analisis novel merenang gelora

9
ANALISIS NOVEL MERENANG GELORA TINGKATAN 3 BUKHARI

Upload: azwira-ariwana

Post on 02-May-2017

237 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis Novel Merenang Gelora

ANALISIS NOVEL

MERENANG GELORATINGKATAN 3 BUKHARI

Page 2: Analisis Novel Merenang Gelora

Huraikan tema novel yang telah anda pelajari.Berdasarkan novel Merenang Gelora karya Ruslan Ngah yang telah

saya kaji dalam tingkatan tiga, tema bagi novel ini ialah cabaran dan tanggungjawab seorang pelajar dalam menjalankan tugas sebagai seorang pengawas. Dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang pengawas, Badri berhadapan dengan pelbagai cabaran terutamanya sikap Meng Kong, Kumar dan Shahrul yang sering melanggar peraturan sekolah dan menfitnahnya. Badri pernah disiram dengan air semasa membuang air di dalam tandas, gara-gara telah menangkap pelajar tingkatan dua yang ponteng kelas. Badri juga pernah difitnah membawa telefon bimbit ke sekolah. Walaupun menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran, Badri tetap melaksanakan tanggungjawabnya sebagi seorang pengawas sebagaimana yang telah diamanahkan.Oleh: Syazly, Taufik dan Solehuddin

Page 3: Analisis Novel Merenang Gelora

Huraikan 3 persoalan yang telah anda pelajari:Berdasarkan novel yang telah saya kaji di tingkatan tiga iaitu Merenang Gelora karya

Ruslan Ngah,terdapat tiga persoalan yang saya peroleh.Pertama, penguatkuasaan sesuatu disiplin itu tidak dapat ditegakkan jika pihak yang

diberikan tugas tidak dapat melaksanakan tugas mereka dengan berkesan. Contohnya, sebelum Badri dilantik sebagai pengawas, keadaan disiplin sekolah tidak begitu memuaskan. Kumpulan pelajar yang terdiri daripada Shahrul, Meng Kong dan Kumar sering melanggar disiplin sekolah. Pengawas-pengawas yang sedia ada tidak berani menegur mereka. Namun setelah Badri dilantik sebagai pengawas, keadaan disiplin sekolah kembali terkawal. Hal ini demikian kerana Badri menjalankan tugasnya sebagai pengawas dengan jujur, telus dan penuh dedikasi. Kedua, aktiviti tidak bermoral seperti peras ugut,lumba haram, dan terlibat dalam kumpulan pengedar najis dadah dalam kalangan remaja. Contohnya,Shahrul terlibat dalam kumpulan mat motor yang megakibatkan dia ditahan oleh pihak polis. Ketiga, golongan ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga tidak mengambil tahu tentang perkembangan pelajaran anak-anak mereka. Contohnya, bapa Shahrul terlalu sibuk mengurus perniagaannya. Sebagai akibatnya, dia tidak mengambil tahu apa-apa yang berlaku terhadap pelajaran dan diri Shahrul di sekolah.Writen by: Arriff,Syarul n Ilyas

Page 4: Analisis Novel Merenang Gelora

Huraikan 1 peristiwa penting yang terdapat dalam setiap latar tempat

Berdasarkan novel yang telah saya kaji di tingkatan tiga, Merenang Gelora karya Ruslan Ngah, terdapat tiga latar tempat yang penting di dalam novel ini.

Pertama,di rumah Badri di mana ibu Badri iaitu Mak Siti menyediakan makanan untuk keluarganya. Kedua, di Kelas 5 Bestari di sekolah Badri iaitu ketika subjek Matematik bersama Cikgu Jailani, terdapat sebuah telefon bimbit berbunyi di dalam beg sekolah Badri. Ketiga, di kompleks membeli-belah di mana Shahrul, Meng Kong dan Kumar melepak setelah habis waktu persekolahan.

Oleh: Izzuddin,Haziq dan Hafiz Aiman

Page 5: Analisis Novel Merenang Gelora

Huraikan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel Berdasarkan novel Merenang Gelora karya Ruslan Ngah yang telah saya kaji di tingkatan tiga, latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut ialah masyarakat ibu bapa yang prihatin terhadap anak mereka. Contohnya, Encik Tan menghantar Meng Kong ke asrama supaya Meng Kong lebih berdisiplin dan mengubah sikapnya. Selain itu, terdapat juga masyarakat pelajar yang bijak mengurus masa. Sebagai contoh, Badri dan Badrul berada di tempat perhentian seawal pukul 6.40 pagi agar tidak ketinggalan bas. Latar masyarakat yang terakhir ialah masyarakat pelajar yang terjebak dalam gejala sosial. Shahrul, Kumar,dan Meng Kong telah terlibat dalam gejala sosial seperti melepak, menjual telefon bimbit yang dicuri dan bercampur gaul dengan mat motor. Oleh:

Page 6: Analisis Novel Merenang Gelora

Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tiga peristiwa penting yang terdapat dalam novel tersebut. Berdasarkan novel Merenang Gelora karya Ruslan Ngah yang telah saya kaji di tingkatan tiga, terdapat beberapa peristiwa penting yang telah menarik minat saya untuk meneruskan pembacaan. Peristiwa pertama berlaku ketika Badri disimbah air tandas oleh seseorang semasa dia berada dalam tandas sehingga basah kuyup. Peristiwa ini telah menimbulkan persoalan dalam diri saya berkaitan tindakan seterusnya yang akan dilakukan oleh Badri.

