an dakwah melalui media penyiaran di malaysia

24
PENYEBARAN DAKWAH MELALUI MEDIA PENYIARAN DI MALAYSIA Prof. Madya Dr. Zulkiple Abd. Ghani PENDAHULUAN Asas kepada manhaj dakwah disebut oleh Allah S.W.T. dalam surah al-Nahl ayat 125 iaitu dakwah perlu menggunakan pendekatan hikmah, nasihat yang baik dan mujadalah (perbahasan) yang dikendali secara yang terbaik berobjektifkan mencari kebenaran. Ketiga-tiga asas manhaj dakwah ini dianggap boleh diaplikasi di sepanjang masa dan di mana-mana lokasi berdasarkan kesesuaian. Justeru itu, dalam sejarah penyebaran dakwah di Asia Tenggara khususnya, dakwah disebar melalui pelbagai manhaj seperti melalui dakwah fardiyyah, aktiviti perdagangan, institusi perkahwinan, institusi kesultanan dan penggunaan media (wayang kulit). Media penyiaran (broadcasting) adalah manhaj baru bagi dakwah, dan dalam konteks Malaysia, ia berusia kira-kira tiga dekad. Artikel ini akan membincangkan pengalaman media penyiaran tersebut meliputi aspek sejarah, pengurusan, bentuk-bentuk program dan aspek sambutan dan keberkesanan rancangan-rancangan agama terhadap khalayak. LATARBELAKANG DAKWAH MELALUI PENYIARAN Penyiaran di Malaysia bermula sekitar tahun 1930-an iaitu melalui kemunculan Radio Amatur Kuala Lumpur yang ke udara selama tiga kali seminggu dan setiap siaran berlangsung selama dua jam. Kerajaan kolonial British kemudiannya menubuhkan British Malayan Broadcasting Corporation pada tahun 1937 berpusat di Singapura dan apabila berlaku peperangan Dunia Kedua, stesyen penyiaran berkenaan menjadi medium utama propaganda bagi menyokong British dan sekutunya. Semasa penaklukan Jepun antara tahun 1941-1945, penyiaran beroperasi dalam skala kecil iaitu siarannya dipancarkan di antara Pulau Pinang, Melaka dan Seremban. 1 Kerajaan British kemudiannya mengambil alih dan menubuhkan Jabatan Penyiaran Malaya di mana fokus utamanya ketika itu

Upload: cik-rubi

Post on 14-Jun-2015

1.534 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: an Dakwah Melalui Media Penyiaran Di Malaysia

PENYEBARAN DAKWAH MELALUI MEDIA PENYIARAN DI MALAYSIA

Prof. Madya Dr. Zulkiple Abd. Ghani

PENDAHULUAN

Asas kepada manhaj dakwah disebut oleh Allah S.W.T. dalam surah al-Nahl ayat 125 iaitu dakwah perlu menggunakan pendekatan hikmah, nasihat yang baik dan mujadalah (perbahasan) yang dikendali secara yang terbaik berobjektifkan mencari kebenaran. Ketiga-tiga asas manhaj dakwah ini dianggap boleh diaplikasi di sepanjang masa dan di mana-mana lokasi berdasarkan kesesuaian. Justeru itu, dalam sejarah penyebaran dakwah di Asia Tenggara khususnya, dakwah disebar melalui pelbagai manhaj seperti melalui dakwah fardiyyah, aktiviti perdagangan, institusi perkahwinan, institusi kesultanan dan penggunaan media (wayang kulit). Media penyiaran (broadcasting) adalah manhaj baru bagi dakwah, dan dalam konteks Malaysia, ia berusia kira-kira tiga dekad. Artikel ini akan membincangkan pengalaman media penyiaran tersebut meliputi aspek sejarah, pengurusan, bentuk-bentuk program dan aspek sambutan dan keberkesanan rancangan-rancangan agama terhadap khalayak.

LATARBELAKANG DAKWAH MELALUI PENYIARAN

Penyiaran di Malaysia bermula sekitar tahun 1930-an iaitu melalui kemunculan Radio Amatur Kuala Lumpur yang ke udara selama tiga kali seminggu dan setiap siaran berlangsung selama dua jam. Kerajaan kolonial British kemudiannya menubuhkan British Malayan Broadcasting Corporation pada tahun 1937 berpusat di Singapura dan apabila berlaku peperangan Dunia Kedua, stesyen penyiaran berkenaan menjadi medium utama propaganda bagi menyokong British dan sekutunya. Semasa penaklukan Jepun antara tahun 1941-1945, penyiaran beroperasi dalam skala kecil iaitu siarannya dipancarkan di antara Pulau Pinang, Melaka dan Seremban.1 Kerajaan British kemudiannya mengambil alih dan menubuhkan Jabatan Penyiaran Malaya di mana fokus utamanya ketika itu ialah bagi menghadapi ancaman komunis dan ia berlarutan sehingga Malaysia mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1959, radio mula beroperasi di Kuala Lumpur manakala Televisyen Malaysia dilancarkan secara rasmi pada 28 Disember 1963.2

Menyorot sejarah awal penyiaran ini, kesimpulan boleh dibuat bahawa falsafah awal penyiaran di Malaysia adalah berasaskan falsafah pemikiran cara British. Pengaruh mereka amat kuat dengan perlantikkan Pengarah Penyiaran warga British yang pertama selepas merdeka iaitu David Lyttle. Empat tahun kemudian barulah beliau diganti dengan anak tempatan, Dol Ramli.3 Selain itu, Kanada juga dikatakan turut terlibat memainkan peranan besar dalam melatih para penyiar baik dalam aspek pembikinan program dan teknikal. Latarbelakang ini memberi gambaran bahawa falsafah penyiaran yang dilaksanakan memberi impak kepada Islam di mana Islam tidak berperanan secara

1 Asiah Sarji, “The Historical Development of Broadcasting in Malaya (1930-1957) and Its Social and Political Significant”, Media Asia, vol 9, 1982, hal. 151.2 Persatuan Penyiar Kebangsaan Malaysia, Penyiaran 4 Dekad Bersama Anda, Kuala Lumpur: Penyiar, 1987, hal 80-81.

