laporan 8 cadangan inisiatif menangani ancaman …

12
1 LAPORAN 8 CADANGAN INISIATIF MENANGANI ANCAMAN AJARAN SESAT PERANAN INDIVIDU Mendukung dan sentiasa berpegang kepada ajaran al-Qur’an, as-Sunnah, ijmak ulama’ dan qias. Menanam kepekaan dan kewaspadaan yang tinggi terhadap ajaran sesat. Memperlengkapkan diri dengan kemantapan fahaman Islam yang sebenar kerana pengaruh ajaran sesat dapat ditangkis sekiranya memiliki ilmu agama yang mantap sama ada melalui proses pembelajaran secara formal atau tidak formal. Mengenal ciri atau kriteria ajaran sesat di mana secara umumnya suatu ajaran dikategorikan sesat apabila bertentangan dengan ajaran al-Qur’an dan As-Sunnah, baik dalam persoalan iktikad (keyakinan) mahupun dalam persoalan ibadah. Membina benteng diri dan menjaga individu dalam lingkungan tanggungjawab daripada terjerumus dalam mana-mana kelompok ajaran sesat. Mengamalkan pembelajaran berterusan dan sentiasa merujuk kepada guru-guru yang muktabar. Menghindari sebarang fahaman atau ajaran yang disampaikan secara rahsia, sembunyi, mudah dan tawaran janji dengan pelbagai ganjaran duniawi dan ukhrawi dan sentiasa berwaspada dengan tindak tanduk mereka. Menjauhi perasaan ingin mencuba sesuatu fahaman baharu dan bergantung pada logik akal dengan sentiasa merujuk kepada ilmuwan agama dan pihak berautoriti bagi menentukan kesahihannya. Menghadapi gerakan ancaman sesat secara berilmu, berjamaah dan berdiplomasi. Menyalurkan maklumat dan melapor dengan segera sekiranya mendapati dan mengesan sesuatu yang mencurigakan segi fahaman, ajaran, amalan, pengubatan, pertahanan diri dan seumpamanya kepada pihak berkaitan.

Upload: others

Post on 17-Oct-2021

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN 8 CADANGAN INISIATIF MENANGANI ANCAMAN …

1

LAPORAN 8 CADANGAN INISIATIF MENANGANI

ANCAMAN AJARAN SESAT

PERANAN INDIVIDU

Mendukung dan sentiasa berpegang kepada ajaran al-Qur’an, as-Sunnah, ijmak ulama’ dan qias.

Menanam kepekaan dan kewaspadaan yang tinggi terhadap ajaran sesat.

Memperlengkapkan diri dengan kemantapan fahaman Islam yang sebenar kerana pengaruh ajaran sesat dapat ditangkis sekiranya memiliki ilmu agama yang mantap sama ada melalui proses pembelajaran secara formal atau tidak formal.

Mengenal ciri atau kriteria ajaran sesat di mana secara umumnya suatu ajaran dikategorikan sesat apabila bertentangan dengan ajaran al-Qur’an dan As-Sunnah, baik dalam persoalan iktikad (keyakinan) mahupun dalam persoalan ibadah.

Membina benteng diri dan menjaga individu dalam lingkungan tanggungjawab daripada terjerumus dalam mana-mana kelompok ajaran sesat.

Mengamalkan pembelajaran berterusan dan sentiasa merujuk kepada guru-guru yang muktabar.

Menghindari sebarang fahaman atau ajaran yang disampaikan secara rahsia, sembunyi, mudah dan tawaran janji dengan pelbagai ganjaran duniawi dan ukhrawi dan sentiasa berwaspada dengan tindak tanduk mereka.

Menjauhi perasaan ingin mencuba sesuatu fahaman baharu dan bergantung pada logik akal dengan sentiasa merujuk kepada ilmuwan agama dan pihak berautoriti bagi menentukan kesahihannya.

Menghadapi gerakan ancaman sesat secara berilmu, berjamaah dan berdiplomasi.

