akhlak ibu bapa terhadap anak-anak

16
AKHLAK IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAK DARI KUMPULAN 8

Upload: bluepeace90

Post on 16-Jun-2015

2.906 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Akhlak Ibu Bapa Terhadap Anak-Anak

AKHLAK IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAK

DARI KUMPULAN 8

Page 2: Akhlak Ibu Bapa Terhadap Anak-Anak

Pengenalan

الرحيم الرحمن الله بسم

Konsep Islam tentang tanggungjawab ibu bapa terhadap anak sangat efektif berdasarkan daripada hadis di bawah Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci, maka kedua ibu bapanyalahyang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Riwayat Bukhari)”.

(HR. IBNU MAJAH, DARUQUTHNI & HAKIM)

Berdasarkan hadith diatas bahawa setiap anak yg dilahirkan ke dunia ini merupakan anugerah daripada Allah S.W.T kepada setiap ibu bapa agar anak tersebut menjadi insan yang berguna dan berbudi pekerti dengan akhlak yang mulia. Ibu bapa merupakan insan yang bertanggungjawab dalam mengasuh,mendidik dan memberi kasih sayang kepada anak- anak kerana anak-anak ibarat kain putih yang boleh dicorakkan pelbagai warna oleh ibu bapa. Sesungguhnya tangan ibu bapa yang mencorak masa depan anak-anak.

Page 3: Akhlak Ibu Bapa Terhadap Anak-Anak

DEFINISI AKHLAK☺ Dari segi bahasa :

Berasal daripada perkataan 'khulq' yang bererti perilaku, perangai atau tabiat. Maksud ni terkandung dalam kata-kata Aisyah berkaitan akhlak Rasulullah saw yang bermaksud : "Akhlaknya (Rasulullah) adalah al-Quran." Akhlak Rasulullah yang dimaksudkan di dalam kata-kata di atas ialah kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap dan tingkah laku Rasulullah saw yang semuanya merupakan pelaksanaan ajaran Al-Quran.

☺ Dari segi istilah :

Menurut Imam al-Ghazali, "Akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu.“

Daripada definisi tersebut dapat kita fahami bahawa akhlak merupakan suatu perlakuan yang tetap sifatnya di dalam jiwa seseorang yang tidak memerlukan daya pemikiran di dalam melakukan sesuatu tindakan. 

Page 4: Akhlak Ibu Bapa Terhadap Anak-Anak

DEFINISI IBU BAPA• Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ibu bapa bermaksud :

– Orang tua iaitu emak dan ayah. (Kamus Dewan Edisi Ketiga,2000:457)

• Sepertimana yang kita ketahui, ibu bapa juga merupakan orang yang melahirkan, membesarkan, mendidik dan menyediakan keperluan anak-anak dari kecil hingga dewasa. Tanpa ibu bapa kita tidak mungkin hidup di dunia ini. Kita juga tidak mungkin dapat membesar dengan sihat dan menjadi manusia.

Ibu bapa merupakan insan istimewa malah paling istimewa bagi setiap manusia, mereka sanggup berkorban segala-galanya demi kebaikan dan keselamatan anak-anaknya.

نساءكم تعف وعفوا 6م5 8اُؤ6ك 5َن 8ْب َأ 6م5 ك <ُّر> 6ِب ُي اْباءكم ْبُّروا 

“Berbuat baiklah dan belas kasihanlah kamu kepada ibu bapa kamu, nescaya kamu akan dibuat baik dan dikasihi oleh anak-anak kamu.”

Page 5: Akhlak Ibu Bapa Terhadap Anak-Anak

DEFINISI ANAK• Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, anak ialah baka yang

diturunkan oleh ibu bapa .( KAMUS DEWAN EDISI KETIGA,2000:39 )

• Anak merupakan permata hati bagi kedua ibu bapa. Kehadiran anak-anak adalah penyeri dalam kehidupan sepasang insan yang bergelar suami isteri. Justeru itulah orang Melayu mengungkapkan anak sebagai ‘cahayamata’ yang sudah tentu melambangkan kekudusan perasaan dan ikatan jiwa antara ibu bapa dan anaknya.

Page 6: Akhlak Ibu Bapa Terhadap Anak-Anak

TANGGUNGJAWAB IBUBAPA TERHADAP ANAK-ANAK

Anak ialah amanah atau pertaruhan yang Allah amanahkan kepada ibu bapa supaya kita menjaga dan memelihara mereka baik mengikut landasan Islam. Ibu bapa mesti bertanggungjawab bukan saja di dunia bahkan di akhirat sewaktu berhadapan dengan Allah kelak. Islam mewajibkan setiap ibu bapa supaya mendidik anak-anak dengan didikan agama bukan setakat pendidikan untuk UPSR, PMR atau SPM dan hukumnya berdosa jika melalaikan tanggungjawab ini.

Rasulullah saw bersabda: "Hendaklah kamu pastikan anak-anakmu belajar agama dan hendaklah kamu baguskan akhlaknya." Setiap anak yang dilahirkan itu bersih fitrahnya. Adalah menjadi tugas ibu bapa untuk mencorakkan kehidupan anak-anak seterusnya sama ada untuk menjadikannya baik atau sebaliknya. Sabda Nabi saw: "Semua anak yang dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan yang suci bersih. Maka kesalahan ibubapalah menjadikan mereka yahudi, nasrani atau majusi."

Hadith ini dengan jelasnya meletakkan tanggungjawab pendidikan anak-anak di bahu ibu bapa dan bukannya datuk, nenek, saudara mara ataupun guru. Dengan ini ibu bapa tidak boleh berlepas tangan terhadap pendidikan akhlak ataupun hal-hal pendisiplinan anak-anak .

Page 7: Akhlak Ibu Bapa Terhadap Anak-Anak

• Satu kisah pada zaman Nabi, seorang sahabat yang berjemaah bersama nabi kerap keluar dari jemaah awal sebelum sempat berdoa. Nabi bertanyakan kenapa balik tergesa sebelum berdoa. Sahabat itu menerangkan dia mempunyai anak kecil yang ibunya baru meninggal dunia. Dia takut anaknya mengambil dan memakan buah tamar jiran yang gugur di halaman rumahnya dan ditakuti akan menjadi darah dagingnya. Sahabat itu menjelaskan daging yang disuburkan dari benda yang haram itu tidak layak masuk syurga. Mendengarkan penjelasan itu, Nabi terdiam dan tidak berkata apa-apa, hanya memperhatikannya sahaja dia pulang ke rumah.

• Kesalahan ibubapa pada zaman sekarang mendidik anak-anak menyebabkan kehidupan anak-anak menjadi tidak tentu hala dan pelbagai masalah sosial seperti bohsia, bohjan ,dan aktiviti lepak semakin menjadi-jadi dalam kalangan remaja zaman sekarang .Apa yang paling dahsyat sekali ialah ibu bapa sendiri tidak berpengetahuan agama dan sibuk mengumpul dan terpengaruh dengan pujukan dunia menyebabkan tugas dan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa terhadap anak-anak terabai

Page 8: Akhlak Ibu Bapa Terhadap Anak-Anak

CARA-CARA IBU BAPA MENDIDIK ANAK-ANAK DALAM ISLAM

• Bagaimana mendidik anak supaya menjadi seorang berakhlak mulia,penyantun serta berbudi bahasa dalam usia anak yang masih mentah,Ibubapa perlulah berusaha untuk memenuhi hak-hak anak contohnya:

1. Mendidik akhlak anak-anak2. Menanam akidah tauhid 3. Melatih anak-anak mengerjakan solat4. Melayan anak-anak dengan lembut dan kasih sayang5. Memperhatikan kawan anak-anak6. Mengajar Al-Quran7. Berlaku adil kepada anak-anak

Page 9: Akhlak Ibu Bapa Terhadap Anak-Anak

MENDIDIK AKHLAK ANAK-ANAK

• Berdasarkan hadith dibawah

Dari abu hafsh umar bin abi salamah-anak tiri rasulullah, ia berkata:”Sewaktu saya dan anak-anak dulu timggal di bawah asuhan rasullulah dan pada saat itu tanganku meraih(makanan) dalam baki besar Rasulullah bersabda kepada ku:”Wahai anak, sebutah nama Allah, makanlah dengan tangan kananmu dan ambillah apa yang ada didepan mu’ .Lalu selanjutnya begitulah caraku makan”.

Disini rasulullah menegur anak tirinya yang berbuat keliru dan sekaligus membetulkannya dengan akhlak islam. Dalam hadith ini juga kita juga memperoleh beberapa pendidikan akhlak anak-anak:

1. Ibubapa harus peka terhadap prilaku anak-anak yang tidak sesuai dengan islam.ibubapa harus istiqamah menjaga akhlak islam supaya anak-anak boleh mencontohinya dan melakukan akhlak yang baik.

Page 10: Akhlak Ibu Bapa Terhadap Anak-Anak

2. Dalam mendidik akhlak anak-anak ibubapa tidak perlu waktu yang khusus tetapi setiap saat ibubapa boleh menyampaikan kepada anak-anak sebagai contoh ibubapa boleh menegur anak-anak ketika makan sekiranya kelakuan tidak sopan.3. Ibubapa juga boleh membiasakan anak-anak makan bersama keluarga

kerana dengan membiasakan anak-anak makan bersama dapat mendidik anak-anak menjadi sopan dan menghargai orang lain.4. Masuk rumah mengucapkan salam.5. Menjaukan diri dari kata-kata kotor.6. Hendak bermusafir harus minta izin kepada ibubapa

