anatomi dan fisio respiratori.ppt

77
SISTEM RESPIRATORI (Sistem Pernafasan) OLEH : PN.NOR LIZA BINTI ABDUL RANI

Upload: nor-liza-abdul-rani

Post on 25-Jul-2015

97 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: anatomi dan fisio respiratori.ppt

SISTEM RESPIRATORI(Sistem Pernafasan)

OLEH : PN.NOR LIZA BINTI ABDUL RANI

Page 2: anatomi dan fisio respiratori.ppt

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir sesi kuliah, pelajar berupaya :

1. Menyatakan dua bahagian sistem pernafasan.

2. Menyenaraikan organ –organ penting sistem pernafasan

3. Melabelkan struktur-struktur dalam sistem pernafasan.

Page 3: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Objektif

Sambungan,

4. Menerangkan fungsi struktur organ- organ sistem pernafasan .

5. Menghubungkaitkan pengetahuan anatomi fisiologi organ sistem pernafasan dengan gangguan organ sistem pernafasan untuk semester akan datang.

Page 4: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Pengenalan Secara Umum.

1. Makhluk hidup mempunyai alat pernafasannya yang terbina untuk menyesuaikan proses pernafasan.

2. Dalam manusia, tugas pernafasan dijalankan oleh struktur-struktur yang membentuk sistem pernafasan.

3. Tenaga yang diperlukan oleh sel-sel manusia diperolehi daripada reaksi kimia yang hanya boleh berlaku dengan adanya oksigen.

Page 5: anatomi dan fisio respiratori.ppt

SISTEM RESPIRATORI(Sistem Pernafasan)

4. Sistem pernafasan ini membawa oksigen kedalam darah dan mengeluarkan karbon dioksid dan wap air dari tubuh.

5. Karbon dioksid merupakan bahan kumuh utama akibat dari reaksi kimia.

Page 6: anatomi dan fisio respiratori.ppt

SISTEM RESPIRATORI(Sistem Pernafasan)

Page 7: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Organ-Organ Sistem Pernafasan

Sistem pernafasan manusia terbina daripada

salur udara dan paru-paru. Udara masuk

kedalam tubuh melalui struktur-struktur yang terbahagi kepada 2 bahagian :

- Sistem pernafasan atas :

1. Rongga hidung.

2. Faring.- Sistem pernafasan bawah :- Laring 3. Trakea.

1. Bronkus (2). 4. Paru-paru (2).

5. Alveolus

Page 8: anatomi dan fisio respiratori.ppt

SISTEM RESPIRATORI(Sistem Pernafasan)

Page 9: anatomi dan fisio respiratori.ppt

• SISTEM RESPIRATORI(Sistem Pernafasan)

Page 10: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Rongga Hidung

Page 11: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Rongga Hidung

Page 12: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Rongga Hidung

Posisi Dan Struktur.

1. Rongga hidung tidak samarata dan dibahagi kepada dua oleh septum.

2. Dinding rongga hidung terbina daripada tulang dan rawan; 1. Bahagian bawah ialah rawan

2. Bahagian atas ialah dua tulang

1. tulang ethmoid dibahagian atas sekali,

2. tulang vomer dibahagian bawahnya dan dibahagian anterior adalah rawan hyalin.

Page 13: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Rongga HidungPosisi Dan Struktur3. Bumbungnya dibentuk daripada plat

cribriform tulang ethmoid, tulang sphenoid, tulang frontal dan tulang hidung.

4. Lantainya adalah dari bumbung mulut dan mengandungi lelangit keras (terbentuk dari tulang maxilla dan palatine) didepan dan lelangit lembut (terbentuk dari otot involuntary) dibelakang.

Page 14: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Rongga HidungPosisi Dan Struktur5. Dinding medial terbentuk dari septum;

dinding lateral terbentuk daripada tulang maxilla, tulang ethmoid dan konka inferior; dinding posterior terbentuk oleh bahagian posterior faring.

6. Rongga hidung mempunyai banyak salur darah dan dilapisi oleh sel-sel kolumnar bersilia yang mengandungi sel goblet yang menghasilkan mukus.

Page 15: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Fungsi rongga hidung :

1. Menapis udara yang masuk ke dalam paru-paru

2. Mengesan deria bau

3. Mengubahsuai getaran bunyi percakapan

Page 16: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Faring

Posisi Dan Struktur.

