analisis perbandingan bahasa melayu 1 2011 - munsyibm
DESCRIPTION
bahasa melayu analisisTRANSCRIPT
www.munsyibm.blogspot.com
1
HAK MILIK:
HJ. SAMAT B. BUANG
GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU
ANALISIS SOALAN KERTAS
BAHASA MELAYU 1
PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SPM ANTARA NEGERI 2011
www.munsyibm.blogspot.com
2
ANALISIS SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU 1 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM ANTARA NEGERI 2011
Bil Negeri Bahagian A –
(30 markah)
Bahagian B – Karangan Respons Terbuka
(100 markah)
1.
NE
GE
RI
SE
MB
ILA
N
Usaha-usaha
menggalakkan
pelancongan di
Malaysia (petikan
dialog)
1. Remaja pada hari ini kurang melibatkan diri dalam aktiviti komuniti seperti bergotong-royong.
Huraikan punca-punca berlakunya gejala ini.
2. Anda akan menyertai Pertandingan 1 Malaysia peringkat daerah. Tajuk pidato yang anda pilih
ialah ”Peranan Masyarakat Untuk Menangani Gejala Sosial Dalam Kalangan Remaja”.
Sediakan teks pidato anda selengkapnya.
3. Pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi menyebabkan permainan tradisional semakin
dipinggirkan. Sebagai remaja yang berwawasan, berikan pendapat anda tentang usaha-usaha
untuk mempopularkan permainan tradisional ini kembali.
4. Bencana alam yang berlaku pada hari ini semakin mendapat perhatian daripada masyarakat
antarabangsa. Huraikan peranan yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk membantu
negara yang terbabit dalam masalah ini.
5. Anda telah membaca sebuah novel yang banyak mengandungi nilai murni dan pengajaran.
Berdasarkan novel tersebut, jelaskan nilai-nilai yang dapat dijadikan pedoman dalam
kehidupan kita.
2.
JOH
OR
Kebaikan membeli
barangan buatan
tempatan
Menjimatkan
perbelanjaan keluarga
Menyemai semangat
patriotisme
Meningkatkan imej
negara
Memajukan industri
tempatan
1. Slogan “Membaca Jambatan Ilmu” menunjukkan bahawa aktiviti membaca mendatangkan
pelbagai faedah kepada seseorang. Huraikan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk
menjadikan membaca sebagai amalan hidup.
2. Perasaan saling menyayangi dan hormat-menghormati sesama ahli keluarga dapat membentuk
masyarakat penyayang. Berikan pandangan anda tentang peranan ibu bapa dalam melahirkan
individu yang penyayang.
3. Keadaan cuaca yang tidak menentu dan aktiviti pembangunan yang tidak terancang di
sesetengah kawasan di negara kita telah mengakibatkan kejadian tanah runtuh. Tulis sebuah
rencana tentang cara-cara untuk mengatasi kejadian tanah runtuh.
4. Kemasukan pendatang asing yang semakin bertambah di rantau ini telah memberi kesan kepada
rakyat dan negara. Bincangkan kerjasama yang dapat dilakukan oleh Malaysia dengan negara
jiran untuk mengatasi masalah tersebut.
5. Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
Pantun di atas menjelaskan bahawa budi dan jasa seseorang perlu dihargai. Sebagai seorang
pelajar, bincangkan sumbangan yang boleh anda berikan sehingga pihak sekolah dapat
menghargai budi dan jasa anda.
www.munsyibm.blogspot.com
3
3.
MR
SM
Punca-punca
berlakunya jerebu di
negara ini
Pembakaran hutan
secara terbuka
Pelepasan asap
kenderaan
Asap dari kilang
1. Belakangan ini, isu kenakalan remaja hangat diperkatakan dan membawa petanda yang tidak
baik kepada generasi akan datang. Huraikan peranan anda sebagai seorang remaja dalam
membentuk sahsiah diri yang terpuji.
2. Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan peringkat sekolah. Tajuk syarahan
anda ialah “Keluarga Bahagia Tonggak Kemajuan Negara”. Sediakan teks syarahan itu
selengkapnya.
3. Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum, agama, dan budaya yang
berlainan, perpaduan amat penting dalam mencapai matlamat pembangunan negara. Sarankan
langkah-langkah mengekalkan perpaduan dna kepentingan perpaduan kepada negara.
4. Gempa bumi, kemarau panjang, dan banjir besar yang melanda beberapa buah negara di dunia
telah menyebabkan kesengsaraan dan kemusnahan harta benda. Bincangkan pelbagai bentuk
bantuan yang boleh dilhulurkan oleh masyarakat antarabangsa kepada negara yang terlibat.
5. Puisi tradisional seperti pantuan, gurindam, dan syair merupakan warisan yang perlu dipelihara.
Berikan pendapat anda tentang keistimewaan-keistimewaan puisi tradisional.
4
KE
DA
H
Kebaikan hidup berjiran
Mengurangkan kes
jenayah
Membantu jiran
mendapatkan rawatan
Memastikan
keselamatan anak-
anak
1. Pelajar disarankan menguasai sekurang-kurangnya satu kemahiran yang relevan dengan tuntutan
semasa seperti penguasaan bahasa kedua, kemahiran ICT, kemahiran berkomunikasi, atau
kemahiran bekerja dalam pasukan. Sebagai pelajar, apakah persediaan yang perlu anda lakukan
bagi menguasai sekurang-kurang satu kemahiran tersebut.
2. “Kebersihan bermula dari rumah”. Pernyataan ini mampu merangsang jiwa seseorang agar
mencintai kebersihan. Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan peranan ibu bapa dalam
mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang mementingkan kebersihan dalam kehidupan
seharian.
3. Bidang keusahawanan atau perniagaan sebenarnya menjanjikan pulangan yang lumayan kepada
pengusahanya yang bersikap positif. Pada pandangan anda, apakah sikap positif yang perlu
dimiliki oleh seseorang usahawan atau peniaga yang ingin berjaya.
4. Pasukan bola sepak negara-negara Asia Tenggara belum mampu menyaingi pasukan bola sepak
Jepun, China, Korea, Kuwait, Iraq dan Iran. Berdasarkan situasi ini, cadangkan langkah-langkah
berkesan yang boleh diambil oleh pihak pengurusan pasukan bola sepak negara-negara Asia
Tenggara bagi meningkatkan mutu sukan bola sepak negara masing-masing.
5. Karya sastera kaya dengan nilai kemanusiaan. Bincangkan pernyataan ini berdasarkan sebuah
karya sastera yang pernah anda baca.
www.munsyibm.blogspot.com
4
5.
KE
LA
NT
AN
Usaha-usaha untuk
meningkatkan
penggunaan pusat
sumber sekolah
Mewujudkan suasana
yang kondusif
Mengadakan
pertandingan banyak
membaca
Memperbanyak
/banyak rujukan
bacaan
1. Remaja hari ini berdepan dengan pelbagai tekanan dalam usaha memenuhi keinginan ibu bapa
dan guru untuk menjadi pelajar cemerlang. Stres yang dihadapi telah menyebabkan ada remaja
yang mengambil tindakan yang tidak sesuai. Jelaskan usaha-usaha yang perlu anda lakukan
untuk menangani stres.
2. Ibu bapa merupakan penentu kerjaya anak-anak pada masa hadapan. Ulaskan pernyataan
tersebut.
3. Industri pelancongan merupakan antara penyumbang terbesar ekonomi negara. Anda ingin
menulis rencana yang menyentuh peranan yang perlu dimainkan oleh pelbagai pihak untuk
memajukan industri pelancongan. Tulis rencana tersebut selengkapnya.
4. Akhir-akhir ini, beberapa negara di dunia telah mengalami bencana alam. Jelaskan usaha-usaha
negara-negara di dunia untuk membantu negara yang dilanda bencana alam.
