kesantunan verbal dan non verbal

Upload: shaynallh

Post on 14-Jan-2016

94 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

PPISMP 2013

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

Kesantunan Verbal dan NonverbalKesantunan BerbahasaVerbalNonverbalKesantunan Berbahasa:Menurut Amat Juhari Moain (1992), kesantunan berbahasa adalah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan.Terdiri daripada kesantunan verbal dan nonverbal.Kesantunan verbalCiri-ciri Kesantunan verbal:aktivitas berbahasa yang di dalamnya tercermin nilai- nilai kesopanan/ kesantunan berdasarkan nilai sosial dan budaya penutur.kesantunan yang diperlihatkan secara lisan atau bukan bertulisbanyak digunakan dalam perhubungan antara individu yang berlaku setiap haribertujuan untuk melahirkan pendapat atau perasaan diamalkan supaya komunikasi akan menjadi lebih menarik dan berkesan Amalan Kesantunan Bahasa:Mengandungi bahasa halusTerima kasih, selamat datang, sila masuk, jemput duduk, tolong hulurkan bantuan, minta kerjasamaIntonasi yang sesuaiditandai nada pengucapan yang rendah ,lembut, dan sesuai,walaupun sewaktu menyindir,tidak akan menyinggung perasaan orang lainPenggunaan kata panggilan atau rujukan kehormat yang betul dan sesuaipenggunaan kata ganti nama diri orang berkait rapat dengan bentuk sapaan yang mengambil alih kata ganti nama untuk memberikan penghormatan atau kemuliaan kepada seseorang

Amalankesantunan verbal

Semasa Menjawab TelefonJawab tiap-tiap panggilan dengan ucapan selamat diikuti oleh nama organisasi, nama pejabat atau nama sendiri dengan nada suara yang ramah sebaik sahaja anda mengangkat ganggang telefon.Contohnya:(a) Hello ... Selamat pagi, Unit Stor Pejabat Agama Kuala Kangsar,.Puan Aida bercakap. Boleh saya bantu?(b) Hello ... Selamat tengahari, Pusat Pemulihan Akhlak,Kuala Kangsar. Puan Latifah bercakap. Boleh saya bantu?

Kesantunan verbal Di Pintu MasukImej sesebuah organisasi bermula dari pintu masuk. Walaupun petugas di pondok pengawal dikendalikan syarikat swasta, bimbinglah mereka untuk bertutur dengan penuh kesantunan. Contoh:(a) Selamat pagi encik, boleh saya bantu?(b) Sila tinggalkan lesen memandu encik di sini. Terima kasih.(c) Maaf encik, hanya kenderaan yang mempunyai pelekat rasmi sahaja dibenarkan masuk.(d) Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu? Terima kasih encik/puan.Selamat jalan..

Kesantunan verbal Di Tempat Letak Kereta(a) Maaf Encik/Puan, di sini tidak dibenarkan meletakkan kenderaan.(b) Mohon alihkan kenderaan ke tempat meletak kereta di sana.(c) Maaf Encik/Puan, hanya kereta berpelekat sahaja dibenarkan masuk.Kesantunanverbal Di Kaunter Bahagian di hadapan kaunter adalah tempat di mana orang ramai berkumpul untuk mendapatkan makluman dan perkhidmatan. Justeru petugas perlu senyum dan bertanyalah dengan bahasa yang bersantun. Contoh:Selamat pagi encik/puan, boleh saya bantu? Terima kasih, jumpa lagi.

Kesantunan nonverbalCiri-ciri kesantunan nonverbal: Menurut Givens dalam the nonverbal dictionary of gestures, signs & body language cues (Givens,2002:33), Komunikasi nonverbal merupakan proses pengiriman dan penerimaan pesan melalui:ekspresi wajahgaze, gestureposturnada suaraKesantunan nonverbal menjadi: Kinesics (gesture/gerakan tubuh)Proxemics (terkait dengan pengaturan ruang/territorial)Haptics (sentuhan)Oculesics (gerakan mata)Offactics (aroma)Vocalic (suara)Physical characteristics (ciri-ciri fisik)Paralanguage (manpulasi vocal)Chronemics (manipulasi waktu)

Bahasa komunikasi bukan lisan yang melibatkan isyarat tangan, air muka dan gerakan badan.ditafsirkan berupa ekspresi wajah dan gesture (gerakan tubuh, tangan dan kaki).menggambarkan personaliti, tujuan dan status sosial seseorang individu.

Amalan kesantunan nonverbalAmalan kesantunan nonverbal:disepadukan dengan bahasa tubuh akan lebih berkesan dan maksud yang disampaikan lebih jelas.Gerakan anggota badan kita mampu menyampaikan mesej yang akan difahami oleh orang lainmementingkan ekspresi wajah, gaze, gesture, postur, dan nada suara, termasuk pengaturan posisi badan, ruang.

