ancaman luar

12
Ancaman luar Malaysia Ancaman dalaman Malaysia

Upload: virgo-christopher-wong

Post on 16-Dec-2015

24 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

Ancaman luar

Ancaman luar MalaysiaAncaman dalaman MalaysiaSebelum kita membincangkan ancaman-ancaman geopolitik yang dihadapi oleh Malaysia, elok dibincangkan kaedah yang digunakan oleh Malaysia untuk menghadapi ancaman-ancaman ini.Semenjak dari kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 dan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, Malaysia telah menggunakan kaedah pragmatik dalam usaha untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman luar. Kaedah pragmatik yang dimaksudkan adalah penggunaan diplomasi yang diperkuatkan dengan keupayaan ketenteraan bagi menghadapi ancaman dari luarDiplomasiKaedah diplomasi yang digunakan oleh Malaysia adalah dengan menganggotai pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan ASEAN. Antara 4 pertubuhan antarabangsa ini, yang paling menarik adalah NAM dan ASEAN.

ASEAN pula asalnya daripada pergerakan MALPHILINDO yang bertujuan untuk mencari jalan tengah untuk mengelakkan perang antara Malaysia dengan kedua-dua Indonesia dan Filipina meletus. Walaupun MALPHILINDO gagal mencapai objektif utamanya, hasilnya adalah penubuhan ASEAN yang sehingga hari ini agak efektif dalam memastikan konflik bersenjata antara negara anggotanya tidak meletus sehingga menjadi peperangan terbuka.KetenteraanPada awal kemerdekaan negara, keupayaan pertahanan negara menghadapi ancaman luar amatlah kurang. Fokus pertahanan negara ketika itu adalah menangani ancaman dalaman, terutamanya daripada puak komunis. Oleh itu, kebanyakan perbelanjaan ketenteraan ketika itu ditumpukan terhadap memperkuatkan keupayaan ATM dalam perang menentang insurgensi, ataupun counter-insurgency (COIN) warfare (Hasil pengalaman 1948 1960, ATM dan PDRM diperakui sebagai pakar COIN terbaik di dunia. Pakar-pakar dari ATM dan PDRM telah dipinjamkan kepada AS dalam membantu Tentera AS menghasilkan doktrin COIN mereka sendiri. Malahan, elemen doktrin pusat peperangan hutan di Fort Benning, Georgia yang dioperasikan oleh oleh Special Operations Command US telah dihasilkan oleh warga GGK yang dipinjamkan ke Fort Benning. Penulis percaya, jika GGK ditubuhkan 10 tahun lebih awal ataupun Perang Vietnam berlaku 10 tahun lebih lambat, AS mungkin dapat memenangi Perang Vietnam.).Indonesia Hari Ini

Biarpun hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia pulih selepas Tragedi Gestapu pada tahun 1966, elemen anti-Malaysia di kalangan rakyat Indonesia masih lagi berleluasa. Ini terbukti dengan munculnya kumpulan vigilante Bendera yang mengumumkan bahawa mereka akan memburu rakyat Malaysia yang berada di Jakarta ketika hubungan Malaysia Indonesia menjadi panas beberapa tahun dahulu akibat isu pertindihan hak milik ke atas kepulauan Ambalat.Dari segi ancaman ketenteraan, tahun lepas ABRI telah membuat pesanan pembelian aset pertahanan dalam bentuk kereta kebal utama (MBT) Leopard 2 dan sistem MLRS dalam bentuk ASTROSS II. Menariknya, kedua-dua aset ini dicadangkan untuk ditempatkan di bahagian selatan kepulauan Borneo yang dimiliki oleh Indonesia, iaitu Kalimantan. Kedua-dua pembelian ini tidak termasuk pembelian pesawat penggempur baru SU-30.Singapura

Jika hubungan Malaysia Indonesia dianggap antara dua saudara yang sukar putus, hubungan Malaysia Singapura adalah jauh lebih unik. Konsep negara serumpun tidak boleh digunapakai; komposisi rakyat kedua-dua negara adalah bersongsangan. Namun, kedua-dua negara diikat oleh sejarah pergabungan dan perpisahan dan boleh diibaratkan seperti sepasang kekasih yang telah bercerai, tetapi masih lagi tidak dapat melupakan masing-masing.

Filipina Hari Ini

Keupayaan ketenteraan Filipina hari ini amatlah menyedihkan sekiranya dibandingkan dengan keupayaannya pada puncak kegemilangannya. Kehadiran Pengkalan Tentera AS Teluk Subic sehingga pertengahan 90-an berserta kegiatan rasuah dan pecah amanah berleluasa telah melemahkan keupayaan AFP.Semenjak Singapura merdeka daripada Malaysia pada tahun 1966, Singapura telah giat membangunkan sektor pertahanan mereka sehingga menjadi kuasa tentera paling mantap dan moden di Asia Tenggara. Dengan bantuan Israel, Singapura bukan sahaja memiliki angkatan tentera yang mantap, tetapi juga sebuah industri pertahanan yang mampu melengkapkan angkatan tenteranya dengan peralatan yang canggih.Hubungan Malaysia Singapura menjadi keruh seketika bermula semenjak Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat. Mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew telah beberapa kali secara terbuka mencabar mana-mana jirannya untuk cuba menyerang Singapura. Walaupun secara tidak langsung, cabaran tersebut sebenarnya ditujukan kepada Malaysia, khususnya Tun Mahathir Mohamad.Ancaman dalamanAncaman dalaman yang dihadapi oleh Malaysia terdiri daripada gerakan fanatism politik, agama dan kaum. Antara contoh gerakan sedemikian yang pernah bergerak dalam Malaysia dan dikenalpasti adalah gerakan komunis (yang terdiri daripada PKM, PKM Marxist Leninism, PKM Revolutionary Force dan PARAKU), kumpulan militan al Maunah, kumpulan al-Arqam yang suatu ketika dahulu dipercayai telah menubuhkan satu unit bergelar Tentera Badar 300). Sesetengah ancaman ini masih wujud, tetapi dalam bentuk lain. Sekaligus memerlukan pantauan berterusan oleh pihak berkuasa. Tetapi fokus perbincangan hari ini bukanlah ancaman daripada kumpulan-kumpulan ini.