5. Peribahasa ‟bukit sama didaki, lurah sama dituruni‟ menggambarkan bahawa nilai sepakat
penting dalam kehidupan. Bincangkan manfaat nilai tersebut dalam masyarakat.
6.
PA
HA
NG
Langkah-langkah
merealisasikan gejala
buli sifat di sekolah
Pendidikan agama
Peranan media massa
Kempen kesedaran
Peraturan yang tegas
1. Kelulusan akademik semata-mata tidak lagi menjadi faktor penentu kejayaan seseorang pelajar
setelah mereka meninggalkan institusi pendidikan formal. Berikan pandangan anda tentang
kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang pelajar sebagai pelengkap diri untuk memasuki
alam pekerjaan.
2. Keberkesanan peranan yang dimainkan oleh ibu bapa dalam sesebuah institusi kekeluargaan
mampu menangani masalah disiplin dalam kalangan remaja. Bincangkan.
3. Anda mendapati sungai-sungai di Malaysia masih dalam keadaan yang tercemar. Sehubungan
dengan itu, anda selaku pegawai alam sekitar terpanggil untuk menyampaikan sebuah ceramah.
Tajuk ceramah tersebut ialah “Peranan Masyarakat Dalam Memulihara Sungai-sungai di Negara
Kita”. Sediakan teks ceramah tersebut selengkapnya.
4. Program Pertukaran Pelajar antara negara mendatangkan pelbagai faedah kepada pelajar dan
negara yang terlibat. Huraikan faedah-faedah tersebut.
5. Karya kesusasteraan Melayu mampu melahirkan generasi yang mempunyai semangat patriotik
di negara ini. Berikan ulasan anda.
www.munsyibm.blogspot.com
5
7.
SA
BA
H
Kepentingan sungai di
negara kita
Sumber bekalan air
Sumber makanan dan
pendapatan
Tempat rekreasi dan
pelancongan
Perhubungan dan
pengangkutan
1. Guru merupakan antara insan yang banyak berjasa kepada negara dan jasa mereka wajar diberi
penghargaan. Anda ingin menulis esei bertajuk “Cara-cara Menghargai Jasa Guru” untuk
dimuatkan dalam Buletin Khas sempena Perayaan Hari Guru sekolah anda. Tulis esei tersebut
selengkapnya.
2. Kemelesetan ekonomi negara telah memberi kesan kepada kenaikan harga barangan dan
peningkatan kadar pengangguran. Bincangkan peranan keluarga dalam menangani kemelesetan
ekonomi negara.
3. Penyertaan masyarakat dalam industri kecil dan sederhana seperti kraf tangan, perusahaan
makanan ringan dan pembuatan batik dapat membantu meningkatkan ekonomi negara.
Huraikan faedah-faedah industri kecil dan sederhana kepada masyarakat dan negara.
4. Kerjasama antara negara-negara di dunia dapat membantu meningkatkan pembangunan
pendidikan. Jelaskan bentuk-bentuk kerjasama antara negara untuk meningkatkan pembangunan
pendidikan di sesebuah negara.
5. Anda telah menonton sebuah filem yang begitu menyentuh perasaan. Anda berhasrat membuat
ulasan berkaitan keistimewaan filem tersebut untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
8.
SE
K.
BE
RA
SR
AM
A P
EN
UH
Usaha-usaha yang
boleh dilaksanakan
untuk memajukan
industri inap desa di
negara kita (petikan)
1. Dalam era globalisasi kini, pengaruh teknologi maklumat memungkinkan manusia berinteraksi
dengan lebih mudah, cepat, dan efisien. Nyatakan pendapat anda tentang faedah-faedah
menguasai teknologi maklumat kepada golongan remaja.
2. Semangat patriotik yang semakin luntur dalam kalangan remaja kini berpunca daripada
kurangnya penekanan oleh ibu bapa. Huraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu
bapa untuk menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.
