bmm3110 ayat terbitan dan analisis ayat (boy)

24
2.0 KONSEP AYAT TERBITAN Penerbitan sesuatu ayat sebagai struktur permukaan itu berpunca daripada sesuatu ayat yang lain, kecuali ayat itu memang sama dengan ayat dasar. Ayat yang sedemikian wujud pada peringkat struktur dalaman atau struktur dasar, dan wujud dalam bentuk yang menyerupai pada peringkat struktur permukaan. Penerbitan sesuatu ayat dimaksudkan sebagai hasil daripada terlaksananya suatu proses gramatis, iaitu melibatkan perlaksaan rumus transformasi, yang befungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa. Proses penerbitan dilakukan melalui proses transformasi yang terjadinya pengguguran, penyusunan semula, atau perluasan kepada unsur- unsur struktur dalaman. 2.1 Proses Pengguguran Proses transformasi yang berlaku pada struktur ayat yang mengakibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan sesuatu ayat merupakan proses pengguguran ayat. Dalam bahasa melayu, terdapat tiga jenis pengguguran utama iaitu pengguguran frasa nama sebagai subjek, pengguguran frasa predikat, dan pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif. 2.1.1 Pengguguran Frasa Nama Sebagai Subjek. Pengguguran frasa nama sebagai subjek terdiri daripada dua jenis iaitu pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah, dan pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk.

Upload: mohamad-hairulamri

Post on 03-Apr-2018

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

7/28/2019 Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

http://slidepdf.com/reader/full/bmm3110-ayat-terbitan-dan-analisis-ayat-boy 1/24

2.0 KONSEP AYAT TERBITAN

Penerbitan sesuatu ayat sebagai struktur permukaan itu berpunca daripada sesuatu

ayat yang lain, kecuali ayat itu memang sama dengan ayat dasar. Ayat yang

sedemikian wujud pada peringkat struktur dalaman atau struktur dasar, dan wujud

dalam bentuk yang menyerupai pada peringkat struktur permukaan.

Penerbitan sesuatu ayat dimaksudkan sebagai hasil daripada terlaksananya

suatu proses gramatis, iaitu melibatkan perlaksaan rumus transformasi, yang

befungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur 

dalam ayat atau frasa. Proses penerbitan dilakukan melalui proses transformasi

yang terjadinya pengguguran, penyusunan semula, atau perluasan kepada unsur-

unsur struktur dalaman.

2.1 Proses Pengguguran

Proses transformasi yang berlaku pada struktur ayat yang mengakibatkan

pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan sesuatu ayat merupakan proses

pengguguran ayat. Dalam bahasa melayu, terdapat tiga jenis pengguguran utamaiaitu pengguguran frasa nama sebagai subjek, pengguguran frasa predikat, dan

pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif.

2.1.1 Pengguguran Frasa Nama Sebagai Subjek.

Pengguguran frasa nama sebagai subjek terdiri daripada dua jenis iaitu

pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah,

dan pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk.

Page 2: Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

7/28/2019 Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

http://slidepdf.com/reader/full/bmm3110-ayat-terbitan-dan-analisis-ayat-boy 2/24

(i) Pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat

perintah.

Dalam ayat suruhan, iaitu sejenis ayat perintah, kata ganti nama diri orang

kedua yang berfungsi sebagai subjek selalunya digugurkan. Lihat seperti

contoh dibawah:

1. Kamu keluar  – Keluar!

2. Awak semua pergi dari sini – Pergi dari sini!

3. Anda boleh masuk sekarang – Boleh masuk sekarang.

Proses pengguguran frasa nama boleh diterangkan secara rajahpohon dibawah.

Subjek + Prediket + Predikat

 A

S P

FN FK

KN KK

kamu keluar 

Kata ganti nama

orang kedua.

transformasi

pengguguran frasa

nama sebagai subjek.

Page 3: Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

7/28/2019 Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

http://slidepdf.com/reader/full/bmm3110-ayat-terbitan-dan-analisis-ayat-boy 3/24

 A

S P

FN FK

KN KK

keluar 

Frasa nama yang digugurkan terdiri daripada kata ganti nama diri

orang kedua, iaitu kamu, anda, engkau, tuan, dan awak.

(ii) Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk.

