anak-derhaka.docx

8
DRAMA : AKU ANAK DERHAKA Watak : 1. Lieya- Gadis yang berumur 17 tahun dan bakal menduduki SPM. Seorang yang degil dan suka bersosial 2. Pak Samat- Bapa kepada Lieya. Berumur 59 tahun. Amat prihatin kepada anaknya. 3. Mak Leha- Isteri Pak Samat dan merupakan ibu kepada Lieya. Seorang yang suka memanjakan anaknya. 4. Sam- Teman lelaki kepada Lieya. Berumur 23 tahun dan suka bersosial. Dia suka membawa Lieya ke Kelab Malam. 5. Mieza- Rakan kepada Lieya. Berumur 17 tahun dan sangat rapat dengan Lieya. 6. Cikgu Rina – Guru Kelas Lieya yang berumur 25 tahun. 7. Lukman – Abang Kepada Lieya yang berumur 19 tahun. Seorang anak yang baik. 8. Safuan – Kawan sekolah Lieya. 9. Narator - ** Sinopsis : Seorang anak bongsu daripada dua orang adik beradik, Lieya sangat degil dan tidak mempedulikan perasaan ibu bapanya yang telah tua. Dia suka ponteng sekolah walaupun tahun itu dia bakal menduduki SPM. Dia suka bersosial dan bergaul bebas dengan teman lelakinya yang bernama Sam yang umurnya 23 tahun. Abang sulungnya iaitu Lukman yang memiliki ilmu agama tidak dapat menasihati adiknya yang degil itu. Manakala Safuan iaitu rakan sekelas Lieya seorang yang baik, lurus dan memendam perasaan terhadap Lieya secara diam - diam. Lieya mempunyai seorang rakan yang bernama Mieza. Mieza sangat rapat dengan Lieya, dia sering menyembunyikan rahsia Lieya daripada pengetahuan ibu bapa Lieya. Lieya sering dimarahi bapanya gara-gara pulang lewat ke rumah. Ibunya selalu menyebelahi Lieya dan memanjakan anaknya itu. Dialog : BABAK 1 **Suasana di rumah tepat jam pukul 11.45 malam. Kelihatan Mieza dan Lieya di hadapan rumah Lieya.

Upload: yvonne-hew

Post on 03-Oct-2015

223 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

jh

TRANSCRIPT

DRAMA : AKU ANAK DERHAKAWatak :1. Lieya- Gadis yang berumur 17 tahun dan bakal menduduki SPM. Seorang yang degil dan suka bersosial 2. Pak Samat- Bapa kepada Lieya. Berumur 59 tahun. Amat prihatin kepada anaknya. 3. Mak Leha- Isteri Pak Samat dan merupakan ibu kepada Lieya. Seorang yang suka memanjakan anaknya. 4. Sam- Teman lelaki kepada Lieya. Berumur 23 tahun dan suka bersosial. Dia suka membawa Lieya ke Kelab Malam. 5. Mieza- Rakan kepada Lieya. Berumur 17 tahun dan sangat rapat dengan Lieya. 6. Cikgu Rina Guru Kelas Lieya yang berumur 25 tahun. 7. Lukman Abang Kepada Lieya yang berumur 19 tahun. Seorang anak yang baik.8. Safuan Kawan sekolah Lieya. 9. Narator - **Sinopsis :Seorang anak bongsu daripada dua orang adik beradik, Lieya sangat degil dan tidak mempedulikan perasaan ibu bapanya yang telah tua. Dia suka ponteng sekolah walaupun tahun itu dia bakal menduduki SPM. Dia suka bersosial dan bergaul bebas dengan teman lelakinya yang bernama Sam yang umurnya 23 tahun. Abang sulungnya iaitu Lukman yang memiliki ilmu agama tidak dapat menasihati adiknya yang degil itu. Manakala Safuan iaitu rakan sekelas Lieya seorang yang baik, lurus dan memendam perasaan terhadap Lieya secara diam - diam. Lieya mempunyai seorang rakan yang bernama Mieza. Mieza sangat rapat dengan Lieya, dia sering menyembunyikan rahsia Lieya daripada pengetahuan ibu bapa Lieya. Lieya sering dimarahi bapanya gara-gara pulang lewat ke rumah. Ibunya selalu menyebelahi Lieya dan memanjakan anaknya itu.Dialog :BABAK 1**Suasana di rumah tepat jam pukul 11.45 malam. Kelihatan Mieza dan Lieya di hadapan rumah Lieya.Lieya : Terima kasih Mieza sebab hantarkan aku ke rumah.Mieza : Sama-sama Lieya. Minggu depan kita keluar ke kelab lagi ya. Maaf, esok aku ada hal, tak dapat teman kau ke kelab dengan Sam.Lieya : Baik Mieza.(Kelihatan Lieya berjalan perlahan-lahan masuk ke rumah dari pintu hadapan.)Pak Samat : Lieya ! Apa kau buat tengah-tengah malam ni hah? Kau pergi mana lewat sebegini baru balik rumah? Dengan uniform sekolah tu lagi. Apa nak jadilah dengan kau ni Lieya.Lieya : Alaa, abah ni. Lieya baru balik dari rumah kawanlah. Kami baru habis study group tadi. Itupun nak bising-bising. (berjalan ke bilik dengan wajah yang masam)Pak Samat : Hisyyyhh budak ni. (mendengus sendiri)Lukman : (kebetulan lalu) Kau dari mana dik? Ish ish ish tak elok anak dara lama lama kat luar. Zaman sekarang ni bukan macam dahulu, ramai perempuan jadi hamba kejahatan dunia.Lieya :abang, Lieya bukan pergi mana pun, pergi rumah Mieza untuk belajarlah.Lukman: iyelah, abang bagi nasihat pun untuk masa depan kau juga adik.(Lieya hanya sekadar tunduk akan peringatan yang diberikan oleh abangnya.)

