analisa penerbitan ilmiah malaysia dalam bidang pengajian

12
Regional Islamic Libraries Seminar 2016 (RELieS) |2016 1 ANALISA PENERBITAN ILMIAH MALAYSIA DALAM BIDANG PENGAJIAN ISLAM YANG DIINDEKS DI SCOPUS DARI TAHUN 2010 2015 *Noraziah Sharuddin¹, Md. Razib Karno², Yahya Buntat³ ¹ Timbalan Ketua Pustakawan Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia Tel: 07-553 0104 emel: [email protected] ² Pustakawan Kanan Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia ³ Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia ABSTRAK Satu kajian bibliometrik bagi menganalisa penulisan oleh ilmuan Malaysia dalam bidang pengajian Islam yang diindeks di pangkalan data Scopus telah dijalankan. Objektif kajian ini adalah bagi mengenalpasti corak dan prestasi penerbitan tersebut untuk jangkamasa 6 tahun iaitu diantara tahun 2010 hingga 2015. Analisa data telah dibuat berdasarkan maklumat yang diperolehi dari pangkalan data Scopus menggunakan afiliasi Malaysia. Dengan merujuk kepada Library of Congress Subjects Headings sebagai panduan, berbagai katakunci dalam skop pengajian Islam seperti Islam, Islamic, sharia, Sariah, Al Quran, Da’wah, dakwah, Muslim, Moslem, Sunnah, hadith, sanad, zakat, solat, halal, Allah, the prophet Muhammad, Sufism, zikr dan lain-lain lagi telah dikenalpasti dan digunakan sebagai katakunci pencarian di Scopus. Analisis data secara tabulasi silang (cross-tabulations) dan korelasi (correlations) serta kiraan matriks (matrix calculation) telah dijalankan dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dan Clementine 12.0. Hasil analisa mendapati untuk tempuh kajian tersebut, sejumlah 617 penerbitan oleh ilmuan Islam dari Malaysia dengan berbagai format dokumen seperti artikel, ulasan, prosiding dan kertaskerja persidangan telah dihasilkan. Jumlah ini menyumbang anggaran 5% dari keseluruhan 12,048 penerbitan dari berbagai kategori dalam bidang sains sosial yang dihasilkan untuk jangkamasa 6 tahun tersebut. Analisa ini juga menunjukkan 75% penerbitan ilmiah dalam bidang Islam dihasilkan di pelbagai judul jurnal, 10% di kertaskerja persidangan, 7% di bab dalam buku dan 6% dalam format monograf. Hasil dari kajian ini boleh dijadikan panduan mengenai corak penerbitan dalam bidang tersebut serta diharap dapat merangsang minat untuk meningkatkan penulisan dalam bidang tersebut agar standing dengan penerbitan dalam bidang lain diperingkat global. Dalam masa yang sama, kajian menggunakan kaedah bibliometrik seumpama ini boleh dijalankan oleh pustakawan dalam mempelbagaikan peranan mereka yang sekaligus dapat menyokong aktiviti penyelidikan di universiti. Katakunci: penebitan ilmiah, ilmuan Islam, pengajian Islam, penyelidikan, bibiliometrik

Upload: lythien

Post on 12-Jan-2017

251 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Analisa Penerbitan Ilmiah Malaysia dalam Bidang Pengajian

Regional Islamic Libraries Seminar 2016 (RELieS) |2016

1

ANALISA PENERBITAN ILMIAH MALAYSIA DALAM BIDANG PENGAJIAN

ISLAM YANG DIINDEKS DI SCOPUS DARI TAHUN 2010 – 2015

*Noraziah Sharuddin¹, Md. Razib Karno², Yahya Buntat³

¹ Timbalan Ketua Pustakawan

Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia

Tel: 07-553 0104

emel: [email protected]

² Pustakawan Kanan

Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia

³ Pensyarah Kanan

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

ABSTRAK

Satu kajian bibliometrik bagi menganalisa penulisan oleh ilmuan Malaysia dalam bidang

pengajian Islam yang diindeks di pangkalan data Scopus telah dijalankan. Objektif kajian ini

adalah bagi mengenalpasti corak dan prestasi penerbitan tersebut untuk jangkamasa 6 tahun iaitu

diantara tahun 2010 hingga 2015. Analisa data telah dibuat berdasarkan maklumat yang

diperolehi dari pangkalan data Scopus menggunakan afiliasi Malaysia. Dengan merujuk kepada

Library of Congress Subjects Headings sebagai panduan, berbagai katakunci dalam skop

pengajian Islam seperti Islam, Islamic, sharia, Sariah, Al Quran, Da’wah, dakwah, Muslim,

Moslem, Sunnah, hadith, sanad, zakat, solat, halal, Allah, the prophet Muhammad, Sufism, zikr

dan lain-lain lagi telah dikenalpasti dan digunakan sebagai katakunci pencarian di Scopus.

Analisis data secara tabulasi silang (cross-tabulations) dan korelasi (correlations) serta kiraan

matriks (matrix calculation) telah dijalankan dengan menggunakan Statistical Package for

Social Sciences (SPSS) dan Clementine 12.0. Hasil analisa mendapati untuk tempuh kajian

tersebut, sejumlah 617 penerbitan oleh ilmuan Islam dari Malaysia dengan berbagai format

dokumen seperti artikel, ulasan, prosiding dan kertaskerja persidangan telah dihasilkan. Jumlah

ini menyumbang anggaran 5% dari keseluruhan 12,048 penerbitan dari berbagai kategori dalam

bidang sains sosial yang dihasilkan untuk jangkamasa 6 tahun tersebut. Analisa ini juga

menunjukkan 75% penerbitan ilmiah dalam bidang Islam dihasilkan di pelbagai judul jurnal,

10% di kertaskerja persidangan, 7% di bab dalam buku dan 6% dalam format monograf. Hasil

dari kajian ini boleh dijadikan panduan mengenai corak penerbitan dalam bidang tersebut serta

diharap dapat merangsang minat untuk meningkatkan penulisan dalam bidang tersebut agar

standing dengan penerbitan dalam bidang lain diperingkat global. Dalam masa yang sama,

kajian menggunakan kaedah bibliometrik seumpama ini boleh dijalankan oleh pustakawan dalam

mempelbagaikan peranan mereka yang sekaligus dapat menyokong aktiviti penyelidikan di

universiti.

Katakunci: penebitan ilmiah, ilmuan Islam, pengajian Islam, penyelidikan, bibiliometrik

Page 2: Analisa Penerbitan Ilmiah Malaysia dalam Bidang Pengajian

Regional Islamic Libraries Seminar 2016 (RELieS) |2016

2

PENGENALAN

Pengajian Islam sentiasa diberi penekanan dalam sistem pendidikan di Malaysia dan telah

bermula dari peringkat rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Di peringkat pengajian

tinggi, pengajian Islam merentas pelbagai disiplin sains yang lain, termasuk antropologi,

sosiologi, sains politik dan ekonomi (Kamaruzzaman, Patrick Jory, 2011). Bidang pengajian

yang ditawarkan dalam skop pengajian Islam seperti pengajian tafsir, hadis, pemikiran Islam

pengajian akidah dan lain-lain lagi telah diperluaskan skopnya dengan mengambil kira

perubahan dan keperluan masyarakat di era globalisasi masakini. (Mazlan, et al., 2013).

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang menawarkan program pengajian Islam dalam

kurikulumnya telah memainkan peranan yang penting dalam perkembangan pengajian Islam di

Malaysia dengan melahirkan ramai pelajar dan graduan dalam bidang tersebut. Perkembangan

pengajian Islam di Malaysia banyak disumbangkan juga oleh peranan ilmuan dalam bidang

pengajian Islam yang turut mengangkat martabat bidang ini untuk setaraf ilmu pengetahuan

dalam bidang lain seperti kejuruteraan dan perubatan baik di negara ini mahupun diperingkat

global melalui berbagai kaedah terutamanya melalui output penyelidikan iaitu penerbitan.

Penerbitan ilmiah sebagai output penyelidikan pula kini menjadi antara fokus utama oleh ahli

akademik di negara ini. Keadaan ini turut mempengaruhi corak penerbitan ilmiah terutamanya

di IPTA yang berstatus penyelidikan kerana ia antara elemen yang diguna untuk mengukur

output penyelidikan. Penulisan dan penerbitan ilmiah dalam bidang Islam juga dilihat mampu

menjadi satu medium penyampaian ilmu pengetahuan yang berkesan bagi mengenengahkan

pelbagai hasil kajian ilmiah mengenai Islam yang telah dijalankan. Ia juga mampu mengubah

persepsi negative dan prejudis dari sesetengah pihak yang timbul hasil dari rujukan dan

pembacaan hasil penulisan dari sumber yang mungkin boleh dipertikaikan.

Persekitaran dunia penerbitan ilmiah di negara ini malahan di seluruh dunia kini banyak

dipengaruhi oleh penerimaan penerbitan ilmiah dalam pangkalan data ternama dunia seperti

Scopus dan Web of Science. Ia kini menjadi petunjuk prestasi penerimaan sesuatu penerbitan di

peringkat global dengan memenuhi kriteria yang ditetapkan. Selaras dengan persekitaran

tersebut, kajian ini akan memberi fokus penerbitan tempatan dalam bidang pengajian Islam yang

diindeks di pangkalan data Scopus sahaja.

Setakat Januari 2016, Scopus telah mengindeks lebih dari 21,500 judul, lebih dari 21,500 peer-

reviewed journals (termasuk 4,200 judul jurnal sumber terbuka), lebih dari 530 siri buku, lebih

dari 7.2 juta kertaskerja persidangan dari lebih 83,000 program diseluruh dunia dan berbagai

kategori penerbitan yang lain. Scopus mengkelaskan bidang perkaranya meliputi 4 bidang utama

iaitu Health Sciences (32%), Physical sciences (29%), Social Sciences (24%), dan Life Sciences

(15%). Jika dilihat dari pecahan tersebut, hanya sejumlah 29% penerbitannya meliputi penerbitan

dalam bidang Sains Social. Ia juga turut menyediakan kemudahan membuat penilaian dari segi

Page 3: Analisa Penerbitan Ilmiah Malaysia dalam Bidang Pengajian

Regional Islamic Libraries Seminar 2016 (RELieS) |2016

3

jumlah sitasi serta impak yang diterima sesuatu jurnal yang dapat menunjukkan impak serta

keluasan skop dan rujukan oleh penerbitan yang lain.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dijalankan adalah :

a. Untuk melihat perkembangan hasil penulisan ahli akademik Malaysia dalam bidang

pengajian Islam untuk jangkamasa tahun 2010-2015.

b. Untuk melihat corak penerbitan dalam bidang pengajian Islam dari aspek format dan

kekerapan.

c. Untuk mengenalpasti prestasi IPT dalam menghasilkan penerbitan dalam bidang tersebut.

KAJIAN LITERATUR

Penulisan ilmiah dan artikel jurnal diterima sebagai satu media yang efektif dalam menyebarkan

ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang pengkhususan. Penulisan oleh ilmuan Islam yang

menulis dari berbagai perspektif seperti falsafah, konsep atau aplikasi menunjukkan peningkatan

kewujudan penulis yang menyampaikan penerbitan dari perspektif Islam. Adanya penerbitan

ini dilihat satu usaha untuk mengetengahkan pandangan dari sudut Islam yang boleh

memperbaiki salah faham atau salah tafsir terhadap Islam (Zainul Ibrahim Zainuddin, 2015).

Peranan ilmuan Islam juga dilihat sangat penting dalam meletakkan diri mereka sebaris dengan

ilmuan dalam bidang lain sepertimana dicadangkan oleh Mehmet (1994) bahawa khalifah

moden perlu memenuhi keperluan rohani ummah melalui aktiviti intelektual termasuk diskusi

ilmiah dan penerbitan. Beliau mencadangkan ilmuan Islam dari Malaysia (selain Turki) untuk

menerajui usaha ini atas pertimbangan bahawa negara ini mengamalkan Islam dalam pendekatan

yang sederhana. Peranan Pusat dan fakulti berkait pengajian Islam juga penting dimana perlunya

ada misi untuk memartabat dan mensejagatkan ilmu-ilmu keIslaman diperingkat kebangsaan

dan di persada antarabangsa (Ainul Mardiah, 2014).

Pengkajian dalam bidang penerbitan membuktikan bahawa pihak barat telah terkehadapan dalam

menjadikan penerbitan sebagai medium berkongsi ilmu pengetahuan. Model akademik yang

menekankan kepentingan menggalakkan usaha-usaha penyelidikan dan kemajuan saintifik

diterimapakai oleh kebanyakkan negara di dunia termasuk Amerika Syarikat, Jepun, China, India

dan juga negara membangun seperti Malaysia (Altbach, 2004). Salah satu usul yang baik adalah

perlunya universiti terlibat sama dalam mencipta ilmu pengetahuan baru dan berkongsi

menyalurkan kepada umum (Altbach, 1998). Universiti-universiti di barat telah lama menjadi

pusat jaringan ilmu pengetahuan melalui perantara jurnal dan penerbitan saintifik yang bukan

saja menjadikan universiti sebagai pusat penyebaran ilmu tetapi juga bertindak sebagai

penghubung antara ahli akademik yang sentiasa terkehadapan dalam kemajuan ilmu

pengetahuan dengan pelajarnya.

Page 4: Analisa Penerbitan Ilmiah Malaysia dalam Bidang Pengajian

Regional Islamic Libraries Seminar 2016 (RELieS) |2016

4

Kepentingan bagi pembangunan dan perkongsian ilmu pengetahuan telah meletakkan penerbitan

ilmiah sebagai salah satu petunjuk prestasi yang sangat penting bagi universiti diperingkat

global. Kepentingan mencipta dan menyalurkan ilmu pengetahuan telah meletakkan penerbitan

ilmiah sebagai petunjuk prestasi paling biasa dalam memberi penarafan bagi universiti secara

global. Penerbitan ilmiah juga telah digunakan dalam mengukur produktiviti penyelidikan di

universiti awam dan swasta di Amerika Syarikat (Ina Suryani, 2013).

Di Malaysia, penerbitan juga telah menjadi petunjuk prestasi penting bagi ahli akademik.

Penerbitan merupakan petunjuk produktiviti penyelidikan yang digunakan untuk memberi

penarafan kepada fakulti dan institusi akademik, produktiviti pengarang atau produktiviti

kumpulan penyelidik. Keupayaan penerbitan untuk diterima dan diindeks oleh Scopus dan

jurnal ISI juga diambil kira oleh Kementerian Tinggi Malaysia (KPT) sebagai sasaran dan

mengukur prestasi Universiti. (Abu Bakar, 2010). Bagi menggalakkkan usaha penerbitan ini,

banyak universiti di Malaysia juga memberikan motivasi melalui ganjaran berupa ‘seed money’

atau geran penyelidikan yang ditetapkan oleh university sendiri (Norhazwani, Zainab, 2007).

Penggunaan kaedah Bibliometrics atau kadangkalanya dirujuk juga sebagai Scientometrics

adalah analisis statistik data bibliografi, biasanya memberi tumpuan kepada analisis petikan hasil

penyelidikan dan penerbitan, iaitu berapa kali hasil penyelidikan dan penerbitan yang dipetik.

Analisis bibliometrik menjadi satu cara yang semakin penting untuk mengukur dan menilai

kesan penyelidikan individu, kumpulan individu atau institusi.

Scopus sebagai pangkalan untuk dianalisis adalah berdasarkan liputannya yang lebih meluas

samada pada peringkat nasional, serantau dan antarabangsa. Scopus secara tidak langsung telah

rnenyelesaikan isu berkaitan liputan penerbitan yang terhad kepada jurnal berbahasa lnggeris dan

diterbitkan oleh negara barat sebagaimana yang dilaksanakan oleh Web of Science. Pangkalan

data ini juga meliputi lebih banyak jurnal yang diterbitkan di negara Asia seperti China dan

Jepun. Irnplikasinya, Scopus berupaya menghasilkan lebih banyak data sitasi penerbitan bagi

negara- negara Tirnur yang turut rnernberi surnbangan besar terhadap perkernbangan dunia

sains. (Mazmin, 2010)

METODOLOGI PENYELIDIKAN

Dalam kajian ini, data penerbitan Sains Sosial bagi tahun 2010-2015 diperolehi daripada

pangkalan data Scopus (http://www.scopus.com) yang diterbitkan oleh Elsevier. Pemilihan

berdasarkan pangkalan data ini telah dikenali dan diiktiraf di peringkat antarabangsa serta

digunakan dalam penarafan universiti di dunia dan audit Universiti Penyelidikan di Malaysia.

Elsevier juga menerbitkan dan membekalkan maklumat melalui pangkalan data Science direct,

Scopus, Elsevier Research Intelligence dan juga SciVal.com yang memudahkan untuk melihat

perkembangan penyelidikan bagi 7,500 institusi penyelidikan yang meliputi 220 negara diserata

dunia.

Page 5: Analisa Penerbitan Ilmiah Malaysia dalam Bidang Pengajian

Regional Islamic Libraries Seminar 2016 (RELieS) |2016

5

Makalah penerbitan Islam terindeks di dalam kajian ini bermaksud rekod penerbitan dalam

bidang skop pengajian Islam yang diindeks oleh Scopus bagi tempoh 6 tahun tersebut. Bagi

mengesan penerbitan Sains Sosial yang dihasilkan oleh pengarang dari Malaysia, kaedah

pencarian menggunakan pangkalan data SciVal berdasarkan afiliasi Malaysia di bawah menu

benchmarking serta skop jangkamasa mengikut tahun dari 2010-2015 telah digunakan

(Gambarajah 1).

Gambarajah 1: Kaedah pencarian Benchmarking di SciVal afiliasi penulis Malaysia dan

pengecilan jangkamasa tahun 2010-2015

Pengkelasan mengikut bidang kemudiannya dibuat kepada hanya penerbitan dalam bidang Sains

Sosial sahaja sebagaimana di gambarajah 2 di bawah. Sebanyak lebih dari 12 ribu penerbitan

Sains Sosial dibersihkan dengan melihat kepada indeks perkataan daripada senarai tajuk yang di

ekstrak tersebut. Tajuk-tajuk berkaitan Islam diperolehi daripada senarai Library of Congress

Subject Headings (LCSH) yang dikirakan sesuai iaitu sebagaimana berikut : Islam, Islamic,

sharia, Sariah, religion, Al Quran, Da’wah, dakwah, Muslim, Moslem, Sunnah, hadith, sanad,

zakat, solat, halal, Allah, the prophet Muhammad, Sufism, zikr dan seterusnya.