Pendidikan secara tidak langsung ini dapat mendidik anak menjadi seorang yang berakhlak islam.sekiranya pengetahuan ibubapa tentang islam kurang ibubapa boleh membelikan anak-anaknya buku tuntutan akhlak agama sesuai dengan tingkat umurnya

Page 11: Akhlak Ibu Bapa Terhadap Anak-Anak

MELAYAN ANAK-ANAK DENGAN LEMBUT DAN KASIH SAYANG

• ين ال�َع اِف� َو ال�َغ ي�َظ ال�َك اِظ�م�ين َو اء ر� َو الَّض� اء ر� الس� ِف�ي وَن �ُق ُي�نِف� ال�ِذ�ُين ن�ين س� ال�م�ْح� ُي�ْح�ُّب% �الل'ه َو الن�اِس� َع ن�

(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.surah ali imran ayat 134

Berdasarkan surah diatas Allah s.w.t memberi petunjuk pada ibubapa

supaya mendidik anak-anak dengan bersikap lemah lembut dan kasih sayang.Sekiranya ibubapa melayan anak-anak dengan baik dalam syariat Allah,mereka akan menjadi anak yang berbakti kepada ibubapa.cara yang benar yang dapat dipakai oleh ibubapa ialah bersikap lemah lembut dan kasih sayang apabila bergaul dengan anak-anak. Sebaliknya jika ibubapa salah dalam mendidik anak-anak maka janganlah berharap anak-anak berbakti kepadanya.

Page 12: Akhlak Ibu Bapa Terhadap Anak-Anak

MELATIH ANAK-ANAK MENGERJAKAN SOLAT

• Rasulullah s.a.w. bersabda :“perintahkan anak-anakmu mengerjakan solat bila dia berumur 7 tahun, dan pukulah dia bila mana tidak mahu mengerjakan solat semasa berusia 10 tahun,dan pisahkan dari tidur.”

hadith ini adalah merupakan seruan wajib solat. Kanak-kanak belum lagi wajib menunaikan solat yang wajibnya ialah bapa menyuruh anaknya menunaikan solat kerana anak itu belum wajib kerana dia belum cukup umur(baligh) jika ibubapa tidak menitikberatkan anak-anak mengerjakan solat agak sukar anak-anak itu solat apabila sudah baligh dan rasulullah s.a.w. menwajibkan kita memukul anak-anak berumur 10 tahun sekiranya dia tidak mahu solat.

Page 13: Akhlak Ibu Bapa Terhadap Anak-Anak

MENANAM AKIDAH TAUHID

• Sebagai ibubapa, kita harus mendidik anak-anak kita dengan akidah tauhid, iaitu keimanan kepada Allah. Untuk dapat mengajarkan tauhid kepada anak-anak terlebih dahulu kita harus mengetahui pentingnya pendidikan tauhid agar kita tidak lengah menanamkan ajaran ini kepada anak-anak.

“Dan ingatlah ketika ibrahim berkata: ‘ya tuhanku,jadikanlah negeri ini(makkah) negeri yang aman; dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku dari menyembah berhala.”

(ibrahim:35-36) kandungan surah diatas menerangkan tentang nabi ibrahim memohon

supaya anak-anaknya pun dijauhkan dari penyembahan berhala.

Page 14: Akhlak Ibu Bapa Terhadap Anak-Anak

Dengan demikian usaha untuk mengajarkan tauhid kepada anak dapat ditempuh dengan praktis berikut:

1. Mengajar anak-anak ayat-ayat al-quran yang menerangkan tanda-tanda kekuasaan ALLAH dialam ini.contohnya

2. Ibubapa boleh mengisahkan riwayat kehancuran kaum yang derhaka kepada Allah seperti Kaum Firaun di Mesir, Kaum Namrud di Kana’an.

3. Anak-anak dapat diajar dengan didikan tauhid mulai sejak anak-anak mampu berbicara, lebih kurang umur 2 tahun. Cara mengajarkan kepada mereka iaitu dengan latihan mengucapkan kata-kata, antara lain : bismillah,alhamdulillah, subhanallah dan lain-lain.

Page 15: Akhlak Ibu Bapa Terhadap Anak-Anak

Movie_0002.wmv

Movie_0003.wmvteruk betol.wmv

kimy and the gang.wmv

Kesan apabila ibu-bapa menunjukkan akhlak yang negatif

Page 16: Akhlak Ibu Bapa Terhadap Anak-Anak

Peranan ibu bapa sangat penting dalam membantu melahirkan modal insan

sebagaimana yang diinginkan oleh negara. Sebelum seseorang insan itu dapat dibentuk menjadi modal insan yang berkualiti melalaui pendidikan formal, dia terlebih perlu dahulu dididik dan diasuh oleh ibu bapanya secara

informal .Guru dan pihak sekolah tidak harus dibebani dengan masalah disiplin pelajar yang rata-ratanya berpunca daripada kepincangan dalam keluarga dan ketidakbahagiaan dalam

rumah tangga, serta kekurangan didikan agama oleh ibu bapa.