rantai siratan-makanan

19
PENDIDIKAN ALAM SEKITAR RANTAI / SIRATAN MAKANAN

Upload: dayang-timbang

Post on 23-Jun-2015

1.006 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rantai siratan-makanan

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

RANTAI /SIRATAN MAKANAN

Page 2: Rantai siratan-makanan

PENGENALAN

• Dalam suatu ekosistem, setiap organisma saling berinteraksi melalui perhubungan makanan. Dalam interaksi ini,organisma hidup boleh dikelaskan sebagai pengeluar, pengguna dan pengurai.

Page 3: Rantai siratan-makanan

PENGELUAR, PENGGUNA DAN PENGURAI

• PENGELUAR- Tumbuhan dikenali sebagai pengeluar kerana tumbuhan membina makanannya sendiri melalui fotosintetesis.

Pengguna terbahagi kepada tiga iaitu:PENGGUNA PRIMER-haiwan yang hanya memakan tumbuhan.

PENGGUNA SEKUNDAR – haiwan yang makan pengguna primer.

• PENGGUNA TERTIER - haiwan yang makan pengguna sekundar.

PENGURAI – Organisma yang mendapatkan makanan dengan cara menguraikankan organisma yang telah mati.

Page 4: Rantai siratan-makanan

RANTAI MAKANAN

Dapat ditakrifkan sebagai satu kumpulan organisma apabila terdapatnya pemindahan tenaga melalui satu siri memakan(pemangsa) dan kena makan(mangsa) atau setiap benda yang hidup menjadi makanan kepada benda hidup yang lain.

Page 5: Rantai siratan-makanan

Contoh rantai makanan:-

Pokok padi Tikus Ular

Habitat yang berbeza biasanya mempunyai rantai makanan dan siratan yang berbeza.

(pengeluar) (pengguna primer) (pengguna sekunder)

Helang

(pengguna tertier)

Page 6: Rantai siratan-makanan

JENIS-JENIS RANTAI MAKANAN

Rantai makanan pemangsa- rantai makanan ini bermula daripada herbivor dan kepada karnivor kecil hinggalah yang besar. Pemangsa pada aras yang pertama lebih kecil daripada yang kedua dan seterusnya.

Rantai makanan parasit- rantai makanan ini juga bermula daripada herbivor tetapi tenaga makanan dipindahkan daripada organisma yang besar kepada yang kecil. Organisma yang besar ialah perumah dan yang kecil ialah parasit.

Page 7: Rantai siratan-makanan

Rantai makanan saprofit- Rantai makanan ini menunjukkan pemindahan tenaga daripada jirim organik haiwan dan tumbuhan yang mati kepada mikroorganisma.

Page 8: Rantai siratan-makanan

SIRATAN MAKANAN

Kesemua rantai makanan saling berhubung untuk membentuk siratan makanan. Ini kerana kebanyakkan pengguna makan lebih dari satu jenis makanan. Oleh itu, siratan makanan ialah gabungan beberapa rantai makanan.

Page 9: Rantai siratan-makanan

Contoh siratan makanan

Page 10: Rantai siratan-makanan

Piramid nombor

Merupakan satu susunan organisma yang menunjukkan bilangan relatif organisma pada setiap peringkat rantai makanan.

Sekiranya diperhatikan dalam ekosistem yang tidak terganggu, kita akan dapati bilangan hidupan yang paling banyak ialah tumbuhan. Tumbuhan membekalkan makanan kepada pelbagai jenis haiwan. Oleh itu, bilangannya harus melebihi haiwan untuk menampung keperluan setiap haiwan.

Page 11: Rantai siratan-makanan

• Bilangan pengguna primer seharusnya melebihi

bilangan pengguna sekunder dan bilangan pengguna sekunder mesti melebihi bilangan pengguna tertier.

• Sekiranya jumlah bilangan hidupan dalam setiap peringkat disusun mengikut tertib dalam rantai makanan, satu model piramid nombor akan terbentuk.

Page 12: Rantai siratan-makanan

Contoh piramid nombor

Page 13: Rantai siratan-makanan

Pada rantai makanan yang melibatkan parasit, keadaan sebaliknya akan dapat dilihat.

Jumlah parasit jauh lebih banyak daripada jumlah perumah. Misalnya sepohon pokok didiami oleh beberapa ekor burung herbivor yang memakan buah. Pada seekor burung itu pula akan terdapat berpuluh-puluh atau beratus-ratus kutu atau pijat.

Page 14: Rantai siratan-makanan

Piramid bilangan pada rantai makanan parasit.

Page 15: Rantai siratan-makanan

ALIRAN TENAGA

Dalam setiap rantai makanan, tenaga berpunca daripada matahari. Tenaga daripada tumbuhan dipindahkan kepada organisma lain malalui rantai makanan dan siratan makanan.

Dalam setiap peringkat, tenaga akan digunakan untuk respirasi dan aktiviti organisma seperti pertumbuhan dan pergerakan.

Untuk mendapatkan semula tenaga, organisma tersebut mestilah membina makanan sendiri atau mencari makanan lain.

Page 16: Rantai siratan-makanan

Aliran tenaga dalam piramid nombor bermula daripada pengeluar. Walau bagaimanapun, terdapat kehilangan tenaga apabila tenaga dipindahkan dari satu peringkat ke peringkat yang lain.

Tenaga dalam setiap peringkat akan hilang melalui aktiviti organisma seperti respirasi, pencernaan, perkumuhan dan pergerakan.

Oleh itu, bilangan organisma pada dasar piramid mestilah jauh lebih banyak dari bilangan organisma di atasnya supaya jumlah tenaga yang ada padanya mencukupi untuk menyokong organisma di atasnya.

Page 17: Rantai siratan-makanan

Kepentingan siratan makanan

Memastikan kemandirian spesies- jika sesuatu haiwan hanya memakan sejenis makanan sahaja dan sekiranya makanan itu telah habis dimakannya, haiwan itu akan mati kebuluran.

Hidupan boleh memperolehi makanan daripada pelbagai sumber

Page 18: Rantai siratan-makanan

Apabila mana-mana rantai makanan dalam siratan makanan terganggu,bilangan hidupan dalam siratan makanan akan berubah dan menyebabkan keseimbangan alam terganggu.Contoh : pengurangan bilangan tikus akibat diracun akan mempengaruhi bilangan ular.

Terdapat saling pergantungan di antara pelbagai hidupan dalam siratan makanan.

Page 19: Rantai siratan-makanan