Jika terdapat beberapa frasa nama sebagai subjek yang serupa, yang diberi

tanda “i” dalam ayat-ayat yang bergabung menjadi ayat majmuk dibawah,

maka subjek frasa nama yang sama itu boleh digugurkan kecuali subjek frasa

nama yang diawal ayat majmuk tersebut. Sebagai contoh:

Dia sangat pandai + Dia   rajin belajar.

  Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar. 

  Dia   sangat pandai kerana rajin belajar. 

Dalam situasi ini, dia dalam ayat digugurkan oleh sebab dia dalam

kedua-dua ayat merujuk orang yang sama. Rajah pohon dibawah

menjelaskan lagi proses pengguguran itu terjadi.

Page 4: Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

7/28/2019 Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

http://slidepdf.com/reader/full/bmm3110-ayat-terbitan-dan-analisis-ayat-boy 4/24

A

 Aı KH A² 

S P S P

FN FA FN FA

dia    sangat pandai  kerana  dia    rajin belajar 

transformasi pengguguran

frasa nama sebagai subjek

yang serupa.

 A

 Aı KH A² 

S P S P

FN FA FN FA

dia    sangat pandai  kerana  rajin belajar 

Page 5: Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

7/28/2019 Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

http://slidepdf.com/reader/full/bmm3110-ayat-terbitan-dan-analisis-ayat-boy 5/24

 

2.1.2 Pengguguran Frasa Predikat

Seluruh bahagian frasa predikat boleh digugurkan sepertimana yang berikut:

(i) Pengguguran Seluruh Frasa Predikat.

Frasa adjektif terdiri daripada salah satu yang berikut:

(a) Frasa Kerja

(b) Frasa Nama

(c) Frasa Adjektif 

(d) Frasa Sendi Nama

Jika ada penggunaan frasa predikat yang serupa dalam ayat majmuk

gabungan, maka kesemua frasa predikat yang serupa kecuali yang terakhir 

boleh digugurkan. Contohnya dapat kita lihat di bawah.

(a) Frasa kerja yang serupa.

Ayat 1 = Adik Ali belajar di England.

Ayat 2 = Sepupunya belajar di England.

Ayat majmuk gabungan = Adik Ali belajar di England dan

sepupunya belajar di England.

Pengguguran = Adik Ali dan sepupunya belajar di England.

(b) Frasa nama yang serupa.

Ayat 1 = Bendera Malaysia lambang negara. 

Ayat 2 = Lagu kebangsaan lambang negara. 

Page 6: Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

7/28/2019 Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

http://slidepdf.com/reader/full/bmm3110-ayat-terbitan-dan-analisis-ayat-boy 6/24

Ayat majmuk gabungan = Bendera Malaysia lambang negara

dan lagu kebangsaan lambang negara. 

Pengguguran = Bendera Malaysia dan lagu kebangsaan

lambang negara.

(c) Frasa adjektif yang serupa.

Ayat 1 = Adik saya sangat rajin.

Ayat 2 = Adik Ali sangat rajin.

Ayat majmuk gabungan = Adik saya sangat rajin dan adik Ali

sangat rajin.

Pengguguran = Adik saya dan adik Ali sangat rajin.

(d) Frasa sendi nama yang serupa.

Ayat 1 = Dia masih di kampung. 

Ayat 2 = Isterinya masih di kampung. 

Ayat majmuk gabungan = Dia masih di kampung dan isterinya

masih di kampung. 

`Pengguguran = Dia dan isterinya masih di kampung.

Page 7: Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

7/28/2019 Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

http://slidepdf.com/reader/full/bmm3110-ayat-terbitan-dan-analisis-ayat-boy 7/24

(ii) Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat.

Beberapa bahagian frasa predikat boleh juga mengalami proses

pengguguran. Antaranya:

(a) oleh + FN dalam ayat pasif.

(b) Kata bantu yang serupa.

(c) FN sebagai objek yang serupa

(d) FN sebagai objek selepas kata kerja yang membawa makna

adjektif.

(a) Pengguguran oleh + FN dalam ayat pasif.

Dalam binaan ayat pasif, struktur oleh + FN yang mengikuti kata kerja

boleh digugurkan. Contohnya:

Ayat = Dia dipukul oleh bapanya.

Pengguguran = Dia dipukul.

(b) Pengguguran kata bantu yang serupa.

Kata-kata bantu yang sama hadir dalam predikat frasa kerja dan

predikat frasa adjektif boleh digugurkan sehingga tinggal satu sahaja,

iaitu yang pertama, dalam ayat-ayat yang digabungkan.

Ayat 1 = Dia boleh menyanyi.

Ayat 2 = Dia boleh menari.

Ayat majmuk = Dia boleh menyanyi dan dia boleh menari.

Pengguguran = Dia boleh menyanyi dan menari.

Page 8: Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

7/28/2019 Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

http://slidepdf.com/reader/full/bmm3110-ayat-terbitan-dan-analisis-ayat-boy 8/24

(c) Pengguguran frasa nama sebagai objek yang serupa.

 Apabila terdapat beberapa frasa nama sebagai objek yang serupa

dalam ayat yang digabungkan, objek itu digugurkan sehingga tinggal

satu sahaja, iaitu objek yang di belakang atau yang terakhir. Contoh

yang dapat kita lihat ialah:

Ayat 1 = Daud memukul penjahat itu.

Ayat 2 = Daud menumbuk penjahat itu.

Ayat majmuk = Daud memukul penjahat itu dan Daud

menumbuk penjahat itu.

Pengguguran = Daud memukul dan menumbuk penjahat itu.

(d) Pengguguran frasa nama sebagai frasa objek kata kerja yang

membawa makna adjektif.

Frasa nama sebagai objek boleh digugurkan dalam kedudukan

selepas kata kerja transitif yang membawa makna adjektif. Antara

kata-kata kerja yang dimaksudkan ialah:

mempesonakan menghairankan

menakjubkan menghampakan

menggembirakan memilukan

mendukacitakan mengghairahkan

Kesemua kata kerja diatas menggambarkan perasaan tertentu

yang boleh didahului oleh kata penguat seperti amat, sungguh, sangat,

dan sebagainya. Objek frasa nama ini boleh digugurkan sekiranya

terdiri daripada kata ganti nama orang pertama. Contohnya:

Ayat = Kejadian itu sungguh menakjubkan kami.

Pengguguran = Kejadian itu sungguh menakjubkan.

Page 9: Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

7/28/2019 Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

http://slidepdf.com/reader/full/bmm3110-ayat-terbitan-dan-analisis-ayat-boy 9/24

2.1.3 Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului Frasa Relatif.

 Apabila dua ayat digabungkan bersama, dengan satu ayat dipancangkan ke

dalam ayat yang satu lagi sebagai frasa relatif, frasa nama yang serupa

mendahului frasa relatif itu boleh digugurkan. Contohnya:

Ayat 1 = Orang tua itu bapa saya.

Ayat 2 = Orang tua itu memakai serban.

Ayat Majmuk = Orang tua yang memakai serban itu bapa saya.

Pengguguran = Yang memakai serban itu bapa saya.

Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif diatas berlaku

dalam kedudukan frasa nama sebagai subjek. Proses yang sama seperti itu

berlaku juga terhadap frasa nama yang mendahului frasa relatif dalam

kedudukannya sebagai objek. Contohnya:

Ayat 1 = Adiknya memilih beg itu.

Ayat 2 = Beg itu biru.

Ayat Majmuk = Adiknya memilih beg yang biru itu.

Pengguguran = Adiknya memilih yang biru itu.

2.1.4 Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi Sebagai Inti dalam Frasa

Nama.

Kata nama yang ada dalam binaan frasa nama, KNin ti + Penerang , boleh

digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian

penerangnya sahaja, yang munbkin bukan daripada kelas kata nama.

Contohnya, kegiatan bersenam berfungsi sebagai frasa nama yang

mengandungi kata nama kegiatan sebagai inti dalam frasa nama tersebut,

dan kata kerja bersenam sebagai penerang. Kata nama kegiatan dalam ayat

tersebut boleh digugurkan. Sebagai contoh:

Page 10: Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

7/28/2019 Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

http://slidepdf.com/reader/full/bmm3110-ayat-terbitan-dan-analisis-ayat-boy 10/24

Ayat 1 = Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan.

Pengguguran = Bersenam boleh menyihatkan badan.

2.2 Proses Penyusunan Semula

Proses penyusunan semula merupakan satu lagi proses penerbitan ayat dalam

bahasa Melayu. Proses penyusunan semula ini bermaksud bentuk perkataan dalam

ayat asal diubah susunannya. Selepas itu, diterbitkan semula dalam satu struktur 

ayat gramatis yang baharu. Proses penyusunan semula ini mengakibatkan

berlakunya perubahan atau pengguguran kata-kata tertentu, dan penggantian atau

penambahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan. Namun demikian, proses ini

tidak membawa perubahan makna ayat.

Terdapat tiga jenis proses penyusunan semula, iaitu:

a. Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek.

b. Penyusunan semula frasa nama sebagai objek.

c. Penyusunan semula melalui ayat songsang.

2.2.1 Penyusunan Semula Frasa Nama Sebagai Subjek.

Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek berlaku melalui proses

transformasi pasif. Sebagai contoh:

(a) Ali menendang bola itu.

(b) Bola itu ditendang oleh Ali.

 Ayat (a) ialah ayat aktif. Subjeknya “Ali” dan objeknya “bola”.

Sebaliknya ayat (b) ialah ayat yang telah dipasifkan, yang terjadinya frasa

nama “bola” itu berfungsi sebagai objek dalam ayat aktif dikedepankan untuk

menjadi subjek yang baharu kepada ayat pasif, sementara subjek asalnya

“Ali” dalam ayat (a) telah berpindah kepada kedudukan selepas kata kerja.

Imbuhan kata kerja juga berubah menjadi meN- digantikan dengan di- dankata sendi nama oleh mendahului frasa nama Ali.

Page 11: Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

7/28/2019 Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

http://slidepdf.com/reader/full/bmm3110-ayat-terbitan-dan-analisis-ayat-boy 11/24

2.2.2 Penyusunan Semula Frasa Nama Sebagai Objek.

Penyusunan semula frasa nama sebagai objek boleh terjadi pada ayat-ayat

yang mengandungi dua jenis objek, iaitu objek tepat dan objek sipi. Sebagai

contoh:

(a) Ali menghadiahi Ahmad sebuah buku.

Dalam ayat diatas, frasa nama yang berkedudukan secara langsung

selepas kata kerja dianggap sebagai objek tepat, manakala frasa nama yang

mengikuti objek tepat tersebut ialah objek sipi.

Ahmad – objek tepat.

Sebuah buku – objek sipi.

Namun ayat ini boleh disusun semula melalui proses transformasi.

Proses ini memindahkan kedudukan objek tepat dalam ayat asal ke bahagian

akhir dengan didahului kata sendi nama kepada, dan meletakkan frasa nama

objek sipi pada kedudukan selepas kata kerja untuk menjadikannya objek

tepat yang baharu. Kata kerja berubah juga bentuknya, iaitu dari imbuhan  –i  

pada kata kerja, jika ada, digantikan dengan imbuhan –

kan jika kata dasar kata kerja tersebut adalah kata kerja. Dibawah merupakan contoh ayat diatas

tadi yang sudah melalui proses penyusunan semula frasa nama sebagai

objek:

i. Ayat asal / ayat aktif:

 Ali menghadiahi Ahmad sebuah buku.

ii. Ayat Pasif  

 Ali menghadiahkan sebuah buku kepada Ahmad.

Penyusunan semula frasa

nama sebagai objek.

Page 12: Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

7/28/2019 Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

http://slidepdf.com/reader/full/bmm3110-ayat-terbitan-dan-analisis-ayat-boy 12/24

2.2.3 Penyusunan Semula Melalui Ayat Songsang.

Proses penyusunan semula berlaku juga dalam ayat songsang. Ayat yang

mengandungi keterangan tempat, keterangan masa, keterangan syarat,

keterangan musabab, dan seumpamanya boleh disongsangkan apabila

keterangan itu hendak ditekankan atau difokuskan. Sebagai contoh:

a) Orang tua itu pergi ke sungai.

b) Ke sungai orang tua itu pergi.

Keterangan tempat ke sungai ingin difokuskan dalam ayat diatas. Jadi,

berlakulah proses penyusunan semula. Keterangan dalam ayat tersebut di

hadapankan seperti yang terdapat dalam ayat diatas.