Menyalurkan maklumat dan melapor dengan segera sekiranya mendapati dan mengesan sesuatu yang mencurigakan segi fahaman, ajaran, amalan, pengubatan, pertahanan diri dan seumpamanya kepada pihak berkaitan.

Page 2: LAPORAN 8 CADANGAN INISIATIF MENANGANI ANCAMAN …

2

PERANAN INSTITUSI KELUARGA

Memberi didikan agama yang sempurna terutamanya yang menyentuh aspek aqidah.

Mengawasi dan meningkatkan kepekaan terhadap aktiviti dan pergaulan kerana apabila seorang anak tidak mendapatkan perhatian dan bimbingan daripada ibu bapa atau penjaga, maka faktor lingkungannya sangat berpotensi untuk merubah pemikirannya. Sehubungan itu, setiap ibu bapa atau penjaga mesti mengawasi gerak laku dan pergaulan anak atau jagaan mereka. Ini kerana walaupun pendidikan di dalam keluarganya baik, tetapi sikap seseorang individu boleh berubah menjadi tidak baik ketika bergaul di luar.

Mengambil tindakan bersifat mencegah, umpamanya memantau semua akses bahan-bahan bacaan atau tontonan yang diperoleh sama ada menerusi media cetak, media elektronik, media digital mahupun media sosial.

Mendidik keluarga tentang cara bagaimana untuk mengelakkan diri dari terjerumus dalam ajaran sesat.

Memberi galakan dan sokongan sekiranya ada ahli keluarga yang memerlukan menjalani program pemulihan aqidah.

Page 3: LAPORAN 8 CADANGAN INISIATIF MENANGANI ANCAMAN …

3

PERANAN

INSTITUSI KEMASYARAKATAN

Meningkatkan kepekaan terhadap sebarang aktiviti dan gerakan ajaran sesat yang berlaku di dalam masyarakat sebelum ianya berkembang luas. Ini kerana masyarakatlah golongan pertama yang mampu menghidu dan mengetahui sama ada wujud sebarang aktiviti berkaitan ajaran yang menyimpang dari ajaran Islam atau tidak di kawasan mereka.

Melibatkan secara aktif dalam mencegah kemungkaran dengan menyalurkan maklumat dan melaporkan segera kepada pihak berautoriti sekiranya mengesan sebarang usaha, aktiviti dan gerakan ajaran sesat.

Membantu pihak-pihak berautoriti dalam mengenal pasti ketua-ketua, guru-guru pembawa dan pendukung ajaran sesat untuk tindakan selanjutnya.

Meningkatkan peranan dan kepekaan terhadap setiap aduan dan pertanyaan penduduk kariah masing-masing. Dalam hal ini, kepemimpinan komuniti (imam, penghulu dan ketua masyarakat) harus memain peranan masing-masing dalam menjelaskan dan menyebarkan maklumat termasuk memberi penerangan kepada masyarakat kerana sekiranya golongan ini kurang ilmu dan kurang arif tentang agama Islam yang sebenar mereka akan mudah terkeliru dan condong kepada amalan agama yang menggunakan pendekatan jalan pintas, mudah dan sesuai dengan corak hidup mereka. .

Page 4: LAPORAN 8 CADANGAN INISIATIF MENANGANI ANCAMAN …

4

PERANAN INSTITUSI KEMASYARAKATAN

(...sambungan)

Meningkatkan kepekaan terhadap sebarang aktiviti dan gerakan ajaran sesat yang berlaku di dalam masyarakat sebelum ianya menular dan merebak luas. Ini kerana masyarakatlah golongan pertama yang mampu menghidu dan mengetahui sama ada wujud sebarang aktiviti berkaitan ajaran yang menyimpang dari ajaran Islam atau tidak di kawasan mereka.

Melibatkan secara aktif dalam mencegah kemungkaran dengan menyalurkan maklumat dan melaporkan segera kepada pihak berautoriti sekiranya mengesan sebarang usaha, aktiviti dan gerakan ajaran sesat.

Membantu pihak-pihak berautoriti dalam mengenal pasti ketua-ketua, guru-guru pembawa dan pendukung ajaran sesat untuk tindakan selanjutnya.

