analisis kes words

7
PENULISAN ESEI ANALISIS KES SALMAN Kumpulan kami telah menganalisis kes Salman dengan menggunakan Teori Pemusatan Insan yang berdasarkan lapan komponen teori, iaitu pandangan terhadap manusia, konsep asas, punca masalah, matlamat kaunseling, peranan guru kaunseling dan Salman, proses kaunseling dan kelebihan serta kekurangan. Bagi komponen pertama, pandangan Rogers terhadap Salman adalah Salman merupakan seorang murid yang sangat cemerlang malangnya tingkahlaku yang tidak baik telah menjejaskan interaksi sosialnya dengan kawan. Pada pandangan Rogers, manusia secara semulajadinya adalah bersifat baik jikalau seseorang itu hidup dan berinteraksi dengan orang lain dalam keadaan yang kongruen dan diterima serta dihargai. Insan bertindakbalas terhadap fenomena bersama-sama persepsi dan pengalaman yang dibawanya. Menurut Sabariah Siron & Ee Ah Meng dalam Sapora Sipon dan Ruhaya Hussin (2012) berpandangan sama bahawa Rogers percaya semua manusia mempunyai sifat semulajadi yang positif, pengalaman serta pesekitaran yang bercanggah atau sama dengan persepsi kendiri seseorang telah menentukan cara pemikiran dan tingkahlakunya. Sikap Salman yang buruk mengakibatkannya disisih oleh kawannya. Sikapnya demikian boleh diperlihatkan bahawa sebenarnya dia inginkan perhatian rakan-rakannya. Pencapaian cemerlang dalam akademik dan sukan tidak memenuhi kepuasannya supaya mendapat perhatian sepenuhnya daripada kawan. Kerana inilah dia sering

Upload: mandyooi1

Post on 23-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

b

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis Kes WORDS

PENULISAN ESEI ANALISIS KES SALMAN

Kumpulan kami telah menganalisis kes Salman dengan menggunakan Teori

Pemusatan Insan yang berdasarkan lapan komponen teori, iaitu pandangan terhadap

manusia, konsep asas, punca masalah, matlamat kaunseling, peranan guru kaunseling

dan Salman, proses kaunseling dan kelebihan serta kekurangan.

Bagi komponen pertama, pandangan Rogers terhadap Salman adalah Salman

merupakan seorang murid yang sangat cemerlang malangnya tingkahlaku yang tidak

baik telah menjejaskan interaksi sosialnya dengan kawan. Pada pandangan Rogers,

manusia secara semulajadinya adalah bersifat baik jikalau seseorang itu hidup dan

berinteraksi dengan orang lain dalam keadaan yang kongruen dan diterima serta

dihargai. Insan bertindakbalas terhadap fenomena bersama-sama persepsi dan

pengalaman yang dibawanya.

Menurut Sabariah Siron & Ee Ah Meng dalam Sapora Sipon dan Ruhaya Hussin

(2012) berpandangan sama bahawa Rogers percaya semua manusia mempunyai sifat

semulajadi yang positif, pengalaman serta pesekitaran yang bercanggah atau sama

dengan persepsi kendiri seseorang telah menentukan cara pemikiran dan

tingkahlakunya.

Sikap Salman yang buruk mengakibatkannya disisih oleh kawannya. Sikapnya

demikian boleh diperlihatkan bahawa sebenarnya dia inginkan perhatian rakan-

rakannya. Pencapaian cemerlang dalam akademik dan sukan tidak memenuhi

kepuasannya supaya mendapat perhatian sepenuhnya daripada kawan. Kerana inilah

dia sering mengganggu mereka serta menunjukkan sikap bahawa dia lebih baik

berbanding mereka.

Bagi sikap Salman di rumah pula, dia suka memberi arahan kepada adik-beradiknya

menjalankan kerja yang diamanahkan kepadanya. Hal ini demikian kerana dia ingin

menunjukkan sikap dominannya sebagai seorang abang kepada adik-adiknya. kerana

Salman cenderung untuk bergerak ke arah kesempurnaan kendiri sehingga mempunyai

kuasa autonomi yang terlampau.

Page 2: Analisis Kes WORDS

Komponen kedua pula adalah konsep asas. Melalui komponen ini, kami dapat

melihat kepentingan untuk memiliki konsep kendiri yang positif iaitu apabila konsep

kendiri unggul seimbang dengan konsep kendiri sebenar. Contoh dialog bagi kendiri

unggul dengan kendiri sebenar yang tidak seimbang bagi kes ini.

Salman : Yeah! Ayah, saya mendapat keputusan cemerlang lagi!

