analisis-rantai-nilai

1
Analisis Rantai Nilai Rantai nilai menggambarkan sebagai rantai aktiviti yang mengubah input menjadi output yang bernilai kepada pelanggan. Terdapat tiga sumber nilai bagi pelanggan iaitu, aktiviti yang membezakan produk atau perkhidmatan, aktiviti yang mengurangkan kos produk atau perkhidmatan dan aktiviti yang dapat memenuhi permintaan dengan segera. Sifat rantai nilai bergantung pada jenis firma dan berbeza-beza untuk pengeluaran firma, perkhidmatan firma dan organisasi yang tidak berorientasi pada keuntungan. Tambahan lagi, analisis rantaian nilai/value chain analysis (VCA) adalah satu proses di mana firma mengenal pasti aktiviti primer dan sokongan yang menambah nilai kepada produk akhir dan kemudian menganalisis aktiviti-aktiviti untuk mengurangkan kos atau meningkatkan nilai tambah. Aktiviti primer di mana sebahagian besar nilai untuk pelanggan diwujudkan seperti operasi, jualan, pemasaran dan lain-lain lagi. Manakala aktiviti sokongan pula merupakan aktiviti yang memudahkan pelaksanaan aktiviti primer. Contohnya sumber manusia, pembangunan teknologi, sistem pembelian dan struktur organisasi. Tujuan analisis rantai nilai adalah untuk mengenalpasti tahap-tahap rantai nilai di mana firma dapat meningkatkan nilai untuk untuk pelanggan atau untuk mengurangkan kos. Pengurangan kos atau meningkatkan nilai tambah dapat membuat firma lebih berdaya saing. Selain itu, untuk menganalisis kelebihan daya saing dengan memecah belah organisasi dalam aktiviti diskret atau proses dan mengkaji bagaimana setiap aktiviti menyumbang kepada kedudukan kos relatif organisasi atau kesanggupan perbandingan pelanggan untuk membayar. Terdapat beberapa had dalam penggunaan analisis rantai nilai. Antaranya adalah kesukaran dalam pelaksanaan dan pentafsiran, mempunyai masalah dalam sistem perakaunan traditional serta kesukaran dalam membuat keputusan.

Upload: fiza-jay

Post on 15-Jan-2016

54 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

dokumen ini menerangkan secara ringkas mengenai analisis rantai nilai dalam subjek seminar perakaunan pengurusan

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis-Rantai-Nilai

Analisis Rantai Nilai

Rantai nilai menggambarkan sebagai rantai aktiviti yang mengubah input menjadi output yang

bernilai kepada pelanggan. Terdapat tiga sumber nilai bagi pelanggan iaitu, aktiviti yang

membezakan produk atau perkhidmatan, aktiviti yang mengurangkan kos produk atau

perkhidmatan dan aktiviti yang dapat memenuhi permintaan dengan segera. Sifat rantai nilai

bergantung pada jenis firma dan berbeza-beza untuk pengeluaran firma, perkhidmatan firma

dan organisasi yang tidak berorientasi pada keuntungan.

Tambahan lagi, analisis rantaian nilai/value chain analysis (VCA) adalah satu proses di mana

firma mengenal pasti aktiviti primer dan sokongan yang menambah nilai kepada produk akhir

dan kemudian menganalisis aktiviti-aktiviti untuk mengurangkan kos atau meningkatkan nilai

tambah. Aktiviti primer di mana sebahagian besar nilai untuk pelanggan diwujudkan seperti

operasi, jualan, pemasaran dan lain-lain lagi. Manakala aktiviti sokongan pula merupakan

aktiviti yang memudahkan pelaksanaan aktiviti primer. Contohnya sumber manusia,

pembangunan teknologi, sistem pembelian dan struktur organisasi.

Tujuan analisis rantai nilai adalah untuk mengenalpasti tahap-tahap rantai nilai di mana firma

dapat meningkatkan nilai untuk untuk pelanggan atau untuk mengurangkan kos. Pengurangan

kos atau meningkatkan nilai tambah dapat membuat firma lebih berdaya saing. Selain itu,

untuk menganalisis kelebihan daya saing dengan memecah belah organisasi dalam aktiviti

diskret atau proses dan mengkaji bagaimana setiap aktiviti menyumbang kepada kedudukan

kos relatif organisasi atau kesanggupan perbandingan pelanggan untuk membayar. Terdapat

beberapa had dalam penggunaan analisis rantai nilai. Antaranya adalah kesukaran dalam

pelaksanaan dan pentafsiran, mempunyai masalah dalam sistem perakaunan traditional serta

kesukaran dalam membuat keputusan.