rantai makanan 2.pptx

27
SIRATAN MAKANAN

Upload: norzaibasima

Post on 15-Nov-2015

320 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

KONSEP RANTAIAN dan SIRATAN MAKANAN

SIRATAN MAKANAN

PENGENALAN

Semua organisma hidup memerlukan makanan untuk terus hidup. Tumbuh-tumbuhan membuat makanan mereka sendiri dan dimakan oleh haiwan. Binatang-binatang ini kemudian menjadi makanan bagi haiwan lain, maka terhasillah rantai makanan. Berpandukan contoh disebelah, belalang dan serangga makan daun-daun tumbuhan. Serangga ini seterusnya dimakan oleh burung yang kemudian ditangkap oleh helang. Semua rantai makanan bermula dengan matahari dimana tumbuhan memerlukan cahaya untuk membuat makanan. Haiwan yang makan tumbuhan sahaja herbivor. Haiwan yang makan haiwan lain dikenali sebagai karnivor.

CONTOH :-Haiwan dan tumbuhan yang dihubungkan oleh rantai makanan

Haiwan mendapatkan tenaga dan nutrien dengan memakan haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang lain.Sebagai contoh beluncas makan daun burung kecil makan beluncas burung hantu makan burung kecil Helang makan burung hantuHubungan antara haiwan dan tumbuh-tumbuhan ini dikenali sebagai rantaian makanan.Hampir semua rantaian makanan bermula dengan tumbuhan hijau.

Pengeluar & PenggunaTumbuh-tumbuhan dikenali sebagai pengeluar kerana mereka membuat makanan sendiri. Mereka adalah pada permulaan rantaian makanan.Haiwan yang dikenali sebagai pengguna kerana mereka makan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang lain.

Maksud pengeluar Tumbuhan dinamakan pengeluar kerana ia mengeluarkan makanannya sendiri.Tumbuhan membina makannya sendiri melalui Fotosintesis

Pengguna ialah haiwan-haiwan yang menggunakan tumbuhan atau haiwan lain sebagai sumber makanannya.

Pengguna primer terdiri daripada haiwan herbivor

Pengguna sekunder/tertier terdiri daripada haiwan omnivor ataupun karnivor

MAKSUD PENGGUNA

CONTOH HAIWAN PENGGUNA :Siratan makananialah gabungan beberaparantai makanan. Siratan makanan wujud kerana sesuatu sumber makanan jarang sekali dimakan oleh hanya satu jenishidupansahaja. Ini penting bagi memastikan kemandirian sesuatu spesies. Seperti rantai makanan, siratan makanan dimulakan dengan hidupan pengeluar (autotrof). Setiap kawasan yang wujud dalam alam ini mempunyai siratan makanan yang tersendiri.

SIRATAN MAKANANRantai makananialah hubunganmakananantara spesies dalam satuekosistematau tempat tinggal.Siratan makananpula ialah gabungan beberapa rantai makanan. Ini kerana jarang sekali sesuatu sumber makanan dimakan oleh hanya satu jenis hidupan sahaja.Semua rantai makanan bermula denganautotrof, sama adatumbuhanataupunmikroorganisma.

RANTAI MAKANANDapat dijelaskan sebagai hubungan pemakanan antara PENGELUAR, PENGGUNA PRIMER, PENGGUNA SEKUNDER, dan PENGGUNA TERTIER yang melibatkan pemindahan tenaga untuk menjalankan aktiviti tumbesaran dalam sesuatu ekosistem

KONSEP RANTAI MAKANANBerudu (anak katak) akan dimakan oleh ikan

Berudu bertindak sebagai pengguna primer akan dimakan oleh pengguna tertier, iaitu burung pucung

Perpindahan tenaga berlaku apabila berudu menjadi makanan ikan dan ikan dimakan oleh burung raja udang

CONTOH 1 :Rantaian makanan dalam ekosistem kolam

CONTOH 2 : Rantaian Makanan dalam Ekosistem Kebun Sayur atau Ladang

Daun hijau merupakan pengeluar yang menjadi makanan beluncas

Beluncas merupakan pengguna primer yang akan dimakan oleh burung yang bertindak sebagai pengguna sekunder dalam ekosistem ini

