analisis skor simfoni no. 40 k 550

Upload: amri-abdullah

Post on 14-Jul-2015

822 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Pengenalan Wolfgang Amadeus Mozart Johannes merupakan seorang pemuzik dunia termasyhur. Beliau merupakan seorang pengubah lagu dan pencipta muzik klasik Eropah yang terpenting dan paling terkenal. Gubahan-gubahan yang secara luas diakui sebagai puncak karya simfoni muzik, muzik piano, muzik opera, dan muzik paduan suara. Antara karya beliau adalah opera Don Giovanni dan Die Zauberflte. Banyak dari karya Mozart dianggap sebagai repertoire standard konsert classic dan diakui sebagai mahakarya muzik zaman klasik. Karya-karya beliau diurutkan dalam katalog Kchel-Verzeichnis. Simfoni-simfoni dari Bach dan Carl Friedrich Abel mempengaruhi simfoni-simfoni Mozart yang pertama (K.16 & K.19), yang pada tahun 1764 & 1765. Pada 1767, Mozart menggubah beberapa piano sonata dari pengubah-pegubah lain dan membuatnya menjadi empat buah piano Concerto pertamanya (K.37, K.39, K.40, K.41). Pada tahun 1768, atas permintaan Kaisar Wina, Mozart menggubah Opera buffa, La Finta Semplice (namun tak dipentaskan) dan operetta Bastien und Bastienne. Dalam masa hidupnya yang singkat itu, ia menghasilkan karya muzik yang sangat banyak, dan yang paling terkenal adalah konsert piano berjudul simfoni no 17 dalam G major, no. 20 dalam D minor, dan no. 21 dalam C major. Salah satu lagu yang terkenal beliau adalah Symphony 40 K550 in G minor. Ciri yang jelas yang terdapat dalam muzik Mozart ialah kejelasan dan kemerduan melodi, keseimbangan dan mudah. Ini dapat kita lihat dalam Symphony 40 K550 in G minor

Sejarah Mozart

Pada tanggal 27 Januari 1756, Wolfgang Amadeus Mozart, seorang pemuzik dunia termasyhur, telah lahir ke dunia di kota Salzburg Austria. Nama asal Wolfgang Amadeus Mozart Johannes ialah Chrysostomus Wolfgangus Gottlieb Mozart, beliau meninggal di Wina, Austria, pada 5 Desember 1791 pada usia 35 tahun). Beliau merupakan seorang pengubah lagu yang terkenal pada zaman itu. Beliau dianggap sebagai salah satu daripada pencipta muzik klasik Eropah yang terpenting dan paling terkenal dalam sejarah. Karya-karya beliau (lebih kurang 600 lagu) termasuk gubahan-gubahan yang secara luas diakui sebagai puncak karya muzik simfoni, muzik kamar, muzik piano, muzik opera, dan muzik paduan suara. Antara karya beliau adalah opera Don Giovanni dan Die Zauberflte. Banyak dari karya Mozart dianggap sebagai repertoire standard konsert classic dan diakui sebagai mahakarya muzik zaman klasik. Karya-karya beliau diurutkan dalam katalog KchelVerzeichnis. Mozart, yang terkenal memiliki kemampuan tala bunyi (mengenal nada dengan tepat tanpa bantuan alat). Beliau mengenal muzik sejak lahir. Ayahnya, Johann Georg Leopold Mozart adalah pengubah penting pada zamannya. Salah satu karyanya yang paling penting adalah Kindersinfonie (Simfoni Anak-Anak). Wolfgang adalah anak bongsu dari tujuh beradik yang bertahan hidup sampai dewasa. Sewaktu berumur empat tahun, Mozart sudah mampu