BABAK 2**Keesokan harinya. Tepat jam 8 pagi, suasana di dalam kelas 5 Ruby. Kelihatan guru kelas sedang mengambil kehadiran para pelajar.Cikgu Rina : Mieza, mana kawan baik kamu tu si Lieya? Dah tiga hari dia tidak hadir ke sekolah.Mieza : Err.. (berfikir sejenak) haa... dia tidak sihatlah cikgu.Cikgu Rina : Tidak sihat? Dia sakit apa?Mieza : (menggaru-garu kepala yang tidak gatal) Dia demam cikgu.Cikgu Rina : Hurmm.. (mengangguk-anggukkan kepala) baiklah kalau macam itu.Mieza : ya cikgu.Safuan : (berbisik kecil) Mieza! Mieza! Kenapa Lieya tak datang sekolah? Aku baru nak ajak dia makan bersama di kantin pagi ni.Mieza : Lieya demamlah Safuan. Apa kata kau belanja aku makanaku ni masih lapar dari tadi tak makan.Safuan : tak naklah aku! Lieya tak datangherrmmm, tak dak selera dah aku nak makan. Aku ingat nak ajak Lieya makan sambil berborak tentang soalan soalan hot SPM. Mana tahu masuk nanti dalam exam.Mieza : huh. Ye la tu. Mengada ja lebih

**Masa terus berlalu.Tepat jam 12.00 malam. Lieya baru pulang ke rumah.

Pak Samat : Lieya ! Apa nak jadi dengan kau ni? Anak dara asyik balik lambat je ke rumah. Kau ingat ni rumah tumpangan ke senang kau pergi dan balik lewat sebegini?Suara Pak Samat yang agak kuat itu telah didengari oleh Mak Leha.Mak Leha : Apa yang bising-bising tengah malam ni bang ?Pak Samat : Ni haa, cuba awak tengok anak dara awak ni, baru balik jam sebegini? Tak malu ke dilihat jiran tetangga kita?Mak Leha : Hisyhhh abang ni, anak kita kan dah besar, tahulah dia menjaga diri sendiri. Lieya, kamu ke mana tadi?Lieya : Lieya ke rumah kawan mak, kami buat study group tadi bincang tentang soalan peperiksaan nanti. Mak abah janganlah risau.Mak Leha : Haaa, dengar tu bang, kan anak kita dah cakap dia pergi ke rumah kawan dia. Tak payah la abang nak risau-risau lagi ya. Dah Lieya, kamu pergi masuk bilik, mandi dan makan.Lieya : Baik mak.Pak Samat : Itulah awak, asyik memanjakan anak awak tu aja. Bukannya kita boleh percaya sangat budak-budak remaja sekarang.Mak Leha : Yelah-yelah abang, jom masuk tidur.Pak Samat mendengus perlahan dan masuk ke bilik tidur.