3. Bioteknologi merupakan proses menggunakan sel atau organisma sebagai bahan asas untuk
menghasilkan sesuatu produk. Pendekatan ini sememangnya mampu membuka peluang baharu
kepada peningkatan ekonomi negara. Sebagai Pegawai Jabatan Pertanian, anda dikehendaki
memberikan ceramah tentang kepentingan bioteknologi dalam bidang pertanian kepada petani
di tempat anda. Tulis ceramah anda selengkapnya.
4. Peningkatan pelaburan asing boleh dilihat sebagai salah satu kayu ukur kepada pembangunan
ekonomi sesebuah negara. Bincangkan faedah-faedah yang akan dinikmati oleh negara-negara
terlibat dalam pelaburan asing.
5. Pengarang sering menjadikan novel sebagai salah satu medium untuk menyampaikan pengajaran
kepada masyarakat. Huraikan pengajaran-pengajaran yang diperoleh daripada sebuah novel yang
anda baca.
www.munsyibm.blogspot.com
6
9
SE
LA
NG
OR
Cara-cara mewujudkan
amalan kejiranan yang
selamat
Mengadakan gotong-
royong
Mengambil berat hal
kejiranan
Mengadakan Rukun
Tetangga
Mewujudkan
persatuan penduduk
1. Anda telah terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan bersempena dengan Minggu
Kecergasan Peringkat Daerah. Tajuk syarahan yang diberi ialah “Peranan Remaja dalam
Menangani Masalah Kegemukan”. Tulis teks syarahan anda selengkapnya.
2. Kecemerlangan murid-murid mengharumkan nama sesebuah sekolah. Huraikan peranan agensi
pendidikan dalam melahirkan murid cemerlang.
3. Kesusilaan amat penting dalam kehidupan bermasyarakat. Tulis rencana tentang peranan yang
dimainkan oleh masyarakat dalam usaha untuk melahirkan rakyat yang bersusila.
4. Industri pelancongan semakin mendapat tempat dalam pembangunan sesebuah negara. Huraikan
kerjasama yang boleh diambil oleh Malaysia dan negara-negara ASEAN dalam usaha
menjadikan negara serantau sebagai kawasan pelancongan bertaraf dunia.
5. Hendak pandai menghargai masa,
Jangan dinanti esok lusa. (Gurindam Tonggak 12)
Gurindam di atas membuktikan bahawa kita mesti bijak mengurus masa. Huraikan kepentingan
pengurusan masa kepada setiap individu.
10
PU
LA
U P
INA
NG
Faedah-faedah
mengadakan majlis
rumah terbuka:
Mengeratkan
silaturahim dan kasih
sayang
Memiliki nilai-nilai
murni, kesyukuran
dan kerjasama
Mewujudkan
perpaduan pelbagai
kaum
Memahami adat dan
budaya pelbagai kaum
1. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
Berdasarkan penyataan di atas, huraikan persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh
remaja untuk merealisasikan cabaran tersebut.
2. Kegawatan ekonomi telah menyebabkan harga barang dan kos perkhidmatan meningkat.
Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak agar
menjadi pengguna yang bijak.
3. Terdapat banyak tempat menarik di negara kita yang menjadi tarikan pelancong sama ada
pelancong tempatan ataupun pelancong asing. Huraikan kepentingan-kepentingan industri
pelancongan terhadap pembangunan negara.
4. Pergolakan yang berlaku di beberapa buah negara di dunia telah menggugat keamanan dan
keharmonian masyarakat. Bincangkan peranan pemimpin-pemimpin negara di dunia untuk
mewujudkan keamanan sejagat.
5. Puisi Melayu lama seperti pantun, syair, seloka dan gurindam semakin dilupakan oleh
masyarakat. Jelaskan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pelbagai pihak untuk
mempopularkan puisi Melayu lama tersebut.
www.munsyibm.blogspot.com
7
11.
