analisis wacana dan bahasa media

15
1.0 PENGENALAN Dewasa ini, kita sering melihat dan membaca tentang pelbagai jenis artikel, penulisan, jurnal, berita, rencana dan sebagainya lagi melalui pelbagai media massa seperti majalah, akhbar, jurnal, penulisan ilmiah dan lain-lain lagi. Melalui pembacaan ini, terdapat pelbagai unsur yang digunakan oleh penulis dalam usaha mereka menarik minat audiens untuk membaca. Analisis wacana merupakan suatu kajian yang meneliti atau menganalisis bahasa yang digunakan secara ilmiah, baik dalam bentuk tulisan ataupun lisan. Wacana boleh ditakrifkan sebagai keseluruhan tutur yang merupakan satu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan. Perbincangan atau pertukaran idea secara lisan. Kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan. Selain itu juga, wacana terdiri daripada lapan unsur penting iaitu wacana merupakan satuan bahasa. Seterusnya, wacana adalah terlengkap, terbesar dan tertinggi dalam sesuatu kalimat. Wacana ialah unit bahasa yang melebihi ayat atau klausa. Wacana menunjukkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan mempunyai pertautan atau perkaitan semantik yang meliputi aspek kohesi dan koheren. Wacana juga memperlihatkan kesinambungan fikiran iaitu disampaikan secara lisan atau tulisan dan mempunyai awal dan akhir yang nyata. Tugasan pada kali ini meminta saya untuk melakukan analisis wacana ke atas artikel yang telah dipilih. Aspek yang harus dititikberatkan dalam melaksnakan analisis ini ialah dari segi aspek-aspek bahasa media. Tujuan analisis wacana dijalankan ialah untuk melihatan unsur-unsur retorik seperti retorik pemerian, retorik pemujukan, retorik penghujahan, retorik penerangan, retorik penceritaan dan retorik pendedahan. Selain itu, analisis wacana ini juga meminta pelajar untuk melakukan analisis ke atas metafora yang ada dalam artikel ini dan juga mengesan unsur sensasi yang terdapat dalam artikel ini. Oleh yang demikian, pemilihan artikel haruslah dilakukan dengan sebaiknya agar artikel yang dipilih mempunyai keseluruhan aspek-aspek bahasa media yang ingin dianalisis. 1

Upload: khairul-azman

Post on 26-Dec-2015

69 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Artikel Dewan Masyarakat

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis Wacana dan Bahasa Media

1.0 PENGENALAN

Dewasa ini, kita sering melihat dan membaca tentang pelbagai jenis artikel,

penulisan, jurnal, berita, rencana dan sebagainya lagi melalui pelbagai media massa

seperti majalah, akhbar, jurnal, penulisan ilmiah dan lain-lain lagi. Melalui

pembacaan ini, terdapat pelbagai unsur yang digunakan oleh penulis dalam usaha

mereka menarik minat audiens untuk membaca. Analisis wacana merupakan suatu

kajian yang meneliti atau menganalisis bahasa yang digunakan secara ilmiah, baik

dalam bentuk tulisan ataupun lisan.

Wacana boleh ditakrifkan sebagai keseluruhan tutur yang merupakan satu

kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan. Perbincangan atau pertukaran idea

secara lisan. Kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan ataupun

tulisan. Selain itu juga, wacana terdiri daripada lapan unsur penting iaitu wacana

merupakan satuan bahasa. Seterusnya, wacana adalah terlengkap, terbesar dan

tertinggi dalam sesuatu kalimat. Wacana ialah unit bahasa yang melebihi ayat atau

klausa. Wacana menunjukkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan

dan mempunyai pertautan atau perkaitan semantik yang meliputi aspek kohesi dan

koheren. Wacana juga memperlihatkan kesinambungan fikiran iaitu disampaikan

secara lisan atau tulisan dan mempunyai awal dan akhir yang nyata.

Tugasan pada kali ini meminta saya untuk melakukan analisis wacana ke

atas artikel yang telah dipilih. Aspek yang harus dititikberatkan dalam melaksnakan

analisis ini ialah dari segi aspek-aspek bahasa media. Tujuan analisis wacana

dijalankan ialah untuk melihatan unsur-unsur retorik seperti retorik pemerian, retorik

pemujukan, retorik penghujahan, retorik penerangan, retorik penceritaan dan retorik

pendedahan. Selain itu, analisis wacana ini juga meminta pelajar untuk melakukan

analisis ke atas metafora yang ada dalam artikel ini dan juga mengesan unsur

sensasi yang terdapat dalam artikel ini. Oleh yang demikian, pemilihan artikel

haruslah dilakukan dengan sebaiknya agar artikel yang dipilih mempunyai

keseluruhan aspek-aspek bahasa media yang ingin dianalisis.

1

Page 2: Analisis Wacana dan Bahasa Media

2.0 ASPEK-ASPEK BAHASA MEDIA

2.1 Metafora

Konsep metafora adalah konsep perancangan yang mengungkapkan atau

mengidentifikasikan hubungan antara benda-benda yang lebih bersifat abstrak

daripada yang sebenarnya (nyata). Bentuk-bentuk yang nyata tersebut diolah dan

dipadukan dengan imaginasi seseorang.

Perkataan metafora adalah berasal daripada bahasa Yunani

iaitu metapherin. ‘meta’ bermaksud ‘atas’ dan ‘phrein’ bermaksud ‘diangkat’.

Metafora merujuk kepada satu set proses linguistik yang mana sesetengah

karakteristik sesuatu subjek ‘diangkat ke atas’ atau dipindahkan kepada objek yang

lain. Oleh yang demikian, jika objek yang kedua dituturkan atau diaplikasikan seolah-

olah ia berada pada kedudukan objek yang pertama. Metafora ialah penggunaan

kata-kata yang menerbitkan makna yang lain dari makna yang tersurat. Contoh

perkataan api maknanya nyalaan panas yang membakar, dan mata adalah alat

untuk melihat. Kedua-dua perkataan api dan mata boleh menjadi metafora seperti di

‘matanya ada api’.

Metafora juga menggambarkan sistem konseptual sesuatu bahasa dan

kepercayaan terhadap kebudayaan para penutur asli bahasa tersebut. Metafora ialah

kiasan yang tidak menggunakan perkataan-perkataan seperti seolah-olah, ibarat,

seakan-akan, bak, seperti, laksana, macam, bagai dan umpama. Dalam ayat “ Budak

itu lembu ”, ‘lembu’ ialah metafora. Dalam ayat “ Budak itu bodoh seperti lembu ”,

‘lembu’ ialah perumpamaan kerana terdapat perkataan ‘seperti’ sebelum ‘lembu’.

Metafora adalah kiasan retoris didefinisikan sebagai perbandingan langsung

antara dua perkara yang kelihatan tidak berhubungan. Dalam metafora, sebuah

objek pertama digambarkan sebagai orang atau tepat sama dengan objek kedua.

Oleh itu, objek pertama dapat dijelaskan secara ekonomis karena implisit dan

eksplisit atribut dari objek kedua digunakan untuk meningkatkan penjelasan objek

yang pertama. Metafora dimanfaatkan dalam sastera, terutamanya dalam puisi,

dimana dengan sedikit kata-kata, emosi dan asosiasi dari satu objek dapat dikaitkan

dengan objek lain.

2

Page 3: Analisis Wacana dan Bahasa Media

Metafora sering dilihat sebagai fungsi kognitif dasar iaitu manusia secara

alami melihat ciri-ciri umum sesuatu objek berdasarkan fakta-fakta yang berbeda,

dan perkara seperti ini mungkin diperlukan untuk pemahaman dan pembelajaran.

Sebuah metafora adalah bersifat umum iaitu sebuah kiasan yang digunakan untuk

melukis satu konsep dengan ciri-ciri yang biasanya berkait dengan yang lain.

Kebiasaannya metafora terdiri daripada dua patah kata contohnya

seperti lembah duka, lautan api, kota kesengsaraan, cahaya kepintaran, tunas

harapan, padang kehidupan, madu kesusahan, cuka kesangsiandan piala remaja.

Contoh metafora di atas adalah suatu cara untuk mendeskripsikan sesuatu dengan

mengatakan bahawa terdapat suatu perkara lain yang mempunyai kualiti terhadap

sesuatu yang hendak dijelaskan.

Contoh-contoh metafora:

Angin berbisik padaku tentangmu, Malam sedang menunggu matahari, Roda

kehidupan, Kotak ingatan, Gelora kenangan, Gerabak kenangan, Kolam

kenangan,       Titian kasih, Bibir nasihat, Jari maklumat, Seruling ilmu, Gunung

matlamat, Lumut mundur, Hujan kejayaan, Gitar kesedaran, Sejadah keakraban,

Bukit hasrat, Pondok jasa, Wuduk kesedaran, Mentari azam, Kemarau ilmu, Angin

rasa.

