an malaysia

Upload: yori-goh

Post on 11-Jul-2015

289 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Perlembagaan MalaysiaKonsep Ketertinggian Perlembagaan

Definisi Perlembagaan

Merupakan surat cara yang mengandungi semua undang-undang yang menjadi punca kesemua undang-undang dalam negara. Sekiranya ada undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan maka dengan sendirinya undang-undang tersebut akan terbatal setakat mana percanggahan berlaku. Ia juga merupakan satu set hak, kuasa dan prosedur yang mengawal hubungan antara pemerintah dengan rakyat.

Sejarah Penggubalan Perlembagaan

Dikuatkuasa pada 31 Ogos 1957. Dibentuk berasaskan dokumen Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Telah digubal oleh Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord Reid, Sir Ivor Jenning, Sir William Mckell, B. Malik dan Hakim A. Hamid

Tujuan/Fungsi Perlembagaan-Menentukan hala tuju dan corak pemerintahan negara dan hak-hak rakyat -Menentukan garis panduan atau kuasa-kuasa kepada semua badan dalam sesebuah kerajaan.

-menjamin kestabilan politik dan keamanan sesebuah negara-Menentukan bidang kuasa dalam sistem kerajaan Persekutuan [kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan]-menggariskan peruntukan khas yang menghadkan tindakan pemerintah dan pemimpin supaya tidak berlaku penyalahgunaan kuasa.

Bentuk-bentuk Perlembagaan

Bertulis dan tidak bertulis Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis kerana: 1. kukuh dan sukar dipinda 2. Parlimen boleh membuat undang-undang yang terkandung dalam perlembagaan namun dilarang membuat undang-undang yang bertentangan dengan kebebasan asasi. 3. Kuasa mentafsir perlembagaan hanya diberikan kapada mahkamah bagi melindungi perlembagaan tersebut.

Perlembagaan Tidak Bertulis

-merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumoul dalam satu surat atau dokumen seperti- Akta Parlimen, Keputusan-keputusan hakim dan adat.

Kandungan Perlembagaan

Mengandungi 183 Perkara beserta dengan 13 jadual dan dibahagikan kepada 15 bahagian.

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Bahagian 1

Butir-butir Negeri, agama dan undangundang persekutuan

Perkara Perkara 1-4

23 4 5 6 7 8

Kebebasan AsasiKewarganegaraan Persekutuan Negeri-negeri Hubungan Persekutuan dan Negeri Peruntukan kewangan Pilihanraya

Perkara 5-1314-31 32-69 70-72 75-95E 96-112D 113-120

9 10 11 12 12A 13 14

kehakiman Perkhidmatan Awam Kuasa-kuasa khas menentang Perbuatan Subversif dan Darurat Am dan Pelbagai Perlindungan Tambahan negeri Sabah dan Sarawak Peruntukan Sementara dan Peralihan Perkecualian bagi Kedaulatan Raja-raja dsb Prosiding YDA & Raja-raja

121-131A 132-148 149-151 152-160 161-161H 162-180 181

15

182-183

Perlembagaan Persekutuan

Dianggap sebagai undang-undang tertinggi negara Merupakan himpunan peraturan tertinggi yang telah dipersetujui bersama serta maksud peruntukan memberi manfaat kepada setiap warganegara. Undang-undang negara digubal oleh Parlimen.

Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan

1. Malaysia sebuah negara Persekutuan 2. Raja Berperlembagaan 3. Demokrasi berparlimen 4. Ketertinggian Perlembagaan 5. Pengasingan Kuasa 6. Agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan 7. Kebebasan Undang-undang

Ketertinggian Perlembagaan

1. perlembagaan merupakan satu dokumen undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara. Ia juga dikenali sebagai sumber segala perundangan atau sumber rujukan perundangan tertinggi negara. 2.Konsep ketertinggian perlembagaan bermaksudtiada undang-undang lain yang boleh mengatasi perkara-perkara dalam perlembagaan. 3.Mahkamah berkuasa membatalkan mana-mana undang-undang yang digubal oleh mana-mana statut apabila didapati bertentangan dengan perlembagaan. Oleh itu semua rang undangundang adalah tertakluk kepada perlembagaan

4. mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya setakat mana yang bertentangan itu.

5. Parlimen atau badan perundangan, kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa masing-masing daripada perlembagaan dan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan.6. YDPA sebagai ketua negara juga menjalankan kuasa mengikut perlembagaan. YDPA diberi kuasa memerintah Persekutuan tetapi sebagai raja berperlembagaan, baginda dikehendaki mengikut nasihat jemaah menteri atau menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri.

7. Kebebasan asasi merupakan elemen penting dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Oleh itu perlembagaan menjamin seseorang warganegara itu tidak boleh dibuang negara, atau tidak boleh ditahan dari kembali ke tanah airnya, tidak boleh dipaksa menjadi buruh paksa dan tidak boleh dipenjarakan melainkan menurut undang-undang yang telah ditetapkan.

Pindaan Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda iaitu samada dibuat penambahbaikan atau dimansuhkan. Pindaan dibuat melalui Akta Parlimen dan mesti memenuhi syarat-syarat berikut yang telah digariskan dibawah perkara 159 dan 161E iaitu:

Syarat-syarat Pindaan Perlembagaan

Pindaan dibuat diparlimen dengan mendapat sokongan dua pertiga daripada jumlah ahli Parlimen. Sesetengah perkara yang mempunyai kepentingan khas bagi Sabah dan Sarawak, Pindaan dibuat dengan sokongan terlebih dahulu Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak sebelum sokongan dua pertiga ahli Parlimen (perkara 161E)

-Sesetengah perkara hanya boleh dipinda dengan hanya mendapat sokongan majoriti 2/3 ahli parlimen, dengan syarat diperkenan oleh Majlis Raja-raja-Sesetengah perkara boleh dipinda dengan hanya mendapat majoriti mudah tanpa persetujuan sesiapa pun di luar Majlis Parlimen ( Perkara 159 (4) )

-Pindaan perlembagaan penting untuk disesuaikan mengikut perubahan zaman.

NAMUN:

Untuk menjaga kewibawaannyaPerlembagaan Persekutuan hanya boleh dipinda mengikut kaedah-kaedah tertentu yang telah ditetapkan.

Perkara-perkara yang pernah dipinda1. Pemisahan SingapuraPemisahan mana-mana wilayah Malaysia tidak dibenarkan-namun September 1963-Singapura keluar dari Malaysia setelah pindaan dibuat dengan persetujuan 2/3 ahli Dewan Rakyat

Kekebalan Raja Peruntukan Perlembagaan melalui Akta Perlembagaan-Pindaan 1993 menyatakan Raja-raja tidak boleh dihadapkan ke mahkamah jika melakukan kesalahan Namun- sedikit pindaan telah dibuat di mana Raja-raja Melayu akan dihadapkan ke Mahkamah Khas sekiranya melakukan kesalahan. Pengubahsuaian ini demi memperkemaskan undang-undang berkenaan dan menjaga kehormatan raja

Pengurusan Bekalan Air-pindaan perlembagaan telah dibuat untuk membolehkan Kerajaan Persekutuan mengawal selia pengurusan bekalan air di peringkat Negeri yang sebelum ini dibawah seliaan Kerajaan Negeri kecuali di Sabah dan Sarawak.