Page 2: an Dakwah Melalui Media Penyiaran Di Malaysia

menyeluruh dalam memandu stesyen penyiaran tetapi dikendalikan melalui perspektif sekular seperti yang berlaku di Britian. Fenomena ini hampir sama di semua negara Islam akibat kebergantungan kepada teknologi penyiaran dari Barat iaitu berkaitan perkakasan penyelenggaraan dan penerbitan program. Hal ini ditegaskan oleh Boyd yang merumuskan bahawa hasil kajian beliau di lapan belas buah negara Arab di Timur Tengah mendapati: “Televisyen di Negara Arab Timur Tengah didominasi oleh cara Barat; televisyen itu sendiri adalah ciptaan Barat yang mana kandungannya adalah filem-filem Barat dan juga tradisi artisannya”4

Di peringkat awal penyiaran di Malaysia, rancangan agama hanya diberi ruang masa penyiaran yang kecil berbanding rancangan kategori hiburan. Data dari Jabatan Penyiaran Malaysia menyatakan rancangan agama pertama kali disiarkan oleh radio di pertengahan tahun 1950-an5 manakala terdapat pandangan lain yang ia hanya mula disiarkan pada awal 1960-an.6 Walaupun begitu, mengikut catatan J.A. Lent7, terdapat arahan kerajaan sejak tahun 1957 supaya siaran azan disiarkan oleh Radio Malaysia. Ini barangkali dilakukan kerana mengambil kira beberapa pengalaman negara Islam lain khususnya Arab Saudi yang mula menyiarkan siaran azan di radio sejak tahun 1949, manakala Mesir pula melakukannya pada tahun 1964.8 Begitu juga dengan siaran membaca al-Qur’an di permulaan dan penutup rancangan. Seorang penyiar memberi komen tentang rancangan agama di peringkat awal ini seperti berikut:

“Semasa tahun-tahun awal [siaran agama] penglibatan ulama sangat terhad, sama ada dalam aspek penulisan skrip atau pun aspek penyampaian program. Alasan-alasannya ialah kerana tidak ada perancangan di organisasi penyiaran dan juga tiada peruntukkan kewangan. Para pendengar pada waktu itu juga sangat terbatas berbanding dengan sekarang”.9

Siaran rancangan agama menjadi lebih aktif di sekitar hujung tahun 1960-an apabila Bahagian Melayu dipertanggungjawabkan untuk menerbitkan rancangan-rancangan agama dan beberapa orang penyiar yang mempunyai latarbelakang pendidikan agama mula dilantik sebagai penerbit walaupun di peringkat awal perlantikan mereka tidaklah khusus sebagai penerbit rancangan agama.10 Akibat tuntutan dan desakan masyarakat Islam yang makin tinggi supaya lebih banyak rancangan agama disiarkan melalui radio dan TV, pada tahun 1971, sebanyak tiga belas buah rancangan agama disiarkan melalui Radio Malaysia dalam tempoh seminggu iaitu rancangan Islam dan Masyarakat, Pendidikan Islam, Sinar Islam, Fardu Jumaat, Kandungan Kitab Suci, Kursus al-Qur’an, Nasyid, Selintas Kisah, Renungan Sepintas Lalu, Berkat Ilahi, Doa, Azan dan Bacaan al-Qur’an. 11 Program agama di televisyen pula bagaimanapun hanya disiarkan selama tiga puluh minit seminggu sehingga tahun 1973 disebabkan oleh

5 Jabatan Penyiaran Malaysia, “Garis Panduan Rancangan-Rancangan Agama dan Dakwah Radio-TV Malaysia”, Kuala Lumpur, Oktober 1982, hal. 2. 6 Haji Azharudin Hussein, “The Role of Electronic Media in the Preaching of Islam: The RTM Experience, kertas kerja di bentangkan di Conference on Communication from the Islamic Perspective, Shah Alam, 5-7 Oktober, 1989, hal 1. 7 John A. Lent, “Television in Malaysia”, Television Quarterly, vol. VIII, May-Julai 1976, hal. 51-55.8 Boyd. Op. cit. , hal 23-24.9 Haji Azharuddin Hussein, op. cit., hal. 1.

2

Page 3: an Dakwah Melalui Media Penyiaran Di Malaysia

kerumitan aspek teknikal yang lebih sukar berbanding dengan radio. Menyedari kelemahan tersebut, RTM mewujudkan Unit Agama dan Dakwah (UAD) selaras dengan penstrukturan semula unit-unit lain seperti Unit Berita, Drama, Hiburan, Hal Ehwal Awam dan Pembangunan dan Pertanian.

Dengan penstrukturan baru ini, 8 kakitangan tetap di UAD dilantik bagi menerbitkan rancangan-rancangan agama di radio dan televisyen. Jumlah kakitangan ini kemudiannya ditingkatkan kepada 29 orang (enam darinya adalah kakitangan sementara) pada tahun 1976 manakala kuantiti programnya meningkat sehingga 120 rancangan seminggu terutama sekali akibat pemerolehan teknologi baru yang membolehkan RTM menyiarkan siaran langsung beberapa rancangan seperti sambutan Maulidur Rasul.12. Selain itu, rancangan agama dalam bahasa Inggeris, Cina dan Tamil juga mula disiarkan melalui empat rangkaian radio yang wujud ketika itu. Rancangan agama di televisyen berkembang agak perlahan walaupun dilakukan beberapa perubahan pentadbiran disebabkan masalah teknikal dan kemahiran penerbitan, dan menyedari perkara tersebut, pentadbiran UAD radio dan televisyen akhirnya dipisahkan bagi mengukuhkan penerbitan rancangan-rancangan agama televisyen khususnya dengan penambahan kakitangan baru. Walaupun RTM telah meningkatkan struktur UAD setaraf dengan unit-unit lain, namun sebenarnya tiada polisi tertentu untuk melantik mereka yang mempunyai kelulusan agama untuk bertugas sebagai penerbit. Tambahan pula tiada sebuah pun institusi pengajian tinggi agama yang mengeluarkan graduan yang mahir dalam aspek penyiaran. Justeru itu, terdapat pelbagai kelayakan bagi mereka yang bertugas di UAD termasuk mereka yang berkelulusan Diploma dalam media massa dari Institut Teknologi Mara dan Ijazah dari Universiti al-Azhar.

Rancangan-rancangan agama di radio dan televisyen dikatakan disasarkan untuk memenuhi beberapa objektif seperti berikut:

a) Untuk menguatkan akidah umat Islam supaya dapat mengelakkan daripada pengaruh ajaran yang bertentangan dengan Islam dalam konteks membasmi ajaran sesat.

b) Untuk memupuk semangat cintakan Allah, Rasul dan negara dalam konteks mukmin yang sebenar,

c) Memupuk semangat perpaduan, muhibbah dan toleransi dalam kontkes Islam agama untuk kesejahteraan,

d) Mendorong umat Islam kuat berusaha, berdikari dan mengejar setiap lapangan kemajuan dalam knoteks Muslim yang kuat dan maju lebih diredai oleh Allah dari Muslim yang lemah,

e) Memupuk nilai-nilai kerohanian yang murni supaya tidak dipesongkan oleh nilai-nilai yang bertentangan dengan Islam dalam konteks kesempurnaan ajaran Islam dan tidak ada ajaran lain yang mengatasi kesempurnaannya, dan,

f) Untuk menyerap kepercayaan tentang keluhuran Islam dengan menekankan konsep ‘al-din’ atau ‘The Way of Life’ berasaskan agama Islam itu sentiasa sesuai dengan sebarang masa, keadaan dan tempat.13