Kepentingan Metafora

Metafora adalah cara yang berkesan untuk menyampaikan sesuatu. Bahasa

metafora bukan sahaja lembut pada pendengaran tetapi juga memiliki unsur

kelucuan. Walaupun ada antara bahasa metafora ini dapat dijadikan bahasa sindiran

namun jarang sekali pendengarnya yang sakit hati walaupun sindiran tersebut

ditujukan kepadanya. Metafora lahir daripada idea yang kreatif yang tidak jauh

daripada unsur-unsur kiasan. Penggunaannya berkait rapat dengan kepercayaan,

sikap dan nilai masyarakat. Penggunaan metafora dalam kehidupan masyarakat

menunjukkan ketinggian tahap pemikiran bermula sejak dahulu kerana mampu

mencipta pelbagai bentuk metafora yang menjadi kekayaan warisan bangsa.

3

Page 4: Analisis Wacana dan Bahasa Media

Jadual di bawah menunjukkan hasil daripada analisis metafora berdasarkan

artikel yang telah dipilih.

Jadual 1: Analisis Metafora

Bilangan Contoh

1 Orang hanyut

2 Kurus Kering

3 Memutihkan imej

4 Mata dunia

5 Pendatang haram

6 Orang tanpa negara

7 Hujung senjata

8 Dewan Masyarakat

9 Padang hijau

10 Syurga kehidupan

2.2 Retorik

Terdapat enam jenis ciri-ciri retorik yang akan dikupas dalam bahagian ini. Berikut

adalah sedikit penerangan mengenai retorik yang akan dibincangkan. Retorik yang

pertama ialah retorik pemerian. Kebiasaannya retorik jenis pemerian ini hadir ketika

penulis ingin melakukan penjelasan atau huraian berkaitan sesuatu idea. Retorik ini

bermatlamat untuk menyampaikan fakta dan maklumat yang lengkap kepada

pembaca atau pendengar. Di antara ciri-ciri pemerian ialah dilaksanakan secara

objektif, tepat dan jelas. Contohnya memberi gambaran secara realistic berdasarkan

fakta yang konkrit. Kedua, bahasa yang digunakan adalah jelas dan tersusun.

Struktur penulisannya juga mempunyai pendahuluan, huraian dan kesimpulan dan

yang ketiga teknik ini bersifat deskriptif dan informative. Deskriptif bermaksud

maklumat yang disampaikan secara huraian manakala informative pula adalah

maklumat yang disampaikan secara pemberitahuan.

Seterusnya ialah retorik pemujukan. Retorik pemujukan atau pengaruhan

lazimnya akan melibatkan bahasa pujukan bagi mempengaruhi pemikiran dan

keyakinan orang lain agar mempercayai sesuatu perkara yang diperkatakan. Ciri-ciri

retorik pemujukan ialah menggunakan bahasa yang manis, menarik dan

mementingkan kehalusan berbahasa. Hal ini bertujuan menarik khalayak

berdasarkan pengaruh psikologi dengan menyatakan kehebatan atau kebaikan

4

Page 5: Analisis Wacana dan Bahasa Media

sesutu yang sedang diperkatakan. Kebiasaannya kita temui retorik ini dalam

pengiklanan.

Retorik yang seterusnya ialah retorik penerangan. Retorik ini berfungsi untuk

memberi penjelasan berkenaan sesuatu perkara dengan lebih terperinci dan

tersusun misalnya dari satu langkah kepada langkah yang lain dan dari satu

bahagian kepada bahagian yang seterusnya. Manakala retorik yang keempat ialah

retorik penceritaan. Retorik penceritaan atau boleh juga dikenali sebagai naratif

bermaksud bentuk penyampaian melalui cerita sama ada dalam bentuk penulisan

mahu pun lisan. Di antara contoh retorik penceritaan dalam penulisan ialah cerpen,

novel, drama dan sebagainya.retorik penceritaan ini dapat dikenalpasti apabila

mempunyai pendahuluan, perkembangan cerita, konflik dan peleraian. Selain itu,

biasanya retorik ini menggunakan gaya bahasa imejan, perlambangan, metafora,

personafikasi dan banyak lagi.