BABAK 3**Suasana pada waktu pagi, tepat jam 7 pagi di perkarangan pagar depan sekolah, kelihatan Sam menunggu Lieya.Sam : Jom sayang, kita ke Times Square. Lepak di mall besar begitu bagus jugakdapat hilangkan stress belajar. So , jangan cakap you tak nak ikut. I dah datang jauh jauh ni.Lieya : Jom, mana kereta you?Sam : Seberang sana, jom cepat sebelum Pengetua you nampak.Lieya : Ok ok.Sam : you dah suruh kawan you cover untuk you kan.Lieya : ya. Nanti dia bagitau la cikgu saya sakit.(Mereka terus berlalu pergi menaiki kenderaan.)

**Tepat jam 8 pagi, suasana di dalam kelas 5 Ruby. Kelihatan guru kelas sedang mengambil kehadiran para pelajar.

Cikgu Rina : Mieza, Lieya tak datang ke sekolah lagi?Mieza : er.. dia sakit lagi kot cikguCikgu Rina : Sakit lagi? Betul ke tidak ini. Nampaknya saya kena hubungi keluarganya.Safuan : err.. Cikgu, dia sakit betul betul la. Kan kita ni sekarang stress nak ujian.Cikgu Rina : hmph. Saya akan pastikan dengan ayahnya nanti.Safuan : (bisik)kantoi la Lieya kalau terus begini.Mieza : ye la. Risau aku.

BABAK 4**Setelah Lieya dan Sam sampai di Times Square, Lieya ke tandas untuk menukar pakaian seragam sekolahnya itu bagi mengelakkan perhatian ramai. Mereka kemudiannya berjalan-jalan pula di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Pada waktu sebelah malam pula mereka ke Kelab Malam Mee Lee Bar yang terletak di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Suasana di kelab malam, kelihatan ramai pemuda dan pemudi yang senang melayan perasaan dengan menari dan melakukan aksi-aksi yang tidak senonoh seperti berpelukan dan saling berpegangan.

Babak 5**Suasana di ruang tamu rumah Lieya, kedengaran bunyi telefon rumah berdering. Lukman segera menjawab panggilan tersebut.Cikgu Rina : Assalamualaikum wbt, ini rumah Lieya Suzanna ke?Lukman : Wa,alaikumussalam wbt, ya. Ini rumah Lieya. Ini siapa ya?Cikgu Rina : Saya Rina, guru kelas Lieya. Boleh saya bercakap dengan penjaga Lieya?Lukman : owh..cikgu sekolah Lieya rupanya. Nanti saya panggilkan ayah Lieya. (Lukman meletakkan gangang telefon di atas meja dan meminta ayahnya menyambung bualan di telefon)Pak Samat : Assalamualaikum wbt, ya ada perkara penting nak disampaikan? Cikgu Rina : Wa,alaikumussalam wbt, Boleh saya tahu, betulkah Lieya demam sebab dah tiga hari dia tidak hadir ke sekolah?Pak Samat : (terperanjat) ya Allah. Betulkah cikgu ?Cikgu Rina : Iya encik. Kenapa ? (tertanya-tanya)Pak Samat : Oh... tidak ada apa-apa. Terima kasih Cikgu Rina sebab menelefon saya.Cikgu Rina. Baik, sama-sama.

Pak Samat berasa sangat marah dan terkejut dengan perbuatan anaknya itu. Dia segera memberitahu isterinya Mak Leha.

**Tepat jam 2 pagi, Sam telah menghantar Lieya pulang ke rumah. Sebelum pulang, Lieya sudah menukar awal-awal pakaiannya kepada uniform sekolah bagi tidak disyaki oleh ibu bapanya. Pada ketika itu, Lieya tidak perasan bahawa bapanya telah melihat mereka dari tingkap ruang utama. Lieya kemudiannya membuka pintu utama dan berjalan perlahan-lahan menuju ke biliknya. Kemudian, kedengaran suara garau bapanya menegur.