Begitu juga jika kata kerja ingin difokuskan, maka kata kerja dalam

ayat diatas dikedepankan. Sebagai contoh:

c) Pergi ke sungai orang tua itu.

2.3 Proses Peluasan

Satu lagi proses penerbitan ayat iaitu jenis yang menambahkan unsur-unsur dalam

ayat yang baharu, dan proses ini biasanya disebut peluasan ayat. Terdapat

beberapa jenis peluasan dalam bahasa Melayu, iaitu:

i. Peluasan frasa nama sebagai subjek.

ii. Peluasan frasa predikat.

iii. Peluasan dengan kata hubung.

iv. Peluasan melalui proses komplementasi.

2.3.1 Peluasan Frasa Nama Sebagai Subjek.

Frasa nama sebagai subjek boleh diluaskan melalui proses relativisasi, iaitu

proses perncangan ayat ke dalam satu ayat lain sebagai frasa relatif kepada

Page 13: Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

7/28/2019 Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

http://slidepdf.com/reader/full/bmm3110-ayat-terbitan-dan-analisis-ayat-boy 13/24

subjek ayat yang menerima pancangan. Frasa relatif terbentuk dengan

menggunakan kata relati yang . Contohnya: 

Ayat 1 = Budak itu adik saya.

Ayat 2 = Budak itu membaca buku.

Budak yang membaca buku itu adik saya.

Contoh lain:

Ayat 1 = Orang itu sudah pulih.

Ayat 2 = Orang itu sakit.

Orang yang sakit itu sudah pulih.

Harus diingat bahawa proses relativisasi hanya boleh berlaku apabila

kedua-dua subjek frasa nama itu serupa. Berikut merupakan contoh ayat

yang tidak mempunyai subjek frasa nama yang serupa tetapi melalui proses

relativisasi.

Ayat 1 = Lelaki itu sudah pulih.

Ayat 2 = Ibu itu sakit.

*Lelaki yang ibu itu sakit sudah pulih.

2.3.2 Peluasan Frasa Predikat.

Dalam peluasan yang melibatkan subjek, frasa nama yang hendak

direlativisasikan mestilah berfungsi sebagai subjek. Begitu juga keadaannya

bagi peluasan yang melibatkan frasa predikat. Frasa nama yang akan

mengalami relativisasi mestilah berfungsi sebagai subjek dalam ayat yang

akan dipancangkan. Contohnya:

Page 14: Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

7/28/2019 Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

http://slidepdf.com/reader/full/bmm3110-ayat-terbitan-dan-analisis-ayat-boy 14/24

 Ali mengusik budak itu. 

Budak itu cantik.

(relativisasi) Ali mengusik budak yang cantik itu.

Contoh lain:

Kami membeli rumah itu. 

Rumah itu besar.

(relativisasi) Kami membeli rumah yang besar itu.

Sebagaimana yang diperjelaskan, frasa nama dalam ayat yang

dipancangkan hendaklah berfungsi sebagai subjek kepada ayat pancangan

tersebut untuk memungkinkan proses relativisasi terlaksana. Perhatikan

contoh yang berikut:

Mereka menaiki kereta itu. 

 Ali membeli kereta itu.

(relativisasi) *Mereka menaiki kereta yang Ali membeli itu.

Hanya sesudah ayat yang kedua atau ayat yang akan dipancangkan

itu mengalami proses pasif, barulah pembentukan ayat relatif melalui

transformasi relativisasi menjadi gramatis, seperti contoh dibawah:

Mereka menaiki kereta itu. 

 Ali membeli kereta itu. 

(pasif) Kereta itu dibeli oleh Ali.

(relativisasi) Mereka menaiki kereta yang dibeli oleh Ali.

Page 15: Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

7/28/2019 Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

http://slidepdf.com/reader/full/bmm3110-ayat-terbitan-dan-analisis-ayat-boy 15/24

2.3.3 Peluasan dengan Kata Hubung.

Peluasan boleh juga berlaku melalui proses penggabungan ayat yang

melibatkan dua konstituen yang sama dengan menggunakan kata hubung

seperti dan, tetapi, kerana, jika, walaupun, dan sebagainya. Setiap kata

hubung ini boleh digunakan bagi menggabungkan dua ayat atau lebih untuk

menghasilkan ayat terbitan yang bersifat peluasan. Contohnya:

Ayat 1 = Ali berbasikal ke sekolah.

Ayat 2 = Osman berbasikal ke sekolah.

Ali dan Osman berbasikal ke sekolah.

Contoh lain:

Ayat 1 = Fatimah hendak pergi ke bandar.

Ayat 2 = Lucy tidak mahu ke bandar.

Fatimah mahu pergi ke bandar tetapi Lucy tidak mahu pergi.

2.3.4 Peluasan melalui Proses Komplementasi.

Peluasan boleh juga terjadi melalui proses komplementasi, iaitu proses yang

mengubah sesuatu ayat menjadi satu frasa nama, dan memancangkannya

pada suatu ayat yang lain sehingga menghasilkan peluasan kepada ayat

tersebut. Perhatikan ayat dibawah.

Dia melaporkan sesuatu.

 Ali sakit tenat.

Dia melaporkan bahawa Ali sakit tenat.

 Ayat “Ali sakit tenat” berubah fungsinya menjadi frasa nama dan

dipancangkan kepada binaan “Dia melaporkan sesuatu...”. Perkataan bahawa dimaksudkan sebagai tanda berlakunya proses komplementasi.

Page 16: Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

7/28/2019 Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

http://slidepdf.com/reader/full/bmm3110-ayat-terbitan-dan-analisis-ayat-boy 16/24

3.0 PENGANALISIAN JENIS FRASA DALAM AYAT.

Pada suatu hari Fatihah pergi ke pasar minggu. Dia hendak membeli buah-

buahan dan kuih-muih. Ketika dia berjalan, dia dilanggar oleh sebuah lori kecil.

Kaki kirinya patah. Doktor dan jururawat merawat Fatihah. Kakinya yang patah

itu disimen. Doktor memeriksa kesihatan Fatihah. Jururawat pula memberi

ubat kepada Fatihah supaya lekas sembuh.

3.1 Analisis ayat pertama.

Pada suatu hari Fatihah pergi ke pasar minggu.

Subjek Predikat

Pada suatu hari Fatihah pergi ke pasar minggu

a) Pada suatu hari Fatihah = Frasa

nama 

i. pada suatu hari =Keterangan

ii. pada = Kata sendi nama 

iii. suatu = Kata bilangan 

iv. hari = Kata nama 

b) Fatihah = Frasa nama 

a) pergi ke pasar minggu = Frasa

Kerja 

i. pergi = Kata kerja ii. ke = Kata sendi nama 

iii. pasar minggu = Kata

nama 

Frasa Nama + Frasa Kerja

Subjek bagi ayat ini ialah Fatihah. Fatihah merupakan kata nama dan menjadi

inti dalam frasa nama. Manakala predikat bagi ayat ini ialah “pergi ke pasar minggu

pada suatu hari”. Frasa sendi nama iaitu “pada suatu hari” telah mengalami proses

pendepanan iaitu dalam susunan ayat songsang.

Page 17: Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

7/28/2019 Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

http://slidepdf.com/reader/full/bmm3110-ayat-terbitan-dan-analisis-ayat-boy 17/24

3.2 Analisis ayat kedua.

Dia hendak membeli buah-buahan dan kuih-muih.

Subjek Predikat

Dia hendak membeli buah-buahan dan kuih-

muih.

a) Dia = Frasa nama a) hendak membeli = Frasa kerja 

i. hendak = Kata bantu

ragam 

ii. membeli = Kata kerja 

b) buah-buahan dan kuih-muih =

Frasa nama 

iii. buah-buahan = Kata nama 

iv. kuih-muih = Kata nama 

Frasa Nama + Frasa Kerja

Subjek bagi ayat ini ialah “dia” yang merupakan kata nama dan menjadi inti di

dalam frasa nama. Manakala predikatnya pula ialah “hendak membeli buah-buahan

dan kuih-muih” yang merupakan frasa kerja. Perkatan “membeli” yang hadir selepas

kata bantu ragam “hendak” merupakan kata kerja. 

Page 18: Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

7/28/2019 Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

http://slidepdf.com/reader/full/bmm3110-ayat-terbitan-dan-analisis-ayat-boy 18/24

3.3 Analisis ayat ketiga.

Ketika dia berjalan, dia dilanggar oleh sebuah lori kecil.