Retorik yang kelima ialah retorik pendedahan. Definisi retorik pendedahan

ialah bentuk retorik yang mendedahkan, menampakkan sesuatu atau menunjukkan

sesuatu perihal dengan jelas dan terperinci. Matlamat retorik ini digunakan

diantaranya ialah memberikan idea atau maklumat kepada khlayak. Ciri-ciri retorik

jenis ini ialah memberikan takrifan, dihuraikan secara jelas dan diserta dengan

perbandingan. Akhir sekali ialah retorik penghujahan. Retorik penghujahan ini

membawa maksud pemujukan rasional atau intelek. Biasanya retorik jenis ini

digunakan dalam perbahasan, perdebatan, pembicaraan, forum dan penulisan

akademik. Di antara cirri-ciri penghujahan ialah memerlukan khalayak bersetuju dan

yakin dengan pendapat yang dikemukakan serta haruslah disokong dengan bukti

yang konkrit dan jelas. Teknik penyampaian retorik jenis ini terbahagi kepada dua

iaitu secara deduksi dan induksi. Jadual di bawah menunjukkan analisis artikel

menggunakan aspek-aspek retorik tersebut.

Jadual 2: Analisis Retorik

Jenis Contoh Perenggan

Pemerian 1. Lebih tiga juta orang Rohingya menjadi pelarian

di ASEAN. Daripada jumlah tersebut, di

Bangladesh dianggarkan terdapat 600 ribu orang

Rohingya, Pakistan (35 ribu orang), Arab Saudi

(400 ribu orang), sementara 100 ribu orang lagi

3

5

Page 6: Analisis Wacana dan Bahasa Media

tersebar di Emiriah Arab Bersatu (UAE),

Thailand, Indonesia dan Malaysia.

2. Orang Rohingya ini tidak diperakui sebagai

rakyat mana-mana negara, lantas mereka

langsung tidak mempunyai sebarang identiti

pengenalan diri. Jadi, jika mereka ini ditangkap

kerana menceroboh mana-mana negara, ke

manakah mereka harus dihantar pulang?

4

Pemujukan 1. Persoalannya, adakah wajar Malaysia

memberikan hak dan keistimewaan kepada

pelarian Rohingya? Malaysia sendiri tidak pernah

menandatangani Konvensyen Hapuskan Status

Pelarian 1951 atau Protokol 1967, malah

undang-undang yang ada iaitu Akta Imigresen

1951/1963 tidak memperincikan golongan

pelarian secara khusus.

38

Penerangan 1. Rohingya yang bermaksud “yang dikasihi” atau

“yang penyayang” merupakan kelompok minoriti

yang berasal dari daerah Arakan, Myanmar.

Orang Rohingya terpaksa meninggalkan

kampung halaman mereka berikutan kerajaan

junta tentera Myanmar tidak memperakui mereka

sebagai rakyat Myanmar.

2. Mengimbas sejarah zaman Kolonial British, orang

Rohingya dikatakan sebagai Indo-Burma di

bawah kelompok muslim Arakan ini pula diiktiraf

sebagai keturunan daripada orang Chittagong

(India) beragama Islam yang berkahwin dengan

wanita tempatan (Myanmar) yang beragama

Arakan.

3. Semenjak 1948, kesengsaraan orang Rohingya

tidak pernah berakhir. Konflik etnik yang tercetus

sekitar 1948 di Myanmar mengubah nasib orang

13

14

15

6

Page 7: Analisis Wacana dan Bahasa Media

Rohingya yang berjumlah lebih daripada tiga juta

orang.

Penceritaan 1. Ketika banyak negara saling menuding jari

berhubung dengan isu sekumpulan pelarian

Rohinya dalam keadaan tidak terurus dan

menyedihkan ditemui terdampar di pantai

kepulauan Andaman, selatan Teluk Benggala,

pada 10 Februari lalu, Malaysia tidak hanya

menjadi pemerhati.

2. Malaysia pernah menerima tetamu tidak

diundang apabila sebuah bot yang sarat dengan

47 orang pelarian Vietnam mendarat di Pulau

Perhentian, Terengganu. Kejadian yang

menggemparkan penduduk setempat sekitar

tahun 1975 itu segera diselesaikan oleh pihak

berkuasa Malaysia. Atas dasar kemanusian,

Pulau Bidong yang tidak berpenghuni dijadikan

lokasi penempatan sementara kepada pelarian

Vietnam ini yang turut dikenali sebagai “orang

hanyut”.