Pak Samat : Kau ke mana Lieya?! Kau balik dengan siapa tadi?Lieya : (gugup) LieLieya baru balik dari rumah kawan. Tadi kawan hantar.Pak Samat : Kawan lelaki ke perempuan?Lieya : (gugup) Pe..Perempuan abah.Pak Samat : Anak kurang ajar !(Pangggg! Satu tamparan hinggap di pipi Lieya. Kelihatan pula Mak Leha bergegas keluar dari bilik dan menghampiri Lieya. Lieya menangis teresak-esak dipangkuan ibunya.)Mak Leha : Abang! Kenapa ni abang? Kenapa abang tampar anak kita?Pak Samat : Awak tengok anak awak sekarang ni, dia dah pandai menipu saya.Mak Leha : Dia dah buat apa abang?Pak Samat : Dia menipu saya, kata yang dia balik dengan kawan perempuan padahal kawan lelaki. Saya lihat dengan mata saya sendiri tadi.Mak Leha : Betul ke Lieya?(Lieya tunduk dan terus menangis. Pak Samat mengambil beg galas Lieya dan melihat di dalamnya.)Pak Samat : Astaqfirullah.. Awak tengok ni, apa yang dia buat kat sekolah. (sambil mengeluarkan pakaian seragam Lieya) Lieya ! Kau pergi mana ha? Dengan bawa baju semua ni? Kau ponteng sekolahkan? Patutlah guru kelas telefon kami petang tadi. Ini kerja kau selama ini Lieya ?(Lieya hanya tunduk membisu. Lalu Pak Samat membaling beg galas tersebut terkena Lieya.)Mak Leha : (bangun berdiri) Anak tak guna ! Berambus kau dari sini !Lieya : Mak ! Mak! Jangan buat Lieya macam ni.Mak Leha : Selama ni mak terlalu manjakan kau, selalu membelahi kau tapi ni balasan kau buat pada mak dan abah kau? Mak malu sebab ada anak macam kau. Sampai hati kau buat kami macam ini.Lieya : Maafkan Lieya, mak abah. Maafkan Lieya. Tolong jangan halau Lieya dari rumah ni.Pak Samat : Baiklah, kami beri kau peluang yang terakhir, kalau buat juga, tahulah apa nasib kau Lieya.

BABAK 6**Pada keesokan harinya, Pak Samat menghantar anaknya ke sekolah, setelah menghantar anaknya itu, dia terus berlalu pergi. Lieya pula masih berada di hadapan pagar sekolah. Lieya menyeluk poket sakunya dan mencapai telefon bimbitnya.Lieya : Hello ! Sayang, you kat mana? Boleh datang ambil I sekarang?Sam : I dekat rumah, jap lagi i sampai la. **Setelah 15 minit, Sam sampai di hadapan pagar sekolah. Lieya kemudiannya tergesa-gesa masuk ke dalam kereta kerana kuatir ditangkap oleh pengetua sekolah. Mereka kemudiannya melalui simpang keluar dari kawasan sekolah itu. Disitulah Pak Samat menyembunyikan diri bersama kerete untuk mengawasi anaknya itu. Pak Samat segera mengecam kembali kereta yang dipandu Sam itu sama dengan kereta yang membawa anaknya pulang. Dalam masa itu juga Pak Samat dapat melihat anaknya di cermin tingkap kereta. Lalu Pak Samat mengekori kenderaan itu dari belakang.

**Sampai sahaja di sebuah kelab, Lieya dan Sam keluar dari kereta berjalan menuju ke pintu depan kelab tersebut. Pak Samat bergegas keluar dari kereta lalu berlari dan menyeberang jalan tanpa melihat kereta yang lalu lalang. Tiba-tiba, Pak Samat dilanggar oleh sebuah kereta Waja. Lieya yang pada ketika itu telah terdengar bunyi perlanggaran segera melihat. Lieya sangat terkejut melihat bapanya terbaring di tengah jalan raya dengan banyak lumuran darah di kepala. Sam telah menelefon ambulans dengan segera. Lieya sangat menyesal dan dia juga tahu bapanya telah mengekori mereka. Namun, penyelesalan itu tidak berguna lagi kerana bapa Lieya telah meninggal dunia akibat kehilangan banyak darah.Sam : Hello. Cepat hantar ambulans ke depan Kelab Mix. Ada kemalangan di sini.Lieya : Abah, ampunkan Lieya sebab menipu abah. Lieya dah jadi anak derhaka pada mak dan abah. Lieya janji tak akan menipu lagi. Maafkan Lieya. (meratapi bapanya)

Suara Latar : Kesimpulannya, janganlah kita menjadi anak derhaka. Justeru itu, kita sebagai anak haruslah taat dan patuh akan arahan ibu bapa kita walaupun kadangkala mereka sedikit mengongkong kebebasan kita namun suatu hari nanti kita akan mengetahui bahawa itu semua adalah yang terbaik untuk kita berjaya kelak.

~~TAMAT~~