1. Berbentuk tiub yang berukuran diantara 12-14 cm panjang.

2. Kedudukan dibelakang rongga hidung, mulut dan laring.

3. Bahagian atas faring adalah lebih luas.

Page 17: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Faring

Bahagian faring dibahagi kepada tiga:

(1) Bahagian Naso-faring.(2) Bahagian Oro-faring.(3) Bahagian Laringo-faring.

Page 18: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Faring

(1) Bahagian Naso-faring.

• Kedudukannya dibelakang hidung.

• Bahagian sisi tepinya terdapat tiub auditori.

• Dibahagian posteriornya terdapat tonsil faring (adenoid) yang terbentuk daripada tisu limfoid.

Page 19: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Faring

(2) Bahagian Oro-faring.

• Kedudukannya dibelakang mulut.• Bahagian dindingnya disebatikan dengan

lelangit lembut yang membentuk dua lipatan.

• Diantara kedua-dua lipatan ini terdapat tonsil palatine iaitu pengumpulan tisu-tisu limfoid.

Page 20: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Faring

(3) Bahagian Laringo-faring.

• Ia bersambung daripada bahagian mulut dan menyambung terus dan menjadi oesofagus.

Page 21: anatomi dan fisio respiratori.ppt

FaringStruktur Faring mengandungi tiga lapisan

tisu,1. Lapisan Membran Mukosa.• Dibahagian lapisan hidung adalah dari

jenis epithelium kolumnar bersilia.• Dibahagian mulut adalah dari jenis

epithelium leper berlapisan yang bersambungan dengan lapisan mulut dan oesofagus.

Page 22: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Faring

2. Lapisan Tisu Berserat.

• Ianya adalah lapisan perantaraan.

• Ia lebih tebal didalam bahagian hidungkerana kurang otot.

• Ia menjadi lebih nipis kearah dalam faring kerana lapisan otot adalah lebih tebal.

Page 23: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Faring

3. Lapisan Otot.

• Mengandungi beberapa otot konstriktor.

• Otot berserat involuntary memainkan peranan penting dalam proses menelan.

Page 24: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Fungsi faring

1. Membenarkan proses kemasukan udara dan menelan

2. Menyediakan peti suara dan tonsil untuk tindakbalas immunologi

Page 25: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Laring

• Dikenali dengan nama peti suara.

• Ia bersambung dari akar lidah dan tulang hyoid kearah trakea.

Page 26: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Laring

Posisi Dan Struktur.• Di bahagian depan iaitu bahagian laringo-

faring dan bersamaan vertebra servikel yang ke 3, 4, 5 dan 6.

• Bentuknya lebih besar (lelaki) selepas baligh.

Page 27: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Laring

• Terbentuk daripada beberapa bentuk rawan yang tidak teratur yang terlekat di antara satu sama lain oleh ligamen dan membran.

• Lapisan membran ini menyambung kepada organ faring dan trakea.

• Rawan yang utama ialah 1 rawan tairoid, 1 rawan krikoid, 2 rawan aritenoid da 1 epiglotis.

Page 28: anatomi dan fisio respiratori.ppt

LaringBahagian Dalam Laring.

• Permukaan dalampeti suara dilapisi dengan selaput mukosa yang terbina daripada tisu epithelium turus bersilia (melainkan bahagian peti suara).

• Pita suara yang didapati dalam peti suara terdiri daripada dua jenis fiber iaitu,

1. Peti Suara Benar.2. Peti Suara Palsu.

Page 29: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Laring(Bahagian Dalam Laring)

1.Peti Suara Benar.

– Ini ialah pita yang terbina daripada tisu berfiber yang elastik.

– Punca belakangnya terlekat kepada rawan aritenoid.– Punca depannya terlekat dibelakang biji

halkum( Adam’s apple).– Lapangan atau lipatan diantara pita-pita ini dikenali

sebagai glotis.

Page 30: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Laring(Bahagian Dalam Laring)

2. Peti Suara Palsu.

– Ini ialah lipatan daripada selaput mukosa yang melapisi permukaan dalam peti suara.

– Pita ini tidak terlibat dalam pengeluaran suara.

Page 31: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Trakea

Page 32: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Trakea

Page 33: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Trakea• Trakea ialah satu salur lebih-kurang 10 sm

panjang bagi orang dewasa, dan ia terbina daripada rawan-rawan berbentuk ‘C’.

