untuk :

i.

Bengkel ini dikendalikan oleh dua orang fasilitator daripada PIPPA, yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan sumber manusia dan pembangunan organisasi.

Menerusi sesi libat urus / engagement yang dijalankan, maklum balas dan cadangan daripada sektor awam, swasta dan institusi pengajian tinggi yang diterima akan digunakan dalam membangunkan garis panduan organisasi berprestasi tinggi sektor awam mengikut acuan dan budaya Malaysia. Secara tidak langsung mendokong hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi dan menyokong usaha-usaha untuk memperkukuhkan kedudukan Malaysia dalam indeks global seperti dalam World Competitiveness Yearbook (WCY) oleh International Institute for Management Development (IMD), E-Government Development Index (EGDI) oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International (TI).

i. mendapatkan maklum balas dan input daripada pakar-pakar tempatan mengenai cadangan pembangunan garis panduan organisasi berprestasi tinggi bagi agensi sektor awam;

ii. platform perkongsian ilmu dan pengalaman di antara pihak kerajaan, swasta dan institusi pengajian tinggi dalam mengenal pasti elemen dan ciri organisasi berprestasi tinggi; dan

iii. membangunkan rangka kerja garis panduan pembangunan organisasi berprestasi tinggi sektor awam.

Page 4: antara mampu dan jabata

4

Bengkel Pemurnian Rangka Dasar Perlindungan Ketirisan Maklumat Elektronik Sektor Awam telah diadakan pada 24 Mac 2016 dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi dengan kerjasama Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO). Tujuan bengkel ini adalah untuk membincangkan dan menyemak semula Rangka Dasar Perlindungan Ketirisan Maklumat Elektronik Sektor Awam yang disediakan oleh MAMPU bersama-sama dengan CGSO bermula dari tahun 2013. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Perkhidmatan Gunasama Infrastruktur dan Keselamatan ICT, Encik Ahmad bin Osman dan dihadiri oleh 20 orang pegawai dari beberapa agensi iaitu MAMPU, CGSO, Kementerian Dalam Negeri (MOHA) , Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Luar Negeri (KLN), Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Merujuk kepada Mesyuarat Jawatankuasa e-Kedaulatan Bil. 1/2013 pada 14 Januari 2013, mesyuarat bersetuju bahawa cadangan pembangunan Rangka Kerja dan Rangka Dasar Perlindungan Ketirisan Maklumat Elektronik Sektor Awam diterajui oleh MAMPU.

Menurut Arahan Keselamatan yang dikeluarkan oleh CGSO, ketirisan maklumat boleh diertikan sebagai kebocoran atau kehilangan sesuatu data, berita atau laporan organisasi yang dianggap sulit dari sumbernya. Ketirisan maklumat boleh berlaku sama ada dalam keadaan sengaja atau tidak disengajakan.

Rangka Dasar Perlindungan Ketirisan Maklumat Elektronik Sektor Awam bertujuan memberi panduan untuk menentukan klasifikasi maklumat yang perlu dilindungi serta kaedah perlindungan asas yang perlu dilaksanakan. Maklumat kerajaan walau dalam apa bentuk pun perlu dilindungi daripada ancaman ketirisan atau kehilangan bagi menjamin keselamatan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan seiring dengan Arahan Keselamatan, Akta Arkib Negara serta lain-lain arahan kerajaan yang berkaitan.

Rangka Dasar ini boleh membantu agensi sektor awam di dalam membangunkan Dasar Perlindungan Ketirisan Maklumat Elektronik Agensi yang khusus dan bersesuaian dengan keperluan agensi masing-masing seiring dengan kehendak undang-undang dan peraturan yang sedang berkuatkuasa. Dasar Perlindungan Ketirisan Maklumat Elektronik Agensi yang dibangunkan di peringkat agensi ini akan diguna pakai di dalam konfigurasi Sistem Perlindungan Ketirisan Maklumat Elektronik Agensi.