Bapa: Tak payah seronok sangat, ini memang kewajipan kamu.

Salman : Kenapa ayah tak puji saya pun? L

Berdasarkan dialog di atas, Salman tidak berpuas hati dengan perbuatan ayahnya

yang tidak memujinya. Dia akan berpendapat bahawa tiada makna untuk dia

mendapatkan keputusan cemerlang. Walaupun dia menperolehi betapa cemerlang

keputusan dalam akademik dan sukan, kawan-kawannya tidak menyukai dan

memendulikannya. Dia hendak dihargai dan dihormati oleh rakan-rakan, tetapi tiada

sesiapa yang memahami keadaan dan perasaannya.

Punca masalah merupakan komponen ketiga bagi menganalisis kes Salman.

Masalah atau jurang yang wujud apabila kendiri unggul dan kendiri sebenar tidak

selaras (incongruent). Bagi kes Salman, konsep unggul salman adalah diiringi kawan-

kawan dan cemerlang serta berkemampuan dalam semua aspek supaya mendapat

perhatian sepenuhnya daripada kawan-kawan dan ahli keluarga. Walau bagaimanapun,

keadaan sebenar salman adalah walaupun dia cemerlang dalam bidang akademik dan

sukan, dia mendapat perhatian kawannya dengan sikap buruknya. Mungkin disebabkan

bapa Salman merupakan seorang yang tegas dan pandangannya bahawa Salman

memang mesti mencapai prestasi cemerlang menyebabkannya tidak memberi

penghargaan yang sesuai dan secukupnya kepada Salman.

Sehubungan itu, walaupun prestasi Salman cemerlang, dia masih tidak mendapat

kepuasan yang cukup. Di sinilah kendiri negatif terbentuk. Ini disebabkan suasana

pesekitaran Salman membesar kurang kongruen dan isi hati Salman yang kurang

diberi perhatian akan mendorong pembentukan kendiri negatif ini bagi mencapai tujuan

yang sama iaitu mendapat perhatian sepenuhnya daripada kawan sekeliling.

Page 3: Analisis Kes WORDS

Komponen yang seterusnya, matlamat kaunseling bagi kes Salman adalah supaya

Salman akan lebih menerima pandangan dan perasaan kawan-kawannya dan

meningkatkan tahap penghormatannya terhadap orang lain. Melalui kaunseling, Salman

sedar tingkahlakunya boleh diubah dengan lebih baik untuk diterima kawanya selain

dihargai kawannya. Selain itu, Salman juga dapat diberi peluang serta kebebasan untuk

dia berfikir dalam menyelesaikan masalahnya. Salman akan diberi bantuan dalam

mengembangkan potensi dirinya dengan bantuan guru kaunseling sebagai

pembimbing.

Komponen kelima pula adalah peranan guru kaunseling & Salman. Bagi peranan

guru kaunseling, dia perlu bersedia menerima Salman tanpa syarat, sedia

menghadapinya dengan lebih kongruen dan bersifat empati. Guru kaunseling juga

membantu Salman supaya tidak bersifat defensif terhadap tingkahlakunya yang salah

iaitu tidak menerima pandangan rakan-rakan. Peranan yang lain adalah berusaha

membantu Salman mengenali masalahnya dengan lebih jelas.

Peranan Salman yang sebagai klien terapi kaunseling ini perlu bersedia untuk

berbincang dan lebih terbuka untuk meluahkan masalahnya apabila merasa diterima

oleh guru kaunseling. Salman juga berupaya dan bersedia untuk berubah dalam

tingkah laku terhadap kawan-kawannya. Di samping itu, dia dapat bersedia untuk terus

berkembang dalam usaha untuk mencari matlamat baru yang membentuk konsep

kendiri yang baru iaitu keadaan kendiri unggul dan kendiri sebenar yang seimbang yang

tidak akan mewujudkan kebimbangan dan keraguan.

Dalam proses kaunseling, ia mempunyai beberapa langkah yang perlu dijalankan

untuk mengendalikan kes Salman. Pertama, membina hubungan yang memastikan

Salman akan diberikan ruang untuk menceritakan apa yang dirasakan olehnya. Salman

juga akan diberi kebebasan untuk berkongsi sebarang ketidakpuasan hatinya terhadap

mereka disekelilingnya. Hal ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh

Salman, selain itu, dia akan lebih mempercayai guru kaunseling sebagai orang yang

ikhlas ingin membantunya.