3. Menurut Abu Talib Ahmad dalam buku Konflik

Dunia Abad Ke-20 (2008), faktor yang

menyebabkan kerakyatan Rohingya tidak diiktiraf

oleh kerajaan Myanmar adalah berpunca

daripada orang Rohingya sendiri yang tidak

memberikan kerjasama terhadap program

pendaftaran kerakyatan yang dijalankan oleh

kerajaan Myanmar pada 1948 dan kegagalan

pejabat pendaftaran setempat menyimpan rekod

pendaftaran dengan sempurna sejak 1948.

4. “Saya langsung tidak menyangka saya akan

sampai di Malaysia. Saya hanya mahu hidup dan

saya tidak mahu mati di tangan tentera

1

6

16

28

7

Page 8: Analisis Wacana dan Bahasa Media

Myanmar,” cerita Syed Kasim, 35 tahun, yang

mendakwa dirinya seorang ahli perniagaan di

Myanmar.

5. Sementara itu, menurut Ketua Program

Koordinator Pelarian Rohingya, Mohammad

Sadek, kebanyakan pelarian Rohingya dinafikan

hak dalam soal kebajikan sosial. Tiada peluang

pendidikan, peluang pekerjaan, dan kesihatan

diberikan kepada mereka.

6. “Sekiranya Malaysia menandatangani

Konvensyen Pelarian, tindakan itu seolah-olah

petunjuk bahawa Malaysia merestui kemasukan

pelarian ke negara ini,” ujar bekas Menteri Luar,

Datuk Seri Syed Hamid Albar, ketika menjawab

soalan di Parlimen pada 2 Julai 2007.

7. Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan

Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara

Malaysia (UUM), Ahmad Zaki Hasan,

menjelaskan bahawa Malaysia menggariskan

satu prosedur baharu dalam menguruskan isu

pelarian Rohingya. Hal ini berikutan daripada

persetujuan yang dicapai secara bersama oleh

para pemimpin ASEAN untuk menguruskan isu

Rohingya dengan lebih sistematik.

36

42

46

Pendedahan 1. Bagi meneruskan kehidupan, kaum Rohingya

tidak mempunyai banyak pilihan selain melarikan

diri ke Bangladesh, Pakistan, Emiriah Arab

Bersatu (UAE), Arab Saudi, Thailand, Malaysia

dan Indonesia.

2. Di Kuala Lumpur, terdapat dua lokasi utama

petempatan orang Rohingya iaitu di Kampung

18

21

8

Page 9: Analisis Wacana dan Bahasa Media

Sungai Pinang, Jalan Kapar, Klang, Selangor dan

Tasik Permai, Cheras, Kuala Lumpur.

3. Pendapatan kasar mereka sekitara RM15 hingga

RM30 sehari.

4. Meskipun tidak dilengkapi kemudahan

pembelajaran yang sempurna sekurang-

kurangnya lebih daripada 200 orang kanak-kanak

Rohingya berusia lima sehingga 16 tahun

diberikan peluang untuk belajar.

5. Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Al quran,

bahasa Arab dan fardhu Ain merupakan mata

pelajaran yang diajar oleh tenaga profesional

yang juga merupakan pelarian Rohingya.

6. Dalam sektor pekerjaan, Malaysia pada 2005

bersetuju memanfaatkan lebih daripada 60 ribu

pelarian termasuklah Rohingya, Aceh dan Moro

ke dalam sektor pekerjaan.

24

25

25

48

Penghujahan 1. Pada 1975 juga, Malaysia sekali lagi memberikan

bantuan kemanusiaan kepada pelarian Kemboja

yang memasuki Malaysia melalui Kelantan. Lebih

daripada 4500 orang pelarian Kemboja ini

ditempatkan di Pengkalan Chepa dan Cherating.

2. Sementara itu, sekitar 1992-1995, atas dasar

kemanusiaan, Malaysia turut membuka laluan

perlindungan sementara kepada pelarian Bosnia-

Herzegovina yang diserang oleh pengganas Serb

dalam misi penghapusan etnik di Bosnia pada

1992-1995.

7

8

9

Page 10: Analisis Wacana dan Bahasa Media

3. Buktinya, Malaysia tahun lalu diletakkan dalam

kalangan 10 buah negara di dunia yang

mengamalkan hak asasi dan kemanusiaan paling

buruk dalam Kajian Pelarian Sedunia 2008 yang

dijalankan oleh U.S Committee for Refugees, and

Immigrants (USCRI).