Oleh : Yusma Ainnie Mohd NawiBahagian Pembangunan Perkhidmatan Gunasama Infrastruktur dan Keselamatan ICT

BENGKEL PEMURNIAN RANGKA DASAR PERLINDUNGAN KETIRISAN MAKLUMAT ELEKTRONIK SEKTOR AWAM

Dasar Perlindungan KetirisanMaklumat Elektronik

Di Peringkat Organisasi/Agensi

Rangka DasarPelindungan Ketirisan Maklumat

Elektronik Di Peringkat Organisasi/Agensi

SISTEMPERLINDUNGAN KETIRISAN MAKLUMAT

ELEKTRONIK(DATA LEAKAGE PROTECTION SISTEM)

SISTEM APLIKASI

RANGKAIAN

PERKHIDMATAN INTERNET/EMEL

RANGKA KERJAPERLINDUNGANKETIRISANMAKLUMATELEKTRONIKSEKTOR AWAM

Page 5: antara mampu dan jabata

5LAWATAN DALAM NEGARA

Oleh : Nurnadia Zainal AbidinBahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat

LAWATAN DELEGASI DALAM NEGARA

MAMPU telah menerima lawatan daripada 7 orang pegawai Petronas yang diketuai oleh Encik Redza Goh, Petronas Group Chief Information Officer pada 10 Mac 2016. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai perkhidmatan dan produk ICT yang dibangunkan dan diguna pakai oleh MAMPU selain bertukar-tukar pandangan bagi memantapkan lagi sistem ICT sedia ada di Petronas termasuk isu dan cabaran dalam industri ICT negara.

Pada 18 Mac 2016, MAMPU telah menerima lawatan daripada Markas Tentera Darat. Lawatan ini bertujuan untuk melihat secara praktikal dan berkongsi pengalaman dalam melaksanakan pengurusan rekod secara elektronik dengan penggunaan aplikasi Digital Document Managemet System (DDMS) di MAMPU.

Lawatan daripada Masjid Negara ke MAMPU pada 22 Mac 2016 ini diketuai oleh Tuan Hj. Yusuff bin Ahmad, Timbalan Imam Besar Masjid Negara. Lawatan kerja seramai 11 orang anggota Masjid Negara ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan mengenai sistem-sistem pengurusan yang diguna pakai di MAMPU dan idea-idea bagi memantapkan lagi sistem pengurusan sedia ada di organisasi Masjid Negara.

Page 6: antara mampu dan jabata

6

Oleh : Jonathan Lim Jiun YenBahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat

LAWATAN DELEGASI LUAR NEGARA

Pada 3 Mac 2016, MAMPU telah menerima kunjungan hormat daripada Khartoum State, Republik Sudan. Lawatan diketuai oleh Encik Ossama Hassona Ahmed, Menteri Pembangunan Kemanusiaan dan Buruh, dengan diiringi oleh empat orang Pegawai Kanan dari Khartoum State, Kerajaan Republik Sudan.

Dalam sesi pertemuan tersebut, Encik Ossama Hassona Ahmed telah menyatakan hasrat untuk mengadakan kolaborasi strategik dengan MAMPU yang berperanan sebagai agensi pusat dalam mentransformasikan sistem penyampaian perkhidmatan awam secara berkesan serta berminat untuk mempelajari pelaksanaan perekayasaan proses dan perosedur (BPR).

Botswana Vision 2036 Presidential Task Team daripada Republik Botswana telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim bin Seman, Ketua Pengarah MAMPU, pada 21 Mac 2016. Lawatan ini diketuai oleh Encik Martin Makgathle, Timbalan Pengerusi Bostwana Vision 2036 Presidential Task Team dengan diiringi oleh Lt. General Tebogo Masire, dan 9 orang pegawai kanan lain daripada sektor awam dan swasta Republik Botswana yang ditugaskan untuk menggubal Dasar Wawasan Botswana 2036.

Lawatan ini bertujuan untuk mempelajari melalui perkongsian pengalaman dan pandangan berkenaan proses transformasi penyampaian perkhidmatan awam di samping beberapa program MAMPU yang lain dalam menuju Wawasan 2020.