• Permukaan belakang salur ini tidak ada rawan dan ia dilengkapi dengan selaput.

Page 34: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Trakea

• Diantara rawan-rawan ini terdapat otot bebas(voluntary).

• Rawan-rawan ini menguatkan dinding trakea dan menentukan edaran udara terus-menerus didalamnya.

Page 35: anatomi dan fisio respiratori.ppt

TrakeaStruktur Trakea

1.Ia dibentuk daripada 16-20 rawan hialin berbentuk C.

2.Tisu perantara dan otot involuntary menyertai rawan ini dan membentuk dinding posterior yang berbentuk tidak lengkap.

3.Trakea mudah dikembangkan dan rawan-rawan mengelakkan tiub trakea daripada runtuh.

Page 36: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Trakea

3 Lapisan yang menyelubungi trakea

1. Lapisan Luar – mengandungi tisu berserat dan elastik dan ianya menyelubungi rawan.

2. Lapisan Tengah – mengandungi rawan dan pengumpulan otot licin yang membelit trakea dalam bentuk helikal.

3. Lapisan Dalam – mengandungi tisu epithelium turus bersilia dan mengandungi sel goblet yang menghasilkan mukus.

Page 37: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Trakea

Page 38: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Bronkus

Ada 2 bronkus iaitu :

a.Bronkus Kanan.

b.Bronkus Kiri.

Page 39: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Bronkus

1.Bronkus Kanan

• Lebih luas, pendek dan tegak berbanding bronkus kiri.

• Berukuran lebih-kurang 2.5 cm panjang• Setelah memasuki paru-paru kanan

dibahagian hilum ia terbahagi kepada tiga cabangan dan setiap satu cabang mmasuki setiap lobus paru-paru.

• Setiap cabang kemudiannya berpecah menjadi bercabang-cabang.

Page 40: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Bronkus

(2) Bronkus Kiri.

• Panjangnya lebih-kurang 5 cm.• Ia lebih sempi berbanding bronkus kanan.• Setelah memasuki paru-paru ia bercabang

dua memasuki dua lobus didalam paru-paru.

• Setiap cabang kemudiannya berpecah menjadi bercabang-cabang.

Page 41: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Bronkus

Page 42: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Bronkus

Struktur Bronkus

1.Ia dilapisi oleh tisu epithelium turus bersilia.

2.Ia kemudiannya bercabang menjadi bronkiol, bronkiol penghujung, duktus alveolar dan akhir sekali alveoli.

3.Pada bahagian penghujung bronki rawan-rawannya menjadi tidak lengkap dan tiada langsung pada bronkiol.

Page 43: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Paru-Paru

Posisi Dan Struktur Berkaitan.

1.Paru-paru ini di lindungi oleh tulang toreks dan otot intercostal.

2.Tiap-tiap paru-paru berbentuk runjung.3.Prmukaan bawahnya terletak diatas otot

diafraTerdapat dua paru-paru dan setiap satu berkedudukan didalam ruang toreks.

4.m dan puncaknya tamat di atas laras tulang klavikel.

Page 44: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Paru-Paru

Posisi Dan Struktur Berkaitan.

5. Permukaan sisi dalamnya cekung untuk kedudukan jantung dan cekungan paru-paru kiri lebih nyata berbanding paru-paru kanan.

6. Dipermukaan sisi dalam itu terdapat hilum dimana cabang trakea, salur darah, urat saraf, salur limfatika yang masuk kedlam paru-paru melaluinya.

Page 45: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Paru-Paru

Posisi Dan Struktur Berkaitan

7. Ruang permukaan sisi dalam paru-paru dikenali sebagai ruang mediastinum dimana jantung terletak didalam ruang ini.

8. Kedua paru-paru dilitupi oleh selaput paru-paru yang dikenali dengan nama selaput pleura.

9. Paru-paru kanan mempunyai tiga copeng iaitu atas, tengah dan bawah manakala paru-paru kiri mempunyai dua copeng iaitu atas dan bawah.

Page 46: anatomi dan fisio respiratori.ppt
Page 47: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Paru-paru

Bahagian Dalam Paru-paru

1. Paru-paru dibentuk daripada bronki, saluran udara kecil, alveoli, tisu perantara, salur darah, salur limfa dan saraf..