Kedua,peristiwa ketika Badri membaca sekeping kertas kecil yang diselitkan dalam saku seluarnya tanpa mengetahui pemilik kertas tersebut. Penulisnya meminta Badri menemuinya di suatu tempat tanpa ditulis tujuan pertemuan diadakan. Pelbagai persoalan telah bermain dalam kotak fikiran saya untuk mengetahui pemilik dan tujuan kertas tersebut diberi kepada Badri.

Peristiwa ketiga berlaku sewaktu Badri sedang menyelesaikan masalah Matematik di papan putih, telefon bimbit berdering dari dalam beg Badri. Hal ini telah menimbulkan perasaan buruk sangka dalam diri saya terhadap Badri kerana dia dikenali sebagai pengawas yang berwibawa.Oleh:

Page 7: Analisis Novel Merenang Gelora

Berdasarkan novel yang anda pelajari , huraikan tiga perwatakan watak utama yang terdapat dalam novel tersebut. Berdasarkan novel Merenang Gelora karya Ruslan Ngah yang telah saya kaji di tingkatan tiga, terdapat beberapa perwatakan utama pada watak utama iaitu Badri.Badri merupakan pelajar tingkatan lima. Dia seorang pelajar yang bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan kepadanya. Dia bersungguh-sungguh membantu pihak sekolah membanteras kegiatan menjual telefon bimbit dan kad prabayar secara haram. Selain itu, Badri seorang pelajar yang rajin. Dia sering ke perpustakaan untuk membaca buku dan mengulang kaji pelajaran. Dia juga sangat menghargai masa. Dia tidak suka melepak dan merayau-rayau malah dia akan memanfaatkan masa yang terluang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti berjoging di taman pada waktu petang. Akhir sekali, Badri seorang yang penyabar. Hal ini dapat dibuktikan apabila Badri menahan kemarahannya ketika dirempuh oleh seorang murid lelaki bernama Bob sehingga dia jatuh tersungkur ke tanah. Oleh:

Page 8: Analisis Novel Merenang Gelora

Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap nilai yang diberi.

Berdasarkan novel Merenang Gelora, karya Ruslan Ngah yang telah kami kaji di tingkatan tiga, terdapat beberapa nilai murni yang telah diberikan. Nilai murni yang pertama ialah kasih sayang, contohnya,kasih sayang yang wujud antara Nadira dan kakaknya, Nurul Ain. Nurul Ain telah menegur Nadira yang berpakaian tidak sopan dan tidak menjaga batas-batas pergaulan.

Seterusnya,nilai bertanggungjawab, misalnya, Badri menjalankan tugasnya sebagai seorang pengawas dengan berusaha mewujudkan suasana pembelajaran tanpa sebarang masalah disiplin.

Akhir sekali, nilai baik hati, tamsilnya, Badri tidak membalas dendam terhadap tindakan Kumar yang telah menyimbah air terhadapnya di dalam tandas sekolah.Oleh:

Page 9: Analisis Novel Merenang Gelora

Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut.

Berdasarkan novel yang telah saya kaji di tingkatan tiga iaitu novel Merenang Gelora karya Ruslan Ngah, terdapat tiga pengajaran yang boleh dicontohi iaitu kita mestilah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dengan menjaga keharmonian sekolah. Contohnya, Badri yang telah dilantik sebagai pengawas sekolah telah melaksanakan tugasnya dengan membongkarkan kegiatan jahat yang dilakukan oleh tiga orang pelajar nakal iaitu Shahrul, Meng Kong dan Kumar.

Selain itu, kita sewajarnya mengambil berat tentang diri rakan sekolah kita. Misalnya, Badri yang mengambil berat akan Nadira dengan cara menasihatinya agar tidak berkawan dengan Shahrul yang terlibat dalam perkara yang tidak bermoral seperti berkawan dengan pelumba-pelumba haram dan pengedar dadah.

Akhir sekali, kita haruslah menginsafi kesalahan yang telah kita lakukan. Misalnya, Meng Kong telah sedar dan insaf atas kesalahannya selepas ayahnya telah mengetahui bahawa Meng Kong telah mencuri telefon bimbit daripada kedai ayahnya lalu dijual kepada pelajar-pelajar sekolahnya.Oleh: