pusat jagaan anak-anak yatim madrasah ummu sofiah

14
Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Madrasah Ummu Sofiah No.1, Kampung Jarum Mas, Sungai Nyior 34800 Trong Perak Darul Ridzuan 05 – 8544170

Upload: myfiles

Post on 08-Jun-2015

733 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Madrasah  Ummu Sofiah

Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Madrasah

Ummu Sofiah

No.1, Kampung Jarum Mas,Sungai Nyior 34800 Trong

Perak Darul Ridzuan05 – 8544170

Page 2: Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Madrasah  Ummu Sofiah

PENGENALAN

Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Madrasah Ummu Sofiah telah didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada 8hb April 2005. Pusat Jagaan ini adalah merupakan salah sebuah Badan Kebajikan yang bertanggungjawab menguruskan Hal Ehwal Kebajikan hidup Anak-anak Yatim dan Warga Miskin khususnya di Daerah Larut Matang & Selama.

Matlamat Rumah ini adalah untuk membela nasib anak-anak yatim yang miskin agar tidak terbiar dan dapat menikmati kehidupan yang lebih sempurna. Mudah-mudahan dapat menghindarkan mereka dari hidup melarat dan tidak terjebak dengan gejala sosial yang boleh menimbulkan masalah kepada negara.

Rumah ini akan memastikan anak-anak yatim ini akan mendapat pendidikan yang sempurna agar mereka menjadi warganegara yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Pihak pengurusan rumah ini berazam untuk tidak mengecewakan para penderma yang menyokong serta memberi sumber kewangan kepada Rumah ini dengan memastikan anak-anak di sini berusaha untuk memajukana diri dalam segala bidang.

Kami mengharap benar agar hasrat kami yang murni ini mendapat sokongan yang ikhlas dari orang ramai. Harapan kami semoga Allah SWT sentiasa membukakan pintu hati insan-insan yang lebih bernasib baik agar sudi apalah kiranya menghulurkan bantuan kepada Rumah ini secara berterusan demi membela nasib insan-insan yang kurang bernasib baik. Mudah-mudahan, sumbangan mereka ini mendapat keberkatan dan ganjaran dari Allah SWT. Insya Allah.

LATARBELAKANG PUSAT :-

Page 3: Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Madrasah  Ummu Sofiah

Nama Pusat : Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Madrasah Ummu Sofiah

No Pendaftaran : EP 661281

Alamat : No.1, Kampung Jarum Mas,

Sungai Nyior,

34800 Trong ,

Perak Darul Ridzuan

Pentadbir : Encik Abdul Karim B. Mohamed IsaPuan Faridah Bt Haji Abdul Karim

No Telefon : 05 – 8544170 / 019 – 5687994

Jumlah Penghuni : 40 Orang (Semua Perempuan)

Bank : Bank Muamalat

No Akaun : 0802-000-1072-71-8

Penjaga : 1. En. Abdul Karim bin Mohd Isa 2. Pn. Faridah binti Abdul Karim

Kakitangan : Ustaz Badrul Hisham bin Nordin (RM 450 sebulan) Sdr. Awis Qarani bin Hussein Sdr. Hamim Chin bin Abdullah Sdri. Sandy Islami Wati binti Abdullah Sdri. Nadriah binti Mohamad Sdr. Mohammad Hafiz bin Razali Sdr. Muhammad Faiz bin Jaafar

Seramai 40 orang anak – anak yatim, yang kesemuanya perempuan tinggal bersama di bangunan tersebut dengan Pengurus ( suami/isteri).

Perbelanjaan bulanan yang diperlukan sekadar minima bagi menguruskan rumah tersebut berjumlah RM 15,000.00. perbelanjaan ini termasuk urusan persekolahan dan pengangkutan kanak-kanak ke sekolah-sekolah kerajaan berdekatan dan juga di Bandar Taiping.

Keperluan bantuan kewangan yang amat diperlukan sekarang adalah bagi mendirikan sebuah surau, menambah bilik mandi ( sedia ada hanya dua buah bilik mandi untuk 40 orang anak yatim) bagi kanak-kanak yang makin bertambah bilangannya dan menyediakan bangunan kelas malam bagi pendidikan kanak-kanak di sebelah malam.

Permohonan pendaftaran anak-anak yatim ini telah diuruskan kepada Jabatan Kebajiakan Masyarakat Malaysia dan hanya menunggu keputusan. Persuratan berkaitan dikepilkan untuk rujukan. Persuratan dengan Pendaftaran Pertubuhan juga telah dikemukakan dan hanya menunggu surat kelulusan sahaja.

Page 4: Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Madrasah  Ummu Sofiah

OBJEKTIF PENUBUHAN

a.

Menjadi sebuah Pusat Jagaan yang betanggungjawap dan amanah didalam kerja-kerja memberi perlindungan, pengasuhan dan pendidikan kepada anak-anak yatim dan miskin tanpa mengabaikan apa-apa yang terkandung didalam Akta kanak-kanak 2001 dan Akta Pusat Jagaan 1993.

b.Memberi bantuan kepada anak-anak yatim dari segi kewangan, pendidikan, moral dan kekeluargaan agar kehidupan mereka tidak lagi dirasakan tersisih malah menjaga kebajikan mereka adalah tanggung jawap bersama.

c. Menanamkan iman dan menyemaikan kasih sayang serta memberikan kefahaman tentang penghayatan Islam kepada anak – anak.

d.Mendorong anak – anak supaya tolong menolong , berkasih sayang dan bertimbang rasa dalam menjalani kehidupan bermasyarakat mengikut peradaban yang telah ditentu dan digariskan oleh syariat

e.Membantu anak - anak menimba ilmu agama sebanyak yang mungkin bagi dijadikan bekalan diri dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan ujian dan rintangan ini.

f.

Mendorong anak – anak ini supaya pandai menghargai kasih sayang yang diberikan agar dapat diaplikasikan terhadap sesama mereka hingga dengan itu dapat membentuk dikalangan mereka satu masyarakat kecil yang hidup dalam suasana berkasih sayang.

g. Mendedahkan anak – anak kepada satu kaedah pendidikan yang mengabungkan ilmu & pendidikan sekaligus tanpa memisahkan kedua-duanya.

h.Mendidik dan mengasuh anak – anak agar berjiwa besar yakni mempunyai keyakinan diri ( yang ditunjangi oleh Iman ) agar dapat mengimbangi diri dalam mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba ini.

i. Kreatif & produktif dalam usaha melayakkan diri untuk membantu merealisasikan masyarakat hadhari di dalam kehidupan yang sebenarnya.

j.

Menjadi sebuah Pusat intergrasi bagi kanak-kanak amnya atau anak-anak yatim dam miskin khasnya terhadap permasalahan yang mereka alami serta membantu menyelamatkan mereka dari penderaan, pencabulan dan seumpamanya dengan merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

SENARAI NAMA ANAK-ANAK YATIM UMMU SOFFIAH

Page 5: Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Madrasah  Ummu Sofiah

Alamat : No.1, Kampung Jarum Mas,

Sungai Nyior, 34800 Trong ,Perak Darul Ridzuan

Pentadbir : Encik Abdul Karim B. Mohamed IsaPuan Faridah Bt Haji Abdul Karim

No Telefon : 05 – 8544170 / 019 – 5687994

NO. Nama Umur1. NORFARIDAH BINTI TALIB 8 Tahun2. NOR FATIHAH BINTI ABD RAHMAN 8 Tahun3. NOOR UMAIRAH BINTI AZMI 10 Tahun4. NOR AZILAH BINTI KASSIM 10 Tahun5. NOOR AFINI BINTI AZMI 10 Tahun6. NURATIKA BINTI KHALID 10 Tahun7. NURUL ATIKAH BINTI RAZALI 11 Tahun8. SITI NOR AIN BINTI ABDUL SAMAD 11 Tahun9. NUR FATIHAH BINTI ABDUL HALIM 11 Tahun

10. NUR FATIN AMALINA BINTI BADUL HALIM 12 Tahun11. SYAFIQAH BINTI AHMAD SUKRI 12 Tahun12. UMMI KALSUM BINTI SARIF 12 Tahun13. NURUL HIDAYAH BINTI RAZALI 12 Tahun14. NOOR HIDAYAH BINTI YACOB 13 Tahun15. NURUL ASYIKIN BINTI ABDUL SAMAD 13 Tahun16. NOR SYAHIRAH BINTI TOMIN 13 Tahun17. SITI HAJAR BINTI RAMLI 13 Tahun18. SITI FATIMAH BINTI DIN 13 Tahun19. NADIAH BINTI RAHMAT 13 Tahun20. SOLEHAH BINTI ABDUL HALIM 13 Tahun21. NURUL FARHANI BINTI ABDUL SAMAD 14 Tahun22. NOR AMIZA BINTI AHMAD NAZRI 14 Tahun23. NOR AFIQAH BINTI ABDUL WAHAB 14 Tahun24. NOR IZZAHTUL AKMA BINTI MOHD SUKRI 14 Tahun25. NOR HASMIRA BINTI RAZALI 15 Tahun26. NOR IDAYU BINTI KASSIM 15 Tahun27. INTAN NOORAMIRA BINTI RAZAK 15 Tahun28. SITI NUR MASITAH BINTI IBRAHIM 15 Tahun29. SITI SALWA BINTI IBRAHIM 15 Tahun30. SITI NABILAH BINTI AHMAD SUKRI 16 Tahun31. NOORAHMAH ZALIZA BINTI RAHMAT 16 Tahun32. NUR MASIDAYU BINTI RAMLI 16 Tahun33. SITI AMIZAH BINTI MOKHTTAR 16 Tahun34. SITI ANIZAH BINTI MOKHTAR 16 Tahun35. SAADIAH BINTI KHALID 16 Tahun36. NUR SURAYA BINTI ABDUL HALIM 16 Tahun37. SITI KHADIJAH BINTI SARIF 16 Tahun38. SYARINA BINTI YUSOF 16 Tahun39. NADIRAH BINTI MOHAMAD 17 Tahun40. NOR AZWIN BINTI ABDUL RAHMAN 17 Tahun

Page 6: Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Madrasah  Ummu Sofiah

JADUAL HARIAN

5:45 Pagi Bangun bersiap untuk sembayang subuh berjemah.

