analisis krisis politik kelantan 1977

Upload: abu-umar-ahmad-zhafri

Post on 07-Aug-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/20/2019 Analisis Krisis Politik Kelantan 1977

    1/2

    ANALISIS KRISIS POLITIK KELANTAN 1977

    Oleh

    Wan Zamzuri Wan Hasenan

    Antara punca sebenar krisis kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak PAS itu sendiri.

    Malah didalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan bahawa ianya bermula apabilatimbulnya ketidak puasan hati PAS terhadap Menteri Besar ketika itu, Datuk Muhamed

     bin Nasir. Ada di antara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh DatukMuhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pada ketika itu

    UMNO-BN tidak pernah campur tangan dalam corak pemerintahan PAS (ketika itu).Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan

    kuasa majoriti dewan undangan negeri. Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalamPAS utk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin

    Haji Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri adalahtokoh PAS yang bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada

    tahun 1973.

    Asas yang digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketika itu) utk menolakDatuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS

    mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidakmemerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO. Dalam tempoh (1973-

    1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkandengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan.

    Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli2 PAS yang tidak berpuashati dgn perpaduan PAS-UMNO. Krisis

    Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadapMenteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh

    Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.

    Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantanselepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku

    Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan Pas antaranyadengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji Nik Abdul

    Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang DipertuaAgung PAS pada 23 Oktober 1982. Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yang

    membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978.Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yang dibuat oleh PAS

    Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dgn alasan yang diberi olehPAS Kelantan itu dgn mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.

    Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah

    menyebabkn berlakulah rusuhan yang dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu.Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan

  • 8/20/2019 Analisis Krisis Politik Kelantan 1977

    2/2

      2

    keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Seperti yangdinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku

     perdana menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dankebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri2

    lain, dan mengengkang rusuhan seperti peristiwa 13mei berulang.

    Pada November 1977,Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang daruratKelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat. Rang

    undang2 Darurat Kelantan dirangka bersama menteri2 PAS yang ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen setelah

    mendapat persetujuan majoriti termasuk dr kalangan menteri PAS sendiri. SetelahKelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan

    Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama'Pas Pusat yang dari awal begitu lantang menetang gabungan PAS-BN.

    Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timb. Yang DiPertua Agung PAS

    dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yangkononnya beliau menjadi ketua menteri2 PAS yang menyokong rang undang-undang

    Darurat. Malah beberapa pimpinan Pas yang menentang gabungan PAS-UMNO ketikaitu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan

    gabungan PAS-UMNO, menetang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yangdilakukan BN di Kelantan. Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam

    BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksamembuka tali yang mengabungkan PAS-UMNO. Rentetan dari itu juga menyebabkan

    Krisis dalaman PAS yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan sepertiBerjasa dan Hamim.

    Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan

    diadakan pada Mac 1978. Dalam PRK mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekongyang selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas diantaranya Nik Aziz ketika itu

    terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnyamembuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan.