analisis jurnal kpt 6044

11
SUBJECT : KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB ANALISIS JURNAL "KESEDARAN, PENILAIAN DAN PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK" _______________________________________________ _________ PREPARED FOR : DR JESSNOR ELMY BINTI MAT JIZAT PREPARED BY : NAMA NO. PELAJAR NOR SA’ADAH BT JAMALUDDIN M20122001392 1 ANALISIS JURNAL - KPT 6044

Upload: saadah-jamaluddin

Post on 31-Oct-2014

566 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

Analisi Jurnal "KESEDARAN, PENILAIAN DAN PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK".

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis jurnal   kpt 6044

SUBJECT : KPT 6044

PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

ANALISIS JURNAL

"KESEDARAN, PENILAIAN DAN PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM

KALANGAN AHLI AKADEMIK"

________________________________________________________

PREPARED FOR :

DR JESSNOR ELMY BINTI MAT JIZAT

PREPARED BY :

NAMA NO. PELAJAR

NOR SA’ADAH BT JAMALUDDIN M20122001392

FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI

TARIKH HANTAR : 26 OKTOBER 2013

1

ANALISIS JURNAL - KPT 6044

Page 2: Analisis jurnal   kpt 6044

TAJUK JURNAL :

KESEDARAN, PENILAIAN DAN PENERIMAAN E-PEMBELAJARAN DALAM

KALANGAN AHLI AKADEMIK

SUMBER JURNAL :

JURNAL PENDIDIKAN MALAYSIA 34 (1) (2009) : M/S 155 - 172

DITULIS OLEH :

RUBIAH OMAR DAN JAMILAH HJ. AHMAD

A) PENDAHULUAN

Corak pendidikan berunsur e-pembelajaran telah bermula dari awal tahun 90-an lagi.

Institut Teknologi MARA merupakan IPTA pertama yang menawarkan program komunikasi

melalui e-pembelajaran. Malah, e-pembelajaran merupakan alternatif dalam dunia pendidikan

global yang kini dipraktikkan secara berterusan terutama di Institut Pengajian Tinggi di luar

negara. Ini kerana beberapa kajian dan penyelidikan yang telah dilakukan oleh penyelidik -

penyelidik mendapati bahawa kaedah e-pembelajaran boleh dikaitkan dengan peningkatan

prestasi akademik para pelajar.

Mohd Koharudin (2004) menjelaskan bahawa kebanyakan IPTA awam dan swasta di

Malaysia pada masa kini telah menyediakan kemudahan rangkaian komputer dan Internet

untuk menggalakkan persekitaran e-pembelajaran bagi kegunaan masyarakat kampus.

Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) merupakan universiti maya pertama di negara ini

yang telah menawarkan pelbagai perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran melalui

teknologi e-pembelajaran.

Selain itu, Universiti Multimedia di Cyberjaya merupakan antara universiti lain yang

membangunkan sistem e-pembelajaran dengan pesat bermula daripada peristiwa Malaysia

membangunkan Koridor Raya Multimedia (MSC) pada tahun 1999. Disamping itu, Universiti

Malaysia Sabah (UMS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA

(UiTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) juga sedang giat mempertingkatkan

kemudahan rangkaian e-pembelajaran bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

2

ANALISIS JURNAL - KPT 6044

Page 3: Analisis jurnal   kpt 6044

Justeru itu, Jurnal bertajuk "Kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam

kalangan ahli akademik" ini mengkaji dan membuat kajian tinjauan berkenaan dengan

kesedaran, penilaian dan penerimaan penggunaan e-pembelajaran dalam aktiviti pengajaran

dan pembelajaran dalam kalangan ahli akademik di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

B) PERSOALAN

Di antara persoalan yang ditimbulkan oleh penulis jurnal bertajuk "Kesedaran, penilaian

dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik" ini ialah :

1. Sejauh mana kesedaran terhadap konsep e-pembelajaran dalam sistem pengajaran

dan pembelajaran dalam kalangan ahli akademik di Universiti Sains Malaysia?