13 Wardziah Abd. Rahman, “Agama dan Anda” dalam Penyiaran 4 Dekad Bersama Anda, op. cit., hal 97.

3

Page 4: an Dakwah Melalui Media Penyiaran Di Malaysia

Objektif ini telah dijadikan sebagai garis panduan kepada para penerbit dalam merangka jenis dan bentuk rancangan yang ke udara. Panduan lain ialah falsafah umum pengendalian RTM secara keseluruhan iaitu berdasarkan falsafah Rukun Negara. Walaupun terdapat falsafah dan garis panduan dalam pengendalian rancangan agama, faktor dalaman dan luaran masih tetap wujud dan mempengaruhi dalam membuat keputusan, umumnya sama seperti operasional organisasi RTM keseluruhannya seperti yang ditegaskan oleh Jaafar Kamin dan V. Lowe: “A very pious political head is known to have forbidden scenes showing couples (Muslim with non-Muslim) in an affectioned situation”.14

Isu mengenai keberkesanan rancangan-rancangan agama yang disiarkan melalui radio dan TV sentiasa muncul dari semasa ke semasa dalam masyarakat. Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam yang dilancarkan oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed (sekarang Tun) telah memberi kesan mendalam kepada RTM secara keseluruhan dengan bertambahnya peningkatan kuantiti dan kualiti rancangan-rancangan agama di radio dan TV. Bagi menangani isu ini secara lebih efektif, pada 10 Mac 1994, UAD di RTM telah dipindahkan secara rasmi ke Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri dengan alasan Bahagian tersebut lebih menguasai isu berkaitan mauduk Islam. Secara spesifik, Bahagian ini dipertanggungjawabkan untuk:

a) Menyelaras kandungan rancangan agama di radio dan TVb) Menentukan pemilihan dan penyertaan penceramah-penceramahc) Menyelaraskan kandungan dan penceramah bagi penerbitan di radio 3 [negeri dan

daerah)d) Menyediakan program agama dalam bentuk ‘pakej’ untuk siaran di TV3 dan

Metrovision, dane) Menyediakan program agama yang sesuai dalam bentuk video untuk keduataan

Malaysia di luar negara.15

Dalam penstrukturan tersebut, RTM masih terus memberi kemudahan dari aspek teknikal, produksi dan penyiaran. Bahagian ini kemudiannya dikenali sebagai Bahagian Media Elektronik dan Penyiaran (MEP), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

BENTUK DAN JENIS RANCANGAN

Rancangan-rancangan agama di radio dan TV lebih dikenal dalam bentuk bacaan al-Qur’an, doa, azan, ceramah, forum, kapsul, dokumentari dan siaran-siaran khas sempena sambutan hari-hari tertentu dalam kalender Islam. Sejak penyiaran menjadi medium untuk menyampaikan mesej dakwah, pendekatan penyampaian melalui rancangan-rancangan agama agak stereotaip. Rancangan yang dianggap tertua, contohnya Kursus Membaca al-Qur’an yang disiarkan di radio dan TV menggunakan pendekatan pembelajaran dalam kelas di mana guru al-Qur’an akan membaca dan menerangkan hukum-hukum tajwid berkaitan, kemudian meminta murid-murid yang berada di dalam kelas mengikut dan kemudian beliau membetulkan bacaan mereka.16 Rancangan ini

15 Memorandum Arahan kabinet bil 2988/1933/94, 4 Mei 1994.

4

Page 5: an Dakwah Melalui Media Penyiaran Di Malaysia

dirakamkan di studio dan menjadi antara bentuk rancangan yang paling lama bertahan sehinggalah kaedah baru iaitu melalui phone-in diperkenalkan.

Bagi rancangan agama yang disiarkan oleh RTM, purata masa siaran bagi rancangan agama berbanding rancangan kategori lain berada dalam lingkungan 10 %. Ini termasuk siaran beberapa acara rasmi negara berkaitan agama Islam seperti siaran langsung tilawah al-Qur’an peringkat kebangsaan dan antarabangsa dan sambutan Maal Hijrah. Berdasarkan data yang diperolehi dari MEP, kedudukan purata masa siaran rancangan agama bagi radio pada tahun 1999 adalah seperti dalam jadual 1 di bawah:

Jadual 1 Masa/Minggu bagi Rancangan-Rancangan Agama Radio 1999.

Bil. Radio Purata jam/seminggu

1. Radio 1 22’2. Radio 4 (Inggeris) 3’ 45”3. Radio 5 (Mandarin) 3’ 30”4. Radio 6 (Tamil) 7’5. Radio 7 (Temiar & Semai) 2’6. Suara Islam 4’7. Radio Negeri Sarawak 17’8. Radio Negeri Kelantan 8’ 23”9. Radio Negeri Johor 9’ 05”10. Radio Negeri Sabah 35’ 10”11. Radio W. Persekutuan Labuan 10’ 30”12. Radio Negeri Sembilan 4’ 56”13. Radio Negeri Pulau Pinang 10’ 15”14. Radio Negeri Kedah 10’15. Radio Negeri Perak 15’ 25”16. Radio Negeri Perlis 9’ 45”17. Radio Negeri Melaka 12’ 09”18. Radio Negeri Terengganu 11’ 05”19. Radio Negeri Pahang 8’ 25”20. Radio Negeri Selangor 12’ 56”21. Radio W. Persekutuan K. Lumpur 1’

Sumber: MEP, JAKIM, Kertas Laporan Mengenai Rancangan-Rancangan Agama Terbitan Bahagian MEP, JAKIM untuk Siaran Melalui Radio dan TV, 3 Ogos 1999.

Semua rancangan agama di radio memberi fokus kepada menyampai informasi, mendidik dan hiburan bermesej iaitu melalui nasyid. Rancangan seperti Kapsul Agama, Pagi Syahdu, Intisari al-Qur’an, Muslimah, Rumahku Syurgaku dan Ke Arah Kesejahteraan (lihat lampiran A) memberi perhatian kepada isu-isu kekeluargaan,

5

Page 6: an Dakwah Melalui Media Penyiaran Di Malaysia

sejarah, kemasyarakatan, akidah, ekonomi, kesihatan dan isu gender. Terdapat beberapa rancangan yang disiarkan secara langsung seperti Dinamik, Teladan, Tamadun serta Solat Fardu Jumaat. Dalam rancangan kategori ini, ada yang memberi peluang kepada khalayak untuk berinteraksi dengan tetamu jemputan melalui telefon seperti rancangan Dinamik yang disiarkan pada jam 1.30 tengahari di Radio 1 setiap hari Isnin-Khamis. Kebanyakkan siaran mengambil masa antara 5 hingga 30 minit dengan pelbagai pendekatan dan selingan untuk mengekalkan minat pendengar.

