analisis ayat

Upload: zustira-hanani

Post on 01-Mar-2016

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SENI MENGARANGBMk3043

(Tugasan Individu)

Tajuk: Analisis 40 jenis ayat Kumpulan kuliah: A

PENSYARAH: DR ABU HASSAN BIN ABDULNAMANO.MATRIKSEMESTAR

ZUSTIRA HANANI BINTI ZAINOL ABIDIND201210587905

BILKLAUSA/AYAT

JENISULASANSUMBER

1Yang sabar, yang bersih, yang terurai rambut, yang kempis perut kecuali daripada hasil yang halal, yang bila akan masuk kepada raja tidak diizinkan.Polisindeton -Pengulangan kata hubung relatif yang.Pengulangan kata hubung relatif yang, melambatkan irama prosa dalam perenggan dan menghassilkan kesan penengasan yang jitu. Buku Memoir hasrat menyala.Penulis : amir haji hassan

2Antara syaratnya ialah pendatang ini hendaklah hadir ke pejabat imigresen bersama-sama dengan majikan. Maka berlakulah lambakan dan kebanjiran pendatang asing bersama dengan majikan palsu ini.Sebab-akibat.Hendaklah-makaGadingan hendaklah dan maka yang mengukuhkan hujah pengarang.Buku Memoir hasrat menyala.Penulis : amir haji hassan

3Jadi, untuk siapa Jimny ini dipasarkan? Pertama, ia tentulah bermaksud untuk menghidupkan nostalgia generasi awal Jimny yang pernah popular suatu masa dahulu.Soalan-Jawapan Soalan dan pembahagian jawapan yang memudahkan kefahaman. Susunan ayat padu dan jelas.Berita Harian, 14 Mac 2014Penulis : Hazril Hafiz

4Ada yang mempunyai kubah besar dengan beberapa yang kecil. Ada yang mempunyai tiang menara yang besar dan tinggi bagi menempatkan corong pembesar suara.Anafora Pengulangan ayat Ada yang mempunyai yang berurutan memberi kesan irama dalam frasa.Berita Harian, 14 Mac 2014Penulis : Cikgu Azhar

5Padang riadah bersaiz sederhana juga perlu dibina seperti gelanggang futsal, takraw, badminton dan juga bola tampar. Dengan cara ini anak-anak muda dapat diajak ke masjid secara tidak langsung.Langkah contoh-akibatDaripada langkah yang diberikan dan ditambah dengan contoh yang relevan. Langkah dan contoh ini dikukuhkan dengan akibatnya menjadikan gandingan yang mantap dan kukuh dalam penyataannya.Berita Harian, 14 Mac 2014Penulis : Cikgu Azhar

6Zaba, secara jelas, menghujahkan bahawa kebahagiaan, ketinggian dan kecermelangan manusia perlu digarap melalui agama. Pengulangan imbuhan ke-Pengulangan imbuhan ke- yang setara nadanya.Buku : Mencari Keluhuran BudiPenulis : Zaba

7Agama dapat membentuk, mendidik dan membesarkan manusia sesuai dengan kehidupan-kehidupan lain di dunia ini, bagi menjamin kebahagian dan kesejahteraan mereka.Pengulangan MeNPengulangan imbuhan meN yang setara nadanyaBuku : Mencari Keluhuran BudiPenulis : Zaba

8Jikalau bahasa dikelaskan sebagai ilmu permulaan dalam proses pencapaian ilmu-ilmu teras dan ilmu-ilmu cabang (fardu kifayah), maka dapatlah kita fahami pentingnya bahasa dalam pembinaan peribadi dan selanjutnya dalam pembangunan insan.