Gambarajah 2: Pecahan bidang perkara dalam bidang sains social 2010-2015

Page 6: Analisa Penerbitan Ilmiah Malaysia dalam Bidang Pengajian

Regional Islamic Libraries Seminar 2016 (RELieS) |2016

6

Rekod bidang perkara keseluruhannya dari 2010 hingga 2015 adalah sebanyak 133,947

penerbitan dengan 5.1% (12,048) penerbitan adalah di bawah bidang perkara sains social.

Seterusnya jumlah penerbitan Islam yang berjaya disisih dan dibersihkan adalah sebanyak 617

penerbitan. Dari aspek kategori penerbitan, didapati artikel (460), artikel dalam penerbitan (8),

buku (7), bab dalam buku (45), kertas persidangan (60), erratum (1), nota (1), ulasan (35).

Seterusnya setiap rekod yang dipilih akan disemak mengikut jenis institusi, kekerapan

penerbitan, sitasi, penerbit utama, pengarang utama, pemberat impak sitasi dan lain-lain. Data ini

kemudiannya dianalisis dengan menggunakan perisian aplikasi SPSS dan SPSS Clementine.

ANALISIS DATA

Sebanyak 12,048 rekod penerbitan Sains Sosial dalam Scopus telah dipilih sebagai sampel untuk

dianalisa. Taburan data terperinci adalah seperti di gambarajah 3. Secara keseluruhan semenjak

tahun 2010, perkembangan penerbitan dalam bidang Sains Sosial meningkat sebanyak 31.4%.

Bagaimanapun purata sitasi bagi penerbitan tersebut hanyalah 1.4% sahaja dengan pemberat

kepada sitasi yang dirujuk dan dilihat oleh penyelidik dunia sebanyak 0.73 sahaja. Terdapat

peningkatan jumlah pengarang dalam bidang ini iaitu pertambahan peratusan sebanyak 38.2%

sepanjang tempoh 6 tahun.

Subject Overall 2010 2011 2012 2013 2014 2015

Publications 12048 1636 1722 1771 2149 2258 2512

Publications (growth %) 31.4%

Outputs in Top Percentiles (top

10%) 2.1% 1.6% 1.3% 2.3% 1.5% 2.3% 3.2%

Publications in Top Journal

Percentiles (top 10% by SNIP) 6.8% 4.4% 4.0% 10.% 6.2% 7.4% 6.5%

Citations 16350 4633 3636 3435 2595 1622 429

Citations per Publication 1.4 2.8 2.1 1.9 1.2 0.7 0.2

Field-Weighted Citation Impact 0.73 0.75 0.73 0.81 0.69 0.76 0.65

Views 270709 43272 43893 47005 54775 45795 35969

Views per Publication 22.5 26.4 25.5 26.5 25.5 20.3 14.3

Field-Weighted View Impact 2.15 1.94 2.23 2.21 2.26 2.22 2.04

Authors 16352 3016 3236 3257 4028 4168 4851

Authors (growth %) 38.2%

International Collaboration (%) 21.5% 16.4% 17.9% 19.9% 20.3% 26.4% 25.0%

Academic-Corporate

Collaboration (%) 0.2% 0.1% 0.2% 0.3% 0.1% 0.1% 0.3%

Gambarajah 3: Bilangan penerbitan Sains sosial dan prestasi perkembangan keseluruhan

Page 7: Analisa Penerbitan Ilmiah Malaysia dalam Bidang Pengajian

Regional Islamic Libraries Seminar 2016 (RELieS) |2016

7

Analisis terperinci kepada pecahan data Sains Sosial yang diindeks di Scopus mendapati 7,498

penerbitan adalah dalam bidang sains sosial tulen, 4,556 penerbitan dalam bidang bisnes dan

pengurusan, seni dan kemanusiaan (3471), ekonomi (3050), psikologi (815), decision science

(721) dan matematik (179) dengan jumlah keseluruhan sebanyak 12,048 penerbitan terindeks dan

disenaraikan sebagaimana gambarajah 4 di bawah.

