tingkatan 1 pertanian kompos
TRANSCRIPT
Pengenalan ■ Baja organik daripada bahan sisa
tanaman, sisa makanan dan najis ternakan.
■ Mesra alam kerana tanpa bahan kimia atau racun perosak.
■ Memelihara kesihatan dan alam sekitar.
■ Menambah kesuburan tanah- Bekalkan zat nutrien
■ Memperbaik struktur dan pengudaraan tanah- Memperbaik pengudaraan tanah liat- Tanah pasir dapat menyerap air dan
menahan lebih banyak air ■ Menggantikan baja kimia
- Mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar
■ Memperbaik saliran tanah- Memperbaik saliran dan menahan lebih
banyak air pada tanah liat
Kepentingan
■ Tidak mengandungi biji benih rumpai dan haiwan perosak.
■ Senang dibuat dan kosnya rendah■ Komponen utama dalam pertanian organik,
iaitu pertanian mesra alam■ Hasil pertanian lebih mahal harganya dan
mendapat permintaan ramai.■ Hasil pertanian sesuai untuk makanan
kesihatan.
Kebaikan Kompos
Bahan Contoh Fungsi
Sisa Tanaman
Jerami padi, batang jagung, rumput gajah, daun lalang
Bahan utama kompos
Sisa Makanan
Sisik ikan, kulit buah-buahan, kulit udang, kulit telur
Bahan penguraian
Najis Ternakan
Tahi lembu, tahi ayam, tahi kambing
Mengandungi mikroorganisma yang membantu mempercepat proses pereputan
KapurKapur tohor, kapur mati, kapur dolomit
Meneutralkan keadaan berasid dan membantu pembiakan organisma bagi mempercepat proses penguraian.
Bahan Dan Fungsi
■ Cangkul■ Sisir■ Skop■ Kayu penguji■ Mesin shredder■ Sarung tangan getah■ Penutup mulut■ Apron■ Jangka suhu■ Pita pengukur
Mesin shredder
Alatan Membuat Kompos
■ Saiz timbunan kompos ialah 1.5 meter lebar tapak dan 1.2 meter tinggi. Panjang pula bergantung kepada bahan dan keperluan.
■ Tapak timbunan di bahagian bawah lebih lebar daripada bahagian atas agar stabil kedudukannya.
■ Jika timbunan rendah, haba akan cepat hilang dan proses penguraian menjadi lama.
■ Jika terlalu tinggi, bahan akan mampat menyebabkan saliran air berlebihan dan mengurangkan pengudaraan.
Saiz Kompos
1.5 m
1.2 m Timbunan Kompos
Langkah 1■ Pilih tapak yang sesuai dan bersihkan.■ Gali lubang mengikut ukuran yang diperlukan atau
buat kompos atas permukaan tanah yang rata
Langkah-Langkah Membina Timbunan Kompos
Langkah-Langkah Membina Timbunan Kompos
Langkah 2
Bina satu lapisan setebal 10–15 cm bahan kasar seperti batang jagung, jerami padi, ranting kayu atau rumput gajah sebagai tapak asas.
Langkah-Langkah Membina Timbunan Kompos
Langkah 3
Di atas tapak asas, letak satu lapisan bahan sisa tanaman seperti rumput kering setebal 10–15 cm.
Langkah-Langkah Membina Timbunan Kompos
Langkah 4
Renjis atau tabur sedikit kapur di atas lapisan sisa tanaman.
Langkah-Langkah Membina Timbunan Kompos
Langkah 5
Di atas tapak asas, letak satu lapisan bahan sisa tanaman setebal 10 – 15 cm.
Langkah-Langkah Membina Timbunan Kompos
Langkah 6
Menabur selapis najis ternakan seperti tahi ayam kering atau tahi lembu kering setebal 2.5–5.0 cm.
Langkah-Langkah Membina Timbunan Kompos
Langkah 7
Ulangi langkah 3 hingga 6 sehingga mencapai ketinggian 1.2 meter.