Perlembagaan Negeri

Di jamin oleh perlembagaan berdasarkan kepada sistem Kerajaan Persekutuan Perlembagaan negeri melaksanakan segala kuasa-kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan dan tidak boleh bercanggah dengan peruntukan perlembagaan. Ianya terkandung dalam Perkara 71 (4) Perlembagaan Persekutuan, dalam jadual 8

-Semua Perlembagaan Negeri di Tanah Melayu mempunyai peruntukan yang sama seperti Perlembagaan Persekutuan. -Perlembagaan undang-undang negeri digubal di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan berkaitan dengan negeri berkenaan. -Perkara 75 perlembagaan menyatakan bahawa undang-undang Persekutuan mengatasi mana-mana undang-undang Negeri yang bercanggahan. -Terdapat dua peruntukan utama jadual 8: -1. Bahagian 1-peruntukan tetap (hanya untuk negeri-negeri beraja) dan peruntukan kewangan

-2. Bahagian II-Peruntukan Sementara

Kandungan Perlembagaan Negeri

Antara yang terkandung dalam Senarai Perlembagaan Negeri: A) Bidang kuasa dan kedudukan Sultan atau Yang Di Pertua Negeri B) Bidang kuasa dan kedudukan Menteri Besar/ Ketua Menteri C) Kuasa dan fungsi Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) D). Kuasa dan Fungsi Dewan Undangan Negeri

Hubungan Kerajaan Persekutuan dan Negeri berdasarkan Perlembagaan.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Pembahagian kuasa perundangan Pembahagian kuasa-kuasa pemerintah pembahagian beban kewangan Tanah Pembangunan Tanah Agihan Persekutuan kepada Negeri Majlis Negara bagi kerajaan tempatan

Fasal 74(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan, Badan perudangan Negeri boleh membuat undang-undang mengenai perkaraperkara yang disebutkan dalam senarai negeri (senarai Kedua dalam Jadual Kesembilan) atau Senarai Bersama

-bagaimanapun perkara 76 memberi kuasa kepada parlimen membuat undang-undang untuk negeri-negeri dalam hal-hal tertentu.

-Fasal 1 (b) memberi kuasa kepada Parlimen membuat undang-undang bagi maksud menyediakan persamaan undang-undang diantara dua buah negeri atau lebih. Fasal 1- jika diminta demikian oleh mana-mana Dewan Negeri.

PERUNTUKAN ISTIMEWA PERLEMBAGAAN

1. AGAMA 2. KEBEBASAN ASASI 3. KEWARGANEGARAAN 4. PERKHIDMATAN AWAM 5.BAHASA KEBANGSAAN, HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK

1. AGAMAAgama islam telah bertapak di negara ini sebelum Melaka ditakluk portugis-1511. Namun kedatangan British langsung tidak mengganggu ketenteraman agama IslamOleh itu, perkara 3 (1) memperuntukkan bahawa agama Islam ialah agama Persekutuan. Namun, dalam masa yang sama perlembagaan tetap menjamin kebebasan semua orang mengamalkan agama sendiri dengan aman dan harmoni

Perkara 3 bahagian 1 Perlembagaan

Menyatakan bahawa agama rasmi bagi Persekutuan adalah agama Islam. Namun agama lain boleh dipraktikkan dengan aman dan harmoni dimana-mana bahagian Persekutuan. Raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam di negeri masing-masing. Bagi negeri tidak beraja, YDPA menjadi ketua agama Islam.

Kepentingan Perkara 3(1)

Menjamin kedudukan agama Islam di samping menjaga kepentingan penganut agama-agama lain selain agama Islam. Kebebasan penganut agama lain terpelihara bukan sahaja diperjelaskan dalam perkara 3 bahagian 1 namun dalam perkara 11 juga Perlembagaan Persekutuan telah menjelaskan jaminan kebebasan agama bagi rakyat negara ini.

KEBEBASAN ASASI

Terdapat dua kategori kebebasan asasi rakyat iaitu: 1. kebebasan mutlak-iaitu rakyat bebas daripada perhambaan 2. Kebebasan Bersyarat- semua perkara 513 yang berkaitan dengan kebebasan asasi yang disenaraikan sebenarnya boleh di atasi oleh undang-undang.