Gambarajah 4: Pecahan penerbitan Sains Sosial mengikut bidang perkara

dari tahun 2010-2015

Nisbah pecahan data penerbitan dalam bidang perkara Islam dari penerbitan Sains Sosial hasil

penulisan Malaysia yang diindeks di Scopus berjumlah 617 penerbitan iaitu kira-kira 5% sahaja

dari bidang perkara Sains Sosial secara keseluruhan. Secara nisbah ianya berjumlah 0.5% dari

keseluruhan penerbitan Malaysia bagi tempoh tersebut. (Gambarajah 5)

Gambarajah 5: Pecahan penerbitan Islam dalam penerbitan Sains Sosial sepanjang 2010 - 2015

Social Sciences, 7498, 37%

Business, Management and Accounting, 4556,

22%

Arts and Humanities, 3471, 17%

Economics, Econometrics and

Finance, 3050, 15%

Psychology, 815, 4%Decision

Sciences, 721, 4%Mathematics, 179,

1%

Social Sciences Subject Areas 2010-2015

Social Sciences , 12408

Islamic Publications, 617

Social Sciences

Islamic Publications

0 2000 4000 6000 8000 10000 12000 14000

Islamic Publications 2010-2015

Series1

Page 8: Analisa Penerbitan Ilmiah Malaysia dalam Bidang Pengajian

Regional Islamic Libraries Seminar 2016 (RELieS) |2016

8

Penerbitan ini kemudiannya dipecahkan lagi mengikut institusi bagi melihat prestasi institusi

dalam bidang perkara berkenaan. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendahului jumlah

penerbitan iaitu 123 (22%) berbanding Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dengan 117

penerbitan (21%). Ini diikuti oleh Universiti Malaya berjumlah 48 (8%), UiTM, 29 penerbitan

(5%), USIM, 20 penerbitan (4%), UPM, 19 penerbitan (3%), USM 17 penerbitan (3%), UTM 13

penerbitan (2%) dan lain-lain Institusi berjumlah 231 (Gambarajah 6).

Gambarajah 6: Penerbitan bidang perkara Islam mengikut Institusi di Malaysia

bagi jangkamasa 2010 - 2015

Peningkatan ketara dalam penerbitan oleh institusi ini dapat dilihat daripada gambarajah 7 di

bawah dimana peningkatan sebanyak 18% hingga 20% setiap tahun hingga 2014. Bagaimanapun

berlaku penurunan sebanyak 10% pada tahun 2015 iaitu dari 177 penerbitan kepada 141

penerbitan. Purata nisbah penerbitan dalam bidang perkara Islam adalah hanya 102 penerbitan

bagi tempoh 6 tahun tersebut.

Universiti Kebangsaan Malaysia, 123, 22%

International Islamic University Malaysia, 117,

21%

University of Malaya, 48, 8%

Universiti Teknologi MARA, 29, 5%

Universiti Sains Islam Malaysia, 20, 4%

Universiti Putra Malaysia, 19, 3%

Universiti Sains Malaysia, 17, 3%

Universiti Teknologi Malaysia, 13, 2%

Islamic Publication by Affiliation

Page 9: Analisa Penerbitan Ilmiah Malaysia dalam Bidang Pengajian

Regional Islamic Libraries Seminar 2016 (RELieS) |2016

9

Gambarajah 7: Prestasi penerbitan bidang perkara Islam mengikut dari tahun 2010 - 2015

Adalah menarik untuk mengenalpasti judul jurnal popular dimana penerbitan dalam bidang

pengajian Islam ini diterbitkan. Didapati jurnal paling kerap menerbitkan penulisan dalam

bidang ini adalah jurnal Asian Social Science sebanyak 72 penerbitan mewakili 11.6% dari

keseluruhan penerbitan Islam diikuti oleh Global Journal Al-Thaqafah dengan 51 penerbitan

(8.2%), Jurnal social sciences (Pakistan) dengan 40 penerbitan (6.4%), Mediterranean Journal of

Social Sciences (5.6%), Pertanika Journal of Social Science and Humanities (4.2%) dan lain-lain

sebagaimana di tunjukkan di gambarajah 8.

37

54

96

117

177

141

0

20

40

60

80

100

120

140

160

180

200

2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016

Islamic PubLICATION By Year 2010-2015

72

51

4035

26

0

10

20

30

40

50

60

70

80

Asi

an S

oci

al S

cien

ce

Glo

bal

Jo

urn

al A

l-Th

aqaf

ah

Soci

al S

cien

ces

(Pak

ista

n)