Meningkatkan peranan dan kepekaan terhadap setiap aduan dan pertanyaan penduduk kariah masing-masing. Dalam hal ini, kepemimpinan komuniti (imam, penghulu dan ketua masyarakat) harus memain peranan masing-masing dalam menjelaskan dan menyebarkan maklumat termasuk memberi penerangan kepada masyarakat kerana sekiranya golongan ini kurang ilmu dan kurang arif tentang agama Islam yang sebenar mereka akan mudah terkeliru dan condong kepada amalan agama yang menggunakan pendekatan jalan pintas, mudah dan sesuai dengan corak hidup mereka.

Page 5: LAPORAN 8 CADANGAN INISIATIF MENANGANI ANCAMAN …

5

PERANAN MEDIA (MEDIA CETAK/MEDIA ELEKTRONIK/MEDIA DIGITAL)

Menyokong usaha pemantauan, penapisan dan pengharaman terhadap program atau pengisian menerusi media cetak, media elektronik, media digital dan media penyiaran bagi memelihara aqidah dan pemikiran umat Islam daripada dicemari oleh elemen-elemen daripada ajaran sesat atau fahaman menyimpang yang lain.

Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan ke atas media digital dan media sosial yang merupakan wadah yang berpotensi menyediakan ruang tanpa sempadan dalam menyebarkan pengaruh, fahaman dan pemikiran ajaran sesat ataau fahaman menyimpang yang lain kepada masyarakat melalui laman web, blog, Facebook, Youtube, Whatsapp, Instagram dan sebagainya.

Menggalakkan penerbitan penulisan, karya seni atau program yang berunsur Islam dan nilai murni sejagat dengan memberi penekanan pada prinsip informatif yang bersifat sahih, benar, tepat, bernilai tambah, mendidik serta bebas daripada unsur-unsur tahyul, khurafat, keganasan dan tidak bermoral bagi melindungi aqidah serta pemikiran umat Islam, menyuburkan nilai dan budaya murni serta mewujudkan biah solehah dalam masyarakat.

Page 6: LAPORAN 8 CADANGAN INISIATIF MENANGANI ANCAMAN …

6

PERANAN PERTUBUHAN ISLAM BUKAN KERAJAAN (NGOi)

Memperkukuhkan komitmen dan meningkatkan pemufakatan serta kerjasama antara NGOi-NGOi supaya dapat melaksanakan peranan dengan lebih berkesan dalam membantu membanteras pengaruh dan fahaman ajaran yang menyimpang.

Membangun NGOi yang kompeten yang berperanan khusus dalam mengatasi gerakan dan ancaman ajaran sesat.

Membina kesepakatan dalam kalangan NGOi khususnya peguam Muslim untuk menghadapi dan menangani taktik yang digerakkan melalui usaha perundangan.

Menjadi feeder kepada kerajaan dan institusi agama untuk menghadapi dan menangkis strategi, taktik dan propaganda ajaran sesat.

Mewujudkan saluran dana sumbangan untuk mengawasi umat Islam daripada terpengaruh dengan pelawaan ajaran sesat.

Meningkatkan peranan dan menjalin kerjasama dengan institusi-institusi (pendidikan dan penyelidikan) lain untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat mengenai ancaman ajaran sesat dan fahaman menyimpang lain yang boleh menjejaskan aqidah umat Islam.

Melancarkan kempen dan menggerakkan aktiviti atau program berimpak dalam menanam kesedaran dan memupuk rasa kebersamaan untuk menangani pengaruh dan aktiviti ajaran sesat agar masyarakat merasakan perlunya mereka memain peranan dan menjadi mata dan telinga pihak berautoriti dalam menyekat penularan ajaran sesat.