4. Rekod UNHCR menunjukkan sehingga Januari

2009 terdapat lebih 46 ribu orang pelarian dari

pelbagai negara yang berdaftar dengan UNHCR

di negara ini.

5. Daripada hasil tinjauan ke atas lebih daripada 30

orang pelarian Rohingya, Dewan Masyarakat

mendapati bahawa 80 peratus daripada mereka

menyara hidup dengan mencari besi buruk,

mengumpul dan menjual barangan terbuang.

6. Di negara ini mereka bertuah, selain mendapat

perlindungan UNHCR, pelarian Rohingya juga

dilindungi beberapa pertubuhan seperti Rohingya

Information Centre (RIC), Ethnic Rohingya

Human Rights Organisation (ERHRO), Rohingya

Solidaritary Democratic Movement (RSDM) dan

Community Rohingya Islam Pro-Democracyn

Organisation (CRIPDO).

9

20

23

33

2.3 Sensasi

Terdapat beberapa unsur sensasi yang didapati hasil daripada analisis wacana

artikel ini. Jadual di bawah menunjukkan antara contoh sensasi yang diperolehi.

10

Page 11: Analisis Wacana dan Bahasa Media

Jadual 3: Analisis Sensasi

Bilangan Contoh Perenggan

1. Nasib Pelarian Rohingya Tajuk artikel

3.0 JUSTIFIKASI PENGGUNAAN BAHASA MEDIA

Dalam pengertian linguistik, wacana adalah unit bahasa yang lebih besar daripada

kalimat. Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi

komponen yang penting bagi wacana. Wacana adalah satuan bahasa terlengkap,

tertinggi, dan terbesar atas kalimat/ klausa dengan kohensi tinggi, dengan

kesinambungan dan mempunyai awal dan akhir yang nyata sama ada disampaikan

secara lisan atau tulisan. Perkataan wacana itu sama dengan perkataan ucapan

yang utuh untuk wacana lisan, dan karangan yang utuh untuk wacana tulisan dalam

pengajaran bahasa Melayu sebelum ini. 

Selain itu, wacana merupakan satuan bahasa di atas sesuatu kalimat yang

digunakan untuk berkomunikasi dalam konteks sosial. Satuan bahasa itu dapat

berupa rangkaian kalimat atau ujaran. Wacana dapat berbentuk lisan atau tulisan

dan dapat bersifat transaksional atau interaksional. Dalam peristiwa komunikasi

secara lisan, dapat dilihat bahawa wacana sebagai proses komunikasi antara

penutur dan pendengar, sedangkan dalam komunikasi secara tulisan, wacana

terlihat sebagai hasil dari pengungkapan idea penulis. Disiplin ilmu yang mempelajari

wacana disebut dengan analisis wacana. Analisis wacana merupakan suatu kajian

yang meneliti atau menganalisis bahasa yang digunakan secara ilmiah, baik dalam

bentuk tulisan ataupun lisan.

Tugasan kedua ini meminta saya untuk mengkaji tentang justifikasi

penggunaan bahasa media dalam artikel yang dipilih ini. Justifikasi ini haruslah

merujuk aspek-aspek seperti sensasi, retorik dan metafora. Sesuatu artikel yang baik

dan mampu memikat pembaca untuk meneruskan pembacaan haruslah mempunyai

segala aspek yang dinyatakan seperti di atas. Hal ini adalah kerana, aspek-aspek

yang ada ini mampu memberikan kefahaman, keterujaan dan pelbagai lagi kepada si

pembaca tersebut.

Artikel yang yang saya pilih adalah bertajuk “Dunia 2003”. Artikel ini

diterbitkan oleh Dewan Masyarakat keluaran Januari 2003. Artikel ini

11

Page 12: Analisis Wacana dan Bahasa Media

membincangkan tentang negara Amerika Syarikat yang bersungguh-sungguh

menjalankan misi memburu pengganas di negara-negara Arab, krisis bencana alam,

bekalan air, kemiskinan, kebuluran, wabak penyakit dan gerakan sosial. Pada

pendapat saya, tajuk artikel ini menarik minat para pembaca kerana artikel ini

diterbitkan pada awal tahun 2003 dan tajuk ini pastinya menarik minat pembaca

untuk mengetahui kenapa artikel ini dinamakan sedemikian.