Andaian -akibatDaripada andaian umum, penanda maka meguatkan logik idea, selanjutnya dikukuhkan dengan akibat daripada andaiannya.Buku : Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di MalaysiaPenulis : Awang Sariyan

9Secara ringkasnya, bahasa baku ialah satu ragam bahasa yang digunakan untuk tujuan dan keperluan rasmi.Pernyataan-Definisi-tujuanKosa kata ialah mempertaut dari pernyataan ke definisi khusus dan seterusnya diperkuatkan dengan tujuam yang bersesuaianBuku : Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di MalaysiaPenulis : Awang Sariyan

10Mengapakah ditegaskan konteks penggunaan bahasa baku dalam urusan rasmi? Jawabnya, urusan rasmi memerlukan ketepatan maklumat dan kecekapan perhubungan, dan dengan itu bahasa yang digunakan mestilah dalam rangka memenuhi ciri tersebut.Soalan jawapanSoalan dan pembahagian jawapan yang memudahkan kefahaman. Susunan ayat padu dan jelas.Buku : Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di MalaysiaPenulis : Awang Sariyan

11Irham sedikit gusar, gusar jika Zara juga berperangai sebegitu.

Anadiplosis Pengulangan kata yang sama gusar klausa yang pertama berada di akhir ayat, dan klausa kedua ayat kata gusar berada di awal ayat. Jadi, memberi kesan irama dalam frasa.Novel : Love You Mr. ArrogantPenulis : aliesha Kirana

12Wah, lawa sungguh! Tak hairanlah semua selebriti kat Hollywood tu selalu nak dia je yang reka baju itu untuk diorang.Ekslamasi Penggunaan wah dapat menimbulkan kesan rasa dan kesan emosi yang tinggi dalam minda pembaca.Novel : sorry im still love uPenulis : shazee

13Tapi setiap detik, setiap saat, saya pasti akan merindui awak. Jaga diri awak baik-baik, ya. Jangan terlalu ikut perasaan, jangan cepat naik marah, jangan buli orang lain dan jangan tinggal solat.Pegulangan kata yang sama Pengulangan kosa kata setiap dan jangan yang berturutan memberi kesan irama dalam frasa.Novel : Love You Mr. ArrogantPenulis : aliesha Kirana

14Bila anda kehilangan seorang anak, maka ketahuilah bahawa dia akan menjadi syafaat bagi anda kelak di hadapan Allah. Bila anda menderita cacat atau berpenyakit di tubuh anda, maka ketahuilah bahawa masing-masing pahalanya telah tersimpan di sisi Allah.AnaforaPengulangan ayat bila anda yang berurutan memberi kesan irama dalam frasaBuku : Jadilah wanita yang paling bahagiaPenulis : dr. Aidh b. Abdullah Al-Qarni

15Umur anda yang dihitungkan adalah umur berisi dengan kebahagian, kesenangan, keredhaan, ketenangan dan kepuasan.Pengulangan imbuhan ke Pengulangan imbuhan ke- yang setara nadanya.Buku : Jadilah wanita yang paling bahagiaPenulis : dr. Aidh b. Abdullah Al-Qarni

16Lalu, di mana kaum muslimin, orang mukmin, orang yang jujur, orang yang selalu menahan dirinya, orang yang selalu beribadah, orang yang selalu khusyuk dalam aktivitinya.Pengulangan kata yang samaPengulangan kosa kata orang yang berurutan memberikan kesan irama dalam frasa.Buku : Jadilah wanita yang paling bahagiaPenulis : dr. Aidh b. Abdullah Al-Qarni

17Gagal kurus?? Ramai yang sudah berjaya dengan Diet Gold.PemujukanAyat ramai yang sudah telah mengeksploitasi perasaan pembaca untuk mempercayai.Iklan dalam majalah Mingguan Wanita bil : 1612

18Terdapat pelbagai faktor menjadi punca keguguran rambut. Punca pertama ialah bahan kimia, punca kedua ialah perubahan hormon, punca ketiga genetif, punca keempat seterusnya perjalanan darah tidak lancar, punca kelima tabiat buruk dan punca keenam ialah diet tidak seimbang.

