analisis setiap isu dengan aspirasi pendidikan malaysia

10
ISU-ISU DI DALAM KAJIAN KES ‘KAJIAN PERSEKOLAHAN MURID Kehadiran murid-murid Orang Asli ke sekolah. Pencapaian akademik murid- murid Orang Asli terutama dalam penguasaaan 3M Masalah yang dihadapi oleh Guru Besar, guru, dan murid dalam menangani isu-isu pendidikan. Murid-murid Orang Asli mengalami kesukaran dalam memahami pengajaran guru yang menggunakan bahasa ISU-ISU MENGIKUT KEUTAMAAN Murid-murid Orang Asli mengalami kesukaran dalam memahami pengajaran guru yang menggunakan bahasa Melayu. Pencapaian akademik murid-murid Orang Asli terutama dalam penguasaaan 3M Kehadiran murid-murid Orang Asli ke sekolah. Masalah yang dihadapi oleh Guru Besar, guru, dan murid dalam menangani isu-isu pendidikan. 1 2 3 4

Upload: amar-safwan

Post on 11-Jan-2016

16 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kl

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis Setiap Isu Dengan Aspirasi Pendidikan Malaysia

ISU-ISU DI DALAM KAJIAN KES

‘KAJIAN PERSEKOLAHAN MURID ORANG ASLI’

Kehadiran murid-murid Orang Asli ke sekolah.

Pencapaian akademik murid-murid Orang Asli terutama dalam penguasaaan 3M

Masalah yang dihadapi oleh Guru Besar, guru, dan murid dalam menangani isu-isu pendidikan.

Murid-murid Orang Asli mengalami kesukaran dalam memahami pengajaran guru yang menggunakan bahasa Melayu.

ISU-ISU MENGIKUT KEUTAMAAN

Murid-murid Orang Asli mengalami kesukaran dalam memahami pengajaran guru yang menggunakan bahasa Melayu.

Pencapaian akademik murid-murid Orang Asli terutama dalam penguasaaan 3M

Kehadiran murid-murid Orang Asli ke sekolah.

Masalah yang dihadapi oleh Guru Besar, guru, dan murid dalam menangani isu-isu pendidikan.

1

2

3

4

Page 2: Analisis Setiap Isu Dengan Aspirasi Pendidikan Malaysia

Guru perlu cekap dalam menyampaikan pengajaran supaya BM tidak menjadi penghalang kepada murid dalam memahami sesuatu pengajaran.Strategi yang digunakan oleh guru bersesuaian dengan murid Orang Asli dapat mewujudkan pembelajaran yang bermakna.

BM adalah untuk semua orang di mana setiap Orang Asli boleh menggunakan BM dalam pendidikan di mana ia merupakan bahasa utama di Malaysia.Memudahkan murid Orang Asli berhubung dengan orang lain yang berada di bandar tanpa rasa rendah diri.Murid akan lebih mudah memahami p&p guru dengan baik melalui penguasaan BM.

Guru perlu menghasilkan pengajaran yang berkualiti yang menekankan budaya Orang Asli bagi memastikan pembelajaran berlaku dengan berkesan.Pelbagai strategi yang digunakan oleh guru bagi menghasilkan p&p yang berkualiti.

Dengan menguasai BM, murid Orang Asli akan lebih mudah untuk memahami p&p guru dan dapat membantu mereka dalam mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber.Guru boleh mempelajari bahasa Orang Asli supaya sedikit sebanyak dapat memudahkan murid memahami sesuatu perkataan dalam BM.

Akses

Murid-murid Orang Asli mengalami kesukaran dalam memahami pengajaran guru yang

menggunakan bahasa Melayu.

Kualiti

EkuitiUniti

BM dapat meningkatkan perpaduan serta kerjasama di antara murid-murid Orang Asli itu sendiri atau dengan murid-murid lain dari pelbagai kawasan.Interaksi guru dengan murid melalui bahasa yang mudah dfahami oleh murid dapat meningkatkan perasaan saling mempercayai antara satu sama lain.