2. Apakah penilaian yang dapat dibuat terhadap hubungan yang signifikan antara

kefahaman terhadap e-pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri

dalam kalangan ahli akademik?

3. Bagaimanakah penerimaan penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses

pembelajaran dan pengajaran dalam kalangan ahli akademik Universiti Sains

Malaysia?

C) KAEDAH

Bagi memastikan hasil dapatan bersesuaian dengan persoalan yang ditimbulkan, maka

kaedah yang digunakan bagi memperolehi hasil dapatan adalah sangat penting dan ia turut

memberi kesan kepada kesimpulan yang akan dikeluarkan.

Berdasarkan jurnal ini, kajian berbentuk tinjauan deskriptif digunakan dengan tujuan

untuk memberikan gambaran awal tentang kesediaan penerimaan e-pembelajaran dalam

kalangan ahli akademik. Responden kajian ini terdiri daripada ahli akademik di semua pusat

pengajian Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang yang menggunakan e-pembelajaran dalam

pengajaran dan pembelajaran mereka.

Sebanyak 165 borang soal selidik diedarkan kepada ahli akademik di 15 pusat pengajian

dan hanya 119 borang soal selidik yang telah berjaya dikumpulkan mengikut pusat pengajian.

Analisis kuantitatif yang digunakan dalam kajian ini ialah program SPSS (Statistical package

for social sciences) dengan perisian SPSS versi 14.0.

3

ANALISIS JURNAL - KPT 6044

Page 4: Analisis jurnal   kpt 6044

Seterusnya, semua data yang diperoleh ditukarkan kepada kod - kod tertentu yang akan

mewakili pembolehubah dan data tersebut kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah

analisis deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai dan kaedah analisis

inferensi seperti Ujian-t dan Anova.

D) DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian yang akan dijelaskan disini meragkumi tiga aspek daripada persoalan

kajian yang ditimbulkan oleh penulis iaitu kesedaran terhadap konsep e-pembelajaran dalam

sistem pengajaran dan pembelajaran ; penilaian terhadap hubungan yang signifikan antara

kefahaman terhadap e-pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri dalam

kalangan ahli akademik ; penerimaan penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses

pembelajaran dan pengajaran.

1) KESEDARAN TERHADAP KONSEP e-PEMBELAJARAN DALAM SISTEM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Menurut Rubiah dan Jamilah (2009), antara lima konsep e-pembelajaran di USM yang

telah diberikan perhatian iaitu :

1) e-pembelajaran sebagai satu kaedah pembelajaran baru khusus untuk para pelajar.

2) e-pembelajaran merupakan salah satu usaha sejajar dengan perkembangan ICT.

3) e-pembelajaran memerlukan komitmen yang lebih dalam pengajaran dan

pembelajaran.

4) e-pembelajaran dikendalikan menerusi penggunaan komputer dan Internet.

5) e-pembelajaran membolehkan pembelajaran dilaksanakan dengan lebih mudah,

tanpa batasan jarak dan boleh melibatkan lebih ramai pelajar.

Berdasarkan kepada kelima - lima konsep e-pembelajaran yang diketengahkan, tahap

kefahaman responden terhadap konsep yang kedua; e-pembelajaran adalah salah satu usaha

sejajar dengan perkembangan ICT, memperolehi peratusan tertinggi yang membuktikan

bahawa ahli akademik telah menyedari bahawa konsep e-pembelajaran yang mana ICT

dimajukan sebagai alat utama bagi membolehkan ahli akademik melibatkan pelajar dalam

pelbagai aktiviti pembelajaran di dalam kuliah. Kebanyakan IPT di Malaysia mengambil

berat tentang kepentingan ICT bagi memastikan ahli akademik dan pelajar dapat bersatu

secara produktif dalam persekitaran pendidikan yang baru.