memainkan harpsichord dan melakukan improvisasi pada karya-karya muzik terdahulunya. Beliau menulis lagu yang pertama ketika berusia lima tahun dan dalam usia muda ini, beliau telah mahir menguasai biola. Tahun 1767, pada saat Mozart berusia sebelas tahun, ia telah menulis karya opera pertamanya yang berjudul La Finta Semplice untuk dihadiahkan kepada Kaisar. Mozart menghabiskan usianya di kota Wina sejak berusia 25 tahun Mozart pernah bermain piano di hadapan Raja Bayern di Mnchen. Beliau dibawa olah ayahnya untuk bermain sebagai memperkenalkan bakat beliau dalam permainan alat muzik. Pada bulan September 1762, Leopold mengambil cuti panjang dari jabatannya untuk mempromosikan anaknya kepada raja-raja. Mereka berangkat ke Wina. Di sana Mozart bermain piano di depan Ratu Maria Theresia yang terpukau akan kepakaran dan kepandaian permainan Mozart dan Nannerl. Setelah konsert ini, Mozart pula perlu mengikuti konsert yang cukup panjang selama tiga tahun iaitu Paris (1763, 1765) dan London (1764-1765). Di tempat-tempat tersebut, Mozart mengadakan konsert di hadapan raja-raja dan juga diuji oleh mereka. Antara lain dengan mengimprovisasi tema-tema yang diberikan oleh penguji dengan mata yang ditutup sehelai kain. Mozart diberi gelaran sebagai Anak Ajaib di segala tempat. Walaupun Mozart seorang yang bijak dalam mencipta muzik, ternyata beliau juga mempunyai kehidupan yang menarik, terutama dalam hubungannya dengan ayahnya, Leopold Mozart-seorang pemuzik professional yang berpendidikan tinggi. Mozart seorang anak yang baik dan taat kepada ayah dan keluarganya. Keluarga Mozart memegang teguh nilai-nilai murni seperti bekerja keras, jujur, setia pada pasangan, dan cepat mengotakan janji. Leopold Mozart bukan sahaja ayah malah merupakan seorang. penasihat, setiausaha pembimbing, guru, dan idola kepada Mozart. Mozart tahu siapa yang paling berjasa bagi dirinya: "sesudah Tuhan", katanya, "Papa-lah yang paling banyak berjasa." Walaupun kadang-kala dengan kesabaran dan kerendahan hati yang menyentuh, ia menangkis tuduhan kasar ayahnya yang hampir selalu tanpa dasar menduga Mozart melakukan kesalahan atau kekeliruan tertentu. "Aku hanya memiliki satu permintaan," tulisnya dengan nada sedih pada akhir 1777, ketika usianya hampir dua puluh dua, "janganlah terlalu berprasangka buruk tentang diriku.". Walau bagaimanapun Mozart sangat menghormati bapanya.

Simfoni-simfoni dari Bach dan Carl Friedrich Abel mempengaruhi simfoni-simfoni Mozart yang pertama (K.16 & K.19), yang pada tahun 1764 & 1765. Pada 1767, Mozart menggubah beberapa piano sonata dari pengubah-pegubah lain dan membuatnya menjadi empat buah piano Concerto pertamanya (K.37, K.39, K.40, K.41). Pada tahun 1768, atas permintaan Kaisar Wina, Mozart menggubah Opera buffa, La Finta Semplice (namun tak dipentaskan) dan operetta Bastien und Bastienne. Dalam masa hidupnya yang singkat itu, ia menghasilkan karya muzik yang sangat banyak, dan yang paling terkenal adalah konsert piano berjudul simfoni no 17 dalam G major, no. 20 dalam D minor, dan no. 21 dalam C major. Pada tahun 1769, Mozart mengadakan perjalanan ke Itali. Mozart sangat produktif dalam arena gubahan dan penciptaan. Dia menggubah opera Mitridati, r di Ponto (1770) dan Lucia Silla (1772). Kedua-duanya mendapat kejayaan besar dalam pertunjukannya di Milano. Mozart juga mencipta banyak simfoni selama perjalanan itu, dan dipengaruhi para komposer-komposer itali seperti Sammartini. Di Bologna, Mozart juga mempelajari Kontrapung pada guru komposer yang paling terkenal pada masa itu, iaitu Padre Martini. Mozart adalah pemuzik dan komposer besar. Menurut Robert Schumann, Mozart merupakan salah seorang daripada tiga jenius muzik bersama Ludwig van Beethoven dan Johann Sebastian Bach. Pencapaiannya dianggap setingkat dengan prestasi Raphael dan Shakespeare di bidangnya. Ada juga yang menyebut salah satu jenius terbesar dalam budaya Barat. Mozart kecil, Si Anak Ajaib yang dikenal sebagai pencipta Eine Kleine Nachtmusik, juga simfoni, konsert, opera, dan sonata, bak sebutir bintang nan amat gemerlapan di angkasa muzik. Bukan saja muzik-muzik gubahannya mempesona, tapi ia juga melambangkan kebijaksanaan yang tiada tolok bandingnya. Gelaran "Sang Maestro Mozart" diberikan kepadanya ketika usianya belum genap lapan tahun. Beliau merupakan seorang komposer, yang menjadi "anak kecil" di bawah bayang-bayang ayahnya. Dalam masa yang singkat beliau telah mencipta pelbagai genre muzik. Semua muzik vocal dan instrumental beliau didapati sangat merdu muziknya berkualiti, lembut dan seimbang dari aspek harmoni. Beliau pernah berjaya mencipta 3 simfoni secara spontan dan tanpa notasi dalam masa 6 minggu sahaja.

Bagi Mozart yang bijak dan pencinta muzik ini, muzik adalah mudah kerana seakan lahir begitu saja dan mengalir indah, dengan style yang boleh dikatakan sempurna. Pendengar muzik Mozart memberikan pandangan yang sama. Kemasyhuran Mozart di bidang muzik menyebabkan nama

beliau selain Johann Sebastian Bach sering dijadikan tema festival di seluruh dunia, hingga kini. Seniman besar sepanjang abad ini mewarisi dunia dengan karya muzik dalam jumlah dan nilai keindahan yang luar biasa. Kini, penghargaan dan festival muzik di seluruh dunia semakin banyak. menggunakan namanya. Penghormatan dan penghargaan kian meluas.

Analisis Skor Lagu Symphony No. 40 K. 550 Symphony No. 40 in G minor K. 550 merupakan karya popular hasil ciptaan Mozart. Simfoni ini dicipta lengkap pada 25 July 1788. Simfoni ini merupakan simfoni yang popular dan juga menjadi karya yang terkenal dalam zaman Klasikal Eropah. Skor simfoni ini bertanda masa 4/4 iaitu 4 krocet dalam satu bar. Tempo simfoni ini adalah dalam allegro dan nadanya G minor. Ianya merupakan juga simfoni yang kerap digunakan dalam orchestra pada masa ini. Pernah juga simfoni ini dimainkan dalam cerita kartun atau pun sebagai caller-ring tunes. Muzik zaman klasik mempunyai ciri-ciri muzik yang tersendiri yang jauh berbeza dengan cirri-ciri muzik zaman zaman yang lain seperti Barok dan zaman Renaissance.

Gubahan yang dibuat adalah untuk alat muzik atau pun orkestra yang memainkan karya ini mengandungi alat-alat muzik seperti 2 Oboi (oboe), 1 Clarinetti in B (clarinet), 1 Flauto (flute), 1 Fagotti, 1 Carno in Balto, 1 Carno in G, 2 Violino, 1 Violin dan 1 Violoncello Basso. Symphony No. 40 in G minor K. 550 merupakan karya yang mempunyai nilai yang tinggi yang dicipta oleh Mozart dan mempunyai suasana yang riang, lambat, dan unik. Melodinya merdu dan menarik. Terdapat empat pergerakan tempo dalam lagu ini iaitu:i) ii) iii) iv)

Pergerakan sangat cepat (Allegro Molto 2/2) Pergerakan lambat (Andante, 6/8) Pergerakan gemalai minuet (Menuetto Trio, 3/4) dan Pergerakan cepat (Allegro assai, 2/2).

Setiap pergerakan-pergerakan ini biasanya terdapat di dalam setiap pergerakan tempo lagu-lagu klasik. Dalam pergerakan yang ketiga, adalah pergerakan bentuk sonata (muzik yang digubah untuk satu alat seperti piano atau dua alat seperti piano dan biola biasanya dengan 3 atau 4 babak). Bentuk sonata merupakan bentuk yang sangat penting dan terdapat dalam genre simfoni ini. Pergerakan gemalai di dalam bentuk yang biasa iaitu ABC . Simfoni ini berbentuk ABC.

Tema yang pertama bermula dengan nada muram tetapi itu hanyalah pada permulaannya sahaja. Pergerakan berikutnya cepat dengan iringan alat-alat muzik yang dimainkannya lebih rendah seperti viola. Teknik permulaannya bermula dengan iringan alat-alat muzik oleh Mozart dalam concerto piano KV. 595 ( gubahan muzikal untuk satu atau lebih alat solo dan orchestra) akhirnya. Pergerakan lagu ini juga terdapat irama yang romantic /gemalai (minuet).

Permulaan melodi yang pertama:

Permulaan yang kedua adalah sangat teruja melodinya iaitu dalam tandamasa 6/8. Tema kedua dalam nada E flat major iaitu submediant major dalam keseluruhan tandanada G minor dalam Symphony No. 40 ini.

Pergerakan minuet bermula dengan agak keras dalam tekanan lagu ini iaitu dalam prasa (rangkai lagu) 3 bar. Oleh sebab itu saya melebelkan lagu ini minuet. Ianya amat sesuai untuk tarian gemalai klasik. Pergerakan yang keempat ditulis lebih besar dalam prasa 8 bar. Berikutnya kecenderungan yang mempengaruhi rentak dalam lagu simfoni klasik ini yang patut diberi perhatian dalam perubahan muzik. Ini berlaku di permulaan membangunnya lagu ini. Setiap ton dimainkan dalam skill kromatik.

Not-not yang paling banyak digunakan dalam simfoni ini adalah not kuaver. Tidak dinafikan not lain juga banyak digunakan iaitu not krocet. Not semikuaver banyak digunakan bermula pada bar 45 dan dimainkan oleh alat muzik obei, clarinet dan carno. Alat-alat ini memainkan pada not yang sama. Alat muzik violin banyak digunakan untuk memainkan not-not krocet. Manakala alat muzik viola memainkan not-not kuaver. Not minim dan semibrif juga banyak digunakan, ini dapat kita lihat bermula pada bar yang ke 15, 16, 17, 19 dan seterusnya bagi not minim. Penggunaan not semibrif pula bermula pada bar 102. Not C# dan F# digunakan bermula pada bar ke 16. Penggunaan simbol slur ( mengaitkan not) juga banyak digunakan dalam gubahan simfoni ini. Mozart banyak menggunakan not-not yang berpic tinggi seperti not Motif simfoni ini adalah berulang dan terdapat banyak ulangan dalam karya ini tetapi ditambah dan diselang seli dengan motif yang baru. Walaupun diulang-ulang lagunya tetapi masih ada kelainan dalam sesetengah bahagian. Terdapat imitasi dan sekuen yang digunakan oleh Mozart dalam bar ke 5 dan seterusnya dalam simfoni ini. Mempunyai corak irama yang sangat menarik seolah-olah ia dibentuk untuk menjadi melodi. Simfoni ini menjadi lebih menarik melodinya kerana pergerakan tempo yang cepat dan lambat di selang selikan dengan teratur. Kedengaran simfoni ini lancar dan licin walaupun dimainkan

dengan cepat. Apa yang menarik tempo yang lambat dan minuet ini dapat dimainkan dengan baik dan simfoni ini menjadi bertambah harmoni.

Antara alat-alat muzik yang digunakan dalam Symphony No. 40 in G Minor K. 550 1. Flauto (flute)

2. Oboi (obei)

3. Bassoon (bassoon)

4. Clarinetti (clarinet)

5. violin

6. viola

7. cello

Kesimpulan Symphony No. 40 in G minor K. 550 merupakan ciptaan Mozart yang lengkap pada tahun 1788 yang sedap dan merdu didengar juga menarik serta unik. Simfoni ini merupakan simfoni yang popular dan merupakan salah satu karya Mozart yang terkenal dalam zaman Klasikal Eropah. Tempo lagu simfoni ini adalah dalam allegro dan kadangkala diselang seli andante dan juga minuet. Simfoni ini nadanya G minor. Bertanda masa 4/4. Gubahan ini mengandungi kesemua not dalam muzik iaitu not semibrif, minim, krocet, kuaver dan semikuaver. F# dan C# digunakan dalam gubahan simfoni ini. Gubahan yang dibuat ini adalah untuk alat muzik atau pun orkestra yang memainkan karya ini mengandungi 2 Obei, 1 Clarinet, 1 Flute, 1 Fagotti, 1 Carno in Balto, 1 Carno in G, 2 Violino, 1 Violin dan 1 Violoncello Basso. Terdapat empat pergerakan tempo dalam simfoni ini iaitu pergerakan sangat cepat ( Molto Allegro 2/2), pergerakan lambat (Andante, 6/8), pergerakan gemalai minuet (Menuetto Trio, 3/4) dan pergerakan cepat (Allegro assai, 2/2). Ada juga pergerakan bentuk sonata. Simfoni ini berbentuk ABC. Kesimpulannya simfoni ini mearik dan unik.

Rujukan 1. HBMS4103, Muzik dalam Bilik Darjah, Lim Zek Chu, Zulkiply Yaakob, Khatijah Mohammad dll. OUM. Selangor Darul Ehsan.2. http://tugaspti100008.wordpress.com/2010/12/08/sejarah-mozart/ 3. http://queenatthepalace.blogspot.com/2011/01/sejarah-mozart.html 4. http://www.ruangbaca.com/buku_bulan_ini/?

action=b3Blbg==&id=MTc=&when=MjAwNTA3MjE=5. http://images.search.yahoo.com/search/images;_ylt=A0oGdX61pRZOXkUA_FhXNyoA

?p=images+alat+muzik+viola&fr2=piv-web