Page 7: LAPORAN 8 CADANGAN INISIATIF MENANGANI ANCAMAN …

7

PERANAN INSTITUSI PENDIDIKAN & PENYELIDIKAN/PEMULIHAN ISLAM

Menggerak dan menggalakkan kerja-kerja penyelidikan untuk mengenal pasti penyelewengan yang wujud dalam ajaran sesat termasuk yang beraliran sufi, tarekat dan tasawwuf serta menformulasi pendekatan dan tindakan terbaik untuk berhadapan dengan mereka.

Menjalankan penyelidikan tentang tata cara dan prosedur menangani pesalah murtad dan syirik.

Menyediakan pakar-pakar dalam bidang pengajian dan pengkajian doktrin-doktin ajaran sesat.

Melahirkan pakar-pakar dalam bidang kaunseling dan psikologi untuk golongan yang terpengaruh dan terjerumus dengan ajaran sesat.

Menyediakan platform pusat rujukan dan pangkalan data maklumat berkaitan ilmu tasawwuf dan menerbitkan bahan penerbitannya serta mengenal pasti karya yang muktabar.

Menambah baik modul-modul di semua peringkat pendidikan sama ada di peringkat sekolah mahupun di peringkat institusi pengajian tinggi sebagai langkah pencegahan dan pendedahan awal mengenai ancaman dan fahaman yang menyimpangkan aqidah, jiwa serta pemikiran generasi muda termasuk golongan pelajar.

Menyediakan program pemulihan dan pengukuhan aqidah untuk golongan yang terlibat dengan ajaran sesat dan menilai semula modul dan pendekatan yang digunakan menepati tuntutan pemulihan serta pengukuhan yang mengambil kira perkembangan semasa.

Menganjurkan program dakwah, penerangan, pencerahan dan penjelasan kepada semua peringkat yang berpotensi dijadikan sasaran oleh individu atau gerakan ajaran sesat dan fahaman menyimpang yang lain.

Menganjurkan dan mengumpulkan pakar-pakar tasawwuf dalam muzakarah atau dialog tasawwuf di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa untuk mengupas isu-isu berkaitannya.

Menjana institusi menjadi pusat kecermerlangan ilmu Islam yang mampu menggerakkan peranan penyediaan hujah yang bernas untuk menyucikan perkara-perkara berkaitan aqidah, syari’at dan tasawwuf Islam.

Page 8: LAPORAN 8 CADANGAN INISIATIF MENANGANI ANCAMAN …

8

PERANAN MASJID/SURAU DAN KEPEMIMPINAN KOMUNITI

Meningkatkan peranan masjid sebagai sebahagian daripada saluran yang menyampaikan maklumat berkaitan dengan isu dan permasalahan umat Islam termasuk jika wujud individu atau kumpulan yang cuba menyebarkan pengaruh dan ajaran yang menyimpang di kariah atau daerah mereka.

Memberi pendedahan ilmu dan kemahiran kepada kepemimpinan komuniti termasuk ahli jawatankuasa masjid bagi membolehkan mereka mengurus masjid, kawasan dan masyarakat secara proaktif dan efisien.

Mendapatkan sokongan daripada Majlis Agama Islam Negeri untuk menganjurkan program perpaduan ummah di kalangan ahli-ahli kariah supaya sebarang ancaman yang boleh menjejaskan aqidah, pemikiran dan akhlak masyarakat setempat boleh ditangani secara kolektif dan berkesan.

Memastikan para tenaga pengajar (asatizah, da’i dan penceramah) yang menyampaikan ilmu adalah di kalangan individu yang berkelayakan dan mempunyai tauliah daripada Majlis Agama Islam Negeri.

Mengimarahkan masjid dan surau dengan program-program ilmu yang utama, relevan dan bernilai tambah yang membantu meneguhkan aqidah, pemikiran dan akhlak umat Islam.

Page 9: LAPORAN 8 CADANGAN INISIATIF MENANGANI ANCAMAN …

9

PERANAN UNDANG-UNDANG DAN PENGUATKUASAAN

Mewartakan enakmen kawalan ajaran sesat dan melaksanakan secara menyeluruh.

Menyegerakan tindakan pewartaan dan menyebarluaskan hebahan pewartaan kepada masyarakat umum.

Memperkasakan institusi Mahkamah Syariah dan memberi kuasa yang lebih besar kepada Mahkamah Syariah dalam mengendalikan hal ehwal umat Islam khususnya dalam hal berkaitan ajaran sesat.

Memperkemas dan meningkatkan usaha Bahagian Penguatkuasaan dalam membanteras ajaran sesat.

Meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan melalui sinergi tindakan secara bersepadu oleh semua pihak dalam membendung gerakan ajaran sesat daripada terus menular dalam masyarakat, umpamanya tindakan kawalan penerbitan dan pengedaran bahan-bahan kandungan yang boleh membawa pada penyelewengan agama Islam.

Memperketatkan pemantauan dan penguatkuasaan ke atas para pendakwah tempatan dan luar negara yang cenderung dan berpotensi menyuntik dan menyebar fahaman ajaran sesat.

Page 10: LAPORAN 8 CADANGAN INISIATIF MENANGANI ANCAMAN …

10

PERANAN AUTORITI DAN INSTITUSI AGAMA

Mengutamakan peranan Sultan sebagai Ketua Agama Islam dalam menjaga kesucian agama Islam.

Mempasakkan pegangan di kalangan umat Islam agar berpegang teguh pada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Memberi penekanan dan pencerahan mengenai kepentingan menjadikan al-Qur’an, as-Sunnah, ijmak ulama’ dan qias sebagai rujukan untuk menghindari sebarang kekeliruan dan kesesatan dalam memahami ajaran Islam serta menangani sebarang isu dan permasalahan bersangkutan.

Mengutamakan peranan ulama’ dalam memberi pencerahan, penegasan, dan mengeluarkan fatwa mengenai ancaman ajaran sesat termasuk yang bersifat kontemporari.

Menyediakan kemudahan dan program yang memudahkan umat Islam mempelajari dan menghayati Islam berpaksikan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai asas pemeliharaan aqidah.

Menggunakan pelbagai medium penyebaran dan mempergiatkan program-program penerangan untuk mendedahkan ajaran sesat di kalangan umat Islam.

Membentuk kumpulan da’i yang berpengetahuan, berkemahiran dan bertauliah yang mampu mendekati masyarakat dalam memberi kesedaran, pencerahan dan kefahaman mengenai penyelewengan fahaman ajaran sesat agar mereka lebih berhati-hati dan peka.

Menyedia dan membangunkan medium efektif dan strategik untuk memberi ruang kepada masyarakat mengajukan sebarang permasalahan dan kemusykilan dan mendapatkan pencerahan yang cepat, sahih dan tepat.

Mempergiatkan usaha pemantauan dan penguatkuasaan dalam penyelewengan aqidah yang berselindung di sebalik ajaran tasawwuf dan tarekat yang berleluasa di kalangan masyarakat Islam.

Menggerakkan secara proaktif peranan semua agensi berkaitan untuk sama-sama memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat mengenai ancaman ajaran sesat dan fahaman yang menyimpang yang boleh menjejaskan aqidah umat Islam.

Page 11: LAPORAN 8 CADANGAN INISIATIF MENANGANI ANCAMAN …

11

PERANAN AUTORITI DAN INSTITUSI AGAMA (...sambungan)

Mempertingkatkan hebahan fatwa pengharaman ajaran sesat fahaman secara meluas dan kriteria-kriteria penyimpangan yang dibawa oleh setiap kumpulan tersebut supaya masyarakat lebih berhati-hati dan tidak terpedaya dengan kelicikan gerakan tersebut.

Meluaskan hebahan dan pendedahan mengenai penyimpangan pemikiran dan strategi tindakan gerakan ajaran sesat menerusi pelbagai platform.

Memberi pendedahan menyeluruh tentang cara berfikir Islam yang sebenarnya kepada masyarakat termasuk memberi kefahaman mantap tentang sumber-sumber ilmu sahih dan dibenarkan dalam syari’at Islam.

Menjalankan saringan dan pemantauan ke atas para penceramah dari luar negara yang berkemungkinan membawa pengaruh ajaran sesat atau fahaman menyimpang serta mempunyai agenda tersirat dalam meracuni aqidah dan pmenyebarkan fahaman mereka.

Meneliti dan memperketatkan pemantauan saringan dan penguatkuasaan terhadap kandungan yang dipaparkan media yang berpotensi menyuntik unsur penyelewengan aqidah dan kemunculan ajaran sesat, terutamanya yang berkaitan tasawwuf teosofi, amalan dan fahaman batiniah, amalan khurafat dan penggunaan logik akal.

Melakukan pemantauan dan memblok laman-laman web dan blog yang dikenal pasti menyiarkan kandungan yang menyimpang dari ajaran Islam.

Menghapuskan kelompangan berhubung undang-undang berkaitan risikan dan penyiasatan di kalangan penguatkuasa agama supaya aspek penyiasatan, dan kaedah menangani kes dapat dibuat dengan lebih efisien dan mengelakkan penyelesaian yang lambat terhadap satu-satu kes ajaran sesat.

Menjalin kerjasama antara semua pihak berautoriti seperti pihak penguatkuasa agama dengan pihak keselamatan agar dapat memendekkan tempoh penyiasatan dan penyelesaian sesuatu kes ajaran sesat.

Menjadikan agenda pembanterasan penyelewengan aqidah sebagai keutamaan semua pihak berautoriiti terutama di bawah jabatan agama seperti bahagian dakwah, bahagian pendidikan, bahagian masjid dan juga penguatkuasa agama.

Page 12: LAPORAN 8 CADANGAN INISIATIF MENANGANI ANCAMAN …

12

PERANAN AUTORITI DAN INSTITUSI AGAMA (...sambungan)

Mengemas kini mekanisme pembanterasan ajaran dengan membuat penyelarasan semua agensi yang terlibat dengan pihak berautoriti contohnya pembanterasan diberikan sepenuhnya kepada bahagian penguatkuasaan, tetapi tidak semua negeri mempunyai pegawai atau unit khas siasatan yang fokus kepada masalah ajaran sesat sahaja.

Menubuh unit khas yang melatih penguatkuasa agama agar fokus kepada kes ajaran sesat sahaja dan mengekalkan mereka di bahagian ini tanpa ditukarkan ke bahagian lain dalam Jabatan Agama. Begitu juga pihak pendakwaan perlu memantapkan lagi kemahiran segi mengemukakan kes di mahkamah dengan memastikan bukti dan keterangan sokongan adalah kukuh sehingga dapat meyakinkan mahkamah.

Merangka satu program yang menggalakkan masyarakat untuk terlibat sama secara kolektif untuk membanteras ajaran sesat antara lainnya membantu pihak berautoriti mendapat maklumat dengan segera dan terkini.

Mendapatkan kerjasama daripada bekas pengikut yang telah kembali secara sukarela untuk menjadi pelapor atau pengadu. Ini kerana maklumat daripada mereka amat membantu dalam membuka jalan ke arah tindakan selanjutnya. Maklumat yang diperoleh perlu dirakam dan bekas pengikut berkenaan perlu menjadi saksi utama dalam perbicaraan. Ini kerana maklumat yang dirakam semata-mata dianggap sebagai bukti bersifat cakap dengar (hearsay evidence) yang tidak dapat diterima oleh mahkamah (Seksyen 60 Akta Prosedur Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997).

Menggunakan taktik penyamaran sebagai ahli kumpulan untuk mengumpulkan bahan bukti yang mencukupi kerana antara cabaran utama yang perlu dihadapi adalah berjaya menjejaki lokasi tetapi tidak disokong dengan bukti-bukti fizikal.

Memperkasakan peranan unit tindakan khas menangani gejala ajaran sesat di peringkat persekutuan serta sentiasa melakukan penambahbaikan agar unit berkenaan dan agensi-agensi yang berkaitan dapat menjalankan tugas dan peranan secara lebih proaktif dan dinamik dalam usaha membanteras penyebaran ajaran sesat secara berterusan, cepat, berkesan dan berimpak.