2. Paru-paru kiri mempunyai dua lobus dan paru-paru kanan mempunyai tiga lobus. Setiap lobus di bentuk oleh sejumlah lobul.

3. Lobul-lobul ini adalah pengumpulan bronkiol penghujung, bronkiol pernafasan, alveoli dan duktus alveoli.

Page 48: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Bahagian Dalam Paru-paru

Page 49: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Paru-paru

Struktur Lapisan Pleura

• Terdiri dari sac yang tertutup

• Dibentuk oleh lapisan membran serosa

• Terdapat bahan cecair pleura

• Terdapat dua lapisan:

• Visceral (membaluti organ)

• Parietal (membentuk lapisan kedua)

Page 50: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Alveoli

Page 51: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Alveoli1. Terdapat di dalam paru-paru dan

membentuk struktur paru-paru

2. Poket (sac) udara yang kecil membentuk hujung bronkiol.

3. Dinding atau membran alveolus terbina dari sel epitelium skuamos dan surfaktan . Surfaktan merembeskan cecair ke dalam ruang antara sel supaya melembapkan udara dalam paru-paru dan mengelakkan alveolus dari kolaps

Page 52: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Alveoli• Pertukaran gas berlaku diantara alveoli

dan kapilari darah dalam paru-paru adalah disebabkan berikut :

• Membran alveoli yang nipis.

• Permukaan membran yang luas.

• Merembeskan cecair untuk penyerapan gas.

• Terdapat banyak kapilari darah mengelilingi alveoli.

Page 53: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Gambarajah surfaktan dalam alveolus

Page 54: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Fisiologi Pernafasan

Gerakan pernafasan dibahagi kepadatiga peringkat iaitu :

1. Tarik nafas (inspiration), 2. Hembus nafas (expiration) dan3. Penghentian sebentar (pause).

- Pusingan pernafasan berlaku 15 kali dalam seminit.- Tarik nafas adalah satu gerakan yang positif manakala

hembus nafas ialah satu gerakan pasif. - Gerakan pernafasan berlaku kerana pusat pernafasan di

medula oblongata tergalak.Gerakan ini ialah gerakan otomatik.

Page 55: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Mekanisma Pernafasan

Page 56: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Mekanisma Pernafasan

1. Apabila otot diafram menguncup, ia turun ke bawah dan meluaskan ruang toreks dari atas ke bawah.

2. Apabila otot-otot interkosata luar menguncup, tulang rusuk ditarik ke arah luar dan aras dan ini meluaskan ruang toreks dari sisi ke sisi dan dari depan ke belakang.

3.Dengan tindakan otot-otot ini, ruang toreks menjadi lebih luas.

Page 57: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Mekanisma Pernafasan

Page 58: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Mekanisma Pernafasan

4. Oleh kerana paru-paru itu terbina dari tisu elastik dan telap dan juga lapisan luar selaput paru-paru terlekat dibawah tulang dada dan diatas otot diafram, ia mengembung apabila ruang toreks meluas.

5. Ini mengakibatkan tekanan udara didalam paru-paru menjadi kurang (yakni kurang daripada tekanan udara biasa).

Page 59: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Oleh itu udara disedut masuk melalui salur udara ke dalam paru-paru.

Page 60: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Mekanisma PernafasanSambungan ,

7. Pada masa gerakan hembus nafas, ruang dada menjadi lebih kecil kerana otot diafram naik ke atas dan tulang toreks di tarik ke bawah oleh otot interkosta dalam.

8. Tekanan udara didalam paru-paru menjadi lebih tinggi dari tekanan udara biasa.

Page 61: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Mekanisma PernafasanSambungan ,

9. Oleh itu, udara didesak keluar dari paru-

paru.

10. Pada masa pernafasan biasa, terutamanya gerakan hembus nafas, otot-otot abdomen juga mengambil bahagian.

Page 62: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Sambungan,

11.Oksigen dari udara dibawa kepada darah dan karbon dioksid dan wap air dari darah disingkir.

12.Udara biasa mengandungi lebih-kurang 20 % oksigen dan 0.04 % karbon dioksid, tetapi udara yang di hembus keluar mengandungi 16 % oksigen sahaja dan 4 % karbon dioksid.