Med

iter

ran

ean

Jo

urn

al o

f So

cial

Pe

rtan

ika

Jou

rnal

of

Soci

al…

Inte

llect

ual

Dis

cou

rse

Ad

van

ced

Sci

en

ce L

ette

rs

20

14 t

he

5th

Inte

rnat

ion

al…

20

13 5

th In

tern

atio

nal

Ara

b L

aw Q

uar

terl

y

Euro

pea

n J

ou

rnal

of

Soci

al…

Jou

rnal

of

Eco

no

mic

Pro

ced

ia -

So

cial

an

d B

ehav

iora

l…

Isla

mic

Ban

kin

g an

d F

inan

cial

Ris

k an

d R

egu

lati

on

of

Isla

mic

Cu

ltu

ra. I

nte

rnat

ion

al J

ou

rnal

Isla

mic

Qu

arte

rly

Soci

al S

cien

ces

Han

db

oo

k o

n Is

lam

an

d…

Mu

ltic

ult

ura

l Ed

uca

tio

n a

nd

Turk

ish

On

line

Jo

urn

al o

f…

Isla

m a

nd

Ch

rist

ian

-Mu

slim

Kaj

ian

Mal

aysi

a

Euro

pea

n J

ou

rnal

of

Law

an

d…

Glo

bal

Ju

rist

Ham

dar

d Is

lam

icu

s

Inte

rnat

ion

al E

du

cati

on

Stu

die

s

Inte

rnat

ion

al J

ou

rnal

of…

Lib

rary

Ph

iloso

ph

y an

d P

ract

ice

Rec

ent

Tren

ds

in S

oci

al a

nd

The

Mu

slim

Wo

rld

in t

he

21

st…

Theo

ry a

nd

Pra

ctic

e in

GEM

A O

nlin

e Jo

urn

al o

f…

Ind

on

esia

an

d t

he

Mal

ay W

orl

d

Inte

rnat

ion

al J

ou

rnal

of

Ap

plie

d…

Jou

rnal

of

Bu

sin

ess

Eth

ics

Jou

rnal

of

Mu

slim

Min

ori

ty…

Jurn

al K

om

un

ikas

i: M

alay

sian

Kem

anu

siaa

n

Pe

rtan

ika

Jou

rnal

of

Soci

al…

Rel

igio

us

Edu

cati

on

Scie

nce

an

d E

ngi

nee

rin

g Et

hic

s

Turk

ish

On

line

Jo

urn

al o

f…

Islamic publication Top Journal 2010-2015

Page 10: Analisa Penerbitan Ilmiah Malaysia dalam Bidang Pengajian

Regional Islamic Libraries Seminar 2016 (RELieS) |2016

10

Gambarajah 8: Jurnal popular dalam penerbitan Islam 2010-2015

Dari segi format penerbitan yang telah diterbitkan dan diindeks di Scopus, artikel mendahului

dengan begitu ketara sekali iaitu sebanyak 460 penerbitan (75%). Kertas persidangan menjadi

penerbitan kedua tertinggi dengan jumlah 60 penerbitan (10%) diikuti oleh penerbitan Islam

dalam format penulisan bab (45), ulasan (35), buku (8), erratum dan nota (Gambarajah 9).

Gambarajah 9: Penerbitan mengikut format bagi tahun 2010-2015

RUMUSAN

Hasil kajian menunjukkan penerbitan dalam bidang pengajian Islam di Malaysia hanya

menyumbang 0.5% iaitu kira-kira 617 penerbitan dari keseluruhan kira-kira 137,000 penerbitan

di Malaysia bagi tempoh 6 tahun. UKM dan UIA mendahului penerbitan Islam dengan 22% dan

21% dari jumlah 617 keseluruhan penerbitan Islam. Prestasi penerbitan dalam bidang pengajian

Islam ini boleh dipertingkatkan melalui usaha ilmuan boleh meningkatkan usaha meningkatkan

lagi penerbitan ini melalui penerbitan di jurnal yang diindeks di Scopus mahupun WOS. Usaha

bagi memastikan jurnal tempatan untuk diindeks di kedua –dua pangkalan data juga boleh dibuat

dengan mengikut kriteria yang ditetapkan. Pustakawan juga boleh membantu dengan

mengenalpasti potensi jurnal berimpak tinggi yang boleh dicadangkan kepada ahli akademik

untuk mereka menghantar penulisan ilmiah. Kolaborasi dan jaringan kerjasama ahli akademik

tempatan dan luar negara juga boleh membantu dalam menghasilkan penulisan ilmiah yang

berimpak tinggi dengan potensi mendapat sitasi yang lebih meluas.

Art

icle

, 46

0

Art

icle

in P

ress

, 8

Bo

ok,

7

Ch

apte

r, 4

5

Co

nfe

ren

ce P

aper

, 60

Erra

tum

, 1

No

te, 1

Rev

iew

, 35

A R T I C L E A R T I C L E I N P R E S S

B O O K C H A P T E R C O N F E R E N C E P A P E R

E R R A T U M N O T E R E V I E W

ISLAMIC PUBLICATION BY TYPE 2010-2015

Count

Page 11: Analisa Penerbitan Ilmiah Malaysia dalam Bidang Pengajian

Regional Islamic Libraries Seminar 2016 (RELieS) |2016

11

RUJUKAN

Abu Bakar Maidin, Shahruddin Shafri & Samsuddin Ibrahim (2009). ‘Perkembangan dan kemajuan

penerbitan jurnal Malaysia : Strategi ke persada antarabangsa’. Persidangan Kebangsaan

Penerbitan Ilmiah, Kuala Lumpur, April 18-19, 2009. (pp.1-19). Retrieved from

https://core.ac.uk/download/files/536/14330295.pdf

Adams, J. D. & Griliches, Z. (1996). Research productivity in a system of universities: Working paper

no. 5833. Cambridge, Mass: National Bureau of Academic Research. Retrieved from

http://www.nber.org/papers/w5833.pdf

Ainul Mardhiah Ahmad Jahidi & Faisal@Ahmad Faisal Abdul Hamid (2014). ‘Produktiviti karya

akademik pensyarah jabatan arab dan tamadun Islam’. Jurnal Al-Muqaddimah, 2(2): 115- 127.

Bangi: Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Altbach, P. G. (1998). ‘Research, policy, and administration in higher education: The review at twenty’.

Review of Higher Education, 21(3): 205-207.

Altbach, P. G. (2004). ‘The costs and benefits of world-class universities’. Academe-Bulletin of the Aaup,

90(1): 20-23.

Dess, H. M. (2006). Database reviews and reports: Scopus. Issues in Science and Technology

Librarianship, 45 (Winter). Retrieved from http://www.istl.org/06-winter/databases4.html

Ina Suryani, Aizan Yaacob Noor Hashima Salleh Abd Rashid & Hazry Desa (2013). ‘Research

publication output by academicians in public and private universities in Malaysia’. International

Journal of Higher Education, 2 (1): 84-90. Retrieved from

http://www.sciedu.ca/journal/index.php/ijhe/article/view/2462/1374

Maryam Khoubnasabjafari, , Eliza Sadeghifar, Majid Khalili, Khalil Ansarin, & Abolghasem Jouyban.

(2012). ‘Research performances of organization of Islamic Conference (OIC)’. BioImpacts, 2(2):

111-122. Retrieved from http://bi.tbzmed.ac.ir/Portals/0/BI-2012-2-2/

Mazlan Ibrahim, Latifah Abdul Majid, Jaffary Awang, Muhd Najib Abdul Kadir & Fadlan Mohd Othman

(2013). Pengajian Islam di Ipt Malaysia dalam menangani Islam liberal. Jurnal Hadhari, 5 (1): 37-

53. Retrieved from http://www.ukm.my/jhadhari/makalah/V5n12013/makalah03.pdf

Mazmin Mat Akhir (2010). Penerbitan berimpak: Pencapaian dan strategi UniMap. Retrieved from

http://dspace.unimap.edu.my/dspace/bitstream/123456789/12177/2/

Page 12: Analisa Penerbitan Ilmiah Malaysia dalam Bidang Pengajian

Regional Islamic Libraries Seminar 2016 (RELieS) |2016

12

Norhazwani Yazit & A.N. Zainab (2007). ‘Publication productivity of Malaysian authors and institutions

in LIS’. Malaysian Journal of Library & Information Science, 12(2): 35-55.

Van Raan, A.F.J. (2005). ‘Fatal attraction: Conceptual and methodological problems in the ranking of

universities by bibliometric methods’. Scientometrics, 62(1): 133-143. Retrieved from

https://www.researchgate.net/publication/220365310

Zainab, A.N., Abrizah, A., Husna, M.Z.N., Raj, R.G., Aruna, T., Dzul Nizam, M.P. & Zulfadhli, M.Z.

(2012). ‘Adding value to Malaysian scholarly journals through MyCite, Malaysian citation

indexing system’. Proceedings of International Conference on Journal Citation Systems in Asia

Pacific Countries, Pan Pacific KLIA, Sepang, Selangor, May 22, 2012 . (pp. 1–16). KL: Malaysian

Citation Centre, Ministry of Higher Education. Retrieved from

http://mycc.my/document/files/PDF%20Dokumen/

Zainul Ibrahim Zainuddin (2015). ‘A thematic studies of Islamic perspective of Scopus indexed articles:

Implications on medical imaging’. Library Philosophy and practice, (e-journal), Paper 1233. : 1-

23. Retrieved from http://digitalcommons.unl.edu/cgi/viewcontent.cgi