6:10 Pagi Bersiap untuk ke sekolah

6:30 Pagi Sarapan pagi

6:45 Pagi Pergi ke sekolah

1:50 Petang - 3:00 Petang

Balik sekolah serta makan tengah hari ( sembayang zohor dan bersendirian kerana waktu balik sekolah yang tidak sama

3:00 Petang - 5:30 Petang

kelas fardu ain dan Al-Quran ( sembayang asar ) atau tuisyen

5:30 Petang minum petang

5:45 Petang Riadah/Bebas

7:00 Petang Bersiap untuk sembayang Maghrib berjemaah

7:40 Malam makan malam/bebas

8:30 Malam sembayang Isyak berjemaah

8:45 Malam Ulangkaji pelajaran dan menyiapkan kerja rumah

11:00 Malam minum malam

11:15 Malam Tidur

Page 7: Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Madrasah  Ummu Sofiah

SUMBER KEWANGAN

Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Ummu Sofiahtidak mempunyai sumber kewangan yang tetap.

Buat masa ini lebih kurang 20% kos operasi adalah dari sumber Pengurus Pusat itu sendiri manakala selebihnya adalah bantuan dari orang ramai dan daripada persatuan atau pertubuhan lain.

Sejumlah Ringgit Malaysia Lapan Ribu Lima Ratus Diperlukan setiap bulan bagi menampung kos operasi Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman.

PENJAGAAN KESIHATAN

Semua Puteri Ummu Sofiah akan di hantar ke klinik milik kerajaan atau hospital milik kerajaan apabila sakit atau kesihatan kurang memuaskan.

Semua Puteri Ummu Sofiah akan diperiksa pada setiap bulan bagi mengesan jangkitan atau penyakit kulit seperti kurap, kudis buta, panau dan sebagainya.

Semua Puteri Ummu Sofiah akan diberi ubat kutu pada setiap bulan sekiranya ada mengalami gejala tersebut.

Semua Puteri Ummu Sofiah akan diberi ubat cacing pada setiap enam bulan sekali.

Semua cadar dan tuala akan dipastikan dibasuh pada setiap minggu bagi mengelak jangkitan penyakit kulit.

Semua Puteri Ummu Sofiah dibekalkan pemotong kuku dan dipastikan memotong kuku pada setiap minggu ( pengasuh akan memotong kuku bagi yang berumur bawah sembilan tahun ).

Semua Puteri Ummu Sofiah dipastikan dan dibekalkan sabun mandi dan sabun basuh secukupnya bagi tujuan mandian dan membasuh pakaian ( bagi memastikan pakaian bersih mesin basuh telah disediakan dan pengasuh akan membantu membasuh pakaian bagi Putera dan Puteri yang berumur 9 tahun ke bawah ).

Semua Putera dan Puteri Ummu Sofiah dipastikan dan dibekalkan ubat gigi serta berus gigi (pihak pengurusan amat jarang menhantar mereka bagi mendapatkan rawatan gigi kerana pihak kerajaan telah menyediakan rawatan tersebut secara berjadual di sekolah).

Putera dan Puteri Ummu Sofiah dibekalkan putik kapas dan dipastikan membersihkan dalaman telinga ( pengasuh akan membersihkan dalaman telingan bagi Puteri yang berumur di bawah 9 tahun).

Page 8: Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Madrasah  Ummu Sofiah
Page 9: Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Madrasah  Ummu Sofiah

KEADAAN RUMAH ANAK YATIM UMMU SOFIAH

KEADAAN RUMAH ANAK YATIM UMMU SOFIAH CHANGKAT JERING, TERONG YANG MEMPUNYAI 40 ORANG KANAK KANAK YATIM PEREMPUAN. MEREKA INI BERUMUR 8-17 TAHUN.

KEADAAN BILIK AIR SEMENTARA YANG TAK TERURUS DAN SEMPIT

Page 10: Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Madrasah  Ummu Sofiah

PAGAR PERLU DIPERBAIKI

DINDING BELAKANG BILIK AIR TIDAK BERSIMEN

Page 11: Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Madrasah  Ummu Sofiah

SURAU SEMENTARA DAN MEREKA MEMERLUKAN SEBUAH SURAU YANG LEBIH BAIK.

KEADAAN BANGUNAN DARI PANDANGAN SISI

Page 12: Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Madrasah  Ummu Sofiah

PANDANGAN SISI BANGUNAN

Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Madrasah Ummu Sofiah

No.1, Kampung Jarum Mas,Sungai Nyior 34800 Trong

Perak Darul Ridzuan05 – 8544170