Di peringkat perancangan, setiap rancangan didapati menyatakan objektif dan format rancangan yang memandu penerbit dengan jelas dalam proses penerbitannya. Contohnya, rancangan Rumahku Syurgaku dicatatkan berobjektifkan: “Membina sebuah keluarga yang bahagia, rumahtangga bagaikan syurga”. Formatnya dicatatkan untuk mengikut beberapa peringkat iaitu muzik pengenalan, mukaddimah, selingan, skrip sisipan, bahan (artis jemputan 1), skrip sisipan, lagu, skrip sisipan, selingan, skrip sisipan, bahan (artis jemputan 2), skrip sisipan, selingan dan penutup.17 Ini adalah antara bentuk rancangan yang tidak begitu sukar untuk diterbitkan. Oleh kerana radio hanya bergantung kepada deria pendengaran, skrip ceramah disampaikan berselang seli dengan lagu selingan untuk mengekalkan minat pendengar serta memastikan keberkesanannya berada pada tahap maksimum.

Radio Tiga di negeri –negeri memperuntukan ruang masa yang berbeza-beza seperti yang dapat dilihat dalam Jadual 1 di atas. Radio Negeri Sabah, Sarawak dan Perak memperuntukkan ruang masa yang besar kepada rancangan agama iaitu masing-masing 35 jam 10 minit, 17 jam dan 15 jam 25 minit seminggu berbanding negeri lain, dan yang terkecil ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Radio Negeri Sembilan iaitu masing masing 1 jam dan 4 jam 56 minit. Selain itu, rancangan agama di radio 4 (Inggeris), Radio 5 (Mandarin) dan Radio 6 (Tamil) lebih tertumpu kepada bentuk kapsul yang memberi maklumat pendek tentang Islam dalam lingkungan lima minit bagi setiap siaran. Radio 6 (Tamil) diperuntukkan ruang masa siaran rancangan agama lebih panjang berbanding Radio 4 dan 5 kerana untuk memenuhi keperluan warganegara India Muslim. Terdapat 15 jenis rancangan agama seminggu di Radio 6 meliputi bentuk kapsul, ceramah, forum, drama dan dialog. Jambatan Persahabatan contohnya disiarkan dalam bentuk forum yang cuba membentuk jalinan persahabatan antara warga India Muslim 17 MEP, Kertas Penilaian Keberkesanan, op. cit.3 Ibid., hal 20-24.4 Douglas A. Boyd, Broadcasting in the Arab World: A Survey of Radio and Televisyen in the Middle East. Philadelphia: Temple University press, 1982, hal. 9.10 Antara mereka yang bertanggungjawab menerbitkan rancangan agama di peringkat ini ialah Ustaz Haji Abdul Ghani Lutfi, Ustaz Mohd. Noori Ali, Ustaz Mohd. Said Mohd. Saman dan Ustazah Wan Halimah Wan Ali. Temubual dengan Ustazah Wan Halimah Wan Ali (Februari 1994) yang mula berkhidmat dengan RTM pada tahun 1964. 11 Abu Bakar Ahmad, Dakwah Islam Melalui Radio dan TV”, dalam Kumpulan Kuliah dan Syarahan dalam Kursus latihan bagi Kadi dan Kursus Pegawai-Pegawai Penerangan Ugama dan Mubaligh Seluruh Malaysia, Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri , 1971, hal. 59-60.12 Jabatan Penyiaran Malaysia, Kertas Kerja Upgrading Bahagian Agama dan Dakwah, Kuala Lumpur, 1982, hal 4-5.14 Vincent Lowe dan Jaafar Kamin, TV Programme Management in a Plural Society, Singapore: Asian Mass Communication Research and Information Centre, 1982.16 Kamaludin Laila, “Muqaddam di Televisyen Alami Perubahan”, Utusan Qiblat, Mac 1990.

6

Page 7: an Dakwah Melalui Media Penyiaran Di Malaysia

dan yang bukan Islam. Tidak ketinggalan ialah rancangan agama di Radio 7 yang difokuskan kepada Orang Asli iaitu dalam Bahasa Temiar dan Semai berbentuk kapsul pendek dan drama. Rancangan berbentuk drama disiarkan pada setiap hari Jumaat selama 15 minit dengan sasarannya kepada masyarakat Orang Asli beragama Islam dan bukan Islam.

Bagi TV pula, tempoh masa rancangan agama dalam masa seminggu yang disiarkan melalui TV1 dan TV2 adalah seperti dalam jadual 2 di bawah:

Jadual 2 Masa/Minggu Rancangan Agama di TV 1999.

Bil Rangkaian TV Purata jam/minggu

1. TV1 15 jam2. TV2 3 jam

Sumber: MEP, JAKIM, Kertas Laporan Mengenai Rancangan-Rancangan Agama Terbitan Bahagian MEP, JAKIM untuk Siaran Melalui Radio dan TV, 3 Ogos 1999.

Sebanyak lima belas rancangan disiarkan oleh TV1 dalam tempoh seminggu iaitu rancangan Mutiara, Lughatul Arabiyah,Forum Perdana Ehwal Islam,Ilham Suci, Hawa, Nasyid Selingan, Solat Jumaat, Furqan, Diari, Adikku Sayang, Muhasabah Diri, Islam dan Kehidupan, Keluarga, Seni Islam dan Hiwar. Bagi TV 2 pula 4 rancangan disiarkan seminggu iaitu Uswah dalam bahasa Tamil yang ditujukan kepada masyarakat India Muslim, Iman dalam bahasa Mandarin yang ditujukan kepada masyarakat Cina Muslim, Pedoman dan Thought for the Day dalam bahasa Inggeris untuk tontonan umum. Rancangan dalam bahasa Cina dan Tamil ini juga difokus untuk meningkatkan pengetahuan penonton bukan Islam kepada ajaran Islam bagi tujuan integrasi nasional.

Jika dilihat kepada keseluruhan rancangan agama di TV, ia disusun untuk meliputi semua sasaran khalayak iaitu dari golongan dewasa, remaja, wanita dan kanak-kanak. Ia disampaikan dalam bentuk ceramah, forum, majalah, dokumentari, dokudrama dan nasyid selingan. Rancangan Forum Perdana Ehwal Islam, iaitu rancangan forum yang diubahsuai dari rancangan asal Sinar Islam boleh dikatakan antara rancangan agama yang pernah muncul antara sepuluh rancangan TV paling popular pernah disiarkan dengan jumlah penonton melepasi satu setengah juta orang pada tahun 1996-97. Ia bergantung kepada beberapa aspek iaitu masa siaran pada waktu perdana, kredibiliti panel jemputan dan sensitiviti keislaman semasa masyarakat. Selain itu, sebagai stesyen penyiar rasmi kerajaan, RTM menyiarkan pelbagai rancangan khas sempena hari-hari kebesaran Islam yang disambut di dalam kalender Islam seperti sambutan Maal Hijrah, Solat Tarawih dari Mekah dan Tadarus di bulan Ramadan, Ibadat Haji, Maulidur Rasul serta Tilawah al-Qur’an peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti yang boleh dilihat dalam Lampiran C.