4

ANALISIS JURNAL - KPT 6044

Page 5: Analisis jurnal   kpt 6044

Namun begitu, kajian menunjukkan majoriti responden tidak bersetuju dengan konsep e-

pembelajaran yang ketiga iaitu e-pembelajaran memerlukan komitmen yang lebih dalam

pengajaran dan pembelajaran. Situasi ini terjadi mungkin disebabkan terdapat sebahagian

ahli akademik yang masih ragu - ragu untuk menerima e-pembelajaran dengan sepenuhnya.

Selain itu, ketidakcukupan maklumat, fasiliti yang kurang baik dan kekurangan pengetahuan

bagi mengaplikasikan e-pembelajaran mungkin merupakan beberapa masalah lain yang

menyokong kepada hasil dapatan ini.

Secara keseluruhannya, hasil dapatan mendapati tahap kefahaman responden terhadap

kelima - lima konsep e-pembelajaran adalah tinggi. Hal ini membuktikan majoriti ahli

akademik USM memahami dan menyedari peri pentingnya konsep e-pembelajaran dalam

sistem pengajaran dan pembelajaran mereka.

2) PENILAIAN TERHADAP HUBUNGAN YANG SIGNIFIKAN ANTARA

KEFAHAMAN TERHADAP e-PEMBELAJARAN DENGAN KESEDIAAN

PEMBELAJARAN ARAHAN KENDIRI DALAM KALANGAN AHLI

AKADEMIK.

Rubiah dan Jamilah Hj Ahmad (2009) menjelaskan, berdasarkan kajian yang dilakukan

ahli akademik di USM mampu merancang strategi dan kaedah pembelajaran mereka secara

bersendirian dan pada masa yang sama mereka merasa selesa dalam persekitaran

pembelajaran berstruktur mengikut pilihan mereka. Ia disebabkan oleh taraf pendidikan dan

kerjaya sebagai seorang ahli akademik yang menuntut mereka untuk bijak menentukan

kaedah dan persekitaran pembelajaran agar ilmu pengetahuan dapat disalurkan kepada

pelajar.

Selain itu, pemboehubah kefahaman tentang e-pembelajaran dan kesediaan

pembelajaran kendiri mempunyai hubungan yang sederhana kerana terdapatnya faktor -

faktor lain yang turut menyumbang kepada tahap kefahaman responden. Antara faktor yang

boleh menyumbang kepada perlaksanaan e-pembelajaran terutamanya faktor mempunyai

kemudahan komputer dan ia tidak hanya bergantung kepada kesediaan pembelajaran arahan

kendiri ahli akademik sahaja. Ahli akademik turut mempengaruhi dan menggalakkan pelajar

bermotivasi ketika pembelajaran, seharusnya mempunyai kesediaan pembelajaran arahan

kendiri yang tinggi untuk mencapai matlamat pembelajaran.

5

ANALISIS JURNAL - KPT 6044

Page 6: Analisis jurnal   kpt 6044

3) PENERIMAAN PENGGUNAAN e-PEMBELAJARAN DALAM MEMBANTU

PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN.

Menurut Rubiah dan Jamilah (2009), empat tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh

ahli akademik ialah:

i. Menggunakan sepenuhnya kaedah e-pembelajaran di dalam kuliah

ii. Memuatnaikkan nota - nota kuliah ke laman web e-pembelajaran dari semasa ke

semasa

iii. Mengikuti latihan - latihan yang berkaitan dengan e-pembelajaran di USM

iv. Menggalakkan para pelajar menggunakan e-pembelajaran sebagai mekanisme

pembelajaran.