Penyenaraian Pertama, kedua, ketiga memberi penyenaraian yang khusus dan memudahkan pembacaan.Tajuk : Punca keguguran rambut majalah:Mingguan Wanita bil : 1612

19Berhentilah merampas dan meruntuhkan rumah tangga orang lain! Berhenti menganiayai orang yang pernah anda kasihi!Pernyataan -Penegasan Penggunaan tanda seru (!) menunjukkan penegasan dalam pernyataan.Tajuk : bila cinta tiada lagimajalah:Mingguan Wanita bil : 1612

20Dalam bahasa Melayu, perkataan Barat (The West) membangkitkan tindak balas yang berbeza. Dari segi positifnya, perkataan ini membawa makna kemajuan, pemodenan, ilmu pengetahuan, sains dan teknologi. Sebaliknya, apabila perkataan ini diterapkan kepada kehidupan moral dan sosial, maka makna yang dibawanya ialah keruntuhan akhlak dan kebudayaan kuning.Pernyataan - perbandinganKata sebaliknya membawa maksud perbandingan antara dua ayat yang membawa kepada kesinambungan daripada topik utama.Buku : Bahasa dan Alam Pemikiran MelayuPenulis : Asmah Haji Omar

21Di pandang sia-sia orang yang melompati api yang sedang menyala. Di pandang kurang akal orang yang melompati ombak besar yang membahayakan bagi jiwa.Anafora Memberi kesan irama dalam frasa dan susunan ayat padu dan jelas.Buku : Lembaga BudiPenulis : Prof. Dr. Hamka

22Haji Abdul Rahim meneruskan lagi ceritanya: dalam perancangan orang kafir, sebelum mereka diserangelok mereka yang menyerang orang Islam dahulu.paronomasia.Mempunyai kata-kata seakan sama bunyinya tetapi berbeza maknanya. Jadi, memberi kesan irama dalam frasa.Buku : Memoir hasrat MenyalaPenulis : Amir Haji Hassan

23Bukankah yang dikatakan orang miskin itu orang yang terlalu amat banyak keinginan dan keperluan? Orang yang terlalu banyak keinginan, itulah orang yang paling miskin. Dan orang yang paling kaya, ialah orang yang tidak menginginkan apa-apa, tidak menghajatkan apa-apa. Soalan jawapan Soalan dan pembahagian jawapan memudahkan kefahaman. Susunan ayat padu dan jelas. Buku : Lembaga BudiPenulis : Prof. Dr. Hamka

24Segala usaha, pekerjaan, langkah yang dilangkahkan, semuanya timbul daripada satu maksud yang tertentu dan tidak dari suatu perasaan yang paling tinggi, yang mempunyai kekuasaan penuh dalam dirinya.PolisindetonPenggunaan kata hubung lebih daripada satu. Dapat memberikan penegasan terhadap ayat tersebut.Buku : Lembaga BudiPenulis : Prof. Dr. Hamka

25Kita sudah mendapat gambaran tentang hidup mati dan sebar surutnya bahasa, yang mempunyai perkaitan yang erat dengan kemajuan bangsa yang menurunkannya. Kita perhatikan juga bahawa faktor-faktor sosial, politik, ekonomi memainkan peranan yang penting dalam menimbulkan proses-proses yang diperkatakan itu.Pernytaan- penglibatan pembacaKata kita dalam pemulaan ayat memberi makna kepada penglibatan pembacaan dapat menarik minat pembacaan.Buku : Susur Galur Bahasa MelayuPenulis : Asmah Haji Omar

26Prosedur rakyat Malaysia berkahwin di luar negara, pemohon perlu hadir ke Kedutaan Malaysia di negara tempat mereka berada bagi memperoleh surat kebenaran berkahwin di luar negara. Selepas mendapat pengesahan daripada kedutaan, pemohon perlu menghantar surat berkenaan dan dokumen yang diperlukan ke pejabat agama tempat tinggal pasangan pemohon. Kemudia pasangan hendaklah mendaftarkan perkahwinan terbabit di jabatan agama negeri dalam tempoh enam bulan daripada tarikh pulang ke Malaysia.Penghuraian-prosesPenghuraian proses memberi kesinambungan di dalam huraian untuk memudahkan kefahaman, susunan ayat yang jelas.Berita Harian, 14 Mac 2014Penulis : Mohd Naim Mokhtar

27Berdasarkan kepada Statistik tangkapan ke atas pemberi rasuah Polis Diraja Malaysia harus diberikanpujian kerana telah berjaya menangkap lebih dari 50 orang pemberi rasuah diikuti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM menerusi operasi-operasi khasnya sebanyak 10 tangkapan RELA, 9 tangkapan JPJ, 8 tangkapan Imigresen, 5 tangkapan Perhutanan,2 tangkapan Tenaga Nasional, 1 tangkapan dan PTG 1 tangkapan.Penyataan teknik analisisMemberi penjelasan secara khusus. Susunan ayat padu dan jelas.Artikel : KESEDARAN RASUAH RENDAHOleh : DATUK AHMAD KHUSAIRI DATUK YAHAYA

28Jika dahulu, fenomena lambakan HO sudah dirasai, maka kini ianya semakin ketara. Saya dahulu, graduasi pada bulan Jun, menghadiri temuduga pada Ogos, seterusnya melapor diri pada Oktober. Isteri saya, yang bergraduasi pada bulan Jun tahun ini, menghadiri temuduga pada Ogos, namun sehingga kini masih belum pun dipanggil bertugas.Penyataan- teknik kontras masaPenggunaan perkataan dahulu dan kini menggambarkan satu keadaan yang merentasi masa.Blog : dr. SyahmirulTajuk : dalu dan sekarang

29Harga makanan di Singapura jauh lebih murah berbanding di Johor Bharu.

Pernyataan - perbandinganPerbandingan antara dua ayat yang membawa kepada kesinambungan daripada topik utama.Buku Memoir hasrat menyala.Penulis : amir haji hassan

30Tips menjadi ibubapa cemerlang, gemilang dan terbilang. Anak anugerah Allah. Kehadirannya dinanti, celotehnya menggamit hati. Menjadi penghibur pasangan suami isteri. Sebagai ibubapa, kita semestinya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak. Kita sanggup buat apa sahaja demi anak-anak. 20 Tips Menjadi Ibubapa Cemerlang Gemilang TerbilangPengukuhan -teknik tiga kata bermaknaPenggunaan tiga kata bermakna memberi pengukuhan tentang topik yang dinyatakan. Menarik perhatian pembaca.Blog : hafizmohdTajuk : 20 tips menjadi ibu bapa cemerlang, gemilang dan terbilang

31Tempat pertama yang kami pergi ialah Marienplatz di mana New Town Hall (Neues Rathaus) dan Old Town House (Altes Rathaus) berada. Berdekatan terdapat sebuah gereja tertua di Munich iaitu Peterskirche. Marienplatz adalah centre of Munich's old town. Bangunan-bangunan lama kat sini ada ciri-ciri gothic. Patung-patung tidak menutup aurat pula banyak di sana-sini.

Pernyataan pemerian Memberi gambaran yang jelas kepada pembaca tentang gambaran yang terdapat di tempat yang dilawati.Blog : cuti-cuti famili

32Dalam konteks jenayah rasuah, golongan pekerja dalam sesebuah organisasi dapat dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu koruptor, oportunis dan berintegriti Koruptor merupakan golongan yang bijak mengambil kesempatan atas kelemahan pemimpin, undang-undang dan peraturan, sistem dan prosedur bagi memenuhi kepentingan peribadi termasuk mengaut keuntungan bersifat kedudukan, kewangan dan harta benda.

Pendedahan Memberi pemahaman kepada pembaca dalam mendedahkan konteks yang ingin disampaikan dengan menggunakan ayat yang tersusun dan lengkap.Rencana : Bahana Rasuah Menjadi BudayaPenulis : Dato Ahmad Khusairi Haji YahayaPengarah bahagian Komunikasi KorporatSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

33Perang Dunia Pertama dimulakan pada 28 Julai 1914 dengan penaklukan Austria-Hungary ke atas Serbia, dan kemudiannya diikuti dgn penaklukan Jerman ke atas Belgium, Luxembourg dan Perancis, serta setelah itu serangan Rusia ke atas Jerman. Perang Dunia Pertama yg berakhir pada 11 November 1918 apabila pihak bersekutu dan Jerman membuat perjanjian utk menghentikan peperangan. Pernyataan -Teknik urutan waktuUrutan waktu dapat dilihat daripada waktu-waktu yang dinyatakan. Dapat memberi penjelasan secara khusus dari tahun ke tahun . jadi, susunan ayat padu dan jelas.Artikel blog harutmarutTajuk : 3 tahun 8 bulan

34Ahli-ahli linguistik taksonomi yang membahagi-bahagikan unit-unit nahu seperti kata, frasa, dan klausa kepada golongan-golongan besar yang kecil jumlahnya, dan kemudian tiap-tiap golongan ini dibahagi-bahagikan lagi kepada subgolongan dan sub-subgolongan.Teknik pengelasan- contohDari pengelasan konteks memberi pemahaman kepada pembaca dengan lebih terperinci dan seterunya diperkukuhkan dengan contoh yang bersesuainBuku : Bahasa dan Alam Pemikiran MelayuPenulis : Asmah Haji Omar

35Agensi-agensi lain di kompleks Baling termasuk kastam, polis, jabatan pertanian, kesihatan, dan tentera dipindahkan ke dalam negeri Perak yang terletak di Bukit Berapit.

Umum- khususcontoh yang umum Perak dan khusus Bukit Berapit. Gandingan makna umum dengan makna khusus ini membentuk tangga makna yang tersusun, lancar dan mudah difahami oleh khalayak.Buku Memoir hasrat enyala.Penulis : amir haji hassan

36Belajar ilmu tajwid, fikah, usul, tauhid, sirah, mantik dan segala ilmu tentang agama Islam.paraleslimeGaya ini mensejajarkan beberapa ayat yang berpola sama.Novel : Mereka Yang Tertewas novel Penulis : Hasanuddin Md Isa

37Semua orang tahu dan mengerti adalah mengaku bahawa akal itu suatu perkakas yang amat besar kebolehannya- boleh memeriksa dan menimbang, boleh menyiasat dan menghalusi, boleh mendapat keputusan dengan saksama- bahkan boleh sampai mendapat hakikat itu dalam mengenal wujud Tuhan juga pasa keseudahnnya.Pengulangan kata yang sama Pengulangan kosa kata boleh yang berurutan memberikan kesan irama dalam frasa.Buku : Mencari Keluhuran BudiPenulis : Zaba

38Nik safiah karim menjelaskan bahawa morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Pernyataan definisi khususKosa kata ialah mempertaut dari pernyataan ke definisi khusus.Buku : tatabahasa AsasPenulis : Ahmad Khair Mohd Nor

39Bahasa dapat melambangkan, bukan sahaja buah fikiran, malah perasaan dan keinginan manusia itu.Sebab-akibat. Bukan sahaja/malahGandingan bukan kerana dan malah yang mantap, logik dan berkesan.Laman artikel Dewan Bahasa dan Pustaka

40Terima kasih sebab buat aku menangis dalam hujan. Terima kasih sebab buat aku tak nampak macam orang yang kalah.Anafora Skema perulangan frasa yang menghasilkan kesa nada dan bunyi yang puitis, dan berirama.Novel : Isteri 19 TahunPenulis : cik gadis

RUJUKAN

Ahmad Khair Mohd Nor.2014.Tatabahasa Asas Edisi Kedua.Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn Bhd.Aliesha Kirana.2013.Love You Mr. Arrogant.Selangor: Penerbitan Karyaseni Sdn Bh.Amir Haji Hassan.2013.Memoir Hasrat Menyala.Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.Asma Umar Hasan Fadaq.1999.Mengungkap Makna&Hikmah.Jakarta: PT Lentera Bastitama.Asmah Haji Omar.1986.Bahasa dan Alama Pemikiran Melayu.Kuala Lumpr: Dewan Bahas dan PustakaAwang Sariyan.1996.Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia.Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan PustakaBerita Harian.2014 (Mac,14).CikGadis.2014.Isteriku 19 Tahun.Selangor: Penerbitan Karyaseni.Sdn.Bhd.Dr. Aidh bin Absullah Al-Qarni.2012.Jangan Bersedih: Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia.Selangor: Al-Hidayah PublicationMingguan Wanita.2014 (Oktober, 16).Prof. Dr. Hamka.2003.Lembaga Budi Perhiasan Insan Cemerlang.Selangor: Pustaka Dini Sdn Bhd.Zaba.2009.Mencapai Keluhuran Budi.Selangor: Dawama Sdn. Bhd13