Langkah 8
Siram timbunan sehingga lembab.
Langkah 9
Tutup timbunan dengan lapisan kasar seperti rumput kering untuk mengelakkan sejatan dan air yang berlebihan.
Pengurusan Kompos
■ Semasa bahan-bahan kompos diuraikan oleh mikroorganisma, haba akan dihasilkan. Suhu akan meningkat sehingga 60 - 67 darjah celcius dalam masa 4 - 5 hari pertama.
■ Suhu yang tinggi dapat membunuh semua serangga perosak dan biji benih rumpai. Suhu akan beransur turun dalam masa 30 hari kepada suhu biasa.
■ Kejayan kompos boleh dikenalpasti melalui ujian yang boleh dilakukan selepas 4 -5 hari kompos dibuat.
■ Sediakan sebatang kayu yang kering dan licin.■ Panjang kayu ialah satu meter dan ukur lilit 2 cm.■ Cucukkan batang kayu tersebut ke dalam
timbunan kompos. Selepas 10-15 minit, tarik keluar batang kayu tersebut.
■ Rasa hujung batang kayu dengan tangan.
Langkah-langkah Menguji Timbunan Kompos
Kayu Penguji
Keadaan Kayu Keterangan Tindakan
Panas dan lembab
Bahan kompos sedang diurai
Biarkan proses pereputan terus berlaku
Kering dan sejuk
Bahan kompos tidak diurai
Timbunan kompos perlu dibina semua
Panas dan kering
Timbunan kompos memerlukan siraman air
Timbunan kompos perlu dibina semula
Kesimpulan Pengujian Kompos
Membalik-balikkan Timbunan Kompos
■ Selepas 4 minggu, timbunan kompos perlu dibalik-balikkan dan digaul bertujuan:
▪ Membaiki saliran dan pengudaraan
▪ Menguraikan bahan kompos di sebelah luar dengan sekata
■ Timbunan kompos yang digaul perlu dibina semula. Timbunan kompos diuji semula selepas 4-5 hari.
■ Jika kayu penguji berkeadaan panas dan lembap, biarkan selama 4-5 minggu supaya bahan kompos reput sepenuhnya.
Kejayaan Kompos
■ Kayu penguji panas dan lembab■ Bahan kompos reput sepenuhnya.■ Suhu yang panas akan kembali normal■ Berwarna hitam dan tidak berbau
Penggunaan Kompos
■ Dijadikan baja asas.■ Dicampur terus kepada tanah dengan kadar 5 kg
per meter persegi■ Digunakan sebagai sungkupan untuk
mengurangkan hakisan, menambah kelembapan dalam tanah dan mengekalkan kerendahan suhu tanah.
■ Kompos separuh reput boleh digunakan sebagai bahan timbunan kompos yang baru.
Maklumat Tambahan
■ Sekiranya ditambahkan pada tanah, kompos yang proses pereputannya tidak lengkap akan mengurangkan nitrogen yang diperoleh tumbuhan.
■ Kompos boleh diguna setelah timbunan menjadi sejuk dan rendah lebih kurang satu pertiga daripada jumlah asal.
■ Kompos yang telah siap dibuat perlu ditutup dengan plastik atau dibina bumbung untuk mengelakkan daripada hujan dan panas terik matahari.
■ Kompos yang tidak jadi biasanya berbau busuk serta tidak reput sepenuhnya.
Aspek Keselamatan dan Kebersihan
■ Pastikan alatan tajam seperti skop, cangkul dan sisir digunakan dengan cara yang betul.
■ Cuci alatan yang digunakan dan simpan di tempat yang selamat.
■ Gunakan sarung tangan getah semasa proses membuat baja kompos.
■ Gunakan penutup mulut ketika menabur kapur atau najis haiwan.
■ Gunakan apron ketika proses membuat baja kompos.
■ Basuh tangan dengan sabun selepas kerja-kerja membuat baja kompos dijalankan.