ME
LA
KA
Langkah-langkah
meningkatkan
kesedaran keselamatan
jalan raya:
Mematuhi peraturan
jalan raya
Memperketat syarat
pengambilan lesen
memandu
Kempen Keselamatan
Jalan raya
Penguatkuasaan
undang-undang
1. Sebagai Ketua Pengawas, anda dijemput untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk
“Persiapan Untuk Memasuki Sekolah Menengah” kepada murid-murid tahun enam di sebuah
sekolah rendah. Sediakan teks ceramah itu selengkapnya.
2. Keluarga dianggap sebagai tempat perlindungan untuk ahli-ahlinya berlindung daripada bahaya
dan pengaruh persekitaran. Berikan saranan anda tentang peranan keluarga dalam menjamin
keselamatan ahli-ahlinya.
3. Industri batik dan songket negara telah mendapat tempat dalam masyarakat melalui pelbagai
usaha yang telah dijalankan dari semasa ke semasa. Huraikan langkah-langkah yang telah
dilakukan oleh pelbagai pihak bagi memajukan industri tersebut.
4. Malaysia terkenal sebagai destinasi pilihan kepada pelabur asing untuk mencari peluang
perniagaan berdasarkan kekukuhan asas ekonomi, pelaksanaan pelbagai dasar, dan insentif yang
diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia. Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.
5. Bakat semula jadi sahaja tidak mencukupi untuk menghasilkan karya sastera yang bermutu.
Berdasarkan pengalaman anda membaca novel, berikan pendapat anda tentang ciri-ciri yang
diperlukan bagi menghasilkan karya sastera yang bermutu.
12.
WIL
AY
AH
PE
RS
EK
UT
UA
N
KU
AL
A L
UM
PU
R Kepentingan amalan
menabung:
Pendidikan anak-anak
Waktu kecemasan
Dijadikan pelaburan
Mengelakkan sikap
suka berhutang
1. Pengorbanan wanita amat besar terutamanya dalam membentuk modal insan yang cemerlang.
Jelaskan ciri-ciri wanita yang anda kagumi berdasarkan contoh yang terdapat dalam
kehidupan anda.
2. Institusi keluarga yang bahagia lahir daripada anggota keluarga yang saling menyayangi dan
hidup dalam keadaan yang harmoni. Bincangkan faktor-faktor yang menentukan
pembentukan institusi keluarga yang bahagia.
3. Dahulu masyarakat menganggap sampah atau bahan sisa hanyalah sebagai bahan buangan
yang tidak mempunyai nilai dari segi ekonomi. Kini, tanggapan tersebut telah berubah
dengan adanya Program Kitar Semula. Sampah dan bahan sisa menjadi sumber penting
kepada sesetengah golongan rakyat dan dapat menyelamatkan bumi. Huraikan kepentingan
Program Kitar Semula
4. Pergolakan politik di sesebuah negara membawa keburukan, bukan sahaja kepada negara
terbabit tetapi juga kepada negara-negara lain. Jelaskan pernyataan tersebut.
5. Peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing bermaksud sikap bekerjasama dan
tolong-menolong antara satu dengan yang lain. Peribahasa tersebut boleh dikaitkan dengan
amalan hidup bermasyarakat. Berikan pendapat anda.
www.munsyibm.blogspot.com
8
13
YA
YA
SA
N I
SL
AM
KE
LA
NT
AN
Faedah-faedah
penggunaan sistem
pengangkutan awam di
Malaysia:
LRT – selesa dan
mengurangkan
kesesakan lalu lintas
Feri –
menyeronokkan dan
percutian
Kapal terbang – cepat
& menjimatkan masa
Bas – murah dan
menjimatkan kos
1. Kini laman sosial di alam siber sudah menjadi minat para remaja terutama pelajar sekolah.
Sebagai pelajar, bagaimanakah cara anda menggunakan laman sosial untuk membantu
pembelajaran?
2. Masyarakat kita masih lagi tidak mengutamakan kebersihan sama ada di rumah, di tempat
kerja, premis perniagaan, tempat ibadat, atau di tempat awam. Cadangkan usaha-usaha untuk
memberi kesedaran kepada anggota masyarakat agar mereka mengutamakan kebersihan.