Mengandungi unsur-unsur paralinguistik, kinetik, dan proksemika.Paralinguistik: ciri-ciri bunyi seperti suara berbisik, suara meninggi, suara rendah, suara sedang, suara keras, atau pengubahan intonasi yang menyertai unsur verbal dalam berbahasaKinetik: Gerak tangan, anggukan kepala, gelengan kepala, kedipan mata, dan ekspresi wajah seperti murung dan senyumProksemika: sikap penjagaan jarak antara penutur dan penerima tutur (atau antara komunikator dan komunikan) sebelum atau ketika berkomunikasi berlangsung

Ekspresi Muka Ekspresi muka dapat menjadi sumber informasi yang menggambarkan keadaan emosi seseorang, seperti perasaan takut, marah, jijik, muak, sedih, gembira, dan minat. Orang lain dapat mengetahui perasaan kita dengan melihat ekspresi muka kita.Dalam sesetengah budaya, muka yang masam ketika berjumpa dengan orang lain merupakan ekspresi yang tidak sopan. Suka atau tidak suka, lebih baik kita selalu senyum dan ramah ketika berjumpa dengan orang lain.Mata Daripada pandangan mata, kita dapat tahu tentang sikap seseorang, topik yang dia mahu bincang, benda yang diminatinya, perkara yang diperhatikannya dan sebagainya.

Tatapan mata juga menunjukkan ketertarikan, tetapi ini mungkin berbeza antara budaya dan suku bangsa.

Bagi sesetengah bangsa, berbicara dengan memandang langsung dianggap tidak sopan jika dilakukan kepada orang yang lebih tua atau kedudukan sosialnya lebih tinggi.Jika melihat dengan 60% menatap langsung itu bermaksud seseorang itu tertarik. Ketertarikan adalah satu penghormatan terhadap lawan bicara.Tatapan 80% itu biasa ditafsirkan ketertertarikan secara seksual. Pada situasi tertentu, tatapan ini ditafsirkan sebagai perbuatan yang tidak sopan.Tatapan 100%, iaitu melihat terus menerus tanpa berkedip, ialah tatapan yang bererti perlawanan. Orang berkelahi yang biasanya melakukan tatapan sebegini. Dalam kebanyakan situasi, tatapan sebegini dianggap sangat tidak sopan.

Gerakan isyarat (gesture) Gerakan isyarat ialah gerakan badan, kepala, tangan, dan kaki yang dimaksudkan untuk menyampaikan pesanan tertentu.

Misalnya, apabila seseorang bertanya, jawapannya dapat ditunjukkan dengan menggunakan gelengan sebagai pengganti kata tidak. Begitu juga kita dapat menggunakan gerakan bahu apabila kita mahu menjawab sesuatu yang masih meragukan atau tidak tahu, Membuat ibu jari dan telunjuk berupa lingkaran untuk menyatakan OK, dan sebagainya. Mengangkat ibu jari yang mengarah ke atas menunjukkan pujian, manakala ibu jari yang mengarah ke bawah membawa maksud yang tidak baik.

Sentuhan Sentuhan banyak digunakan untuk memberikan dorongan, pernyataan kehalusan budi dan sokongan emosional. Sentuhan lebih berkuasa dan berkesan daripada kata-kata. Misalnya, apabila seorang teman baru saja menerima berita buruk, suatu tepukan di bahu teman tersebut dapat menyenangkan hatinya dengan lebih berkesan berbanding dengan kata-kata yang diucapkan sebagai tanda memahami keadaannya.Sentuhan yang dianggap tidak bersopan bergantung pada bahagian tubuh yang menyentuh dan disentuh, interaktif dan cara sentuhan dilakukan.

Ketika bertemu dengan orang lain, umumnya kita berjabat tangan sebagai tanda bersalaman.Jika kita bertemu dengan orang yang dinilai tinggi darjatnya seperti ulama, guru dan orang tua, mencium tangan, atau menyentuhkan pipi pada tangan boleh dilakukan sebagai satu tanda kesopanan dan penghormatan.Berjabatan tangan yang disertai penyentuhan pipi dilakukan untuk menunjukkan hubungan yang akrab dan mesra, biasanya dilakukan dalam kalangan kaum perempuan sahaja atau kaum lelaki sahaja.Sikap tubuh Secara umumnya, orang yang mempunyai status yang lebih rendah, lebih kaku dan kelihatan tegang.

Manakala orang yang berstatus lebih tinggi, biasanya kelihatannya lebih relaks.

Berdiri kaku, agak menunduk, tangan disilang mengarah ke bawah ialah gestur paling umum bagi orang bawahan.

Ketika dihidangkan makanan, kita dianggap tidak bersopan jika kita menolak hidangan tersebut atau mengkritik bahawa makanan tersebut tidak disukai atau tidak sedap dimakan. Sebaliknya, kita haruslah mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah yang menghidangkan makanan tanpa memberi komen negatif terhadap makanan tersebut agar tidak menyakiti hati tuan rumah.

Tamat,Sekian Terima kasih.