Perpindahan tenaga berlaku apabila beluncas memakan daun hijau dan burung memakan beluncas

CONTOH 3: Peranan Manusia Sebagai Sebahagian daripada Komponen Biotik dalam Ekosistem

Rumput bertindak sebagai pengeluar akan menjadi makanan kepada lembu

Daging lembu pula menjadi hidangan kepada manusia dalam bentuk pelbagai jenis masakan

Proses perpindahan tenaga berlaku apabila lembu memakan rumput dan manusia memakan daging lembu

KONSEP RANTAIAN MAKANANMempunyai hubung kait dengan rantaian makanan kerana siratan makanan ialah gabungan beberapa rantaian makanan untuk membentuk satu ekosistem yang rencam dan unikBiasanya kebanyakan haiwan, iaitu pengguna tidak memakan satu jenis makanan sahaja dalam sesuatu ekosistem. Contohnya, burung ( pengguna sekunder) bukan hanya memakan serangga ,tetapi juga memakan ulat dan buah-buahan. Begitu juga dengan harimau (pengguna tertier) akan memakan rusa, kambing, musang dan kancil

ALIRAN TENAGA DALAM RANTAIAN MAKANAN DAN SIRATAN MAKANANMatahari merupakan punca tenaga dan aliran tenaga dalam rantaian makanan dan siratan makanan Hanya 48 peratus sahaja jumlah tenaga cahaya matahari yang sampai secara langsung ke permukaan bumi52 peratus lagi diserap , diserak, dan dibalikkan semula sebelum sampai ke permukaan bumi4) Daripada jumlah 48 peratus, hanya 8 peratus sahaja yang akan digunakan oleh tumbuh-tumbuhan hijau

5) Tumbuh-tumbuhan hijau yang bertindak sebagai pengeluar dalam rantaian makanan dan siratan makanan hanya akan menyerap 2 peratus sahaja daripada 8 peratus yang diterimanya

6) 6 peratus lagi digunakan dalam bentuk tenaga haba untuk proses metabolisme, transpirasi, dan pertumbuhan.

7) Tumbuh-tumbuhan hijau akan menyerap tenaga cahaya matahari dengan bantuan klorof.

8) Klorofil terdiri daripada bahan organik dan magnesium yang terdapat pada kloroplas daun hijau.

9) Kebolehan tumbuhan menyerap tenaga cahaya matahari membolehkan tumbuhan membuat makanannya sendiri dan proses ini dinamakan fotosintesis

Fotosintesis sangat penting kerana dapat menukarkan tenaga cahaya matahari kepada tenaga kimia tumbuh-tumbuhan untuk hidupan di bumi

Sebahagiannya telah hilang dalam bentuk tenaga haba semasa proses respirasi, pergerakan dan pembiakan

Sama seperti pengeluar (tumbuhan) tidak semua tenaga di dalam pengeluar dipindahkan ke badan pengguna primer, badan pengguna primer ke badan pengguna sekunder dan badan pengguna sekunder ke badan pengguna tertierPerpindahan tenaga dan kehilangan tenaga dalam rantaian makanan dan siratan makanan adalah penting untuk mengekalkan kewujudan hidupan di bumi

SOALAN :1.Antara organisma berikut, yang manakah berada pada aras trof pertama dalam piramid nombor?BurungUlarTumbuhanTikus

2.Rajah di bawah menunjukkan rantai makanan di tasikAlga berudu x bangauBerikut yang manakah kemungkinan x?IkanKatakJerungBuaya

3. Rajah di bawah menunjukkan siratan makanan.

Yang manakah menggambarkan haiwan p?BelalangArnabHarimaukataktikuspadiularpbeluncasRajah menunjukkan piramid nombor satu rantai makanan. Siapakah yang berada di no1 ?

A. Pengguna tertierB. Pengguna sekunderC. Pengguna primerD. Pengeluar

5. Antara yang berikut manakah mempunyai nilai tenaga yang paling rendah?

Pengeluar Pengguna primerPengguna sekunderPengguna tertier

Sekian Terima Kasih