Tumpuan masa bagi rancangan agama di radio dan TV ialah pada waktu pembukaan dan penutup siaran, waktu petang antara jam 6.30 petang hingga 7.00 malam dan pada hari Jumaat iaitu hari yang yang dianggap paling mulia dalam Islam (lihat

7

Page 8: an Dakwah Melalui Media Penyiaran Di Malaysia

lampiran A dan B). Walaupun begitu, terdapat beberapa rancangan tertentu yang pernah diberi ruang siaran pada waktu perdana (8.00 malam-9.30 malam) seperti Forum Perdana Ehwal Islam dan Diskusi. Waktu perdana jarang diberi kepada rancangan agama kerana dikatakan tidak banyak pihak yang sanggup tampil menaja rancangan-rancangan berkaitan berbanding dengan rancangan berbentuk hiburan. Antara syarikat dan badan yang pernah menaja rancangan agama ialah Zaitun Idustries Sdn. Bhd. dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YPEIM).

Selain RTM, di kalangan stesyen swasta yang agak aktif ialah TV 3 yang turut menyiarkan rancangan-rancangan agama seperti al-Kulliyah, Jejak Rasul, Kuiz Yang Arif, al-Hidayah dan al-Din khususnya melalui Unit Penerbitan Pendidikannya. Berbanding dengan RTM, rancangan agama di stesyen penyiaran swasta lebih kecil jumlahnya walaupun adakalanya corak persembahan sesuatu rancangan lebih menarik dan tinggi sambutan khalayak seperti yang pernah dialami oleh rancangan Jejak Rasul.

Apakah mauduk yang dipersembahkan oleh rancangan-rancangan agama dalam dunia penyiaran di negara kita? Soalan ini adalah antara isu yang pernah dikaji oleh beberapa penyelidik dalam tempoh tertentu untuk mengetahui isi kandungan penyiaran. Sebagai contoh, dalam kajian Ahmad Lutfi terhadap 60 tajuk Forum Perdana Ehwal Islam yang dirakam di antara 10-3-1996 hingga 10-12- 1996, beliau membahagikan tajuk-tajuk tersebut kepada tema berkaitan akidah, syariah dan akhlak. Beliau mendapati kandungan berkaitan akhlak adalah lebih dominan (24 tajuk) berbanding dengan tema akidah (13 tajuk).18 Contoh tajuk berkaitan akhlak ialah Nilai Kasih Sayang dan Kebahagiaan, Penderaan, Amanah dalam Kehidupan, Hasad Dengki Penghalang Kemajuan, Anak Soleh Harta Paling Berharga, Nilai Murni Teras Kehidupan dan Keruntuhan Akhlak… Di Mana Noktahnya. Sementara itu, tema akidah digarap bertujuan menyebarkan mesej berkaitan untuk mengukuhkan pegangan akidah khalayak berdasarkan isu-isu yang timbul dalam masyarakat. Contohnya tajuk Syiah Pemecah Ummah dan Akidah Asas Kebangkitan Ummah adalah respons kepada isu kewujudan kumpulan tertentu yang dianggap cuba mengamalkan ajaran yang berbeza dengan pegangan majoriti umat Islam iaitu akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Selain itu, tema berkaitan syariat juga di ketengahkan seperti tajuk Amar Makruf Nahi Munkar, Solat Tiang Agama, Perkahwinan… Sekadar Zuriat, Masjid… Sekadar Persinggahan, Fadilat Ramadan dan Penghayatan Aidilfitri. Pelbagai mauduk Islam disiarkan kepada khalayak sasaran dengan harapan mereka akan mengambil iktibar dan pengajaran ke arah mengubah sikap untuk menjadi insan cemerlang yang mempunyai maklumat Islam dan kukuh jati dirinya.

SAMBUTAN DAN KESAN RANCANGAN AGAMA

Terdapat pelbagai teori pernah dikemukakan tentang kesan penyiaran kepada masyarakat. Di peringkat awal penyiaran diperkenalkan, anggapan utama ketika itu ialah media penyiaran mempunyai kesan yang cukup kuat untuk mempengaruhi khalayak sehingga timbul pelbagai teori berkaitan seperti Teori Peluru Ajaib, Teori Jarum Suntikan dan

18 Ahmad Lutfi Ibrahim, Penyebaran Dakwah di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM): Kajian Khusus Forum Perdana Ehwal Islam, Latihan Ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia 1996/97.

8

Page 9: an Dakwah Melalui Media Penyiaran Di Malaysia

Teori Lilitan Talipinggang. Teori-teori ini mengandaikan bahawa setiap individu yang terdedah kepada kandungan media penyiaran, mesej akan ‘disuntik’ secara langsung lalu membentuk pemikiran dan mengubah sikap mereka seperti yang dikehendaki oleh pengurus media.

Namun dalam kajian lain kemudiannya, didapati khalayak mempunyai hak untuk memilih mendedahkan diri kepada mesej tertentu yang kemudian dinamakan sebagai Teori Pendedahan Terpilih. Teori ini beranggapan khalayak tidak pasif iaitu mereka selalunya akan menentukan apakah kandungan yang mereka ingin mendedahkan diri berdasarkan minat dan kecenderungan. Teori yang hampir sama anggapannya ialah “switch on/ switch off”, iaitu khalayak akan menukar dan memilih-milih rangkaian kegemaran mereka. Selain itu, terdapat juga kajian yang merumuskan sebenarnya khalayak akan menjadi penentu dalam pemilihan kandungan untuk memuaskan keperluan masing-masing yang dikenali dengan Teori Kegunaan dan Kepuasan. Mereka akan memilih rancangan mana yang diminati atas asas memberi kepuasan kepada diri sendiri.

Jika dilihat kepada perbincangan tentang kesan media penyiaran kepada khalayak di negara ini, di pihak pengiklan mereka mempunyai anggapan yang pasti bahawa media penyiaran khususnya televisyen mempunyai pengaruh yang cukup kuat. Justeru itu, pengiklan sanggup membayar sehingga RM 19,100 bagi tempoh 60 saat pada waktu perdana di antara jam 8.21-8.50 malam di TV1 dan RM 9690 bagi tempoh yang sama pada jam 7.00-9.30 malam di TV3.19 Sikap di pihak khalayak pula akan menentukan kesan perancangan dan pelaksanaan sesebuah rancangan. Oleh itu, pihak penyiar khususnya penerbit akan berusaha menentukan sesebuah program yang dirancang akan memenuhi keperluan sasaran khusus yang dipilih. Mengikut data dari AC Neilson dan Kementerian Penerangan Malaysia, pada tahun 2001, potensi penonton TV di Malaysia ialah seramai 7.3 juta orang manakala bagi radio pula ialah sebanyak 7.5 juta orang (bagi khalayak berumur 15 tahun ke atas) purata bagi tempoh seminggu.20 Jika diambil separuh dari jumlah berkenaan iaitu yang beragama Islam berdasarkan kepada komposisi penduduk negara, ini bermakna rancangan-rancangan agama yang disiarkan oleh media penyiaran mampu menjangkau lebih 3.5 juta khalayak Muslim secara puratanya dalam tempoh seminggu. Jumlah ini tentunya cukup besar bagi tujuan pembentukan pendapat dan penyampaian maklumat Islam.