Artikel ini juga mempunyai banyak unsur retorik dan hal ini dibuktikan apabila

saya melakukan pembacaan ke atas artikel ini, saya menjumpai pelbagai jenis retorik

antaranya retorik pemerian, retorik penceritaan, retorik penghujahan, retorik

pemujukan, retorik pendedahan dan retorik penerangan. Retorik yang digunakan ini

juga adalah bertujuan untuk menjadikan artikel ini lebih menarik untuk bacaan

pembaca.

Salah satu retorik yang saya temui ialah retorik pemerian. Kebiasaannya

retorik jenis pemerian ini hadir ketika penulis ingin melakukan penjelasan atau

huraian berkaitan sesuatu idea. Retorik ini bermatlamat untuk menyampaikan fakta

dan maklumat yang lengkap kepada pembaca atau pendengar. Contoh retorik

pemerian yang terdapat dalam artikel ini ialah:

“Abad ke-21 disambut dengan perasaan gembira yang berbaur dengan

pesimistik kerana ketika itu kemelesetan mula melanda dunia. Ekonomi Baru yang

kononnya mampu memberikan harapan baru kepada penduduk dunia, terbukti masih

membawa realiti lama, iaitu ketidakadilan sosial, kerapuhan dunia perniagaan dan

penyelewengan korporat. Kecelaruan dan ketidakpastian yang menyelubungi dunia

semakin ketara apabila berlakunya peristiwa 11 September 2001. Seperti yang cuba

diyakini pada mulanya bahawa Amerika Syarikat diserang dan dunia telah berubah

tetapi yang akhirnya yang nyata ialah pertembungan kejahilan dan pertembungan

barbarisme.”

Penulis menulis retorik pemerian sedemikian adalah bertujuan untuk memberi

gambaran awal artikel ini kepada pembaca. Dengan menulis sedemikian, pembaca

akan dapat membayangkan tentang isi artikel yang bakal dibaca oleh mereka. Selain

itu, terdapat juga retorik berbentuk pemujukan di dalam artikel ini. Antara contoh

retorik pemujukan ialah:

“Apabila tiba masanya kelak, George W. Bush pasti meninggalkan Rumah

Putih sebagai presiden Amerika Syarikat yang paling tidak popular. Kerosakan yang

ditinggalkan oleh beliau memang sukar untuk dipulihkan. Semasa di Rumah Putih

12

Page 13: Analisis Wacana dan Bahasa Media

beliau boleh melakukan tarian peperangan dan bercakap tentang paksi kejahatan

dengan wajah yang sedia tersenyum, tetapi untuk berapa lama?”

Retorik pemujukan atau pengaruhan lazimnya akan melibatkan bahasa

pujukan bagi mempengaruhi pemikiran dan keyakinan orang lain agar mempercayai

sesuatu perkara yang diperkatakan. Penulis menulis sedemikian adalah untuk

memujuk pembaca agar mempercayai ataupun berfikir sama ada presiden Amerika

Syarikat masih mampu tersenyum dengan segala kerosakan dan kejahatan yang

telah dilakukan beliau.

Di samping itu, terdapat juga retorik pendedahan yang digunakan oleh

penulis dalam artikel ini. Contoh retorik pendedahan ialah:

“Sebenarnya, Amerika Syarikat hanya menang dari segi ketenteraan, tetapi

tewas dari segi politik. Negara kuasa besar itu gagal memikat hati hampir seluruh

warga dunia. Tindakan satu pihak Amerika, seperti serangan terhadap pengganas,

merancang peperangan terhadap Iraq, menegetepikan Protokol Kyoto, berdolak dalik

terhadap Isu Palestin dan sentiasa melindungi rejim Israel menyebabkan negara itu

sentiasa terpisah dengan dunia lain”.

Matlamat retorik ini digunakan diantaranya ialah memberikan idea atau

maklumat kepada khlayak. Ciri-ciri retorik jenis ini ialah memberikan takrifan,

dihuraikan secara jelas dan diserta dengan perbandingan. Tujuan penulis menulis

sedemikian adalah untuk memberitahu para pembaca tentang perangai sebenar

Amerika Syarikat yang banyak memungkiri janji dan melakukan kerosakan kepada

keamanan dunia masa kini. Dengan menulis sedemikian, pembaca akan lebih

mengetahui pandangan penulis tentang Amerika Syarikat dan pembaca boleh

memikirkan sama ada untuk menerima mahupun tidak menerima pandangan penulis

itu.

Retorik seterusnya yang terdapat dalam artikel ini ialah retorik penceritaan.