Subjek Predikat

Ketika dia berjalan, dia dilanggar oleh sebuah lori kecil.

a) ketika dia berjalan, dia = Frasa

nama 

i. ketika dia berjalan = 

Keterangan 

ii. ketika = Kata hubung

pancangan 

iii. dia = Kata nama 

iv. berjalan = Kata kerja 

b) dia = Kata nama 

a) dilanggar oleh sebuah lori kecil

= Frasa kerja

i. dilanggar = Kata kerja

ii. oleh = Kata sendi nama

iii. sebuah = Kata bilangan

iv. lori kecil = Kata nama 

Frasa Nama + Frasa Kerja

Subjek bagi ayat ini ialah “ketika dia berjalan, dia” yang merupakan frasa

nama bagi ayat ini. Inti dalam frasa nama ini ialah kata nama “dia”. Manakala

predikat bagi ayat ini pula ialah “dilanggar oleh sebuah lori kecil” yang merupakan

frasa kerja. Perkataan “dilanggar” merupakan kata kerja dan “lori kecil” merupakan

kata nama yang berperanan sebagai objek bagi kata kerja tersebut. Objek ini

berfungsi sebagai penerang kepada perkataan dilanggar.

Page 19: Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

7/28/2019 Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

http://slidepdf.com/reader/full/bmm3110-ayat-terbitan-dan-analisis-ayat-boy 19/24

3.4 Analisis ayat keempat.

Kaki kirinya patah.

Subjek Predikat

Kaki kirinya patah.

a) kaki kirinya = Frasa nama 

i. kaki = Kata nama 

ii. kirinya = Penerang adjektif  

a) patah = Frasa adjektif  

i. patah = Kata adjektif  

Frasa Nama + Frasa Adjektif 

Subjek bagi ayat keempat ini ialah “kaki kirinya” yang merupakan frasa nama  

dalam ayat tersebut. “kaki” merupakan kata nama dan menjadi inti dalam frasa nama

tersebut. Manakala predikatnya pula ialah “patah” yang merupakan frasa adjektif 

dalam ayat ini. Perkataan “patah” merupakan kata adjektif dalam frasa adjektif. 

Page 20: Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

7/28/2019 Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

http://slidepdf.com/reader/full/bmm3110-ayat-terbitan-dan-analisis-ayat-boy 20/24

3.5 Analisis ayat kelima.

Doktor dan jururawat merawat Fatihah.

Subjek Predikat

Doktor dan jururawat merawat Fatihah.

a) doktor dan jururawat = Frasa

nama

i. doktor = Kata nama 

ii. dan = Kata hubung 

iii. jururawat = Kata nama 

a) merawat Fatihah = Frasa kerja 

i. merawat = Kata kerja 

ii. Fatihah = Kata nama 

Frasa Nama + Frasa Kerja

Subjek bagi ayat ini ialah “doktor dan jururawat” yang merupakan frasa nama

dalam ayat ini. Terdapat dua inti bagi frasa nama ini iaitu doktor dan jururawat.

 Apabila dihubungkan dengan kata hubung „dan‟ maka terbentuklah frasa nama bagisubjek. Manakala predikat bagi ayat ini ialah “merawat Fatihah” yang merupakan

frasa kerja bagi ayat ini. Perkataan “merawat Fatihah” ini merupakan frasa kerja

transitif dengan objek dimana kata kerja disusuli dengan kata nama sebagai objek.

Page 21: Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

7/28/2019 Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

http://slidepdf.com/reader/full/bmm3110-ayat-terbitan-dan-analisis-ayat-boy 21/24

3.6 Analisis ayat keenam.

Kakinya yang patah itu disimen.

Subjek Predikat

Kakinya yang patah itu disimen

a) kakinya yang patah itu = Frasa

nama 

i. kaki = Kata nama 

ii. nya = Unsur keterangan 

iii. yang = Kata hubung relatif  

iv. patah = Kata adjektif  

v. itu = Penentu belakang 

a) disimen = Frasa kerja 

i. disimen = Kata kerja 

Frasa Nama + Frasa Kerja

Subjek bagi ayat ini ialah “kakinya yang patah itu” yang merupakan frasanama bagi ayat ini. Frasa nama “kaki” ialah kata nama dan mempunyai unsur 

keterangan iaitu kata pembenda “–nya”. Dalam bahagian subjek ini ada juga frasa

adjektif dimana boleh dilihat dalam ayat “yang patah itu”. Perkataan “yang”

merupakan kata hubung relatif bagi bersambung dengan kata adjektif “patah” dan

disusuli pula dengan penentu belakang “itu”. Melihat pula dalam bahagian predikat

dimana perkataan “disimen” merupakan frasa kerja.

Page 22: Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

7/28/2019 Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

http://slidepdf.com/reader/full/bmm3110-ayat-terbitan-dan-analisis-ayat-boy 22/24

3.7 Analisis ayat ketujuh.

Doktor memeriksa kesihatan Fatihah.

Subjek Predikat

Doktor memeriksa kesihatan Fatihah.

a) doktor = Frasa nama 

i. doktor = Kata nama 

a) memeriksa = Frasa kerja

i. memeriksa = Kata kerja

b) kesihatan Fatihah = Frasa nama

ii. kesihatan = Kata nama

(inti) 

iii. Fatihah = Kata nama

(penerang) 

Frasa Nama + Frasa Kerja

Subjek bagi ayat ini ialah “doktor” yang merupakan frasa nama bagi ayat ini.

Perkataan ini merupakan inti bagi frasa nama dalam bahagian subjek. Predikat bagi

ayat ini ialah “memeriksa kesihatan Fatihah” yang merupakan frasa kerja dimana

kata kerja “memeriksa” itu kata dasarnya daripada perkataan “periksa” dan disusuli

pula dengan kata nama “kesihatan Fatihah”. “kesihatan Fatihah” dipecahkan kepada

dua bahagian dimana “Fatihah” merupakan penerang kepada kata nama inti

“kesihatan” dalam bahagian predikat. 

Page 23: Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

7/28/2019 Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

http://slidepdf.com/reader/full/bmm3110-ayat-terbitan-dan-analisis-ayat-boy 23/24

3.8 Analisis ayat kelapan.

Jururawat pula memberi ubat kepada Fatihah supaya lekas sembuh.

Subjek Predikat

Jururawat pula memberi ubat kepada Fatihah supaya

lekas sembuh.

a) jururawat pula = Frasa nama 

i. jururawat = Kata nama

(inti) 

ii. pula = Penerang 

a) memberi ubat = Frasa kerja 

i. memberi = Kata kerja 

ii. ubat = Kata nama (objek) 

b) kepada Fatihah = Frasa sendi

nama

i. kepada = Kata sendi 

ii. Fatihah = Kata nama 

c) supaya lekas sembuh = Frasa

keterangan

Frasa Nama + Frasa Kerja

Subjek bagi ayat ini ialah “jururawat pula” yang merupakan frasa nama dalam

bahagian subjek ayat ini. Inti bagi frasa ini ialah “jururawat” manakala “pula”

merupakan penerang kepada inti tersebut. Predikatnya pula ialah “memberi ubat

kepada Fatihah supaya lekas sembuh” yang merupakan frasa kerja dalam

bahagian predikat ayat ini. Frasa utama bagi predikat ini ialah frasa kerja. Frasa

kerja ini pula terbahagi kepada dua iaitu frasa kerja dan frasa sendi nama. Frasa

kerjanya ialah “memberi ubat” dan frasa sendi nama ialah “kepada Fatihah

supaya lekas sembuh”. Perkataan “memberi” merupakan kata kerja dan menjadi

inti bagi frasa kerja dan “ubat” ialah kata nama yang berfungsi sebagai objek

kerana frasa ini merupakan frasa kerja dengan objek. Bagi frasa kedua, “ kepada”

Page 24: Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

7/28/2019 Bmm3110 Ayat Terbitan Dan Analisis Ayat (Boy)

http://slidepdf.com/reader/full/bmm3110-ayat-terbitan-dan-analisis-ayat-boy 24/24

ialah kata sendi nama manakala “supaya lekas sembuh” merupakan frasa

keterangan sahaja dimana ia boleh hadir ataupun tidak, ia tidak menggangu

makna yang ingin disampaikan.