analisis skor

Upload: muhamdsyukri

Post on 09-Jan-2016

85 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hj

TRANSCRIPT

Tugasan 1.2Berkumpulan - Analisis Lagu Kanak-kanak (Come sing with me)MUHAMMAD SYUKRI BIN MUSTAFFADARRENT KENT DERINSIM

1.2.1 NadaLagu Come sing with me ciptaan Susie Khor dan Rosshirllyza Ibrahim adalah dalam nada F major. Sebagai contoh. Dalam keadaan ini, hanya ada not B flet dan tidak ada not-not accidental yang lain. Maka petikan muzik tersebut adalah dalam nada F major. 1.2.2 PenjarianSelain itu, teknik penjarian. Setiap jari mempunyai fungsinya yang tertentu di atas papan nada. Walaupun begitu, tiap jari juga menyokong antara satu sama lain dalam mengimbang kedudukannya yang selalu berubah-ubah. Pergerakan dan keselamatan bahagian lengan amat perlu bagi mana-mana jari yang berubah tempat. Oleh itu, pengelangan tangan memainkan peranan dan perlu direndahkan jika ibu jari menekan mana-mana nada. Dalam lagu ini kita perlu mengubah kedudukan penjarian seperti

1.2.3 Pergerakan kordKord yng digunakan dalam lagu ini adalah kord F dan C7. Seterusnya, pergerakan lagu ini adalah sangat mudah dan ringkas sahaja. Hanya dua kord sahaja yang digunakan dalam lagu ini seperti kord 1 iaitu kord F major dan kord V seperti C7 yang terdiri not C,E,G, Bb. Pada bar pertama dalam lagu ini, kord yang digunakan ialah kord F major sehingga bar kedua. Bar ketiga kord C7 digunakan manakala bar keempat F major. 1.2.4 kadenCiri-ciri kaden perfek adalah seperti pergerakan kord V - I (dalam nada major) atau V- i (dalam nada minor). Seterusnya, pergerakan melodi ti - do atau re- do. Kaden yang paling kuat memberi kesan rasa penamat yang paling lengkap seperti noktah dalam ayat. Lazimnya ditemui di hujung rangkap melodi atau lagu. Selain itu, kaden yang terdapat dalam lagu ini ialah Kaden perfek sebagai contoh pada bar ketiga menggunakan kord C7 iaitu kord V manakala bar keempat ialah kord F major iaitu kord 11.2.5 Pembalikkan kordPembalikkan kord dalam lagu ini contohnya F major sama ada menggunakan kedudukan perdu ataupun kedudukan pertama seperti A, C, E. Manakala kord C7 pula menggunakan pembalikkan pertama iaitu, E, Bb, C ataupun menggunakan pembalikkan kedua seperti Bb, C, E.

2.0 Ulasan kritis.

Seterusnya tugasan kedua ini kami mestilah membuat persembahan dengan lagu secara berpasangan sambil mengaplikasikan kord dan penjarian. Sebelum itu terima kasih kepada pensyarah muzik MZU 3023 kerana memberi tugasan ini. Hal ini kerana banyak faedah yang saya perolehi sebagai contoh ilmu kecekapan kibod. Sebagai contoh, proses latihan yang telah dijalankan semasa kuliah adalah kami telah diberi perdedahan mengenai penjarian dan nombor jari tangan kanan dan kiri. Kami telah membuat latihan skel dalam nada seperti C, G dan F major seta A, D, E minor. Permainan skel ini dimainkan secara dalam 2 oktaf menaik dan menurun dengan menggunakan penjarian yang betul. Selain itu, tidak dapat dinafikan permainan kibod secara berpasangan telah memberi banyak manfaat kepada saya. Saya memilih rakan sekelas saya iaitu Darrent kent untuk memainkan lagu duet bersama. Kami telah memilih lagu over the rainbow. Keseronokan bermain kibod ini dapat dilihat apabila gabungan kord dan melodi secara duet. Sebagai contoh rakan saya bermain kord manakala saya bermain melodi.Pada mulanya, semasa bermain secara duet saya dapati kelemahan yang perlu saya perbaiki contohnya, teknik penjarian saya ketika bermain melodi. Hal ini menyebabkan saya masih tidak lancar bermain kibod. Selain itu kedudukan jari dan tangan saya masih lemah dan menyebabkan permainan saya kurang bermutu. Langkah untuk mengatasi masalah saya bermain kibod secara duet termasuklah saya mestilah kerap bermain skel sebagai contoh ibu jari haruslah dielakkan dalam keadaan terlipat kedalam. Ibu jari hendaklah sentiasa berada bersebelahan jari telunjuk. Kombinasi pergerakan lengan, pergerakan tangan dan jari mampu mengelak rasa kekejangan, lenguh dan ketidak serasian menggunakan kedudukan ibu jari. Apabila tangan berada dalam kedudukan bermain, gerakan sedikit bahagian lengan. Cara begini mampu mengurangkan rasa lenguh dan kejang otot. Tidak lupa juga latihan arpeggio supaya teknik penjarian dan kedudukan jari dan tangan dapat dapat bermain secara betul dan hal ini saya akan menguasai permainan kibod.

Selain itu, bukan saya sahaja mempunyai kelemahan tetapi rakan duet saya juga mempunyai kelemahan seperti postur badan ketika bermain dan juga menggunakan pembalikkan kord yang sukar . Saya mendapati dia mempunyai postur duduk yang kurang selesa. Selepas ditegur oleh pensyarah dan rakan rakan, dia dapat bermain dengan selesa dan baik. Postur duduk yang betul adalah tidak terlalu tegak, tidak terlalu bersandar dan tidak bongkok. Postur duduk yang betul semasa bermain kibod adalah bagi memastikan permain kibod dalam keadaan yang selesa dan berasa tenang. Selepas mengikut langkah mengatasi masalah yang dihadapi kami dapat bermain secara berpasangan dengan baik. Selain itu, teknik penjarian saya juga betul. Hal ini kami dapat memainkan lagu over the rainbow dengan cekap dan baik.Secara kesimpulannya, saya telah memperolehi pelbagai manfaat dan kelebihan serta pertambahan ilmu pengetahuan melalui tugasan ini. Kecekapan saya dalam bermain kibod juga semakin meningkat dengan bantuan pensyarah dan rakan-rakan serta melalui tugasan ini. Justeru itu, saya akan menggunakan segala kemahiran dan ilmu yang telah saya pelajari ini dalam mendidik para pelajar dalam mendalami ilmu pendidikan kibod ini dan membimbing mereka supaya menjadi insan yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.

LAMPIRAN

3.0 Bibliografi

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Sukatan pelajaran kurikulum bersepadu pendidikan muzik sekolah rendah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan kurikulum.Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Panduan Pengajaran Dunia Muzik Tahun 2. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Loh, P.K. (1991). A handbook of music theory. Kuala Lumpur: Penerbit Muzikal. Matusky, P., & Tan, S. B. (1998). Muzik Malaysia: Tradisi Klasik, rakyat dan Sinkretik. Kuala Lumpur : The Asian Centre.Stephanie Unsil. (2014). Kecekapan kibod. Diakses pada 28/8/2015 daripada http://www.slideshare.net/missstepheltonz/mzu-3103-kecekapan-kibod-semester-3?utm_source=slideshow02&utm_medium=ssemail&utm_campaign=share_slideshow.