Retorik penceritaan atau boleh juga dikenali sebagai naratif bermaksud bentuk

penyampaian melalui cerita sama ada dalam bentuk penulisan mahu pun lisan.

Terdapat banyak retorik penceritaan di dalam artikel ini namun saya tertarik dengan

retorik ini contohnya:

”Ketika Amerika diserang pada 11 September 2001, kebanyakan penduduk

dunia bersimpati dengan Amerika, meskipun sebilangan penduduk di Asia, Amerika

Latin, Afrika dan Eropah bersorak kegembiraan. Walaubagaimanapun, perasaan

13

Page 14: Analisis Wacana dan Bahasa Media

simpati beransur-ansur hilang setahun kemudian apabila terbukti bahawa

Washington begitu taksub terhadap peperangan iaitu bermula dengan serangan

terhadap Afghanistan pada Oktober 2001. Meskipun Amerika berjaya melumpuhkan

Taliban, manakala Osama Bin Laden dan Al Qaeda bercempara, namun tidak tanduk

Amerika seperti serangan terhadap keganasan, rancangan serangan terhadap Iraq

dan sebagainya, membangkitkan perasaan Anti Amerika di seluruh dunia.”

Pada saya, retorik di atas jelas menceritakan tentang Amerika yang taksub

kepada peperangan atas nama menentang keganasan. Hal ini sedikit sebanyak

membuka mata para pembaca yang sesungguhnya Amerika itu sendiri memang

sukakan keganasan dan akan berterusan menjadikan negara-negara dunia ketiga

dan negara kecil sebagai kambing hitam dalam usaha memenuhi nafsu jahat dan

buas mereka. Retorik sebegini juga mampu menarik minat dan menimbulkan

keterujaan kepada pembaca oleh kerana pendedahan yang diceritakan kepada

mereka.

Berdasarkan antara contoh-contoh retorik di atas, dapatlah disimpulkan

bahawa penggunaan retorik yang pelbagai dalam penulisan wacana akan

membangkitkan keterujaan sang pembaca terhadap artikel tersebut. Penggunaan

laras bahasa yang menarik dan senang difahami juga adalah satu faktor penting

dalam memastikan matlamat ataupun objektif utama penulisan cerpen itu diterima

dan difahami oleh umum. Penggunaan bahasa media yang betul juga haruslah dititik

beratkan oleh penulis agar keindahan bahasa itu sendiri dapat ditonjolkan.

4.0 PENUTUP

Terdapat pelbagai kelebihan sekiranya kita mampu menganalisis wacana dengan

sebaiknya. Antara kelebihan analisis wacana ialah kita mampu menilai sesuatu isu

itu dengan matang tanpa mengamalkan sikap prejudis. Sebagai contoh jika kita

14

Page 15: Analisis Wacana dan Bahasa Media

dihidangkan dengan sesuatu isu yang berkaitan perkara yang menyentuh sensitivi

misalnya, kita sebagai orang yang mempunyai ilmu tentang analisis wacana akan

berfikir tentang isu tersebut dari segenap aspek pemikiran. Hal ini akan menjadikan

kita lebih berhati-hati dalam memberikan pandangan dalam apa-apa isu sekalipun.

Sebagai bakal guru, konsep analisis wacana ini juga penting kerana kita akan

mengaplikasikan dalam kehidupan sebagai guru kelak. Hal ini kerana sebagai

seorang guru, yang lazimnya golongan yang dihormati dalam masyarakat, kita

acapkali akan diminta oleh ahli masyarakat sekeliling untuk memberi pandangan

mengenai sesuatu isu. Dengan sedikit ilmu mengenai analisis wacana ini, sedikit

sebanyak kita akan dapat menjawab persoalan yang diajukan dengan neutral dan

tanpa sikap prejudis.

Akhir kata, dapatlah disimpulkan bahawa jika ilmu mengenai wacana dan

masyarakat ini dipelajari dan diaplikasikan oleh segenap kelompok masyarakat,

nescaya akan lahir sebuah masyrakat Malaysia yang bertamadun dan mempunyai

pemikiran minda kelas pertama. Kita juga tidak akan dapat melihat lagi

pertelingkahan mengenai perbezaan pendapat yang wujud antara satu sama lain.

Justeru itu, amat wajarlah jika pelajaran tentang subjek ini diperluaskan pada

segenap aspek peringkat umur bermula dari peringkat rendah sehinggalah peringkat

yang tertinggi.

15