Bagaimanakah sambutan dan kesan rancangan agama di media penyiaran negara ini? Jawapan kepada soalan ini secara umum ialah kesannya adalah pelbagai, bergantung kepada sikap individu yang memilih untuk mendedahkan diri kepada rancangan berkenaan. Kesan amat berkait rapat dengan sambutan kepada rancangan yang disiarkan. Bagi rancangan agama di radio, Bahagian Penyelidikan, Kementerian Penerangan Malaysia (KPM) telah menjalankan kajian sendiri pada tahun 1994 iaitu dengan menggunakan panel pendengar RTM serta diedarkan juga secara random kepada 88 daerah di Semenanjung Malaysia (10 soalselidik setiap daerah). Dari 1064 borang soalselidik yang dikembalikan, dapatannya menunjukkan bahawa 800 responden (75%) 19 Rahmah Hashim, Dasar Penswastaan Negara: Kesannya Kepada Industri Penyiaran elevisyen

diMalaysia, Bangi: Jabatan Komunikasi, UKM, 1997, hal. 40-42. 20 Haji Abdul Rahman bin Hamid, “RTM dalam Era Globalisasi: Harapan dan Cabaran”, kertas kerja dibentangkan di Seminar Penyiaran dan Masyarakat, Universiti Putra Malaysia, 5 September 2002.

9

Page 10: an Dakwah Melalui Media Penyiaran Di Malaysia

menyatakan mereka mendengar rancangan agama di radio dalam tempoh tiga bulan lepas, manakala 264 orang (25%) mengatakan tidak. Dapatan ini menunjukkan sambutan yang diberikan kepada rancangan agama boleh dikatakan memberansangkan walaupun jumlah masa yang diperuntukkan oleh setiap responden adalah berbeza. Bagi mereka yang memberi jawapan “tidak” (25%), pelbagai alasan dikemukakan seperti “tidak berminat” (59%), “tiada masa”, “mendengar program lain”, “tidak mengetahui sebarang program agama”, dan “rancangan agama tidak menarik”. Walaupun jumlah ini agak kecil, namun terdapat asas yang kuat untuk membaiki kelemahan yang wujud dalam penyiaran program agama di radio.

Menariknya, terdapat beberapa dapatan yang berbeza dari anggapan awal iaitu penduduk di kawasan bandar lebih mendengar rancangan agama di radio berbanding kawasan kampung (di Radio 1 nisbahnya ialah 54:46) dan golongan lelaki melebihi perempuan (nisbah Radio 1, 69:39). Trend yang biasa difahami berkenaan karakter pendengar radio ialah golongan wanita di kawasan luar bandar lebih cenderung mendengar radio berbanding lelaki. Barangkali andaian yang boleh dilakukan ialah kerana waktu awal pagi dan petang ketika rancangan agama banyak disiarkan adalah waktu yang sibuk bagi golongan wanita untuk menyediakan sarapan pagi dan makan malam berbanding dengan golongan lelaki. Sementara itu, kesedaran keislaman dan penghayatan Islam umat Islam di kawasan bandar sejak isu kebangkitan Islam bermula pada awal tahun 1970-an melebihi kawasan luar bandar. Trend ini boleh dilihat ketika waktu solat Fardu Jumaat yang selalunya melimpah ke luar kawasan masjid di kawasan bandar berbanding luar bandar. Mendengar radio pula boleh dilakukan dalam keadaan ‘bersahaja’ seperti ketika memandu kenderaan atau memasak.

Sementara itu, bagi penonton rancangan agama di televisyen, dalam dua kajian yang dikeluarkan oleh KPM iaitu pada tahun 1983 dan 1990 juga mendapati trend yang hampir sama dengan pendengar radio. Data tahun 1983 menunjukkan 98 % responden dari jumlah keseluruhan 399 orang mengaku pernah menonton rancangan agama di TV, manakala dalam kajian pada tahun 1990, daripada 771 orang responden didapati 93% dari mereka menonton rancangan berkenaan.21 Jumlah ini boleh dijadikan bukti bahawa media penyiaran mempunyai signifikasi yang kukuh untuk menjadi medium penyebaran dakwah yang menjangkau khalayak yang ramai. Kajian ini juga mendapati tiada perbezaan ketara antara trend penontonan bagi lelaki dan wanita seperti yang berlaku kepada radio, begitu juga dengan kawasan bandar dan luar bandar. Kesannya kepada setiap individu bagaimanapun adalah berbeza kerana terdapat beberapa penemuan dalam kajian-kajian lain yang mendapati ada antara para penonton TV yang bersikap menonton apa sahaja yang disiarkan, menonton sambil makan, membaca dan pelbagai aktiviti lain tanpa perhatian sepenuhnya kepada apa yang ditonton.

Apa yang menarik berkenaan rancangan agama di TV ialah kemunculan rancangan Forum Perdana Ehwal Islam sebagai antara 10 rancangan paling popular di TV di sekitar tahun 1996-1997 di mana sambutan penonton seringkali melepasi jumlah 1 juta orang. Jadual 3 di bawah menunjukkan sebahagian dari rating rancangan tersebut

21 Bahagian Penyelidikan, Kementerian Penerangan Malaysia, “Laporan Kajian Rancangan Agama Islam TV Malaysia 1983”, dan “Laporan Kajian Rancangan Agama TV Malaysia 1990”, Kuala Lumpur.

10

Page 11: an Dakwah Melalui Media Penyiaran Di Malaysia

dalam tahun berkenaan. Pelbagai faktor menyumbang kepada pencapaian cemerlang bagi rancangan tersebut. Contohnya, selain barisan ahli panel yang dihormati, tajuk Fadilat Ramadan menarik jumlah penonton hampir 2 juta orang kerana disiarkan sehari sebelum bulan Ramadan di mana sentimen kesedaran keagamaan umat Islam berada pada tahap yang tinggi dan disiarkan pada waktu perdana.