Perkara-perkara yang Termasuk dalam Kebebasan Asasi

1. Perkara 5 (kebebasan diri) 2. Perkara 6 (Pengabdian dan Kerja Paksa) 3. Perkara 7 (Perlindungan daripada undang-undang yang berkuatkuasa kebelakangan dan pembicaraan berulang) 4. Perkara 8 (kesamarataan) 5. Perkara 9 (Pembuangan Negeri dan kebebasan Bergerak)

6. Perkara 10 ( Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan)

7. Perkara 11 (Kebebasan agama)8. Perkara 12 (hak-hak berkenaan pelajaran) 9. Perkara 13 (Pemilikan harta)

Jadual Menunjukkan Bentuk Kebebasan dan Kriteria yang PerluBentuk kebebasan (Bahagian 2 PP) 1.Kebebasan diri/nyawa (kecuali menurut undang-undang) 2.Larangan pengabdian dan kerja paksa Ciri-ciri/ kriteria i.Subjek perlu diberitahu kenapa ditangkap ii.Perlu dihadap ke mahkamah dalam 24jam 1.Subjek dilarang kerja paksa oleh individu@ institusi kecuali terlibat dengan kerahan tenaga atau dipenjarakan

3. Perlindungan -tidak seorang pun boleh penguatkuasaan undang- dihukum atas perbuatan undang terkebelakang masa lalu yang hanya menjadi kesalahan masa kini 4. Perlindungan -seseorang warganegara perbicaraan berulang tidak boleh dibicarakan semula di atas kesalahan yang sama kecuali mendapat perintah dari mahkamah 5. Kesamarataan disisi -hak perlindungan sama rata undang2 (kecuali yang semua rakyat ditetapkan oleh -tidak boleh dibezakan hak Perlembagaan). atas sebab agama, kaum, keturunan, negeri dll

6. Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak

7. Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan

8. Kebebasan beragama (kecuali menurut undang-undang)

-boleh bergerak ke mana sahaja dalam persekutuan, kecuali mengikut sekatan undang2 yang diperuntukkan dlm perlembagaan -warganegara bebas menyuarakan pandangan setakat yang tidak dikecualikan oleh undang2 @ sekatan parlimen -Islam ialah agama rasmi tetapi membenarkan agama lain diamalkan di kalangan penganutnya. Kesucian Islam dilindungi.

9. Kebebasan dalam pelajaran

-Semua rakyat berhak mendapat pelajaran

10. Hak terhadap harta

-Harta seseorang dilindungi oleh undangundang dan tidak boleh dilucutkan hartanya kecuali menurut undang2 -Tidak boleh diambil harta seseorang tanpa pampasan sewajarnya

Kewarganegaraan

Terdapat tiga aspek utama berkaitan kewarganegaraan iaitu: 1. Perolehan kewarganegaraan 2. Penolakan kewarganegaraan 3. Perlucutan kewarganegaraan

Perolehan Kewarganegaraan

Bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan Malaysia menetapkan kewarganegaraan Malaysia boleh diperolehi melalui kaedah: 1. Kaedah kuatkuasa undang-undang 2. Pendaftaran 3. Naturalisasi 4. Percantuman wilayah

JADUAL MENUNJUKKAN CARA PEROLEHAN KEWARGANEGARAAN Bentuk Perolehan Kewarganegaraan Kuatkuasa undangundang Kriteria -seseorang akan mendapat perolehan kewarganegaraan Malaysia melalui kuatkuasa undangundang apabila: 1. Dia lahir sebelum 16 September 1963 & menjadi warganegara Persekutuan 2. Lahir selepas 16 Sept. 1963

Perolehan kewarganegaraan melalui pendaftaran

-pemohon ialah isteri @ anak warganegara dan berniat untuk terus bermastautin dan berkelakuan baik -berumur 21 tahun dan ibu bapa seorang warganegara -lahir di Persekutuan sebelum 31 Ogos 1957 -pemohon ialah pemastautin di Sabah & Sarawak pd 16 Sept. 1963 Warganegara asing yang berusia 21 tahun ke atas boleh memohon kewarganegraan dengan memenuhi empat syarat iaitu:

Naturalisasi (masukan @ Permohonan)

Naturalisasi

Percantuman Wilayah

-4 syarat kewarganegaraan melalui Naturalisasi iaitu: 1. Telah bermastautin 10 dari 12 tahun di Persekutuan sebelum tarikh permohonan 2. Berniat bermastautin tetap 3. Berpengetahuan asas Bahasa Melayu 4. Pemohon berkelakuan baik -penubuhan Malaysia menyebabkan rakyat pemastautin di Singapura, Sabah dan Sarawak diserap masuk ke dalam Malaysia. Syarat ditentukan Parlimen

Penolakan Kewarganegaraan

Bab 2 bahagian 3 memperuntukkan bahawa seseorang yang secara pilihan sendiri menjadi warganegara lain dan membuat akuan yang didaftarkan oleh kerajaan Persekutuan Menurut Perkara 23, seorang warga Malaysia berumur 21 tahun ke atas boleh meminta kewarganegaraannya di tarik balik atas kemahuannya sendiri kerana menjadi warganegara lain.

Perlucutan Kewarganegaraan

Perkara 24, 25 dan 26 menyatakan sebabsebab yang boleh menyebabkan seseorang itu dilucutkan kewarganegaraan: 1. memperolehi kewarganegaraan lain (dwi warganegara) 2. Jika berada di negara asing melebihi lima tahun dan tidak mendaftar di pejabat keduataan/konsulat Malaysia. 3. Tidak setia kepada Malaysia melalui percakapan atau tindakannya.

-4. Menyokong atau bersubahat atau berurusan

dengan musuh semasa peperangan

-5. Memperoleh kewarganegaraan Persekutuan secara tidak jujur -6. perempuan asing yang kematian suami warganegara sebelum dua tahun hari jadi perkahwinan.

Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera di sabah dan Sarawak.

- Peruntukan dalam bahagian 12 Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini di anggap sensitif dan tidak boleh dipertikaikan. -merupakan satu ikrar persetujuan kaum bukan Melayu atas tolak ansur penerimaan kewarganegaraan secara Jus Soli kepada mereka -Tolak ansur antara kaum dipersetujui bersama demi menjamin kestabilan dan perpaduan negara

-perkara 153 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan beberapa keistimewaan iaitu kepada orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak: a) Pemegangan jawatan dalam perkhidmatan awam b) Pemberian biasiswa c) Pemberian permit lesen d) YDPA diperuntukkan kuasa khas bagi menjamin perkara tersebut.

Bahasa Kebangsaan

Perkara 152- menetapkan bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu Ia digunakan untuk urusan rasmi Penggunaannya di Parlimen dimestikan Maksud penggunaan rasmi ialah meliputi sebarang maksud penggunaan oleh kerajaan Persekutuan, kerajaan Negeri dan penggunaan oleh pihak berkuasa awam.

Perkhidmatan AwamPerkara 132 perlembagaan Persekutuan mengkategorikan Perkhidmatan Awam kepada: a) Perkhidmatan tentera b) Perkhidmatan kehakiman dan undangundang c) Perkhidmatan awam am Persekutuan d) Perkhidmatan awam bersama

-e) Perkhidmatan polis-f) Perkhidmatan awam negeri -g) Perkhidmatan Pelajaran -Penjawat awam dilindungi oleh perlembagaan di mana: -1. Penjawat awam tidak boleh diambil tindakan oleh pihak berkuasa yang lebih rendah daripada yang melantiknya -2. penjawat awam tidak boleh dikenakan tindakan tanpa diberi peluang munasabah untuk didengar