Page 63: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Jenis pernafasan

• Pernafasan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :i. Pernafasan Dalam (pernafasan tisu)

Ii.Pernafasan luar (pernafasan paru-paru)

Page 64: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Pernafasan luar dan dalam

Page 65: anatomi dan fisio respiratori.ppt

i. Pernafasan Dalam (Pernafasan Tisu)

1. Berlaku didalam semua tisu tubuh dimana oksigen yang termuat didalam darah digunakan untuk ungkaibina tisu dan karbon dioksid dan air yang terhasil dalam tisu itu disingkirkan kedalam darah.

2. Oksigen dibawah daripada paru-paru ke tisu-tisu dimana oksigen berlarut dalam

Page 66: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Pernafasan Dalam (Pernafasan Tisu)

3. Plasma dan akan bergabung dengan hemoglobin untuk membentukkan oksihemoglobin.

Page 67: anatomi dan fisio respiratori.ppt

ii. Pernafasan Luar (Pernafasan Paru-Paru )

1. Berlaku didalam paru-paru.

2. Oksigen yang terdapat didalam udara dibawah masuk ke darah dan karbon dioksida dan wap air disingkir ke luar melalui trak pernafasan.

Page 68: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Sambungan,

3. Pertukaran gas berlaku secara resapan diantara alveoli dan kapilari yang menyelubungi alveoli.

4. Oksigen dari alveoli masuk ke dalam darah lalu bargabung dengan hemoglobin dari sel darah merah.

Page 69: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Pertukaran oksigen dan karbon dioksida di antara alveolus dan kapilari

Page 70: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Pernafasan Luar (Pernafasan Paru-Paru )

5. Karbon dioksid dan wap air keluar dari darah lalu masuk ke dalam alveoli dan selepas itu tersingkir keluar melalui salur pernafasan ke udara luar.

6. Kebanyakkan karbon dioksid dimuat dalam salur darah sebagai larutan didalam plasma darah iaitu sebagai asid karbonik dan natrium hidrogen karbonit.

Page 71: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Pernafasan Luar (Pernafasan Paru-Paru )

7.Sedikit sahaja karbon dioksid yang termuat sebagai gas dan ini bergabung dengan hemoglobin dalam sel darah merah.

8.10 % dari jumlah karbon dioksid yang dihasilkan, oleh tisu-tisu, tersingkir keluar melalui sistem pernafasan.

Page 72: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Saling Pertukaran Gas

1. Saling penukaran gas-gas dlam paru-paru berlaku diantara darah (dalam kapilari-kapilari yang menyelubungi alveoli) dan udara yang terkandung dalam alveoli paru-paru.

2.Semasa pernafasan, paru-paru dan saluran-saluran pernafasan sentiasa diisi dengan udara.

Page 73: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Saling Pertukaran Gas

3.Jumlah tekanan yang menekan pada dinding alveoli oleh campuran gas-gas ini adalah sama dengan tekanan atmsofira iaitu 760 mmHg.

4. Setiap satu gas dalam campuran gas itu akan menekan sebahagian dari jumlah tekanan yang berkadaran dengan kepekatan gas itu dan tekanan ini dipanggil ‘partial pressure’ (Pa).

Page 74: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Partial pressure

Page 75: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Saling Pertukaran Gas

5. Oleh sebab gas-gas ini akan mewujudkan `partial pressure’ yang berbeza pada dinding alveoli, perbezaan kepekatan diantara setiap satu gas diwujudkan di antara dinding alveoli dan kapilari-kapilari darah.

6. Ini menyebabkan pergerakkan gas berlaku dari kepekatan yang lebih tinggi kepada kepekatan rendah melalui proses difusi.

Page 76: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Saling Pertukaran Gas

7. Partial pressure oksigen dalam alveoli adalah lebih tinggi , semasa inspirasi, daripada kapilari-kapilari pulmonari arteri dan oleh demikian, oksigen bergerak masuk dari alveoli ke dalam kapilari pulmonari arteri.

8. Tindak balas sebaliknya berlaku pada gas karbon dioksid dimana partial pressure karbon dioksid dalam kapilari pulmonari arteri adalah lebih tinggi dari dalam alveoli. Oleh demikian, karbon dioksid bergerak masuk ke dalam alveoli dari kapilari pulmonari arteri.

Page 77: anatomi dan fisio respiratori.ppt

Saling Pertukaran Gas

9. ‘Partial pressure’ setiap satu gas dalam darah semasa meninggalkan paru-paru melalui pulmonari vena adalah sama dengan kepekatannya dalam udara di alveoli.