Page 4: Analisis Kes WORDS

Kedua, penerokaan masalah yang mengetahui Salman sebenarnya mempunyai

rakan yang kurang serta tidak mempunyai seorang pun rakan karib yang mampu untuk

dia berkongsi masalahnya. Hal ini menyebabkan Salman sentiasa ingin menonjolkan

dirinya berbanding rakan-rakan lain agar mereka ingin berkawan dengannya dan dia

dianggap hebat. Malangnya kerana dia tidak pandai untuk menjaga hati dan perasaan

rakan-rakan lain, dia telah dipinggirkan dan dibenci. Lantaran Salman merasakan

semua orang membencinya, sikapnya bertambah buruk hingga bergaduh dengan

rakannya.

Bagi masalahnya di rumah pula, Salman telah biasa dengan sikap ayahnya yang

tegas. Jadi, setelah dia semakin membesar, dia juga menunjukkan sikap yang tegas

terhadap adik-adiknya serta ingin menunjukkan sikap yang dominan. Bagi Salman

dengan menonjolkan dirinya yang dominan, dia akan lebih dihormati adik-adiknya.

Kenalpasti masalah merupakan salah satu komponen teori ini. Selepas penerokaan

masalah, Salman dikenalpasti bahawa dia sebenarnya ingin meningkatkan konsep

kendirinya iaitu diterima dan dihormati oleh orang lain. Selain itu, Salman juga

kekurangan perhatian dari ahli keluarga serta rakan-rakannya, jadi hal inilah yang

membuatkan dirinya memberontak. Maka dia melakukan perkara-perkara yang negatif

agar mereka akan akur dengan kehendaknya walau dengan paksaan.

Bagi mengenalpasti masalah secara mendalam, Salaman diberi peluang untuk

meluahkan perasaan dan pemikirannya sebenar Guru kaunseling akan

mengemukakan perasaan-perasaan negatif Salman dan akan menjelaskan tentang

perasaan itu. Apabila perasaan negatif tersebut dikenalpasti, rancangan tindakan untuk

mengatasi masalah itu akan dibuat. Sepanjang proses kaunseling ini dijalankan, guru

kaunselor perlu bersifat kongruen, menerima tanpa syarat dan empati. Ketiga-tiga unsur

ini penting dalam penggunaan terapi pemusatan insan yang sangat mementingkan

hubungan teraputik antara klien kerana

Alternatif juga dirangkumi dalam proses kaunseling. Roges percaya bahawa

hubungan terapeutik penting untuk mewujudkan keselarasan antara konsep ideal dan

Page 5: Analisis Kes WORDS

konsep realitinya. Alternatif lain adalah bersifat kongruen bermaksud guru kaunseling

bersifat telus dan berterus-terang dengan klien tanpa menyembunyikan perasaan diri.

Penerimaan positif tanpa syarat bermaksud guru kaunseling menerima Salman tanpa

mengira latar belakang atau kisah lampaunya. Akhinya, empati bermaksud guru

kaunseling merasaai bagaimana perasaan dan masalah yang dihadapi oleh Salman.

Bagi perakhiran proses ini iaitu penamatan, Salman akan berubah

tingkahlakunya. Apabila Salman mencapai keadaan celik akal yang optimum maka

terapi akan ditamatkan. Diharapkan dengan terapi yang diberikan Salman akan berjaya

melakukan tindakan yang positif serta kebimbangannya untuk membuat pilihan juga

akan berkurang.

Komponen yang ketujuh adalah kelebihan dan kekurangan pengendalian teori ini

pada kes ini. Kelebihan teori ini adalah Salman berasa sama rata dengan guru

kaunseling membolehkan Salman tidak rasa tertekan dan rasa dihargai. Guru

kaunseling terapi ini juga bersifat humanistik dan Salman akan rasa lebih diterima dan

dihargai kerana ada pihak yang memahaminya. Sehubungan itu, Salman dapat

meluahkan perasaan sebenarnya dengan dalam suasana yang kongruen dan berusaha

mengatasi masalah dengan mengubah konsep kendirinya.

Kekurangan pula adalah teori ini tiada satu proses atau kaedah yang khusus dan

jelas untuk membantu Salman. Penggunaan teori ini terhadap kes Salman mengambil

masa yang panjang. Kejayaan bagi terapi ini juga terlalu bergantung kepada perasaan

Salman, di mana perasaannya mudah untuk dieksploitasi dan dipengaruhi oleh

pengaruh-pengaruh luar. Contohnya, Salman pada awalnya mungkin akan berubah,

namun dengan adanya pengaruh persekitaran yang negatif, perasaannya yang positif

mungkin akan berubah menjadi seperti dahulu.