Kecekapan

Page 3: Analisis Setiap Isu Dengan Aspirasi Pendidikan Malaysia

Penguasaan 3M yang baik dalam diri setiap murid Orang Asli akan meningkatkan kecekapan murid dalam berfikir dan menyelesaikan masalah yang memerlukan mereka membaca dan memahami sesuatu ayat dengan baik.

Melalui penguasaan 3M, secara tidak langsung ia dapat meningkatkan kualiti proses pembelajaran dalam kalangan murid-murid Orang Asli.

Penguasaan 3M (membaca, mengira, menulis) dalam diri murid Orang Asli akan meningkatkan lagi kefahaman murid dalam p&p.Dapat memudahkan murid dalam mengakses maklumat atau pengetahuan melalui pembacaan.

Pencapaian akademik murid-murid Orang Asli terutama dalam

penguasaaan 3M

Akses

Kualiti

Ekuiti

Semua murid-murid Orang Asli berhak mendapat pengajaran yang dapat meningkatkan penguasaan 3M mereka dari satu tahap ke satu tahap yang baru demi masa depan mereka.

Kecekapan

Page 4: Analisis Setiap Isu Dengan Aspirasi Pendidikan Malaysia

Kehadiran penuh murid-murid Orang Asli ke sekolah akan meningkatkan keberkesanan p&p guru di sekolah.Murid tidak lagi tercicir dan ketinggalan dalam mana-mana pengetahuan.

Sistem pendidikan yang direncanakan bagi Malaysia ialah semua kanak-kanak termasuk Orang Asli, tanpa mengira siapa ibu bapa mereka, atau tempat mereka belajar akan dilengkapi dengan keperluan untuk membuka segala peluang masa depan mereka.

Semua murid berpeluang untuk memperolehi pendidikan berkualiti bagi mendorong murid meningkatkan kehadiran mereka ke sekolah.Bagi mencapai matlamat ini, komitmen yang tinggi dari semua pihak amat diperlukan.

Kemudahan yang diperlukan seperti kemudahan pengangkutan bagi memudahkan murid Orang Asli ke sekolah.Murid Orang Asli berhak mendapat akses yang sama kepada pendidikan berkualiti dalam semua aspek bagi mencapai potensi masing-masing.Ini bagi memastikan semua murid Orang Asli memenuhi standard minimum yang diterima iaitu penguasaan 3M dan lulus dalam mata pelajaran teras.

Kehadiran murid-murid Orang Asli ke sekolah.

Akses

Kualiti

EkuitiUniti

Melalui interaksi murid-murid Orang Asli yang datang dari pelbagai latar belakang sosioekonomi, mereka dapat belajar untuk berkongsi nilai dan pengalaman bersama.Interaksi sihat yang dialami di sekolah dapat meningkatkan kehadiran mereka ke sekolah.

Kecekapan

Page 5: Analisis Setiap Isu Dengan Aspirasi Pendidikan Malaysia

Pihak sekolah harus cekap mengenal pasti masalah yang dihadapi murid dan berusaha menyelesaikan masalah mereka dengan berkesan.Guru kelas dan guru kaunseling memainkan peranan yang penting dalam memberi motivasi kepada mereka untuk terus belajar demi masa depan mereka.

Guru besar dan guru pelu menjadi contoh teladan kepada murid-murid Orang Asli untuk menyatupadukan mereka melalui penglibatan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah.

Guru yang berkualiti akan menggunakan pelbagai strategi dan pendekatan yang berbeza dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan murid dan juga pendidikan.

Guru besar dan guru perlu mendekati murid secara proaktif dalam memastikan murid-murid Orang Asli menerima standard minimum dalam pendidikan.Guru yang mengenali muridnya dalam pelbagai aspek dapat memudahkan seseorang guru mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh muridnya.

Masalah yang dihadapi oleh Guru Besar, guru, dan murid dalam menangani isu-isu pendidikan.

Akses

Kualiti

Ekuiti

Setiap guru perlu mengambil berat terhadap setiap murid tanpa ada perasaan pilih kasih.Guru harus mengenali setiap muridnya dengan lebih mendalam dari pelbagai aspek perbezaan.

Uniti

Kecekapan

Page 6: Analisis Setiap Isu Dengan Aspirasi Pendidikan Malaysia

‘KAJIAN PERSEKOLAHAN MURID ORANG ASLI’

Implikasi : Pengetahuan yang kurang dalam BM membuatkan murid Orang

Asli berasa rendah diri dan malu untuk bertanya guru terhadap

sesuatu pengajaran yang kurang meraka fahami.

Cadangan : 1) Guru harus menerima kekurangan murid dan cuba untuk

memberi keyakinan kepada murid untuk bertanya dan memberi

kata-kata semangat serta peneguhan kepada murid yang dapat

menggunakan BM dengan betul.

2) Guru tidak boleh berputus asa dalam meningkatkan

penguasaan murid dalam BM.

Implikasi : Persekitaran fizikal yang tidak selesa kurang mendorong

murid-murid Orang Asli untuk memahami sesuatu p&p dengan

lebih mudah dan bermakna.

Cadangan : 1) Guru perlu mewujudkan persekitaran fizikal yang sesuai

dengan budaya Orang Asli supaya mereka lebih tertarik

dan berminat untuk belajar melalui pendekatan yang

dipilih yang bersesuaian dengan cara hidup mereka.

2) Guru menggunakan bahan bantu belajar yang

mempunyai unsur alam semula jadi.

Murid-murid Orang Asli mengalami kesukaran

dalam memahami pengajaran guru yang menggunakan bahasa

Melayu.

Persekitaran Fizikal

Persekitaran Sosioemosi

Page 7: Analisis Setiap Isu Dengan Aspirasi Pendidikan Malaysia

Murid-murid Orang Asli mengalami kesukaran

dalam memahami pengajaran guru yang menggunakan bahasa

Melayu.

Implikasi : Kesukaran dalam memahami p&p akan membuatkan murid Orang

Asli yang lemah malu untuk bergaul atau berbincang dengan

mereka yang pandai.

Cadangan : 1) Aktiviti kumpulan yang menggabungkan pelbagai tahap

pencapaian dan kebolehan murid dapat meningkatkan

kerjasama antara murid walaupun antara masyarakat Orang Asli

itu sendiri.

2) Guru perlu wujudkan persekitaran yang mesra antara

guru-murid dan murid-murid.

Perhubungan antara kelompok etnik

Implikasi : Pengurusan guru yang kurang cekap akan membantutkan usaha

murid dalam memahami sesuatu pengajaran.

Cadangan : 1) Seseorang guru perlu cekap mengurus p&p dengan baik agar

murid Orang Asli mudah memahami pengajaran dan proses

pembelajaran dapat berlaku dengan berkesan.

2) Pengajaran guru mestilah sesuai dengan tahap pencapaian dan

kebolehan murid serta menggunakan BM yang mudah

memandangkan murid Orang Asli masih tidak dapat menguasai

BM dengan sebaiknya.

3) Guru perlu merancang aktiviti yang sesuai supaya dapat

menggalakkan murid Orang Asli untuk menguasai BM dengan

lebih baik.

Pengurusan pengajaran & pembelajaran

Page 8: Analisis Setiap Isu Dengan Aspirasi Pendidikan Malaysia

Murid-murid Orang Asli mengalami kesukaran

dalam memahami pengajaran guru yang menggunakan bahasa

Melayu.

Implikasi : Guru tidak seharusnya mengajar isi kandungan pengajaran dengan

menggunakan buku teks semata-mata.

Cadangan : 1) Guru perlu memilih strategi, kaedah, dan teknik yang sesuai

mengikut budaya masyarakat Orang Asli dengan mengaitkan

pengajaran guru dengan kehidupan seharian murid.

Pedagogi Relevan Budaya

Implikasi : Penggunaan BM oleh guru menyukarkan murid Orang Asli untuk

faham dalam pengajaran guru.

Cadangan : 1) Guru perlu menggunakan laras bahasa yang mudah dalam

pengajarannya dan mempelajari bahasa Orang Asli supaya

penyampaian pengajaran menjadi lebih berkesan.

2) Guru perlu mencuba menarik minat murid Orang Asli untuk

belajar BM dengan penuh minat dan seronok.

Sosiolinguistik

Page 9: Analisis Setiap Isu Dengan Aspirasi Pendidikan Malaysia