Hasil kajian mendapati majoriti responden bersetuju dengan tanggungjawab yang

pertama dan keempat yang telah disenaraikan diatas ; tanggungjawab menggunakan

sepenuhnya kaedah e-pembelajaran di dalam kuliah dan tanggungjawab menggalakkan para

pelajar menggunakan e-pembelajaran sebagai mekanisme pembelajaran. Melalui hasil

kajian ini, ia membuktikan bahawa ahli akademik USM telah menerima sistem e-

pembelajaran dalam pengajaran mereka. Malah, penglibatan terhadap perlaksanaan sesuatu

kaedah pembelajaran yang baru seperti e-pembelajaran turut bergantung kepada individu itu

sendiri yang mana ia merujuk kepada insiatif dan motivasi individu untuk belajar. Oleh hal

yang demikian, pusat pengajian melalui jabatan atau panel pengajian, bertanggungjawab

menyediakan isi kandungan bahan pembelajaran manakala pemantauan tentang perlaksanaan

ini perlu dikawal selia dan sentiasa dipantau oleh pengurusan akademik.

Bagi tanggungjawab memuatnaikkan nota-nota kuliah ke laman web e-pembelajaran

dari semasa ke semasa dan tanggungjawab mengikuti latihan-latihan yang berkaitan dengan

e-pembelajaran di USM, dapatan menunjukkan jumlah min berada pada tahap sederhana. Hal

ini disebabkan oleh ahli akademik berpendapat bahawa tanggungjawab yang perlu dilakukan

merupakan satu tugas tambahan atau beban yang mengganggu rutin harian mereka

terutamanya dalam mengikuti latihan yang disediakan.

Seterusnya, berkenaan dengan faktor yang mempengaruhi perlaksanaan e-pembelajaran

pula, dapatan kajian menunjukkan bahawa penerimaan dalam kalangan ahli akademik

terhadap penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran

adalah positif.

6

ANALISIS JURNAL - KPT 6044

Page 7: Analisis jurnal   kpt 6044

Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor mempunyai kemudahan komputer peribadi

sangat mempengaruhi perlaksanaan e-pembelajaran berdasarkan jumlah responden sangat

bersetuju paling tinggi. Hal ini membuktikan bahawa ahli akademik telah disediakan alatan

yang mencukupi bagi melaksanakan e-pembelajaran dan alasan tidak mempunyai komputer

sudah tidak boleh diterima pakai lagi.

Walaubagaimanapun, faktor mempunyai kemahiran dalam bidang ICT dan

perkomputeran serta sering mengikuti kursus dan latihan mengenai ICT berada pada tahap

sederhana. Penerimaan sistem e-pembelajaran tidak memadai dengan hanya mempunyai

kemudahan komputer peribadi sahaja akan tetapi ahli akademik perlu mempunyai kemahiran

dalam bidang ICT dan perkomputeran serta perlu menghadiri kursus dan latihan mengenai

ICT. Ini kerana, konsep sistem e-pembelajaran ialah mengintegrasikan ICT dalam sistem

pembelajaran dan perlaksanaan e-pembelajaran bukan hanya bergantung kepada alat-alat

teknologi baru seperti komputer. Malah perlaksanaannya juga memerlukan kemahiran dalam

bidang ICT.

Selain itu, proses e-pembelajaran akan lebih memberi kesan yang positif sekiranya

diaplikasikan dalam bentuk latihan dalam talian. Ini membuktikan bahawa adalah sangat

penting bagi ahli akademik untuk mengikuti latihan dan meluangkan masa mereka

mempelajari bidang ICT jika mereka ingin maju dalam era teknologi.

E) KESIMPULAN

Kesimpulannya, dapatan keseluruhan kajian yang diperoleh menunjukkan bahawa

walaupun masih ada sesetengah responden tidak menyokong konsep - konsep e-pembelajaran

yang dinyatakan tetapi ahli akademik di USM sudah mempunyai kesedaran yang positif

terhadap e-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran Dari segi penilaian ahli

akademik terhadap hubungan yang signifikan di antara kefahaman terhadap e-pembelajaran

dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri pula, didapati berada pada tahap sederhana.

Ini disebabkan terdapat faktor - faktor lain yang menyumbang kepada tahap kefahaman

seperti faktor mempunyai kemudahan komputer peribadi. Dari segi penerimaan pula, didapati

ahli akademik menerima secara positif penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses

pembelajaran dan pengajaran.

7

ANALISIS JURNAL - KPT 6044