Jadual 3 Rating Penonton Forum Perdana Ehwal Islam 1996-97

Tarikh Siaran

Masa Siaran

Jumlah Penonton (‘000)

Tajuk Pengerusi/ahli panel

19.12.1996 21.08 1268 Keluarga Bahagia Asas Kecemerlangan

Mohd. Adam Mohd. SaidDr. Badrul Amin Hj. BahronLt. Kol. Jamil Khir BaharomHajah Noraini Ahmad

26.12.1996 21.04 977 Islam Agama Kemajuan

Ahmad Bashir AzizDato’ Md. Hashim YahyaUst Baderudin Hj. AhmadUstaz Zulkifli Mohd. Yusof

2.1. 1997 21.05 1410 Istiqamah Mohd. Redzuan Tee AbdullahDato’ Dr. S. Othman al-HabsheUst. Tuan Ibrahim Tuan ManUstaz Zulkifli Mohd. Yusof

9.1.1997 21.11 1923 Fadhilat Ramadan Mohd. Redzuan Tee AbdullahUst. Uthman MuhammadyDato’ Dr. Mokhtar ShafieDato’. Mohd. Nooh Gadut

16.1.1997 21.06 1396 Pembaziran dalam Islam

Ruslan Hj. KasimDato’ Dr. Abdullah Muhammad ZinDr. Badrul Amin Hj. BahronProf. Madya Alias Othman

Sumber: Ubahsuai Survey Research Malaysia dan Ahmad Lutfi Ibrahim, op. cit

Oleh kerana pengukuran kesan rancangan agama kepada individu adalah sukar, ia selalunya dilihat dalam bentuk yang lebih umum iaitu dengan menganggap rancangan tersebut boleh mengukuhkan persepsi seseorang individu terhadap sesuatu isu. Teori Penyuburan selalunya digunakan iaitu dengan anggapan sesuatu isu yang diulang berkali-kali akan mempengaruhi khalayak terutama apabila mereka perlu membuat keputusan. Dalam soal selidik berkaitan rancangan agama di radio dan TV, soalan seperti “adakah anda menunggu rancangan agama yang anda minati?”, didapati jawapan responden tidak begitu memberansangkan. Ini bermakna mereka mendengar atau menonton tanpa merancang. Dalam trend seperti ini, bagi rancangan yang disusun secara bersiri, keberkesanan mauduk tidak akan berlaku sepenuhnya.

Trend sambutan penonton terhadap rancangan agama didapati tidak dapat bertahan lama, antaranya disebabkan pelbagai cabaran yang muncul dalam masyarakat serta minat dan sentimen keislaman yang berubah-ubah. Kewujudan stesyen radio dan TV swasta baru seperti NTV7, ASTRO (menyediakan 22 rangkaian TV dan 8 perkhidmatan radio) dan 8TV menjadi cabaran utama khususnya kepada rancangan agama di RTM. Timbalan Ketua Pengarah (Rancangan), RTM, Haji Abdul Rahman Hamid turut mengakui bahawa RTM ketinggalan jauh di belakang

11

Page 12: an Dakwah Melalui Media Penyiaran Di Malaysia

TV3 dan NTV7 dalam pelbagai kategori rancangan. Contohnya data dari AC Neilson pada minggu pertama September 2001 menunjukkan Berita Perdana di TV1 hanya ditonton oleh 350 ribu penonton berbanding dengan Buletin Utama TV3 iaitu sebanyak 1.5 juta orang.22 Imej umum rangkaian penyiaran juga dikatakan turut mempengaruhi rancangan lain. Mungkin kerana itu didapati rancangan al-Kulliyah yang disiarkan oleh TV3 setiap petang Jumaat masih dapat bertahan dengan jumlah penonton dalam lingkungan 300 hingga 550 ribu orang. Trend pemilihan rangkaian ini secara tidak langsung turut menjejaskan rating bagi rancangan agama yang banyak disiarkan oleh RTM.

Jadual 4 di bawah memperlihatkan secara lebih jelas trend penurunan jumlah penonton bagi rancangan-rancangan agama di TV bagi minggu terpilih tahun 2002. Rancangan Forum Perdana Ehwal Islam berada di tangga 38 dari 300 rancangan popular TV, manakala sebahagian besar rancangan lain tidak termasuk dalam kategori ini. Memandangkan Forum Perdana Ehwal Islam pernah menduduki antara 10 rancangan paling popular, barangkali ia memerlukan suntikan baru dari segi persembahan dan panelis untuk mengubah imej stereotaip lama. Selain dari khalayak tetap yang sedia ada, usaha untuk memperolehi khalayak baru perlu difokus supaya sejarah kecemerlangan rancangan tersebut boleh digilap kembali.

Jadual 4 Posisi Rancangan Agama TV dalam 300 Rancangan Popular (‘000)

Rancangan Posisi Jumlah penonton 29/9- 5/10/ 02

Jumlah penonton 22/9-28/9/ 02

Posisi

Forum Pedana E. Islam (TV1)

38 824 587 80

Fardu Jumaat (TV1)

91 496 453 120

KAFA (TV1) 127 432 340 179Furqan (TV1) 132 413 447 124Jejak Qari/Ah (TV1)

137 402 291 214

Al-Kuliyyah (TV3)

151 370 378 158

Al-Hidayah (TV3) 173 330 251 248An-Nur (TV1) 174 329 281 222Nasyid (TV1) 191 308 407 144Khutbah Jumaat (TV1)

250 226 402 146

The Omayad Mosque (TV2)

281 182 - -

Keluarga (TV1) * 262 239Majlis Penutup Tilawah (TV1)

* * 1152 16

Majlis Tilawah al-Qur’an (TV1)

* * 1066 23

Hiwar (TV1) * * 333 186

22 Haji Abdul Rahman Hamid, op. cit.

12

Page 13: an Dakwah Melalui Media Penyiaran Di Malaysia

The Quest for Glory (TV2)

* * 196 296

* Keluar dari 300 rancangan popularBerdasarkan anggaran penduduk 15 tahun keatas (12.3 juta)Data AC NIELSON

KESIMPULAN

Medium penyiaran mempunyai kelebihan untuk menyampaikan mesej kepada khalayak dengan cepat dan jumlah yang besar. Dalam menyebarkan mesej dakwah, ternyata penyiaran di negara ini telah melalui liku-liku pengalaman tersendiri dan memainkan peranan penting sebagai sumber yang membekalkan khalayak dengan mesej Islam. Sentimen kesedaran khalayak kepada penghayatan Islam telah diperkukuhkan dengan fungsi yang dimainkan oleh medium penyiaran dan ia dijadikan sebagai wadah untuk mempelajari ilmu-ilmu Islam serta tafsiran-tafsiran yang betul berkaitan dengannya. Memandangkan cabaran kewujudan pelbagai rangkaian dan persaingan pelbagai program, rancangan-rancangan agama di radio dan TV perlu sentiasa dipantau dan diperbaiki sama ada dari aspek persembahan, format, panelis dan juga imej keseluruhan agar rancangan tersebut lebih menarik. Selain itu, penglibatan mereka dalam bidang pengajian Islam yang menguasai mauduk Islam perlu dipertingkatkan dalam bidang penyiaran seperti penulis skrip, artis, penerbit dan juga pentadbir, dan mereka perlu berubah kepada sikap yang lebih proaktif.

Lampiran A Rancangan-Rancangan Agama Siaran Radio 1 RTM 1998

Bil Rancangan Masa Siaran1 Pagi Shahdu 0505-05552 Azan Subuh 0555-06003 Panduan Waktu Sembahyang 0805-08064 Kapsul Maju Malaysia 0825-08305 Kapsul Famili 0930-09356 Kapsul Harmoni 1010-10157 Kapsul 11-1 1100-01008 Intisari al-Qur’an 1230-12459 Bacaan al-Qur’an 1250-130010 Siaran Fardu Jumaat 1300-140011 Azan Zohor 1315-1320

13

Page 14: an Dakwah Melalui Media Penyiaran Di Malaysia

12 Dinamik 1330-140013 Azan Asar 1630-163514 Muslimah 1835-190015 Teladan 1815-190016 Bersama Tetamu 1815-190017 Tamadun 1835-190018 Titian Ilmu 1815-190019 Rumahku Syurgaku 1835-190020 Kursus membaca al-Qur’an 1835-190021 Azan Magrib 1905-191022 Bacaan al-Qur’an 1910-192023 Kapsul lembayung Indah 1920-192524 Nada Ilham 1925-194025 Ke Arah Kesejahteraan 2230-225026 Bacaan al-Qur’an 2345-240027 Tinta Dinihari 0305-0335

Sumber: Bahagian Media Elektronik dan Penyiaran JAKIM, Kerta penilaian Keberkesanan Program agama Radio dan TV, JAKIM 1999.

Lampiran B Jadual Rancangan Agama TV1 dan TV2 (1999)

Bil Masa Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad1 6.55-

0700Bacaan al-Qur’an (BA)

BA BA BA BA BA BA

2 11.02-11.30

Ilham Suci

3 12.15-12.45

Hawa

4 13.00-13.15

Nasyid Selingan

5 13.15-13.20

Azan Zohor (AZ)

AZ AZ AZ AZ AZ AZ

6 13.15- Solat

14

Page 15: an Dakwah Melalui Media Penyiaran Di Malaysia

14.00 Jumaat7 15.00-

15.30Furqan

8 15.30-16.00

Seni Islam

9 16.25-16.30

Azan Asar (AA)

AA AA AA AA AA AA

10 18.30-19.00

Mutiara Islam & Kehidupan

Keluarga Lughatul Qur’an

Diari Adikku Sayang

Hiwar

11 19.20-19.25

Azan Magrib (AM)

AM AM AM AM AM AM

12 20.30-20.35

Azan Isya’ (AI)

AI AI AI AI AI AI

13 21.00-22.00

Forum perdana

14 23.00-23.30

Ktutbah Jumaat

15 23.50-23.55

Muhasabah Diri (MD)

MD MD MD MD MD MD

16 23.55-24.00

Doa Penutup (DP)

DP DP DP DP DP DP

TV 217 6.55-7.00 Bacaan

al-Qur’an (BA)

BA BA

18 15.00-15.05

BA BA BA

19 16.00-16.30

Uswah Pedoman Iman

20 23.00-23.05

Thought for the Day (TFD)

TFD TFD TFD TFD TFD TFD

21 24.00-00.05

DP DP DP DP DP DP DP

Sumber: Bahagian Media Elektronik dan Penyiaran, JAKIM, Kertas Laporan Hasil Bengkel Perancangan Program Agama Radio dan TV Bagi Tahun 1999.

Lampiran C Siaran Khas Agama TV 1999

Bil Rancangan Masa Tarikh1 Solat Terawih dari Mekah 01’30”X10 Jan 19992 Syiar Ramadan 30”X30 Dis 98-Jan 993 Kapsul Ramadan 05”X30 Dis.98-Jan 994 Takbir Hari Raya Puasa TV1&2 05” Jan 995 Tadarus 01’30”X30 Dis 98-Jan 996 Dokumentari Aidilfitri TV1 30” 18/1/997 Solat hari Raya Puasa dari Masjid Negara 01’00” 19/1/998 Solat Hari Raya Puasa dari Mekah 01’00” 19/1/99

15

Page 16: an Dakwah Melalui Media Penyiaran Di Malaysia

9. Dokumentari Aidilfitri (English) TV2 30” 19/1/9910. Perisytiharan Hari raya Puasa 05” 17/19911. Nasyid Khas Hari Raya Puasa TV1 30” 19/1/9912 Nasyid Khas Hari Raya Puasa TV2 30” 19/1/9913 Nasyid Aidilfitri Hari ke 2 TV1 45” 20/1/9914 Panduan Ibadah Haji 30”X10 Feb 9915 Perisytiharan hari Raya Haji 05” 19/3/9916 Solat hari Raya Haji Masjid Negara 01’00” 28/3/9917 Solat hari raya Haji dari Mekah 01’00” 28/3/9918 Wukuf dari Padang Arafah 01’00” 27/3/9919 Nasyid Khas Hari Raya Haji TV1 30” 28/3/9920 Nasyid Khas hari Raya Haji TV2 30’ 28/3/9921 Perhimpunan Maal Hijrah 04’00” 17/4/9922 Azan Maal Hijrah 30” 16/4/9923 Nasyid Khas Maal Hijrah TV1 30” 17/4/9924 Nasyid Khas Maal Hijrah TV2 30” 17/4/9925 Mjlis Perhimpunan Maulidur Rasul 04’00” Jun 9926 Nasyid Khas Maulidur Rasul TV1 30” Jun 9927 Nasyid Khas Maulidur Rasul TV2 30” Jun 9928 Menghafaz al-Qur’an Kebangsaan 30”X30 Julai 9929 Festival Nasyid Kebangsaan 1’00” Julai 9930 Majlis Tilawah al-Qur’an Kebangsaan 02’30”X5 Okt 9931 Dokumentari Israk dan Mikraj 30” Okt. 9932 Majlis Tilawah al-Qur’an Antarabangsa 02’30”X 6 Nov 9933 Solat Terawikh dari Mekah 01”30”X10 Dis 9934 Syiar Ramadan 30”X30 Dis 9935 Kapsul Ramadan 05”X30 Dis 9936 Tadarus 01’X30”X30 Dis 9937 Dokumentari Nuzul al-Qur’an 30” Dis 9938 Solat hari Raya Puasa Masjid Negara 01’00” Dis 9939 Solat Hari Raya Puasa Dari Mekah 01’00” Dis 9940 Dokumentari Aidilfitri (English) TV2 30” Dis 9941 Perisytiharan Hari raya Puasa 05” Dis 9942 Nasyid Khas Hari Raya Puasa TV1 30” Dis 9943 Nasyid Khas Hari Raya Puasa TV2 30” Dis 99

Sumber: Bahagian Media Elektronik dan Penyiaran, JAKIM, Kertas Laporan Hasil Bengkel Perancangan Program Agama Radio dan TV Bagi Tahun 1999.

16