3. Keharmonian hidup dalam kalangan penduduk pelbagai kaum di Malaysia sangat penting
untuk mewujudkan negara yang aman dan stabil. Jelaskan tanggungjawab yang patut
dijalankan oleh setiap rakyat Malaysia untuk memupuk keharmonian hidup di negara kita.
4. Penganjuran sukan bertaraf antarabangsa dapat memupuk kerjasama serantau dan
mendatangkan pelbagai kebaikan. Huraikan pendapat anda tentang pernyataan tersebut.
5. Peribahasa belakang parang kalau diasah lagikan tajam membawa maksud biar bodoh
sekalipun seseorang itu tetapi jika ia berusaha bersungguh-sungguh nescaya sikap pandai
juga. Tulis sebuah cerpen berdasarkan maksud peribabahasa tersebut.
14
TE
RE
NG
GA
NU
Faedah-faedah
melancong:
Merapatkan hubungan
kekeluargaan
Menambahkan ilmu
pengetahuan
Meningkatkan
ekonomi
Menghilangkan
tekanan atau stres
1. Kejayaan seseorang bermula daripada impian dan cita-cita. Sebagai remaja yang berwawasan
jelaskan usaha-usaha yang anda lakukan dalam memastikan impian tersebut menjadi
kenyataan.
2. Pelbagai masalah yang timbul dalam keluarga seperti masalah kewangan, masalah anak-anak
dan masalah yang melibatkan ibu bapa itu sendiri. Keadaan ini menimbulkan tekanan atau
stres kepada setiap ahli keluarga. Huraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh setiap
ahli keluarga dalam menghadapi tekanan atau stres ke arah melahirkan keluarga yang
bahagia.
3. Kebersihan tempat awam dan kawasan sekitar kerap kali menimbulkan masalah dan rasa
tidak puas hati pelbagai pihak. Bincangkan peranan pelbagai pihak dalam menangani
masalah tersebut.
4. Perkembangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Produk Halal Malaysia dapat
membantu menjanakan pendapatan rakyat serta memasarkan industri tersebut ke peringkat
antarabangsa. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana tentang faedah-faedah
yang diperoleh daripada usaha-usaha kerajaan dan pihak swasta dalam memajukan industri
tersebut. Tulis rencana tersebut selengkapnya.
5. Peribahasa „Bersatu teguh, bercerai roboh‟ dan „Muafakat membawa berkat‟ merupakan
peribahasa yang menuntut kita agar hidup bersatu padu.
www.munsyibm.blogspot.com
9
16.
PE
RA
K
Faktor-faktor yang
mempengaruhi
kejayaan murid dalam
pelajaran:
Pembelajaran di bilik
darjah
Program sekolah
Kelas tuisyen
Dorongan ibu bapa
1. Anda telah dipilih sebagai Tokoh Pelajar setelah anda berjaya memperlihatkan kecemerlangan
dalam bidang kurikulum, kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan. Anda telah dijemput untuk
menyampaikan ucapan dalam satu majlis meraikan kejayaan anda itu. Tulis teks ucapan anda itu
selengkapnya.
2. Ibu bapa merupakan dua insan yang banyak berjasa bagi memastikan kejayaan anak-anak dalam
kehidupan. Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh anak-anak untuk membalas jasa
kedua-dua ibu bapa mereka.
3. Dasar 1 Murid 1 Sukan telah dilaksanakan di sekolah-sekolah seluruh negara untuk memastikan
setiap murid melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Jelaskan faedah-faedah yang diperoleh oleh
murid-murid apabila melibatkan diri dalam aktiviti sukan.
4. Masalah kemiskinan dan tahap pendidikan yang rendah masih membelenggu penduduk di
beberapa negara di dunia. Huraikan peranan negara-negara di dunia untuk membantu negara-
negara tersebut.
5. Minat untuk membaca karya-karya sastera dalam kalangan rakyat negara ini semakin
berkurangan.Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menarik
minat orang ramai membaca karya sastera.