Seramai empat orang pegawai muda daripada Seychelles Young Leadership Programme, Republik Seychelles telah mengadakan lawatan ke MAMPU Putrajaya, pada 24 Mac 2016. Ianya merupakan satu program lawatan secara timbal balik susulan lawatan rasmi YB Menteri MOSTI ke negara Seychelles pada 14-18 Mac 2016.

Pelbagai maklumat berkenaan produk dan perkhidmatan ICT MAMPU telah dikongsikan kepada delegasi semasa sesi lawatan ini. Delegasi berpandangan bahawa Malaysia mempunyai satu sistem e-Government yang komprehensif dan berhasrat untuk mendapatkan khidmat nasihat berkenaan pelaksanaan sistem tersebut di negara Seychelles daripada pihak MAMPU pada masa hadapan.

Page 7: antara mampu dan jabata

7

Page 8: antara mampu dan jabata

8

Puan Nur Fazilah binti Ahmad Tajuk idea: Borang Pentadbiran diletak di Intranet MAMPU Ulasan: §  Borang pentadbiran seperti keluar stesen, kebenaran keluar pejabat, cuti sakit dan lain-lain

yang berkaitan diletakkan di Unit Pengurusan. Masalah yang sering timbul adalah seperti kehabisan borang, pegawai bertanggungjawab tiada di tempat dan kedudukan tempat pegawai dengan Unit Pengurusan yang agak jauh. Apatah lagi borang yang perlu diisi memerlukan tandatangan dan pengesahan pegawai penyelia dengan segera. Adalah diharapkan agar borang seperti ini dapat diletakkan di intranet MAMPU bagi kemudahan pegawai MAMPU tanpa kekangan lagi. Pegawai yang memerlukan borang secara manual ini boleh memuat turun dan mencetak di bahagian masing-masing. Ini dapat menjimatkan masa dan kertas kerana bila diperlukan sahaja dicetak.

Wall of Ideas

Puan Fara Wahida binti Sunary Tajuk idea: Sudut Sihat MAMPU / Info Sihat@MAMPU Ulasan: Menyediakan satu sudut atau ruangan khas berkaitan kesihatan. Ruangan/sudut ini perlu mengandungi beberapa perkara seperti berikut: §  alat penimbang §  alat pengukur ketinggian §  jadual BMI dan cara pengiraan BMI §  menyediakan ruangan berkaitan kesihatan §  menyebarkan info berkaitan senaman yang boleh dibuat walaupun hanya di hadapan

komputer

PerkongsianMAMPU

KURIK KUNDI MERAH SAGAYang Dipertua, Yang di-Pertua, Yang Dipertuan dan Yang di-Pertuan

Nota: Bagi ketua negeri Melaka, Pulau-Pinang, Sabah dan Sarawak, frasa yang betul ialah Yang di-Pertua

Yang di-Pertuan

Yang di-Pertua

Yang Dipertua Digunakan khusus untuk ketua bagi sesebuah organisasi atau pertubuhan. Contohnya, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu dan Yang Dipertua Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

Ketua dalam Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Dewan Negeri.Contohnya, Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, dan Yang di-Pertua Dewan Negeri.

Digunakan khusus untuk ketua negara dan ketua negeri, contohnyaYang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Besar.

KURIK KUNDI MERAH SAGAKata sendi nama DARI digunakan dihadapan kata namaatau frasa nama tempat yangmenyatakan arah, tempat, dan masa (ATM).

Contoh ayat:(1) Awak datang dari mana?

(2) Keadaannya semakin tenat dari sehari ke sehari.

DARI ATAU DARIPADA?

Punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda, dan unsur abstrak

Menyatakan sebahagian daripada semua,perbezaan, perubahan atau perbandingan.

Sumber atau kejadian sesuatu benda

Perbezaan atau perbandingan

Kata sendi nama DARIPADA pula hadir di hadapan kata namaatau frasa nama yang menyatakan perkara yang berikut:

(A)

(B)

(C)

(D)

Rekaan Grafik : Masran OthmanFoto : Syaiful Farizal Mohd Nor